pusat asasi sains pertanian1).pdf · diadakan dalam dua siri dan melibatkan pelajar tingkatan dua...

2
PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Menarik di dalam: Kejohanan Sukan Inter-Asasi (IAG) Universiti Awam Pendaftaran Pelajar Baharu ASPer 15 Asasi Education Fair 2019 Program Kepentingan Sains Dan Matematik Dalam Kehidupan Bengkel Jelajah Matematik BULETIN ASPER — ISU 1/2019 HAK CIPTA TERPELIHARA © PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN, UPM, 2019 Pusat Asasi Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan Tel: 03 9769 6998 Email: [email protected] www.asasi.upm.edu.my Sejumlah 903 orang pelajar baharu telah memulakan perjalanan pengajian asasi mereka di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang juga dikenali sebagai Kumpulan ASPer 15 telah mendaftar di kolej-kolej tradisi kediaman masing-masing pada hari Jumaat bersamaan dengan 14 Jun 2019. Semua pelajar yang mendaftar datang dari seluruh pelusuk negara termasuklah Bangladesh, Qatar, Korea, Myanmar dan Kazakhstan. Pendaftaran Pelajar Baharu ASPer 15

Upload: others

Post on 15-Oct-2019

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Asasi Sains Pertanian1).pdf · diadakan dalam dua siri dan melibatkan pelajar tingkatan dua seramai 247 pelajar. Bengkel ini terdiri daripada empat projek utama yang mana Siri

PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Menarik di dalam:

Kejohanan Sukan Inter-Asasi (IAG) Universiti Awam

Pendaftaran Pelajar Baharu ASPer 15

Asasi Education Fair 2019

Program Kepentingan Sains Dan Matematik Dalam Kehidupan

Bengkel Jelajah Matematik

BULETIN ASPER — ISU 1/2019

HAK CIPTA TERPELIHARA © PUSAT ASASI SAINS PERTANIAN, UPM, 2019

Pusat Asasi Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang

Selangor Darul Ehsan

Tel: 03 9769 6998

Email: [email protected]

www.asasi.upm.edu.my

Sejumlah 903 orang pelajar baharu telah memulakan perjalanan pengajian asasi mereka di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang juga dikenali sebagai Kumpulan ASPer 15 telah mendaftar di kolej-kolej tradisi kediaman masing-masing pada hari Jumaat bersamaan dengan 14 Jun 2019. Semua pelajar yang mendaftar datang dari seluruh pelusuk negara termasuklah Bangladesh, Qatar, Korea, Myanmar dan Kazakhstan.

Pendaftaran Pelajar Baharu ASPer 15

Page 2: Pusat Asasi Sains Pertanian1).pdf · diadakan dalam dua siri dan melibatkan pelajar tingkatan dua seramai 247 pelajar. Bengkel ini terdiri daripada empat projek utama yang mana Siri

Bengkel Jelajah Matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan Sg Besar, Selangor telah diadakan pada 8 April 2019. Bengkel ini bertujuan untuk menarik minat serta memupuk pemikiran aras tinggi pelajar terhadap subjek matematik dengan menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek dan aktiviti. Bengkel Jelajah Matematik akan diadakan dalam dua siri dan melibatkan pelajar tingkatan dua seramai 247 pelajar. Bengkel ini terdiri daripada empat projek utama yang mana Siri I akan memfokuskan kepada tajuk Aljabar manakala untuk tajuk Siri II adalah poligon dan kebarangkalian.Tajuk-tajuk bagi projek ini adalah diberikan oleh guru sekolah tersebut. Bengkel ini dianjurkan oleh Pusat Asasi Sains Pertanian dengan kerjasama Jabatan Matematik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia.

Satu program aktiviti STEM telah diadakan bersempena

dengan lawatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi

Klang ke Pusat Asasi Sains Pertanian UPM pada 25 April

2019. Program Kepentingan Sains dan Matematik dalam

Kehidupan yang dianjurkan ini bertemakan “Kemahiran

Saintifik Pemacu Teknologi” merupakan salah satu aktiviti

pemindahan ilmu yang dirancang untuk meningkatkan ilmu

pengetahuan serta memupuk minat pelajar tentang

kepentingan ilmu sains dan matematik.

Sepanjang program ini, pelajar dapat mempelajari tentang

aplikasi matematik, jenis-jenis tanah dan baja untuk pertanian,

fisiologi manusia dan kaedah menentukan jenis-jenis darah

serta menjalankan ekperimen kimia dan fizik. Selain itu, pelajar

juga didedahkan dengan sistem pengajian yang dijalankan di

Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM.

KEPENTINGAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM

KEHIDUPAN

ASASI EDUCATION FAIR 2019

Asasi Education Fair 2019 telah berlangsung pada 27

Februari 2019 di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan

Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti

Putra Malaysia. Asasi Education Fair merupakan program

tahunan bagi Pusat Asasi Sains Pertanian, UPM dan

pada tahun ini ia merupakan penganjuran bagi tahun

kelapan sejak penganjurannya pada tahun 2012.

Kejohanan Sukan Inter-Asasi (IAG) Universiti Awam Peringkat Kebangsaan 2019 dengan moto Stay Fit Stay Connected with Games telah berlangsung pada 23 hingga 26 Januari 2019. Kejohanan ini melibatkan penyertaan kesemua Pusat Asasi Universiti Awam di Malaysia dan Bahagian Matrikulasi. Penganjuran kejohanan ini hasil permuafakatan Asasi Council bagi mengadakan program libat sama kesemua pusat asasi university awam di Malaysia

Menerusi penyertaan kali ini, kontijen ASPer UPM yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Shamarina binti Shohaimi telah berjaya merangkul sebanyak tiga (3) pingat emas menerusi acara catur (wanita), badminton (perseorangan lelaki) dan memanah (perseorangan lelaki), merangkul tiga (3) pingat perak menerusi acara renang (lelaki 50m gaya bebas), renang (lelaki 50m kuak dada) dan petanque (perseorangan wanita) serta merangkul empat (4) pingat gangsa menerusi acara bola sepak, badminton (perseorangan wanita) dan catur (lelaki). Manakala untuk acara terbuka Fun Run 5km, kontijen ASPer UPM telah mendapat tempat pertama kategori lelaki. Berdasarkan kepada pungutan keseluruhan pingat emas telah meletakkan UPM di tangga ketiga dari 12 penyertaan Asasi UA seluruh Negara dan Bahagian Matrikulasi.

BERSAING DENGAN SIHAT MENERUSI SUKAN INTER ASASI 2019

Tujuan utama penganjuran Asasi Education Fair 2019 ini

adalah untuk membantu para pelajar Pusat Asasi Sains

Pertanian, UPM yang akan menamatkan Program Asasi

Sains Pertanian untuk mendapatkan infomasi mengenai

program bacelor yang ditawarkan di UPM. Program ini

juga turut menjemput pengunjung dari sekolah-sekolah

dan para pelajar matrikulasi bagi mempromosikan UPM.

JELAJAH MATEMATIK

9