cadangan teknologi persis upm untuk · web viewpenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana...

29
Perintis Pelangi 4. DISKRIPSI PRODUK KELUARAN UPM VITA-GROW® PREMIUM VITA-GROW PREMIUM ® telah memenangi anugerah kebangsaan pingat rekacipta dan inovasi 2001 daripada Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar (Lampiran 3). VITA-GROW PREMIUM ® atau Vitamin Tumbuhan ialah baja 100% larut air atau semburan dedaun lengkap dan seimbang dengan unsur-unsur pemakanan makro dan mikro, pengawal tumbesaran dan asid humik untuk meningkatkan hasil serta kualiti tanaman. Produk VITA-GROW® PREMIUM telah berada dipasaran sejak tahun 1999 dan pakej teknologi ini telah dipasarkan kepada petani-petani dengan nilai sehingga kini melebihi dari RM 42 juta serta memberi bayaran royalti yang tertinggi kepada UPM. VITA-GROW PREMIUM ® dirumuskan khas untuk tanaman beriklim tropika mampu meningkatkan hasil tanaman seperti padi, sayuran berdaun, sayuran berbuah, koko, pokok berbuah, kelapa sawit, rumput, pokok hiasan dan semua jenis anak semaian. Akuan dan syor dari pihak MARDI telah merumuskan formulasi VITA-GROW® PREMIUM berjaya meningkatkan potensi hasil tanaman padi sebanyak 24% serta melepasi ujian "Australian NTS Standards". Kadar penyerapan dan fotosintesis juga meningkat dalam masa kurang dari “We Help Farmers Feed The World” 1

Upload: dodien

Post on 05-Jun-2019

233 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi

4. DISKRIPSI PRODUK KELUARAN UPM

VITA-GROW® PREMIUM

VITA-GROW® PREMIUM telah memenangi anugerah kebangsaan pingat rekacipta dan inovasi 2001 daripada Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar (Lampiran 3). VITA-GROW® PREMIUM atau Vitamin Tumbuhan ialah baja 100% larut air atau semburan dedaun lengkap dan seimbang dengan unsur-unsur pemakanan makro dan mikro, pengawal tumbesaran dan asid humik untuk meningkatkan hasil serta kualiti tanaman. Produk VITA-GROW® PREMIUM telah berada dipasaran sejak tahun 1999 dan pakej teknologi ini telah dipasarkan kepada petani-petani dengan nilai sehingga kini melebihi dari RM 42 juta serta memberi bayaran royalti yang tertinggi kepada UPM.

VITA-GROW® PREMIUM dirumuskan khas untuk tanaman beriklim tropika mampu meningkatkan hasil tanaman seperti padi, sayuran berdaun, sayuran berbuah, koko, pokok berbuah, kelapa sawit, rumput, pokok hiasan dan semua jenis anak semaian. Akuan dan syor dari pihak MARDI telah merumuskan formulasi VITA-GROW® PREMIUM berjaya meningkatkan potensi hasil tanaman padi sebanyak 24% serta melepasi ujian "Australian NTS Standards". Kadar penyerapan dan fotosintesis juga meningkat dalam masa kurang dari satu jam (Laporan MARDI, 2002 dan 2009 Lampiran 5 dan 6), ini dapat membantu

“We Help Farmers Feed The World” 1

Page 2: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi kebernasan spikelet (biji) padi.

VITA-GROW® PREMIUM adalah satu-satunya produk baja dedaun pertama di Malaysia yang mengandungi pelekat non-ionik untuk serapan nutrien dengan lebih cepat dan berkesan. VITA-GROW® PREMIUM meningkatkan pemanjangan tangkai dan bilangan biji padi setangkai. VITA-GROW® PREMIUM juga meningkatkan kadar fotosintesis dan pengisian susu. VITA-GROW® PREMIUM ialah sumber mikronutrien dan menggalakkan kesuburan spikelet padi untuk kebernasan buah padi.Pelbagai baja dedaun boleh didapati dalam pasaran. Walau bagaimanapun

produk VITA-GROW® PREMIUM ini lebih unggul kerana ia menggunakan

teknologi yang dapat meningkatkan penyerapan nutrien-nutrien ke dalam daun

dalam masa 1 jam sahaja (Lihat Laporan MARDI Kod No. NP 0090/10,

Lampiran 5). Kebiasaannya bahan nutrien lambat masuk ke lapisan sel

epidermis dan parenkima kerana wujudnya cas elektronegatif di permukaan

kutikel daun yang menjerap kation mikro (cas positif). Teknologi unsur mikro

bercas neutral (chelated) yang digunakan bagi formulasi VITA-GROW®

PREMIUM ini dapat mengatasi fenomena ini dan menjadikan produk ini lebih

berkesan dari produk-produk saingannya dipasaran yang membolehkan VITA-

GROW® PREMIUM melepasi tahap ujian “Australian NTS Standards”.

FUNGSI UTAMA VITA-GROW®

1. Meningkatkan kadar fotosintesis.2. Meningkat bilangan anak padi/perdu,3. Meningkatkan bilangan spikelet/tangkai.4. Meningkatkan peratus spikelet yang bernas/tangkai atau kesuburan

spikelet.5. Membekal mikronutrien dalam bentuk non-ionik iaitu penyerapan yang

pantas melalui lapisan kutikel dan stomata.6. Baja dedaun VITA-GROW® PREMIUM membekal nutrien makro dan

mikro, oleh itu dapat mengatasi (offset) sebarang kekurangan nutrien terutamanya di masa kritikal pertumbuhan.

7. Meningkatkan hasil padi sehingga 23% mengikut laporan MARDI 2002.

“We Help Farmers Feed The World” 2

Page 3: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi

5. SPESIFIKASI

BAJA DEDAUN (FOLIAR) BERMUTU TINGGI DIPERKAYAKAN DENGAN ADJUVANT NON-IONIK

KANDUNGAN MINIMUM (mg/L)

Plant Growth Regulator (PGR -UPM) 500Nitrogen (N-NO3) 10,000Phosphorus (P2O5) 2,000Potassium (K2O) 20,000Ethylenediaminetetraacetic-Fe 100Ethylenediaminetetraacetic-Mn 100Ethylenediaminetetraacetic-Cu 200Ethylenediaminetetraacetic-Zn 200Boron (B) 125Molybdenum (Mo) 5Humic Acid (K-Humate) 10,000Non-ionic Adjuvant 11,000

BUNGKUSAN : 4 LITER

CARA PENGGUNAAN: Campur 175 mL BAJA DEDAUN VITA-GROW® PREMIUM ke dalam tong

penyembur yang berisi 13.5 liter air dan sembur ke pokok padi pada hari 20, 45, dan 85 HLT (Hari Lepas Tabur). Semburan ini memerlukan 7 tong pam bersaiz 13.5 Liter (3 gelen) untuk 0.5 hektar (1.25 ekar).

KADAR PENGGUNAAN BAGI 1 HEKTAR: 7.5 LITER BAGI 1 HEKTAR

“We Help Farmers Feed The World” 3

Page 4: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi

6. KEJAYAAN PRODUK UPM DALAM PENINGKATAN HASIL PADI.

(i) AKUAN MARDIKajian penyelidikan kontrak yang dilakukan selama 3 musim berturut-turut di ladang oleh pihak MARDI ke atas produk-produk yang dikeluarkan oleh UPM iaitu khasnya VITA-GROW® PREMIUM menunjukkan produk ini berupaya meningkatkan hasil padi. Dalam dua laporan kontrak penyelidikan yang dikeluarkan oleh pihak MARDI (Kod Projek No. NP 0090/10 (2002), dan Kod Projek No. NIRI 201510 (2009), Lampiran 5 dan 6) menunjukkan penggunaan baja dedaun VITA-GROW® PREMIUM berpotensi meningkatkan hasil bersih padi sehingga 24 % (atau pencapaian hasil purata 17%) terutamanya di kawasan yang kurang subur. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kadar penyerapan dan fotosintesis juga meningkat dalam masa kurang dari satu jam selepas penyemburan baja dedaun VITA-GROW®, ini dapat membantu kebernasan spikelet (biji) padi apabila disembur pada masa pengisian susu padi. Pemerhatian yang dijalankan menunjukkan bahawa kenaikan hasil adalah disebabkan oleh pertambahan anak padi/perdu (tillers/hill) dan juga kenaikan % kebernasan biji padi.

(ii) DATA KAJIAN JANGKA PANJANG ENAM (6) MUSIM BERTURUT-TURUT (1/2002-1/2005) DI PPK BUKIT BESAR (MADA).

Data verifikasi ladang (Local verification trials) yang telah

dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Pertubuhan

Peladang Kawasan (PPK) E-IV Bukit Besar (MADA) menggunakan

Teknologi dan Produk UPM ke atas tanaman padi selama 6 musim

berturut-turut dari Musim 1/2003 hingga 2/2005 ditunjukkan dalam Rajah 1

(Produk-produk yang digunakan dalam teknologi ini ialah ZAPPA®, VITA-

“We Help Farmers Feed The World” 4

Page 5: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi GROW® PREMIUM dan 250 kg baja NPK (MAMPAN) telah berupaya

meningkatkan hasil padi setiap musim secara konsisten iaitu dengan

purata 8.30 mt/ha berbanding dengan amalan biasa petani hanya 4.2

MT/ha pada musim 2/2002 iaitu sebelum penggunaan Teknologi dan

produk-produk ini.

Dalam kajian enam musim berturut-turut ini, purata peningkatan

hasil padi petani adalah 97% berbanding sebelum rawatan. Ini

membuktikan keberkesanan dan kualiti produk UPM dalam membantu

petani merealisasikan harapan Negara dalam meningkatkan hasil padi ke

arah 10.0 MT/ha secara lestari. Sememangnya telah menjadi matlamat

UPM, Perintis Pelangi, PeladangTech dan MADA membantu petani bagi

memperolehi keuntungan yang maksimum daripada hasil pengeluaran

padi yang optimum dengan penggunaan Teknologi dan produk-produk

yang tulen.

Kajian jangka panjang di ladang seumpama ini adalah jarang sekali

dilakukan ke atas mana-mana input pertanian bagi tanaman padi di

Malaysia. Oleh itu data yang diperolehi ini adalah amat penting untuk

digunakan dalam menentukan pengeluaran masa depan padi negara

yang mapan.

“We Help Farmers Feed The World” 5

Page 6: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi

UPM8.8UPM

8.2

UPM8.5UPM

8.2UPM 8.0

UPM 7.9

BIASA 4.2

3

4

5

6

7

8

9

10

2/ 2002 1/ 2003 2/ 2003 1/ 2004 2/ 2004 1/ 2005 2/ 2005

MUSIM

HASIL (M

T/ha

)

97%

Rajah 1: Perbandingan Teknologi UPM dengan Amalan BiasaPetani 6 musim berturut-turut di PPK Bukit Besar, MADA.

“We Help Farmers Feed The World” 6

Page 7: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi SURAT AKUAN OLEH PPK BUKIT BESAR DAN PENGUSAHA SAWAH

“We Help Farmers Feed The World” 7

Page 8: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi (iii) DATA SKALA BESAR (21 HEKTAR) DI PPK KOBAH, MADA.

Berdasarkan kajian UPM bersama PPK Kobah MADA, Kedah dijalankan

pada musim 1/2004 hingga 1/2005 menunjukkan bahawa penggunaan

Teknologi dan produk UPM ini telah meningkatkan hasil padi petani

dengan purata 8.1 MT/ha pada musim 1/2005 berbanding 6.4 MT/ha pada

musim 1/2004, iaitu peningkatan sebanyak 27% (Lihat surat akuan m.s.

17).

Seramai 19 orang petani telah terlibat dalam ujikaji ini yang mengambil

kawasan seluas 21 hektar. Dari jumlah tersebut seramai 5 orang petani

telah berjaya meningkatkan hasil melebihi 9.0 MT/ha. Hasil tertinggi ialah

9.7 mt/ha manakala hasil yang terendah ialah 7.1 mt/ha. Keputusan

ujikaji berskala besar ini merupakan rekod terbaik dalam sejarah kawasan

PPK Kobah MADA dengan penggunaan Teknologi Tepat dan produk

formulasi UPM ini telah berjaya meningkatkan hasil padi secara

menyeluruh dan keputusan yang diperolehi adalah konsisten dengan

percubaan di kawasan yang lain. Keputusan kajian berskala besar (21

ha) yang dijalankan ini menunjukkan bahawa 47 % petani (9/19) yang

menggunakan teknologi ini berjaya memperolehi hasil melebihi 8 mt/ha

setelah dua musim berturut menggunakan produk ini.

“We Help Farmers Feed The World” 8

Page 9: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi

SURAT AKUAN OLEH PPK BUKIT KOBAH MADA

“We Help Farmers Feed The World” 9

Page 10: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi

(iv) DATA KAJIAN DI PPK LAHAR BUBU BERSAMA UPM 1/2005

Verifikasi produk UPM yang dilakukan di PPK Lahar Bubu di atas 3 lot kepunyaan Tn. Hj. Md. Nor Bin Hj. Ahmad iaitu Lot A, Lot B dan Lot C, seluas 2.6 ekar pada musim 1/2005. Kenaikan hasil padi dalam satu musim penggunaan produk UPM adalah amat berkesan sekali iaitu Lot A dari 6.9 mt/ha kepada 8.3 mt/ha (19% kenaikan), Lot B dari 5.5 mt/ha kepada 7.6 mt/ha (38% kenaikan) dan Lot C dari 3.2 mt/ha kepada 7.2 mt/ha (125% kenaikan) (Jadual 1). Kajian ini menunjukkan bahawa teknologi UPM adalah sangat efektif dalam meningkatkan hasil padi walaupun hanya dengan 1 musim penggunaannya.. Purata kenaikan hasil ialah 2.5 mt/ha dengan pulangan tambahan dengan teknologi UPM ialah RM 1,841/ha. Keadaan ini adalah sama dengan apa yang dilihat berlaku pada kajian di PPK Bkt. Besar MADA (m.s. 15).

Jadual 1. Data verifikasi ladang di kawasan Pantai Kamloon, usahasama UPM dan PPK Lahar Bubu.

Amalan Plot A Plot B Plot C Purata

-------------------- mt/ha -----------------

Biasa 1/04 7.0 5.5 3.2 5.2

UPM 1/05 8.3 7.6 7.2 7.7

Perbezaan 1.3 2.1 4.0 2.5

% Kenaikan 19% 38% 125% 48%

Keuntungan Tambahan RM Gunakan Teknologi UPM

RM 957* RM 1,546 RM 2,945 RM 1,841

*Contoh pengiraan keuntungan tambahan bagi plot A

= 1.3 mt x 0.82 x RM 898/ha = RM 957.00.

“We Help Farmers Feed The World” 10

Page 11: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi

Gambar 7. Kajian ini di lakukan ke atas plot Tuan Haji Md.Nor bin Haji Ahmad

Gambar 8. Dato’ Hj. Jamaludin Bin Hj. Omar (Pengerusi PPN) memantau kawasan plot verifikasi di kawasan Bertam.

“We Help Farmers Feed The World” 11

Page 12: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi

Gambar 9. Hasil musim 1/2005: 8.3 t/ha (9.7 t/ha)

Gambar 10. Perbandingan kualiti padi di antara amalan biasa dan teknologi UPM

“We Help Farmers Feed The World”

AmalanBiasa

UPM

12

Page 13: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi (v) DATA VERIFIKASI PAKEJ UPM OLEH JABATAN PERTANIAN

Kajian keberkesanan VITA-GROW® PREMIUM oleh Jabatan Pertanian Pusat (Bahagian Pengurusan Tanah) telah mula dilakukan sejak tahun 2001. Bersama-sama ini diserta data pemerhatian penggunaan produk dari tiga kawasan iaitu Telaga Batu (Kedah), Bumbung Lima (P.Pinang) dan kawasan benih padi di Telok Chengai (kedah) (Lampiran 7). Daripada data yang diperolehi dari pihak Jabatan Pertanian, produk VITA-GROW® PREMIUM serta pakej pertanian persis yang digunakan memberikan hasil yang tertinggi berbanding pakej IRRI atau lain-lain pakej yang dilakukan (Jadual 2). Perbezaan lebihan hasil padi menggunakan pakej produk UPM berbanding IRRI dan Rice Check ialah masing-masing 22.5% dan 18%.

Plot pemerhatian ke atas keberkesanan produk VITA-GROW® PREMIUM dan pakej UPM juga dilakukan ke atas ladang pengeluaran benih padi di Jabatan Pertanian, Telok Chengai, Kedah. Keputusan pemerhatian yang dilakukan pada tahun 1/2003 menunjukkan pakej UPM yang menggunakan ZAPPA® dan VITA-GROW® PREMIUM meningkatkan hasil benih padi kepada 7.5 mt/ha iaitu 58 % peningkatan dari pakej amalan biasa Jabatan iaitu 4.7 mt/ha (Rajah 2). Daripada segi pulangan kepada petani, Pakej UPM memberikan hampir 2 kali ganda keuntungan kepada petani berbanding amalan biasa (Lampiran 7, m.s. 7 dalam laporan berkenaan).

“We Help Farmers Feed The World” 13

Page 14: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi

Jadual 2. Data pemerhatian hasil padi oleh Jabatan Pertanian Di Telaga Batu dan Bumbung Lima tahun 1/2002.

Tempat Telaga Batu(Kedah)

B. Lima(P. Pinang)

Purata

--------------- mt/ha -----------------

PAKEJ UPM 11.4 8.1 9.8

JAB. PERTANIAN 9.8 7.3 8.6

RICE CHECK 10.8 5.7 8.3

IRRI 9.3 6.6 8.0

Rajah 2 : Perbandingan hasil padi menggunakan amalan biasa Jabatan dan Pakej UPM, di Jabatan Pertanian, Telok Chengai, Kedah.

“We Help Farmers Feed The World”

0100020003000400050006000700080009000

Pakej AmalanBiasa

Pakej UPM

Pakej

Hasi

l pad

i (kg

/ha) 4721

7481

58.4%

14

Page 15: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi

(vi) DATA PENCAPAIAN HASIL PADI DI INDONESIA.

Program verifikasi di ladang dengan menggunakan teknologi UPM ini

adalah di atas permintaan pihak Indonesia Trading Corporation (ITC)

bagi meningkatkan hasil padi di Indonesia. Usahasama ini telah

dilakukan di antara Diversatech dan MITCO (anak syarikat

PETRONAS) bagi memasarkan teknologi dan produk tempatan ke luar

Negara pada tahun 2004.

Produk VITA-GROW® PREMIUM telah ditukar nama kepada

DHARMAVIT oleh pihak ITC. Sijil analisis produk DHARMAVIT/ VITA-

GROW® PREMIUM adalah seperti pada Lampiran 8. Suatu kajian

lengkap keberkesanan produk Malaysia yang dieksport ini telah

dilakukan oleh Direktorat Pupuk dan Pestidsida, Departemen

Pertanian Indonesia bersama Fakultas Pertanian, Institut Pertanian

Bogor (IPB, 2005; Laporan penuh pada Lampiran 9). Keputusan

kajian keberkesanan baja dedaun ini oleh agensi pertanian Indonesia

ini menunjukkan bahawa penggunaan DHARMAVIT (Vita-Grow®)

meningkatkan hasil besih beras (Gabah Kering Giling) adalah

sebanyak 18% berbanding syor pembajaan standard oleh Departemen

Pertanian Indonesia (Lihat laporan penuh oleh Departemen Pertanian

Indonesia bersama Institut Pertanian Bogor, Lampiran 9, m.s. 7 dalam

laporan). Kenaikan hasil bersih ini adalah hampir sama dengan data

kajian keberkesanan VITA-GROW® PREMIUM seperti apa yang

dilaporkan oleh pihak MARDI iaitu peningkatan bersih sebanyak 17%

(2002, Lampiran 5).

“We Help Farmers Feed The World” 15

Page 16: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi

Gambar 11. Pihak pemerintah Indonesia bahagian pertanian meneliti dan mengesahkan hasil padi pakej UPM di Lampung, Indonesia.

“We Help Farmers Feed The World” 16

Page 17: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi

(vii) LAPORAN PRESTASI PRODUK UPM OLEH FAO.

Satu kajian survei yang dibiayai oleh The Food and Agriculture

Organisation of the United Nation (FAO) telah dibentangkan di Beijing,

China pada April 2006, mengenai sumbangan Pendidikan Tinggi

Pertanian di Malaysia terhadap penduduk diluar bandar. Kajian survei

yang biayai oleh FAO ini telah dilakukan di negeri Selangor dan Kedah

dengan memberi tumpuan khusus kepada produk-produk pertanian

keluaran UPM iaitu ZAPPA® dan VITA-GROW® PREMIUM

(Shahwahid et al., 2006, Lampiran 2).

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bererti iaitu

peningkatan hasil padi petani sebanyak 33% di Selangor dan 44% di

negeri Kedah. Kajian ini juga impak penggunaan produk ini terhadap

pendapatan petani iaitu 44% di Selangor dan 53% di Kedah

(Shahwahid et al., 2006, m.s. 213, 214 dalam laporan, Lampiran 2).

Asas kejayaan ini adalah disebabkan oleh aktiviti pengembangan yang

dijalankan Diversatech dan UPM melalui pendekatan “Boundary Line

Approach”.

“We Help Farmers Feed The World” 17

Page 18: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi

7. MODEL KONSEP TEKNOLOGI PERTANIAN TEPAT DAN PRODUK UPM BAGI MENCAPAI HASIL 7.0-7.5 MT/HA DENGAN INPUT RM 140/HA.

Pemberian baja subsidi sejak 22 tahun lalu, masih tidak dapat meningkatkan hasil padi yang ketara iaitu hasil purata padi di Malaysia ialah 4.03 mt/ha pada 1980 dan 4.26 mt/ha. Oleh itu berikut adalah model konsep bagaimana teknologi yang digunakan ini berupaya meningkatkan hasil padi dengan pertambahan 3.0 - 3.5 mt/ha melalui pertambahan input RM 140.00/ha.

17-18% Hasil Padi Meningkat dengan VITA-GROW® PREMIUM

Mengikut Dobermann dan Fairhurst (2000) pemerhatian yang dibuat di Asia, setiap 1 tan penghasilan padi memerlukan 17.5 kg Nitrogen (N). Kadar baja subsidi ketika ini ialah 91.5 kg N, 40 kg P2O5, 30 kg dan K2O per hektar. Jika berpandukan pemberian subsidi baja N, hasil padi yang patut diperolehi ialah 5.2 mt/ha, namun dengan 22 tahun usaha dilakukan, hasil padi masih dalam lingkungan 4.26 mt/ha (2002). Kekurangan pencapaian hasil iaitu 18.1% dari 5.2 mt/ha (((5.20 – 4.26)/5.20)*100) adalah hampir sama dengan % peningkatan hasil padi apabila baja dedaun VITA-GROW® PREMIUM digunakan mengikut Laporan MARDI (17%) dan IPB (18%). Kekurangan ini adalah adalah berpunca daripada kekurangan nutrien-nutrien selain dari NPK. Mengikut hukum minimum dalam kesuburan tanah iaitu ”Unsur-unsur kimia yang diperlukan oleh tumbuhan untuk melengkapkan pusingan kehidupannya” (Brady and Weil, 2004). Oleh itu adalah amat penting memastikan bahawa tanah kita mempunyai kesediaan nutrien makro dan mikro yang mencukupi dengan pemberian VITA-GROW® PREMIUM supaya hasil yang optimum boleh diperolehi.

.

“We Help Farmers Feed The World” 18

Page 19: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi

Penggunaan VITA-GROW® PREMIUM juga berupaya meningkatkan kekuatan dinding sel dan biomembrane. Ini adalah mekanisma bagaimana VITA-GROW® PREMIUM meningkatkan kekebalan pokok terhadap serangan penyakit kulat dan bakteria. Semburan VITA-GROW® PREMIUM juga meningkatkan proses lignifikasi dalam pokok padi iaitu satu proses di mana lignin akan membentuk suatu selaput dipermukaan daun jika terdapat kelukaan bagi menghalang jangkitan seterusnya.

Kajian awal di ladang menunjukkan bahawa pemberian VITA-GROW® PREMIUM dapat mengurangkan 50% indeks penyakit (dari 8 ke 4). Selain itu VITA-GROW® PREMIUM juga didapati meningkatkan berat 1000 biji padi sebanyak 15% dan mengurangkan peratus padi hampa (Ahmad Fuad, 2006).

“We Help Farmers Feed The World” 19

Page 20: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi

8. MODEL PERLAKSANAAN TEKNOLOGI TEPAT

“We Help Farmers Feed The World”

PERINTIS PELANGI (PPSB) akan mengambil 22 orang siswazah dalam bidang pertanian untuk jawatan Pegawai Pengembangan &

Teknikal (PPT)

Saintis Perunding (UPM & MARDI) akan membinbing serta melatih PPT dalam

bidang pengurusan tanaman padi secara persis.

PPT dan pengurus projek PPK akan menjalankan penerangan Teknologi Tepat kepada petani serta amalan agronomi dan pembajaan yang ditetapkan oleh saintis

perunding.

Petani akan diberikan CD, Web-Page, dan no. Telefon Hot-line jika terdapat sebarang

masalahmengenai tanaman padi, penyakit, dan

PPSB, Saintis perunding dengan bantuan pengurus projek akan memantau dan

menilai perlaksanaan jadual serta bertindak jika terdapat masalah.

Petani Melaksanakan program mengikut jadual

untuk peningkatan hasil padi.

PTSB dan Saintis Perunding akan memantauan dan R & D berterusan di

lokasi bagi memastikan sasaran hasil ≥7.0 mt/ha tercapai.

20

Page 21: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi

9. FAEDAH PEMINDAHAN TEKNOLOGI TEPAT

10.1 FAEDAH KEPADA PETANI

10.1.1 Taraf hidup petani akan menjadi lebih baik dengan

peningkatan hasil padi ke tahap 7.0 – 7.5 MT/ha.

10.1.2 Pertambahan pendapatan petani dengan Teknologi Tepat ini

ialah hampir tiga kali ganda berbanding sistem biasa.

10.1.3 Penjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan

daya tahan pokok padi yang tinggi.

10.1.4 Penjimatan membeli benih kerana hasil padi yang bermutu

tinggi serta bebas padi angin boleh dijadikan benih.

10.1.5 Perolehan hasil yang tinggi dan berkualiti secara mampan

kerana infestasi padi angin dan saingan rumpai adalah

minimum.

10.1.6 Penjimatan kos racun rumpai dan kos upah meracun kerana

sistem Teknologi UPM melalui teknik anaerobik melemaskan

semua benih rumpai awal-awal lagi.

“We Help Farmers Feed The World” 21

Page 22: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi

10.2 FAEDAH KEPADA KERAJAAN

10.2.1 Projek ini akan menjadi model dalam usaha merubah

paradigma peladang seluruh negara menerima dan

mengaplikasi Teknologi Pertanian Tepat.

10.2.2 Walaupun kerajaan membelanjakan bagi tujuan input

tambahan, namun “Spin-Off” atau impak kepada pendapatan

pertambahan petani akan memberikan kesan yang baik

kepada komuniti petani.

10.2.3 Petani yang mendapat pendedahan dan berilmu lebih

mudah menerima pemindahan teknologi yang lebih terkini.

10.2.4 Usaha kerajaan mengusahakan industri pertanian sebagai

suatu perniagaan akan mudah tercapai.

10.2.5 Tanah terbiar akan diusahakan semula kerana tarikan

pulangan yang menguntungkan bagi penanaman padi.

10.2.6 Tahap sara diri negara dan sekuriti makanan negara akan

dapat dipertingkatkan dan lebih terjamin.

10.2.7 Imej kerajaan dan kementerian terbabit akan meningkat di

mata rakyat khususnya warga peladang luar bandar kerana

melaksanakan projek yang berfaedah dengan pendekatan

baru dan praktikal.

“We Help Farmers Feed The World” 22

Page 23: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi

10. SYOR

Pencapaian faedah kepada petani dan kerajaan yang tersebut di atas akan membawa kepada dimensi baru dalam perusahaan pengeluaran padi di seluruh negara. Program peningkatan hasil ke arah 90 % keperluan beras negara (90% Self Sufficient Level) akan mudah tercapai jika input pertanian yang kos efektif serta program pemindahan teknologi yang berkesan kepada petani dapat dilakukan.

Produk UPM ini telah mendapat akuan oleh pihak MARDI (dua laporan tahun 2002, 2009) dan pengiktrafan di peringakat antarabangsa. Produk ini juga terbukti keberkesanannya oleh Jabatan Pertanian melalui proses penyelidikan verifikasi ladang yang lama dan teliti, oleh itu InshaAllah akan dapat membantu pihak kerajaan meningkatkan hasil padi bagi mencapai matlamat 90% keperluan beras negara dalam tempoh yang singkat.

Oleh itu Perintis Pelangi ingin memohon dan mencadangkan kepada pihak kerajaan agar produk tempatan yang dikeluarkan oleh UPM iaitu iaitu VITA-GROW® PREMIUM mendapat pertimbangan dan dimasukkan sebagai sebahagian daripada bekalan input tambahan sebanyak RM 140.00/ha.

PERINTIS PELANGI SDN. BHD.

5 July 2011

“We Help Farmers Feed The World” 23

Page 24: CADANGAN TEKNOLOGI PERSIS UPM UNTUK · Web viewPenjimatan kos kawalan penyakit padi kerana peningkatan daya tahan pokok padi yang tinggi. Penjimatan membeli benih kerana hasil padi

Perintis Pelangi

12. RUJUKAN

Ahmad Fuad, Z. 2006. Effect of Robust on the controlling sheath blight in rice. Final year project paper. UPM.

Jabatan Pertanian. 2004. Laporan penyiasatan pengeluaran padi musim utama 2002/2003. Terbitan Jabatan Pertanian.

Shahwahid, M.O., Zulkifli, I., S.R. Syed Omar, and Shamsuddin, Z. 2006. Universiti Putra Malaysia’s research and development contribution to rural socio-economic betterment through community driven research and technology transfer. Proceeding of the international seminar on the contribution of higher agriculture education to learning and development in rural asia. Beijing, China. 25-28 April, 2006.

“We Help Farmers Feed The World” 24