proses membeli tanah

Upload: shidamahfoz

Post on 14-Jan-2016

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tips beli tanah

TRANSCRIPT

Proses Membeli TanahMembeli rumah dengan membeli tanah merupakan dua proses yang sama tapi tidak serupa. Sebab apa aku berpandangan demikian, bagi proses membeli rumah ianya akan terbahagi kepada pembelian terus dengan pemaju atau pembelian secara subsale. Pembeli subsale pula terbahagi lagi, sama ada rumah telah ada geran atau masih geran induk. Manakala pembelian tanah mestilah tanah yang dimiliki atau telah mempunyai geran.

Aku tiada pengalaman dalam membeli tanah, tetapi berdasarkan carian aku dalam beberapa blog dapat aku rumuskan seperti berikut (mengikut kefahaman aku) : Dapatkan salinan geran tanah daripada penjual. Kemudian, buat carian rasmi di pejabat tanah di mana tanah tersebut berada dengan merujuk kepada no lot (boleh dilihat dalam salinan geran). Info dalam carian ini sangat penting berkaitan maklumat tanah tersebut dari segi keluasan dan pemiliknya. Jika maklumatnya sama dengan salinan geran yang diberikan, maksudnya penjual tu merupakan pemilik/agen yang sah. Jika maklumat tersebut berbeza dan meragukan, sila buat siasatan selanjutnya. Boleh berbincang dengan pegawai di pejabat tanah tersebut.Lantik lawyer untuk bantu urusan jual beli tanah tu. Ini bertujuan supaya urusan jual beli anda mengikut undang-undang dan memastikan urusan yang anda lakukan selamat dari penipuan. Lantik juruukur tanah yang bertauliah. Juruukur ini perlu menyemak info tanah tadi kat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Sebabnya ada kes bagi hakmilik sementara, luas tanah tidak sama dengan luas di dalam geran. Juruukur perlu menentukan sempadan tanah dan ukur topografi tanah berkenaan. Pastikan anda pasti sempadan hartanah tersebut. Sign S&P yang disediakan oleh lawyer. Pastikan maklumat di dalam S&P adalah betul. Pastikan anda membaca S&P ini sepenuhnya dengan meminta salinan awal sebelum sign S&P. Jika boleh, fahami kandungannya.Pastikan lawyer menerangkan step yang akan dilaksanakanya sehingga urusan jual-beli ini selesai. Antaranya, urusan borang 14A dan stamping di LHDN.Proses yang aku berikan ini masih bersifat general, harap dapat dijadikan panduan sendiri dikemudian hari.

Proses Jual Beli TanahCarta alir proses jual beli tanah. (Negeri Perak)Setuju harga beli.Tandatangan surat jual beli dan bayar deposit (10%).Isi borang permohonan pindah milik.Hantar borang permohonan ke pejabat tanah untuk kelulusan Menteri Besar. (yuran RM70.00)Surat kelulusan dikeluarkan dalam masa 2 minggu.Mengisi borang 14A pindah milik di hadapan pegawai tadbir tanah. (yuran penyaksian RM10.00)Bayar baki harga beli (90%)Bayar setem hasil di LHDN. (contoh setem hasil RM300 jika tanah bernilai RM30 ribu ke bawah) Permohonan tukar nama oleh pejabat tanah. (yuran RM50.00 jika nilai tanah di bawah RM30 ribu)Geran baru dikeluarkan atas nama pemilik baru dalam masa seminggu.

Perkara-perkara penting.Semua dokumen harus diisi menggunakan pen dakwat cair berwarna hitam.Cukai tanah sedia ada harus di bayar.Dokumen yang diperlukan 5 salinan KP penjual dan pembeli yang disahkan, 1 salinan perjanjian jual beli.

TipsSemua urusan eloklah dan boleh dilakukan oleh pembeli supaya cepat kecuali semasa mengisi borang 14A dihadapan pegawai tadbir tanah dimana penjual wajib hadir.Kebiasaannya penjual mahukan baki wang 90% sebelum mengisi borang permohonan kelulusan Menteri Besar. Mungkin cara yang terbaik ialah memastikan ia dibayar menggunakan "bankers cheuqe" dan memastikan surat perjanjian di "endorse" oleh Pesuruhjaya Sumpah.Jika rasa susah lantik peguam untuk uruskan lebih selamat.