proton

4
PROTON SDN BHD PROTON (singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan p Mei 1!" dengan modal berbayar sebanyak 1#$ %uta ringgit& merupakan pengeluar ke pertama Malaysia' Penubuhannya merupakan gagasan r' Mahathir bin Mohamad& Perdana Menteri ketika itu& untuk men apai aspirasi negara menu%u ke arah perindustrian' Tugas disokong oleh Perbadanan *ndustri Berat Malaysia Berhad (+*,OM)& serta rakan-rak sama dari seberang laut' Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd ditubuhkan oleh Tun r' Mahathir bin Mohamad berasaskan idea beliau kepada presiden Mitsubishi semasa la.atan beliau Malaysia pada tahun 1!1' /emudian pada bulan 0ebruari 1! & satu pasukan pro%e ditubuhkan di Perbadanan *ndustri Berat Malaysia Berhad (+*,OM) bagi membuat penyelidikan dan menandatangani per%an%ian dengan Mitsubishi' /risis dalam Syarikat Proton Pula apabila Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku 2ri33 telah ditamatkan kontraknya pada # 4ulai $$#&tidaklama selepas beliau menimbulkan isu 2P yang dikeluarkan sehingga men%e%askan pasaran kereta tempatan ba.ah pengurusan Tengku Mahaleel selama tu%uh tahun& Proton telah mamp kapasiti pengeluaran& mengeluar kereta sendiri dan mengumpul keuntungan tunai be lebih RM5 bilion' Sebanyak RM1'7 bilion daripada %umlah tersebut digunakan untuk membina kilang Proton di Tan%ung Malim' alam tempoh empat bulan saha%a selepas penamatan kontrak Tengku Mahalee kedengaran ura-ura penutupan Proton' *ni adalah sesuatu yang memeran%atkan keran Proton termasuk harta tanah di Batu "& Shah 2lam bernilai berbilion& tidak terma tunai RM5 bilion pastinya lebih daripada men ukupi bagi menampung kos operasi'

Upload: muhammad-najmi

Post on 05-Nov-2015

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

about history of Proton Holding SdN Bhd

TRANSCRIPT

PROTON SDN BHD

PROTON(singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia.

Penubuhannya merupakan gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah perindustrian. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut.

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd ditubuhkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad berasaskan idea beliau kepada presiden Mitsubishi semasa lawatan beliau ke Malaysia pada tahun 1981. Kemudian pada bulan Februari 1982, satu pasukan projek ditubuhkan di Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) bagi membuat penyelidikan dan menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi.

Krisis dalam Syarikat Proton Pula apabila Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Arifftelah ditamatkan kontraknya pada 25 Julai 2005, tidak lama selepas beliau menimbulkan isu AP yang dikeluarkan sehingga menjejaskan pasaran kereta tempatan. Di bawah pengurusan Tengku Mahaleel selama tujuh tahun, Proton telah mampu menambah kapasiti pengeluaran, mengeluar kereta sendiri dan mengumpul keuntungan tunai berjumlah lebih RM4 bilion. Sebanyak RM1.7 bilion daripada jumlah tersebut digunakan untuk membina kilang Proton di Tanjung Malim.

Dalam tempoh empat bulan sahaja selepas penamatan kontrak Tengku Mahaleel, kedengaran ura-ura penutupan Proton. Ini adalah sesuatu yang memeranjatkan kerana aset Proton termasuk harta tanah di Batu 3, Shah Alam bernilai berbilion, tidak termasuk aliran tunai RM4 bilion pastinya lebih daripada mencukupi bagi menampung kos operasi.

Pada 2006, Proton Holding telah mengumumkan subsidarinya Proton Capital Sdn Bhd telah menandatangani penjualan saham 57.75% dalam MV Agusta yang telah dibeli pada 2004 dengan harga 1 (RM4.50). Pembelian MV Agusta dilakukan dengan mengetahui bahawa ia mempunyai hutang sebanyak 230 juta yang ditangguh selama 3 tahun.

Penjualan itu menimbulkan reaksi balas daripada Tun Dr Mahathir Mohammad dan bekas pengarah urusan Proton, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff yang mempersoalkan samada ia dijual secara terbuka yang memungkinkan harga yang lebih mahal didapati.

Selain itu Proton turut dilaporkan mengalami kerugian akibat menjual kereta pada harga potongan yang dianggarkan sekitar RM108 juta. (Berdasarkan 54,000 buah kereta selama 3 bulan X potongan RM2,000 sebuah), yang disifatkan oleh Tengku Mahaleel sebagai kesilapan strategi Proton.

GARIS MASA PENUBUHAN PROTON 7 Mei 1983: Penubuhan PROTON. 23 Mei 1983: Upacara menandatangani: Perjanjian usahasama Perjanjian bantuan teknikal Perjanjian pinjaman Kontrak untuk bekalan dan pembinaan loji pembuatan kereta Kontrak untuk bekalan bungkusan KD dan alatganti

25 Jun 1984: Menandatangai perjanjian kakitangan. 27 Jun 1984: Pengumumam nama model bagi kereta nasional (Proton Saga). 1 Ogos 1984: Pemasangan peralatan/jentera bermula. 29 Oktober 1984: Penilaian bersama prototaip pengeluaran untuk mendapat pengesahan dan persetujuan. 1 Disember 1984: Berpindah ke pejabat baru di Loji, Shah Alam. 26 Januari 1985: Pemasangan mesin pembentuk dirasmikan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Perdagangan dan Perindustrian. 18 April 1985: Percubaan pengeluaran kereta pertama selesai. 1 Julai 1985: Permulaan pengeluaran komersial Proton Saga. 9 Julai 1985: Pembukaan rasmi kilang kereta nasional dan pelancaran Proton Saga oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. 1 September 1985: Pelancaran pasaran oleh Edaran Otomobil Nasional Sdn Bhd (EON). 15 Januari 1986: Pengeluaran 10,000 unit Proton Saga. 26 Februari 2005: Perasmian kilang Proton kedua di Tanjung Malim oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. 25 Julai 2005: Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff ditamatkan kontrak sebagai Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton. 29 November 2005: Proton Holdings Bhd. hari ini mengumumkan pelantikan Syed Zainal Abidin Syed Mohd. Tahir sebagai Pengarah Urusan baru syarikat kereta nasional itu, berkuat kuasa 1 Januari 2006. 2 Ogos 2008: Pengeluaran kereta Proton yang ke 3 juta.