pucuk manis mampu memberi pendapatan kepada...

4
pabila disebut sahaja tentang ulam-ulaman bagi sesetengah orang, ia adalah pelengkap bersama nasi semasa menjamu juadah tengahari atau malam. Namun ada juga yang tidak berminat dengan alasan seperti rasanya yang pahit, tidak sedap dan membantutkan selera. Semua ini adalah atas pilihan dan citarasa sendiri. Pucuk manis atau nama Saintifik Sauropus androgynus tidak asing lagi terutamannya bagi masyarakat desa dan merupakan sayuran tradisional yang sangat digemari. Pucuk manis juga di kenali dengan nama taruk manis, asin- asin, cekup manis, sweet leaf bush, katuk dan ma ni chai. Sayuran ulam-ulaman ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri dan kini semakin popular dikalangan masyarakat sebagai dengan kepelbagaian jenis rasa dan dan cara sajian. Justeru itu, usaha perlu dipertingkatkan untuk terus mempromosikan makanan ini dan seterusnya mudah diperolehi di pasaran oleh orang ramai dengan mempergiatkan tanaman sayuran ulam-ulaman. Atas keperihatinan dan rasa tanggungjawab Encik Zakaria bin Sulaiman atau di kenali dengan panggilan Angah Ayah dikalangan masyarakat tempatan telah mengusahakan projek tanaman pucuk manis atau cekur manis di Kampung Sesapan Batu Rembau Beranang, Ayah Angah mula melibatkan diri dengan projek ini sejak tahun 2003 dan kini diusahakan secara meluas di atas tanah miliknya seluas 10 ekar. Beliau adalah pesara Syarikat Telekom Malaysia dan berusia 56 tahun merupakan salah seorang ahli aktif Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Hulu Langat Selatan, Beranang Selangor. Sebagai Ketua Unit Peladang kampung Sesapan Batu Rembau, kepimpinan melalui tauladannya diserlahkan lagi dengan menceburi penanam pokok pucuk manis bagi menampung keperluan sebilangan golongan masyarakat yang mengemarinya. Pada peringkat awal pembabitan, Encik Zakaria telah mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM 2000 untuk membangunkan infrastruktur dan digunakan sebagai serta modal pusingan. Diatas kegigihan yang ditunjukkan, PPK Hulu Langat Selatan memberi sokongan bagi membolehkan beliau menerima pembiayaan kerajaan pusat melalui peruntukan Program Pembangunan Manusia Asas Komoditi (PMAK). Selain itu, beliau turut mendapatkan khidmat nasihat dan galakkan dari PPK Hulu Langat Selatan untuk membantu beliau dari segi pengurusan dan melancarkan projeknya. Pihak MOA-Inc juga tidak ketinggalan membantu beliau dengan menyalurkan bantuan peralatan seperti pam dan tangki. Bagi memastikan projek yang diusahakan berjalan lancar, beliau telah mengikuti kursus teknikal dan pengurusan yang dikelolakan oleh Jabatan Pertanian dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Ini serba sedikit dapat menambahkan pengetahuan dalam aspek pengendalian projek dan juga memberi semangat untuk berusaha dengan lebih kuat lagi bagi membangunkan projeknya. Oleh : Shahzunizam Bin Zulkafli (Ibu Pejabat LPP) [email protected] A Pucuk Manis Mampu Memberi Pendapatan Kepada Petani 13 Lahir Peladang Progresif http://www.lpp.gov.my

Upload: duongkhanh

Post on 10-Mar-2019

240 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pucuk Manis Mampu Memberi Pendapatan Kepada Petani103.8.163.254/document/upload/hzHKtIXKupwVhQIIalXfmQfNDpDNfc84.pdf · nasi semasa menjamu juadah tengahari atau malam. ... Sayuran

13Lahir Peladang Progresif

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

pabila disebut sahaja tentang ulam-ulaman bagi sesetengah orang, ia adalah pelengkap bersama nasi semasa menjamu juadah tengahari atau malam.

Namun ada juga yang tidak berminat dengan alasan seperti rasanya yang pahit, tidak sedap dan membantutkan selera. Semua ini adalah atas pilihan dan citarasa sendiri.

Pucuk manis atau nama Saintifik Sauropus androgynus tidak asing lagi terutamannya bagi masyarakat desa dan merupakan sayuran tradisional yang sangat digemari. Pucuk manis juga di kenali dengan nama taruk manis, asin-asin, cekup manis, sweet leaf bush, katuk dan ma ni chai.

Sayuran ulam-ulaman ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri dan kini semakin popular dikalangan masyarakat sebagai dengan kepelbagaian jenis rasa dan dan cara sajian. Justeru itu, usaha perlu dipertingkatkan untuk terus mempromosikan makanan ini dan seterusnya mudah diperolehi di pasaran oleh orang ramai dengan mempergiatkan tanaman sayuran ulam-ulaman. Atas keperihatinan dan rasa tanggungjawab Encik Zakaria bin Sulaiman atau di kenali dengan panggilan Angah Ayah dikalangan masyarakat tempatan telah mengusahakan projek tanaman pucuk manis atau cekur manis di Kampung

Sesapan Batu Rembau Beranang, Ayah Angah mula melibatkan diri dengan projek ini sejak tahun 2003 dan kini diusahakan secara meluas di atas tanah miliknya seluas 10 ekar. Beliau adalah pesara Syarikat Telekom Malaysia dan berusia 56 tahun merupakan salah seorang ahli aktif Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Hulu Langat Selatan, Beranang Selangor. Sebagai Ketua Unit Peladang kampung Sesapan Batu Rembau, kepimpinan melalui tauladannya diserlahkan lagi dengan menceburi penanam pokok pucuk manis bagi menampung keperluan sebilangan golongan masyarakat yang mengemarinya.

Pada peringkat awal pembabitan, Encik Zakaria telah mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM 2000 untuk membangunkan infrastruktur dan digunakan sebagai serta modal pusingan. Diatas kegigihan yang ditunjukkan, PPK Hulu Langat Selatan memberi sokongan bagi membolehkan beliau menerima pembiayaan kerajaan pusat melalui peruntukan Program Pembangunan Manusia Asas Komoditi (PMAK). Selain itu, beliau turut mendapatkan khidmat nasihat dan galakkan dari PPK Hulu Langat Selatan untuk membantu beliau dari segi pengurusan dan melancarkan projeknya. Pihak MOA-Inc juga tidak ketinggalan membantu beliau dengan menyalurkan bantuan peralatan seperti pam dan tangki.

Bagi memastikan projek yang diusahakan berjalan lancar, beliau telah mengikuti kursus teknikal dan pengurusan yang dikelolakan oleh Jabatan Pertanian dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Ini serba sedikit dapat menambahkan pengetahuan dalam aspek pengendalian projek dan juga memberi semangat untuk berusaha dengan lebih kuat lagi bagi membangunkan projeknya.

Oleh : Shahzunizam Bin Zulkafli (Ibu Pejabat LPP)[email protected]

A

Pucuk ManisMampu MemberiPendapatanKepada Petani

13Lahir Peladang Progresif

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Page 2: Pucuk Manis Mampu Memberi Pendapatan Kepada Petani103.8.163.254/document/upload/hzHKtIXKupwVhQIIalXfmQfNDpDNfc84.pdf · nasi semasa menjamu juadah tengahari atau malam. ... Sayuran

14 Lahir Peladang Progresif

Berita Transformasi Pertanian

Disebabkan minat yang begitu mendalam di dalam tanaman ini, Encik Zakaria sentiasa mencari maklumat mengenai khasiat pucuk manis melalui pelbagai sumber seperti internet dan petua orang tua-tua. Beliau juga menggunakan sepenuhnya pengalaman semasa bekerja dengan pekebun cina selepas bersara dari perkhidmatan. Justeru itu, beliau tidak lagi menoleh kebelakang untuk menceburi penanaman pucuk manis yang diyakininya akan mendapat pasaran yang meluas pada suatu hari nanti.

Menurut Encik Zakaria, terdapat dua kaedah tanaman biasa iaitu melalui biji benih dan keratan batang. Benih yang dihasilkan melalui keratan batang lebih diakui lebih baik. Pokok pucuk manis mempunyai daun yang berwarna hijau gelap dan tersusun rapi di kiri dan kanan tangkai. Buahnya berwarna putih ketika muda dan akan berubah menjadi merah samar atau coklat ketika matang. Kini terdapat lebih 200,000 batang pokok yang di tananam di tanah miliknya.

Rutin harian beliau adalah bersama-sama isteri dan anaknya ke kebun untuk memantau pekerja-pekerja memungut hasil. Pucuk manis kemudiannya akan ditimbang dan seterusnya menunggu pemborong yang sudah sedia menempah pucuk manis sehari sebelum itu. Kerja-kerja memungut hasil ini akan mengikut fasa dan jadual yang telah di

Berita Transformasi Pertanian

14 Lahir Peladang Progresif

Page 3: Pucuk Manis Mampu Memberi Pendapatan Kepada Petani103.8.163.254/document/upload/hzHKtIXKupwVhQIIalXfmQfNDpDNfc84.pdf · nasi semasa menjamu juadah tengahari atau malam. ... Sayuran

15Lahir Peladang Progresif

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

tetapkan pada sesuatu petak. Pucuk manis yang telah di potong akan mengambil masa selama 10 hari untuk proses tumbesaran pucuk semula.

Kerja-kerja pembajaan dijalankan mengikut kaedah yang disyorkan. Baja yang di gunakan oleh Encik zakaria adalah tediri daripada baja kompos dan baja kimia untuk daun serta batang. Bedasarkan pengalaman dan kepakaran yang ada, Encik Zakaria akan membuat sendiri baja kompos kerana ini dapat mengurangkan kos pengurusan projeknya. Penyemburan racun akan dibuat apabila beliau ternampak kesan-kesan serangga yang datang untuk merosak pucuk-pucuk manis. Beliau menggunakan kandungan kimia yang rendah agar tidak memusnahkan organisma yang baik untuk pertumbuhan pokok pucuk manisnya. Tambahan lagi, cara ini dipercayai dapat memanjangkan jangka hayat pokok pucuk manis dan boleh mencapai sehingga 4 tahun sebelum tapak tersebut di bersihkan dan di tanam semula.

“Terdapat keistimewaan pada pucuk manis dimana pucuknya yang masih muda begitu rangup dan mempunyai rasa seakan-akan asparagus. Selain dijadikan sayuran ulaman ia juga boleh dijadikan pewarna makanan sama seperti daun pandan. Warna yang dihasilkan oleh daun cekur manis lebih gelap dari warna daun pandan. Walaupun telah dimasak, warna hijau gelapnya tetap kekal” Kata Encik Zakaria ketika bercerita mengenai khasiat tanamannya.

Dalam tahun 2009, terdapat penyelidik dari Negara Jepun telah datang untuk melihat secara dekat cara dan bagaimana tanaman pucuk manis dijalankan. Hasil kajian menunujukkan bahawa pucuk manis boleh di jadikan

ubatan untuk menghilangkan kelumumur selain di makan. Penyelidikan ini masih dijalankan terutamanya bagi memenuhi piawaian Negara tersebut.

Selain mendapat khidmat pemborong yang datang ke kebunnya, beliau akan memasarkan sendiri hasil tanaman di sekitar pasar borong yang berdekatan termasuk ke pasar borong Selayang. Purata pengeluaran sehari adalah sebanyak 300 kg pucuk manis, pucuk ubi dan pucuk asam. Beliau memperolehi pendapatan bulanan yang agak baik hasil jualan pucuk manis iaitu sekitar RM2000 hingga RM3000 setelah ditolak upah pekerja dan lain-lain perbelanjaan lagi.

Bagi menambahan pendapatan seisi rumah, isteri beliau Puan Jamilah binti Salam turut sama-sama membantu beliau dengan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan iaitu menjual air susu soya serta produk yang berasakan air susu soya. Ini serba sedikit dapat membantu dari segi kewangan terutamanya apabila hasil pengeluaran pucuk manis manis tidak mencapai tahap yang di harapkan.

Harapan beliau pada masa akan datang adalah untuk memperbesarkan lagi projek ini berikutan pucuk manis mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan masyarakat, pucuk manis yang di pasarkan mempunyai harga yang tinggi dan boleh memberikan pulangan yang baik. Beliau mengharapkan agar Jabatan dan Agensi Kerajaan turut memberi sokongnan dan khidmat nasihat atas usaha yang di lakukan.

15Lahir Peladang Progresif

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Page 4: Pucuk Manis Mampu Memberi Pendapatan Kepada Petani103.8.163.254/document/upload/hzHKtIXKupwVhQIIalXfmQfNDpDNfc84.pdf · nasi semasa menjamu juadah tengahari atau malam. ... Sayuran

16 Lahir Peladang Progresif

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang ProgresifLahir Peladang ProgresifRakyat DidahulukanPencapaian Diutamakan

Rakyat DidahulukanPencapaian Diutamakan

Edisi InternetHaninah bte Abd. Rahman

Grafik / IllustratorKamaruzzan bin Hanif

Diterbitkan Oleh:Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara,50990 Kuala Lumpur

PenaungDato’ Hajah Mariam Mas binti Yaacob

PenasihatHaji Arpan Shah bin Haji Satu

Haji Ramli bin Salikan

Ketua PengarangRosly bin Abdul Rahman

PenyuntingAzizan bin Hj. Othman

Shahzunizam bin Zulkafli

Edaran Majalah TransformasiNik Mazri bin Mat Yusof

Mohd Haniff bin Asim @ HashimNaharuddin bin Abd RahmanShafrin Azhar bin Abd Ghani

Adnan bin Ismail

Berita Transformasi Elektronikboleh dilayari

http://www.lpp.gov.my

Dicetak Oleh:OMR Press Sdn. Bhd.Tel: 03-8024 6396

Lahir Peladang Progresif

Transformasi masyarakat peladang melalui budaya kerja cemerlangTransformasi masyarakat peladang melalui budaya kerja cemerlang

Pucuk manis mampu memberi pendapatan kepada petaniPucuk manis mampu memberi pendapatan kepada petani

Kambing Boer PPK Slim RiverKambing Boer PPK Slim River

Mzi Trading keropok lekor dan cakoiMzi Trading keropok lekor dan cakoi

Y.H. Dato’ Hajah Mariam Mas binti YaacobY.H. Dato’ Hajah Mariam Mas binti Yaacob