radiaktif

5
Filem atau Plat fotograf 1. Filem atau plat fotograh -Cara ini boleh mengesan ketiga-tiga jenis sinaran radioaktif. -Argentum bromida yang peka kepada cahaya dan sinaran radioaktif disalutkan pada permukaan plat fotograf. -Unsur argentum akan menghitamkan plat fotograf apabila sinaran radioaktif menerusinya. -Darjah kehitaman plat fotograf bergantung pada keamatan sinaran yang dipancarkan. -Plat fotograf digunakan sebagai lencana khas yang dipakai oleh pekerja semasa mengendalikan bahan radioaktif di makmal dan reactor nuklear kerana alat ini boleh menunjukkan dos sinaran yang terdedah kepada seseorang pekerja. -Kelemahan plat fotograf sebagai alat pengesanan ialah filem itu perlu diproseskan terlebih dahulu sebelum kita boleh menentukan kehadiran sesuatu sumber radioaktif. Rajah berikut merupakan filem atau plat fotograf Elektroskop Bercas 1. Elektroskop bercas -Alat ini paling sesuai untuk mengesan zarah alfa kerana kuasa pengionan yang tinggi berbanding dengan zarah beta dan sinar gama. -Apabila satu sumber alfa dibawa berdekatan dengan plat logam sebuah elektroskop yang bercas positif, didapati pencapahan daun emas akan berkurangan sehingga sifar. -Ini adalah kerana zarah alfa mengionkan molekul-molekul udara di sepanjang lintasannya dan menghasilkan pasangan ion. -Ion-ion negatif akan tertarik kepada plat logam elektroskop yang bercas positif itu dan menyahcaskannnya. -Akibatnya,daun emas menguncup. Rajah berikut menunjukkan elektroskop bercas Gambar berikut pula menunjukkan pencapahan dan pengucupan daun emas.

Upload: fidah

Post on 22-Dec-2015

114 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: Radiaktif

Filem atau Plat fotograf

1.       Filem atau plat fotograh-Cara ini boleh mengesan ketiga-tiga jenis sinaran radioaktif.-Argentum bromida yang peka kepada cahaya dan sinaran radioaktif disalutkan pada permukaan plat fotograf.-Unsur argentum akan menghitamkan plat fotograf apabila sinaran radioaktif menerusinya.-Darjah kehitaman plat fotograf bergantung pada keamatan sinaran yang dipancarkan.-Plat fotograf digunakan sebagai lencana khas yang dipakai oleh pekerja semasa mengendalikan bahan radioaktif di makmal dan reactor nuklear kerana alat ini boleh menunjukkan dos sinaran yang terdedah kepada seseorang pekerja.-Kelemahan plat fotograf sebagai alat pengesanan ialah filem itu perlu diproseskan terlebih dahulu sebelum kita boleh menentukan kehadiran sesuatu sumber radioaktif.

Rajah berikut merupakan filem atau plat fotograf

Elektroskop Bercas1.       Elektroskop bercas

-Alat ini paling sesuai untuk mengesan zarah alfa kerana kuasa pengionan yang tinggi berbanding dengan zarah beta dan sinar gama.-Apabila satu sumber alfa dibawa berdekatan dengan plat logam sebuah elektroskop yang bercas positif, didapati pencapahan daun emas akan berkurangan sehingga sifar.-Ini adalah kerana zarah alfa mengionkan molekul-molekul udara di sepanjang lintasannya dan menghasilkan pasangan ion.-Ion-ion negatif akan tertarik kepada plat logam elektroskop yang bercas positif itu dan menyahcaskannnya.-Akibatnya,daun emas menguncup.

Rajah berikut menunjukkan elektroskop bercas

Gambar berikut pula menunjukkan pencapahan dan pengucupan daun emas.

Page 2: Radiaktif

Pembilang Bunga Api-Alat ini hanya sesuai untuk mengesan sinaran radioaktif yang mempunyai kuasa pengionan yang tinggi seperti zarah alfa.-Alat ini terdiri daripada satu kasa dawai dan seutas dawai halus tidak bertebat.-Kasa dawai dan dawai halus itu dipisahkan pada jarak lebih kurang 2 mm.-Satu voltan lampau tinggi(VLT)disambungkan merentasi kasa dawai dan dawai halus itu.Punca negatif disambungkan kepada kasa dawai dan punca positif disambungkan kepada dawai halus.

Cara fungsi:-Beza keupayaan VLT ditambahkan sehingga bunga api mula terhasil merentasi ruang di antara kasa dawai dengan dawai halus.-Kemudian beza keupayaan VLT dikurangkan sehingga bunga api berhenti terhasil.-Apabila sumber alfa dibawa mendekati kasa dawai, bunga api dilihat dan bunyi percikan didengar.-Ini adalah kerana zaraf alfa mengionkan molekul-molekul udara di ruang antara kasa dawai dengan dawai halus.-Ion positif dan ion negatif akan tertarik dengan cepat kepada elektrod masing-masing yang bertentangan cas.-Pengionan sekunder berlaku apabila ion-ion tadi berlanggar dengan molekul-molekul udara yang lain.Maka bunga api terhasil.-Bilangan bunga api yang merentasi ruang itu memberikan satu sukatan keamatan sinaran itu.-Kejadian bunga api itu tidak berlaku pada sela masa yang sekata menunjukkan bahawa pengeluaran sinaran radioaktif adalah satu proses rawak.

Berikutlah gambar rajah pembilang bunga api.

Tiub Geiger-Muller(Tiub G-M)-Alat ini dapat mengesan zaraf alfa, zaraf beta dan sinar gama bergatung pada ketebalan tingkap mika yang digunakan kerana kuasa penebusan sinaran yang berbeza.-Tiub G-M terdiri daripada satu tiub aluminium yang dindingnya bertindak sebagai katod dan satu dawai tungsten halus di ruang tengah tiub bertindak sebagai anod.-Gas neon pada tekanan rendah diisi dalam tiub berkenan.-Pada bahagian hadapan tiub adalah satu tingkap mika yang nipis.-Anod disambungkan kepada punca positif manakala katod disambungkan kepada punca negatif satu beza keupayaan tinggi~450 V.-Output tiub G-M disambungkan kepada sebuah meter kadar atau sebuah pembilang.

Cara berfungsi:-Apabila satyu sinaran radioaktif memasuki tiub G-M, sinaran itu mengionkan molekul-molekul gas neon di dalamnya.-Ion-ion positif dipecutkan ke katod manakala ion-ion negatif dipecutkan kea nod.-Perlanggaran ion-ion dengan atom-atom neon yang lain menyebabkan pengionan sekunder berlaku.-Pergerakan ion-ion ke elektrod masing-masing menghasilkan satu deyutan arus yang kecil.-Denyutan ini akan diperkuatkan oleh satu amplifier dan kemudian dibilang oleh sebuah pembilang.Pembilang itu merekodkan bilangan denyutan arus dalam satu selang masa tertentu.-Bilangan ini menunjukkan bilangan sinaran radioaktif yang memasuki tiub G-M itu.

Page 3: Radiaktif

-Didapati pembilang itu juga menunjukkan satu bacaan walaupun tiada sumber radioaktif berhampiran dengannya.-Ini adalah disebabkan oleh sinaran latar belakang yang dihasilkan oleh bahan radioaktif semula jadi dalam Bumi dan alam sekitar dan sinar kosmetik dari matahari.-Kesan sinaran latar belakang ini mestilah diambil kira dan pembetulan mesti dibuat ke atas bacaan yang diambil daripada pembilang.-Cara mengira kadar pembilangan sinaran sebenar:Kadar pembilangan sinaran sebenar = Kadar pembilangan dengan sumber –                                                                       Kadar pembilang tanpa sumber

Berikutlah gambar Tiub G-M.

Gambar dekat bagi Tiub G-M,

Ciri-ciri Sinaran Radioaktif

No. Ciri-ciri Zarah alfa(α) Zarah beta(β) Sinar gama(γ)1. Sifat semula jadi Nukleus

helium

(2 proton dan 2 neutron)

Elektron Sinaran electromagnet

2. Simbol He atau α e atau β γ3. Cas Positif Negatif Tidak bercas4. Kuasa pengionan Menghasilkan

banyak ion udara(paling tinggi)

Bilangan ion yang terhasil kurang daripada zarah- α(sederhana)

Bilangan ion kurang daripada zarah- α dan zarah- β (paling lemah)

Page 4: Radiaktif

5. Halaju ~0.1 c ~0.3 c – 0.9 c Halaju cahaja,c