pulau semakau - mllpc.sg 17 (pulau semakau... · melayu singapura ini telah mendapat sambutan baik...

26
hasil karya Nurhidaya Mohd Sidik Pulau Semakau

Upload: phungthu

Post on 04-May-2019

229 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

hasil karyaNurhidaya Mohd Sidik

PulauSemakau

Profesor Madya Dr. Muhammad Faishal IbrahimSetiausaha Parlimen KananKementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Sosial dan KeluargaPengerusi, Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC)

Prakata oleh Pengerusi MLLPC

‘Pelajar Aktif, Pengguna Cekap’ merupakan matlamat pembelajaran Bahasa Ibunda di Singapura. Murid-murid haruslah dibekalkan dengan bahan bacaan yang kreatif untuk mendorong minat mereka terhadap pembelajaran Bahasa Ibunda. Lebih banyak bahan bacaan yang dapat mereka akses, lebih baik natijahnya.

Siri Nabil dan Nabilah telah diilhamkan pada tahun 2015 untuk murid-murid sekolah rendah khususnya bagi Darjah 1 dan 2 dengan tujuan untuk menambah jumlah bahan bacaan tempatan bahasa Melayu. Buku-buku yang dihasilkan oleh guru-guru Bahasa Melayu Singapura ini telah mendapat sambutan baik daripada kanak-kanak, ibu bapa dan juga para pendidik.

Lanjutan daripada maklum balas tersebut, Siri Nabil dan Nabilah diteruskan untuk murid-murid Darjah 3 dan 4 pula. Terdapat pembaharuan yang telah dilakukan terutama sekali aspek jalan cerita dan penampilan watak-watak dalam siri tersebut agar dapat memenuhi cita rasa para pembaca yang berusia antara sembilan hingga sepuluh tahun. Selain itu, aktiviti-aktiviti susulan setelah membaca disediakan untuk membolehkan ibu bapa dan ahli keluarga terlibat sama. Aktiviti membaca bersama-sama keluarga dapat memupuk sikap-sikap positif dan berpotensi menanamkan nilai-nilai yang baik.

Guru merupakan golongan yang dekat dengan murid. Mereka mengenali minat dan cita rasa murid. Oleh hal yang demikian, setiap sumbangan guru dalam penghasilan siri buku bacaan ini amat dihargai. Kepada guru-guru yang telah menyumbang dalam penulisan buku cerita ini, saya mengucapkan syabas dan ribuan terima kasih.

Besar harapan saya agar usaha ini dapat diteruskan dan lebih banyak karya dapat dihasilkan demi kemajuan dan pembangunan intelek anak-anak kita. Semoga mereka bakal menjadi pengguna bahasa ibunda yang cekap dan yakin serta berbangga akan bahasa dan budaya Melayu.

Burung punai di pucuk rebung,Anak kedidi terbang berempat;

Bahasa disanjung budaya dijunjung,Majulah seni bangsa berdaulat.

Para Penulis Buku Darjah 4

Salina Hussin Mulianya Hatimu Suzanah Yahaya Bo, Bo, Boling! Suriani Sokran Terima Kasih Md Hizammuddin Md Yusof Planet Ceper Juraida Miswari Salam Sayang Suzanah Miswari Pasar Malam Nurhidaya Mohd Sidik Pulau SemakauSuhainis Samsi Kota Singa Sarifah Hassan Di Manakah Ayah?Nur Syazwani Shaibani Cinta T Pengurusan Pembinaan Buku

Penasihat Projek ZafilinAbdulHamidEditor Zainaba OmarSekretariat MLLPC Siti Fazila Ahmad Murshidah Hassan Nasrudin Raja Sulaiman Nur Fa’izah Matnoor Nur Sifa Hussin Mislimah Misti

PENGHARGAAN

hasil karyaNurhidaya Mohd Sidik

PulauSemakau

Para Penulis Buku Darjah 4

Salina Hussin Mulianya Hatimu Suzanah Yahaya Bo, Bo, Boling! Suriani Sokran Terima Kasih Md Hizammuddin Md Yusof Planet Ceper Juraida Miswari Salam Sayang Suzanah Miswari Pasar Malam Nurhidaya Mohd Sidik Pulau SemakauSuhainis Samsi Kota Singa Sarifah Hassan Di Manakah Ayah?Nur Syazwani Shaibani Cinta T Pengurusan Pembinaan Buku

Penasihat Projek ZafilinAbdulHamidEditor Zainaba OmarSekretariat MLLPC Siti Fazila Ahmad Murshidah Hassan Nasrudin Raja Sulaiman Nur Fa’izah Matnoor Nur Sifa Hussin Mislimah Misti

2

Cikgu Syahira akan membawa kelas Nabil dan Nabilah melawat tempat pembakaran sampah di Pulau Semakau pada esok hari. Beliau memberikan taklimat kepada murid-murid sebelum lawatan tersebut.

Pulau Semakau

3

Bagaimanakah sampah dibakar?

Apakah yang berlaku setelah sampah dibakar?

Pada malam itu, Nabilah melungsuri Internet. Dia ingin mengetahui proses pembakaran sampah sebelum ke Pulau Semakau.

4

Sungai kotor!

Tanah dicemari!

Tahukah kau apa akan terjadi jika manusia terus membuang sampah?

Nabilah terperanjat mendapat tahu bahawa jumlah pembuangan sampah di Singapura meningkat daripada 1,260 tan setiap hari pada tahun 1970 ke 8,559 tan setiap hari pada tahun 2016. Pada malam itu, Nabilah bermimpi ...

5

Udara kotor!

Sungai kotor!

Tanah dicemari!

Tahukah kau apa akan terjadi jika manusia terus membuang sampah?

Nabilah terperanjat mendapat tahu bahawa jumlah pembuangan sampah di Singapura meningkat daripada 1,260 tan setiap hari pada tahun 1970 ke 8,559 tan setiap hari pada tahun 2016. Pada malam itu, Nabilah bermimpi ...

6

Negara ini tertimbus dengan sampah!

7

Manusia membuang sampah sarap tanpa berfikir. Tidakkah mereka terfikir untuk menggunakan semula barang-barang yang terpakai?

Adakah semua barang yang terpakai harus dibuang begitu sahaja?

8

Pembuangan sampah yang berleluasa akan membinasakan kamu semua!

9

Nabilah tersentak dan terjaga dari tidurnya. Dia berpeluh-peluh.

10

Pada pagi itu, Nabilah dan Nabil bersiap ke sekolah. Mereka tidak sabar hendak melihat tempat pembakaran sampah. Nabil, Nabilah dan rakan-rakan mereka seronok menaiki feri ke Pulau Semakau.

11

Setibanya di Pulau Semakau, mereka disambut mesra oleh seorang pegawai wanita yang peramah. Puan Jessica menerangkan tentang proses pembakaran sampah.

Sampah sarap dibakar pada suhu 850 hingga 1,000 darjah selsius.

12

Kita harus mencari jalan untuk mengurangkan sampah.

Bagaimana?

13

Tidak semua barang terpakai perlu dibuang. Mari saya tunjukkan.

14

Puan Jessica berkongsi tentang contoh-contoh barang yang telah dikitar semula.

15

Jadi kita harus buang sampah di tong-tong yang disediakan!

Kita bertanggungjawab menjadikan Singapura tempat yang selesa.

16

Tempat kita terhad. Kita tidak boleh membina tempat pembakaran yang terlalu banyak.

Nabilah mengangguk-angguk. Dia bertekad untuk mengitar semula barangan yang terpakai. Dia akan berbincang dengan keluarganya apabila pulang nanti.

17

Apakah barang-barang lain yang boleh dikitar semula?

Sepanjang perjalanan pulang, Nabilah memikirkan cara-cara mengitar semula kertas dan plastik yang sudah digunakan di rumah. Dia mahu belajar cara-cara mencipta sesuatu yang baharu daripada barang-barang yang terpakai.

Glosari

Perkataan Maksud

tertimbus (hlm. 6) tertimbun, mengisi lubang hingga tertutup disambut (hlm. 11) diterima

menerangkan (hlm. 11) menjelaskan

bertanggungjawab mempunyai kewajiban untuk berbuat(hlm. 15) sesuatu

selesa (hlm. 15) berasa senang

berbincang (hlm. 16) bertukar-tukar pendapat

18

19

Aktiviti Bersama Keluarga Nama Aktiviti: Raksasa Sampah

Bincangkan dengan anak anda tentang pembuangan sampah yang berlaku di rumah. Lukis raksasa sampah yang terdiri daripada jenis sampah yang sering dibuang oleh keluarga kamu.

20

Aktiviti Bersama Keluarga Nama Aktiviti: Kitar Semula

Pilih satu barang yang boleh dibuat dengan menggunakan bahan kitar semula. Hasilkan barang itu bersama anak anda.

Coretan BebasCoretan BebasCoretan Bebas

21

Coretan BebasCoretan BebasCoretan Bebas

22

© 2018 Kementerian Pendidikan Singapura

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang, menyimpan atau menerbitkan semula mana-mana bahagian isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta buku ini.

Diterbitkan oleh

Kementerian Pendidikan Singapuradan

Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu

Illustration and Design by Thoughts CreationsEmail: [email protected]

First published 2018

All rights reserved. No part of this publication may be produced, stored in a retrieval system or transmitted, in any form or by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without prior permission of the copyright owner.

PULAU SEMAKAUISBN 978-981-11-6415-6 Printed in Singapore