prosiding anuar.doc

16
12 PROSIDING PENYELIDIKAN TINDAKAN PPG AMBILAN JUN 2011 : UNIT BM3 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA PERKATAAN YANG MENGANDUNGI SUKU KATA TERTUTUP ‘NG’ DALAM KALANGAN MURID MENGGUNAKAN TEKNIK PADANAN GAMBAR DAN SILANG KATA. Anuar bin Md Yatim Abstrak Kajian ini dijalankan bagi membantu murid-murid Tahun Dua yang belum menguasai kemahiran mengeja suku kata tertutup ‘ng’ . Kajian tindakan ini bertujuan untuk menguji sejauh mana keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik permainan padanan gambar dan silang kata dapat menguatkan daya ingatan murid dan membolehkan murid melancarkan pembacaan mereka. Subjek kajian terdiri daripada 5 orang murid Tahun 2. Rumusan data yang diperoleh daripada ujian sebelum intervensi juga didapati kelima-lima orang murid tidak dapat menguasai konstruk yang mengandungi suku kata tertutup’ ng’. Saya telah menjalankan aktiviti yang dirancang dan didapati kelima-lima murid ini iaitu 3 orang menguasai peningkatan 50% dan 2 orang 40%. Kajian ini boleh digunakan oleh para pendidik untuk meningkatkan pencapaian murid dalam Bahasa Melayu di kalangan murid-murid Tahun dua. Kata kunci : Padanan gambar, suku kata tertutup ng. PENDAHULUAN Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Saya telah terlibat mengajar murid tahun satu mulai tahun 2011. Pada mulanya saya seperti mengalami kejutan budaya kerana selama lebih kurang 18 tahun berkhidmat sebagai seorang guru, saya banyak mengajar murid tahap dua. Selama ini saya menganggap murid tahap satu senang dan mudah diajar, rupanya sangkaan saya meleset. Saya telah terlibat secara langsung dengan program LINUS. LINUS ialah akronim bagi “Literacy dan Numeracy Screening”. LINUS merupakan langkah Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan penguasaan murid dalam membaca, mengira dan menulis. Pada peringkat awal, murid akan menjalani pentaksiran lisan dan kemudiannya ujian menulis. Guru akan menjalankan ujian mengikut individu dan membantu murid menguasai 12

Upload: putera81

Post on 14-Sep-2015

17 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

PPG AMBILAN JUN 2011 : UNIT BM3

PROSIDING PENYELIDIKAN TINDAKANPPG AMBILAN JUN 2011 : UNIT BM3

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA PERKATAAN YANG MENGANDUNGI SUKU KATA TERTUTUP NG DALAM KALANGAN MURID MENGGUNAKAN TEKNIK PADANAN GAMBAR DAN SILANG KATA.

Anuar bin Md Yatim

AbstrakKajian ini dijalankan bagi membantu murid-murid Tahun Dua yang belum menguasai kemahiran mengeja suku kata tertutup ng . Kajian tindakan ini bertujuan untuk menguji sejauh mana keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknik permainan padanan gambar dan silang kata dapat menguatkan daya ingatan murid dan membolehkan murid melancarkan pembacaan mereka. Subjek kajian terdiri daripada 5 orang murid Tahun 2. Rumusan data yang diperoleh daripada ujian sebelum intervensi juga didapati kelima-lima orang murid tidak dapat menguasai konstruk yang mengandungi suku kata tertutup ng. Saya telah menjalankan aktiviti yang dirancang dan didapati kelima-lima murid ini iaitu 3 orang menguasai peningkatan 50% dan 2 orang 40%. Kajian ini boleh digunakan oleh para pendidik untuk meningkatkan pencapaian murid dalam Bahasa Melayu di kalangan murid-murid Tahun dua.

Kata kunci : Padanan gambar, suku kata tertutup ng.

PENDAHULUAN

Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Saya telah terlibat mengajar murid tahun satu mulai tahun 2011. Pada mulanya saya seperti mengalami kejutan budaya kerana selama lebih kurang 18 tahun berkhidmat sebagai seorang guru, saya banyak mengajar murid tahap dua. Selama ini saya menganggap murid tahap satu senang dan mudah diajar, rupanya sangkaan saya meleset. Saya telah terlibat secara langsung dengan program LINUS. LINUS ialah akronim bagi Literacy dan Numeracy Screening. LINUS merupakan langkah Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan penguasaan murid dalam membaca, mengira dan menulis.

Pada peringkat awal, murid akan menjalani pentaksiran lisan dan kemudiannya ujian menulis. Guru akan menjalankan ujian mengikut individu dan membantu murid menguasai 12 konstruk. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 untuk murid-murid LINUS adalah berbeza dengan murid aliran perdana . Murid-murid LINUS akan menggunakan modul yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Kandungan modul ialah abjad kecil dan abjad besar, suku kata terbuka dan tertutup, diftong, digraf dan membina ayat mudah.

Pelbagai kaedah dan cara yang telah dilakukan dan dihasilkan bagi membolehkan pelajar membaca dengan lancar dan betul. Guru berusaha untuk meningkatkan penguasaan mengeja suku kata tertutup ng berdasarkan padanan gambar dan silang kata.

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu./Sorotan Literatur.

Pada Tahun 2015 ini , saya diberi peluang mengajar murid Tahun 2 . Murid ini merupakan anak murid saya pada tahun 1 . Kesempatan ini memberi satu kelebihan kepada saya kerana telah dapat mengenal pasti kemahiran membaca yang dikuasai oleh seseorang murid. Murid Tahun 2 Fatanah kebanyakannya telah mengenal huruf kecil dan besar.

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), penekanan terhadap nama abjad dan bunyi suku kata sesuai dengan sistem ejaan Bahasa Malaysia. Ini terkecuali bentuk dwihuruf (digraf) seperti konsonan ng dan diftong ai. Umumnya satu huruf dalam Bahasa Malaysia melambangkan satu bunyi sahaja. Beliau juga menegaskan bahawa setiap perkataan mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya satu suku kata. Suku kata ini terhasil dengan menggabungkan satu atau lebih daripada satu konsonan dengan satu vokal atau diftong. Dengan perkataan lain, struktur suku kata Bahasa Malaysia bersifat tetap dan mudah dikenal pasti. Beliau berpendapat, apabila murid menguasai suku kata, mereka dapat membentuk perkataan.

Saya menggunakan kaedah padanan gambar dan silang kata kerana yakin murid-murid yang menghadapi masalah menyebut suku kata tertutup ng akan berminat untuk belajar. Mereka akan cepat menguasai kemahiran tersebut kerana dibantu dengan gambar.

Hasil ini diharap dapat membantu guru-guru untuk mengajar dengan lebih berkesan. Diharap juga kajian ini dapat mengatasi masalah membatang perkataan suku kata tertutup ng. Ia juga dapat menguji sejauh mana keberkesanan kaedah permainan dapat menguatkan daya ingatan murid dan membolehkan murid melancarkan pembacaan mereka.

FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN.

Kelas Tahun Dua Fatanah merupakan kelas LINUS yang belum menguasai 12 konstruk .Murid-murid yang telah menguasai akan dipindahkan ke dalam kelas perdana. Saya terlibat dengan program LINUS ini sejak Tahun 2011 dan dengan pengalaman ini saya berminat menggunakan teknik padanan gambar dan silang kata untuk meningkatkan kemahiran mengeja perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ng. Murid-murid memang menghadapi masalah untuk mengeja dan menyebut suku kata tertutup ng.Walaupun kesemua murid telah menguasai suku kata terbuka KV,VKV namun masih ramai yang belum menguasai suku kata tertutup ng. Kelemahan murid menguasai konstruk ini, menyebabkan ramai murid tidak dapat memasuki arus perdana. Murid arus perdana mestilah melepasi 12 konstruk yang ditetapkan.

Kelemahan murid dalam kemahiran membaca akan menyebabkan mereka tidak dapat menguasai semua mata pelajaran di sekolah . Keadaan ini akan menjadi lebih rumit lagi apabila guru tidak dapat mencapai objektif pelajaran. Murid ini akan menjadi lebih berminat untuk belajar apabila guru mengajar dengan pelbagai teknik. Saya akan lebih kepada teknik didik hibur untuk menarik minat murid untuk belajar.

Kajian yang telah dijalankan oleh Perkhidmatan Pendidikan Media, Kementerian Pendidikan (1986) telah menunjukkan bahawa kejayaan pembelajaran banyak bergantung kepada usaha guru yang boleh menyesuaikan teknik dan bahan dalam aktiviti dan projek pembelajaran.

Kajian tentang masalah mengeja, mencantum menyebut dan membaca semula suku kata dan perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ng atau membatangkan perkataan sebenarnya telah banyak dibuat oleh pelbagai pihak dan individu. Kajian ini juga dibuat untuk menguji kaedah yang sesuai untuk meningkatkan penguasaan murid-murid dalam mengeja, mencantum, menyebut dan membaca semula perkataan yang dieja. Teknik yang digunakan ialah permainan (padanan gambar dan silang kata ) menghadapi masalah semasa mengeja sesuatu perkataan. Oleh sebab itu, pengkaji lebih menekankan teknik padanan gambar dan silang kata untuk mengatasi masalah murid untuk menyebut suku kata tertutup ng.

Tinjauan dan Analisis Tinjauan Masalah.

Analisis daripada keputusan saringan dua LINUS mendapati beberapa orang murid mempunyai masalah untuk mengeja suku kata tertutup ng ini. Pengkaji telah mengenal pasti murid-murid yang tidak menguasai kemahiran ini. Mereka mudah lupa tentang suku kata yang telah dieja dan menjadi masalah untuk menyebut ng, Sebagai contoh tangga, biasanya murid mengeja ta dan amat susah menyebut tang. Masa yang panjang perlu diambil untuk mereka mengeja perkataan dan ayat mudah terutama suku kata tertutup ng. Apabila guru mengajar murid berulang-ulang menyebabkan murid bosan dan membenci mata pelajaran bahasa Melayu. Secara mudah ,sistem ejaan dan sebutan dalam Bahasa Malaysia berdasarkan sistem fonemik iaitu sebut sebagaimana yang dieja dan eja sebagaimana yang disebut, dan tiada huruf yang disembunyikan.

Kebanyakan orang berpendapat bahawa Bahasa Malaysia mudah dipelajari . Apatah lagi di kalangan murid-murid Melayu. Mereka berasakan bahasa ini adalah Bahasa Ibunda mereka . Kajian ini adalah di peringkat prabacaan iaitu tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa iaitu mengenal dan mengecam huruf.

Kemahiran mengeja suku kata tertutup ng merupakan asas bagi kemahiran membaca. Manakala kemahiran membaca pula merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Kemahiran membaca juga dapat meningkatkan kefahaman murid. Para penyelidik seperti Goodman (2011) dan Smith (2000) misalnya, berpendapat bahawa membaca merupakan proses psikolinguistik yang bermula dari detik pembaca itu dapat membentuk makna.

Merujuk Kamus Pelajar edisi kedua (2002) , frasa membatang membawa maksud pemenggalan suku kata atau membunyikan apa-apa yang dieja sebelumnya atau mengeja sambil membaca.

Teknik padanan gambar boleh dikategorikan permainan juga. Murid-murid sungguh seronok bermain sambil belajar. Menurut Froebel (1889), bekerja , bermain dan belajar merupakan satu unit dalam pendidikan awal kanak-kanak. Selain itu, Vygotsky (1978) menjelaskan bahawa bermain ialah kenderaan bagi kanak-kanak untuk melakukan interaksi sosial dan sangat penting dalam proses pembelajaran.

Permainan silang kata juga boleh merangsang otak seseorang untuk berfikir dengan lebih aktif. Teknik ini juga menggalakkan penglibatan murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran serta dapat meminimumkan masalah disiplin murid. Hal ini disokong oleh kenyataan Abdul Fatah (1994), iaitu jika seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua-dua fungsi otak dengan cara yang harmoni , belajar akan menjadi lebih seronok , daya pemusatan akan bertambah dan pemikiran juga akan menjadi lebih aktif.

Atas alasan ini, pengkaji ingin mengaplikasikan teknik padanan gambar dan silang kata untuk meningkatkan penguasaan mengeja suku kata tertutup ng .

OBJEKTIF KAJIAN.

3.1 Objektif umum

Objektif umum kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan teknik padanan gambar dan silang kata dalam meningkatkan kebolehan murid mengeja perkataan suku kata tertutupng.

3.2 Objektif khusus

Objektif khusus Kajian ini adalah untuk melihat :

i) peningkatan kemahiran penguasaan murid dalam mengeja suku kata tertutup ng

dalam proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik padanan

gambar dan silang kata .

ii) minat murid setelah guru menggunakan teknik padanan gambar dan silang kata

dalam mengeja suku kata tertutup ng.

3.3 Persoalan Kajian

3.3.1 Apakah terdapat peningkatan penguasaan murid dalam mengeja suku kata

Tertutup ng menggunakan teknik padanan gambar dan silang kata.

3.3.2 Adakah teknik padanan gambar dapat menarik minat pelajar dalam

pengajaran dan pembelajaran mengeja.

KUMPULAN SASARAN.

Kajian melibatkan murid Tahun dua Fatanah melibatkan seramai 5 orang. Kesemuanya murid berbangsa Melayu. Mereka adalah dari keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang perhatian. Mereka berasal dari kampung pinggir pantai. Ibu bapa mereka bekerja sebagai nelayan, pengawal keselamatan dan kerja kampung. Murid-murid ini terdiri daripada 3 lelaki dan 2 perempuan. Guru perlulah mempunyai semangat yang tinggi untuk menarik minat murid untuk belajar.

PELAKSANAAN KAJIAN

Kajian yang dilaksanakan pengkaji berdasarkan berdasarkan Model Penyelidikan yang diadaptasikan daripada Kemmis dan Mc Taggart (1992) dan Kurt Lewin (1946) dijadikan asas dalam kajian ini. Menurut Kemmis dan Mc Taggart (1990), penyelidikan tindakan mempunyai empat elemen utama iaitu merancang(plan), bertindak (act), memerhati (observe) dan mereflek (reflect), yang dijalankan secara sistematik.

Kajian yang dilaksanakan pengkaji berdasarkan berdasarkan Model Penyelidikan yang diadaptasikan daripada Kemmis dan Mc Taggart (1992) dan Kurt Lewin (1946) dijadikan asas dalam kajian ini. Menurut Kemmis dan Mc Taggart (1990), penyelidikan tindakan mempunyai empat elemen utama iaitu merancang(plan), bertindak (act), memerhati (observe) dan mereflek (reflect), yang dijalankan secara sistematik.

Proses ini bermula dengan pengkaji menjalankan refleksi ke atas masalah mengeja dan membaca perkataan suku kata tertutup ng. Kemudian pengkaji menyediakan satu pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya pengkaji terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu.

Kajian ini dijalankan mengikut peringkat-peringkat seperti berikut:-1. Tinjauan masalah

Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti bertujuan memahami secara mendalam masalah mengeja suku kata tertutup ng. Ternyata masalah utamanya murid terbiasa membaca secara mengeja perkataan, lambat menyudahkan bacaan, perkataan yang dikuasai pula terbatas pada perkataan suku kata tertutup ng seperti nangka, kerengga, kening, congkak dan warung. Dalam perlaksanaan kajian ini, masalah dikenal pasti melalui :

2 Ujian Diagnostik

Mengadakan ujian diagnostik mengeja perkataan suku kata tertutup ng kepada murid yang terlibat untuk mengetahui sejauh mana mereka dapat menguasai kemahiran membaca pada peringkat asas. Setelah dianalisis keputusannya, didapati murid-murid ini gagal menguasai kemahiran membaca peringkat asas terutamanya yang melibatkan gabungan suku kata tertutup ng.

Perbincangan dengan guru Pemulihan Khas

Perbincangan dengan guru Pemulihan Khas perlu bagi memastikan murid- murid yang layak dan benar-benar memerlukan bantuan. Hasil dari perbincangan ini, mendapati murid-murid ini sememangnya menghadapi masalah penguasaan kemahiran membaca melibatkan suku kata yang panjang seperti suku kata tertutup ng. Oleh kerana mereka tidak dapat membaca maka secara tidak langsung mereka tidak berminat untuk belajar dan menimbulkan masalah disiplin seperti mengganggu rakan rakan yang lain.

3.Pemerhatian

Sebelum kajian dijalankan, pemerhatian telah dibuat ke atas kumpulan sasaran. Hasil yang diperoleh mendapati mereka hanya boleh membaca perkataan-perkataan yang mengandungi dua suku kata sahaja. Hal ini berlaku disebabkan mereka kurang menguasai kemahiran membaca perkataan yang mempunyai suku kata tertutup seperti bangku, topeng , gasing dan sebagainya. Secara tidak langsung menyebabkan mereka gagal menguasai kemahiran membaca sepenuhnya.

4.Kaedah Ujian 1 dan Ujian 2Ujian 1 dan dan Ujian2 dilaksanakan kepada mereka berdasarkan bacaan tiga buah petikan, ayat-ayat yang mengandungi perkataan gabungan suku kata tertutup ng , untuk mengesan masalah membaca.

5.Soal selidik

Jawapan bagi setiap soal selidik yang dijalankan dikumpulkan dan dianalisis untuk dijadikan bahan bagi mengenal pasti latar belakang murid dari segi sosiologi dan juga akademik.

Pengkaji telah melaksanakan beberapa langkah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah ini,

Set Induksi : Guru menunjukkan gambar buah nangka.

Langkah 1 : Murid menyebut gambar dan mengeja.(Perkataan ditunjukkan)

Langkah 2 : Guru menunjukkan kad gambar (pisang).Murid menyebut dan mengeja.

Langkah 3 : Latihan mengeja perkataan suku kata tertutup ng dengan bantuan gambar.

Penutup : Guru menyemak jawapan murid.

Pengkaji telah membuat tinjauan awal terhadap masalah yang telah dikenal pasti. Berdasarkan latihan murid. Latihan demi latihan diberi dan pemantauan banyak dilakukan. Kebolehan murid membaca perkataan suku kata tertutup ng selepas pembelajaran menggunakan kad gambar dijalankan menunjukkan murid ada peningkatan dan berkemungkinan boleh membantu murid membaca dengan lancar dan meningkatkan markah selepas ujian dijalankan.

Pengkaji telah menjalankan temu bual bersama murid mengenai masalah yang dihadapi iaitu masalah membaca suku kata tertutup ng dari awal tahun persekolahan sehingga sesi rawatan dijalankan. Antara soalan jawab antara pengkaji dan murid adalah seperti di bawah.

Pengkaji : Cuba eja perkataan ini?

Murid

: Tidak tahu, cikgu.

Pengkaji: Ini apa? Guru menunjukkan gambar pisang dan menyuruh murid menyebut.

Murid: Pisang, cikgu.

Pengkaji: Ini pula apa? Guru menunjukkan gambar parang.

Murid: pa rang,(murid mengeja dengan bantuan gambar.

Pengkaji: Adakah kamu membaca di rumah?

Murid: Tidak, cikgu.

Perancangan cara menganalisis data.

Data akan dikumpulkan daripada ujian 1 dan ujian 2 akan dianalisis. Pengkaji akan meneliti hasil ujian menggunakan peratus dan gred. Kebolehan murid pada peringkat awal dan akhir kajian akan dilihat berdasarkan skor markah yang diperoleh dalam ujian 1. Gred A (cemerlang, dengan peratusan antara 80% hingga 100% ), gred B (baik, dengan peratusan antara 60% hingga 79%) gred C (sederhana, dengan peratusan antara 40% hingga 59%), gred D (lemah, dengan peratusan antara 20% hingga 39%) gred E (gagal, dengan peratusan antara 0% hingga 19%). Peratusan dan gred yang digunakan dalam kajian ini diambil berdasarkan Buku Pelaporan Murid yang digunakan di setiap sekolah dan telah ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Dalam kajian ini, data-data akan dikumpul melalui dapatan daripada ujian yang dijalankan iaitu Ujian 1 dan Ujian 2. Data-data akan dianalisis menggunakan kaedah analisis statistik termasuklah menggunakan peratus dan gred. Melalui data dan markah yang diperoleh, pengkaji akan sertakan jadual dan carta palang supaya mudah difahami. Selain itu, skala likert turut digunakan bagi menganalisis data soal selidik.

Jadual 1: Skor Pemarkahan

GredMarkahPrestasi

A80 100Cemerlang

B60 79Baik

C40 59Sederhana

D20 39Lemah

E0 19Gagal

ANALISIS DATA

Pengenalan

Analisis data dijalankan bertujuan untuk menganalisis dapatan kajian yang telah diperolehi dan mengetahui sejauh manakah keberkesanan kaedah yang digunakan dalam meningkatkan kemahiran mengeja perkataan suku kata tertutup ng, dengan menggunakan teknik padanan gambar dan silang kata di kalangan murid LINUS tahun 2. Data yang diperlukan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu data daripada ujian 1 dan data daripada ujian 2 .(Lampiran 1)

Jadual 2 : Taburan kekerapan skor mengikut pangkat bagi ujian 1.

GREDKEKERAPANPERATUS (%)

A--

B360

C240

JUMLAH5100

Jadual 3 : Taburan kekerapan skor mengikut pangkat bagi ujian 2.

PANGKATKEKERAPANPERATUS (%)

A360

B240

C--

JUMLAH5100

Berdasarkan Jadual 1, didapati tiada seorang murid pun murid yang mendapat pangkat A dalam ujian 1. Bagi pangkat B pula terdapat 3 orang atau 60% yang mendapat B. 2 orang atau 40% mendapat pangkat C. Pecahan peratus murid lulus mengikut pangkat dalam ujian 1 dan ujian 2 ditunjukkan dalam carta.

Setelah dijalankan intervensi , jumlah murid mendapat pangkat A seramai 3 orang iaitu 60 %..Seramai 2 orang mendapat pangkat B iaitu 40% . Berdasar Ujian 1 dan ujian 2 didapati terdapat peningkatan dengan menggunakan teknik padanan gambar dan silang kata.

6.2 Analisa Ujian Lisan.

Ujian lisan turut digunakan dalam menentukan tahap penguasaan responden. Pengumpulan data menggunakan instrumen ini dilaksanakan dengan meminta responden untuk menyebut perkataan berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Kemudian , responden diminta untuk mengeja perkataan yang disebut berdasarkan gambar. Sepuluh keping gambar yang sama digunakan. Pencapaian responden dicatatkan di dalam borang senarai semak yang telah disediakan oleh pengkaji(lampiran 2 ) . Tahap penguasaan responden diukur secara skor dan peratus melalui perbandingan skor keseluruhan sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Peratus dikira dengan menggunakan rumus yang berikut:

BilTahap penguasaanSkorPeratusan (% )

1Menguasai7-1061-100

2Tidak menguasai0-60-60

Jadual 4 : Pencapaian ujian lisan bagi suku kata tertutup ngsebelum dan selepas

Intervensi.

Berdasar Jadual 4 , pencapaian responden sebelum intervensi dijalankan dilihat tidak memberansangkan. Responden 2 telah berjaya mengeja empat daripada sepuluh perkataan berdasarkan gambar yang ditunjuk oleh pengkaji. Diikuti R3 dan R5 yang telah berjaya mengeja sebanyak tiga daripada sepuluh perkataan sebelum intervensi.

Berbeza dengan pencapaian responden selepas intervensi dilaksanakan. Responden 1, responden 2, responden 3 dan 4 mencatatkan peningkatan yang amat memberansangkan apabila berjaya mengeja kesemua gambar dengan catatan skor sebanyak sepuluh persepuluh selepas intervensi dijalankan. Responden 5 turut mencatatkan peningkatan apabila berjaya mengeja sebanyak sembilan daripada sepuluh perkataan berdasarkan gambar dengan betul.

Jadual 5

BilRespondenPeratusPeratus

Sebelum intervensiSelepas intervensiPeningkatan

1R12010080

2R24010060

3R33010070

4R42010080

5R530 9060

Jadual 5, menunjukkan perbandingan skor yang diperoleh kelima-lima responden sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Didapati kesemua responden tidak melepasi tahap penguasaan yang telah ditetapkan sebelum intervensi dijalankan. Responden 2 memperoleh skor tertinggi melalui catatan 40%. Diikuti dengan Responden 3 dan Responden 5 yang memperolehi skor sebanyak 30% manakala Responden 1 dan Responden 4 masing-masing mencatatkan peratusan 20%.

Berbeza dengan pencapaian responden selepas intervensi dijalankan, Responden 1 mencatatkan peningkatan sebanyak 80% dan telah memperolehi skor sebanyak 100% semasa ujian lisan dijalankan untuk mengutip data. Responden 2 ,Responden 3 dan Responden 4 juga telah memperoleh 100% selepas intervensi dijalankan dengan peningkatan masing-masing sebanyak 60% , 70% dan 80% . Responden 5 memperoleh skor sebanyak 90% dan peningkatan sebanyak 60%.

Responden 1 dan responden 4 masing-masing mencatatkan skor paling rendah iaitu sebanyak 20% semasa diuji dengan menggunakan ujian lisan sebelum intervensi dijalankan. Responden 2 mencatatkan skor tertinggi sebanyak 40%. Namun begitu , peningkatan telah dicatatkan oleh responden 1, Responden 2 dan 3 dan 4 selepas intervensi sebanyak 100% manakala responden 5 mencatat skor sebanyak 90%.

Berdasarkan daripada soal selidik(Lampiran 1) yang dijalankan, responden bersetuju dengan soalan yang dijalankan. Responden menunjukkan minat terhadap pengajaran guru . Mereka dapat mengeja suku kata tertutup ng dengan bantuan gambar berbanding sebelumnya. Ini dibuktikan dengan ujian yang dijalankan semasa ujian selepas intervensi.

RUMUSAN /REFLEKSI SELEPAS DAPATAN.

Data yang diperoleh melalui ujian lisan yang telah digunakan sebagai instrumen sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan menjawab persoalan pertama kajian berkenaan peningkatan pencapaian murid mengeja suku kata tertutup ng. Dapatan ini membuktikan keberkesanan teknik padanan gambar meningkatkan kemahiran membatangkan suku kata tertutup ng bagi kesemua responden.

Persoalan kedua yang menjurus kepada kemampuan teknik padanan gambar dalam menarik minat murid dalam menyebut suku kata tertutup ng. Kelima-lima responden bersetuju dan berminat untuk belajar dan suka menggunakan teknik padanan gambar. Sebelum ini mereka tidak begitu faham dan tidak berminat untuk belajar. Murid-murid ini tercicir daripada menguasai kemahiran menyebut suku kata tertutup ng. Apabila murid murid ini tidak dapat menguasai kemahiran tersebut, mereka menjadi kurang berminat untuk belajar dan akan membuat masalah seperti mengganggu orang lain dan ponteng sekolah.

Dapatan kajian telah membuktikan bahawa kemahiran menyebut suku kata tertutup ng khususnya dapat ditingkatkan melalui teknik padanan gambar . Murid -murid lebih berminat untuk belajar . Pengkaji telah menggunakan instrumen ujian pra dan pos untuk mendapatkan data serta memaparkan keputusan saintifik secara kuantitatif. Keputusan ujian pra dan ujian pos menunjukkan keberkesanan teknik yang digunakan dalam kajian ini.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.

Setelah menjalankan kajian ini, pengkaji merasakan ada perubahan peningkatan pencapaian responden . Bagi memastikan setiap murid mendapat pendidikan yang sewajarnya, kepelbagaian kaedah dan teknik perlu diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga bertujuan untuk mengekalkan minat murid dan menggalakkan penglibatan yang lebih aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Kajian yang dijalankan ini telah menggunakan kaedah padanan gambar bagi mengatasi masalah kesukaran untuk mengeja suku kata tertutup ng. Menurut Siti Fatimah dan Abdul Halim (2010), penggunaan teknologi maklumat(TMK) dianggap satu penyelesaian kepada masalah kekurangan tenaga dan masa untuk penyediaan BBM . Penggunaan teknologi maklumat juga dapat menarik minat murid serta meningkatkan motivasi untuk memberi sepenuh perhatian kepada pengajaran guru. Bagi kajian seterusnya , pengkaji mencadangkan digunakan dalam bentuk multimedia. Perisian seperti Microsoft power point boleh digunakan dengan memadankan gambar di dalam komputer. Pengkaji hendaklah memasukkan gambar yang berwarna warni supaya murid-murid lebih berminat untuk belajar.

RUJUKAN

Abdillah Bin Nurin Asis (2009). Meningkatkan Kemahiran Membaca Ayat-Ayat yang Mengandungi Ayat-Ayat Yang Mengandungi Perkataan Gabungan Tiga Suku

Kata Terbuka KV + KV +KV. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan

Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM

Abdul Fatah Hassan (1994). Kecemerlangan Minda dalam pembelajaran

Keseluruhan Otak dan Daya ,Kuala Lumpur : Utusan Publicators and Distributors

Sdn.Bhd.

Atan Long (1982), Psikologi Pendidikan.,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Froebel, F ,1889,The Education of Man .New York: E Appleton.

Kamarudin Hj Husin (2001).Pedagogi Bahasa(Perkaedahan) .Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman

Kamus Dewan, Edisi Keempat (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Pelajar Edisi Kedua(2002),Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kemmis, S & Mc Tanggart, R.(1988). The Action Research Planner. Geelong,

Victoria, Australia: Deakin University Press.

Khairudin Mohamad (2011). Literasi Bahasa Melayu.Shah Alam:Oxford Fajar.

Skor 100 = peratus

Jumlah perkataan (% )

X

Petunjuk :

: Tidak dapat mengeja tanpa gambar.

: Dapat mengeja berdasarkan gambar.