puteri salji

6
1 Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Yang dihormati para hakim yang bijaksana, penjaga masa yang setia, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Dari simunjan naik kereta, Naik kereta ke Sungai Bedil Dengarlah Tuan saya bercerita, Tajuk cerita, Puteri Salji dan Tujuh orang kerdil. Pada zaman dahulu, di dalam sebuah negeri ada seorang puteri yang masih kecil bernama Puteri Salji. Dia tinggal di istana bersama ayahandanya dan ibu tirinya yang cantik jelita. Dari tahun ke tahun Puteri Salji bertambah dewasa, dia menjadi semakin cantik. Kulitnya putih bak salji, rambutnya halus dan lembut bak sutera dan bibirnya merah seperti bunga mawar. Sesiapa yang terpandang Puteri Salji pasti akan terkelu lidah dan tergamam begitu sahaja. Tapi….malang sungguh nasib Puteri Salji…..kawan-kawan nak tahu….ibu tiri Puteri salji adalah seorang wanita yang sangat sombong dan bongkak. Dia sentiasa mengatakan bahawa dirinya adalah wanita yang paling cantik dan tiada sesiapapun yang dapat mengalahkan kecantikkannya. Dia juga mempunyai sebuah cermin ajaib. Setiap hari dia akan berdiri di depan cermin ajaibnya dan menyanyi, Pandanglah…….Lihatlah………… Mael/sksu/cerBM

Upload: ismail-bin-tahir-mael

Post on 22-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Puteri Salji

1

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis. Yang dihormati para hakim yang

bijaksana, penjaga masa yang setia, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Dari simunjan naik kereta,

Naik kereta ke Sungai Bedil

Dengarlah Tuan saya bercerita,

Tajuk cerita, Puteri Salji dan Tujuh orang kerdil.

Pada zaman dahulu, di dalam sebuah negeri ada seorang puteri yang

masih kecil bernama Puteri Salji. Dia tinggal di istana bersama ayahandanya

dan ibu tirinya yang cantik jelita.

Dari tahun ke tahun Puteri Salji bertambah dewasa, dia menjadi

semakin cantik. Kulitnya putih bak salji, rambutnya halus dan lembut bak

sutera dan bibirnya merah seperti bunga mawar. Sesiapa yang terpandang

Puteri Salji pasti akan terkelu lidah dan tergamam begitu sahaja.

Tapi….malang sungguh nasib Puteri Salji…..kawan-kawan nak

tahu….ibu tiri Puteri salji adalah seorang wanita yang sangat sombong dan

bongkak. Dia sentiasa mengatakan bahawa dirinya adalah wanita yang

paling cantik dan tiada sesiapapun yang dapat mengalahkan

kecantikkannya. Dia juga mempunyai sebuah cermin ajaib. Setiap hari dia

akan berdiri di depan cermin ajaibnya dan menyanyi,

Pandanglah…….Lihatlah…………

Pinggangku yang ramping,

Dan mukaku yang cantik.

Lalu bertanya,

Mael/sksu/cerBM

Page 2: Puteri Salji

2

“ Wahai cermin ajaib, siapakah perempuan yang paling cantik ?” Cermin itu

akan menjawab, “ Permaisurilah yang paling cantik ! “.

Pada suatu hari, Permaisuri bertanya lagi dengan cermin ajaibnya, “

Wahai cermin ajaibku, siapakah perempuan yang paling cantik di dalam

negeri ini?” Cermin ajaibnya pun menjawab “ Puteri Salji yang paling cantik

“.

Mendengar kata cermin ajaib tersebut, Permaisuri berasa sangat

marah dan dengki dengan Puteri Salji. “ Sepatutnya tiada perempuan lain

yang lebih cantik daripada beta , beta mesti mencari helah bagaimana

hendak menghapuskan Puteri Salji “ katanya lagi.

Pada keesokkan harinya, Permaisuri yang jahat itu segera menyuruh

seorang pengawal istana supaya membawa Puteri Salji jauh ke dalam hutan

dan meninggalkannya di sana.

Apabila tiba di dalam hutan , puteri salji berasa sungguh seronok dan

leka bermain. Maklum sajalah, diakan seorang puteri dan tidak pernah keluar

dari istana. Dia pun menyanyi keriangan.

Aku seorang puteri,

Namaku Salji,

Hatiku senang sekali,

Sambil menyanyi.

Ketika itu jugalah, pengawal istana meninggalkan Puteri Salji di situ

dan terus pulang ke istana. Setelah Puteri Salji menyedari yang dia

keseorangan, dia berasa sangat takut dan menjerit ketakutan. “

Pengawal…..Pengawal…..dimana kamu….jangan tinggalkan beta…..beta

takut…beta takut,”katanya lagi sambil menangis.

Mael/sksu/cerBM

Page 3: Puteri Salji

3

Puteri Salji keletihan dan terus tertidur. Apabila dia terjaga,alangkah

terkejutnya Puteri Salji mendapati tujuh orang kerdil sedang

mengelilinginya. Puteri Salji merayu dalam ketakutan “ Tolong jangan di

apa-apakan beta“.

“ Jangan takut, kami tidak akan mencederakan tuan hamba”,kata

ketua orang kerdil itu. “siapakah gerangan tuan hamba yang cantik jelita ini?

“ Tanyanya lagi.

“Nama beta Puteri Salji,”jawab Puteri Salji.

“Kenapa berseorangan di dalam hutan ini?” Tanya ketua orang kerdil

kehairanan.

Puteri Salji pun menangis sambil berkata,”Beta telah ditinggalkan oleh

pengawal istana di sini. Beta yakin ini adalah perintah ibu tiri beta yang

cemburukan beta”.

Tujuh orang kerdil berasa kasihan dengan nasib Puteri Salji. Mereka

mengajak Puteri Salji tinggal bersama mereka. Puteri Salji berasa sangat

gembira.

Suatu hari, ketua orang kerdil berpesan,” Puteri Salji, berhati-hatilah,

kerana ibu tiri kamu mungkin akan datang mengganggu kamu, jika dia tahu

kamu masih hidup,katanya lagi sebelum mereka keluar bekerja.

“Baiklah semua. Terima kasih kerana mengingatkan beta”.jawab Puteri

Salji.

Kawan-kawan….lain pula cerita si permaisuri. Permaisuri berasa

sungguh gembira mendengar berita yang telah disampaikan oleh pengawal.“

ha….ha..ha… sudah tentu puteri salji sudah mati dibaham binatang buas di

dalam hutan itu…sekarang akulah perempuan yang paling cantik dalam

negeri ini.” Permaisuri pun pergi mengadap ceriman ajaibnya dan bertanya

soalan yang sama. Cermin ajaib menjawab , “ Puteri salji yang paling cantik

Mael/sksu/cerBM

Page 4: Puteri Salji

4

“. Mendengar jawapan cermin ajaib itu, Permaisuri bertambah marah. “

ahhhhh…biar aku sendiri yang akan pergi membunuh puteri itu “ katanya..

Permaisuri pun masuk ke dalam hutan tersebut dan menyamar

sebagai seorang perempuan tua. Dia membawa sebiji epal beracun. Ketika

itu tujuh orang kerdil tersebut sedang keluar bekerja. Dia pun memujuk

Puteri Salji untuk makan epal beracun tersebut.

“Cu, makanlah epal ini cu..rasanya sangat manis dan masih segar.”

Puteri Salji yang sememangnya sudah lama tidak makan buah epal

segera menggigit epal itu. Sebaik sahaja dia menggigit epal tersebut, dia

terus jatuh pengsan. Permaisuri yang jahat pulang sambil ketawa. “ Puteri

Salji sudah mati !, sekarang akulah perempuan yang tercantik ! “ katanya.

Tujuh orang kerdil berasa terkejut dan sedih apabila terlihat Puteri Salji

terbaring di atas tanah. “ Puteri kesayangan kita telah mati ! “ teriak mereka

dengan sedihnya. Oleh kerana mereka sangat menyayanginya, merekapun

membina sebuah keranda cermin dan meletakkan tuan puteri di dalamnya.

Mereka meletakkan keranda tersebut di luar pondok supaya setiap orang

yang lalu lalang di situ dapat melihat kecantikan tuan puteri.

Suatu hari, seorang putera raja telah lalu di situ. Dia telah terpandang

Puteri Salji dan terpersona dengan kecantikannya. “ Siapakah gerangan

gadis yang cantik ini dan mengapakah dia terbujur kaku di sini ? “ kata

putera raja tersebut. Tujuh orang kerdil itu pun menceritakan apa yang telah

terjadi.

Putera raja tersebut sungguh berasa kasihan dan telah jatuh cinta

dengan puteri salji . Dia membuka keranda tersebut lalu terus mencium pipi

puteri salji. Ciuman putera raja itu serta merta telah memusnahkan kuasa

jahat permaisuri. Puteri Salji bangun dengan perlahan-lahan. Tujuh orang

kerdil berasa sungguh gembira. Putera Raja melamar Puteri salji berkahwin

dengannya. Mereka hidup bahagia selama-lamanya.

Mael/sksu/cerBM

Page 5: Puteri Salji

5

Kawan-kawan, pengajaran daripada cerita ini ialah kita tidak boleh

bersikap sombong dan bongkak, dan kita hendaklah bersyukur dengan

Tuhan.

Sekian, terima kasih.

Mael/sksu/cerBM