prosedur skim pengesahan benih padi - portal … pengesahan benih padi -2-pendaftaran sebagai...

39
JABATAN PERTANIAN MALAYSIA PROSEDUR SKIM PENGESAHAN BENIH PADI JABATAN PERTANIAN MALAYSIA 9 OGOS 2011

Upload: phamcong

Post on 02-Mar-2019

261 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

JABATAN PERTANIAN MALAYSIA

PROSEDUR

SKIM PENGESAHAN BENIH PADI

JABATAN PERTANIAN MALAYSIA

9 OGOS 2011

Page 2: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -ii-

PRAKATA

Manual ini dikeluarkan sebagai panduan kepada pengeluar bagi

mengeluarkan benih padi sah berdasarkan prosedur-prosedur yang

ditetapkan di bawah Skim Pengesahan Benih Padi (SPBP) Jabatan

Pertanian. Edisi ketiga ini merupakan penambahbaikan yang

dibuat kepada edisi kedua bagi meningkatkan proses penjejakan di

sepanjang rantaian pengeluaran benih padi sah.

Semua maklumat dan bahan-bahan daripada penerbitan ini boleh

dirujuk dan digunakan dalam apa bentuk jua dengan syarat sumber

rujukan dinyatakan dengan jelas.

Edisi Pertama 15 November 2007

Edisi Kedua 23 Mac 2009

Edisi Ketiga 9 Ogos 2011

Dikeluarkan oleh :

Jabatan Pertanian Malaysia

Aras 7-17, No. 30, Persiaran Perdana

Presint 4

62624 Putrajaya

Page 3: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -iii-

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai manual ini sila hubungi talian atau faks

kepada:

Ibu Pejabat PTIF, Putrajaya − 03 – 8870 3205/06/78 (Tel)

− 03 – 8888 9295 (Faks)

Unit PTIF, Telok Chengai, Kedah − 04 – 7711 140 (Tel)

− 04 – 7713 807 (Faks)

Unit PTIF, Bumbung Lima, P. Pinang − 04 – 5751 124 (Tel)

− 04 – 5758 224 (Faks)

Unit PTIF, Titi Gantong, Perak − 05 – 3761 243 (Tel)

− 05 – 3764 066 (Faks)

Unit PTIF, Sg. Burong, Selangor − 03 – 3241 3430 (Tel)

− 03 – 3241 1972 (Faks)

Unit PTIF, Ajil, Terengganu − 09 – 6803 557 (Tel)

− 09 – 6801 303 (Faks)

Unit PTIF, Lundang, Kelantan − 09 – 7442 668 (Tel)

− 09 – 7472 786 (Faks)

Page 4: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -iv-

KANDUNGAN

PENGENALAN 1

PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR 2

Prosedur Membuat Permohonan 2

Pelaksanaan Audit Pra-kelayakan dan Kelulusan 3

PERMOHONAN UNTUK PENGESAHAN LADANG BENIH 3

Pendaftaran Ladang Benih 3

Penanaman 4

PEMERIKSAAN LADANG BENIH 5

Peraturan Am 5

Pemeriksaan Pra-tanam 5

Pemeriksaan Peringkat Tampang 6

Pemeriksaan Peringkat Berbunga 7

Pemeriksaan Pra-tuai 7

PEMERIKSAAN LOJI PEMPROSESAN BENIH LOJI 8

Peraturan Am 8

PENUAIAN DAN PEMPROSESAN BENIH PADI MENTAH 9

Penuaian Benih Padi Mentah 9

Rekod Hasil Tuaian Benih Padi Mentah 9

Pengumpulan dan Penghantaran Benih Padi Mentah 10

Pemprosesan Benih Mentah 10

REKOD SERAHAN LOT BENIH PROSES 10

PENGAMBILAN SAMPEL BENIH 11

Peraturan Am 11

Aturan Pengambilan Sampel 11

UJIAN KUALITI BENIH PADI 11

Peraturan Am 11

Ujian Ketulenan Fizikal 12

Ujian Kelembapan 12

Ujian Percambahan 13

Ujian Carian Biji Lain 13

Page 5: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -v-

PEMPROSESAN SEMULA BENIH PADI 13

Peraturan Am 13

Pembungkusan dan Penggunaan Label 14

Pengambilan Sampel dan Ujian Biji Benih 14

PEMERIKSAAN STOR DAN STOK 14

Peraturan Am 14

Pelupusan Stok 15

PERAKUAN PENGESAHAN KUALITI BENIH 15

PERLABELAN 15

PEMASARAN BENIH PADI SAH 16

PELAKSANAAN PETAK KAWALAN 16

CARTA ALIR 17

SENARAI BORANG 17

RUJUKAN 18

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran 1 : Panduan Percetakan Label Benih Padi 19

Lampiran 2 : Carta Alir Skim Pengesahan Benih Padi 21

Lampiran 3 : Borang-borang Skim Pengesahan Benih Padi 34

Page 6: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -1-

PENGENALAN

Pihak kerajaan telah menetapkan semua pesawah menggunakan benih padi sah

untuk tujuan penanaman menjelang tahun 2009. Bagi memenuhi dasar tersebut,

Jabatan Pertanian telah dilantik sebagai sebagai Agensi Pengesahan, manakala

aktiviti pengeluaran dan pembekalan benih padi sah pula akan diterajui oleh

pihak swasta dan dilaksanakan di bawah Skim Pengesahan Benih Padi (SPBP).

SPBP merupakan satu sistem perakuan kualiti bagi mengeluar dan membekal

benih padi untuk tujuan penanaman mengikut syarat dan piawaian yang

ditetapkan. Aspek penting yang ditetapkan di bawah skim ini melibatkan

pematuhan kepada ketetapan sumber serta generasi benih yang digunakan dan

piawaian yang ditetapkan melalui pemeriksaan ladang dan pengauditan premis,

rekod dan pengujian.

Pemeriksaan dan pengauditan akan dibuat oleh Pegawai Inspektorat Unit PTIF

dari Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian akan mengeluarkan perakuan kualiti

benih padi yang dikeluarkan berdasarkan kepada spesifikasi yang terkandung

dalam dokumen Standard Jabatan Pertanian Malaysia (SJPM) : Spesifikasi

Pengeluaran Benih Padi (Oryza sativa). SJPM boleh diperolehi dari pejabat

Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur, Jabatan Pertanian, Putrajaya

dan negeri atau boleh dimuat turun dari Laman Web Jabatan Pertanian

http://www.doa.gov.my.

Di bawah skim ini, hanya pengeluar yang dilantik oleh Kementerian Pertanian dan

Industri Asas Tani layak memohon untuk mendapatkan perkidmatan skim ini. Skim

ini hanya terhad kepada pengeluaran benih daftar dan sah sahaja. Varieti-

varieti yang dikeluarkan adalah daripada varieti yang ditetapkan oleh kerajaan.

Prosedur ini dikeluarkan sebagai panduan kepada pengeluar bagi mengeluarkan

benih padi sah berdasarkan prosedur-prosedur yang ditetapkan di bawah Skim

Pengesahan Benih Padi (SPBP) Jabatan Pertanian.

Page 7: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -2-

PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR

Prosedur Membuat Permohonan

Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan mengisi borang

Permohonan Sebagai Pengeluar Skim Pengesahan Benih Padi (Borang SAP 1).

Borang SAP 1 boleh dimuat turun daripada Laman Web Jabatan Pertanian

http://www.doa.gov.my atau diperolehi di tempat-tempat seperti berikut :

1. Jabatan Pertanian Malaysia,

Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,

Aras 12, No. 30, Persiaran Perdana

Presint 4,

62624 Putrajaya

2. Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,

Kompleks Pertanian Telok Chengai,

06600 Kuala Kedah,

Kedah Darul Aman

3. Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,

Kompleks Pertanian Bumbong Lima,

13200 Kepala Batas,

Pulau Pinang

4. Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,

Kompleks Pertanian Titi Gantong,

32600 Bota,

Perak Darul Ridzuan

5. Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,

Pusat Pertanian Sungai Burong,

45500 Tanjong Karang,

Selangor Darul Ehsan

6. Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,

Kompleks Pertanian Negeri,

21800 Ajil,

Terengganu Darul Iman

7. Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,

Kompleks Pertanian Lundang,

Peti Surat 137,

15710 Kota Bahru,

Kelantan Darul Naim.

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan

dan hendaklah dikemukakan bersama-sama Borang SAP 1. Pengeluar perlu

mengisi semula Borang SAP 1 bagi setiap loji pemprosesan benih baru yang akan

beroperasi dan bagi sebarang penambahbaikan dan naik taraf pada loji

pemprosesan benih padi sediada. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah

dihantar kepada :

Ketua Pengarah,

Jabatan Pertanian Malaysia,

Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,

Aras 12, No. 30, Persiaran Perdana,

Presint 4, 62624 Putrajaya

(U.P : Pengarah Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur)

Permohonan yang tidak lengkap atau mengandungi maklumat yang salah tidak

akan dipertimbangkan.

Page 8: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -3-

Pelaksanaan Audit Pra-kelayakan Pemohon dan Kelulusan

Borang permohonan akan disemak bagi menentukan ia telah diisi dengan

lengkap dan betul. Bagi permohonan yang diperakui lengkap, jika perlu,

pemeriksaan dan pengauditan ke atas organisasi, loji pemprosesan benih, stor

serta peralatan berkaitan akan dijalankan oleh Pegawai Inspektorat dari Ibu

Pejabat Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur (PTIF) atau Unit PTIF Negeri

berkaitan bagi menentusahkan keupayaan pengeluar dan kesesuaian premis

untuk mengeluarkan benih padi.

Kelulusan akan dibuat berdasarkan ulasan pemeriksaan dan perakuan oleh

Pegawai Inspektorat Ibu Pejabat PTIF atau Unit PTIF Negeri berkaitan. Status

permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon selewat-lewatnya dua (2)

minggu selepas Borang SAP 1 yang lengkap diterima.

PERMOHONAN UNTUK PENGESAHAN LADANG BENIH

Pendaftaran Ladang Benih

Hanya pengeluar yang dilantik oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

sahaja layak memohon perkhidmatan Skim Pengesahan Benih Padi.

Permohonan untuk pengesahan ladang benih perlu menggunakan borang

Permohonan Pendaftaran Ladang Benih Skim Pengesahan Benih Padi (Borang

SAP 2). Semua permohonan hendaklah dilengkapi dengan peta lokasi bagi

memudahkan pengenalpastian lot dan kerja-kerja pemeriksaan. Pengeluar juga

dikehendaki menyertakan salinan maklumat Borang SAP 8 dan Borang SAP 9

yang berkaitan serta salinan buku stok benih sebagai dokumen sokongan

kepada permohonan tersebut.

Borang SAP 2 hendaklah dihantar 30 hari sebelum tarikh penanaman. Sebarang

pindaan terhadap permohonan asal dianggap sebagai permohonan baru dan

hendaklah dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Permohonan atau

pindaan yang lewat daripada tempoh masa yang ditetapkan tidak akan

dipertimbangkan.

Page 9: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -4-

Borang SAP 2 yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada Bahagian Padi,

Tanaman Industri dan Florikultur negeri masing-masing di alamat seperti berikut :

1. Pegawai Pertanian K/U PTIF

Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,

Kompleks Pertanian Telok Chengai,

06600 Kuala Kedah,

Kedah Darul Aman

(U.P : Ketua Unit PTIF Negeri)

2. Pegawai Pertanian K/U PTIF

Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,

Kompleks Pertanian Bumbong Lima,

13200 Kepala Batas,

Pulau Pinang

(U.P : Ketua Unit PTIF Negeri)

3. Pegawai Pertanian K/U PTIF

Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,

Kompleks Pertanian Titi Gantong,

32600 Bota,

Perak Darul Ridzuan

(U.P : Ketua Unit PTIF Negeri)

4. Pegawai Pertanian K/U PTIF

Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,

Pusat Pertanian Sungai Burong,

45500 Tanjong Karang,

Selangor Darul Ehsan

(U.P : Ketua Pusat PTIF)

5. Pegawai Pertanian K/U PTIF

Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,

Kompleks Pertanian Negeri,

21800 Ajil,

Terengganu Darul Iman

(U.P : Ketua Pusat PTIF)

6. Pegawai Pertanian K/U PTIF

Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,

Kompleks Pertanian Lundang,

Peti Surat 137,

15710 Kota Bahru,

Kelantan Darul Naim

(U.P : Ketua Unit PTIF Negeri)

Penanaman

Pengeluar hendaklah mewujudkan skim ladang benih dengan keluasan minimum

empat (4) ha bagi setiap varieti di sesuatu kawasan. Bagi setiap lot ladang benih,

pengeluar hendaklah menyediakan papan tanda selewat-lewatnya 30 hari lepas

tanam. Ladang benih bagi maksud untuk mendapatkan pengesahan perlu

ditanam dengan varieti yang dipohon. Lot ladang perlu ditanam dengan varieti

sama sekurang-kurangnya satu musim kecuali jika mengamalkan kaedah

mencedung atau mengubah menggunakan jentera menanam. Bagi

pengeluaran benih daftar, hanya penanaman menggunakan kaedah

mencedung atau mengubah menggunakan jentera menanam sahaja

dibenarkan. Setiap skim ladang benih perlu mendapatkan bekalan kategori

benih padi daripada sumber yang sah. Pengeluar perlu menyimpan semua

rekod transaksi atau bukti kesahihan kategori sumber benih yang digunakan bagi

tujuan pengesahan termasuk benih-benih yang digunakan dalam penyulaman.

Kegagalan mengemukakan bukti boleh mengakibatkan permohonan tersebut

dibatalkan. Bagi penanaman menggunakan kaedah mencedung atau

mengubah menggunakan jentera menanam, pengeluar perlu menyatakan lokasi

tapak semaian yang menyedia dan membekal semaian bagi setiap lot ladang

benih terlibat. Penanaman perlu dijadual bagi memastikan tidak berlaku

Page 10: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -5-

pertembungan masa menuai apabila melibatkan lebih dari satu varieti bagi

mengelakkan percampuran semasa di ladang atau mana-mana premis

berkaitan. Penanaman boleh dimulakan setelah mendapat kelulusan Ketua

Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan.

PEMERIKSAAN LADANG BENIH

Peraturan Am

Pemeriksaan ladang akan dijalankan oleh Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri.

Ia bertujuan untuk memastikan ladang benih dan tanaman memenuhi piawaian

minimum ladang seperti yang ditetapkan dalam SJPM.

Pemeriksaan akan dijalankan sekurang-kurangnya empat (4) kali sepanjang

peringkat tumbesaran pokok padi iaitu pada peringkat pra-tanam, tampang,

berbunga dan pra-tuai. Pemeriksaan ulangan boleh dipertimbangkan bagi

peringkat pra-tuai sahaja. Bagi pemeriksaan peringkat tampang, berbunga dan

pra-tuai pengeluar hendaklah memohon untuk pemeriksaan ladang benih

daripada Ketua Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan dengan

menyertakan cadangan jadual pemeriksaan selewat-lewatnya dua (2) minggu

selepas penanaman. Pengeluar atau wakil pengurusan mestilah hadir sama

semasa pemeriksaan ladang dijalankan. Kegagalan untuk membuat

permohonan dan hadir semasa pemeriksaan boleh mengakibatkan lot sawah

terlibat dibatalkan.

Pemeriksaan Pra-tanam

Pemeriksaan pra-tanam dilakukan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum

tanam. Ia bertujuan untuk menentukan sejarah lokasi ladang benih termasuk

varieti yang ditanam pada musim sebelumnya dan mengesahkan kesesuaian

petak sawah serta lokasi ladang yang dipohon. Bagi tujuan pemeriksaan

kesahihan kategori dan sumber benih yang digunakan bukti rekod pengedaran

dan penerimaan oleh pengeluar kepada petani, pukal atau pengusaha tapak

semaian adalah diperlukan. Bagi kaedah mencedung atau mengubah

menggunakan jentera menanam, pemeriksaan juga melibatkan perakuan tapak

semaian yang akan membekalkan anak semaian. Penyediaan semaian adalah

Page 11: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -6-

tertakluk kepada garis panduan pengendalian tapak semaian yang ditetapkan

bagi tujuan pengeluaran benih padi.

Keputusan pemeriksaan ladang yang telah diperakui oleh Ketua Pegawai

Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan akan dimaklumkan kepada pemohon

dengan menggunakan borang Laporan Pemeriksaan Ladang (Borang SAP 3a)

selewat-lewatnya tujuh (7) hari selepas pemeriksaan ladang selesai dijalankan.

Pemeriksaan Peringkat Tampang

Pemeriksaan peringkat tampang bertujuan untuk membuat pengesahan dan

perakuan ke atas perkara berikut :

i) Keluasan sebenar ladang benih

ii) Varieti yang ditanam memenuhi ciri-ciri benih seperti dipohon

iii) Memeriksa jarak pengasingan jika melibatkan varieti yang berlainan di

lokasi skim yang sama

iv) Memastikan tidak terdapat pokok takai dan penakaian dilakukan bagi

menghindari pencemaran dari semua jenis pokok takai, rumpai atau

perosak yang ditetapkan

v) Mengesyorkan lorong kerja disediakan bagi ladang benih yang

mengamalkan kaedah tabur terus.

Keputusan pemeriksaan ladang yang telah diperakui oleh Ketua Pegawai

Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan akan dimaklumkan kepada pemohon

dengan menggunakan borang Laporan Pemeriksaan Ladang (Borang SAP 3b)

selewat-lewatnya tujuh (7) hari selepas pemeriksaan ladang selesai dijalankan.

Pengeluar dikehendaki membuat penakaian seperti yang disyorkan bagi

memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dalam SJPM. Kegagalan pengeluar untuk

mematuhi spesifikasi atau syor yang dikemukakan boleh mengakibatkan lot

sawah berkenaan digugurkan dari senarai skim ladang benih.

Page 12: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -7-

Pemeriksaan Peringkat Berbunga

Pemeriksaan peringkat berbunga bertujuan untuk membuat pengesahan dan

perakuan ke atas perkara berikut :

i) Varieti yang ditanam memenuhi ciri-ciri benih seperti dipohon

ii) Memastikan tidak terdapat pokok takai dan penakaian dilakukan bagi

menghindari pencemaran dari semua jenis pokok takai, rumpai atau

perosak yang ditetapkan.

Keputusan pemeriksaan ladang yang telah diperakui oleh Ketua Pegawai

Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan akan dimaklumkan kepada pemohon

dengan menggunakan borang Laporan Pemeriksaan Ladang (Borang SAP 3b)

selewat-lewatnya tujuh (7) hari selepas pemeriksaan ladang selesai dijalankan.

Pengeluar dikehendaki membuat penakaian seperti yang disyorkan bagi

memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dalam SJPM. Kegagalan pengeluar untuk

mematuhi spesifikasi atau syor yang dikemukakan boleh mengakibatkan lot

sawah berkenaan digugurkan dari senarai skim ladang benih.

Pemeriksaan Peringkat Pra-tuai

Pemeriksaan peringkat pra-tuai bertujuan untuk membuat pengesahan dan

perakuan ke atas perkara berikut :

i) Mengesahkan ladang telah ditakai dengan sempurna menepati

piawaian yang ditetapkan

ii) Menentukan keluasan yang diterima dan membuat anggaran hasil

iii) Menentukan samada pemeriksaan ulangan diperlukan

iv) Menyemak jadual penuaian, pemeriksaan logistik dan penghantaran ke

loji pemprosesan benih.

Keputusan pemeriksaan ladang yang telah diperakui oleh Ketua Pegawai

Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan akan dimaklumkan kepada pemohon

dengan menggunakan borang Laporan Pemeriksaan Ladang (Borang SAP 3b)

selewat-lewatnya tujuh (7) hari selepas pemeriksaan ladang selesai dijalankan.

Page 13: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -8-

Pengeluar dikehendaki membuat penakaian seperti yang disyorkan bagi

memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dalam SJPM. Kegagalan pengeluar untuk

mematuhi spesifikasi atau syor yang dikemukakan boleh mengakibatkan lot

sawah berkenaan digugurkan dari senarai skim ladang benih.

PEMERIKSAAN LOJI PEMPROSESAN BENIH PADI

Peraturan Am

Pemeriksaan loji pemprosesan benih dijalankan bagi memastikan loji

pemprosesan benih padi mempunyai peralatan yang bersesuaian dan semua

peralatan berada dalam keadaan bersih dan terurus. Ia bertujuan bagi

menghindari sebarang pencemaran atau percampuran varieti semasa

penerimaan benih padi mentah dan aktiviti pemprosesan benih padi dijalankan.

Sebagai salah satu pra-syarat utama, setiap pengeluar diwajibkan mempunyai

alat pemprosesan air-screen cleaner. Pengeluar digalakkan memasang

peralatan pemprosesan tambahan seperti alat penggredan bagi memastikan

hasil benih proses memenuhi piawaian yang ditetapkan. Bagi mengelakkan risiko

pencemaran atau percampuran, peralatan seperti intake pit, pre cleaner, dryer,

silo, fine cleaner, gravity separator, indented cylinder, elevator, conveyor, hopper

bin, alat pembungkus dan skrin akan diperiksa.

Pengeluar perlu memastikan semua peralatan adalah bersih dan bebas

daripada sebarang pencemaran. Pengeluar perlu membersihkan semua

peralatan sebelum pemprosesan bermula. Pengeluar juga dikehendaki

memastikan semua operasi loji pemprosesan benih tidak tercemar atau

bercampur dengan varieti lain atau padi mentah bukan untuk maksud

pengeluaran benih. Pengeluar juga dikehendaki menyediakan rekod

penyelenggaraan loji (buku log) secara berjadual (Merujuk kepada manual

peralatan berkaitan).

Pemeriksaan akan dibuat sebelum aktiviti pemprosesan dimulakan dan apabila

berlaku pertukaran varieti pada setiap production line. Pengeluar hendaklah

memohon untuk pemeriksaan loji pemprosesan benih padi daripada Ketua

Page 14: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -9-

Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan. Pengeluar atau wakil pengurusan

mestilah hadir bersama semasa pemeriksaan dijalankan. Kegagalan untuk

membuat permohonan dan hadir semasa pemeriksaan boleh mengakibatkan lot

benih terlibat dibatalkan. Pemeriksaan juga akan dijalankan pada bila-bila masa

jika diperlukan.

Keputusan pemeriksaan loji pemprosesan benih akan dimaklumkan kepada

pemohon dengan menggunakan borang Laporan Pemeriksaan Loji Pemprosesan

Benih Padi (Borang SAP 4). Pengesahan terhadap keputusan pemeriksaan loji

pemprosesan benih padi akan dibuat oleh Ketua Pegawai Inspektorat PTIF Negeri

berkaitan.

Sebarang tindakan dan keraguan yang boleh menyebabkan berlakunya

pencemaran atau pencampuran akan mengakibat konsignan benih mentah

atau benih proses berkaitan ditolak.

PENUAIAN DAN PEMPROSESAN BENIH PADI MENTAH

Penuaian Benih Padi Mentah

Pengeluar perlu memastikan semua jentuai bebas daripada sebarang

pencemaran seperti benih rumpai, padi angin, varieti lain dan padi mentah

bukan tujuan benih. Hanya lot ladang benih yang lulus pemeriksaan ladang dan

telah mencapai tahap masak 95% sahaja dibenarkan dituai. Pengeluar juga

dikehendaki merekodkan jumlah tuaian dari setiap lot ladang benih dalam

borang Rekod Hasil Tuaian Benih Padi Mentah (Borang SAP 5) yang diperakui oleh

Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan.

Rekod Hasil Tuaian Benih Padi Mentah

Pengeluar perlu menghantar rekod hasil tuaian benih padi mentah bersama

dokumen sokongan Borang SAP 5, Borang SAP 6 dan resit timbangan kepada Unit

PTIF Negeri berkaitan setiap dua (2) minggu.

Page 15: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -10-

Pengumpulan dan Penghantaran Benih Padi Mentah

Benih mentah yang dituai dari ladang benih yang telah lulus pemeriksaan ladang

hendaklah dihantar dan diproses di loji pemprosesan benih padi yang telah

berdaftar dan diperakui oleh Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan.

Pemindahan konsainan benih padi mentah daripada satu tempat ke tempat

yang lain hendaklah menggunakan borang Pemindahan Benih Padi Mentah

(Borang SAP 6a) yang diperakukan oleh Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri

berkaitan.

Pemprosesan Benih Mentah

Pengeluar bertanggungjawab sepenuhnya untuk memproses benih padi mentah

yang diterima dan diperakui oleh Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan

di loji pemprosesan benih padi yang telah ditetapkan. Pengeluar dikehendaki

menyediakan rekod benih mentah dan rekod pengeringan yang akan diperiksa

dari semasa ke semasa.

Jika melibatkan pemindahan benih padi kering, pengeluar hendaklah membuat

permohonan pemindahan konsainan benih padi kering melalui borang

Pemindahan Benih Padi Kering (Borang SAP6b) dan diperakui oleh Pegawai

Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan.

REKOD SERAHAN LOT BENIH PROSES

Benih padi yang telah siap diproses hendaklah dibungkus dengan bahan

pembungkus yang sesuai dengan berat 20 kg bagi setiap bungkusan dan dijahit

dengan label. Pengeluar dikehendaki memastikan benih proses disusun pada

had maksimum sebanyak 20 tan bagi setiap lot benih. Lot benih hendaklah

disusun dalam stor penyimpanan dengan jarak satu (1) meter antara lot dan

ketinggian lot tidak melebihi dua (2) tingkat. Pengeluar bertanggungjawab

menyediakan rekod benih proses yang telah dikeluarkan. Rekod benih proses ini

akan disemak dari semasa ke semasa oleh Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri

berkaitan.

Page 16: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -11-

PENGAMBILAN SAMPEL BENIH

Peraturan Am

Persampelan bertujuan untuk mendapatkan saiz sampel serahan yang

mencukupi yang diambil secara rawak bagi mewakili setiap lot benih proses.

Setiap lot benih proses perlu disampel untuk diuji dan dibandingkan dengan

piawaian yang ditetapkan bagi mendapatkan perakuan dan pengesahan kualiti.

Pengeluar dikehendaki memberi maklum kepada Ketua Pegawai Inspektorat Unit

PTIF Negeri berkaitan bagi maksud persampelan dan pengujian.

Aturan Pengambilan Sampel

Persampelan akan dibuat oleh Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan

mengikut waktu yang akan ditetapkan. Pengambilan sampel dibuat

berpandukan kepada MS 320 : 1989 (Methods of Sampling and Test for Seeds)

yang boleh diperolehi daripada Jabatan Standard Malaysia. Pengeluar atau

wakil pengurusan mestilah bersama semasa pengambilan sampel dijalankan.

Sampel-sampel yang diambil akan dicatatkan di dalam borang Pengambilan

Sampel Untuk Ujian Benih Padi (Borang SAP 7). Setiap sampel perlu mempunyai

label yang menerangkan kategori benih, nombor lot, nombor siri label, varieti dan

kuantiti. Pengesahan terhadap Borang SAP 7 akan dibuat oleh Ketua Pegawai

Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan setelah sampel didaftar di Makmal Ujian Biji

Benih (MUBB) berkaitan.

UJIAN KUALITI BENIH PADI

Peraturan Am

Ujian kualiti benih padi bertujuan untuk menentukan sama ada benih padi yang

telah diproses mememenuhi piawaian minimum biji benih seperti yang ditetapkan

dalam SJPM dan seterusnya bagi memberikan perakuan dan pengesahan kualiti.

Semua sampel akan diuji mengikut prosedur ujian yang ditetapkan dalam Garis

Panduan Ujian Biji benih yang dikeluarkan oleh International Seed Testing

Association (ISTA). Jenis ujian yang ditetapkan di bawah skim ini ialah ujian

kelembapan, ketulenan fizikal, percambahan dan carian biji lain.

Page 17: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -12-

Semua keputusan ujian akan dimaklumkan melalui borang Laporan Makmal Ujian

Biji Benih (Borang SAP 8). Ujian ulangan boleh dipertimbangkan sekiranya

diperlukan. Pengesahan terhadap keputusan ujian biji benih akan dibuat oleh

Ketua Pengawai Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan.

Ujian ulangan juga dibuat bagi lot benih yang disimpan melebihi tiga (3) bulan

selepas keputusan pertama dikeluarkan. Jika masih terdapat lot benih yang

tersimpan melebihi tempoh tersebut, ujian ulangan akan dibuat setiap bulan.

Pada bila-bila masa jika lot benih yang diuji tidak memenuhi piawaian yang

ditetapkan, pengeluar dikehendaki melupuskan daripada stok dan dikeluarkan

dari stor benih padi sah. Pengeluar bertanggungjawab bagi memastikan lot

benih disimpan dengan baik dan sempurna bagi memastikan kualiti benih tidak

terjejas.

Ujian Ketulenan Fizikal

Ujian ketulenan dijalankan di MUBB berkaitan berdasarkan pemerhatian visual

dan diasing mengikut komponen biji tulen, bahan lengai, biji benih lain dan biji

rumpai (biji padi angin diklasifikasikan sebagai biji rumpai). Perakuan dibuat

mengikut piawaian minimum seperti yang ditetapkan dalam SJPM.

Bagi lot-lot benih yang tidak menepati tahap piawaian minimum biji benih,

pemprosesan semula akan disyorkan. Sekiranya pengeluar melaksanakan

pemprosesan semula, ujian ulangan akan dibuat mengikut prosedur yang

ditetapkan. Jika pemprosesan semula tidak dilakukan, lot benih berkenaan perlu

dilupuskan sebagai bukan benih sebelum verifikasi stok dilaksanakan.

Ujian Kelembapan

Ujian kelembapan dijalankan di MUBB berkaitan bagi mengukur kandungan

kelembapan dalam biji benih. Ia bertujuan untuk menentukan benih mempunyai

kandungan yang selamat untuk tujuan penyimpanan. Perakuan dibuat mengikut

piawaian minimum seperti yang ditetapkan dalam SJPM.

Bagi lot-lot benih yang tidak menepati piawaian biji benih, pengeringan semula

disyorkan. Sekiranya pengeluar melaksanakan pengeringan semula, ujian

Page 18: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -13-

ulangan akan dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan. Jika pengeringan

semula tidak dilakukan, lot benih berkenaan perlu dilupuskan sebagai bukan

benih sebelum verifikasi stok dilaksanakan.

Ujian Percambahan

Ujian percambahan dijalankan di MUBB berkaitan bagi mengukur kebolehhidup

biji benih. Setiap sampel diuji dalam keadaan yang optimum bagi tanaman padi

untuk tempoh masa yang ditetapkan. Keputusan ini memberikan ukuran potensi

pertumbuhan benih di ladang dalam keadaan yang optimum. Perakuan dibuat

mengikut piawaian minimum seperti yang ditetapkan dalam SJPM.

Bagi lot-lot benih yang tidak menepati piawaian, lot benih berkenaan perlu

dilupuskan sebagai bukan benih sebelum verifikasi stok dilaksanakan.

Ujian Carian Biji Lain

Ujian carian biji lain dijalankan di MUBB berkaitan berdasarkan pemerhatian visual

bagi menentukan bilangan biji lain yang ditemui dalam sampel terlibat. Biji lain

melibatkan mana-mana biji benih tanaman selain daripada biji tulen, biji benih

rumpai dan biji benih padi angin yang ditemui dalam sampel dan perlu

dikenalpasti sekurang-kurangnya peringkat genus. Perakuan dibuat mengikut

piawaian minimum seperti yang ditetapkan dalam SJPM.

Bagi lot-lot benih yang tidak menepati tahap piawaian minimum biji benih,

pemprosesan semula akan disyorkan. Sekiranya pengeluar melaksanakan

pemprosesan semula, ujian ulangan akan dibuat mengikut prosedur yang

ditetapkan. Jika pemprosesan semula tidak dilakukan, lot benih berkenaan perlu

dilupuskan sebagai bukan benih sebelum verifikasi stok dilaksanakan.

PEMPROSESAN SEMULA BENIH PADI

Peraturan Am

Pemprosesan semula hanya dibenarkan kepada lot benih yang tidak menepati

piawaian minimum biji benih bagi ujian ketulenan, ujian kelembapan dan ujian

Page 19: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -14-

carian biji lain. Pemprosesan semula benih padi ini hanya dibenarkan sekali

sahaja.

Jika melibatkan pemprosesan semula, pengeluar dikehendaki membuat

permohonan terlebih dahulu kepada Unit PTIF Negeri berkaitan. Pemprosesan

semula hanya boleh dilaksanakan selepas mendapat kelulusan daripada Unit PTIF

Negeri berkaitan.

Pengeluar atau wakil pengurusan mestilah hadir bersama semasa pemeriksaan

dijalankan. Kegagalan untuk membuat permohonan dan hadir semasa

pemeriksaan boleh mengakibatkan lot benih terlibat dibatalkan. Pemeriksaan

juga akan dijalankan pada bila-bila masa jika diperlukan.

Pembungkusan dan Penggunaan Label

Lot benih yang menjalani pemprosesan semula hendaklah dibungkus dan dijahit

dengan label baru. Label tersebut hendaklah menggunakan nombor siri baru

dan nombor lot lama yang ditanda ‘U’ (Ulangan).

Pengambilan Sampel dan Ujian Biji Benih

Persampelan akan dibuat semula bagi lot-lot benih yang telah menjalankan

pemprosesan semula mengikut aturan pengambilan sampel. Manakala semua

jenis ujian biji benih akan dibuat semula bagi memastikan lot benih tersebut

memenuhi piawaian yang ditetapkan.

PEMERIKSAAN STOR DAN STOK

Peraturan Am

Pemeriksaan stor dan stok bertujuan untuk memastikan benih padi disimpan

dalam keadaan baik dan teratur serta mudah dikesan. Hanya benih yang

diperakui memenuhi piawaian sahaja ditempatkan di dalam stor benih yang

dikhaskan. Lot benih yang gagal hendaklah ditanda atau disembur dengan cat

merah. Pemeriksaan stor dan stok akan dijalankan pada masa yang ditetapkan

atau pada bila-bila masa yang sesuai oleh Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri

berkaitan. Semasa pemeriksaan stor dan stok, semakan penggunaan label, beg

Page 20: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -15-

dan jumlah stok benih akan dilaksanakan. Pengeluar hendaklah memohon untuk

pemeriksaan loji stor dan stok daripada Ketua Pegawai Inspektorat Unit PTIF

Negeri berkaitan. Pengeluar atau wakil pengurusan mestilah hadir bersama

semasa pemeriksaan stor dan stok dijalankan. Kegagalan untuk membuat

permohonan dan hadir semasa pemeriksaan boleh mengakibatkan lot benih

terlibat dibatalkan.

Keputusan pemeriksaan akan dimaklumkan kepada pengeluar dengan

menggunakan borang Laporan Pemeriksaan Stor dan Stok Benih Padi (Borang

SAP 9). Pengesahan terhadap keputusan pemeriksaan stor akan dibuat oleh

Ketua Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan.

Pelupusan Stok

Pengeluar dikehendaki memastikan hanya lot benih yang telah diperakui telah

mendapat pengesahan kualiti sahaja ditempat di stor benih. Bagi lot-lot benih

yang tidak menepati piawaian, lot benih berkenaan perlu dilupuskan sebagai

bukan benih.

PERAKUAN PENGESAHAN KUALITI BENIH PADI

Surat Akuan Pengesahan Benih Padi (Borang SAP 10) akan dikeluarkan bagi lot-lot

benih yang mencapai piawaian minimum yang ditetapkan dalam SJPM selepas

perakuan pemeriksaan stok dilaksanakan. Akuan pengesahan kualiti akan dibuat

oleh Ketua Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan.

PERLABELAN

Semua lot benih padi yang diperakui memenuhi piawaian kualiti yang ditetapkan

mestilah mempunyai label yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian.

Pencetakan label perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Jabatan

Pertanian. Panduan mencetak label adalah seperti di Lampiran 1. Pengeluar

perlu membuat permohonan kebenaran untuk mencetak label yang diperlukan

mengikut anggaran pengeluaran yang disasarkan melalui borang Permohonan

Page 21: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -16-

Label (Borang SAP 11). Contoh label perlu disertakan semasa membuat

pernohonan bagi maksud pengesahan kualiti kertas dan maklumat label.

Permohonan hendaklah dibuat kepada alamat seperti berikut :

Ketua Pengarah,

Jabatan Pertanian Malaysia,

Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur,

Aras 12, No. 30, Persiaran Perdana,

62624 Putrajaya

(U.P : Pengarah Bahagian Padi, Tanaman Industri & Florikultur)

Setelah mendapat kelulusan, pengeluar dibenarkan mencetak label mengikut siri

nombor yang ditetapkan. Pengeluar dikehendaki mengemukakan salinan invois

kepada alamat di atas sebagai rekod. Pengeluar juga dikehendaki

menyediakan rekod stok label yang digunakan. Kelulusan baru diperlukan bagi

tujuan untuk mencetak label tambahan. Rekod penggunaan label perlu

dikemaskini dan semakan rekod oleh Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri

berkaitan akan dibuat dari masa ke semasa.

PEMASARAN BENIH PADI SAH

Pengeluar hanya dibenarkan menjual lot-lot benih yang telah mendapat

kelulusan melalui Surat Akuan Pengesahan Benih Padi (Borang SAP 10). Benih

padi sah yang ditawarkan untuk jualan perlu mempunyai label perakuan kualiti

yang sah dan dijahit pada setiap beg benih.

Pegawai Inspektorat Unit PTIF Negeri berkaitan boleh mengambil sampel benih

padi di stor atau tempat jualan pada bila-bila masa untuk menguji peratus

percambahan bagi memastikan samada lot benih masih menepati piawaian

yang ditetapkan.

PELAKSANAAN PETAK KAWALAN

Pelaksanaan petak kawalan bertujuan untuk mengesan ketetapan pematuhan

kepada piawaian ladang bagi setiap lot benih yang diluluskan. Sampel akan

diambil bagi maksud untuk pengwujudan petak kawalan. Pegawai Inspektorat

Page 22: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -17-

Unit PTIF Negeri berkaitan pada bila-bila masa akan mengambil sampel yang

diperlukan tanpa terlebih dahulu memberi maklum kepada pihak pengeluar.

Keputusan petak kawalan akan digunakan untuk mengesan sebarang

kepincangan dalam aliran proses pengeluaran benih padi.

CARTA ALIR

Senarai carta alir dalam Skim Pengesahan Benih Padi adalah seperti di dalam

Lampiran 2.

SENARAI BORANG

Senarai borang yang digunakan di bawah Skim Pengesahan Benih Padi adalah

seperti di dalam Lampiran 3.

Page 23: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -18-

RUJUKAN

1. International Rice Research Institute (IRRI) (1994). A Manual of Rice Seed

Health Testing

2. International Rice Research Institute (IRRI) (2006). Seed Quality

3. International Seed Testing Association (ISTA) (2010). International Rules for

Seed Testing

4. Kansas Crop Improvement Association (KCIA) (2006). Printing Kansas

Certified Seed Labels

5. Kansas Crop Improvement Association (KCIA) (2007). Kansas Seed

Certification Procedures

6. Minnesota Crop Improvement Association (MCIA) (2009). Seed

Certification Handbook

7. Missouri Crop Improvement Association (MOSEED) (2008). Seed

Certification Handbook

8. Organization for Economic Co-Operation and Development (OECD) (2000).

OECD Schemes for the Varietal Certification or the Control of Seed

Moving in International Trade

9. Standards & Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) (1989).

MS 320:1989 (Methods of Sampling and Test for Seeds)

10. Standards & Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) (1993).

MS 469:1993 (Specification for Rice (Oryza sativa) Sees for Planting)

Page 24: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -19-

LAMPIRAN 1

PANDUAN PERCETAKAN LABEL BENIH PADI

No. PP 100001

No. PP 100001

Kategori : Benih Sah

Spesis : Oryza sativa

Varieti : MR 219

No. Lot : PP / P / 110/ S / 001

Tarikh Dibungkus : 01 Jun 2010

Nama Pengeluar : PPK Lahar Bubu

1572, Jalan Pongsu Seribu

Kepala Batas, Pulau Pinang

AGENSI PENGESAH :

JJAABBAATTAANN PPEERRTTAANNIIAANN,, NNoo.. 3300,, PPeerrssiiaarraann PPeerrddaannaa,,

PPrreessiinntt 44,, 6622662244 PPuuttrraajjaayyaa

TTeell :: 0033 –– 88887700 33000000

SKIM PENGESAHAN BENIH PADI SEMENCES

Saiz Label 127 mm x 110 mm

JJAABBAATTAANN

PPEERRTTAANNIIAANN

PPaanndduuaann MMeenncceettaakk

LLaabbeell

Arahan Cetakan

Gunakan tulisan ‘bold’

berwarna hitam

Dijahit

Baris 1 : No. Siri (Dicetak)

Baris 2 : Kategori (Dicetak)

Baris 3 : Spesis saiz huruf yang disyorkan 6 mm

Baris 4 : Varieti saiz huruf yang disyorkan 10 mm

Baris 5 : No. Lot

Baris 6 : Tarikh Pembungkusan

Baris 7 : Nama Pengeluar (Dicetak)

Maklumat tambahan :

Baris 3 : Maklumat mengenai

nama biasa bagi jenis tersebut

Baris 5 : Maklumat mengenai

Pengeluar dan rakan benih

(jika berkenaan)

PP / P / 110/ S / 001

> PP – PPK Lahar Bubu

Baris 7 : Maklumat mengenai

Nama dan alamat ….

Kod Warna Label Benih

Benih Padi Sah – Biru

Benih Padi Daftar – Ungu Muda

Page 25: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -20-

Keterangan No. Lot benih

Pengeluar & Rakan Benih / Negeri Lot Sawah / Musim / Kategori Benih / No. Lot Benih

PP / P / 110/ S / 001

Keterangan Ringkasan Kod

i. Pengeluar

Kod Pengeluar

PP PPK Lahar Bubu

ii. Negeri Lot Sawah

Kod Negeri

A Perak

B Selangor

C Pahang

D Kelantan

J Johor

K Kedah

M Melaka

N Negeri Sembilan

P Pulau Pinang

R Perlis

T Terengganu

iii. Musim

Kod Musim

111 1/2011

211 2/2011

112 1/2012

...... dan seterusnya

iv. Kategori Benih

Kod Kategori Benih

D Daftar

S Sah

Page 26: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -21-

LAMPIRAN 2

CARTA ALIR SKIM PENGESAHAN BENIH PADI

1. Carta Alir 1 – Permohonan Sebagai Pengeluar Skim

Pengesahan Benih Padi

2. Carta Alir 2 – Permohonan Pendaftaran Ladang Benih Skim

Pengesahan Benih Padi

3. Carta Alir 3 – Pemeriksaan Ladang Benih

4. Carta Alir 4 – Pemeriksaan Loji Pemprosesan Benih Padi

5. Carta Alir 5 – Penuaian Benih Padi Mentah

6. Carta Alir 6 – Pemindahan Benih Padi Mentah/Kering

7. Carta Alir 7 – Pengambilan Sampel Untuk Ujian Benih Padi

8. Carta Alir 8 – Ujian Kualiti Benih Padi

9. Carta Alir 9 – Pemprosesan Semula Benih Padi

10. Carta Alir 10 – Pemeriksaan Stor & Stok

11. Carta Alir 11 – Perakuan Pengesahan Benih Padi

12. Carta Alir 12 – Permohonan Label

Page 27: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -22-

CARTA ALIR 1

PERMOHONAN SEBAGAI PENGELUAR

SKIM PENGESAHAN BENIH PADI

Pengeluar membuat

permohonan menggunakan

SAP1

Pengeluar hantar SAP 1 ke PTIF

Putrajaya

Pegawai Inspektorat PTIF

Putrajaya semak dokumen

Pegawai Inspektorat PTIF

Putrajaya/Negeri jalankan audit

pra-kelayakan

Pegawai Inspektorat PTIF

Putrajaya/Negeri sediakan

laporan dan penilaian

Pengarah PTIF membuat

keputusan

Pengeluar dimaklumkan melalui

surat dan SAP 1

Lengkap

Tidak

Lengkap

Lulus

Gagal

Pengeluar

dimaklumkan

melalui surat

dan SAP 1

Pengeluar sediakan

permohonan SAP 2

Page 28: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -23-

CARTA ALIR 2

PERMOHONAN PENDAFTARAN LADANG BENIH

SKIM PENGESAHAN BENIH PADI

Pengeluar membuat

permohonan menggunakan

SAP2

Pengeluar hantar SAP 2 ke PTIF

Negeri berkaitan

Pegawai Inspektorat Negeri

semak dokumen

Pegawai Inspektorat Negeri

jalankan pemeriksaan &

penilaian

Pegawai Inspektorat Negeri

sediakan laporan & penilaian

Ketua Pegawai Inspektorat PTIF

Negeri membuat keputusan

Pengeluar dimaklumkan melalui

surat dan SAP 2

Lengkap

Tidak

Lengkap

Lulus

Gagal

Pengeluar

dimaklumkan

melalui surat

dan SAP 2

Pengeluar sediakan jadual

perancangan pemeriksaan

ladang benih

Page 29: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -24-

CARTA ALIR 3

PEMERIKSAAN LADANG BENIH

Pengeluar membuat

permohonan pemeriksaan

ladang benih

Pegawai Inspektorat Negeri

terima permohonan dan atur

jadual pemeriksaan ladang

Pegawai Inspektorat Negeri

jalankan pemeriksaan ladang

benih

Pegawai Inspektorat Negeri

sediakan laporan penilaian dan

keputusan

Ketua Pegawai Inspektorat PTIF

Negeri membuat perakuan

keputusan

Pengeluar dimaklumkan melalui

SAP 3a/3b

Lulus

Gagal

Pengeluar

dimaklumkan

melalui SAP 3

Pengeluar aturkan jadual

penuaian

Page 30: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -25-

CARTA ALIR 4

PEMERIKSAAN LOJI PEMPROSESAN BENIH PADI

Pengeluar membuat

permohonan pemeriksaan loji

pemprosesan benih padi

Pegawai Inspektorat Negeri

terima permohonan dan atur

jadual pemeriksaan loji

pemprosesan benih padi

Pegawai Inspektorat Negeri

jalankan pemeriksaan loji

pemprosesan benih padi

Pegawai Inspektorat Negeri

sediakan laporan penilaian dan

keputusan

Ketua Pegawai Inspektorat PTIF

Negeri membuat perakuan

keputusan

Pengeluar dimaklumkan melalui

SAP 4

Lulus

Gagal

Pengeluar

dimaklumkan

melalui SAP 4

Pengeluar jalankan

pemprosesan benih padi

Page 31: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -26-

CARTA ALIR 5

PENUAIAN BENIH PADI MENTAH

Pengeluar mengatur jadual

penuaian dan maklumkan

pada PTIF Negeri

Pegawai Inspektorat PTIF Negeri

semak senarai ladang benih

yang hendak dituai selaras

dengan keputusan SAP 3b

Pengeluar dimaklumkan melalui

SAP 5

Lulus

Gagal

Pengeluar jalankan penuaian

benih padi mentah

SAP 5 tidak

dikeluarkan

Page 32: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -27-

CARTA ALIR 6

PEMINDAHAN BENIH PADI MENTAH/KERING

Pengeluar memohon

pemindahan benih padi

mentah

Pegawai Inspektorat PTIF Negeri

semak permohonan dan

jalankan pemeriksaan

Pengeluar dimaklumkan melalui

SAP 6

Lulus

Gagal

Pengeluar jalankan

pemindahan benih padi

mentah

Pegawai Inspektorat PTIF Negeri

di lokasi penerimaan semak

maklumat penerimaan benih

padi mentah

Lulus

Gagal

Pengeluar jalankan

pemprosesan benih padi

Pengeluar

dimaklumkan

melalui SAP 6

Pengeluar

dimaklumkan

melalui SAP 6

Pengeluar dimaklumkan melalui

SAP 6

Page 33: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -28-

CARTA ALIR 7

PENGAMBILAN SAMPEL UNTUK UJIAN BENIH PADI

Pengeluar susun beg benih

mengikut lot minimum 20

tan/lot

Pengeluar membuat

permohonan pengambilan

sampel benih

Pegawai Inspektorat PTIF Negeri

terima permohonan dan atur

jadual pengambilan benih

benih

Pegawai Inspektorat PTIF Negeri

jalankan pemeriksaan ke atas

lot benih yang hendak

disampel

Pegawai Inspektorat PTIF Negeri

mengambil sampel benih dan

laporkan melalui SAP 3

Lulus

Gagal

Tindakan

Pembetulan

(Susun semula)

Pegawai Inspektorat PTIF Negeri

hantar sampel benih ke

Makmal Ujiian Biji Benih (MUBB)

Page 34: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -29-

CARTA ALIR 8

UJIAN KUALITI BENIH PADI

Pegawai MUBB terima sampel

benih

Pegawai MUBB rekodkan

penerimaan sampel

Pegawai MUBB jalankan ujian

bij benih berkaitan

Pegawai MUBB rekodkan

keputusan ujian dan sediakan

laporan

Pengeluar dimaklumkan melalui

SAP 3

Lulus

Gagal

Pengeluar

dimaklumkan

melalui SAP 3

Pengeluar membuat

persediaan untuk pemeriksaan

stor dan stok

Ketua Pegawai Inspektorat PTIF

Negeri membuat perakuan

keputusan

Page 35: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -30-

CARTA ALIR 9

PEMPROSESAN SEMULA BENIH PADI

Pengeluar membuat

permohonan pemprosesan

semula

Pegawai Inspektorat PTIF Negeri

tetapkan tarikh pemeriksaan

Pegawai Inspektorat PTIF Negeri

menjalankan pemeriksaan

Pengeluar dimaklumkan untuk

pemprosesan semula

Lulus

Gagal

Pengeluar

dimaklumkan

tindakan

pembetulan

Pengeluar melaksanakan

pemprosesan semula

Pegawai Inspektorat PTIF Negeri

membuat perakuan keputusan

Page 36: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -31-

CARTA ALIR 10

PEMERIKSAAN STOR DAN STOK

Pegawai Inspektorat Negeri

terima salinan keputusan SAP 8

Pegawai Inspektorat PTIF Negeri

atur jadual pemeriksaan stor

dan stok

Pegawai Inspektorat PTIF Negeri

jalankan pemeriksaan stor dan

stok

Pegawai Inspektorat Negeri

sediakan laporan penilaian dan

keputusan

Pengeluar dimaklumkan melalui

SAP 9

Lulus

Gagal

Pengeluar

dimaklumkan

melalui SAP 9

Pegawai Inspektorat Negeri

buat persediaan pengeluaran

SAP 10

Ketua Pegawai Inspektorat PTIF

Negeri membuat perakuan

keputusan

Page 37: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -32-

CARTA ALIR 11

PERAKUAN PENGESAHAN BENIH PADI

Pegawai Inspektorat Negeri

terima salinan keputusan SAP 9

Pegawai Inspektorat PTIF Negeri

semak senarai lot benih yang

diluluskan dalam SAP 9

Pegawai Inspektorat PTIF Negeri

rekodkan senarai lot benih

yang diluluskan dalam SAP 10

Ketua Pegawai Inspektorat PTIF

Negeri membuat perakuan

kelulusan

Pengeluar dimaklumkan melalui

SAP 10

Pengeluar aturkan jadual

pengedaran benih

Page 38: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -33-

CARTA ALIR 12

PERMOHONAN LABEL

Pengeluar membuat

permohonan menggunakan

SAP11

Pengeluar hantar SAP 11 ke PTIF

Putrajaya

Pegawai Inspektorat PTIF

Putrajaya semak dokumen

Pegawai Inspektorat PTIF

Putrajaya rekodkan

permohonan dan buat

Pengarah PTIF membuat

keputusan

Pengeluar dimaklumkan melalui

surat dan SAP 11

Lengkap

Tidak

Lengkap

Lulus

Gagal

Pengeluar

dimaklumkan

melalui surat

dan SAP 11

Pengeluar hantar salinan invois

dan contoh label kepada PTIF

Putrajaya

Pengeluar membuat cetakan

label

Page 39: Prosedur Skim Pengesahan Benih Padi - Portal … Pengesahan Benih Padi -2-PENDAFTARAN SEBAGAI PENGELUAR Prosedur Membuat Permohonan Pendaftaran sebagai pengeluar perlu dibuat dengan

Skim Pengesahan Benih Padi -34-

LAMPIRAN 3

SENARAI BORANG

1. Borang SAP 1 – Permohonan Sebagai Pengeluar Skim

Pengesahan Benih Padi

2. Borang SAP 2 – Permohonan Pendaftaran Ladang Benih Skim

Pengesahan Benih Padi

3. Borang SAP 3a – Laporan Pemeriksaan Ladang (Pra-Tanam)

4. Borang SAP 3b – Laporan Pemeriksaan Ladang

5. Borang SAP 4 – Laporan Pemeriksaan Loji Pemprosesan Benih

Padi

6. Borang SAP 5 – Rekod Hasil Tuaian Benih Padi Mentah

7. Borang SAP 6a – Pemindahan Benih Padi Mentah

8. Borang SAP 6b – Pemindahan Benih Padi Kering

9. Borang SAP 7 – Borang Pengambilan Sampel Untuk Ujian Benih

Padi

10. Borang SAP 8 – Laporan Makmal Ujian Benih Padi

11. Borang SAP 9 – Laporan Pemeriksaan Stor & Stok

12. Borang SAP 10 – Surat Akuan Pengesahan Benih Padi

13. Borang SAP 11 – Permohonan Label