proses apresiasi seni

Upload: ayufathihah

Post on 10-Jan-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

:::

TRANSCRIPT

Proses Apresiasi Seni

Proses Apresiasi SeniMenurut Feldman dan SmithFeldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui 4 tahap :(a) Menggambarkan (description)(b) Menganalisa (analysis)(c) Tafsiran (interpretation)(d) Penilaian (evaluation)

MENGGAMBARKAN Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.MENGANALISA Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan struktur. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.

TAFSIRAN Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan.PENILAIAN Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (significance) dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.