protokol temu bual

4
PROTOKOL TEMU BUAL Nama Guru : Pn. Rohani binti Hamid Jawatan : Ketua Panitia Matematik, SK Temiang Tarikh : 16 Julai 2014 Masa : Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu bual bagi membantu saya untuk mendapatkan serba sedikit maklumat berkaitan masalah penolakan dengan mengumpul semula yang melibatkan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Temiang ini. Sebagai makluman cikgu, segala maklumat yang akan direkodkan dan dirakam adalah sulit dan tidak akan digunakan selain dari kajian ini. Senarai Soalan Soalan Pengenalan 1. Cikgu telah dipilih untuk ditemu bual kerana cikgu memegang jawatan sebagai Ketua Panitia Matematik di Sekolah Kebangsaan Temiang. Boleh ceritakan serba sedikit pengalaman cikgu sepanjang memegang jawatan ini? 2. Berapa lama cikgu memegang jawatan sebagai Ketua Panitia Matematik di sekolah ini? Soalan Transisi 1. Sepanjang mengajar subjek Matematik, pernahkan cikgu menjumpai murid-murid yang mempunyai masalah melibatkan penolakan? 2. Apakah masalah tersebut?

Upload: nur-hassan

Post on 13-Aug-2015

156 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Protokol temu bual

PROTOKOL TEMU BUAL

Nama Guru : Pn. Rohani binti Hamid

Jawatan : Ketua Panitia Matematik, SK Temiang

Tarikh : 16 Julai 2014 Masa :

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu kerana sudi

meluangkan masa untuk ditemu bual bagi membantu saya untuk mendapatkan serba

sedikit maklumat berkaitan masalah penolakan dengan mengumpul semula yang

melibatkan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Temiang ini. Sebagai makluman

cikgu, segala maklumat yang akan direkodkan dan dirakam adalah sulit dan tidak

akan digunakan selain dari kajian ini.

Senarai Soalan

Soalan Pengenalan

1. Cikgu telah dipilih untuk ditemu bual kerana cikgu memegang jawatan

sebagai Ketua Panitia Matematik di Sekolah Kebangsaan Temiang. Boleh

ceritakan serba sedikit pengalaman cikgu sepanjang memegang jawatan ini?

2. Berapa lama cikgu memegang jawatan sebagai Ketua Panitia Matematik di

sekolah ini?

Soalan Transisi

1. Sepanjang mengajar subjek Matematik, pernahkan cikgu menjumpai murid-

murid yang mempunyai masalah melibatkan penolakan?

2. Apakah masalah tersebut?

Soalan Kunci

1. Temu bual pada hari ini berfokuskan kepada masalah yang murid hadapi

dalam penolakan melibatkan pengumpulan semula. Apakah masalah yang

murid hadapi semasa melakukan penolakan melibatkan pengumpulan semula?

2. Pada pendapat cikgu, mengapakah murid menghadapi masalah dalam

melakukan penolakan melibatkan pengumpulan semula?

3. Apakah kaedah intervensi yang cikgu gunakan bagi mengatasi masalah ini?

4. Pernahkah cikgu mendengar tentang kaedah ‘Kiraan Cepat’? Jika (ya) :

Terangkan kaedah dan kelebihan teknik tersebut.

Soalan Penutup / Refleksi

1. Ada apa-apa lagi yang cikgu ingin tambah atau kongsikan?

Page 2: Protokol temu bual

PROTOKOL TEMU BUAL

Nama Guru : Pn. Aziedawaty Idayu binti Zainal Abidin

Jawatan : Guru Subjek Matematik Tahun 3 Kejora

Tarikh : 16 Julai 2014 Masa :

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu kerana sudi

meluangkan masa untuk ditemu bual bagi membantu saya untuk mendapatkan serba

sedikit maklumat berkaitan masalah penolakan dengan mengumpul semula yang

melibatkan murid Tahun 3 Kejora. Sebagai makluman cikgu, segala maklumat yang

akan direkodkan dan dirakam adalah sulit dan tidak akan digunakan selain dari kajian

ini.

Senarai Soalan

Soalan Pengenalan

1. Cikgu telah dipilih untuk ditemu bual kerana cikgu mengajar subjek

Matematik bagi Tahun 3 Kejora. Boleh ceritakan serba sedikit pengalaman

cikgu dari segi pencapaian dan juga minat murid dalam subjek ini sepanjang

mengajar Tahun 3 Kejora?

Soalan Transisi

1. Adakah murid Tahun 3 Kejora mempunyai masalah dalam menguasai subjek

Matematik?

2. Apakah masalah tersebut?

3. Adakah murid Tahun 3 Kejora mempunyai masalah dalam penolakan?

Soalan Kunci

1. Temu bual pada hari ini berfokuskan kepada masalah yang murid hadapi

dalam penolakan melibatkan pengumpulan semula. Apakah masalah yang

murid hadapi semasa melakukan penolakan melibatkan pengumpulan semula?

2. Pada pendapat cikgu, mengapakah murid menghadapi masalah dalam

melakukan penolakan melibatkan pengumpulan semula?

5. Apakah kaedah intervensi yang cikgu gunakan bagi mengatasi masalah ini?

6. Pernahkah cikgu mendengar tentang kaedah ‘Kiraan Cepat’? Jika (ya) :

Terangkan kaedah dan kelebihan teknik tersebut.

Soalan Penutup / Refleksi

2. Ada apa-apa lagi yang cikgu ingin tambah atau kongsikan?

Page 3: Protokol temu bual