raja berpelembagaan

8
Tarikh 31 Ogos 1957 telah menjadi tarikh yang penuh bersejarah bagi pewujudan bangsa yang merdeka dan sekaligus telah memartabatkan institusi raja sebagai lambang Negara berdaulat dan dijulang di atas sifatnya sebagai Raja Berpelembagaan. Status ini memberi pengertian yang tersirat bahawa kuasa sebenar telah diserahkan kepada rakyat jelata yang telah dipilih melalui Pilihan Raya Umum secara demokrasi untuk membentuk kerajaan yang kuasanya diletakkan kepada Parlimen dan Raja kekal sebagai tonggak budaya dan tradisi ketuanan Melayu. Kini, Malaysia merupakan satu-satunya Negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Jawatan Yang di-Pertuan Agong itu sendiri wujud berdasarkan Artikel 38, Perlembagaan Persekutuan 1957, (Perlembagaan Malaysia). Bidang kuasa, fungsi dan tugas Yang di-Pertuan Agong juga tertakluk kepada peruntukan dalam Perlembagaan tersebut. Perlembagaan Malaysia juga turut menyebut dengan jelas mengenai sistem pentadbiran yang berbeza tapi saling melengkapi di antara Sistem Pentadbiran Persekutuan/Pusat dengan Sistem Pentadbiran Kerajaan Negeri. Pada peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara dan Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan. Masing-masing jawatan mempunyai wewenang yang tersendiri berdasarkan Perlembagaan Malaysia. Manakala di peringkat Negeri, Ketua Negeri adalah merupakan Sultan kepada Negeri Kedah, Pahang, Selangor, Johor dan Perak, Yang di-Pertuan Besar N.Sembilan dan Raja di Perlis serta Tuan Yang Terutama Negeri bagi negeri yang tiada beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Dan Ketua Kerajaan Negerinya pula adalah menjawat Jawatan Menteri Besar bagi sembilan negeri beraja dan Ketua Menteri bagi empat lagi negeri yang tidak beraja. Kesimpulannya, walaupun Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara, namun pada hakikatnya kuasa baginda adalah terhad oleh Perlembagaan dan tetap mempunyai kuasa tertentu yang berkait rapat dengan sistem pentadbiran demokrasi yang diputuskan oleh Parlimen. Yang di-Pertuan Agong sesungguhnya ibarat kekuatan rakya dan dalam masa yang sama adalah pelindung rakyat dan penegak keadilan dan juga lambing patriotism dan ketaatan rakyat terhadap Negara dan bangsa. Justeru, Sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia masih kekal begitu unggul dan istimewa. PERLANTIKAN Kedudukan yang di-Pertuan Agong adalah luar biasa dibandingkan dengan raja-raja lain diseluruh dunia yang kebanyakkannya berdasarkan warisan keturunan. Yang dipertuan Agong di Malaysia tidak dipilih berdasarkan warisan keturunan tetapi baginda mestilah dari salah seorang daripada Raja- raja Negeri Melayu. Yang di-Pertuan Agong menaiki takhta menerusi system monarki bergilir di kalangan Sembilan Raja-

Upload: qirmumtaz

Post on 01-Jan-2016

64 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Raja Berpelembagaan

TRANSCRIPT

Page 1: Raja Berpelembagaan

Tarikh 31 Ogos 1957 telah menjadi tarikh yang penuh bersejarah bagi pewujudan bangsa yang merdeka dan sekaligus telah memartabatkan institusi raja sebagai lambang Negara berdaulat dan dijulang di atas sifatnya sebagai Raja Berpelembagaan. Status ini memberi pengertian yang tersirat bahawa kuasa sebenar telah diserahkan kepada rakyat jelata yang telah dipilih melalui Pilihan Raya Umum secara demokrasi untuk membentuk kerajaan yang kuasanya diletakkan kepada Parlimen dan Raja kekal sebagai tonggak budaya dan tradisi ketuanan Melayu. Kini, Malaysia merupakan satu-satunya Negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Jawatan Yang di-Pertuan Agong itu sendiri wujud berdasarkan Artikel 38, Perlembagaan Persekutuan 1957, (Perlembagaan Malaysia). Bidang kuasa, fungsi dan tugas Yang di-Pertuan Agong juga tertakluk kepada peruntukan dalam Perlembagaan tersebut.

Perlembagaan Malaysia juga turut menyebut dengan jelas mengenai sistem pentadbiran yang berbeza tapi saling melengkapi di antara Sistem Pentadbiran Persekutuan/Pusat dengan Sistem Pentadbiran Kerajaan Negeri. Pada peringkat Persekutuan,  Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara dan Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan. Masing-masing jawatan mempunyai wewenang yang tersendiri berdasarkan Perlembagaan Malaysia. Manakala di peringkat Negeri, Ketua Negeri adalah merupakan Sultan kepada Negeri Kedah, Pahang, Selangor, Johor  dan Perak, Yang di-Pertuan Besar N.Sembilan dan Raja di Perlis serta Tuan Yang Terutama Negeri bagi negeri yang tiada beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Dan Ketua Kerajaan Negerinya pula adalah menjawat Jawatan Menteri Besar bagi sembilan negeri beraja dan Ketua Menteri bagi empat  lagi negeri yang tidak beraja.

Kesimpulannya, walaupun Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara, namun pada hakikatnya kuasa baginda adalah terhad oleh Perlembagaan dan tetap mempunyai kuasa tertentu yang berkait rapat dengan sistem pentadbiran demokrasi yang diputuskan oleh Parlimen. Yang di-Pertuan Agong sesungguhnya ibarat kekuatan rakya dan dalam masa yang sama adalah pelindung rakyat dan penegak keadilan dan juga lambing patriotism dan ketaatan rakyat terhadap Negara dan bangsa. Justeru, Sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia masih kekal begitu unggul dan istimewa.

PERLANTIKAN

Kedudukan yang di-Pertuan Agong adalah luar biasa dibandingkan dengan raja-raja lain diseluruh dunia yang kebanyakkannya berdasarkan warisan keturunan. Yang dipertuan Agong di Malaysia tidak dipilih berdasarkan warisan keturunan tetapi baginda mestilah dari salah seorang  daripada Raja-raja Negeri Melayu.Yang di-Pertuan Agong menaiki takhta menerusi system monarki bergilir di kalangan Sembilan Raja-Raja Negeri Melayu.  Pemilihan dan perlantikan  Yang di-Pertuan Agong   disempurnakan oleh Majlis Raja-raja .  Majlis Raja-Raja  terdiri daripada Raja-raja Melayu atau wakil-wakil mereka dan Yang di-Pertua –Yang diPertua Negeri, tetapi dalam pemilihan atau pemberhentian Yang di-Pertuan Agong dalam satu Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja. Hanya Raja-Raja atau wakil-wakil mereka sahaja yang layak hadir dan mengundi berdasarkan kemuafakatan dan persefahaman terhadap pengantinya apabila salah seorang daripada Raja-raja sudah memenuhi tempoh 5 tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong, atau apabila berlaku sama ada kemangkatan, turun takhta atau sesuatu di luar jangkaan.Raja Negeri yang dilantik menduduki takhta Yang di-Pertuan Agong adalah memikul sepenuhnya tugas dan tanggungjawab selama lima tahun sebagai Ketua Negara berlandaskan lunas Perlembagaan Persekutuan/Perlembagaan Malaysia.

Page 2: Raja Berpelembagaan

 

Malaysia bukanlah kerajaan beraja, tetapi Malaysia mempunyai Raja atau Yang di-Pertuan Agong. Apa yang menarik dan unik ialah, Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja menurut kaedah dan cara yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-Peraturan Majlis Raja-Raja. CIRI-CIRI KELAYAKAN * Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh dipilih.* Hanya Raja-Raja sahaja yang boleh mengundi.* Pada kebiasaannya, Raja yang paling kanan dari segi pemerintahan hendaklah dipilih. Peraturan ini tidak lagi digunapakai selepas semua Raja dari negeri-negeri telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Pusingan ini berakhir selepas Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX. Selepas itu satu senarai baru yang dikenali sebagai senarai yang disusun semula dan digunapakai sekarang adalah berpandukan kepada kekananan negeri yang Rajanya telah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong (Yang di-Pertuan Agong pertama hingga ke sembilan). YANG TIDAK LAYAK DIPILIH Perlembagaan memperuntukkan bahawa seorang Raja layak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali:* Raja itu belum dewasa;* Raja itu telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa baginda tidak berhasrat dipilih; atau* Majlis Raja-Raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa Raja itu adalah tidak sesuai untuk menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya, atau kerana apa-apa sebab lain. Ketetapan ini memerlukan undian sekurang-kurangnya lima ahli Majlis.

LANGKAH-LANGKAH AWAL SEBELUM PEMILIHAN

* Mohon perkenan tarikh Mesyuarat Pemilihan.* Sekiranya kekosongan berlaku kepada jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, urusan pemilihan hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat minggu dari tarikh berlaku kekosongan jawatan itu.* Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menulis surat kepada setiap Raja bertanyakan sama ada baginda berhasrat dicalonkan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Raja-Raja yang tidak berhasrat dipilih hendaklah memaklumkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, dan negerinya akan diletakkan di tempat akhir dalam senarai pencalonan.

PROSIDING PEMILIHAN

* Apabila Majlis Raja-Raja bersidang untuk memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri tidak hadir walaupun mereka ahli Majlis.* Pemilihan dibuat secara undi sulit.* Keratan undi dimusnahkan di hadapan Raja-Raja sebaik sahaja keputusan undian diumumkan.* Kertas undi yang digunakan tidak bernombor dan ditandakan dengan pen dan dakwat yang sama dimasukkan dalam peti undi.* Raja yang paling muda dari segi pemerintahan dan tidak tersenarai sebagai calon Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dipilih untuk mengira kertas undi bersama-sama dengan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.* Hanya Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja sahaja yang terlibat dalam proses pemilihan.* Seorang Raja boleh memilih seorang Raja lain sebagai proksi iaitu mengundi bagi pihak baginda sekiranya Raja itu tidak menghadiri Mesyuarat Pemilihan.

Page 3: Raja Berpelembagaan

PROSES PEMILIHAN

Semasa pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memberikan kertas undi kepada setiap Raja, dan setiap Raja diminta menandakan pendapatnya sama ada Raja yang paling kanan (satu nama sahaja) adalah sesuai/tidak sesuai dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong. Calon mestilah mendapat majoriti 5 undi sebelum Raja yang mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada baginda. Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran ataupun Raja itu gagal memperolehi undi majoriti, maka proses pengundian semula akan dijalankan, iaitu dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan untuk diundi. Proses hanya akan selesai selepas baginda menerima tawaran jawatan Yang di-Pertuan Agong. Selepas itu, Majlis akan mengisytiharkan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan memegang jawatan itu bagi tempoh lima tahun.

SELEPAS TAMAT URUSAN PEMILIHAN

Selepas tamat kedua-dua urusan pemilihan, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan menghantar surat mengenai mengesahkan keputusan pemilihan itu secara bertulis kepada Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Perdana Menteri akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai keputusan pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong hanya boleh menjalankan tugas-tugas rasmi selepas baginda menandatangani sumpah jawatan dalam satu istiadat di hadapan Majlis Raja-Raja dan Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan dengan ditandatangani saksi oleh dua orang Raja yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai saksi-saksi.

PEMECATAN

Dalam menjalankan kuasa-kuasa dan tugas, Baginda dikehendaki menurut nasihat Jemaah Menteri. Namun Baginda tidak boleh dipecat dari jawatan oleh Jemaah Menteri mahupun Parlimen.Kuasa ini adalah terletak kepada Majlis Raja-Raja yang sebagaimana telah ditunjukkan berkuasa memilih Baginda menyandang jawatan tertinggi ini. Perlembagaan telah memperuntukan bahawa sesuatu ketetapan bagi majlis ini memecat Yang di -Pertuan Agong  dari jawatan tidak boleh diluluskan melainkan apabila sekurang-kurangnya lima orang ahli Majlis Raja-Raja mengundi mengundi menyokongnya.

Page 4: Raja Berpelembagaan

KEDUDUKAN

Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong seperti berikut:

"32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya(1) Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15.(2) Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.(3) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan lima tahun tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Majlis Raja-Raja, atau dipecat dari jawatannya oleh Majlis Raja-Raja dan hendaklah terhenti daripada memegang jawatan apabila terhenti daripada menjadi seorang Raja.

BIDANG KUASA

Baginda adalah Raja Berperlembagaan sebagaimana yang dapat dilihat dari kandungan isi sumpah baginda yang dilakukan pada masa perlantikan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja di hadapan Ketua Hakim Negara. Dalam sumpah ini, baginda berikrar akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut undang-undang dan Perlembagaan yang telah disah dan demasyhurkan serta yang akan disah dan dimasyhurkan pada masa hadapan. Bagind ajuga berikrar akan memelihara pada setiap masa agama islam dan berdiri tetap atas pemerintahan yang adil dan aman dalam negeri.

Kuasa pemerintahan adalah diletakkan kepada baginda dan dijalankan oleh baginda atau Jemaah Menteri atau seseorang Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, menurut peruntukan-peruntukan Perlembagaan dan undang-undang. Tetapi Parlimen boleh, dengan undang-undang menurunkan tugas pentadbiran kepada sesiapapun. Dalam pada itu menurut Perlembagaan, baginda pada menjalankan kebanyakan tugas-tugas baginda hendaklah atas nasihat Jemaah Menteri atau Menteri yang telah diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Baginda berhak mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan Negara yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri. Pada menjalankan kewajiban, baginda mempunyai seseorang penasihat pakar undang-undang iaitu Peguam Negara. Perlembagaan menetapkan bahawa tanggungjawab Peguam Negara ialah member nasiahat undang-undang kepada baginda, Jemaah Menteri atau sebarang Menteri.

* AGAMA 

Agama islam adalah Agama Persekutuan. Baginda merupakan ketue agama islam di negeri baginda sendiri, dan Wilayah Persekutuan dan juga Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Ketua-ketua Agama Islam di negeri-negeri lain ialah Sultan di negeri masing-masing. Tetapi bila sesuatu perbuatan, amalan atau upacara telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja supaya dilanjutkan ke seluruh Persekutuan, maka Rajraja lain sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing hendaklah membenarkan baginda mewakili mereka.

* KUASA PERUNDANGAN

Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah menggariskan bahawa kedudukan Yang di-Pertuan Agong menduduki tangga teratas hierarki kuasa Pemerintahan Persekutuan Malaysia. Sesuai dengan kedudukan tersebut maknanya, Yang di-Pertuan Agong memiliki keistimewaan untuk memperkenan atau sebaliknya, sesuatu Rang Undang-undang, setelah melalui proses pembentangan di kedua-dua dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Negera). Sehubungan dengan itu, Fasal 8, Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 1994 menjelaskan kedudukan baginda untuk digunapakai adalah seperti berikut:

(4A) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa taga puluh hari selepas Rang Undang-undang dikemukakan kepada baginda memperkenan Rang Undang-undang itu dengan menyebabkan Rang Undang-undang itu dicapkan dengan Mohor Besar.

(4A) Jika sesuatu Rang Undang-undang tidak diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam Fasal (4), Rang Undang-undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah baginda telah memperkenankannya.

Baginda hendaklah dari masa ke semasa memanggil Parlimen bersidang tetapi hendaklah jangan membiarkan jarak Sidang Parlimen yang lalu dengan yang berikut lebih daripada enam bulan. Baginda juga berkuasa memberhenti dan membubarkan Parlimen. Melainkan jika telah dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan selepas itu adalah terbubar. Apabila Parlimen dibubarkan, satu pilihanraya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari di Negeri-negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak dari tarikh pembubaran. Parlimen hendaklah dipanggil tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubaran. Dalam pada itu baginda boleh menjalankan tugas-tugas dengan budi bicara sendiri. Di antara tugas-

Page 5: Raja Berpelembagaan

tugas ini yang terkandung dalam Perlembagaan ialah:-

* Melantik Perdana Menteri* Menangguh persetujuan atas permintaan membubarkan Parlimen; dan* Memanggil Mesyuarat Majlis Raja-raja yang bersabit semata-mata dengan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-raja.  

* MELANTIK PERDANA MENTERIMenurut Perlembagaan, baginda pada melantik Jemaah Menteri hendaklah terlebih dahulu melantik terlebih dahulu melantik seorang Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah itu. Ahli Dewan Rakyat yang dilantik menjadi Perdana Menteri ialah yang pada pendapat baginda akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan itu.  Menurut amalan, ini bererti orang yang dilantik itu ialah pemimpin atau ketua sesuatu parti politik atau persekutuan parti-parti politik yang mendapat kelebihan kerusi dalam Dewan Rakyat.

Jika kebetulan tidak ada satu parti politik pun yang mempunyai kelebihan besar jumlah kerusi dalam Dewan Rakyat, kemungkinan yang terbuka ialah pembentukan kerajaan campuran dan terletaklah kepada kebijaksanaan baginda memilih Perdana Menteri yang boleh mengendalikan Jemaah Menteri campuran. Dalam hal ini baginda sebagai Ketua Negara biasanya akan berunding dengan pemimpin-pemimpin parti untuk mendapatkan keterangan-keterangan lebih lanjut dan memerhati sikap mereka untuk membolehkan baginda memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang dapat membentuk kerajaan campuran dianggar mendapat sokongan besar dari Dewan Rakyat.

* MEMBUBAR ATAU MENANGGUH PEMBUBARAN PARLIMEN 

Perkara lain yang memerlukan pertimbangan baginda ialah membubar atau menangguhkan pembubaran Parlimen atas permohonan. Permohonan ini berlaku apabila timbul dua keadaan. Pertama, apabila parti yang berkuasa memikirkan boleh diadakan pilihanraya umum. Kedua, apabila Perdana Menteri tidak lagi tidak lagi menguasai Parlimen. Jika berlaku salah satu keadaan ini, baginda akan mempertimbangkan sama ada perlu atau tidak memberi persutujuan supaya Parlimen dibubarkan.

* PENTADBIRAN DAN PERLANTIKAN

Perlembagaan memperuntukan bahawa kuasa pentadbiran negara adalah terletak kepada baginda, tetapi kuasa ini adalah tertakluk pada Undang-Undang Persekutuan dan Jadual Kedua Perlembagaan dan boleh dijalankan oleh baginda atau Jemaah Menteri atau salah seorang Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Parlimen boleh memberi kuasa pentadbiran kepada orang-orang lain.Baginda hendaklah dengan nasihat Perdana Menteri melantik Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri daripada Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara dan kedua-dua lantikan ini boleh dibatalkan oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri. Sebelum Menteri-menteri atau Timbalan Menteri menjalankan tugas, mereka hendaklah mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan baginda.

Baginda juga melantik Peguam Negara dan Panglima Angkatan Tentera. Perlantikan bagi jawatan-jawatan ini dilakukan atas nasihat yang ditentukan oleh Perlembagaan. Jawatan-jawatan lain yang dilantik oleh baginda atas nasihat termasuklah ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya, Ahli-ahli Suruhanjaya Polis dan sejumlah ahli dalam Majlis Angkatan Bersenjata dan lain-lain. Baginda boleh juga mentapkan beberapa jawatan sebagai jawatan-jawatan khas termasuklah Ketua-ketua Jabatan dan Timbalan Ketua-ketua Jabatan. Tetapi baginda melantik seseorang ke jawatan-jawatan ini atas sokongan Suruhanjaya yang berkenaan.

Page 6: Raja Berpelembagaan

* KEDUDUKAN BUMIPUTERA DAN RAKYAT YANG LAIN.

Satu lagi kewajipan baginda ialah melindungi kedudukan orang-orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak di samping menjaga kepentingan-kepentingan yang sah bagi kaum-kaum lain. Baginda berkuasa untuk menentukan dengan mengeluarkan perintah kepada Suruhanjaya yang berkenaan atau pihak berkuasa tertentu, supaya diadakan hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak, mengikut kadar yang pada pendapat baginda sesuai dalam perkhidmatanawam dan pemberi biasiswa atau keistimewaan pelajaran dan latihan yang seumpama itu, atau kemudahan-kemudahan khas yang diberi atau ditetapkan oleh kerajaan.

* PENGAMPUNAN

Dalam hal-hal jenayah di Wilayang Persekutuan, apabila saluran dan cara keadilan telah habis diiktiarkan, sesorang yang sudah dihukum masih boleh lagi memohon ampun daripada baginda sebagai langkah terakhir. Pada menjalankan kewajipan mengampun ini, baginda bertindak atas nasihat suatu Lembaga Pengampunan yang terdiri dari tiga ahli yang dilantik oleh baginda sendiri, Peguam Negara atau wakilnya dan Menteri yang bertanggungjawab atas Wilayah Persekutuan.

Baginda juga berkuasa mengampun, menangguh dan meringankan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera di mana-mana pun dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.Pada amnya kuasa mengampun kesalahan-kesalahan atau hukuman-hukuman jenayah di negeri-negeri ialah pada Sultan-sultan dan Yang di-Pertua Negeri di negeri masing-masing.

* KETENTERAAN

Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi seluruh Angkatan Tentera Malaysia. Namun demikian satu Majlis Angkatan Tentera ditubuhkan, yang bertanggungjawab di bawah kuasa am baginda bagi pemerintahan, tata-tertib dan pentadbiran Angkatan Tentera serta lain-lain mengenainya melainkan perkara bersangkutan dengan gerakan tentera.

* PERISYTIHARAAN DARURAT

Baginda boleh membuat Perisytiharaan Darurat atas nasihat Perdana Menteri jika baginda berpuas hati ada darurat yang mengancam keselamatan dan ekonomi negara. Jika Parlimen tidak bersidang bile Pengisytiharaan diperbuat, baginda hendaklah memanggil Parlimen supaya bersidang secepat mungkin. Sementara menunggu kedua Dewan bersidang, baginda boleh menyiarkan Ordinan yang ebrkuasa undang-undang jika baginda berpuas hati tindakan segera dikehendaki.

SEKATAN

Page 7: Raja Berpelembagaan

Sungguhpun kuasa baginda itu luas, tetapi sebagai seorang Raja yang berpelembagaan, ada sekatan yang terkena kepada baginda. Di antara sekatan-sekatan itu ialah:

* Menjalankan tugas Raja di negerinya, kecuali tugas sebagai Ketua Agama Islam; * Memegang jawatan yang ada bayaran sara baginya; * Mengambil bahagian dalam apa-apa perniagaan; * Menerima apa jenis bayaran yang boleh dibayar atau yang berhak kepadanya sebagai raja di negerinya; * Dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja, meninggalkan Persekutuan lebih daripada lima belas hari,

kecuali atas urusan negara ke suatu negeri lain. 

Walau bagaimanapun baginda tidak terhalang daripada menggunakan kuasa sebagai Raja negeri baginda, sama ada perseorangan atau dengan pihak kuasa lain, untuk meminda perlembagaan negeri baginda atau untuk melantik Pemangku Raja atau Ahli Jemaah Pemangku Raja atau membuat apa lain yang telah ditentukan berkaitan dengan ini. Ketetapan dan peraturan bagi kedudukan baginda ini adalah terkena kepada Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong lebih daripada 15 hari.