pusat tuisyen didikan genius program bahasa malaysia ...€¦ · unsur bunyi pengulangan abjad...

16
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Pemahaman Modul PT3 SM 304 Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 30-Sep-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Unsur bunyi Pengulangan abjad Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi Nada Romantis

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Pemahaman

Modul PT3

SM 304

Nama : _____________________________

Page 2: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Unsur bunyi Pengulangan abjad Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi Nada Romantis

Analisis Puisi

Genre PuisiTradisional

PantunSyair

ModenSajak

Tema

Persoalan

BentukTerikat

Rima akhir Pantun : ab / abab

Rima akhir Syair : aaaa

BebasRima akhir Sajak : abcdef

Unsur Bahasa

Pengulangan

Pengulangan baris Repitisi

Pengulangan Kata

Ulang kata depan Anafora

Ulang kata belakang Responsi

Ulang kata tengah Epifora

SinkopeSingkatan : ku, mu, nak

Inversiterbalik : akan kuambil

PerlambanganBunga : wanita

Personifikasibersifat manusia

HiperbolaMelebih-lebihkan

Unsur bunyi Pengulangan abjad

Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi

Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi

Nada

Romantiscinta, kasih sayang

Melankoliksedih

Protesmembantah

Sinismenyindir / mengejek

Nilai

Pengajaran

Analisis Puisi

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Unsur bunyi Pengulangan abjad Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi Nada Romantis

Pemahaman Teks Umum

Kesihatan penting kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Kehidupan yang sihat hanya diperoleh jika kita mengamalkan penjagaan

kesihatan. Aspek-aspek kesihatan yang perlu dijaga ialah kesihatan fizikal,

kesihatan mental dan emosi, serta kesihatan sosial. Semua aspek ini perlu

diberikan perhatian.

Kesihatan fizikal amat penting dan harus diutamakan. Kesihatan fizikal

membolehkankita melaukan pelbagai aktiviti tanpa halangan. Dengan kesihatan

yang baik, kita tidak akan mudah dijangkiti penyakit di samping pertumbuhan

tubuh tidak terganggu. Kita juga dapat belajar, bekerja dan beriadah dengan

selesa.

Individu yang sihat mental dan emosinya sentiasa berada dalam keadaan

tenang. Dengan perkataan yang lain, seseorang itu tidak akan cepat marah,

mudah mengeluarkan pendapat, serta dapat menerima pengetahuan dengan

sempurna apabila emosi mereka sihat dan stabil.

Kesihatan sosial perlu ada dalam diri kita kerana sebagai masyarakat, kita

perlu berinteraksi antara satu sama lain. Apabila aspek sosial kita dalam

keadaan yang baik, kita akan diterima oleh masyarakat. Kita tidak akan berasa

sunyi kerana banyak mempunyai kawan. Di samping itu, kita akan berasa lebih

bertanggungjawab, bertimbang rasa, dan saling memahami.

Kita harus sedar bahawa amalan pemakanan yang baik akan memastikan

kita bertenaga selain membina tubuh dan rnemeliharu kesihataan. Tisu badan

yang rosak juga dapat dibaiki. Hal ini dapat meningkatkan kecergasan fizikal.

Kesihatan diri juga dapat menjamin kita bebas daripada jangkitan penyakit

selain bebas daripada bau yang tidak menyenangkan dan sebagainya. Senaman

dan beriadah pula dapat menyihatkan badan dan fikiran apabila kita dapat

memecahkan lemak dan membuang bahan toksik dan dalam badan melalui

perpeluhan selain membolehkan kita merehatkan fikiran. Rehat dan tidur yang

cukup mengelakkan kita daripada berasa letih, tertekan dan sebagainya.

Sekiranya kita tidak memberikan perhatian terhadap penjagaan kesihatan,

kita akan banyak menghadapi masalah. Kita akan mudah dijangkiti penyakit,

mengalami kemurungan, tertekan, dan bersikap memencilkan diri. Keadaan ini

seterusnya mengundang pelbagai masalah kepada diri, keluarga, dan

masyarakat.

Program Bahasa Melayu Edubest S304 - PemahamanTeks & Antologi 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Unsur bunyi Pengulangan abjad Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi Nada Romantis

1. Apakah maksud frasa mengalami kemuruugan?

A Berasa tertekan

B Berasa tidak meriah

C Menjadi kesuraman

D Menghadapi kemuraman

2. Kita boleh melakukan pelbagai aktiviti tanpa halangan sekiranya kita sihat

dari segi

A emosi. E fizikal

B sosial D mental

3. Semua yang berikut ialah kebaikan amalan pemakanan yang sihat, kecuali

A dapat mengelakkan jangkitan penyakit

B dapat membaiki tisu badan yang rosak.

E dapat meningkatkan kecergasan fizikal.

D dapat menjadikan bau badan tidak menyenangkan.

4. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara menghindari masalah kemurungan ?

(KBAT)

A Menyimpan setiap masalah dalam hati

B Menghadapi setiap masalah dengan tenang

E Meluangkan masa bersama-sama rakan sebaya

D Meminta rakan-rakan turut sama menanggung masalah yang kita hadapi

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest S304 - PemahamanTeks & Antologi 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Unsur bunyi Pengulangan abjad Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi Nada Romantis

Pemahaman Puisi Tradisional – Sajak

Sajak “Pesan Ibu Beribu-ribu”

Kita ada ibu

ibu kita satu

pesanannya beribu-ribu.

Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu

“Buat begini jangan begitu

bacalah buku selalu

kukuhkan diri dengan ilmu

pilihlah kawan yang mulia hati

tolaklah kawan pementing diri

pilihlah kawan yang punya petunjuk

tolaklah kawan bertabiat buruk.”

Ibu yang satu menyekat kita di pintu

bertanya ke mana arah tuju

“Jagalah diri selalu

di luar sana mungkin bencana menunggu.”

Kita menjadi jemu

mendengar pesanan beribu-ribu

tapi ibu tetap ibu

pesanan bertambah satu dan satu

“Jangan dibiar kepala berkutu

carilah ubat jerawat batu.”

Program Bahasa Melayu Edubest S304 - PemahamanTeks & Antologi 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Unsur bunyi Pengulangan abjad Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi Nada Romantis

Suatu senja

seorang temanku merintih

kerana kehilangan kekasih

kini baru disedarinya

pilihan musang berbulu arnab

biarpun menyamar cekap

ada masa termasuk perangkap

Si Bedul sudah ditangkap

Si Bedul di dalam lokap.

Dia menyatakan kesalnya

kerana dia alpa

ibunya berpesan sejak dulu

“Pilihlah kawan yang bermutu

Jangan dipilih kawan berhantu.”

Mengenangkan nasib temanku itu

aku merindui pesanan ibu

Ya, pesanan ibu.

Ibu,

kuyakini kau mengenali

yang mana permata, yang mana kaca

yang mana budaya, yang mana buaya

Program Bahasa Melayu Edubest S304 - PemahamanTeks & Antologi 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Unsur bunyi Pengulangan abjad Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi Nada Romantis

berilah pesanan beribu-ribu

malah berpuluh ribu

aku tidak akan jemu

ini janjiku kerana aku tahu

sempurna seorang ibu

dengan pesanan beribu-ribu.

Rahman Shaari

(Dipetik daripada antolagi Bintang Hati, Tingkatan 3,

Aras Mega (M) Sdn. Bhd.)

Maksud:

Rangkap 1

Setiap orang anak mempunyai seorang ibu sahaja tetapi pesanan ibu kepada

anak adalah banyak.

Rangkap 2

Pesanan ibu kepada anak meliputi keseluruhan kehidupan anaknya. Ibu

berpesan agar anaknya rajin belajar supaya dilengkapi dengan ilmu pengetahuan

dan berhati-hati dalam memilih kawan. Ibu juga berpesan agar anaknya mencari

rakan yang baik dan menjauhi rakan yang boleh mempengaruhi anaknya

melakukan perkara yang negatif. Ibu berpesan lagi agar si anak berwaspada

ketika keluar dari rumah kerana bimbang akan bahaya yang mungkin menimpa.

Walaupun si anak berasa jemu dengan setiap pesanan ibu namun ibu tidak

pernah berhenti berpesan. Pesanannya sentiasa bertambah dari sehari ke sehari,

termasuklah pesanan agar si anak menjaga kesihatan diri.

Program Bahasa Melayu Edubest S304 - PemahamanTeks & Antologi 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Unsur bunyi Pengulangan abjad Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi Nada Romantis

Rangkap 3

Suatu hari penyajak melihat rakannya bersedih kerana telah ditinggalkan oleh

kekasihnya. Dia baru menyedari bahawa kekasihnya ialah seorang penipu dan

telah ditangkap.

Rangkap 4

Ketika itu rakan penyajak menyedari bahawa dia telah mengabaikan pesanan

ibunya agar berhati-hati dalam memilih sahabat. Setelah itu, penyajak mula

menerima hakikat kebenaran pesanan ibunya dan merindui pesanan-pesanan

ibunya itu.

Rangkap 5

Akhirnya penyajak mengakui bahawa ibunya lebih arif dalam menilai perkara

yang baik dan yang buruk. Penyajak sanggup menerima lebih banyak pesanan

ibunya kerana dia tidak akan bosan mendengarnya. Penyajak sedar bahawa

sempurnanya tanggungjawab seorang ibu apabila beliau dapat menyampaikan

pesanan yang baik kepada anaknya.

Tema

Seorang ibu yang tidak pernah jemu berpesan dan memberikan nasihat

kepada anak kesayangannya supaya tidak tersalah memilih jalan hidup. Pesanan

seorang ibu merangkumi semua aspek dalam kehidupan anaknya.

Persoalan

(a) Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

(b) Sikap berhati-hati dalam memilih sahabat.

(c) Kepentingan ilmu pengetahuan sebagai penyuluh kehidupan manusia.

(d) Penjagaan kesihatan diri amat penting sebagai penentu imej seseorang.

(e) Sikap tidak ambil peduli terhadap pesanan ibu akan membawa musibah

kepada diri anak-anak.

Program Bahasa Melayu Edubest S304 - PemahamanTeks & Antologi 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Unsur bunyi Pengulangan abjad Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi Nada Romantis

(f) Pengalaman yang mengajar manusia tentang erti kehidupan.

Bentuk

(a) Sajak ini berbentuk bebas.

(b) Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.

(c) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah tidak sama. Contohnya:

• rangkap 1: tiga baris;

• rangkap 2: lapan belas baris;

• rangkap 3: sembilan baris;

• rangkap 4: lapan baris;

• rangkap 5: sepuluh baris.

(d) Bilangan patah perkataan bagi setiap baris antara satu hingga tujuh

patah kata. Contohnya:

Ibu, (1 patah kata)

Ibu yang satu menyekat kita di pintu (7 patah kata)

(e) Jumlah suku kata dalam sajak ini antara dua hingga enam belas suku

kata. Contohnya:

Ibu, (2 suku kata)

Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu (16 patah kata)

(f) Rima akhirnya bebas. Contohnya:

• rangkap 1: aaa;

• rangkap 2: aaaabbccaaaaaaaaaa;

• rangkap 3: abbacdddd;

• rangkap 4: aabbbbbb;

• rangkap 5: abccaaaaaa.

Program Bahasa Melayu Edubest S304 - PemahamanTeks & Antologi 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Unsur bunyi Pengulangan abjad Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi Nada Romantis

Unsur Bunyi

(a) Asonansi. Contohnya:

• yang mana permata, yang mana kaca (perulangan vokal a)

• Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu (perulangan vokal i)

• di luar sana mungkin bencana menunggu (perulangan vokal u)

• kerana kehilangan kekasih (perulangan vokal e)

(b) Aliterasi. Contohnya:

• bacalah buku selalu (perulangan konsonan b)

• kerana kehilangan kekasih (perulangan konsonan k)

Gaya Bahasa

(a) Inversi. Contohnya, ibu kita satu.

(b) Anafora (perulangan perkataan yang sama pada awal baris). Contohnya:

• Si Bedul sudah ditangkap

Si Bedul di dalam lokap (rangkap 3, baris 8 dan 9)

• yang mana permata, yang mana kaca

yang mana budaya, yang mana buaya (rangkap 5, baris 3 dan 4)

(c) Responsi (perulangan kata yang sama pada tengah baris). Contohnya:

• pilihlah kawan yang mulia hati

tolaklah kawan pementing diri

pilihlah kawan yang punya petunjuk

tolaklah kawan bertabiat buruk.” (rangkap 2, baris 5, 6, 7, dan 8)

(d) Repetisi. Contohnya:

• tapi ibu tetap ibu (rangkap 2, baris 15)

Program Bahasa Melayu Edubest S304 - PemahamanTeks & Antologi 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Unsur bunyi Pengulangan abjad Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi Nada Romantis

• yang mana permata, yang mana kaca (rangkap 5, baris 3)

(e) Hiperbola. Contohnya, kawan berhantu.

(f) Perlambangan. Contohnya, musang berbulu arnab.

Nada

Melankolik.

Nilai

(a) Kasih sayang. Contohnya, pesanan ibu yang banyak membuktikan kasih

sayang ibu kepada anaknya.

(b) Kesungguhan. Contohnya, ibu berpesan agar anak kesayangannya rajin

mencari ilmu.

(c) Kebijaksanaan. Contohnya, ibu meminta agar anaknya bijak dalam

memilih sahabat yang dapat mendorongnya melakukan kebaikan.

(d) Berhati mulia. Contohnya, sahabat yang baik ialah sahabat yang dapat

menunjukkan jalan kebenaran.

(e) Keinsafan. Contohnya, perasaan insaf timbul apabila seseorang anak tidak

mendengar nasihat ibunya.

(f) Bertanggungiawab. Contohnya, tanggungjawab seorang ibu adalah untuk

mendidik anaknya dengan berpesan tentang perkara-perkara yang baik.

(g) Ketaatan. Contohnya, seseorang anak harus mematuhi pesanan ibunya.

Pengajaran

(a) Kita mestilah sentiasa patuh dan mendengar nasihat ibu dan bapa.

(b) Kita hendaklah rajin dalam menuntut ilmu pengetahuan.

(c) Kita disarankan untuk menjaga kesihatan supaya tidak memudaratkan diri

sendiri.

Program Bahasa Melayu Edubest S304 - PemahamanTeks & Antologi 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Unsur bunyi Pengulangan abjad Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi Nada Romantis

(d) Kita hendaklah menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

(e) Kita perlulah bijak dalam memilih sahabat yang boleh memberikan tunjuk

ajar kepada kita.

Latihan

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berdasarkan rangkap kedua sajak “Pesan Ibu Beribu-ribu”, apakah

pesanan ibu kepada anaknya semasa memilih kawan? [3 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

(ii) Huraikan persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [3 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

(iii) Kita hendaklah menghargai jasa ibu yang telah banyak berkorban demi

anaknya.

Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh dilakukan untuk menghargai jasa

ibu? (KBAT) [4 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

( /10)

Program Bahasa Melayu Edubest S304 - PemahamanTeks & Antologi 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Unsur bunyi Pengulangan abjad Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi Nada Romantis
Page 14: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Unsur bunyi Pengulangan abjad Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi Nada Romantis
Page 15: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Unsur bunyi Pengulangan abjad Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi Nada Romantis
Page 16: Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...€¦ · Unsur bunyi Pengulangan abjad Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi Nada Romantis

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my