pusat pengurusan penyelidikan dan...
TRANSCRIPT
PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN
INSTRUMENTASI (CRIM)
GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN
(GUP) TOP DOWN
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOPDOWN
DOKUMEN INI ADALAH DOKUMEN TERKAWAL.
PENYALINAN TANPA KEBENARAN BERTULIS PENGURUSAN UKM ADALAH TIDAK DIBENARKAN
KANDUNGAN
PERKARA Muka surat
1.0 BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN) 3
2.0 BAHAGIAN 2 (PENILAIAN) 7
3.0 BAHAGIAN 3 (KEPUTUSAN) 7
4.0 BAHAGIAN 4 (PEMANTAUAN) 8
5.0 BAHAGIAN 5 (LAIN-LAIN) 9
6.0 BAHAGIAN 6 (PERANAN) 10
7.0 BAHAGIAN 7 (CARTA ALIR) 11
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOPDOWN
Page 3 of 12
1. BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN)
1.1. Pengenalan
Geran Universiti Penyelidikan (GUP) TopDown diperkenalkan pada tahun 2014. GUP TopDown adalah penyelidikan berdasarkan kepada Tema penyelidikan yang telah dikenalpasti oleh setiap Nic Penyelidikan.
1.2. Nic Penyelidikan
Aktiviti penyelidikan GUP adalah meliputi DUA BELAS (12) Nic Penyelidikan UKM iaitu: 1.2.1. Negara Bangsa (NB) 1.2.2. Pembangunan Lestari Wilayah (PLW); 1.2.3. Tenaga Keterbaharuan (TK); 1.2.4. Teknologi Kesihatan Perubatan (TKP); 1.2.5. Perubahan Iklim (PI); 1.2.6. Nanoteknologi dan Bahan Termaju (NBT); 1.2.7. Kepelbagaian Biologi dalam Pembangunan Bioteknologi (KPB); 1.2.8. Informatik Isian (ICT); 1.2.9. Ekonomi, Kewangan dan Perniagaan (EKP); 1.2.10. Politik dan Keselamatan (PK); 1.2.11. Pendidikan dan Peradaban (PP); 1.2.12. Transformasi Luar Bandar (TLB).
1.3. Tema penyelidikan Tema penyelidikan ditetapkan oleh setiap Nic Penyelidikan dan diperakui oleh Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan. Pemohon perlu mengemukakan permohonan berdasarkan Tema penyelidikan yang telah ditetapkan.
1.4. Objektif
Tujuan geran ini adalah untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan mengikut keperluan Nic Penyelidikan.
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOPDOWN
Page 4 of 12
1.5. Syarat Permohonan
1.5.1 Semua penyelidik dari kumpulan penyelidikan yang berdaftar layak
mengemukakan permohonan. 1.5.2 Permohonan penyelidikan yang dikemukakan mestilah mengikut Tema
penyelidikan yang telah ditentukan oleh Nic Penyelidikan.
1.6. Tempoh Penyelidikan
Jangkamasa projek mestilah dalam tempoh satu (1) hingga dua (2) tahun.
1.7. Tatacara Permohonan
1.7.1. Pemohon perlu mengemukakan permohonan penyelidikan melalui Sistem
Maklumat Penyelidikan Universiti (SMPU). 1.7.2. Rujuk Manual Pengguna SMPU (Permohonan) untuk langkah-langkah
permohonan secara atas talian. 1.7.3. Permohonan perlu dikemukakan kepada CRIM sebelum atau pada tarikh
tamat permohonan. Permohonan yang lewat tidak dapat dipertimbangkan.
1.8. Peraturan Perbelanjaan
1.8.1. Vot 11000 (Upah dan Elaun) Melantik Felo Pasca Doktoral, Pembantu Penyelidik dan Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) mengikut kadar bayaran yang ditetapkan oleh UKM. Pelantikan ini diuruskan oleh CRIM.
1.8.2. Vot 21000 (Perjalanan dan Pengangkutan)
i. Perbelanjaan merangkumi semua perjalanan dan pengangkutan dalam negara yang berkaitan dengan projek.
ii. Perjalanan ke luar negara perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan di bawah:- a) Perjalanan ke luar negara dibenarkan tertakluk kepada
kecukupan geran yang telah dipohon. Hanya ketua penyelidik
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOPDOWN
Page 5 of 12
dan ahli sahaja yang dibenarkan bagi tujuan tersebut. b) Perjalanan ke luar negara untuk tujuan menghadiri
persidangan adalah tertakluk kepada Garis Panduan Menghadiri Persidangan
c) Untuk menghadiri persidangan dan lain-lain aktiviti selain kerja lapangan, sebanyak 20% dari jumlah peruntukan projek dibenarkan.
iii. Jumlah perbelanjaan untuk perjalanan tidak boleh melebihi 40 peratus (40%) daripada jumlah keseluruhan projek.
1.8.3. Vot 24000 (Sewaan)
Sewaan hanya dibenarkan untuk bangunan, peralatan, pengangkutan dan barangan lain yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan.
1.8.4. Vot 27000 (Bekalan dan Bahan Penyelidikan)
Hanya perbelanjaan yang berkaitan dengan penyelidikan sahaja yang dibenarkan.
1.8.5. Vot 28000 (Baik Pulih Kecil dan Ubahsuai)
Hanya perbelanjaan untuk baik pulih dan pengubahsuaian yang kecil terhadap bangunan, makmal, peralatan atau lain-lain barang yang berkaitan dengan penyelidikan dibenarkan. Kos penyelenggaraan peralatan sedia ada semasa projek dilaksanakan adalah dibenarkan. Selepas projek selesai kos penyelenggaraan ini tidak akan ditanggung lagi oleh geran ini.
1.8.6. Vot 29000 (Perkhidmatan Ikhtisas)
Vot ini meliputi lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan, hospitaliti, honorarium, perkhidmatan profesional, konsultansi, penggunaan komputer, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan projek penyelidikan. (Perkhidmatan Khas / Belanja Pakai Habis) Perbelanjaan perkhidmatan khas merangkumi kos menghadiri kursus, program sangkutan jangka pendek (sekali (1) sahaja) untuk mempelajari teknik - teknik khusus yang berkaitan dengan projek penyelidikan. Tempoh yang dibenarkan adalah tidak melebihi tiga (3) bulan. Jumlah perbelanjaan tidak melebihi 10% daripada jumlah keseluruhan geran.
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOPDOWN
Page 6 of 12
1.8.7. Vot 35000 (Aksesori dan Peralatan) Pembelian peralatan khas dan aksesori (termasuk meningkatkan keupayaan peralatan sedia ada) yang berkaitan dengan projek penyelidikan sahaja. Senaraikan jenis peralatan dan justifikasi permohonan. Jumlah yang dipohon tidak melebihi 40% daripada jumlah keseluruhan geran.
1.9. Hasil Penyelidikan
1.9.1. KPI Penerbitan Penyelidik perlu menghasilkan penerbitan berdasarkan kepada jumlah peruntukan yang diluluskan seperti berikut: sekurang-kurangnya:
RM10,000 – RM29,000 – 1 artikel dalam jurnal terindeks SCOPUS/ERA.
RM30,000 – RM50,000 – 1 artikel dalam jurnal terindeks ISI WoS atau 4 bab dalam buku atau 1 buku penyelidikan dari penerbit tersohor.
1.9.2. Harta intelek dan Hasil Pengkomersilan Proses pendaftaran harta intelek dan pengkomersilan perlu melalui Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK).
1.10. Tarikh Buka dan Tutup Permohonan
CRIM akan membuat pemakluman mengenai tarikh buka dan tutup permohonan melalui Portal e-Warga dan surat kepada Dekan/Pengarah Fakulti/Institut/Pusat serta di laman sesawang CRIM (http://research.ukm.my).
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOPDOWN
Page 7 of 12
2. BAHAGIAN 2 (PENILAIAN) 2.1. Penilaian
2.1.1. Permohonan GUP dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian mengikut Nic Penyelidikan yang telah ditetapkan semasa Bengkel Penilaian GUP.
2.1.2. Perakuan daripada Panel Penilaian Bengkel Penilaian GUP akan dimajukan
ke Jawatankuasa Kewangan Dana Universiti Penyelidikan (JKKewDP) untuk tujuan kelulusan.
2.1.3. Keputusan permohonan adalah muktamad.
3. BAHAGIAN 3 (KEPUTUSAN)
3.1. Pemakluman Keputusan
3.1.1. Keputusan permohonan GUP akan dimaklumkan kepada pemohon selepas Mesyuarat JKKewDP.
3.1.2. Sekiranya lulus, surat kelulusan dikeluarkan beserta dokumen-dokumen berikut: i. Surat Pengakuan Menjalankan Penyelidikan ii. Borang Ubahsuai Cadangan Penyelidikan Dana UP
3.1.3. Ketua Kumpulan diminta mengembalikan semula dokumen di 3.1.2 (a) dan
(b) kepada CRIM DAN Bahagian Kewangan Penyelidikan (BKP) mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOPDOWN
Page 8 of 12
4. BAHAGIAN 4 (PEMANTAUAN)
4.1. Laporan Kemajuan
Laporan kemajuan perlu dihantar mengikut jadual penghantaran laporan kemajuan seperti berikut:
Penghantaran Laporan Tempoh Laporan Kemajuan
Julai Januari atau dari tarikh mula projek hingga Jun
Januari Julai atau dari tarikh mula projek hingga Disember
Laporan kemajuan perlu menggunakan Borang Laporan Penilaian Prestasi dan Kemajuan Dana UP (UKM-SPKP-CRIM-PK02-BO01) yang boleh dicapai di laman web CRIM (http://research.ukm.my)
4.2. Laporan Akhir
Laporan akhir perlu dihantar dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tamat projek. Laporan akhir perlu menggunakan Borang Laporan Akhir Dana UP (UKM-SPKP-CRIM-PK02-BO02) yang boleh dicapai di laman web CRIM (http://research.ukm.my)
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOPDOWN
Page 9 of 12
5. BAHAGIAN 5 (LAIN-LAIN)
5.1. Ketua Projek Berhenti
Fakulti perlu memaklumkan kepada CRIM tentang ketua projek yang telah /akan berhenti perkhidmatan di UKM. Projek yang diluluskan akan terus kekal di F/I/P berkenaan dan tidak boleh dipindahkan ke F/I/P lain.
5.2. Tambah Masa Tempoh Penyelidikan
Permohonan tambah masa boleh dipertimbangkan sekiranya projek masih aktif dan terdapat aktiviti yang masih belum tercapai. Permohonan perlu menggunakan Borang Permohonan Tambah Masa Projek Penyelidikan (UKM-SPKP-CRIM-PK03-BO01). Syarat-syarat permohonan adalah:
i. Permohonan mestilah dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat projek.
ii. Permohonan tidak boleh melebihi dua (2) kali sahaja. iii. Tempoh tambah masa maksimum adalah selama 6 bulan bagi setiap
permohonan. iv. Setiap permohonan perlulah disokong dengan Borang Laporan Penilaian
Prestasi dan Kemajuan Dana UP (UKM-SPKP-CRIM-PK02-BO01).
5.3. Kes Khas
Pertimbangan dan pengecualian dalam kes-kes tertentu boleh diberikan berdasarkan keperluan Universiti.
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOPDOWN
Page 10 of 12
6. BAHAGIAN 6 (PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB)
6.1. PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM) Memaklumkan pelawaan permohonan geran penyelidikan kepada fakulti /
institut / pusat. (jika ada); Menerima dan memproses permohonan yang dihantar dan di bawa ke sesi
penilaian; Memaklumkan keputusan penilaian kepada Penyelidik; Membuat pemantauan terhadap kemajuan projek penyelidikan.
6.3. FAKULTI / INSTITUT / PUSAT
Memaklumkan kepada Penyelidik sebarang perubahan dan perkembangan
terbaru mengenai geran penyelidikan di UKM; Merekod setiap kelulusan projek penyelidikan; Memaklumkan kepada CRIM berkaitan sebarang perubahan melibatkan
projek penyelidikan/penyelidik.
6.4. PENYELIDIK Meneliti garis panduan geran penyelidikan sebelum memohon; Memenuhi syarat-syarat permohonan seperti dikehendaki; Memastikan projek penyelidikan berjalan dengan efektif untuk mencapai
objektif penyelidikan dan jejak kunci mengikut masa yang ditetapkan dengan jumlah peruntukan yang diberi;
Mengemukakan laporan kemajuan penyelidikan setiap 6 bulan sekali dan menghantar laporan akhir selepas projek tamat.
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOPDOWN
Page 11 of 12
7. BAHAGIAN 7 (CARTA ALIR)
Mula
Hebahan pemakluman pembukaan geran penyelidikan dan edarkan maklumat berkaitan
Terima dan semak permohonan proposal penyelidikan
Lengkap? Penyelidik lengkapkan permohonan proposal
penyelidikan
Hantar semula ke CRIM
Terima pemakluman agihan peruntukan geran
Asing dan rekod permohonan mengikut Nic penyelidikan
Daftar projek penyelidikan dalam SMPU
Tamat
Maklum Keputusan Penilaian kepada Penyelidik dan BKP
Menyediakan kod projek penyelidikan
Maklum kepada penyelidik
Fail dan rekod
Adakan Bengkel Penilaian Permohonan
Adakan Mesyuarat JKKewDP
Lulus?
Ya
Ya
Tidak
Tidak
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM)
GARIS PANDUAN GERAN UNIVERSITI PENYELIDIKAN (GUP) TOPDOWN
Page 12 of 12
-TAMAT-
PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM BANGI
SELANGOR
NO. TEL: 03‐89213184/5102/5631/4679/4064
NO. FAKS: 03‐89254550
LAMAN SESAWANG: http://research.ukm.my