rakan pembaca

5
RAKAN PEMBACA Panduan Program Nilam Tahap Kedua : Tahap Rakan Pembaca. (RP) Sementara tahap pertama (tahap Jauhari) Program Nilam adalah untuk membina kemahiran dan menanam minat suka membaca, tahap kedua pula membantu perkembangan penggunaan bahan dan peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam pelbagai jenis aktiviti membaca. Ciri-ciri tahap kedua Nilam. mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca penekanan pada kebolehan pelajar untuk membimbing dan menarik minat pelajar lain supaya turut suka membaca. syarat penyertaan ialah seseorang pelajar telah membaca sekurang-kurangnya 100 buah buku dalam tahap pertama. aktiviti tahap Jauhari perlu diteruskan bagi pelajar yang mengambil bahagian dalam aktiviti tahap Rakan Pembaca. Contoh aktiviti untuk mengumpul markah bagi tahap RP: Sesi Aktiviti Bil Sesi Bil Pendengar Markah 1 . Bercerita – di mana pelajar RP itu menceritakan kandungan sesebuah buku yang dibacanya kepada bilangan pelajar yang tertentu. Interaksi soal-jawab 1 sesi 3 pendengar 3 markah 5 pendengar 5 markah 6 atau lebih 5 markah*

Upload: sabbeena-jowkin

Post on 11-Apr-2016

15 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

rakan pembaca

TRANSCRIPT

Page 1: RAKAN PEMBACA

RAKAN PEMBACAPanduan Program Nilam Tahap Kedua : Tahap Rakan Pembaca. (RP) Sementara tahap pertama (tahap Jauhari) Program Nilam adalah untuk membina kemahiran dan menanam minat suka membaca, tahap kedua pula membantu perkembangan penggunaan bahan dan peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam pelbagai jenis aktiviti membaca.Ciri-ciri tahap kedua Nilam.

mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca penekanan pada kebolehan pelajar untuk membimbing dan menarik minat pelajar lain

supaya turut suka membaca. syarat penyertaan ialah seseorang pelajar telah membaca sekurang-kurangnya 100

buah buku dalam tahap pertama. aktiviti tahap Jauhari perlu diteruskan bagi pelajar yang mengambil bahagian dalam

aktiviti tahap Rakan Pembaca.

Contoh aktiviti untuk mengumpul markah bagi tahap RP:

Sesi Aktiviti Bil Sesi Bil Pendengar Markah

1. Bercerita – di mana pelajar RP itu menceritakan kandungan sesebuah buku yang dibacanya kepada bilangan pelajar yang tertentu. Interaksi soal-jawab berkenaan kandungan buku itu adalah tanda kejayaan sesi itu dan diberi markah oleh guru pembimbing RP.

1 sesi

3 pendengar 3 markah

5 pendengar 5 markah

6 atau lebih pendengar 5 markah*

2. Membaca bersama – di mana pelajar RP membimbing sekumpulan pelajar membaca sesebuah buku. Sebaik-baiknya setiap pelajar mempunyai senaskah buku yang berkenaan. Pelajar RP perlu ada ide isi-isi

1 sesi 3 pendengar 3 markah

5 atau lebih pendengar

5 markah*

Page 2: RAKAN PEMBACA

utama dalam buku itu dan apakah pengajaran 3. Meminjam Buku – di mana pelajar RP

meminjamkan buku yang telah dibacanya kepada rakan-rakannya dan si peminjam telah membaca buku itu serta menulis synopsis buku itu secara sendiri.

1 buku

2 peminjam 2 markah

5 atau lebih peminjam 5 markah*

4. Ulasan Buku – di mana pelajar RP dapat menyampaikan semula kandungan utama sesebuah buku yang telah dibacanya dengan ayat-ayat sendiri kepada sekumpulan pendengar. Sinopsis buku perlu diberi kepada pendengar sebelum sesi bermula. Masa minimum untuk ulasan satu buku ialah 7 minit (sekolah menengah). Ulasan buku semasa perhimpunan sekolah dikira sebagai satu sesi dan diberi 5 markah.

1 sesi

3 pendengar 3 markah

5 atau lebih pendengar 5 markah*

5. Bicara Buku – di mana pelajar RP membicarakan kandungan sesebuah buku kepada sekumpulan pendengar. Pelajar RP itu perlu boleh membentangkan inti pati kandungan buku itu secara menarik dan menimbulkan minat yang tinggi di kalangan pendengarnya supaya mereka sendiri akan membaca buku itu kelak.

1 sesi

3 pendengar 3 markah

5 atau lebih pendengar 5 markah*

6. Debat Buku – di mana pelajar RP mengetuai satu sesi debat terhadap kandungan sesebuah buku. Prasyaratnya ialah semua pelajar yang terlibat telah membaca buku itu. Pertukaran pendapat yang agresif tentang kandungan buku itu adalah petanda sesi itu berjaya dan layak diberi markah.

1 sesi

3 pendengar 3 markah

5 atau lebih pendengar 5 markah*

7. Pidato (public speaking) – di mana pelajar RP dapat menceritakan kandungan sesebuah buku di khalayak ramai dengan gaya penyampaian dan gerak geri anggota badan untuk mengukuhkan hujahnya dengan matlamat tulen iaitu di akhir sesi pidatonya, pendengarnya akan berminat untuk membaca buku itu.

1 sesi 5 atau lebih pendengar 5 markah*

* markah maksimum untuk satu sesi ialah 5 markah.

Page 3: RAKAN PEMBACA

Nota :1. Banyak sesi boleh diadakan untuk sebuah buku.2. Pelajar RP, pendengar dan peminjam perlu datang dari sekolah yang samauntuk penyemakan kesahan sesi.Cadangan Sumber Bahan Bacaan• Pusat sumber Sekolah• Perpustakaan Awam Negeri• Perbadanan Perpustakaan Awam• Perpustakaan Begerak• Perpustakaan Desa• Perpustakaan Keluarga• Perpustakaan Persendirian• Kedai-kedai Buku.• Koleksi buku-buku atas talian seperi Google Books dan perpustakaan atas talian.

Sistem Ganjaran RP

Page 4: RAKAN PEMBACA

Segala aktiviti RP yang dijalankan oleh pelajar direkodkan dalam Buku Nilam Tahap Rakan Pembaca yang boleh dibeli dari kedai koperasi. Sesi yang diadakan akan disahkan dan diberi markah oleh guru-guru pembimbing rakan pembaca. Pemberian markah adalah seperti berikut:

MARKAH PENGIKTIRAFAN

100 – 199 GANGSA

200 – 299 PERAK

300 – 399 EMAS

400 KE ATAS NILAM

Semakan : Semua guru adalah guru NILAM. Oleh itu semua Rakan Pembaca bebas untuk memilih mana-mana guru untuk membuat pengesahan.Slaid Rakan Pembaca untuk rujukanBrosur RAKAN PEMBACASelamat mengambil bahagian dalam Nilam tahap Rakan Pembaca.