pusat aktiviti warga emas

5
Pusat Aktiviti Warga Emas PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS Perkhidmatan Pusat Aktiviti Warga Emas merupakan pilihan yang sesuai bagi warga tua masa kini dan akan datang, memandangkan bilangan warga tua semakin bertambah dalam masyarakat dan isu berkaitan dengan penjagaan selalu diperbincangkan. Warga tua digalakkan untuk terus tinggal bersama keluarga atau penjaga selama mungkin. Oleh itu perkhidmatan Pusat Aktiviti disediakan bagi warga emas ketika penjaganya keluar bekerja. Diharapkan perkhidmatan ini akan dapat mengelakkan warga tua dari masuk ke institusi kebajikan.Program bercorak ala-komuniti seperti ini dapat memenuhi berbagai keperluan sosial golongan warga tua. MPKSM mewujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas di dalam komuniti untuk memberikan bantuan dan sokongan moral kepada warga tua terutama yang menggunakan kemudahan ini.Adalah diharapkan di Pusat Aktiviti mereka dapat berdikari dan dapat berinteraksi sesama mereka dan juga dengan komuniti setempat.Pusat ini beroperasi setiap hari. Perkhidmatan Pusat AktivitiWarga

Upload: valar-mathi

Post on 28-Oct-2015

62 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pusat Aktiviti Warga Emas

Pusat Aktiviti Warga Emas

PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS

Perkhidmatan Pusat Aktiviti Warga Emas merupakan pilihan yang sesuai bagi warga tua masa kini dan akan datang, memandangkan bilangan warga tua semakin bertambah dalam masyarakat dan isu berkaitan dengan penjagaan selalu diperbincangkan. Warga tua digalakkan untuk terus tinggal bersama keluarga atau penjaga selama mungkin. Oleh itu perkhidmatan Pusat Aktiviti disediakan  bagi warga emas ketika penjaganya keluar bekerja. Diharapkan perkhidmatan ini akan dapat mengelakkan warga tua dari masuk ke institusi kebajikan.Program bercorak ala-komuniti seperti ini dapat memenuhi berbagai keperluan sosial golongan warga tua. MPKSM mewujudkan Pusat Aktiviti Warga Emas di dalam komuniti untuk memberikan bantuan dan sokongan moral kepada warga tua terutama yang menggunakan kemudahan ini.Adalah diharapkan di Pusat Aktiviti mereka dapat berdikari dan dapat berinteraksi sesama mereka dan juga dengan komuniti setempat.Pusat ini beroperasi setiap hari. Perkhidmatan Pusat AktivitiWarga Emas   akan di tadbir oleh MPKSM Negeri/Daerah. MPKSM Negeri/Daerah akan mengaturkan persiapan dan kelengkapan yang bersesuaian. Peruntukan mengendalikan Pusat ini disalurkan terus oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Pusat Aktiviti tersebut. Sehingga kini terdapat  18 Pusat Aktiviti Warga Emas yang telah beroperasi. 

PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS

TUJUAN : MPKSM   Negeri   diarah   memulakan perkhidmatan Pusat   Jagaan

Page 2: Pusat Aktiviti Warga Emas

Harian Warga Emas dibawah Projek Khas JKMM (dahulunya Pembiayaan Bank Dunia) bagi menampung keperluan warga tua di kawasan sekitar Rumah Sejahtera atau tapak yang dikenal pasti oleh MPKSM Negeri. Projek ini akan dibina berperingkat-peringkat bermula pada tahun 2000 hingga tahun 2002.  Perkhidmatan Pusat Aktiviti Warga Tua merupakan pilihan yang sesuai bagi warga tua semakin bertambah dalam masyarakat dan isu berkaitan dengan penjagaan selalu diperbincangan.Warga tua digalakkan untuk terus tinggal bersama keluarga atau penjaga selama mungkin.Pusat Aktiviti disediakan bagi warga tua ketika penjaga bekerja. Perkhidmatan ini akan dapat mengelakkan warga tua dari masuk ke institusi. Program bercorak ala-komuniti seperti ini dapat memenuhi berbagai keperluan sosial golongan warga tua. Perkhidmatan Pusat Aktiviti Warga Tua yang dicadangkan ini akan di tadbir oleh MPKSM Negeri/Daerah. MPKSM Negeri/Daerah akan mengaturkan persiapan dan kelengkapan rang bersesuaian.  

KATEGORI WARGA EMAS : 

Kategori warga tua yang hendak dipertimbangkan untuk menyertai Pusat Aktiviti Warga Tua adalah seperti berikut:- i) Berumur 60 tahun ke atas ii) Tidak menghidapi penyakit yang berjangkit iii) Berupaya menjaga diri sendiri (berdikari) iii) Mempunyai sanak saudara yang boleh menguruskan pengangkutan berulang alik ke Pusat Aktiviti setiap hari dan iv) Minat menghadiri Pusat  Aktiviti secara sukarela. 

PROSES KEMASUKAN : 

Proses kemasukan seseorang warga tua ke Pusat Aktiviti hendaklah mengikut peraturan seperti berikut: -  1. Pemohon mengembalikan borang permohonan dan Laporan perubatan yang telah dipenuhi kepada Setiausaha Kehormat MPKSM Negeri yang berkenaan untuk pertimbangannya;  2. Setiausaha Kehormat MPKSM Negeri mendaftarkan permohonan yang diterima dan mengemukakan kepada Jawatankuasa Kerja Negeri semasa Mesyuarat bulanan untuk ulasan dan kelulusan. Sekiranya Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Negeri tidak dapat diaturkan mengikut jadual, maka kelulusan masuk sementara akan diberikan oleh Setiausaha Kehormat.;  3.. Setiausaha Kehormat mendaftarkan nama pemohon yang berjaya dalam buku daftar Pusat Aktiviti dan membuka fail kes.  

Page 3: Pusat Aktiviti Warga Emas

URUSAN PENTADBIRAN  :

Bagi urusan pentadbiran harian, tatacara perjalanan Pusat Aktiviti disenaraikan seperti berikut : - 1. Setiausaha Kehormat mengenal pasti tapak yang sesuai untuk pembinaan Pusat Aktiviti di bawah Projek Khas JKM ; 2. Satu Jawatankuasa Khas dibentuk oleh MPKSM Negeri untuk menyelia perjalanan Pusat Aktiviti Warga Tua. 3. Sebarang masalah atau kerumitan yang dihadapi oleh Setiausaha Kehormat MPKSM Negeri untuk makluman dan tindakan bersama dengan Jawatankuasa Khas Pusat Aktiviti hendaklah di rujuk kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri untuk penyelesaian;  4. Jawatankuasa Khas Pusat Aktiviti boleh melantik Penyelia Pusat Aktiviti dengan membayar  elaun bulanan dari peruntukan kewangan MPKSM Negeri bagi menguruskan pentadbiran dan perjalanan harian Pusat Aktiviti;  5. Kemudahan peralatan dan kemudahan-kemudahan lain di Pusat Jagaan Harlan hendaklah disediakan oleh MPKSM Negeri. 6. Pusat Aktiviti akan dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang;  7. Peserta Pusat Aktiviti hendaklah mendaftarkan nama mereka di kaunter yang ditetapkan dengan butiran seperti di lampiran "D" setiap kali hadir;  8. Penyelia PusatAktiviti bersama Sukarelawan yang bertugas mengaturkan supaya peserta Pusat Aktiviti mengambil bahagian dalam aktiviti yang bersesuaian yang ditetapkan mengikut jadual termasuk;  8.1. Fisioterapi; 8.2. Kerja tangan 8.3. Pertanian 8.4. Keagamaan8.5. Kebudayaan8.6. Riadah (rekreasi) dan lain-lain  9. Pusat Aktiviti akan menyediakan minuman pagi, makan tengah hari dan minuman petang kepada peserta Pusat Aktiviti.  10. Peserta Pusat Aktiviti boleh menggunakan semua kemudahan yang disediakan. 

Page 4: Pusat Aktiviti Warga Emas