quiz

5
TUJUAN PENGURUSAN BENGKEL (KEPENTINGAN) Mengelakkan pembaziran masa & tenaga serta menjimatkan wang. Mewujudkan keselamatan bengkel, alatan & bahan. Mewujudkan suasana pengajaran & pembelajaran yang berkesan, sekaligus mewujudkan suasana bengkel yang kondusif. Menghasilkan produk yang lebih berkualiti. Mengelakkan daripada berlakunya kemalangan. Mengurangkan kos pengeluaran & pembaziran. Menjimatkan masa bekerja. KEPENTINGAN OBJEKTIF PENGAJARAN membantu guru mengenalpasti apa yang hendak diajar dan memandu mereka dalam membuat pemilihan kaedah/strategi pengajaran-pembelajaran termasuk jenis-jenis bantuan teknologi pendidikan yang sesuai digunakan. memberi asas kepada guru dalam menilai pelaksanaan rancangan pengajaran , keberkesanan pengajaran dan pencapaian (prestasi) pelajar- pelajar. memberi asas kepada guru dalam melaksanakan pengajaran pemulihan atau penggayaan kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya . menyedarkan pelajar-pelajar tentang apa yang diharapkan dicapai oleh mereka pada akhir pembelajaran, justeru diharap mereka akan lebih peka dalam mempertingkatkan pembelajaran. CIRI-CIRI TEORI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL - Perbincangan akan diadakan selepas interaksi. - Menitikberatkan penyelesaian masalah dan menggalakkan murid belajar antara satu sama lain. - Murid dapat menghubung kait apa yang dipelajari dengan pengalaman harian mereka di samping dapat belajar secara bekerjasama . - murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda - maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid - guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan Kepentingan Pembelajaran Kontekstual Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Upload: yjy94

Post on 21-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Quiz

TRANSCRIPT

Page 1: Quiz

TUJUAN PENGURUSAN BENGKEL (KEPENTINGAN)

Mengelakkan pembaziran masa & tenaga serta menjimatkan wang.

Mewujudkan keselamatan bengkel, alatan & bahan.

Mewujudkan suasana pengajaran & pembelajaran yang berkesan, sekaligus

mewujudkan suasana bengkel yang kondusif.

Menghasilkan produk yang lebih berkualiti.

Mengelakkan daripada berlakunya kemalangan.

Mengurangkan kos pengeluaran & pembaziran.

Menjimatkan masa bekerja.

KEPENTINGAN OBJEKTIF PENGAJARAN 

• membantu guru mengenalpasti apa yang hendak diajar dan memandu mereka dalam

membuat pemilihan kaedah/strategi pengajaran-pembelajaran termasuk jenis-jenis

bantuan teknologi pendidikan yang sesuai digunakan. 

• memberi asas kepada guru dalam menilai pelaksanaan rancangan pengajaran,

keberkesanan pengajaran dan pencapaian (prestasi) pelajar-pelajar. 

• memberi asas kepada guru dalam melaksanakan pengajaran pemulihan atau

penggayaan kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya. 

• menyedarkan pelajar-pelajar tentang apa yang diharapkan dicapai oleh mereka pada

akhir pembelajaran, justeru diharap mereka akan lebih peka dalam mempertingkatkan

pembelajaran.  

CIRI-CIRI TEORI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

- Perbincangan akan diadakan selepas interaksi.

- Menitikberatkan penyelesaian masalah dan menggalakkan murid belajar antara satu

sama lain.

- Murid dapat menghubung kait apa yang dipelajari dengan pengalaman harian mereka

di samping dapat belajar secara bekerjasama.

- murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna

dalam rangka minda

- maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid

- guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan

pembelajaran yang berkesan

Page 2: Quiz

Kepentingan Pembelajaran Kontekstual Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

- Konsep pengajaran ini lebih menumpukan kepada pembelajaran yang bercirikan penemuan dan pencarian. Ia akan mendorong murid-murid mencari hubungan dan cara penyelesaian berdasarkan persekitarannya.

- Pendekatan kontekstual juga merupakan pendekatan yang menekankan dunia kehidupan sebenar murid-murid. Ini bermakna, pembelajaran adalah berkisar kepada konteks kehidupan sebenar dan cara ini sudah tentu akan lebih mudah memberi kefahaman kepada murid-murid tentang konsep-konsep berkaitan.

- Pembelajaran sebagai aktiviti sosial ini amat menggalakkan interaksi dan perbincangan sesama murid atau antara murid dan guru. Dengan cara ini proses pembelajaran murid akan berlaku dengan lebih mudah. Ini sudah tentu dapat memastikan objektif pelajaran yang telah ditetapkan dalam perancangan pelajaran ini dapat dicapai dalam sesi praktik yang akan dilaksanakan nanti.

- Berdasarkan persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Penghayatan konsep diperoleh melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan.

PUNCA DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN

1.1 Faktor Fizikal

Faktor fizikal terbahagi kepada tiga bahagian seperti berikut:

a) Persekitaran

Tumpahan minyak

Basah dan licin

Berselerak

b) Peralatan dan mesin

Susun atur yang tidak sesuai dengan ruang bengkel

Keadaan mesin yang lama dan tidak sesuai digunakan

Penggunaan peralatan yang salah

Penggunaan dan penyimpanan peralatan yang tidak teratur

c) Sistem pendawaiaan

Pendawaiaan melebihi 40 tahun

Kebocoran arus elektrik

Beban lebih had (overload)

Pendawaian tambahan tanpa kebenaran

Page 3: Quiz

Pemasangan wayar yang salah

1.2 Faktor Kemanusiaan

Faktor kemanusiaan yang merangkumi :

a) Kecuaian

Kurang memberi tumpuan kepada kerja

Mengelamun atau berkhayal ketika bekerja

b) Pengetahuan

Kurang berpengetahuan mengenai kerja yang dilakukan

Tidak tahu langkah-langkah keselamatan

Tiada atau kurang latihan melakukan tugas

Tidak ambil tahu untuk mempelajari sesuatu kemahiran

c) Disiplin

Bergurau secara kasar semasa bekerja

Gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan

Suka mengambil jalan pintas

d) Kesihatan

Letih, mengantuk dan kurang sihat

Gangguan emosi

e) Pengulang kemalangan

Mudah diganggu

Kurang cermat

Kurang sensitif atau peka

Reaksi pada kesakitan yang rendah

Kepastian kendiri

Keinginan untuk menguasai

f) Mudah mengalami kemalangan

Tingkah laku dan emosi

Ketahanan dan tolransi yang rendah kepada tingkah laku penyebab kemalangan

Page 4: Quiz

1.3 Faktor Pentadbiran

Faktor yang merangkumi:

a) Penguatkuasaan peraturan keselamatan tidak bersungguh-sungguh

b) Tiada arahan keselamatan sebelum memulakan tugasan

c) Kawalan kelas yang lemah semasa amali

d) Tiada atau kurang tunjuk ajar sebelum amali

e) Tiada prosedur kerja yang tetap

f) Tidak memberi latihan pencegahan keselamatan

g) Sikap pentadbir sekolah mengambil jalan mudah

Page 5: Quiz