proses kawalan minda

43
KAEDAH KAWALAN MINDA SEPATAH KATA DARIPADA PENTERJEMAH Anugerah Allah s.w.t kepada manusia yang paling besar sekali ialah Akal yang membezakannya daripada makhlukNya yang lain. Memiliki akal sahaja tanpa tahu bagaimana memenafaatkannya dengan sebaik mungkin adalah satu kerugian.Ilmu untuk memenafaatkan akal itu perlulah mudah dan sistematik agar dapat menjimatkan wang, masa dan tenaga tetapi membuahkan hasil yang setepat dan semaksima mungkin. Semua ini ada di dalam Kaedah Kawalan Minda Silva. Saya mula berkenalan dengan Kaedah Kawalan Minda Silva ini sekitar tahun 1986 dahulu . Kawan saya telah pergi menghadiri Siri Syarahan Asas dan mengajarkan beberapa teknik kepada saya yang saya menafaatkan sebaik mungkin di dalam pengajian saya di UUM ketika itu. Sejak daripada itu saya mula berjinak- jinak dengan ilmu berkaitan minda dan Minda Separa Sedar melalui pembacaan. Saya mula memberikan perhatian yang serius terhadap perkara ini pada tahun ini dengan menghadiri sendiri Siri Syarahan Asas pada bulan Mei yang lalu. Saya merasa lega kerana mendapat bimbingan dan tunjuk-ajar yang secukupnya untuk mengamal dan mengembangkan ilmu ini. Sejak daripada itu saya mula mengendalikan kelas kecil- kecilan bersama- sama dengan pelajar- pelajar saya di Pusat Matrikulasi Universiti Utara Malaysia. Masalah yang timbul ketika itu ialah rujukan di dalam Bahasa Malaysia yang teramat kurang sekali tentang ilmu ini secara am dan Kaedah Kawalan Minda Silva khususnya. Saya mengambil inisiatif menterjemahkan buku ini yang tajuk asalnya ialah “For Parents Only:The Silva Method Mind Control”. Kandungannya saya ubahsuai agar menepati kandungan modul Siri

Upload: fazliatul-mumtaz

Post on 03-Jul-2015

588 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

KAEDAH KAWALAN MINDA

SEPATAH KATA DARIPADA PENTERJEMAH

Anugerah Allah s.w.t kepada manusia yang paling besar sekali ialah Akal yang membezakannya daripada makhlukNya yang lain. Memiliki akal sahaja tanpa tahu bagaimana memenafaatkannya dengan sebaik mungkin adalah satu kerugian.Ilmu untuk memenafaatkan akal itu perlulah mudah dan sistematik agar dapat menjimatkan wang, masa dan tenaga tetapi membuahkan hasil yang setepat dan semaksima mungkin.

Semua ini ada di dalam Kaedah Kawalan Minda Silva. Saya mula berkenalan dengan Kaedah Kawalan Minda Silva ini sekitar tahun 1986 dahulu . Kawan saya telah pergi menghadiri Siri Syarahan Asas dan mengajarkan beberapa teknik kepada saya yang saya menafaatkan sebaik mungkin di dalam pengajian saya di UUM ketika itu. Sejak daripada itu saya mula berjinak- jinak dengan ilmu berkaitan minda dan Minda Separa Sedar melalui pembacaan. Saya mula memberikan perhatian yang serius terhadap perkara ini pada tahun ini dengan menghadiri sendiri Siri Syarahan Asas pada bulan Mei yang lalu.

Saya merasa lega kerana mendapat bimbingan dan tunjuk-ajar yang secukupnya untuk mengamal dan mengembangkan ilmu ini. Sejak daripada itu saya mula mengendalikan kelas kecil- kecilan bersama- sama dengan pelajar- pelajar saya di Pusat Matrikulasi Universiti Utara Malaysia. Masalah yang timbul ketika itu ialah rujukan di dalam Bahasa Malaysia yang teramat kurang sekali tentang ilmu ini secara am dan Kaedah Kawalan Minda Silva khususnya. Saya mengambil inisiatif menterjemahkan buku ini yang tajuk asalnya ialah “For Parents Only:The Silva Method Mind Control”.

Kandungannya saya ubahsuai agar menepati kandungan modul Siri

Syarahan Asas. Buku asalnya adalah ditujukan kepada Ibubapa tetapi saya mengubahsuainya dengan pendekatan lakukan sendiri. Saya mempunyai cita- cita dan harapan yang tinggi terhadap ilmu ini dari segi menggunakannya dan memperkembangkannya dan saya berharap bahawa langkah menterjemahkan buku ini adalah langkah pertama kepada ribuan lagi langkah yang akan saya atur di dalam bidang ini, InsyaAllah. Saya mengakui bahawa banyak kelemahan dari segi terjemahan dan bahasa di dalam buku kecil ini , tetapi saya berharap ini akan diperbaiki dari masa ke masa. Semoga usaha sekecil ini memberikan menafaat kepada pembaca dan sumbangan kecil kepada khazanah terjemahan di dalam Bahasa Malaysia.

SELAMAT MENCUBA, SELAMAT BERJAYA, SELAMAT

MENYEBARKANNYA LEBIH BAIK ,

BERTAMBAH BAIK

Azaman Muhammad

Pusat Matrikulasi Universiti Utara Malaysia

06010 Sintok Jitra , Kedah Darulaman

14 November 1996

e.mail: [email protected]

muka hadapan:

http://members.tripod.com/manmat/azamanindex.html

KAEDAH KAWALAN MINDA

TEKNIK 3 – 1

Minda atau akal adalah anugerah Allah s.w.t yang paling agung kepada manusia. adalah amat rugi jika tidak kita menafaatkan pemberian Allah s.w.t. yang paling tinggi nilainya itu. Masalah yang sering timbul ialah bagaimana cara untuk kita menggunakannya dengan cara yang paling baik melalui teknik yang paling mudah dan Insyaallah membuahkan pula hasil yang terbaik ?

Inilah yang akan kita lihat sepintas lalu. Apabila bercakap tentang Minda, sering kali kita mendengar perkataan ‘ Otak Kanan / Hemisfera Otak kanan’ dan ‘Gelombang Alfa’. Secara ringkasnya dapat kita katakan bahawa otak kanan itu adalah bahagian otak yang paling kurang dimenafaatkan dan menjadi satu kerugian besar tidak memenafaatkannya dengan sebaik mungkin. Ini adalah kerana bahagian inilah yang mengawal kreativiti dan penyelesaian masalah. Manakala Gelombang Alfa pula merujuk kepada getaran sesaat otak kita sebagaimana getaran jantung kita. Getaran ini diukur dengan menggunakan sejenis alat yang memberikan ukuran 7 – 14 kitaran sesaat. Bagaimana menggunakan bahagian otak yang paling kreatif pada saat dan ketika yang paling baik?

Minda kita boleh bergetar dalam gelombang Alfa ketika kita berada di dalam rehat atau tenang fizikal dan mental. Ia dapat dicapai sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Kita mungkin mencapai gelombang Alfa ketika bersembahyang , mandi, membaca bacaan ringan atau mendengar lagu-lagu syahdu…… Bolehkah kita menjadikan gelombang Alfa ini satu tabiat supaya dapat otak kanan kita berfungsi dengan baik pada saat dan ketika yang amat kita perlukan ? Jawabnya BOLEH!!! Bagaimana ?

Begini…..

1. Cari satu tempat dan keadaan yang bebas daripada gangguan bau, bunyi, pandangan dan rasa yang tidak enak atau tidak elok.

2. Duduk dalam keadaan tegak, kaki memijak lantai/ bumi, tulang belakang lurus, kepala tegak dan mata tertutup rapat. Tapak tangan diletakkan di atas peha.

3. Tarik nafas panjang perlahan- lahan dan hembuskan juga perlahan –lahan

4. Tarik nafas perlahan-lahan dan ketika menghembuskannya perlahan- lahan , bayangkan angka/ nombor tiga sebanyak tiga kali ( 3 3 3 )

5. Tarik nafas dan hembus serta bayangkan nombor dua sebanyak tiga kali ( 2 2 2 )

6. Tarik nafas dan hembus serta bayangkan nombor satu sebanyak tiga kali ( 1 1 1 )

7. Katakan kepada diri anda bahawa anda akan merasa tenang rehat dan semakin tenang dan semakin rehat setaip kali anda menghembuskan nafas

8. Ingatkan diri anda , jika berlaku sesuatu perkara yang memerlukan anda membuka mata maka buka mata dan anda akan merasa tenang dan rehat seperti biasa.

9. Bayangkan anda berada di suatu tempat yang merehatkan,

mungkin di tepi pantai, di atas puncak bukit di taman bunga dan seumpamanya. Bayangkan pemandangan , warna , bau , rasa dan bunyi yang mungkin kelihatan , kedengaran dan dapat anda rasakan. Bayangkan dengan terperinci dan cuba rasakan seolah- olah anda sedang berada di sana.

10. Selepas berada di dalam keadaan yang merehatkan itu untuk beberapa ketika anda boleh keluar dengan mengingatkan diri anda bahawa anda akan keluar dengan kiraan lima. Tarik dan hembus nafas satu persatu hingga lima kali dan pada kali ketiga ingatkan diri anda bahawa anda akan keluar pada kiraan lima dan rasa sihat dan segar seperti sediakala. Buka mata dan cuba rasakan anda berasa lebih sihat dan segar daripada biasa.

KAEDAH KAWALAN MINDA

PEMBERSIHAN MENTAL

Visualisasi dan imaginasi di dalam dimensi Alfa adalah kunci kepada kejayaan pemprograman semula dan penyelesaian masalah. Kita perlu sedar betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh sikap dan pemikiran positif. Ini penting kerana ia bukan sahaja memberi kesan terhadap diri kita sendiri tetapi juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kita seperti ahli keluarga dan rakan sekerja. Semua yang diterangkan di dalam buku ini akan menjadi sia- sia belaka sekiranya anda bersikap dan berfikiran negatif di dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Jika kita merasakan bahawa kita akan gagal menyelesaikan sesuatu masalah, maka sudah pasti kita tidak akan dapat menyelesaikannya. Di dalam Kaedah kawalan Minda Silva kita menggunakan satu teknik yang dinamakan Teknik Pembersihan Mental. Apabila terlintas sahaja di dalam fikiran kita sesuatu yang negatif kita akan mengatakan “Batal!” dengansegera. Ini diikuti dengan

menggantikannya dengan pernyataan atau perkataan dan pemikiran yang positif. Sebagai contohnya sering kita mengatakan :” Tidak boleh !.” Cuba gantikannya dengan “Boleh!.”

Apabila seseorang itu mengatakan boleh, sebenarnya beliau sudah mengambil langkah bijak ke arah mencapai matlamatnya ataupun menyelesaikan masalahnya. Sebaliknya orang yang mengatakan tidak boleh, sebenarnya telah melawan arus Tujuannya dan sukar untuk mencapai matlamatnya ataupun menyelesaikan masalahnya. Perkataan negatif lain yang biasa digunakan ialah :”Cuba!.” “ Saya telah mencuba itu dan ini tetapi masih gagal!.” Pernahkah anda mencuba untuk mengutip duit syiling yang jatuh ? Sudah tentu tidak. Anda terus mengambilnya. Lebih baik jika anda mengatakan : “Saya akan lakukannya,” dan terus melakukan perkara yang perlu untuk menjamin kejayaan sesuatu kerja atau tugas itu.

Bagaimana dengan perkataan- perkataan negatif yang lain seperti :”Bencinya…”, “ Meluat saya…”, “ Terlupalah ..”, “Risaulah..”, “ Rasa macam nak mati…”; dan berbagai lagi perkataan negatif lain yang kita gunakan saban hari dan saban masa. Sebagai contohnya, setiap kali bertemu dengan seseorang yang anda benci anda akan berkata :” Sakit hati saya apabila memandang mukanya!.“ Ia benar- benar membuat anda merasa sakit hati, benci , geram dan marah. Inilah yang dipanggil sebagai Pemprograman Negatif yang Berkesan.

Proses ini sebenarnya berlaku dalam tempoh yang panjang kesan daripada pengulangan yang dilakukan tanpa disedari. Apa yang anda sedar ialah apabila bertemu dengan orang itu anda akan secara automatik berasa geram, marah dan benci terhadapnya. Apa yang telah dan sedang berlaku itu ialah Pemprograman Negatif yang berkesan sedang beroperasi. Bukankah baik jika kita terbalikkan proses itu dan memperoleh menafaat yang sebaik- baik dan sebanyak- banyaknya ? Pernahkah anda melihat atau bertemu dengan kanak- kanak yang menjadi mangsa sikap dan sifat negatif ibubapanya di rumah? “Bila terkena hujan, ibu kata kepala saya akan

pening.” “Jangan bermain di dalam gelap nanti ditangkap hantu!”

Berapa banyakkah ‘ sampah’ yang telah kita sumbat ke dalam minda anak- anak kita di dalam sehari ? Sering kita gelar anak- anak kita sebagai ‘bodoh’, ‘setan’, ‘hantu’ dan seumpamanya. Semua ini akan tertanam di dalam sel minda mereka dan akan kekal di situ sepanjang hayat mereka. Ada pengkaji yang mengatakan bahawa sehingga usia seseorang kanak- kanak itu empat tahun, beliau telah mempelajari hampir 75 % daripada apa yang akan mereka gunakan di sepanjang hayat mereka. Bayangkan apakah jenis pemprograman yang telah dimasukkan ke dalam kepada anak- anak kita sejak usianya empat tahun dahulu ?

Pemprograman lain yang sering kita lakukan terhadap anak- anak ialah tegahan atau larangan melakukan sesuatu perkara. Sering kita katakan kepada mereka :”Jangan buat itu, nanti….”. Apakah yang berlaku ? Mereka akan terus melakukannya lagi dan lagi biar berapa kalipun kita ulangi dan kita ingatkan mereka.Mengapa tidak kita hanya katakan kepada mereka:” Pergi main di tempat lain. Di sini panas!” Setiap kali kita menjerit dan marah serta mendenda dan memukul anak- anak kerana melakukan sesuatu kesalahan, ia seolah- olah satu pemprograman yang semakin kuat kesannya apabila dimarahi dan dipukul serta dijerit- jeritkan.Hanya beritahu sahaja agar jangan melakukan sesuatu perkara dengan nada yang lembut.

Mengingatkan perkataan “Batal” apabila perlu akan memberi kesan yang mendalam keatas pemikiran tindakan dan hasil yang akan anda dapat lihat kesannya terhadap kesihatan, pencapaian kendiri, imej diri yang lebih baik, lebih berkeyakinan , lebih terkawal dan dapat memberikan contoh dan teladan yang baik kepada anak- anak dan rakan sekeliling. Ini dapat dilakukan dengan membersihkan mental anda. Apabila ditanya:”Apa khabar ?”. Dengan yakin jawablah :” Bertambah baik!”. Pengulangan yang berterusan akan memberi kesan yang baik untuk anda menjadi bertambah baik di dalam

segenap bidang setiap hari.

KAEDAH KAWALAN MINDA

MENANAMKAN BENIH PEMIKIRAN

Kita sering memandang rendah kepada kemampuan minda kita. Apabila berhadapan dengan sesuatu yang baru atau sesuatu yang belum pernah kita dengar sebelum ini kita akan beranggapan bahawa lebih banyak ruang dan peluang yang kita perlukan untuk memahami atau memurnikan ilmu yang baru itu ke dalam minda kita. Sebenarnya tidak.

Apa sahaja yang kita alami melalui indera kita akan direkodkan ke atas sel otak. Selepas sesuatu sesi ceramah atau perbincangan kita berasa dengan pasti bahawa semuanya telah direkodkan seperti benih yang telah ditanamkan di dalam tanah. Apa yang penting ialah peneguhan. Sekali kita melakukan sesuatu perkara yang baru dan berjaya, ia akan membuahkan kejayaan yang berikutnya. Begitulah juga halnya apabila kita gagal melakukan sesuatu yang baru maka kegagalan itu akan membuahkan kegagalan yang berikutnya pada masa hadapan. Oleh itu ikutilah arahan dan langkah- langkah yang telah digariskan agar tidak berlaku kesilapan dan kejayaan menggunakansesuatu teknik itu akan lebih meyakinkan kita untuk menggunakan teknik yang sama pada masa hadapan.

KUASA MINDA

Minda kita mempunyai kuasa dan boleh diarahkan kepada apa jua kegunaan mengikut kehendak kita. Ini adalah satu kenyataan yang telahpun dibuktikan secara saintifik. Apa yang perlu kita lakukan ialah memahami hakikat bahawa kita semua mempunyai keupayaan untuk melakukan apa sahaja dengan minda kita walaupun

kelihatannya seolah- olah sesuatu yang mustahil. Sesuatu yang kelihatannya mustahil pada mulanya apabila telah berjaya dilakukan maka minda kita akan meyakini bahawa ia boleh diulangi.

Salah satu cara untuk melihat fenomena kuasa minda ialah dengan membengkokkan sudu. Dapatkan sebatang sudu dan gosokkan sudu itu dengan menggunakan ibu dan jari telunjuk perlahan- lahan di kawasan leher sudu itu. Bayangkan ia adalah sejalur mee yang basah. Apabila kita turun ke tahap asas kita untuk tujuan membengkokkan sudu ini arahkan kuasa minda kita melalui visualisasi dan imaginasi. Dalam kes kanak- kanak yang mengikuti program ini biasanya sekitar dua puluh minit , sembilan puluh lima peratus akan berjaya melakukannya. Bakinya akan berjaya dengan latihan yang berterusan.

Proses membengkokkan sudu ini adalah satu pemprograman terhadap benda. Minda manusia dengan bantuan kebijaksanaan manusia adalah satu- satunya kebijaksanaan yang dapat melakukan pemprograman sedemikian rupa dalam mengubah bentuk benda. Ini dapat difahami bahawa semuanya berpunca daipada kuasa minda kita. Kebijaksanaan Ini menghampirkan diri kita kepada peringkat genius kerana genius ialah orang yang menggunakan dengan lebih banyak keupayaan mindanya dengan cara yang tersendiri.

EVOLUSI MINDA

Hampir sembilan puluh peratus kanak- kanak terlupa bagaimana untuk memenafaatkan keupayaan genius mereka apabila meningkat dewasa. Ini berlaku kerana kurangnya penekanan dan peneguhan ke atas penggunaan daya visualisasi dan imaginasi mereka. Ini berlaku ketika kanak- kanak menghampiri usia akil baligh apabila minda mereka lebih menumpukan kepada fizikal dan timbulnya keinginan kepada jantina yang berlawanan.

Perkembangan yang mendadak dari segi fizikal yang menjurus ke arah itu menambahkan lagi keinginan kepada jantina yang berlawanan. Dalam keadaan ini amat penting melakukan latihan mental untuk menguatkan minda dan mengujudkan keseimbangan yang harmonis di antara fizikal dan mental. Sewaktu kita di alam rahim lagi, janin telah mengeluarkan gelombang delta. Gelombang minda ini terhasil daripada tenaga elektrik yang dihasilkan oleh minda.

Tenaga ini tergolong kepada beberapa pola atau ritma. Delta adalah gelombang minda yang paling lemah di antara 0.5 hingga 4 kitaran sesaat. Ini berterusan sehingga empat tahun usia seseorang kanak- kanak itu. Pada tahap ini bayi/kanak-kanak ini mula belajar menggunakan pancainderanya. Indera yang pertama yang digunakan oleh kanak- kanak ialah sentuhan diikuti oleh rasaan, hiduan kemudian pendengaran dan penglihatan.Apabila usia kanak- kanak itu meningkat empat tahun mindanya akan bergetar dalam frekuensi Theta.

Ada dikatakan bahawa pada ketika ini seseorang kanak- kanak itu telah merakamkan tujuh puluh lima peratus pengetahuan ke atas sel otaknya untuk digunakan sepanjang hidupnya. Frekuensi Alfa terhasil ketika usia kanak- kanak itu di antara tujuh hingga empat belas tahun. Frekuensi yang lain masih digunakan tetapi lebih banyak menggunakan frekuensi yang sejajar dengan usianya.

Di dalam gelombang Alfa seseorang kanak- kanak itu mula menggunakan maklumat yang telah dirakamkan di atas sel otak dan cuba menyesuaikannya dengan maklumat- maklumat baru yang telah diterima. Kanak – kanak itu akan mencipta ide yang baru dan mengkagumkan, penyelesaian kepada masalah dan ciptaan yang berbagai. Teman sepermainan yang dibayangkannya Kelihatan seperti benar- benar ujud. Dia menunjukkan kelebihan yang sama seperti yang Dilalui oleh pengamal Kaedah silva. Dengan menggunakan kaedah ini kita belajar untuk berfungsi sama seperti

ketika kita kecil dahulu dengan kembali mempelajari bagaimana untuk berfungsi dan mengawal minda ketika di dalam frekuensi alfa.

Selepas atau ketika usia 14 tahun , kanak- kanak mula melalui zaman akil baligh. Dia mula memberikan fokus kepada keadaan sekelilingnya dan dengan itu lebih banyak menggunakan frekuensi Beta. Dia menjadi lebih logik, dan banyak menggunakan taakulan dan analatikal. Dia telah membenamkan pengalamannya berfungsi di dalam frekuensi Alfa, Delta dan Thetanya ke dalam dimensi luarsedar. Akhirnya beliau melupakan kekuatan dan kepakaran menggunakan kebolehannya yang asli. Kanak- kanak perlu diajar agar mengekalkan keupayaan mentalnya melalui visualisasi dan imaginasi pada frekuensi Alfa.

Ilham adalah hasil daripada tindakan berfungsi pada frekuensi Alfa. Ia amat diperlukan di dalam segenap lapisan kehidupan. Jika kebolehan ini diperkemaskan/dimurnikan ini akan dapat membantunya menjadi seorang penyelesai masalah yang berjaya. Apabila minda berfungsi pada frekuensi Beta ia akan menyelinap masuk ke frekuensi Alfa 30 kali seminit untuk ukuran masa dalam mikrosaat. Ketika inilah ilham akan muncul.

Orang yang mempunyai tahap ilham yang tinggi mencapai ketepatan 4 daripada 5 ataupun 80 %. Dia akan menjadi lebih sihat kerana ilham muncul dalam frekuensi Alfa dan ketika itulah badan akan mengubati dirinya sendiri secara automatik. Dia akan kurang terlibat dengan kemalangan kerana berada di satu tempat pada satu ketika yang tepat, Ini juga bererti bahawa dia akan bernasib lebih baik daripada yang lain. Orang yang mempunyai tahap ilham yang tinggi akan menyelesaikan lebih banyak Masalah kerana dia mendapat jawaban ketika keadaan kelihatannya seolah- olah mustahil Untuk mendapatkan sebarang jawaban. Jawaban datang melalui tekaan atau pun Mengikuti rasahati yang kesemuanya digolongkan sebagai ilham.

KAEDAH KAWALAN MINDA

LIMA LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN TEKNIK KAWALAN MINDA BERKESAN

1. Kenalpasti masalah yang dihadapi

2. Tetapkan matlamat yang ingin dicapai

3. Tentukan kaedah yang akan digunakan untuk mengatasi masalah tersebut

4. Lakukan apa sahaja yang perlu untuk memastikan matlamat anda itu tercapai

5. Sentiasa mengakui seolah- olah matlamat anda itu sudah tercapai

TEKNIK KAWALAN TIDUR

Bagi mereka yang mengalami masalah susah melelapkan mata (Insomnia), berikut adalah teknik yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut:

1. Rehatkan diri dengan Kaedah 3-1

2. Bayangkan papan hitam / papan putih

3. Bayangkan sebelah tangan anda memegang pen/ kapur dan sebelah lagi memegang pemadam

4. Bayangkan anda melukiskan satu bulatan besar di atas papan hitam itu

5. Bayangkan anda melukiskan huruf X yang besar didalam bulatan itu

6. Bayangkan anda memadam huruf X itu dengan perlahan-lahan dan berhati- hati tanpa memadamkan bulatan itu

7. Apabila anda telah memadam huruf X itu tuliskan disebelah kanan bulatan itu RELAX

8. Tuliskan angka 100 dan kemudian padamkannya perlahan- lahan dan kemudian perhatikan perkataan RELAX dan cuba rasakan anda semakin relax setiap kali anda memadam angka dan melihat perkataan RELAX

9. Ulangi dengan angka 99 dan seterusnya 98 …….. sehinggalah anda tertidur

10.Jangan lupa ingatkan diri anda : sekiranya berlaku sesuatu kecemasan atau keadaan memerlukan anda akan membuka mata dan bangun dengan rasa sihat dan segar.

TEKNIK BANGUN TIDUR

1. Rehatkan diri anda dengan Kaedah 3 – 1

2. Bayangkan jam loceng. Bayangkan anda menetapkan jam anda ingin tersedar daripada tidur.

3. Katakan kepada diri anda :” Inilah waktunya saya mahu tersedar, inilah waktunya saya akan tersedar”

4. Teruskanlah tidur dan InsyAllah anda akan tersedar pada waktu yang anda ingini itu.

TEKNIK MENGELAKKAN DARIPADA MENGANTUK

Jika anda merasa mengantuk tetapi anda ingin terus berjaga kerana sesuatu perkara, anda boleh gunakan teknik ini:

1. Rehatkan diri anda dengan Kaedah 3 – 1

2. Katakan kepada diri anda :” Saya merasa mengantuk, saya tidak mahu merasa mengantuk, saya mahu terus berjaga, merasa sihat dan segar”

3. Katakan kepada diri anda :” Saya akan membilang daripada 1 – 5. Pada kiraan 5 saya akan membuka mata, tidak mengantuk, merasa sihat dan segar. Saya tidak akan merasa mengantuk, saya akan terus berjaga.”

4. Kira perlahan -lahan 1, 2, 3 ingatkan diri anda :” pada kiraan 5 saya akan membuka mata , terus berjaga dan merasa sihat dan segar.”

5. Kira 4 dan 5 dan pada kiraan 5 dengan mata terbuka ingatkan diri anda”:” Saya terus berjaga, berasa sihat dan segar lebih daripada biasa:”

KAEDAH KAWALAN MINDA

KAWALAN SAKIT KEPALA

Doktor mendapati bahawa 90% daripada sakit kepala adalah disebabkan oleh ketekanan/ stress. Selebihnya adalah disebabkan oleh punca- punca lain di dalam badan manusia. Sekiranya anda mengalami masalah sakit kepala kerana berpunca daripada stress maka kaedah yang akan dibincangkan nanti boleh digunakan untuk menghilangkannya. Tetapi sekiranya sakit kepala anda timbul pada masa yang tertentu maka sakit kepala itu mungkin disebabkan oleh masalah organ di dalam badan dan anda perlu mendapatkan rawatan daripada doktor perubatan.

Anda digalakkan menggunakan kaedah ini pada peringkat awal sakit kepala itu mula menyerang atau mendatang. Jika anda mengalami masalah untuk ke tahap Alfa di tengah tengah kesibukan tugas dan kedaan maka anda boleh pergi ke tandas untuk enggunakan teknik ini atau ke tempat lain seperti surau dan bilik rehat yang membolehkan anda menggunakan kaedah ini tanpa sebarang gangguan.

Anda perlu melalui lima tahap seperti yang telah dibincangkan di dalam teknik- teknik sebelumnya iaitu pertama menyatakan masalah, kedua menyatakan matlamat, ketiga menyediakan rancangan untuk mencapai matkamat yang telah anda tetapkan , keempat melaksanakan rancangan anda itu dan akhir sekali mengaanggap bahawa matlamat anda itu sudahpun tercapai atau terlaksana. Ingatlah bahawa semua ini hanya berlaku dan berkesan ketika anda berada pada tahap Alfa dan anda boleh juga menggunakan taknik ini untuk penyakit yang lebih serius seperti gila babi, sawan atau ketika anda berhadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan.

KAEDAH KAWALAN SAKIT KEPALA

SAKIT KEPALA BERPUNCA DARIPADA STRESS

Turun ke tahap Alfa dengan Kaedah 3 – 1. Apabila berada pada Tahap 1 katakan kepada diri anda : “ Saya mengalami sakit kepala.; saya merasa sakit kepala; saya tidak mahu sakit kepala.; saya tidak mahu merasa sakit kepala”. “Saya akan mengira 1 – 5 dan pada kiraan 5, saya akan membuka mata, sedar semula, merasa segar dan di dalam kesihatan yang sempurna. Saya tidak akan sakit kepala. Saya tidak akan merasa sakit kepala lagi .”

Kemudian kira perlahan- lahan dari 1, 2 dan 3; pada pada kiraan 3 ingatkan diri anda “ pada kiraan 5 saya akan membuka mata, sedar semula, merasa segar dan di dalam kesihatan yang sempurna; tidak ada lagi rasa tidak selesa di dalam kepala. saya; saya tidak lagi merasa tidak selesa di dalam kepala saya.”

Perhatikan bahawa kita telah membuat perubahan pada tahap 3 daripada sakit kepada tidak selesa. Kita tinggalkan sakit itu di belakang. Sambung kembali kiraan perlahan- lahan kepada 4, kemudian 5, dan pada kiraan 5 dengan mata terbuka katakan kepada diri anda. “ Saya telah sedar, merasa segar dan di dalam kesihatan yang sempurna. Tidak ada lagi rasa tidak selesa di dalam kepala saya. Saya tidak lagi merasa tidak selesa di dalam kepala saya “.

SAKIT KEPALA BERPUNCA DARIPADA MIGRAIN

Untuk sakit kepala yang berpunca daripada migrain , gunakan kaedah seperti di atas tetapi lakukan tiga kali dengan jarak masa 5 minit setiap satu. Pada kali yang pertama anda akan dapat rasakan kesakitan itu menurun sedikit dan kali yang berikutnya akan mengurangkan kesakitan sedikit demi sedikit. Pada kali yang ketiga sepatutnya sakit kepala anda akan hilang semuanya.

Apabila kesakitan anda datang lagi sepatutnya sekali sahaja akan dapat menghilangkan semua kesakitan di dalam kepala anda. Ini akan mengurangkan pergantungan anda kepada dadah yang tertentu

dan sakit anda akan terubat dengan sendirinya apabila badan anda melupakan punca kepada kesakitan di dalam kepala anda. Walaubagaimanapun jangan merasa segan untuk mengulanginya beberapa kali sehingga anda mendapatkan kesan yang anda harapkan. Tidak rugi mencuba teknik yang tidak memerlukan bayaran daripada menghabiskan wang membeli ubat. Untuk sakit kepala yang berpunca daripada keadaan di dalam anggota badan yang lain sila berjumpa dengan doktor yang pakar.

KAEDAH KAWALAN MINDA

KAWALAN MIMPI

Tahap Alfa adalah tahap kita bermimpi sama ada bermimpi pada malam ataupun pada siang hari. Adalah sesuatu yang amat menguntungkan sekiranya kita dapat mempelajari dengan lebih lanjut tentang tahap Alfa dan mempunyai kawalan yang lebih di dalam dimensi tersebut. Ahli sains mendapati bahawa semua orang bermimpi walaupun tidak semua orang mengingati mimpi- mimpi mereka.

Ada beberapa sebab mengapa mimpi tidak dapat diingati. Mungkin mimpi yang buruk amat menakutkan untuk diingati kembali atau mungkin ada seseorang memanggil- manggil di dalam mimpi dan panggilan tersebut tidak mahu didengari dan diingati maka hasilnya mimpi tidak dapat diingati. Kaedah yang akan diterangkan nanti akan membolehkan anda mengingati mimpi- mimpi anda dan ingatlah bahawa lebih baik bermula dengan perlahan- lahan dengan mengingati satu mimpi setiap malam sebelum mengingati beberapa mimpi yang dialami pada satu malam.

Setiap daripada kita mempunyai pengalaman yang unik dan mempunyai satu pola simbolik yang unik untuk menggambarkan peristiwa – peristiwa di dalam kehidupan kita. Ini dapat dilihat

sekiranya anda mempunyai diari mimpi yang mencatatkan peristiwa yang berlaku di dalam mimpi anda. Sekiranya anda tersedar dengan satu mimpi, tuliskan secara ringkas tentangnya. Pada sebelah paginya cuba untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas dengan masuk ke dalam tahap Alfa anda.

Pastikan anda mencatatkannya sebaik sahaja anda mengingatinya, jika tidak ia akan hilang begitu sahaja. Selepas menuliskan kembali mimpi- mimpi anda masuk kembali ke dalam tahap Alfa dan tanyakan kepada diri anda :” Apakah kaitan mimpi ini dengan apa yang berlakau di dalam hidup saya ?” Ini akan dapat membantu anda memahami simbolik- simbolik di dalam impi dari masa ke masa dan menterjemahkannya dengan cepat dan tepat. Mendapatkan tdur dan pusingan mimpi yang yang sepatutnya amat baik kerama ia memberikan kita maklumat yang banyak dan peluang untuk menilai sesuatu perkara daripada dimensi yang lain selain daripada dimensi fizikal kita. Diantara faedah yang diperolehi daripada penggunaan teknik ini ialah kita akan hanya bermimpi dengan mimpi- mimpi yang kita ingini sahaja disamping mengimbas kembali mimpi-mimpi kita dan mendapatkan jawaban bagi menyelesaikan masalah yang kita adapi.

Sekiranya anda mengalami mimpi- mimpi ngeri anda boleh memadamkannya dengan memberikan arahan seperti berikut sewaktu anda berada di Tahap alfa.: “ Saya mengalami mimpi ngeri ini, saya tidak ukakannya, saya tidak mahu ia berulang lagi..” dan yang seumpamanya . Kajian menunjukkan setiap daripada kita mengalami sekurang- urangnya 4 pusingan tidur dan mimpi di dalam semalaman. Setiap pusingan mengambil masa sekitar 90 minit.

Mimpi pada peringkat awal tidur lebih mendalam dan singkat. Mimpi peringkat berikutnya lebih ringan dan mempunyai kitaran yang lama. Sekiranya anda terbangun terlalu awal maka tidak ada mimpi. Tetapi sekiranya anda terbangun di tengah- tengah mimpi anda akan merasa keliru. Sekiranya anda terbangun i akhir mimpi maka anda

akan mengingati dan memahaminya

KAEDAH KAWALAN MIMPI

1. Sebelum tidur masuk ke tahap Alfa dengan Kaedah 3 – 1 . Apabila berada pada tahap tersebut ingatkan diri anda. “ saya ingin mengingati mimpi saya, saya akan mengingingati mimpi saya”. Kemudian terus tidur. Anda mungkin akan terbangun pada sebelah malam atau paginya dengan koleksi mimpi anda pada malam itu. Sediakan kertas dan pen untuk menuliskannya. Setalah anda berpusa hati dengan pencapaian anda dengan kaedah ini barulah anda teruskan dengan kaedah berikutnya.

2. Sebelum masuk tidur masuk ke tahap Alfa dengan Kaedah 3- 1. Ketika pada Tahap alfa ingatkan diri anda:” saya ingin mengingati mimpi- mimpi saya, saya akan mengingati mimpi- mimpi saya”. Teruskan tidur. Anda akan terbangun beberapa kali pada sebelah malam dan pada sebelah pagi dengan koleksi mimpi anda. Tuliskan semua mimpi- mimpi itu dan beralih kepada kaedah berikutnya setalah anda berpuas hati.

3. Bagaimana mengunakan mimpi untuk diingati, difahami dan membantu di dalam penyelesaian masalah. Masuk ke Tahap Alfa dengan Kaedah 3- 1 dan sewaktu pada tahap Alfa ingatkan diri anda : “ Saya inginkan mimpi yang mengandungi maklumat untuk menyelesaikan masalah yang ada di dalam minda saya.” Nyatakan masalah anda dan tambahkan lagi :” Saya akan mendapat mimpi itu, mengingatinya dan memahaminya.” Teruskan tidur. Anda akan terbangun pada tengah malam atau pada paginya dengan koleksi mimpi yang akan anda ingati dan fahami dan dapat membantu anda menyelesaikan masalah yang anda hadapi.

MELENYAPKAN RAKSAKSA / HANTU

Kanak- kanak begitu kreatif dan imaginatif. Sering kita dengar bagaimana kanak- kanak bermain dengan ‘kawan- kawannya’ yang tidak dapat kita lihat. Peranan media cetak dan elektronik menambahkan lagi kesukaran kita memahami kanak- kanak dengan daya imaginasi mereka yang kadang- kadang keterlaluan. Bagi setengah kanak- kanak raksaksa/ hantu ada di mana sahaja; di sebalik tabir, belakang pintu, di bawah katil dan yang hairannya mereka dapat menerangkan dengan terperinci tentang hantu atau raksaksa itu.

Apabila kanak- kanak melaporkan mereka bertemu dengan hantu ibubapa akan memasang lampu atau pergi ke tempat yang dikatakan berhantu itu dan menerangkan kepada kanak- kanak itu bahawa tidak ada hantu di situ. kepada ibubapa dengan tindakan mereka akan melegakan kanak- kanak itu , tetapi sebenarnya tidak. Mereka tetap dapat melihatnya di dalam minda mereka.

Walaupun ibubap begitu berhati- hati untuk tidak mengujudkan suasana yang enakutkan terhadap anak- anak mereka tetapi ia masih terus berlaku. Antara puncanya ialah pembantu rumah dan penjaga kanka- kanak tersebut yang sering menakut- nakutkan mereka aabila kanak- kank itu enggan menurut perintah mereka. Mereka akan menggaru- garu dinding dan lantai sehingga mengeluarkan bunyi yang menakutkan kanak- kanak tersebut atau menceritakan cerita yang menakutkan agar kanak- kanak itu mendengar perintah dan duduk diam. Jika kanak- kanak itu dapat diyakinkan bahawa tidak ada hantu maka program berikutnya akan gagal kerana mereka telah meyakinkan minda mereka bahwa tidak ada hantu.

Untuk memusnahkan hantu atau raksaksa ini kanak- kanak atau kita sendiri perlu turun ke tahap asas dan lakukan pemprograman pada tahap itu dengan menyatakan bahawa jika kita bertemu atau melihat hantu kita akan menunjuknya dengan jari telunjuk kita dan hantu atau raksaksa itu akan menjadi semakin kecil sehingga boleh dipegang dan dibuat ainan. Ia juga boleh diletakkan di atas tapak

tangan dan apabila ditepuk ia akan hilang.

KAEDAH KAWALAN MINDA

KONSEP LAYAR MENTAL

Untuk menentukan letak Layar Mental anda perlu turun ke tahap asas dengan Kaedah 3 – 1. Apabila berada di sana jeling sedikit mata anda ke atas kadar 20 darjah. Bayangkan sebuah layar seperti layar di panggung wayang. Letakkannya di luar dan jauh daripada badan anda. Imej yang anda gambarkan di dalam visualisasi hendaklah dipancarkan ke layar mental tersebut sama seperti halnya gambar dipancarkan daripada projektor ke layar perak. Jangan jadikan kelopak mata anda sebagai layar sebaliknya bayangkan seolah- olah gambar terpancar daripada dahi anda ke luar dan jauh daripada badan anda.

Kes- kes yang biasa diselesaikan dengan teknik ini ialah masalah Matematik dan mengingatkan kembali apa yang telah dibaca. Apa yang perlu dilakukan ialah menggambarkan formula atau sifir sehingga seakan- akan ternampak sifir atau formula itu seperti menonton filem. Begitu juga halnya untuk dengan pembacaan. jadikan apa yang telah anda baca sebagai sebuah cerita filem dan tayangkannya di layar mental anda ketika anda memerlukannya.

Untuk mendapatkan kesan yang terbaik jadikan imej yang dibayangkan itu bergerak dan berwarna – warni dan mempunyai bentuk yang pelik dan melucukan . Ini akan banyak membantu anda menguatkan keupayaan dan kebolehan menyelesaikan masalah, visualisasi dan imaginasi dan lebih baik, ingatan yang lebih banyak dan jelas, kreativiti yang bertambah dan perkembangan hemisfera otak kanan yang menjadikan anda semakin genius dari hari kehari.

KAWALAN MEMORI

Untuk memperbaiki memori diketengahkan Sistem yang dipopularkan oleh Bruno Furst yang amat menekankan tentang pembentukan imajan di atas Layar Mental.Sistem ini menggunakan angka Arab dan konsonan. Bunyi vowel ( a,e,i,o,u) tidak mempunyai nilai dan konsonan/ abjad yang mempunyai bunyi yang seakan- akan sama akan mempunyai nilai yang sama . Contohnya B dan P.

1 T 8 F

2 N 9 B

3 M 10 S

4 R

5 L

6 J

7 K

1 2 3 4 5 6 7 8 9 0

TeN MoRe LoJiK FiBS

Untuk mengingati senarai yang panjang bayangkan perkara yang pelik dan ganjil dengan menggunakan gambar di dalam minda anda dan kaitkannya dengan peg di atas. Jika perkara pertama yang ingin

anda ingati ialah susu maka bayangkan TEH SUSU yang membuak- buak seperti gunung berapai yang meletus apabila ditarik.

Jika perkara kedua yang anda ingati ialah basikal, bayangkan binatang yang di dalam bahtera Nabi Nuh semuanya menunggang basikal seperti di dalam pertunjukan sarkas dan seumpamanya.

KAEDAH KAWALAN MINDA

MENGAWAL KEMARAHAN

Kemarahan adalah sifat semulajadi manusia yang ada baiknya jika digunakan pada tempat dan keadaan yang sesuai, kita orang dewasa akan berhadapan dengan banyak masalahsekiranya menunjukkan kemarahan kepada keadaan, orang dan tempat yang salah. Tidak seperti kanak- kanak, mereka boleh bermain dengan orang yang mereka marahi atau yang menimbulkan kemarahan mereka dalam masa yang singkat seolah- olah perkara itu tidak pernah berlaku antara mereka.

Apabila marah ujud walau apapun puncanya, jantung akan berdegup dengan lebih pantas, tekanan darah akan semakin tinggi dan kimia di dalam badanpun berubah. Ini boleh membawa kesan kepada badan contohnya sakit kepala. Ia juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan di dalam cecair gastrik di dalam perut dan boleh menyebabkan berlakunya barah di dalam perut. Semakin tinggi kefahaman kita tentang punca stres semakin baik taraf kesihatan kita.

Apabila kita berada di dalam keadaan marah pergi ke tahap anda dengan Teknik 3 – 1 dan apabila berada di sana bayangkan punca kemarahan anda sama ada ia orang, keadaan atau benda dan bayangkan bahawa anda dapat menanganinya dengan baik.

Bayangkan anda kelihatan gembira kerana berjaya menanganinya dan kemudian keluar dengan Teknik 1 – 5.

TEKNIK TIGA JARI

Teknik ini dapat digunakan dengan mempertemukan hujung tiga jari pertama kedua- dua belah tangan ( jari- jari ibu, telunjuk dan hantu ). Teknik ini berkesan untuk pergi ke tahap minda yang lebih dalam untuk pemprograman semula tanpa menggunakan Teknik 3 -1 . Ia akan memudahkan untuk mengingat semula maklumat dan menajamkan memori.

Untuk menggunakan teknik ini anda perlu ke tahap anda dengan menggunakan Kaedah 3 1. Apabila selesai ingatkan diri anda bahawa anda akan mengira satu hingga tiga dan pada kiraan tiga anda akan membuka mata dan membaca buku. tambahkan:” Kebisingan tidak akan mengganggu saya . Saya akan mempunyai kefahaman dan kensentrasi yang tinggi. ” Kemudian kira satu, dua dan tiga dan buka mata sertakan mulakan pembacaan. Setelah selesai membaca, turun ke tahap anda dengan Kaedah 3 – 1 . apabila berada di sana katakan kepada diri anda :” Pelajaran yang baru sahaja saya baca sebentar tadi ( nyatakan nyatakan tajuk dan perkara ) akan mudah saya ingat kembali bila- bila masa pada masa hadapan dengan Teknik Tiga Jari saya.”

Sekiranya anda mendengar ceramah atau syarahan , pergi ke tahap anda dengan Kaedah 3 – 1. Apabila berada di sana ingatkan diri anda bahawa anda akan mendengar syarahan, ceramah ataupun kuliah. Nyatakan Tajuk perkara dan nama pensyarah. Katakan kepada diri anda :”Saya akan menggunakan Teknik Tiga Jari dan dengan mata terbuka sepanjang syarahan ini. Kebisingan tidak akan mengganggu saya. Saya akan mempunyai konsetrasi dan kefahaman yang tinggi. Saya akan mengingati syarahan ini ( sebutkan tajuk, perkara dan nama pensyarah) pada bila- bila masa pada masa hadapan dengan

menggunakan Teknik Tiga Jari.”

Dengan menggunakan teknik ini anda akan mudah mengingati semula sebarang perkara. Dengan teknik ini maklumat dilabelkan, diindekskan dan difailkan ke atas sel otak dengan teratur dan tersusun. Teknik ini akan memudahkan minda mencapai tahap berfungsi yang lebih dalam, fizikal dan minda anda akan berasa lebih rehat. Apabila minda berada dalam keadaan rehat pemikiran akan bergerak dengan lebih bebas dan lancar. Tentu anda pernah berhadapan dengan soalan yang anda tahu jawabannya tetapi terlupa walaupun anda mencuba dengan sepenuh upaya untuk mengingatinya. Tetapi apabila anda pulang ke rumah sambil berehat dan menonton tv, ketika itulah jawaban itu muncul dengan tiba- tiba. Mengapa ? Kerana minda anda berada dalam keadaan yang tenang adi pemikiran anda lebih lancar dan anda dapat mengingat dengan lebih mudah.

TEKNIK TIGA JARI DAN PEPERIKSAAN

Sebelum memulakan jawaban cubalah untuk merehatkan diri anda dengan menarik nafas dengan mendalam beberapa kali. Ini akan membantu anda mengawal keadaan dan pemikiran anda. Anda juga boleh mengingatkan sesuatu perkara yang melucukan untuk merehatkan pemikiran anda. Berikut adalah tiga langkah yang boleh anda ambil untuk memastikan anda menjawab dengan baik dan berkesan.

Langkah Pertama Baca soalan seperti biasa dan jangan terlalu lama bagi setiap soalan. Sekiranya anda mempunyai jawaban, tuliskan dengan ringkas. Sekiranya tidak ada jawaban yang anda ingati, teruskan dengan soalan berikutnya Langkah Kedua Gunakan langkah yang pertama tetapi pada kali ini dengan menggunakan Teknik Tiga Jari dan tunggu lama sedikit bagi soalan yang tidak diketahui jawabannya. Sekiranya jawaban tiba-tiba muncul, tuliskannya.

Sekiranya masih tidak ada jawaban pergi ke soalan berikutnya

Langkah Ketiga Gunakan Teknik Tiga Jari dan baca soalan yang masih belum berjawab, pejamkan mata dan jeling ke atas sedikit dan bayangkan pensyarah anda di atas Layar Mental. Tanyakan jawaban daripada beliau dan kemudian tenangkan fikiran dan kembali berfikir untuk mendapatkan jawaban. Jawaban yang akan muncul adalah jawaban daripada pensyarah itu secara mentalnya. Jika ini berlaku tuliskannya dan jangan sekali- kali menghantarkan kertas kosong.

Sentiasa ingat tentang konsep Pembersihan Mental. Mengatakan :” Saya lupa” tidak akan membantu untuk mengingati semula maklumat. Ingatkan kembali tentang keadaan apabila anda ditanyakan soalan dan anda menjawab ,: ‘Saya terlupa!,” adakah dapat anda mengingati semula jawabannya.? Sudah tentu tidak !. Sebaliknya ingatkan kembali keadaan apabila anda ditanya dan anda menjawab:” Baru sebentar tadi saya ingat ! Tidak mengapa , sekejap lagi saya akan mengingatinya kembali .” Tidak lama kemudian anda akan mengingatinya kembali . Mengapa ? Ini adalah kerana minda anda terus mencari maklumat tersebut. Apabila anda mengatakan “Saya terlupa”, minda anda tidak akan berbuat apa- apa untuk mengingatinya kembali.

Konsep Layar Mental juga boleh digunakan di dalam menjawab peperiksaan. Jadikan gambaran mental apa sahaja yang anda baca sama seperti klip video atau wayang gambar dan mainkannya semula untuk mengingati kembali apa yang telah anda baca untuk menjawab soalan. Kegunaan lain Teknik Tiga Jari ialah untuk mengawal emosi yang negatif. Apabila berhadapan dengan emosi yang negatif apa yang perlu anda lakukan ialah temukan tiga jari anda di kedua- dua belah tangan dan menarik tiga kali nafas dalam- dalam dan anda akan dapat mengawal atau mengubahnya menjadi yang lebih positif.

Dalam Teknik Tiga Jari kita menggunakan jari -jari ibu, telunjuk dan tengah/hantu kerana di hujungnya apabila ditemukan akan menutup kitaran tenga daripada terlepas keluar dan kekal di dalam badan untuk apa jua pemprograman diri yang lebih baik. sebab yang lain ialah tiga itu mengingatkan kita kepada keinginan, keyakinan dan harapan yang merupakan kunci terpenting untuk memastikan proses pemprograman semula dapat berjalan dengan berjaya dan berkesan. Ibu jari mewakili keinginan, telunjuk mewakili keyakinan dan jari tengah/hantu mewakili harapan. Teknik ini telah terbukti berkesan untuk tujuan mengingati semula maklumat, relax , kawalan dan pemprograman semula. Anda akan merasai faedahnya jika mengunakannya berulang- ulang.

KAEDAH KAWALAN MINDA

TEKNIK TANGAN TERAPUNG

Teknik ini berasal daripada teknik Dr . Milton Erikson, seorang pakar hipno-analis yang menggunakan teknik ini untuk membantu pesakitnya berada pada tahap relax yang mendalam. Dalam teknik ini pesakit diarahkan supaya menumpukan sepenuh erhatiannya kepada salah satu daripada tangannya dan merasakan tangannya itu begitu ringan dan terangkat sehingga belakang tangannya menyentuh pipinya dan kembali ke tempat salnya di atas peha.

Ketika itulah Dr. Erikson menggunakan sepenuh masa yang singkat itu untuk mengubati pesakitnya. Kadangkala ia mengambil masa sehinga satu setengah jam. Dalam Kaedah kawalan Minda Silva, versi ini telah dimurnikan sehingga proses itu mengambil masa yang singkat sahaja. Apabila tangan menyentuh muka dan kembali ke tempat asalnya kita akan merasa relax yang mendalam. Ini adalah satu cara lain untuk sampai ke tahap asas. Telah dibincangkan sebelum ini Kaedah 3 – 1 , Teknik Tiga Jari dan sekarang ini Tekik Tangan Terapung. Teknik ini mudah dan berkesan.

Untuk menggunakan teknik ini, duduk dengan selesa dan tumpukan sepenuh perhatian kepada tangan yang paling biasa digunakan. Jangan mengalihkan pandangan daripadanya. Tangan kita mungkin akan kelihatan ganjil atau berlainan. memang egitulah halnya kepada apa jua benda yang diperhatikan dengan lama akan menjadi ganjil dan berlainan. Bilang 10 hingga satu perlahan – lahan dan rasakan tangan anda menjadi begitu ringan dan sensitif sehingga salah satu daripada jari anda digerakkan . Bayangkan jari itu bergerak dan membawa kepada tangan anda pula terangkat daripada peha ada. Apabila menghampiri satu rasakan tangan anda terangkat dan belakang tangan anda menyentuh pipi anda. Apabila tangan menyentuh sahaja pipi anda maka anda akan menutup mata, menarik nafas dalam-dalam dan sewaktu menghembuskannya tangan anda akan kembali ke tempat asalanya. Katakan kepada diri anda bahawa anda akan berada di dalam tahap minda yang lebih dalam dan menyegarkan. Sewaktu membilang itu anda boleh meyakinkan diri anda bahawa belon sedang mengapungkan tangan anda ataupun tangan anda akan merasa ringan seringan bulu.

Saranan ini akan membantu tangan anda merasa ringan dan terangkat dengan epat. Ini adalah salah satu cara untuk mencapai tahap asas dan gunakanlah agar dapat anda rasakan perbezaannya dengan teknik- teknik yang lain.

TEKNIK SARUNG TANGAN KEBAS ( STK)

Teknik STK ini ialah perasaan yang dibentuk ke atas tangan yang kurang biasa digunakan untuk mengawal kesakitan fizikal dan dalam kebanyakan kes ialah pendarahan. Perasaan yang terbentuk ialah perasaan selain daripada perasaan yang biasa dialami seperti sejuk , panas . Untuk mengunakan teknik ini duduk dengan tegak dan turun ke tahap Asas dengan Kaedah 3 – 1.

Sebaik sahaja berada di sana bayangkan anda mencelupkan tangan

anda yang biasa digunakan ke dalam timba yang berisi air panas yang berada di sebelah anda. Air itu panas tetapi tidaklah sampai ke tahap kepanasan yang tidak dapat ditanggung. Ingatkan kembali pengalaman masa lalu ketika tangan anda terendam atau tersimbah dengan air panas sehingga dapat anda rasakan pengalaman itu seperti sedang berlaku. Rasakan bagaimana panasnya di celah- celah jari anda. Angkat tangan anda dan rehatkannya di atas peha anda.

Bayangkan pula anda mencelupkan tangan anda yang kurang biasa digunakan ke dalam bekas berisi pecahan air batu. Bayangkan pengalaman lalu ketika tangan anda terendam atau memegang air batu sehingga dapat anda rasakan sejuknya air batu itu sekarang ini. Cuba rasakan bagaimanan sejuknya air batu itu di celah – celah jari anda. Angkat tangan anda daripada bekas berisi airbatu itu sehingga berada di belakang kepala anda tetapi tidak menyentuhnya. Keringkan ia dalam kedudukan ini selama yang anda mahu. Kemudian rehatkan tangan anda di atas riba anda dan cuba uji dengan cara mencubit atau menepuknya.

Untuk menghilangkan rasa selain daripada yang biasa anda boleh menghilangkannya dengan menggosokkannya daripada pergelangan hingga ke jari – jemari tiga kali dan tangan anda akan kembali normal. Untuk keluar gunakan Kaedah 1- 5. Apabila anda telah pernah mengalami teknik ini anda boleh memindahkannya ke tangan yang lain. Anda juga boleh memindahkannya ke mana- mana bahagian badan yang anda ingini. Untuk menggunakannya anda hanya perlu meletakkan salah satu tangan anda ke bahagian badan yang sakit dan katakan :”HILANG!”, ketidakselesaan itu akan hilang.

Sehubungan dengan ini juga ada satu lagi latihan yang ringkas untuk menguji sejauhmanakah kuasa kita dipancarkan melalui telapak tangan. Caranya ialah gosokkkan kedua- dua belah tapak tangan dengan kuat dan pantas sehingga anda merasa epanasan. Selepas itu berdiri saling berhadapan dengan pasanagan anda yang telah melakukan latihan yang sama dalam jarak tiga kaki. Pejamkan mata

dan cuba bergerak perlahan- lahan dengan mengangkat kedua belah tapak tangan ke hadapan agar saling erhadapan dengan kedua belah tapak tangan pasangan anda. Apabila anda dapat rasakan kuasa tapak tangan pasangan anda berhenti , buka mata dan perhatikan jarak di antara anda berdua. Latihan ini cuba membuktikan bahawa tengan boleh diarahkan kepada orang lain dengan keinginan untuk mengubati atau menyembuhkan orang lain.

Untuk menggunakan kedua – dua teknik STK dan menggosokkan tangan anda tidak perlu turun ke tahap asas. Memadai meletakkan tangan anda ke tempat yang sakit atau tidak selesa dan perhatikan kesannya. Latihan yang lalu telah meneguhkan perasaan sama seperti ketika berada di tahap asas. Menggunakan teknik- teknik ini membuktikan kepada kita bahawa kita boleh mengawal ketidak selesaan yang ujud di dalam badan kita dan boleh memberhentikan pendarahan. Jika terluka letakkan tangan and di tempat yang luka an tumpukan konsentrasi untuk menghentikan pendarahan. Jika ia begitu serius lakukan tindakan yang sama sementara anda dikejarkan ke hospital.

Cubaan yang berjaya walaupun sekali akan meneguhkan keyakinan untuk menggunakannya lagi pada masa hadapan. ni juga boleh dilakukan keatas ketidakselesaan di dalam badan yang lain seumpama sakit gigi. Teknik Kawalan Sakit Kepala juga boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan di dalam badan. Walaubagaimanapun ada kemungkinannya ketidak selesaan itu akan berulang dan teknik ini bukanlah bertujuan untuk mengambil alih tugas doktor. Ia membantu mengurangkan kesakitan disamping menambahkan lagi keberkesanan kerja para doktor. Dapatkan nasihat dan rawatan yang yang sebaik mungkin daripada pakar untuk memastikan ketidakselesaan itu tidak berulang ataupun jika ia bertambah serius.

KAEDAH KAWALAN MINDA

TEKNIK KAWALAN BERAT BADAN DAN TABIAT BURUK

Masalah berat badan yang berlebihan atau obesiti merupakan satu fenomena biasa kebelakangan ini. Ia bukan lagi merupakan masalah kesihatan semata- mata tetapi telah menjangkau lebih jauh kerana menimbulkan pelbagai masalah sosial dan komunikasi.

Orang yang gemuk sering menjadi bahan ketawa orang lain dan sering merasa tersisih an dan disisihkan oleh rakan- rakan. Obesiti atau kegemukan mungkin berpunca daripada tabiat makan yang keterlaluan. Tabiat pula merupakan satu perasaan yang begitu lama dan mendalam tertanam di dalam inda. Ketika bayi menangis, perasaan yang pertama terlintas di dalam hati kita ialah dia merasa lapar dan kita berikannya susu. Ini berlaku berulang kali dan bayi itu berhenti menangis apabila disuapkan susu. Apabila bayi itu menangis yang kita tahu ialah berikannya susu dan dia akan diam.

Apa yang berlaku ketika kanak- kanak dahulu kita terluka dan dilukakan fizikal dan perasaan kita ? Bagaimana ibubapa kita menenangkan kita ? Adakah dengan emberikan kita makanan yang kita gemari ? Apakah yang diberikan oleh ibubapa kita apabila kita melakukan sesuatu yang membanggakan atau menggembirakan mereka ? Adakah kita akan diberikan makanan yang kita gemari juga ? Mungkin inilah punca masalah obesiti yang kita alami sekarang ini. Sesuatu yang dilakukan berulang- ulang sehingga makanan menjadi punca atau jalan penyelesaian kepada masalah dan stres yang kita hadapi.

Untuk mengatasi masalah ini ialah dengan pergi ke tahap asas dengan Kaedah 3 – 1. ada tahap asas cuba bayangkan makanan yang menjadi punca kepada masalah obesiti kita itu. Bayangkan kita menanda pangkah berwarna merah ke atas setiap item yang menjadi unca kepada masalah obesiti kita. Programkan diri kita bahawa sebiji buah- buahan boleh menghilangkan keinginan kita kepada makanan

yang bukan pada masanya. Bayangkan anda menolak atau meninggalkan makanan yang boleh membawa kepada kegemukan di dalam pinggan .

Boleh juga menggunakan Teknik Cermin Minda dengan meletakkan tanda berat badan ng diinginI di penjuru cermin berbingkai putih itu dan saiz pakaian yang ingin dipakai di penjuru yang lain. Programkan diri dengan ukuran dan berat badan yang dingini di dalam tahap asas setiap malam sebelum tidur. Pada setiap kali hendak makan bayangkan keinginan anda di sebelah kiri Layar Mental. Teknik yang sebaliknya boleh digunakan untuk mereka yang mengalami masalah kekurangan berat badan dan inign menambah selera makan dan berat badan.

Disamping itu jangan lupa untuk melihat rekod kesihatan keluarga anda. Mungkin ia adalah masalah keturunan. Jangan paksa diri anda untuk menurunkan berat badan dengan banyak dalam masa yang singkat. Lakukan perlahan – lahan dan selalulah berhubung dengan pakar kesihatan jika perlu.

KAEDAH KAWALAN MINDA

ESP

Jose Silva mendapati melalui kajiannya bahawa manusia boleh mendapatkan maklumat dengan memanipulasi keupayaan naluri subjektif mereka. Ia mempunyai kaitan yang rapat dengan deria -deria manusia secara fizikal tetapi tidak mempunyai had dari segi masa dan tempat. Dengan menggunakan keupayaan ini ketika berada pada tahap alfa akan dapat membantu manusia untuk menyelesaikan masalah mereka.

Ahli Psikik mendapatkan malumat dengan menggunakan cara ini

sama seperti yang digunakan di dalam Kaedah Silva. Apa yang membezakan diantara psikik yang biasa dengan psikik yang terlatih ialah psikik biasa boleh berfungsi dengan baik ketika di dalam dimensi Alfa . Psikik yang terlatih pula boleh menggunakan keupayaannya pada bila- bila masa yang diperlukannya. Apa yang penting ialah bukan mendapatkan maklumat tetapi mendapatkan maklumat yang kita ingini. Disinilah timbulnya istilah Keefisienan berbanding dengan istilah tambahan yang biasa digunakan .

DUNIA KEBENDAAN

Di dalam sesi latihan biasa apa yang cuba diujudkan ialah rujukan secara subjektif tentang benda pada tahap kesedaran yang berbeza. Barangan logam digunakan dalam latihan adalah daripada jenis yang biasa seperti besi, tembaga. Ia samalah seperti halnya seorang bayi yang baru cuba mengenali persekitarannya. Pengalaman- pengalaman baru bayi itu akan dapat membantunya untuk menjalani kehidupannya dengan lebih baik pada masa hadapan. Rujukan secara subjektif akan memeprkembagkan lagi penggunakan otak kanan kita dan menjadikan kita lebih genius kerana menggunakan keupayaan minda kita dengan cara yang unik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Di dalam kehidupan seharian kita sentiasa dikelilingi oleh benda. Mereka tidak mempunyai sel dan kebijaksanaan. Untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan enda maka terlebih dahulu kita mesti mempunyai maklumat yang mencukupi tentang benda itu sendiri. Sebagai latihan dapatkan beberapa benda yang diperbuat daripada logam yang berbeza. Cuba perhatikannya daripada jarak sehasta kemudian bawakannya hampir ke mata anda. Cuba rasakan beratnya, baunya dan kemudian sentuhkannya ke dahi anda. Lakukan terhadap empat item. Kemudian turun ketahap asas anda dengan Kaedah 3 – 1.

Ketika berada di sana cuba ingatkan semula setiap satu item. Pilih satu item kemudian bayangkan anda memandangnya daripada jarak sehasta dan kemudian jarak yang lebih hampir lagi sehingga menyentuh dahi anda. Jalankan empat ujian bagi setiap benda satu persatu iaitu ujian cahaya, isipadu dan warna. Kemudian uji suhunya, Ketiga uji baunya dan akhir sekali uji bunyinya apabila diketuk. Lakukan empat ujian ini terhadap keempat-empat enis logam itu dan kemudian anda boleh keluar dengan Teknik 1 – 5.

Latihan ini penting untuk membekalkan maklumat asas kepada minda anda untuk membantu anda menyelesaikan masalah yang melibatkan logam- logam tersebut. Ia akan membantu anda mengesan kerosakan, menjimatkan masa dan kos untuk memperbaiki peralatan yang rosak. Tetapi ini tidak sampai mengambil alih tugas orang yang pakar di dalam bidang tersebut. Ia sekadar menyediakan akar sebagai ganti kepada rotan.

DUNIA BENDA BERNYAWA

Latihan lain untuk mengujudkan rujukan secara subjektif perlu diteruskan kepada benda yang bernyawa iaitu tumbuh – tumbuhan. Sebagai latihan dapatkan dua helai daun daripada jenis yang berbeza. Lakukan pemerhatian secara fizikal terlebih dahulu ebelum pergi membuat pemerhatian secara subjektif dengan Kaedah 3 – 1 . Lakukan empat ujian sama seperti di atas dan keluar dengan Teknik 1- 5. Ini dapat membantu kita menyelesaikan masalah yang timbul diantara kita dengan tumbuh- tumbuhan pada masa akan datang.

DUNIA HAIWAN

Pilih binatang yang biasa menjadi peliharaan kita dan perhatikan setiap bahagian binatang itu secarz fizikal. Setelah itu turun ke tahap alfa dengan Kaedah 3 – 1 dan bayangkan anda memegang binatang itu dan memerhatikannya daripada jarak sehasta an kemudian

bayangkan anda membawanya semakin hampir.

Perhatikan fizikal binatang tu satu persatu secara subjektif. Setelah itu dengan kiraan tiga cuba bayangkan anda masuk kedalam tengkorak binatang itu dan bayangkan anda memerhatikannya daripada segenap udut pandangan. Dalam kiraan tiga berikutnya masuk kedalam tisu otak pula. Cuba gunakan maklumat yang lalu seolah- olah anda melihat keadaan yang sebenar lengkap dengan bentuk, bau dan warnanya. Kemudian masuk kedalam rangka badan dan erhatikan segala tulang dengan kiraan tiga. Selepas itu dengan kiraan tiga perhatikan organ- organ dalam satu persatu.

Selepas selesai anda boleh keluar semula dengan Teknik 1- 5. Pengalaman- pengalaman ini akan membantu kita untuk menyelesaikan masalah yang berhubung dengan binatang pada masa hadapan.

KAEDAH KAWALAN MINDA

MAKMAL DAN KAUNSELOR

Kita memerlukan tempat yang khas untuk sesuatu benda sama ada sebagai tempat simpanan ataupun tempat melakukan sesuatu kerja yang khusus. Begitulah juga halnya dengan dunia roh atau subjektif, kita juga memerlukan tempat khas untuk melakukan kerja- kerja kita secara subjektif. Untuk mengadakan makmal secara subjektif turun ke tahap Alfa dengan Kaedah 3 – 1 .

Apabila sampai di sana kira mengundur dari 10 -1 untuk ke dimensi kreatif. Ketika berada di sana katakan kepada diri anda pada kiraan 3 anda akan membentuk sebuah bilik . Kira perlahan- lahan satu dua dan tiga. Apabila sebut sahaja tiga anda sudah membentuksebuah bilik yang mempunyai saiz warna dan bentuk yang anda ingini. Di

dalam makmal tersebut adakan apa sahaja benda yang anda fikirkan perlu dan letakkannya di mana- mana sahaja yang anda suka di dalam bilik itu. kecuali di dindiong sebelah selatan ( ia adalah untuk Layar Mental).

Dalam kiraan tiga perlahan- lahan bentuk sebuah kerusi malas, meja, jam, kalendar, kabinet dengan maklumat tentang mengatasi masalah lelaki dan wanita, bahan- bahan dan peralatan, ubat dan cecair kimia untuk menyelesaikan masalah ddengan lebih berkesan. Setelah selesi membentuk makmal dan peralatan yang berkaitan anda boleh keluar dengan kiran 1 – 10 kemudian keluar dengan Teknik 1 – 5.

Kita sering berhdapan dengan rakan dan teman yang bermasalah secara fizikal dan mosi. Dalam kebanyakan kes kita sering terpanggil untuk membantu mereka. Maka dengan sebab itu kita perlukan pembantu yang pakar. Kita boleh memilih dua orang dari jabtina yang berbeza untuk menjadi kaunselor kita apabila mengendalikan kes- kes subjektif kita. Bayangkan kedua- dua mereka muncul daripada dinding sebelah selatan yang bertindak sebagai Layar mental kita. Bayangkan ada lif di sana dan pintunya akan terbuka ke awah perlahan- lahan mendedahkan kaunselor kita. Punat untuk mengawal pinti lif itu ada di lengan kerusi malas kita.

Tentukan siapakah yang akan menjadi kaunselor kita dari kalangan yang orang yang kita kenali sebagai pakar di dalam bidang pengubatan rohani. Setelah itu masuk ke tahap Asas anda dengan Kaedah 3 -1 . Apabila berada di sana turun ke dimensi makmal anda dengan kiraan 10 – 1. Pada kiraaan perlahan sebanyak tiga anda akan membentu layar Mental di dinding sebelah selatan makmal anda. Pada kiraan perlahan tiga anda akan membentuk lif yang akan membawa kaunselor anda masuk ke dalam makmal. Bayangkan pintu lif tertutup dan anda mengawalnya dengan punat di engan kerusi malas anda. Bayangkan pintu itu terbuka dengan tenggelam ke lantai perlahan-lahan beberapa inci setiap saat. Gunakan daya imaginasi anda untuk menggambarkan keadaan ini seperti benar-

benar berlaku.

Pada kiraan perlahan tiga keseluruhan pintu akan tenggelam ke dalam lantai dan mendedahkan kauselor lelaki anda. Bayangkan kaunselor anda itu hidup dan bergerak masuk ke dalam makmal anda . Bayangkan anda mengenalkan diri dan cuba berkenalan dengan kaunselor anda. Tutup kembali pintu lif tadi dan ulang kembali proses yang sama untuk membawa masuk kaunselor wanita anda. Yakinkan diri anda bahaw kedua- dua mereka adalah pakar dan boleh membantu anda menyelesaikan sebarang masalah .

Mulai sekarang apabila anda masuk sahaja ke dalam makmal anda , kedua- dua kaunselor anda akan sedia menanti untuk membantu anda menyelesaikan apa jua masalah. Apabila anda menyelesaikan masalah lelaki, kaunselor lelaki akan berada di belakan tangan yang biasa anda gunakan dan akan membantu anda menggunakan tangan anda itu. Apabila anda cuba menyelesaikan masalah wanita, kaunselor wanita pula yang akan berada di belakan tangan yang biasa anda gunakan dan membantu anda untuk mengerakkannya.

Rutin yang perlu dilakukan untuk tiba ke tahap ini ialah dengan menutup mata menggunakan Kaedah 3 -1 dan bilangan menurun 10 – 1 untuk ke tahap makmal anda. Apabila berada di sana anda akan berjumpa dengnkaunselor- kaunselor anda dan eriucap selamat atau menyebutkan kalimat yang positif bersama- sama dan ini adalah masa yang sesuai untuk bertindak sebagai Psikik. Jika anda telah menyelesaikan sesuatu kes dan berjaya seratus peratus, jangan lupa untuk meningatinya kembali sebagai titik rujukan dan ini akan membantu anda mendapatkan ketepatan yang sama dan mengendalikan kes- kes berikutnya. Setelah menyelesaikan sesuaut kes jangan lupa mengucapkan terima kasih dan ucap selamat kepada mereka dan keluar dengan mengira 1 – 10 dan 1 – 3 . Pada keika itu petik jari anda perlahan- lahan dan katakan di dalam hati : “ Betul- betul sedar, berasa segar dan sihat sempurna .”

JASAD DAN PERASAAN MANUSIA

Mengujudkan titik rujukan adalah penting sama pentingnya dengan mengujudkan titik rujukan terhadap benda dan haiwan. Ini dapat membantu kita menyelesaikan masalah ang ujud di dalam badan dan perasaan manusia. Bagi mendapatkan keadaan ini anda perlu ke tahap asas denga Kaedah 3 – 1. Kemudian kira menurun 10 – 1 untuk ke tahap makmal anda. Ucapkan selamat atau ungkapan positif kepada kaunselor anda.

Selepas kiraan perlahan tiga anda akan membayangkan seseorang yang amat anda kenali dan bayangkannya di atas Layar Mental anda yang terletak di dinding sebelah selatan makmal anda. Dalam kiraan tiga- tiga bayangkan anda membawa orang itu semakin hampir kepada anda sehingga dapat anda menyentuh dan meneliti mukanya. selepas mengkaji mukanya secara mental masuk kedalam tengkorak dan otak, rangka, organ bahagian dalam badan, kulit ,untuk mengesan penyakit atau jangkitan otak secara mental belah tengkorak orang itu dan cuba perbaiki masalah yang timbul disana.

Apabila anda dapat mengesan sebarang masalah sedarlah bahawa anda dapat memperbaikinya. Walau bagaimana serius sekalipun penyakit orang itu anda tidak akan terkena jangkitannya. Untuk membesarkan saiz atau emndapatkan bantuan menyelesaikan masalah anda hanya perlu memetik jari disebalah kanan dan ia akan terjadi seperti yang anda ingini. Begitu juga halnya untuk mengecilkan saiz. Mengesan penyakit fizikal dan emosi secara subjektif sama seperti anda menonton proses pembedahan yang dilakukan oleh para doktor.

Jika anda bekerja berpasangan berikut adalah Arahan kepada Orientologis ( Pemandu )

1. Masuk ke makmal anda dengan Kaedah – kaedah 3 – 1 dan 10 – 1

2. Jika anda pernah menjalani latihan sebelum ini ulang kembali kes yang berjaya anda kendalikam dengan tepat sebelum mengendalikan kes yang baru.

3. Beritahu saya apabila anda sudah beredia ( Jika sudah bersedia boleh mulakan )

4. Sekarang saya akan membilang dari 10 ke 1 untuk membenarkan minda anda mendapatkan tahap yang spesifik untuk membolehkan anda mengendalikan kes ini dengan tepat untuk menyelesaikan masalah yang akan saya bentangkan kepada anda nanti. 10-9-8-7-6-5-4-3-2–1. Minda anda sekarangh telah berada di tahap yang tertentu dimana anda akan menyelesaikan dengan betul dan tepat masalah yang akan saya kemukakan kepada anda nanti.

5. Pada kiraan 3 , imej badan ( nama, umur, alamat dan jantina) akan berada di layar anda .

6. 1-2-3 (petik jari ). Imej badan (nama,umur,alamat dan jantina) sekarang berada di layar anda

7. Rasakan kehadirannya, (diam), bayangkannya (diam), ujudkannya (diam) ketahui bahawa dia disitu (diam) anggap sahaja dia berada disitu.

8. Lakukan imbasan dengan kebijaksanaan anda dari kepala ke kaki beberapa kali dengan cepat.

9. Sewaktu mengimbas itu izinkan kebijaksanaan anda secara tidak langsung memilih tiga kawsan yang mempunyai tarikan yang kuat ( diam)

10.Kekalkan kadar imbasan dari kepala ke kaki sekali sesaat dan beritahu saya kawasan tarikan apabila ia muncul

11.Ini adalah sesi latihan, sekarang biarkan pengalaman anda yang bekerja. Ketepatan ankan datang melalui latihan.

12.Anda akan merasakan seolah- olah anda mengadakan cerita, beritahu saya apa sahaja yang terlintas di dalam minda anda.

13. Sekarang pergi ke tiga kawasan yang mempunyai tarikan yang lebih dan pada kadar satu imbasan sesaaat pilih kawasan yang memberikan tarikan yang lebih kepada anda Apabila telah terpilih, teruskan )

14. Besarkan kawasan yang anda pilih itu dengan memetik jari kanan anda perlahan – lahan dan izinkan kemungkinan berlakunya kesakitan atau kerosakan di kawasan ini dikesan oleh minda anda. Ingat! Apabila dapat sahaja dikesan anda akan dapat memulihkannya.

15. Teruskan bercakap sewaku mememriksa, terangkan kepada saya apa sahaja yang ingin anda ucapkan, anda akan merasakan seolah-olah membuat- buat cerita, inilah perasaan yang sebenar, terangkan kepada saya sama ada anda memikirnya betul ataupun salah.

(Orientologis : Pastikan maklumat dituliskan padaawal sesi. Pada mulanya galakkan supaya pasangan anda bercerita semuanya. Jangan beritahu betul atau salah sehingga akhir sesi. kemudian nilaikan maklumat yang diberikan dan terngakkan maklumat yang telah diberikannya dengan betul sebelum keluar ke tahap asas untuk menjadikannya sebagai titik rujukan. Bagi maklumat yang salah katakan:” Saya tidak mempunyai maklumat tentang itu, mungkin ia betul!” Jika semuanya salah, mungkin pasngan anda mengkaji orang

yang lain. Suruh pasangan anda mengingati kembali kes lalu yang telah berjaya diselesaikannya dengan tepat.. Pastikan pasangan anda membetulkan kesilapan yang berlaku sebelume keluar dengan berkata :”Pastikan orang di dalam minda anda seorang yang sihat dan gembira dan sampaikan pemikiran itu kepadanya.” Katakan ini denga keras ketika hampir selesai.)

16. “Setiap kali anda memamsuki dimensi ni dengan keinginan yang ikhlas untuk membantu kemanusiaan, seperti yang anda lakukan sekarng, anda menolong diri anda sendiri; bakat anda akan terserlah dan anda akan bertambah tepat setiap kali. inilah yang berlaku”.

17. Terima kasih. Anda boleh keluar 1- 10, 1- 3 , dengan sihat sempurna.

18. Bincangkan dengan ringkas kes ini bersama- sama.

PERHATIAN

1. Kita tidak melakukan diagnosa. Hanya orang yang pakar dalam bidang perubatan sahaj yang layang m emelakukannya untuk tujuan mengubat. Kita melakukan penyiastan secara psikik untuk mengesan dan membetulkan masalah pada tahap psikik dari jarak jauh.

2. Kes tidak dilakukan ke atas orang yang hadir dalam majlis itu.

3. Kita tidak menjadikan diri kita sebagai kes sewaktu kita hadir di sana

4. Kita mengelakkan ikatan atau hubungan yang boleh menghalang keupayaan kita untuk berfungsi

5.. Kita tidak mengujudkan masalah tetapi menyelesaikannya.

6. Jangan bercakap tentang perkara yang negatif ketika seseorang itu berada pada tahap yang lebih dalam.

7. Lakukan terhadap manusia dahulu sebelum melakukannya trhdap benda dan binatang kerana manusia lebih penting. dalah disyorkan anda melakukannya terhadp ahli keluarga anda pada sebeah malam sebelum melelapkan mata.

TEKNIK IBUJARI DI DAHI

Teknik ini biasanya digunakan kepada kanak- kanak selepas menjalani latihan mental sekurang- kurangnya lima jam keseluruhan. Ia diprogramkan sebelum kanak- kanak itu keluar daripada tahap asas. Apa yang perlu dilakukan ialah apabila kanak- kanak itu mengalami kecederaan atau bantuan katakan kepadanya:” Bila anda perlukan bantuan saya untuk ke tahap minda yang lebih dalam dan menyihatkan, apa yang perlu saya lakukan ialah letakkan ibujari ke atas dahi anda seperti yang akan saya lakukan nanti. Sekarang saya akan meletakkan ibujari saya ke atas dahi anda. ( Letakkan ibujari anda ke atas dahinya dan ulangi arahan).

Bila sahaja anda mahukan saya membantu anda memasuki tahap minda yang lebih dalam dan menyihatkan, apa yang perlu saya lakukan ialah meletakkan ibujari saya ke atas dahi anda seperti yang saya lakukan sekarang ini.” Pada ketika itu anda akan memejam mata dan menarik nafas dalam – dalam dan sementara menghembuskannya perlahan-lahan anda akan memasuki tahap minda yang lebih dalam dan menyihatkan daripada tahap sekarang ini.” Selepas pemprograman ini kanak- kanak itu boleh keluar dengan Teknik 1- 5.

Pada masa hadapan sekiranya anak anda perlukan bantuan untuk memasuki tahap asasnya apa yang perlu anda lakukan ialah arahkannya supaya duduk dengan selesa dan letakkan ibujari anda di dahinya untuk mengunakan teknik ini. Apabila berada di tahap asas anda bolehlah memnggunakannya untuk program yang tertentu seperti menghilangkan kesakitan , menghentikan pendarahan , mengawal kemarahan dan lain- lain yang dirasakan perlu. Teknik ini telah diamalkan di seluruh dunia dengan keputusan yang memberangsangkan. Keluarga anda tidak terkecuali di dalam hal ini. Amalkanlah!.

Object 1

Leave a Reply