prosedur reka dan bina - jkr

155
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBINAAN PROJEK REKA & BINA Ketua Pengarah Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Malaysia Kuala Lumpur Tarikh: 5 Mac 2007

Upload: jccvincent

Post on 25-Nov-2015

1.001 views

Category:

Documents


61 download

DESCRIPTION

JKR Design and Build Procedure

TRANSCRIPT

  • GARIS PANDUAN

    PENGURUSAN PEMBINAAN PROJEK REKA & BINA

    Ketua Pengarah Kerja Raya,Ibu Pejabat JKR MalaysiaKuala Lumpur

    Tarikh: 5 Mac 2007

  • i / ivJKR Malaysia: 5 Mac 2007

    KANDUNGAN

    Kandungan Muka Surat

    Kandungan ...i

    Penghargaan ...ii

    Singkatan .iii

    1.0 Pendahuluan .1

    2.0 Definisi ...6

    3.0 Peranan JKR Dalam Pengurusan Pembinaan Projek R&B ...............11

    4.0 Peringkat Persediaan Awalan& Dokumen .............15

    5.0 Peringkat Perancangan Pembinaan........................21

    6.0 Peringkat Pelaksanaan Pembinaan ..26

    7.0 Peringkat Pengujian dan Pentauliahan .. 31

    8.0 Peringkat Pemeriksaan Pra Penyerahan & Penyerahan .......32

    9.0 Latihan Untuk Pengguna Fasiliti(End User) .....33

    10.0 Peringkat Tempoh Tanggungan Kecacatan ......34

    11.0 Pentadbiran Kontrak..35

    12.0 Kawalan Produk dan Prestasi Kontraktor.......63

    13.0 Lampiran .................................................................................................66

  • ii / ivJKR Malaysia: 5 Mac 2007

    PENGHARGAAN

    Pengurusan Atasan JKR merakamkan penghargaan yang tinggi atas sumbangan dan usaha

    dalam menyedia dan menyiapkan garis panduan ini kepada semua ahli Pasukan Penggubal

    bagi Garis Panduan Pengurusan Pembinaan Projek Reka dan Bina yang terdiri dari:

    1. Ar. Dr. Amer Hamzah bin Yunus (JUSA C) Cawangan Arkitek

    2. Ir. Hj. Mohd. Aminudin bin Md. Amin (J54) Caw. Pakar & Kej. Awam

    3. Ir. Hj. Sallehuddin bin Md. Isa (J54) Caw. Kerja Pendidikan

    4. Tn. Syed Abdullah b. Syed Ab. Rahman (J54) Cawangan Pengurusan Korporat

    5. Ir. Hj. Abd. Aziz bin Ahmad (J52) Caw. Mekanikal, JKR Selangor

    6. Tn. Hj. Haron bin Kassim (J52) Caw. Mekanikal, JKR Pahang

    7. Pn. Zainab binti Ahmad (J52) Caw. Kontrak & Ukur Bahan

    8. Tn. Hj. Kamaruddin b. Omar (J52) Bahagian Keselamatan, JPA

    9. Tn. Hj. Mohd. Zohadi bin Romli (J52) Cawangan Kej. Elektrik

    10. Ir. Mohd. Sabri bin Mat Deris (J48) Cawangan Pengurusan Korporat

    11. Ir. Adnan Shukri bin Musa (J48) Cawangan Pengurusan Korporat

    12. Ir. Hamidon bin Abd. Hamid (J48) JKR Perak

    13. Ir. Abdul Rahman bin Salleh (J48) Cawangan Jalan

    14. Ir. Rahmat bin Hj. Abd. Rahman (J48) Cawangan Arkitek

    15. Ir. Hj. Mohd Noor Azuddin bin Mansor (J48) Cawangan Pakar & Kej. Awam

    16. Ir. Wan Ibrahim bin Wan Yusoff (J48) Caw. Pengkalan Udara & Maritim

    17. Ar. Rosila binti Mohamad (J48) Cawangan Kerja Bangunan Am

    18. En. Amran bin Majid (J48) Caw. Kontrak & Ukur Bahan

    19. En. Ramli b. Yusuf (J48) Cawangan Kej. Mekanikal

    20. Ir. Gnana Sekaran a/l Doraisamy (J48) Cawangan Kerja Keselamatan

    21. Ar. Azman bin Abd. Manaf (J48) Cawangan Kerja Kesihatan

    22. Pn. Ruaidah bt. Idris (J48) Cawangan Kerja Kesihatan

    23. En. Aminuddin b. Johari (J48) Cawangan Kerja Kesihatan

    24. Cik Selmah bt. Ahmad (J48) Cawangan Kerja Kesihatan

    25. Pn. Hasnah bt. Yun (J48) Cawangan Kerja Kesihatan

    26. Pn. Sharina Intan binti Abdullah (J44) Cawangan Kerja Kesihatan

    27. En. Abdul Latif bin Shariff (J41) Cawangan Pengurusan Korporat

    28. En. Ismail bin Abdullah (J41) Cawangan Pengurusan Korporat

    29. Pn. Rosmawati bt Ismail Effendi (J41) Cawangan Pengurusan Korporat

  • iii / ivJKR Malaysia: 5 Mac 2007

    SINGKATAN

    Bil. Singkatan Keterangan

    1. ACDA As Conract Detail Abstract

    2. AP Arahan Perbendaharaan

    3. APK Arahan Perubahan Kerja.

    4. C-Plan Pelan Kualiti Pembinaan (Construction Quality Plan)

    5. C&S Civil and Structural

    6. CMGD Sijil Perakuan Siap Membaiki Kecacatan (Certificate of Making Good

    Defects)

    7. CPC Certificate of Practical Completion

    8. CPM Critical Path Method

    9. COC Condition of Contract

    10. DO Kelulusan Kebenaran Merancang (Development Order)/

    11. D-Plan Pelan Kualiti Rekabentuk (Design Quality Plan)

    12. DLP/ TTK Tempuh Tanggungan Kecacatan (Defect Liability Period)

    13. EIA Penilaian Impak Alam Sekeliling (Environmental Impact Assessment)

    14. GMTO Government Multimodal Transport Operators

    15. HODT Ketua Pasukan Rekabentuk/Perolehan (Head of Design Team)

    16. HOPT Ketua Pasukan Projek (Head of Project Team)

    17. IPS Jadual Bayaran Interim (Interim Payment Schedule)

    18. ISO International Organization for Standards

    19. ITP Inspection & Testing Plan

    20. JHK Jumlah Harga Kontrak

    21. KISB Kumpulan Ikram Sdn Bhd

    22. KPKR Ketua Pengarah Kerja Raya

    23. LM Lanjutan Masa

    24. M&E Mechanical and Electrical

    25. MITI Ministry of International Trade & Industry

    26. MS Malaysian Standards

    27. NCP Produk Yang Tidak Memenuhi Spesifikasi(Non Compliance Product)

    28. NCR Laporan Ketidakpatuhan

  • iv / ivJKR Malaysia: 5 Mac 2007

    Bil. Singkatan Keterangan

    29. O&M Operation and Maintenance

    30. PB Pengarah Berkenaan

    31. PBT Pihak Berkuasa Tempatan

    32. PD Pengarah Projek (Project Director)

    33. PHK Perakuan Pelarasan Harga Kontrak.

    34. PK Perubahan Kerja

    35. PKK Pelan Kepastian Kualiti

    36. PKLM Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa

    37. PKTS Perakuan Kerja Tidak Siap

    38. PPP Pasukan Pengurusan Pembinaan JKR

    39. PPT Pelan Pengurusan Trafik

    40. PTB Penyelia Tapak Bina yang dilantik oleh PP/WPP/ PD/WPD.

    41. PYDK Pegawai Yang Diberi Kuasa

    42. QA Quality Assurance

    43. QAP Pelan Kepastian Kualiti ( Quality Assurance Plan )

    44. QAS Sistem Kepastian Kualiti (Quality Assurance System)

    45. QC Quality Control

    46. QP Quality Planning

    47. Q-Plan Pelan Kualiti Projek (Project Quality Plan)

    48. R&B Reka dan Bina

    49. SKALA Sistem berkomputer untuk pengurusan Projek JKR.

    50. SPK Sistem Pengurusan Kualiti

    51. SPP Surat Pekeliling Perbendaharaan

    52. SPKPKR Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kerja Raya

    53. SST Surat Setuju Terima ( Letter of Acceptance)

    54. T&C Testing And Commissioning

    55. VOP Variation of Price (Pelarasan Turun Naik Harga)

    56. WBS Work Breakdown Structure

    57. WPD Wakil Pengarah Projek

    58. WPS Wang Peruntukan Sementara

  • 1/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    1.0 PENDAHULUAN

    1.1 Keperluan Garispanduan

    Pelaksanaan projek kerajaan melibatkan kerjasama banyak pihak seperti agensi

    pelanggan, JKR, perunding, kontraktor dan pembekal.

    Peranan dan tanggungjawab pihak yang terlibat dengan pelaksanaan secara reka &

    bina berbeza dengan pelaksanan secara konvensional.

    Garis panduan ini memberi penjelasan peranan dan tanggungjawab pihak yang

    terlibat dalam pelaksanaan projek secara reka & bina.

    1.2 Objektif

    Objektif garis panduan ini ialah untuk :

    1. menyeragamkan amalan dan kaedah pengurusan projek Reka & Bina (R&B)

    JKR.

    2. menjelaskan peranan dan tanggungjawab JKR dan kontraktor dalam

    pelaksanaan projek R&B.

    3. memastikan pelaksanaan setiap projek R&B JKR mencapai objektif yang

    ditetapkan.

    1.3 Konsep Projek Reka-Bina

    Sistem penyampaian projek R&B yang dilaksanakan oleh JKR adalah sebagaimana

    rajah 1.

  • 2/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    Pelaksanaan projek JKR secara kaedah R&B adalah merupakan sistem

    penyampaian projek dimana satu entiti iaitu kontraktor bertanggungjawab

    sepenuhnya ke atas merekabentuk, pembinaan, pengawasan, pengujian dan

    pentauliahan, penyiapan dan menyenggara semasa tempoh penyenggaraan

    sebagaimana yang diperuntukan dalam kontrak.

    Pelaksanaan kaedah konvensional dimana tanggungjawab pelaksanaan projek

    dikongsi oleh pemilik, perekabentuk dan kontraktor dan memerlukan penyelarasan

    dan komunikasi yang berkesan. Manakala kaedah R&B kontraktor perlu melantik

    atau mempunyai kelayakan sebagai perunding rekabentuk untuk mengurus dan

    mengambil tanggungjawab profesional dalam rekabentuk dan penyeliaan

    pembinaan.

    Pelaksanaan projek secara R&B pada konsepnya menawarkan beberapa kelebihan

    di segi kawalan terhadap tempoh pelaksanaan, integrasi diantara pereka dan

    pembina, peningkatan perhubungan, keputusan dibuat lebih cepat dan pasukan

    projek R&B mempunyai insentif untuk mengawal kos keseluruhan.

    Tanggungan pelaksanaan projek secara keseluruhan adalah terletak ke atas

    kontraktor. Kontraktor menjamin kepada Kerajaan bahawa rekabentuk dan kerja

    yang disiapkan adalah lengkap dan bebas dari sebarang ketidakcukupan, kegagalan

  • 3/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    atau/ dan kecacatan. Sebarang kos atau kelewatan disebabkan oleh

    ketidaksempurnaan rekabentuk akan ditanggung oleh kontraktor.

    Peranan dan tanggunjawab JKR dalam projek ini sebagai pemaju dan pengawas

    projek kepada jabatan pelanggan sahaja. Manakala tanggungjawab professional

    adalah pihak kontraktor sepenuhnya.

    Perkaitan fungsi dan sistem penyampaian dalam pelaksanaan projek R&B oleh JKR

    adalah sebagaimana rajah 2.

    JKR(Project Director)

    DESIGN & BUILD*CONTRACTOR

    Design, Construct,Maintain and Handover

    CONSULTANTDesign & Supervision

    SUB-CONTRACTORS

    Construction

    Report on design,Constructionsupervision,Quality,schedule,workmanship

    Report on ProjectManagement i.ePlanning, Execution,Monitoring andcontrol ofconstruction

    Rajah 2: Perkaitan fungsi & sistem penyampaian projek R&B[ DESIGN AND BUILD CONTRACT WITH*PROJECT MANAGEMENT BY CONTRACTOR ]

    FunctionalContractual

    INDEPENDENT CHECKER

    Design Checks

    Report on Design Checks

    1.4 Pembahagian Peranan Dan Risiko

    Pembahagian risiko yang bersesuaian bergantung kepada projek dan pihak yang

    terlibat, oleh itu tiap-tiap kes perlu dikaji dengan teliti. Perbandingan risiko yang

    ditanggung oleh pemilik/jabatan pelaksanaan projek secara konvensional dan R&B

    seperti Jadual 1.

  • 4/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    Jadual 1-Perbandingan agihan risiko di antara R&B dan konvensional

    Kategori Tanggungjawab/Risiko Konvensional Reka-Bina

    Pm Prb K Pm KRB

    Design Reviews x 1 x

    Difference between design criteria and

    detail design

    x x

    Errors or omissions arise during

    construction

    x 2 x

    Project site safety x x

    Constructibility of design x x

    Redesign if required x x

    Site supervision x x

    Testing and commissioning x x

    Coordination of construction x x

    Permits and approval 3 4 5 6

    Environment Management Plan x 7 7

    Coordination with other works x 8 x

    Quality control and Quality assurance 9 10 11 x

    Differing subsurface conditions x 12 13 14

    Design defects x 15 x

    Construction defects x x

    Unidentified utilities affecting sites x 7 x

    Inflation x x

    Warranty for facility performance 16 7 17

    Maintenance during DLP x

    As built drawing x x

  • 5/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    Legend:

    Pihak yang terlibat:

    Pm = Pemilik (Bermaksud jabatan pelanggan yang membiayai kos pembinaan),

    Prb= Perekabentuk,

    K = Kontraktor konvensional,

    KRB = Kontraktor R&B

    Skop tanggungjawab / risiko:

    x Responsibility

    1 Reviews of compliance with design criteria

    2 Only if negligent

    3 Obtains overall approvals

    4 Obtains most permits

    5 Limited to major approvals

    6 Obtains most approvals

    7 Negotiable

    8 Coordinates subcontractors only

    9 Significant inspection and testing

    10 Responsible for quality of workmanship

    11 Oversight only

    12 Responsible for conditions inherent in type of work

    13 Negotiable, responsible for information given

    14 Negotiable, but typically responsible for most conditions

    15 Only if negligent

    16 Typically responsible for materials & workmanship for 1 year

    17 Supplying design & product; performance warranties negotiable

  • 6/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    2.0 DEFINISI

    2.1 Pernyataan Kehendak (Needs Statement)

    Needs Statement adalah kenyataan kehendak, keperluan dan skop yang ditetapkan

    bagi maksud asas dalam pelaksanaan sesuatu projek.

    Satu pra-syarat yang amat penting dalam R&B ialah pernyataan kehendak kerajaan

    hendaklah dinyatakan dengan lengkap dan jelas yang boleh dinilai tahap kualitinya

    dalam bentuk petunjuk prestasi yang boleh diukur.

    2.2 Program Kerja

    Program Kerja merupakan perancangan kerja harian di tapak bina bagi mempastikan

    projek dapat disiapkan dalam tempoh kontrak.

    Program Kerja hendaklah mengambilkira semua aktiviti yang terlibat dalam

    penghasilan semua deliverable dalam skop kontrak. Contoh aktiviti ialah

    pemasangan acuan, pemasangan besi tetulang dan penuangan konkrit. Contoh

    deliverable adalah tiang, rasuk dan papak.

    Program Kerja hendaklah disediakan dengan menggunakan perisian pengurusan

    projek yang merangkumi (incorporate) Critical Path Method (CPM). Perkara utama

    yang perlu diambil kira dalam penyediaannya adalah:

    i. Kaedah pembinaan dan turutan kerja

    ii. Kadar produktiviti bagi aktiviti

    iii. Sumber yang diperuntukan

    iv. Kalendar projek dan sumber

    Program Kerja digunakan dalam aktiviti pemantauan dan pengawalan kemajuan

    kerja dapat dijalankan dengan berkesan. Kerja pembinaan hendaklah berdasarkan

    Program Kerja yang diluluskan. Pemantauan dan kawalan kemajuan kerja hendaklah

    dilaksana melalui kemudahan pengesanan projek (project tracking) yang terdapat

    dalam perisian pengurusan projek dan menggunakan format yang diluluskan oleh

    Pasukan Pengurusan Pembinaan JKR (PPP).

  • 7/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    2.3 Sistem Kepastian Kualiti/ Quality Assurance System (QAS)

    Dokumen Sistem Kepastian Kualiti (QAS) adalah melibatkan semua proses kerja

    seperti perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pengawalan kualiti bagi semua

    skop kerja. Sebagai contoh, pihak Konsultan akan membuat perancangan,

    menjalankan pemeriksaan dan pengujian serta penerimaan sesuatu produk

    berdasarkan berdasarkan Pelan Pemeriksaan & Pengujian.

    Konsep Sistem Pengurusan Kualiti Projek (Project Quality Management System)

    QAS hendaklah mengandungi ciri asas kepada pengurusan kualiti iaitu :

    i. Perancangan Kualiti (Quality Planning )(QP),

    ii. Kepastian Kualiti (Quality Assurance) (QA)

    iii. Kawalan Kualiti (Quality Control) (QC)

    Perancangan Kualiti (QP) merupakan perancangan aktiviti, kriteria dan sumber-

    sumber dalam mengurus pencapaian objektif dan keperluan kualiti produk yang

    didokumenkan sebagai panduan semasa pelaksanaan sesuatu projek.

    Kepastian Kualiti (QA) ialah satu program terancang yang merangkumi polisi,

    prosedur, tanggungjawab, tindakan sistematik termasuk pemeriksaan, ujian dan

    audit yang perlu untuk memastikan program pengurusan kualiti dan keputusan

    memenuhi syarat kontrak.

    Kawalan Kualiti (QC) adalah tindakan yang diambil oleh kontraktor R&B untuk

    memeriksa, menyaksi, menyelia dan menguji semua proses pembinaan dan

    pemasangan menentukan kepatuhan kepada spesifikasi dan pelan pengurusan

    kualiti.

    Pelan Kepastian Kualiti / Quality Assurance Plan (QAP) adalah pelan yang

    menetapkan rangka kerja bagi proses pengurusan kualiti. QAP terbahagi kepada

    dua: Pelan Pengurusan Kualiti Rekabentuk dan Pelan Pengurusan Kualiti

    Pembinaan.

    Dokumen QAS ini akan digunakan oleh pihak Kontraktor dan perunding untuk

    merancang, melaksana, memantau dan mengawal kerja pembinaan bagi

    memastikan objektif kualiti dapat dicapai.

  • 8/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    2.4 Audit Pembinaan Dan Audit Pematuhan

    Audit Pembinaan merupakan aktiviti pemeriksaan yang dilaksanakan untuk

    menverifikasi dan mempastikan proses atau produk pembinaan dilaksanakan oleh

    kontraktor mematuhi semua syarat, spesifikasi dan pernyataan yang ditetapkan

    dalam kontrak.

    Tujuan audit pematuhan adalah untuk memastikan dan mengawal pematuhan

    pelaksanaan projek terhadap:

    Kehendak Penyataan Dokumen Kontrak Sistem Kepastian Kualiti

    Audit pematuhan hendaklah dijalankan secara sistematik mengikut sistem kepastian

    kualiti yang diluluskan.

    Setiap ketidakpatuhan hendaklah dimaklumkan secara rasmi kepada kontraktor

    untuk tindakan pembetulan dan mesti dipantau sehingga tindakan diambil dengan

    sempurna.

    Ketidakpatuhan adalah percanggahan atau perlanggaran ke atas mana-mana

    kehendak dalam arahan, spesifikasi, prosedur, pekeliling, piawaian dan perundangan

    yang ditetapkan dalam kontrak.

    2.5 Kawalan Produk Yang Tidak Memenuhi Spesifikasi

    Produk ialah hasil daripada perkhidmatan yang diberi, termasuk hasil diperingkat

    pemprosesan seperti lukisan, rekabentuk, dokumen tender, dokumen kontrak,

    komponen-komponen produk projek semasa pembinaan dan produk akhir sesuatu

    projek.

    Produk Yang Tidak Memenuhi Spesifikasi ( Non Compliance Product) (NCP) adalah

    produk yang tidak mematuhi keperluan yang dinyatakan dalam spesifikasi, kod,

    piawaian, brif projek dan perundangan yang mana berkaitan yang ditetapkan dalam

    kontrak.

  • 9/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    Kawalan Produk Yang Tidak Memenohi Spesifikasi adalah prosedur untuk

    memastikan produk yang tidak memenuhi spesifikasi dikenalpasti, dikawal,

    diasingkan dan diambil tindakan pembetulan supaya produk yang diterima sahaja

    yang diserahkan kepada pelanggan.

    2.6 Pengujian Dan Pentauliahan /Testing And Commissioning (T&C)

    Pengujian adalah proses yang dijalankan bagi memeriksa, mengukur dan menguji

    untuk memastikan fungsi sesuatu pemasangan/ peralatan/ sistem dapat beroperasi

    mengikut rekabentuk asal tercapai dan keputusan pengujian direkodkan. Rekod ini

    merupakan maklumat datum (asas) yang perlu untuk memantau keupayaan sistem

    berkenaan disepanjang hayatnya.

    Pentauliahan ialah proses menjalankan sistem dan membuktikan aspek kefungsian

    dan keupayaan sesuatu sistem tercapai mengikut kehendak reka bentuk asal. Ianya

    merangkumi rekod lengkap prosedur dan keputusan pentauliahan.

    Aktiviti T&C bermula dari siapnya kerja-kerja fizikal dan melibatkan semua

    pemasangan/ peralatan/ sistem mekanikal, elektrikal dan sistem kejuruteraan awam

    seperti sistem kumbahan dll. sehingga terhasilnya Rekod Pengujian & Pentauliahan

    (T&C Documents)

    Kontraktor perlu memasukkan jadual T&C di dalam program kerja (CPM) bagi

    keseluruhan projek. Tempoh yang munasabah dan praktikal hendaklah di

    peruntukan bagi tujuan T&C.

    Kerja-kerja menyiapkan dan menjalankan peralatan / sistem dibuat oleh kontraktor.

    Kehadiran juruperunding / wakil adalah wajib bagi menyaksikan dan merekodkan

    segala data dan prosedur ke atas borang T&C. Wakil juruperunding perlu

    mendapatkan persetujuan PD terlebih dahulu. Tanggungjawab mengesahkan (verify)

    T&C ini terletak kepada juruperunding bertauliah dan deklarasi oleh perunding perlu

    diperolehi ke atas keseluruhan T&C yang dijalankan.

  • 10/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    2.7 Pemeriksaan Pra Penyerahan & Penyerahan

    Pemeriksaan pra penyerahan adalah satu proses untuk memastikan produk yang

    diterima JKR mematuhi kontrak.

    Skop pemeriksaan ini merangkumi pemeriksaan komponen produk yang

    menyeluruh, pemeriksaan inventori; penyediaan senarai-senarai kecacatan dan

    kerja-kerja tertangguh; Senarai-senarai ini perlu disahkan oleh arkitek/

    jurutera/professional yang bertauliah dimana berkaitan.

    Penyerahan pula satu proses di mana produk disiapkan mengikut kontrak yang

    diserahkan oleh kontraktor kepada JKR setelah pengeluaran Sijil Siap Praktikal

    (Certificate of Practical Completion) (CPC) dan JKR seterusnya menyerahkannya

    kepada pelanggan.

    2.8 Tempoh Tangggungan Kecacatan / Defect Liability Period (DLP)

    Tempuh Tanggungan Kecacatan (DLP) adalah tempuh tanggungjawab kontraktor

    menyenggara atau membaiki kecacatan/kerosakan produk selepas pembinaan yang

    ditetapkan dalam kontrak.

    Aktiviti DLP bermula dari tarikh CPC dikeluarkan berjalan sehingga pada tarikh akhir

    dalam tempoh DLP yang ditetapkan di dalam kontrak.

    Skop aktiviti JKR di peringkat DLP adalah meliputi proses pemantauan ke atas kerja-

    kerja pembaikan Kecacatan (Defects List) sepertimana yang telah dikenalpasti dalam

    Senarai Kecacatan dan pemantauan ke atas kerja-kerja pembaikan kecacatan

    (defects) selepas CPC, kerja penyenggaraan (Planned Preventive Maintenance &

    Breakdown Maintenance) dan pengurusan aduan dari pelanggan. Selepas tempoh

    DLP tamat dan segala syarat-syarat yang ditetapkan di dalam kontrak dipenuhi JKR

    hendaklah memproses pengeluaran Sijil Perakuan Siap Membaiki Kecacatan

    (Certificate of Making Good Defects) (CMGD) dan penyediaan Perakuan Muktamad.

  • 11/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    3.0 PERANAN JKR DALAM PENGURUSAN PEMBINAAN

    3.1 Skop Pengurusan Pembinaan

    Proses kerja pengurusan pembinaan bermula bila mana Pengarah Cawangan yang

    berkenaan (atau pihak yang lebih tinggi) (PB) mengeluarkan Surat Penurunan /

    Perwakilan Kuasa kepada Pengarah Projek (PD) yang dilantik sebaik sahaja Surat

    Setuju Terima (SST) dikeluarkan. Semasa penyerahan tugasan ini, penyelarasan

    antara pihak PB dan Ketua Pasukan Projek / Head of Project Team (HOPT)

    dengan pihak PD dan Pasukan Pengurusan Pembinaan JKR (PPP) perlu

    dilaksanakan secara berkesan dan jelas.

    Skop pengurusan pembinaan projek R&B secara umumnya merangkumi aktiviti

    diperingkat rekabentuk, pembinaan sehingga penyerahan kepada pelanggan dan

    penutupan projek, dimana peringkat aktiviti asas seperti berikut (sila lihat rajah 3):

    i. Peringkat Persediaan Awalan

    ii. Peringkat Perancangan Pembinaan

    iii. Peringkat Pelaksanaan Pembinaan

    iv. Peringkat Pengujian dan Pentauliahan

    v. Peringkat Penerimaan Produk & Serahan

    vi. Peringkat Tempoh Tanggungan Kecacatan

    Peringkat 1

    PersediaanAwalan

    Peringkat 3

    PelaksanaanPembinaan

    Peringkat 2

    PerancanganPembinaan

    Peringkat 4

    Pengujian &Pentauliahan

    Peringkat 5

    Penerimaan &Serahan

    OUTPUT

    Projek yangdisiapkan

    INPUT

    SuratperlantikanPD & PPP,SST, NeedsStatement

    Fungsi JKR:PenyelarasanPemantauanPengauditanKawalanPentadbirankontrak

    Rajah 3: Aktiviti Pengurusan JKR Dalam Pelaksanaan Projek Reka & Bina

    Peringkat 6

    TempuhTanggunganKecacatan

    Audit Dokumentasi Audit Pematuhan Audit Produk

  • 12/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    Dalam setiap peringkat aktiviti pembinaan projek R&B yang dipertanggungjawabkan

    kepada kontraktor, pihak JKR khususnya PD dan PPP perlu memberi penekanan

    kepada pemantauan pelaksanaan mengikut program kerja dan kawalan kualiti

    produk bagi memastikan projek yang disiapkan oleh kontraktor mencapai objektif

    yang ditetapkan dan kepuasan pihak pelanggan.

    Fungsi utama PD dan PPP dalam pengurusan pembinaan projek R&B ini antara lain

    adalah:

    1. Penyelarasan

    2. Pemantauan

    3. Pengauditan

    4. Kawalan

    5. Pentadbiran kontrak

    3.2 Penyelarasan

    PD bertanggungjawab menjalankan penyelarasan di antara HOPT, PPP, JKR

    Negeri, JKR Daerah, Pelanggan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi-agensi

    Kerajaan yang mempunyai input kepada pelaksanaan projek.

    Penyelarasan antara lain merangkumi perkara-perkara berikut:-

    i Rekabentuk & nasihat teknikal

    ii Peruntukan projek

    iii Pengambilan balik tanah dan pampasan

    vi Kelulusan Pelan Perancangan/ Pembangunan

    vii Pengalihan / perlindungan kemudahan awam.

    Tindakantindakan susulan dalam urusan penyelarasan yang perlu dilaksanakan

    oleh Kontraktor ialah :-

    i Persetujuan rekabentuk, lukisan dan spesifikasi kerja dari pihak HOPT.

    ii Kelulusan pelan dan permohonan pengambilan balik tanah

    iii Kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau Agensi-agensi Kerajaan

    seperti JKR Daerah, Jabatan Peparitan & Saliran, Majilis Perbandaran,

    Pejabat Daerah atau Jabatan Alam Sekitar berhubung dengan pematuhan

    peraturan atau undang-undang yang berkaitan dengan pembangunan .

  • 13/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    iv Pengalihan, penyambungan atau bekalan utiliti seperti paip bekalan air, talian

    telekomunikasi, talian elektrik dan paip bekalan gas

    v Kelulusan Penilaian Impak Alam Sekeliling (EIA) jika perlu

    3.3 Pemantauan Dan Kawalan

    PPP hendaklah memantau dan mengawal projek supaya Kontraktor mematuhi

    Syarat-syarat Kontrak, Need Statement, Spesifikasi, Lukisan Pembinaan / Lukisan

    Kerja. Disamping itu kerja-kerja pembinaan hendaklah mengikut piawaian kualiti,

    garis panduan dan amalan kejuruteraan terbaik.

    Pemantauan dan kawalan dilakukan ke atas tiga (3) elemen utama dalam

    pengurusan projek iaitu :-

    i Kemajuan Kerja

    ii Kualiti

    iii Kos

    3.4 Pengauditan Dan Laporan

    Audit dilaksanakan oleh PPP untuk memastikan sistem pengurusan kualiti wujud,

    digunapakai dan berkesan mencapai objektif projek.

    Ada tiga bentuk audit yang dilaksanakan terhadap kontraktor dan pembinaan projek

    R&B mengikut peringkat aktiviti/ proses pelaksanaan sesuatu projek:

    1. Audit Dokumentasi ( Adequacy Audit/Documentation Audit)

    2. Audit Pelaksanaan ( Compliance Audit/ Process Audit)

    3. Audit Produk ( Performance Audit / Product Audit)

    Audit dilakukan berpandukan senarai semakan melalui pemeriksaan dokumen, fizikal

    atau/dan temuduga bagi mendapatkan bukti objektif terhadap aktiviti dan proses

    pelaksanaan projek yang berkaitan. Bukti objektif antara lain seperti Laporan Projek,

    Laporan Kemajuan Kerja dan Laporan Kawalan Kualiti (seperti sijil kalibrasi, sijil

    pengeluaran, laporan ketidakpatuhan, gambar, analisis data-data yang berkaitan,

    dan sebagainya).

  • 14/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    Sampel yang diaudit ditentukan secara rawak atau/dan terpilih. Kekerapan audit

    tertakluk kepada keperluan aktiviti pembinaan yang terlibat atau dasar jabatan

    ditetapkan.

    Laporan Ketidakpatuhan (NCR) dikeluarkan kepada Kontraktor sekiranya terdapat

    ketidakpatuhan untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan.

    Kegagalan kontraktor mengambil tindakan yang wajar hendaklah dilaporkan kepada

    PD untuk tindakan kontrak dan perundangan yang berkaitan sebagaimana dijelaskan

    pada perkara 11.

    3.5 Pengurusan Kontrak

    Seperti pengurusan projek konvensional, bagi pengurusan projek R&B, PD dan PPP

    perlu melaksanakan perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan pentadbiran

    kontrak seperti bayaran pendahuluan & bayaran interim, perubahan kerja, lanjutan

    masa & perakuan tidak siap, pematuhan kepada dasar perolehan kerajaan,

    pemasuhan kontrak, perakuan siap kerja, penutupan akaun dan lain-lain.

    PPP hendaklah memastikan pihak kontraktor menjalankan kerja yang berkaitan

    dengan projek R&B sentiasa mematuhi segala kehendak kontrak yang ditetapkan.

    PPP hendaklah sentiasa memantau, menilai dan mengambil tindakan terhadap

    kemungkiran kontraktor mengikut peruntukan-peruntukan yang ditetapkan.

  • 15/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    4.0 PERINGKAT PERSEDIAAN AWALAN DAN DOKUMEN

    4.1 Penyerahan Tanggungjawab Pengurusan Pembinaan

    Penyerahan tangungjawab pengurusan pembinaan oleh Pengarah Cawangan

    berkenaan (PB) kepada PD dibuat melalui surat perwakilan kuasa.

    PD perlu menubuhkan PPP bagi menyelaras, memantau dan mengawal

    pelaksanaan projek.

    Mesyuarat/taklimat penyerahan tanggungjawab hendaklah diadakan oleh Pengarah

    Cawangan/ HOPT kepada PD dan PPP untuk menjelaskan latarbelakang projek

    dengan agenda-agenda berikut :

    i Butir-butir kontrak,

    ii Skop kerja,

    iii Keperluan teknikal (rekabentuk dan turutan kerja),

    iv Maklumat Kontraktor dan perunding-perunding,

    iv Dokumen Kontrak; SST, Arahan kepada Kontraktor, Need

    Statements, Lukisan Kontrak, spesifikasi kerja, dll.

    v Pasukan Pengurusan Projek,

    vi Peruntukan kewangan projek,

    vii Status pengambilan tanah atau kelulusan pelan pembangunan,

    viii Tarikh memasuki tapak, fasa pelaksanaan jika ada

    ix Masalah-masalah yang dijangka akan memberi kesan kepada objektif

    kualiti projek dan pelan tindakan.

    Rekod-rekod yang perlu disimpan dan senggara bagi aktiviti ini adalah:

    i. Surat penyerahan tugas/ Surat perwakilan kuasa,

    ii. Surat perlantikan PPP,

    iii. Surat jemputan dan agenda mesyuarat penyerahan tanggungjawab,

    iv. Minit mesyuarat penyerahan tanggungjawab

    v. Dokumen-dokumen yang berkaitan.

    Semua rekod-rekod yang berkaitan hendaklah disimpan, dikemaskini dan disenggara

    dari masa kesemasa.

  • 16/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    4.2 Pengurusan Sumber Kepada Pasukan Projek JKR

    PD hendaklah mengenalpasti keperluan dan menyediakan sumber-sumber yang

    mencukupi bagi pembentukan PPP, antara lain adalah:

    a) Kecukupan & Kemahiran Staf.

    b) Pengurusan Bajet & Kewangan

    c) Kelengkapan & Peralatan Kerja

    PD hendaklah menentukan PPP terdiri daripada anggota-anggota yang kompeten

    bagi menjamin kualiti kerja yang konsisten. Keperluan sumber manusia hendaklah

    dirancang, dilaksana dan dinilaikan selaras dengan skop dan objektif projek

    sebagaimana yang ditetapkan dalam Prosedur SPK JKR.

    PD hendaklah memastikan keperluan infrastruktur yang sesuai kepada staf bagi

    menghasilkan produk. Kemudahan infrastruktur termasuklah;-

    a) Bangunan, ruang kerja dan utiliti berkaitan.

    b) Peralatan proses seperti perkakasan dan perisian komputer.

    c) Produk sokongan yang diperlukan seperti pengangkutan dan perhubungan.

    Kemudahan infrastruktur di atas adalah disedia dan disenggarakan mengikut arahan-

    arahan kerajaan yang berkaitan dan keperluan pejabat masing-masing

    PD hendaklah memastikan persekitaran kerja yang sesuai, selesa dan selamat serta

    dilaksanakan mengikut arahan-arahan jabatan yang ditetapkan bagi staf

    menghasilkan produk selaras dengan Dasar dan Objektif Kualiti JKR.

    Secara khusus, PD hendaklah mematuhi keperluan dalam Manual Kualiti

    (JKR.MK.01) dan prosedur SPK JKR yang berkaitan dengan pengurusan sumber

    antara lain Prosedur JKR.PK(P).09.

    4.3 Dokumen Rujukan Awalan

    PPP perlu mendapatkan dan memahami beberapa dokumen rujukan awalan

    sebelum penerimaan Dokumen Kontrak, antara lain seperti:

    - Minit mesyuarat interaksi teknikal / kontraktual,

    - Minit mesyuarat rundingan harga,

  • 17/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    - Dokumen pra-tawaran.

    - Salinan cadangan lukisan awalan kontraktor yang disetujuterima.

    - Salinan analisis harga kontrak (Contract Sum Analysis) yang telah

    dipersetujui

    - Salinan Bon Pelaksanaan (jika sudah ada)

    - Nota liputan polisi insurans (cover notes for insurance policies)

    - Salinan spesifikasi kerja,

    - Maklumat dan keperluan awal dalam penyediaan C-Plan pihak PD/PPP.

    PPP pastikan kontraktor serahkan dokumen rujukan awalan kepada JKR.

    4.4 Dokumen Kontrak, Bon Pelaksanaan dan Polisi-polisi Insurans

    Dokumen Kontrak disediakan oleh Kontraktor dan disemak oleh pejabat yang

    mengeluarkan dokumen pre-bid atau pejabat yang membuat pemanggilan tender

    atau rundingan harga sebelum dijilid dan ditandatangani.

    Dokumen Kontrak (Asal dan Salinan) dan Bon Pelaksanaan hendaklah

    ditandatangani secepat mungkin selepas SST dikeluarkan oleh pegawai yang diberi

    kuasa oleh Menteri Kerja Raya mengikut Akta Kontrak Kerajaan 1949 (disemak

    1973).

    Dokumen Kontrak Asal hendaklah dimati-setemkan dengan kos ditanggung oleh

    kontraktor. Dokumen Kontrak Asal akan disimpan oleh pejabat yang menguruskan

    pemanggilan tender, manakala salinan diserahkan kepada Kontraktor. Salinan

    dokumen kontrak yang diakui sah perlu diedarkan kepada pihak-pihak berkenaan

    untuk rujukan.

    Dokumen Kontrak hendaklah mengandungi antara lainnya:

    a. Borang Tender, SST, surat menyurat yang mengandungi persetujuan

    pematuhan syarat dan sebagainya sebelum SST dikeluarkan, Syarat-syarat

    Kontrak, addenda (jika ada), Kehendak Kerajaan (Governments

    Requirement), lukisan konsep dan dokumen-dokumen yang sama dengan

    Dokumen Meja Tender,

  • 18/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    b. Contract Sum Analysis yang telah diselaraskan,

    c. dokumen cadangan Kontraktor yang dipersetujui termasuk lukisan-lukisan,

    spesifikasi, katalog/ broser, senarai tawaran (offer list) bagi peralatan/

    kemasan, Jadual Kadar Harga yang telah diselaraskan, loaded drawings

    dan lain-lain,

    d. Pelan Kualiti Pembinaan Kontraktor yang telah diluluskan termasuk Program

    Kerja, Jadual Bayaran (jika berkenan), Method Statement dan Carta

    Organisasi pejabat tapak/ibu pejabat Kontraktor,

    e. salinan minit-minit mesyuarat technical & financial interaction .

    f. salinan perjanjian usahasama (joint-venture agreement) - jika berkenaan

    g. salinan perjanjian Perunding-perunding,

    h. salinan polisi insurans dan Bon Pelaksanaan yang telah disahkan.

    Dokumen Kontrak hendaklah dijilid dalam satu dokumen tetapi jika tebal, boleh dijilid

    mengikut disiplin kerja. Semua jilid hendaklah dinyatakan di dalam Perkara 4 dalam

    Perkara-Perkara Perjanjian (Article 4 of Articles of Agreement) .

    Proses audit:

    Proses Audit Tindakan Rujukan/ Rekod

    1. Pastikan satu set dokumen

    kontrak berada di pejabat tapak.

    PD Borang JKR/RB/1

    2. Pastikan salinan Bon

    Pelaksanaan, polisi insuran dan

    pengesahan dari pihak yang

    mengeluarkannya disimpan

    dalam fail di pejabat tapak.

    PD Borang JKR/RB/2

    3. Pastikan tempoh sahlaku

    sentiasa terkini (up-to-date)

    sejajar dengan tempoh kontrak.

    PD Borang JKR/RB/2

  • 19/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    4.5 Mesyuarat Pra-Pembinaan

    Mesyuarat pra-pembinaan perlu diadakan selepas SST dikeluarkan dan sebelum

    tarikh milik tapak dan dipengerusikan oleh PD.

    Agenda mesyuarat perlu mengandungi sekurang-kurangnya perbincangan

    mengenai:

    i. Skop Kontrak

    ii. Pengenalan Pasukan Pengurusan Pembinaan

    iii. Taklimat projek mengenai latar belakang projek, butir-butir kontrak dan Need

    Statement oleh HOPT/Wakil HOPT/Wakil PD

    iv. Taklimat teknikal oleh HODT/Wakil HODT

    v. Status pengambilan tanah & status verifikasi harta pelanggan

    vi. Status kelulusan Pelan Pembangunan oleh Kontraktor

    vii. Pengenalan organisasi kontraktor.

    viii. Keperluan-keperluan Kontrak (contoh Bon Pelaksanaan, Nota liputan polisi

    insuans, dsbnya)

    ix. Pembentangan oleh kontraktor bagi:

    a. Program Kerja

    b. Pelan Kualiti Pembinaan

    c. Pelan Sistem Kualiti

    x. Permohonan bayaran terus kepada pembekal dan sub-kontraktor Bumiputera

    (jika ada).

    xi. Dasar perolehan Kerajaan yang berkaitan seperti kelulusan MITI untuk

    barangan import, penyertaan bumiputera dan penggunaan pengangkutan

    nasional MULTIMODAL Transportation agencies.

    xii. Penyelarasan Kerja antara pihak JKR, Kontraktor, Perunding dan Pihak

    Berkuasa Tempatan /JBA / TNB.

    xiii. Masalah-masalah yang dijangka wujud (termasuk harta pelanggan, contoh

    masalah terdapat setinggan di tapak projek)

  • 20/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    xiv. Penerangan keperluan pelaksanaan SPK JKR (termasuk objektif kualiti,

    penggunaan borang-borang semakan, penyelarasan fungsi pihak JKR,

    Kontraktor).

    Kehadiran ahli mesyuarat adalah termasuk:

    i. Pengarah Cawangan/ HOPT/ Wakil HOPT/HODT/Wakil HODT / Wakil-wakil

    Cawangan

    ii. PPP JKR

    iii. Kontraktor & Perunding-perunding

    iv. Pihak Pelanggan

    v. Pihak Berkuasa Tempatan / JBA / TNB / Pejabat Tanah (jika berkaitan)

    Rekod-rekod yang perlu disimpan dan disenggara bagi aktiviti ini adalah:

    i. Surat jemputan dan agenda mesyuarat pra-pembinaan,

    ii. Minit mesyuarat pra-pembinaan.

    iii. Dokumen-dokumen yang berkaitan.

    Semua rekod-rekod yang berkaitan hendaklah disimpan, dikemaskini dan disenggara

    dari masa kesemasa.

  • 21/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    5.0 PERINGKAT PERANCANGAN PEMBINAAN

    5.1 Penyediaan Sistem Kepastian Kualiti

    Pihak Kontraktor bertanggungjawab untuk menyediakan Sistem Kepastian Kualiti

    (QAS). Penyediaan QAS boleh berdasarkan piawai ISO 9000 atau mana-mana

    spesifikasi QAS berkaitan yang mengambilkira semua skop kontrak.

    Dokumen QAS terdiri dari Manual Kualiti dan Pelan Kepastian Kualiti (PKK).

    PKK mengandungi:

    a. Prosedur Kualiti

    b. Pelan Pemeriksaan dan Pengujian

    c. Kenyataan Kaedah Kerja

    PD bertanggungjawab untuk meluluskan QAS yang dikemukakan oleh pihak

    Kontraktor. QAS digunakan oleh pihak kontraktor dan perunding untuk kawalan

    kualiti projek.

    Proses audit:

    Proses audit Tindakan Rujukan/ Rekod

    1. Terima & semak kecukupan

    dokumentasi QAS

    PPP Piawai Penyediaan QAS

    Borang JKR/RB/3

    2. Hadir & nilai pembentangan

    QAS

    PPP/PD Borang JKR/RB/3

    3. Kelulusan QAS PD Terma Kontrak Klausa 2.4.1

    5.2 Perlantikan Personel Pasukan Projek Kontraktor

    PD bertanggungjawab menyemak tahap kelayakan dan pengalaman personel utama

    yang akan ditempatkan di tapak bina oleh pihak kontraktor. Antaranya pengurus

    projek, perancang program kerja, pengurus pembinaan, pegawai kepastian kualiti,

    pegawai keselamatan pekerja, jurutera tempatan dan penyelia tapak.

  • 22/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    Penyemakan boleh dilakukan melalui temuduga dan menyemak kelayakan,

    kompetensi dan pengalaman personel yang berkaitan.

    Proses audit:

    Proses audit Tindakan Rujukan/ Rekod

    1. Terima cadangan personel. PD/PPP Borang JKR/RB/4

    2. Laksana proses penyemakan. PD Borang JKR/RB/4

    3. Keluarkan surat persetujuan. PD Borang JKR/RB/4

    5.3 Penyediaan Program Kerja

    Pihak Kontraktor bertanggungjawab untuk menyediakan program kerja pelaksanaan

    projek yang berupaya mempastikan perancangan kerja harian dan aktiviti

    pemantauan dan pengawalan kemajuan kerja dapat dijalankan dengan berkesan.

    Penyediaan program kerja hendaklah menggunakan perisian pengurusan projek

    yang berdasarkan kaedah Critical Path Method (CPM). Perkara utama yang perlu

    perlu diambil kira dalam penyediaanya adalah:

    i. Kaedah pembinaan dan turutan kerja

    ii. Kadar produktiviti bagi aktiviti

    iii. Sumber yang diperuntukan

    iv. Kalendar projek dan sumber

    PD bertanggungjawab untuk meluluskan Program Kerja yang dikemukakan.

    Proses audit:

    Proses audit Tindakan Rujukan/ Rekod

    1. Terima cadangan program kerja PPP Borang JKR/RB/5

    2. Hadir & nilai pembentangan

    program kerja

    PPP Borang JKR/RB/5

    3. Lulus program kerja PD Terma Kontrak Klausa 2.7

  • 23/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    5.4 Penyediaan Pelan Pengurusan Trafik (Projek Jalan)

    Pelan Pengurusan Trafik (PPT) perlu dikemukakan oleh Kontraktor supaya

    pelaksanaan projek jalan/ jambatan/ projek yang berkaitan tidak mengganggu dan

    membahayakan pengguna jalan raya dikawasan yang terlibat.

    PPT hendaklah meliputi aspek-aspek seperti penutupan jalan, lencongan jalan,

    kenderaan keluar-masuk kawasan pembinaan, mengangkat / memasang komponen

    jambatan / jejantas, papan tanda dan tanda jalan yang berkaitan, peralatan dan

    personel kawalan trafik, dan lain-lain.

    PD bertanggungjawab untuk menentukan PPT yang dikemukakan oleh pihak

    Kontraktor memenuhi peruntukan dalam kontrak.

    Proses audit:

    Proses audit Tindakan Rujukan/ Rekod

    1. Terima & semak dokumentasi PPT PPP Borang JKR/RB/6

    2. Hadir & nilai pembentangan PPT PPP/PD Arahan Teknik(Jalan) RSA 3

    3. Persetujuan PPT PD

    5.5 Penyediaan Spesifikasi, Rekabentuk Terperinci & Lukisan Pembinaan

    HOPT/PD hendaklah mengaudit spesifikasi, rekabentuk terperinci dan lukisan

    pembinaan bagi menentukan ianya menepati konsep rekabentuk dalam needs

    statement yang diperuntukan dalam kontrak.

    Bagi projek bangunan, proses ini dilaksana selepas SST dikeluarkan. Bagi projek

    jalan/ projek yang kompleks, proses ini dilaksana selepas Surat Niat dikeluarkan.

    PPP hendaklah memastikan lukisan pembinaan hendaklah disediakan untuk semua

    kerja dalam skop kontrak.

  • 24/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    Proses audit:

    Proses Audit Tindakan Rujukan/Rekod

    1. Semak & kemuka cadangan

    spesifikasi, rekabentuk & lukisan

    terperinci kepada HOPT/PD.

    PPP SPK JKR.-Prosedur

    JKR.PK(O).02

    2. Audit & tentukan dokumen

    memenuhi kehendak Need

    Statement.

    HOPT/

    HODT

    Borang JKR/RB/7

    Borang

    JKR/RB/7C1,C2,C3

    3. Keluarkan surat persetujuan. PD Artikel Perjanjian

    Recital 4 & Terma

    Kontrak Klausa 2.2

    5.6 Kelulusan Pelan Pembangunan/ Kelulusan Pelan Bangunan

    Bagi projek bangunan, kontraktor perlu mendapatkan:

    - kelulusan kebenaran merancang (DO).

    - kelulusan pelan bangunan

    daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum kerja pembinaan dimulakan.

    Antara lain pihak berkuasa berkenaan yang terlibat seperti :

    - Majlis Daerah/Dewan Bandar Raya,

    - Bomba,

    - Tenaga Nasional Berhad,

    - Telekom,

    - JKR Daerah/Negeri,

    - Jabatan Kesihatan,

    - Jabatan Pengairan dan Saliran,

    - Jabatan Bekalan Air/Syarikat Pengurusan Air Negeri,

    - Pejabat Tanah dan Galian Persekutuan/ Negeri/ Pejabat Tanah Daerah

    - Pejabat Penilaian Harta dan sebagainya.

    Dimana perlu, PPP adakan penyelarasan atau mesyuarat bersama PBT bagi

    menyelesaikan sebarang masalah.

  • 25/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    PPP hendaklah pantau status kemajuan permohonan dan kelulusan Pelan

    Pembangunan daripada PBT.

    Bagi projek jalan, Pelan Pembangunan tidak diperlukan.

    Proses audit :

    Proses audit Tindakan Rujukan/Rekod

    Projek Bangunan

    1. Pastikan Kontraktor kemukakan Pelan

    Pembangunan kepada PBT/Agensi

    berkenaan.

    Pelan Pembangunan untukkebenaran merancang.

    Pelan Bangunan untuk kelulusandan bertujuan untuk mendapatkan

    Sijil Layak Menduduki.

    PPP Borang JKR/RB/8

    Jadual

    Pengemukaan.

    2. Pastikan tarikh kelulusan PBT

    direkodkan.

    PPP Surat kelulusan PBT

    3. Pastikan syarat yang dikenakan oleh

    PBT dicatatkan dan diambil tindakan

    oleh Kontraktor.

    PPP Pengesahan dari

    Perunding berkaitan.

    Projek Jalan

    1. Pastikan Kontraktor sediakan Pelan

    Pengambilan Tanah dan permohonan

    melalui KKR.

    PPP Borang JKR/RB/9

    Pelan Pengambilan

    Tanah

    2. Pastikan Borang G telah diluluskan. PPP Borang G

  • 26/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    6.0 PERINGKAT PELAKSANAAN PEMBINAAN

    6.1 Sistem Kepastian Kualiti

    PPP bertanggungjawab mengaudit aktiviti-aktiviti pembinaan oleh Kontraktor untuk

    menentukan pematuhan kepada QAS yang diluluskan.

    Proses audit:

    Proses audit Tindakan Rujukan/Rekod

    1. Pastikan dokumen QAS yang diluluskan

    ada di pejabat tapak.

    PPP -

    2. Audit pemakaian QAS dalam aktiviti

    pemantauan, pengawalan kualiti dan

    kemajuan projek.

    PPP Borang JKR/RB/10

    6.2 Kawalan Kualiti Produk

    Tanggungjawab terhadap kualiti kerja terletak pada pihak Kontraktor sebagaimana

    dalam Klausa 2 Syarat-syarat Kontrak PWD DB/T Edition 2002.

    PPP hendaklah menjalankan audit bagi menentukan kawalan kualiti oleh pihak

    Kontraktor dan perunding mematuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan dalam QAS.

    Kaedah audit adalah secara pemeriksaan rambang terhadap rekod berikut:

    1. penerimaan bahan,

    2. proses pembinaan (in-process)

    3. penerimaan produk oleh Perunding.

    Sekiranya terdapat keraguan ke atas rekod kualiti/ kualiti produk, ujian berasingan

    perlu dilaksanakan oleh pihak PPP.

  • 27/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    Proses audit:

    Proses audit Tindakan Rujukan/Rekod

    Penerimaan Bahan

    1. Periksa rekod kualiti / bahan binaan

    secara rambang bagi menentukan

    pematuhan kepada kontrak dan QAS.

    2. Semak kelayakan personel yang

    ditetapkan untuk menjalankan proses

    diatas.

    PPP Borang:

    JKR/RB/11a,

    JKR/RB/11b,

    JKR/RB/11c,

    JKR/RB/11d.

    Borang

    JKR/RB/12a &12b

    Proses pembinaan

    3. Semak rekod pemeriksaan secara

    rambang bagi mempastikan kerja

    dilaksana mengikut Method Statement dan

    spesifikasi.

    4. Periksa kerja di tapak secara rambang

    untuk pastikan apa yang dicatat dalam

    rekod pemeriksaan adalah tepat dan

    benar.

    5. Semak kelayakan personel yang

    ditetapkan untuk menjalankan proses

    diatas.

    PPP Method Statement,

    Spesifikasi kerja,

    Borang:

    JKR/RB/13C1,

    JKR/RB/13C2,

    JKR/RB/13J1,

    JKR/RB/13M1,

    JKR/RB/13M&E.

    JKR/RB/12a &12b

    Penerimaan Produk

    6. Semak rekod ujian secara rambang bagi

    menentukan produk yang dihasilkan

    memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam

    spesifikasi.

    7. Semak kelayakan personel yang

    ditetapkan untuk menjalankan proses

    diatas.

    PPP Spesifikasi Kerja,

    rekod ujian, ITP &

    Borang :

    JKR/RB/14C1,

    JKR/RB/14E1,

    JKR/RB/14E2,

    JKR/RB/14E3,

    JKR/RB/14M1,

    JKR/RB/14M2,

    JKR/RB/14M3.

    JKR/RB/12a &12b

  • 28/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    6.3 Penetapan Penanda Aras Mutu Kerja, Mock-up dan Performa Peralatan

    Bagi kerja yang kriteria penerimaan tidak dapat diterangkan dengan jelas melalui

    perkataan, tanda aras penerimaan produk hendaklah disediakan. Sebagai contoh,

    tanda aras untuk kerja lepaan hendaklah disediakan bagi menetapkan tahap mutu

    kerja yang boleh diterima agar tidak timbul perselisihan pendapat mengenai mutu

    kerja yang boleh diterima.

    Ujian performa hendaklah dijalankan ke atas peralatan yang akan dihantar ke tapak

    bina untuk pemasangan bagi mempastikan ianya memenuhi kehendak Needs

    Statement.

    PPP hendaklah melaksana audit bagi menentukan aktitviti di atas dilaksana dan

    diluluskan oleh personel yang ditetapkan dalam QAS dan mematuhi Kontrak.

    Proses audit:

    Proses audit Tindakan Rujukan/ Rekod

    Tanda Aras

    1. Semak samada senarai kerja yang

    memerlukan tanda aras disediakan.

    2. Semak samada sampel tanda aras

    dipamerkan di pejabat tapak.

    3. Laksana pemeriksaan rambang di tapak

    untuk pastikan mutu kerja yang diterima

    setanding dengan tanda aras.

    PPP PKK

    Ujian Performa

    1. Semak samada senarai kerja yang

    memerlukan tanda aras disediakan.

    2. Semak samada ujian telah dilaksana dan

    performa disahkan oleh perunding

    menepati Need Statement. Butiran yang

    perlu disemak adalah seperti Senarai

    Semak berkenaan.

    PPP PKK

    Senarai Semakan

    Kontraktor.

  • 29/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    6.4 Kawalan Kemajuan Kerja

    PPP hendaklah melaksana pemantauan bagi menentukan kemajuan kerja mematuhi

    Program Kerja yang diluluskan.

    Kaedah pemantauan adalah dengan membuat penyemakan ke atas Laporan

    Kemajuan Kerja, pengesanan kemajuan dan pemeriksaan rambang ke atas

    kemajuan sebenar di tapak bina.

    Proses audit:

    Proses audit Tindakan Rujukan/ Rekod

    1. Tentukan pelaksanaan kerja mengikut

    program kerja yang diluluskan

    PPP Need Statement

    Borang JKR/RB/15

    2. Semak pengesanan kemajuan kerja

    mengikut format yang diluluskan

    PPP Borang JKR/RB/15

    3. Semak laporan kemajuan kerja &

    pengesanan kemajuan yang disahkan

    oleh perunding

    PPP Borang JKR/RB/15

    6.5 Mesyuarat Tapak/ Teknikal/ Penyelarasan

    Mesyuarat Tapak merupakan platfom komunikasi antara stakeholder utama bagi

    membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan projek. Antara perkara-perkara yang

    perlu dibincangkan :

    i Perubahan kepada skop kerja

    ii Pembentangan laporan kemajuan fizikal dan kewangan oleh Pengurus Projek

    iii Perbincangan mengenai aktiviti kerja yang terlewat atau menjadi kritikal

    iv Perbincangan mengenai isu tertangguh yang akan menjejaskan objektif

    kualiti projek

    v Mengenalpasti isu-isu yang boleh mendatangkan masalah kepada

    pelaksanaan projek

    vi Aduan orang awam/pihak yang terjejas akibat kerja-kerja pembinaan

    vii Laporan kawalan kualiti termasuk NCR, tindakan pembetulan, tindakan

    pencegahan oleh pihak Kontraktor (perunding)

  • 30/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    viii Laporan audit kualiti oleh PPP.

    Kehadiran ahli mesyuarat adalah termasuk:

    i. PD/ PPP / HOPT/ HODT

    ii. Kontraktor, Perunding

    iii. Pihak Pelanggan

    iv. Pihak Berkuasa Tempatan / JBA / TNB / Pejabat Tanah (jika berkaitan)

    Mesyuarat Penyelarasan bertujuan melicinkan kerja-kerja yang melibatkan pihak

    ketiga seperti PBT dan agensi kerajaan/swasta yang berkaitan.

    Mesyuarat Teknikal diadakan bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu teknikal yang

    melibatkan rekabentuk dan masalah pembinaan yang akan memberikan kesan

    kepada pencapaian objektif projek.

    6.6 Pengurusan Trafik (Projek Jalan/Infrastruktur)

    PPP hendaklah melaksanakan pemantauan bagi menentukan pematuhan kepada

    PPT yang diluluskan.

    Kaedah pelaksanaan audit adalah melalui lawatan ke tapak projek, membuat

    pemeriksaan ke atas rekod, aduan awam, laporan pematuhan audit keselamatan

    jalan dan lain-lain dokumen berkenaan.

    Proses audit:

    Proses audit Tindakan Rujukan/Rekod

    1. Pantau pelaksanaan PPT PPP Borang JKR/RB/16a

    2. Semak pengurusan aduan awam dan

    tindakan susulan.

    PPP Borang JKR/RB/16a

    3. Urus laporan kemalangan jalan raya dan

    semak tindakan susulan.

    PPP Borang JKR/RB/16a

    4. Tentukan kontraktor laksana

    pengesyoran dalam laporan RSA 4 &

    RSA 5.

    PPP Borang JKR/RB/16b

  • 31/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    7.0 PERINGKAT PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN

    Kontraktor hendaklah mengambil kira jadual T&C di dalam program kerja bagi

    keseluruhan projek. Tempoh yang munasabah dan praktikal hendaklah diperuntukan

    bagi tujuan T&C.

    Kontraktor hendaklah menyiapkan kerja-kerja yang berkaitan dan menguji peralatan /

    sistem. Perunding wajib menyaksi dan merekod kan keputusan T&C. Keputusan

    keseluruhan T&C hendaklah ditentusahkan oleh jurutera bertauliah.

    Proses audit:

    Proses audit Tindakan Rujukan / Rekod

    1. Semak & kendali Mesyuarat Pra T&C PPP Borang JKR/RB/17a

    2. Pastikan penggunaan borang T&C

    yang diluluskan.

    PPP Borang JKR/RB/17b

    3. Pantau T&C yang dijalankan oleh

    Kontraktor

    PPP

    4. Audit dokumen T&C PPP Borang JKR/RB/17c

    5. Tentukan sistem / komponen yang

    hendak audit fizikal

    PPP

    6. Audit fizikal T&C bersama kontraktor

    dan perunding untuk pengesahan &

    keluar NCR jika gagal

    PPP Borang JKR/RB/17d

    7. Pastikan tindakan pembetulan

    terhadap NCR dan ujian semula T&C.

    PPP

    8. Sediakan laporan audit T&C dimana

    berkaitan.

    PPP

    9. Rujuk Senarai semak Ujian &

    Pentauliahan SPK

    PPP Rujuk JKR.PK(O).04-9

  • 32/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    8.0 PERINGKAT PEMERIKSAAN PRA PENYERAHAN & PENYERAHAN

    Kontraktor hendaklah menjalankan pemeriksaan pra penyerahan untuk memastikan

    produk yang diterima JKR mematuhi kontrak. Laporan pemeriksaan hendaklah

    disahkan oleh arkitek/ jurutera/ profesional yang bertauliah dimana berkaitan

    PPP hendaklah melaksanakan audit terhadap laporan pemeriksaan dari kontraktor

    dan kemudian laksanakan pemeriksaan fizikal bersama kontraktor.

    Proses Audit:

    Proses audit Tindakan Rujukan/ Rekod

    1. Pastikan perunding/kontraktor laksanakan

    pemeriksaan bagi setiap bilik dan ruang.

    PPP Laporan senarai

    kecacatan

    2. Pastikan perunding/kontraktor kemukakan

    laporan senarai kecacatan.

    PPP Laporan senarai

    kecacatan

    3. Pastikan perunding/ kontraktor baiki

    kecacatan.

    PPP Laporan senarai

    kecacatan

    4. Terima & semak laporan pemeriksaan dari

    kontraktor.

    PPP

    5. Laksana audit bilik/ ruangan/ inventori

    barangan mudah alih bersama kontraktor

    dan perunding (Komponen arkitek sahaja).

    PPP Rujuk JKR.PK(O)

    04-4, 6-8 , SRA. 5

    6. Pastikan senarai kecacatan dikemukakan. PPP Rujuk JKR.PK(O)

    04-SRA.10

    7. Pastikan semua dokumen untuk proses

    penyerahan sempurna

    PPP Borang JKR/RB/18

    8. Pastikan dokumentasi O&M, As-Built

    Drawing, T&C Results, etc.

    PPP Borang JKR/RB/18

    9. Pastikan Start Up Kit / Consumable

    dibekalkan dimana berkaitan

    PPP Borang JKR/RB/18

    10. Penyediaan Perakuan Siap Kerja PPP Rujuk

    JKR.PK(0).04-10-

    12

  • 33/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    9.0 LATIHAN UNTUK PENGGUNA FASILITI (END USER)

    Dalam Projek R&B, skop kerja menyediakan peralatan mekanikal dan elektrikal yang

    tertentu seperti mesin-mesin, kenderaan, dan aplikasi-aplikasi komputer hendaklah

    termasuk latihan penggunaan kepada pengguna akhir. Proses latihan boleh bermula

    sebaik sahaja sesuatu serbis itu sedia diguna sehingga selepas projek diserahguna

    kepada pelanggan atau sepanjang tempoh penyenggaraan. Pecahan kos bagi tujuan

    latihan mungkin diperlukan supaya ia dapat dikawal.

    Kontraktor perlu menyediakan perancangan latihan terdiri dari:

    i. Pengurus latihan dan carta organisasi latihan

    ii. Tenaga jurulatih/pengajar yang kompeten.

    iii. Jadual Latihan

    iv. Tempat latihan.

    v. Nota latihan/rujukan

    vi. Keperluan peralatan latihan

    vii. Penilaian latihan/kajian keberkesanan

    viii. Bilangan pengguna yang perlu dilatih dan tahap pengetahuan.

    Program latihan hendaklah disediakan dalam bentuk Gant Chart dan merupakan

    sebahagian dari WBS yang perlu mendapat kelulusan dari PPP dan persetujuan

    pengguna.

    PPP hendaklah memantau sepanjang proses latihan dengan mengkaji laporan

    keberkesanan yang disediakan oleh kontraktor atau wakilnya.

    Proses Audit:

    Proses audit Tindakan Rujukan/Rekod

    1. Pastikan kontraktor kemukakan program

    latihan untuk pengguna dan disahkan.

    PPP Draf CPC

    2. Kendali mesyuarat latihan untuk pengguna. PPP

    3. Pantau dan kawal pelaksanaan latihan untuk

    pengguna.

    PPP

    4. Audit pelaksanaan latihan untuk pengguna, PPP

  • 34/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    10.0 PERINGKAT TEMPOH TANGGUNGAN KECACATAN

    Kontraktor hendaklah menguruskan dan melaksanakan segala:

    i. kerja-kerja pembaikan kecacatan (Defects List),

    ii. kerja-kerja penyenggaraan yang ditetapkan dalam kontrak sama ada

    Planned Preventive Maintenance atau Breakdown Maintenance,

    iii. pembaikan aduan kerosakan dari pelanggan selepas CPC.

    PPP hendaklah memantau pelaksanaan penyenggaraan dan kerja-kerja pembaikan

    kecacatan/ aduan kerosakan oleh kontraktor selepas CPC.

    PPP mengadakan lawatan pemeriksaan dan pengerusikan mesyuarat DLP dengan

    dihadiri oleh kontraktor, pelanggan dan perunding (dimana perlu). PPP menyemak

    laporan dan status pembaikan kecacatan, penyenggaraan dan aduan pelanggan.

    PD keluarkan CMGD dan Perakuan Muktamad setelah semua tindakan pembaikan

    dilaksanakan dengan sempurna dan disahkan oleh perunding.

    Proses audit

    Proses audit Tindakan Rujukan/Rekod

    1. Pastikan kontraktor kemukakan

    dokumentasi CPC & penyerahan yang

    lengkap dan disahkan.

    PPP Draf CPC

    2. Kendali Mesyuarat DLP / Penyenggaraan PPP Borang JKR/RB/19a

    3. Pantau penyenggaraan semasa DLP PPP Borang JKR/RB/19b

    4. Laksana pemeriksaan akhir bersama

    kontraktor & pelanggan diakhir tarikh DLP

    PPP

    5. Pastikan pihak kontraktor menyediakan

    laporan/ senarai kecacatan akhir &

    pastikan kecacatan siap dibaiki serta

    diperakukan oleh PD.

    PPP Laporan / senarai

    Kecacatan

    6. Keluarkan Sijil CMGD PD CMGD

    7. Keluarkan perakuan muktamad PD

  • 35/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    11.0 PENTADBIRAN KONTRAK

    11.1 Bayaran Pendahuluan Dan Bayaran Interim

    11.1.1 Bayaran Pendahuluan

    Bayaran pendahuluan boleh dipohon dengan syarat Kontraktor telah

    mengembalikan SST yang telah ditandatangani, polisi-polisi insurans,

    pengesahan SOCSO, resit bayaran premium serta Gerenti Bank/ Insurans

    yang dileuarkan oleh Syarikat Kewangan dalam format yang diluluskan

    dengan nilai pendahuluan yang dipohon, tertakluk kepada had maksimum

    RM10 juta atau 25% dari nilai kerja pembina.

    Pemotongan semula bayaran pendahuluan dibuat melalui bayaran interim

    dengan menggunakan formula tertentu, bermula apabila nilai kerja melebihi

    25% dan akan selesai apabila kerja mencapai 75%.

    11.1.2 Bayaran Interim

    Permohonan dari Kontraktor mesti dikemukakan bersama dokumen

    sokongan yang telah disediakan dan mempunyai perakuan dari Perunding-

    perunding Kontraktor yang mengesahkan bahawa kerja telah dilaksanakan

    sejajar dengan peruntukan kontrak.

    Bayaran interim boleh dibuat mengikut :

    Jadual Bayaran Interim (IPS) yang disediakan berasaskan WorkBreakdown Structures (WBS) yang diluluskan oleh PD, atau

    penilaian sebenar di Tapak Bina.

    Bagi penilaian sebenar di tapak bina, bayaran interim boleh disediakan setiap

    bulan atau lebih kerap mengikut pertimbangan PD.

    Penyediaan, kelulusan dan pembayaran mesti dibuat dalam tempoh yang

    ditetapkan di dalam Fasal 50 syarat-syarat kontrak. Jika perkara ini tidak

    dipatuhi, di khuatiri akan menyebabkan pecah kontrak dpikul oleh kerajaan.

  • 36/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    Proses Kerja yang melibatkan:

    a. Bayaran Pendahuluan

    b. Bayaran Interim

    11.1.3 Proses Bayaran Pendahuluan

    Proses kerja untuk bayaran pendahuluan adalah sama seperti projek

    konvensional dalam SPK (JKR.PK(0).04A-6.1.1) dan senarai semakan

    Borang JKR/RB/20.

    11.1.4 Proses Bayaran Interim

    Proses kerja untuk bayaran interim adalah seperti berikut :-

    Proses Audit

    Proses Audit Tindakan Rujukan/Rekod

    1. Pastikan ada permohonan tuntutan

    bayaran dari kontraktor lengkap

    dengan dokumen sokongan kiraan

    & perakuan oleh kontraktor &

    Perunding.

    PPP Bayaran interim no.1:

    Borang JKR/RB/21a

    Bayaran interim

    berikut:

    Borang JKR/RB/21b

    2. Semak dokumen penilaian kerja.

    Pastikan ada perakuan Jurutera

    (PPP) berkaitan.

    PPP

    3. Pastikan nilai perubahan kerja dan

    tuntutan kontrak yang diluluskan

    dimasukkan ke dalam penilaian.

    PPP

    4. Pastikan nilai kerja yang masih

    mempunyai NCR perlu ditolak dari

    penilaian.

    PPP

    5. Pastikan bayaran dibuat dalam

    tempoh 30 hari dari tarikh perakuan

    diluluskan.

    PPP

  • 37/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    11.2 Perubahan Kerja.

    11.2.1 Definisi

    Pada dasarnya tiada perubahan kerja dalam kontrak R&B. Walau

    bagaimanapun syarat-syarat kontrak memperuntukkan tiga keadaan yang

    membolehkan perubahan kerja yang akan melibatkan pelarasan harga

    kontrak seperti berikut:

    Perubahan kepada Kehendak Kerajaan. Perubahan yang disebabkan oleh keadaan fizikal atau halangan yang

    bukan sedia ada yang mana tidak dapat dijangka secara munasabah oleh

    seorang kontraktor yang berpengalaman.

    Perubahan kerja kekurangan ke atas rekabentuk kontraktor yang manaperlu dibuat di atas sebab kesesuaian, kefungsian dan keselamatan kerja

    tersebut.

    Di mana perubahan kerja yang melibatkan pertukaran bahan/ peralatan /

    komponen/ jenis/ jenama yang setara, faktor-faktor berikut perlu diambilkira:

    Spesifikasi bahan Performance Specification Kelas bahan/ peralatan / komponen

    Kontraktor hendaklah menyediakan pengukuran dan penilaian perubahan-

    perubahan kerja.

    PPP hendaklah menyemak dokumen yang menyokong penilaian perubahan

    kerja. [Sekiranya kontraktor gagal berbuat demikian, PD masih bertanggung

    jawab untuk menyediakan dan membuat penilaian perubahan kerja untuk

    tujuan penutupan akaun].

    11.2.2 Penyediaan Arahan Perubahan Kerja (APK)

    Klausa 27.2 syarat-syarat kontrak antara lain memperuntukkan PD boleh

    mengeluarkan APK dengan meminda penyata kehendak (needs statement).

  • 38/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    APK berkaitan rekabentuk seperti kesesuaian, kefungsian, keselamatan atau

    ketidakcukupan sebagaimana kehendak kontrak bukanlah merupakan

    tanggungan kos oleh Kerajaan. Sekiranya perubahan kerja tersebut

    melibatkan kekurangan Jumlah Harga Kontrak (JHK), maka ini perlulah

    diselaraskan kepada JHK.

    Perubahan Kerja melibatkan tambahan kos kepada JHK boleh

    dipertimbangkan sekiranya perubahan disebabkan oleh keadaan fizikal

    diluarjangka atau/dan halangan diluarjangka (artificial obstruction) oleh

    kontraktor yang berpengalaman kecuali perkara-perkara berikut:

    Keadaan iklim atau keadaan yang disebabkan oleh iklim Keadaan/sifat/tahap tempatan di tapak bina. Kemudahan utiliti seperti bekalan air dan elektrik. Keadaan dan geologi tanah, sub-soil,sub-marine, hidrologikal Bentuk, keadaan dan kesesuaian semulajadi tapak bina Keadaan bekalan buruh dan bahan-bahan

    PD perlu pastikan perubahan yang dipohon adalah termasuk dalam skop

    penyata kehendak. PD perlu meneliti sama ada keperluan perubahan

    tersebut adalah disebabkan oleh ketidakcukupan dan ketidaksempurnaan

    pembangunan rekabentuk yang perlu diambil kira oleh kontraktor.

    Kontraktor hendaklah menepati keperluan statutori dalam pembangunan

    rekabentuk dan sebarang perubahan keperluan statutori sebelum SST

    dikeluarkan, maka ini bukanlah kos tambahan kepada Kerajaan.

    Permohonan APK kepada Jawatankuasa Perubahan Kerja hendaklah

    menggunakan Borang JKR-KPK [Pind. 2/2003] bertajuk Permohonan Untuk

    Mendapat Kelulusan Perubahan Kerja.

    Sekiranya APK yang dikeluarkan oleh PD adalah diluar skop kerja asal, maka

    ia adalah satu kerja yang berasingan yang memerlukan satu kontrak yang

    berasingan. PD hanya boleh mengeluarkan arahan yang mana bertujuan

  • 39/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    untuk melengkapkan serta menganjurkan bidang kerja yang dikontrakkan

    tersebut sahaja.

    Sekiranya perubahan kerja tersebut melibatkan satu tambahan kos yang

    tinggi maka ia bukan lagi tergulung dalam skop asal kerja kontrak, dan ianya

    merupakan satu perlaksanaan kontak yang berasingan.

    11.2.3 Penilaian perubahan kerja

    Penilaian perubahan kerja sama ada tambahan kos kasar atau kos bersih

    disebabkan oleh gantian hendaklah berdasarkan kepada Harga Kontrak

    Analisa ataupun Jadual Kadar Harga Kontrak setakat mana ia adalah serupa

    sifat kerjanya. Sekiranya terdapat perbezaan di dalam keadaan

    melaksanakan kerja atau perbezaan yang ketara kepada kuantiti kerja di

    dalam kontrak maka satu penilaian yang saksama perlulah dibuat oleh PD.

    11.2.4 Proses Audit

    a) Untuk APK (Tambahan)

    Proses Audit Tindakan Rujukan/ Rekod

    1. Pastikan permohonan perubahan

    kerja di dalam skop kerja yang

    dibenarkan.

    PD 1.Kehendak

    Kerajaan,

    Cadangan

    Kontraktor.

    2.Fasal 27

    2. Pastikan perubahan kerja bukanlah

    sebahagian daripada tanggungjawab

    asal kontraktor yang dinyata secara

    tersurat/ tersirat di dalam

    pembangunan rekabentuk sejajar

    dengan keperluan statutori &

    Kehendak Kerajaan.

    PD 1.Kehendak

    Kerajaan,

    Cadangan

    Kontraktor.

    2.Fasal 27

    3. Pastikan perubahan kerja bukanlah

    disebabkan oleh keperluan

    PD 1.Kehendak

    Kerajaan,

  • 40/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    Proses Audit Tindakan Rujukan/ Rekod

    kesesuaian, keselamatan atau

    kefungsian cadangan rekabentuk

    sejajar dengan kehendak kerajaan.

    Cadangan

    Kontraktor.

    2.Fasal 27

    4. Pastikan permohonan perubahan

    kerja adalah disebabkan perubahan

    yang ketara kepada Kehendak

    Kerajaan.

    PD 1.Kehendak

    Kerajaan,

    Cadangan

    Kontraktor.

    2.Fasal 27

    5. Pastikan permohonan perubahan

    kerja menggunakan borang JKR-KPK

    (Pind. 2/2003) dan lengkap dengan

    semua lukisan/ perkiraan/ dokumen

    sokongan yang perlu.

    PD 1.Borang JKR-

    KPK [Pind.

    2/2003]

    2.Fasal 27

    6. Pastikan permohonan perubahan

    kerja dipohon ke jawatankuasa

    perubahan kerja berdasarkan had

    nilai kewangan.

    PD 1.Surat SPKPKR

    bil. (9)dlm.

    JKR.KPKR.

    020.050/03 Klt. 6

    bertarikh

    30.11.2004.

    2. AP 202.2

    7. Pastikan kelulusan diperolehi

    daripada Jawatankuasa Perubahan

    kerja sebelum APK dikeluarkan.

    PD Seperti diatas.

    b) Untuk APK (Kurangan)

    Proses Audit Tindakan Rujukan/Rekod

    1. Pastikan APK adalah berkaitan

    dengan kesesuaian, keselamatan

    atau kefungsian cadangan

    rekabentuk kontraktor yang mana

    pindaan tersebut akan melibatkan

    PD 1. Surat SPKPKR bil.

    (9)dlm. JKR. KPKR.

    020.050/03 Klt. 6

    bertarikh 30.11.2004.

    2. AP 202.2

  • 41/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    Proses Audit Tindakan Rujukan/Rekod

    kekurangan kepada harga

    kontrak.3. Fasal 27

    2. Pastikan APK kekurangan

    beserta nilai perubahan kerja

    (kekurangan sementara)

    disediakan dan dikeluarkan

    PD 1.Surat SPKPKR bil.

    (9)dlm. JKR. KPKR.

    020.050/03 Klt. 6

    bertarikh 30.11.2004.

    2. AP 202.2

    3. Fasal 27

    3. Pastikan Perakuan Pelarasan

    Harga Kontrak (kekurangan)

    disedia dan dikeluarkan bagi

    memuktamadkan nilai perubahan

    kekurangan (sementara) pada

    borang APK yang telah

    dikeluarkan.

    PD 1.Surat SPKPKR bil.

    (9)dlm. JKR. KPKR.

    020.050/03 Klt. 6

    bertarikh 30.11.2004.

    2. AP 202.2

    3. Fasal 27

    11.3 Lanjutan Masa.

    11.3.1 Definisi

    Lanjutan masa di dalam perundangan dan syarat-syarat kontrak secara

    amnya boleh diberikan berlandaskan dua sebab berikut:

    Kelewatan oleh sebab-sebab neutral contohnya cuaca luar biasa,force majure ataupun kekurangan bahan-bahan binaan yang tidak

    dapat dijangkakan secara munasabah.

    Kelewatan yang disumbangkan oleh pihak Kerajaan atau mana-manapihak yang mana Kerajaan bertanggung jawab.

    Sejajar dengan perundangan dan syarat-syarat kontrak, bukan semua arahan

    perubahan kerja atau sebab-sebab di atas boleh menyebabkan lanjutan

    masa. Isu-isu yang perlu dipertimbangkan dalam menilai lanjutan masa ialah:

  • 42/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    Adakah APK ataupun sebab-sebab di atas sebenarnya melewatkankemajuan kerja kontraktor di tapak bina?

    PD juga perlu mengambilkira kemungkiran pihak kontraktor,contohnya kelewatan yang disebabkan oleh kontraktor.

    Penilaian lanjutan masa tidak seharusnya dibuat semata-mata berdasarkan

    program kerja asal sahaja, tetapi hendaklah juga mengambilkira tahap

    kemajuan kerja sebenar di tapak bina.

    Kontraktor hendaklah mengambil langkah-langkah wajar untuk membendung

    kelewatan kemajuan kerja di tapak bina.

    11.3.2 Bilakah Lanjutan Masa Sepatutnya Diluluskan ?

    Sekiranya lanjutan masa diluluskan atas sebab-sebab yang disumbangkan

    oleh kerajaan, PD hendaklah mengeluarkan Perakuan Kelambatan dan

    Lanjutan Masa (PKLM) sebelum tamat tempoh kontrak yang dibenarkan.

    Jika PKLM atau Perakuan Kerja Tidak Siap (PKTS) tidak dikeluarkan oleh PD

    sebelum tempoh kontrak yang dibenarkan berakhir, maka kerajaan akan

    hilang hak ke atas kontraktor untuk menyiapkan kerja mengikut tempoh yang

    telah ditetapkan. Di dalam perundangan ini dikenali sebagai time is at large.

    Jika ini berlaku maka kontraktor hanya perlu menyiapkan dalam tempoh yang

    munasabah.

    Sekiranya benar Kerajaan menyumbangkan kepada kelewatan tersebut dan

    satu lanjutan masa tidak diberikan sebelum tempoh kontrak berakhir; maka

    sejajar dengan prinsip perundangan; masa bukan lagi menjadi teras (time is

    of no essence) kepada kontrak itu; dan hak Kerajaan untuk mengenakan LAD

    akan hilang. Maka PD perlu menilai dan membuat keputusan berkaitan

    dengan Lanjutan Masa tersebut di dalam tempoh kontrak yang dibenarkan.

    Apabila PD menilai lanjutan masa perkara-perkara berikut perlu diambil kira:

    Kemajuan kerja kontraktor sebenar di tapak bina Kelewatan yang disumbangkan sendiri oleh kontraktor Tempoh kelewatan berdasarkan perkiraan Net Effective Delay

  • 43/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    Sama ada perkara-perkara yang didakwa oleh kontraktorsememangnya melewatkan kemajuan kerja di tapak bina.

    11.3.3 Klasifikasi Sebab-sebab Lanjutan Masa

    Sebab-sebab lanjutan masa mengikut klausa 45, syarat-syarat kontrak

    diklasifikasikan sebagaimana berikut:

    a) Sebab-sebab kelewatan yang disumbangkan oleh Kerajaan atau

    mana-mana pihak yang di bawah kawalan Kerajaan

    45.1(b) Arahan-arahan oleh PD berbangkit dari pertikaian dengan

    tuan-tuan punya berjiran.

    45.1(d) Arahan-arahan oleh PD yang disebabkan oleh:

    (i) kesamaran atau percanggahan terhadap Kehendak

    kerajaan

    (ii) pendedahan untuk pemeriksaan apa-apa kerja yang

    tertutup, atau mengaturkan bagi mengadakan atau

    menjalankan apa-apa ujian ke atas apa-apa bahan

    atau barang-barang atau ke atas apa-apa kerja

    terlaksana yang mungkin dikehendakki oleh PD

    dengan syarat bahawa kerja-kerja yang terlaksana

    tersebut adalah sejajar dengan peruntukkan kontrak.

    (iii) Arahan-arahan berkaitan dengan fosil ataupun antikuiti

    (iv) Arahan perubahan kepada Kehendak Kerajaan

    (v) Penangguhan mana-mana bahagian kerja atau

    keseluruhan kerja

    45.1(e) Kontraktor tidak menerima arahan, maklumat, atau

    persetujuan dalam masa yang wajar daripada PD

    45.1(f) Kelewatan penerimaan kelulusan daripada badan statutori

    atau pihak berkuasa tempatan yang mana kontraktor telah

    mengambil semua langkah sewajarnya.

    45.1(g) Kelewatan kerajaan memberi milikan tapak bina

  • 44/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    45.1(h) Kelambatan pihak artisan, tukang-tukang atau orang-orang

    lain yang ditugaskan oleh kerajaan bagi melaksanakan kerja

    yang bukan sebahagian dari Kontrak.

    b) Kelewatan atas sebab-sebab neutral

    45.1(a) force majure,

    Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh perkara luar

    jangka,

    45.1(i) Perkara di luar kawalan dan ramalan kontraktor secara

    munasabah pada tarikh penutupan tender untuk mendapatkan

    barang dan/atau bahan yang diperlukan.

    11.3.4 Langkah-langkah Perlu Bagi Meluluskan PKLM

    1. Semak Pegawai yang berkuasa untuk bertindak bagi pihak Kerajaan

    (rujuk kepada Lampiran Kepada Syarat-syarat Kontrak). Pegawai

    yang dinamakan di dalam Lampiran sahaja yang berhak untuk

    meluluskan Lanjutan Masa.

    2. Pastikan kesemua sebab-sebab yang dipertimbangkan hendaklah

    dinyatakan dalam perakuan mengikut klausa yang berkaitan, dan

    diiringi dengan tempoh hari yang diluluskan. Amalan dengan hanya

    memperuntukkan sebab utama sahaja (dominant reason) adalah tidak

    sejajar dengan peruntukkan kontrak dan perundangan.

    3. Penilaian tempoh lanjutan masa yang diluluskan hendaklah

    berdasarkan tempoh kelambatan sebenar (net effective delay) dengan

    mengambil kira pertindihan tempoh kelambatan untuk kesemua

    sebab-sebab tersebut.

    4. Kontraktor hendaklah melanjutkan liputan insurans yang memadai

    dengan mengambil kira tempoh siap dijangkakan olehnya. Jika

    kontraktor gagal berbuat demikian, maka PD perlulah melanjutkannya

    sejajar dengan peruntukkan syarat-syarat kontrak. Apabila PD telah

    melanjutkan polisi tersebut maka semua kos yang ditanggung oleh

  • 45/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    Kerajaan hendaklah dikenakan bayarannya terhadap kontraktor

    dengan mencampurkan 5% caj on kos1 kepada bayaran premium

    yang terlibat tersebut.

    11.3.5 Proses Audit Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa

    Proses Audit:

    Proses Audit Tindakan Rujukan/Rekod

    1. Pastikan kontraktor ada memohon

    lanjutan masa atau PD

    mempunyai pengetahuan bahawa

    kontraktor mempunyai sebab yang

    sahih untuk lanjutan masa

    Kontraktor/

    PD

    1. Kluasa 45

    2. Semak sama ada alasan-alasan

    yang telah diajukan tersebut

    benar-benar melewatkan kerja.

    PD perlulah mengambil kira

    faktor-faktor yang dinyatakan

    pada perkara 11.3.3.

    Kontraktor/

    PD

    1. Kluasa 45

    3. Rujuk klausa yang berkaitan

    dengan sebab-sebab lanjutan

    masa yang dipertimbangkan

    PD 1.Klausa 45

    4. Pastikan deraf PKLM disediakan.

    Senaraikan semua sebab-sebab

    dan klausa-klausa yang berkaitan

    serta nyatakan sama ada sebab-

    sebab tersebut adalah serentak

    atau berturut-turut.

    Nyatakan tempoh lanjutan masa

    sebenar (net effective delay) yang

    merangkumi kesemua sebab-

    sebab lanjutan masa yang

    dipertimbangkan.

    PD 1. Klausa 45

    2.Perakuan

    Kelambatan

    dan Lanjutan

    Masa

    1 Surat Kementerian Kewangan ruj. (K&B)(8.09) 735/10/1 Jld. 3 (44) bertarikh 5.4.89

  • 46/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    Proses Audit Tindakan Rujukan/Rekod

    5. Pastikan pegawai yang

    meluluskan PKLM adalah

    Pegawai Yang Diberi Kuasa

    (PYDK) untuk bertindak bagi pihak

    Kerajaan.

    PD/PYDK. 1.Klausa 3(i)

    2. Klausa 45

    3.Lampiran

    Kepada Syarat-

    syarat Kontrak

    4. Borang

    PKLM.

    6. Pastikan PKLM diedarkan kepada

    semua pihak yang berkenaan

    terutamanya Penjamin yang

    menjamin pelaksanaan kontrak.

    PD 1. Perakuan

    Kelambatan

    dan Lanjutan

    Masa

    11.4 Perakuan Kerja Tidak Siap Kerja.

    11.4.1 Definisi

    Perakuan Kerja Tidak Siap (PKTS) diperuntukkan dalam klausa 42 syarat-

    syarat kontrak. Sekiranya kontraktor gagal menyiapkan kerja pada tarikh siap

    kontrak asal atau pada tarikh yang dibenarkan dalam kontrak, maka Gantirugi

    Tertentu dan Ditetapkan (Liquidated and Ascertained Damages LAD) boleh

    dikenakan kepada kontraktor setelah PKTS dikeluarkan.

    Sebelum PKTS dikeluarkan, beberapa langkah sejajar dengan kontrak dan

    perundangan perlu dipatuhi supaya hak Kerajaan dilindungi.

    LAD bukanlah satu bentuk denda. Gantirugi dalam undang-undang kontrak

    adalah hanya berbentuk pampasan sahaja dan bukan bertujuan untuk

    menghukum sejajar dengan prinsip perundangan negara. Jika LAD satu

    bentuk denda maka ia tidak akan dapat dikuatkuasakan di dalam

    perundangan. Oleh itu istilah LAD hendaklah tidak disamakan dengan istilah

    denda.

  • 47/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    11.4.2 Langkah-Langkah Untuk Mengeluarkan PKTS

    Sejajar dengan prinsip perundangan, keluarkan notis kepada kontraktor

    sebelum tarikh siap kontrak atau tarikh yang dibenarkan dalam kontrak

    sebelum tindakan LAD dikenakan.

    Notis tersebut lebih merupakan satu niat Kerajaan untuk mengenakan LAD

    kepada kontraktor. Contoh surat piawai tersebut bolehlah dirujuk pada

    Borang JKR/RB/22a.

    Sekiranya kontraktor gagal mengemukakan sebab-sebab munasabah, PD

    hendaklah mengeluarkan PKTS kepada kontraktor. Ini bermakna pada

    pandangan PD, kontraktor telah gagal menyiapkan kerja pada tarikh yang

    dibenarkan dalam kontrak dan PD bolehlah mengenakan LAD terhadap

    kontraktor setelah PKTS dikeluarkan.

    11.4.3 Pengedaran PKTS

    PKTS perlulah diedarkan kepada pihak-pihak berikut:

    Pusat Khidmat Kontraktor Juruukur Bahan yang terlibat dengan kontrak Penjamin Syarikat Insurans

    11.4.4 Pemantauan Rapi Kemajuan Kerja Setelah Pengeluaran PKTS

    Apabila PKTS dikeluarkan dan LAD dikenakan kepada kontraktor, PD masih

    perlu memantau kemajuan kerja kontraktor di atas tapak bina.

    Sekiranya didapati kontraktor tidak melaksanakan kerja dengan tekun dan

    kemajuan kerja tidak memberansangkan, maka satu keputusan perlulah

    dibuat sama ada untuk meneruskan kerja atau sebaliknya. Sekiranya

    kontraktor telah dikenakan LAD dalam tempoh yang panjang, ini akan

    mengakibatkan beban jumlah nilai LAD bertambah dan menjejaskan aliran

    wang tunai kontraktor untuk menyiapkan kerja keseluruhannya.

  • 48/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    Tindakan menamatkan pengambilan kerja kontraktor hendaklah dibuat

    sekiranya difikirkan bahawa jumlah nilai LAD yang dikenakan adalah besar

    dan membebankan kontraktor.

    11.4.5 Proses Audit

    Proses Audit Tindakan Rujuakan/Rekod

    1. Sedia dan semakkan deraf surat

    amaran niat LAD

    PD Format surat

    amaran niat LAD:

    Borang

    JKR/RB/22a

    2. Terima & analisis maklum-balas

    kontraktor berkaitan alasan yang

    munasabah.

    Kontraktor

    3. Sediakan PKTS apabila

    kontraktor gagal kemukakan

    alasan yang munasabah.

    PD Klausa 42 dan

    Borang Piawai

    PKTS ( JKR 203X

    sem 1/83 )

    4. Tandatangan PKTS dan edarkan

    kepada pihak-pihak yang

    berkaitan terutama penjamin

    perlaksanaan projek dan pihak

    insurans.

    PYDK Klausa 42 dan

    Lampiran kepada

    Syarat-Syarat

    Kontrak

    Borang Piawai

    PKTS:

    Borang

    JKR/RB/22b

    Senarai Edaran:

    Borang

    JKR/RB/22c

  • 49/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    11.5 Pengurusan Timbangtara.

    11.5.1 Definisi

    Timbangtara adalah satu proses penyelesaian pertikaian yang merupakan

    alternatif kepada tindakan ke mahkamah. Lazimnya rujukan kepada

    timbangtara akan dikuatkuasakan sepenuhnya oleh mahkamah, melainkan

    kedua-dua belah pihak bersetuju untuk tidak merujuk kepada penimbangtara.

    11.5.2 Rujukan Keputusan kepada Pegawai Yang Berkuasa

    Klausa 56.1 syarat-syarat kontrak antara lain memperuntukkan sekiranya

    terdapat pertikaian di antara Kontraktor dengan Kerajaan, semasa kerja

    pembinaan sedang dilaksanakan atau selepas siap kerja atau selepas

    penamatan pengambilan kerja kontraktor berkaitan kepada:

    Tafsiran kontrak binaan tersebut Apa-apa perkara yang timbul berkaitan dengan perjalanan kontrak Penahanan oleh PD apa-apa perakuan yang mana kontraktor

    mendakwa ia berhak

    Semakan kepada Lampiran Kepada Syarat-Syarat Kontrak perlu dibuat

    terlebih dahulu untuk menentukan Pegawai Yang Diberi Kuasa.

    Keputusan Pegawai tersebut adalah mengikat sehinggalah pembinaan kerja

    siap secara keseluruhannya. Kontraktor hendaklah secara tekun terus

    melaksanakan kerja walaupun tidak berpuas hati dengan keputusan Pegawai

    tersebut.

    Klausa 56.3 pula memperuntukkan bahawa sekiranya :

    Pegawai Yang Diberi Kuasa gagal memberi satu keputusansebagaimana yang dipohon oleh kontraktor di dalam tempoh 45 hari

    dari tarikh permohonan, atau

  • 50/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    Kontraktor tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah diberikanoleh Pegawai Yang Diberi Kuasa di dalam tempoh 45 hari dari tarikh

    terima keputusan.

    Dalam tempoh 45 hari sama ada selepas menerima apa-apa keputusan

    ataupun tidak daripada Pegawai Yang Diberi Kuasa, kontraktor boleh

    memohon rujukan pertikaian tersebut kepada Penimbangtara berseorangan.

    Sekiranya persetujuan tidak tercapai maka penimbangtara akan dilantik oleh

    Pengarah Pusat Timbangtara Serantau, Kuala Lumpur.

    11.5.3 Ruang Lingkup Timbangtara

    Sebelum rujukan kepada proses timbangtara, kontraktor dan PD perlu

    pastikan perkara yang dipertikaikan adalah dalam ruang lingkup timbangtara

    yang diperuntukkan dalam kontrak. PD hendaklah memberi pandangannya

    kepada Penasihat Undang-Undang untuk tindakan yang selanjutnya

    sekiranya di luar ruang lingkup timbangtara.

    Hanya pertikaian daripada kontraktor terhadap keputusan PD/Kerajaan

    sahaja mengenai pentadbiran sesuatu kontrak yang boleh dirujuk kepada

    timbangtara. Ini bermakna ia tidak merangkumi apa-apa pertikaian Kerajaan

    terhadap kontraktor.

    11.5.4 Tindakan Selepas Menerima Notis Rujukan Kepada Penimbangtara

    Sekiranya notis pertikaian dikemukakan oleh kontraktor untuk dirujuk kepada

    Penimbangtara, PD hendaklah memanjangkan notis tersebut beserta satu

    laporan kepada Penasihat Undang-Undang, yang antara lain merangkumi

    perkara-perkara berikut:

    Notis Kontraktor berkaitan Rujukan Kepada Penimbangtara Butir-butir kontrak Sinopsis peristiwa yang menyebabkan pertikaian tersebut timbul Surat berkaitan dengan keputusan PD ataupun Perakuan-perakuan

    PD yang dipertikaikan.

  • 51/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    Apa-apa surat menyurat di antara Kerajaan dengan kontraktorberkaitan dengan perkara yang dipertikaikan.

    Perakuan PD berkaitan dengan pertikaian tersebut.

    11.5.5 Keputusan Penimbangtara

    Sejajar dengan peruntukkan undang-undang dan kontrak, secara prinsipnya

    satu keputusan oleh penimbangtara adalah muktamad dan mengikat kedua-

    dua belah pihak. Namun begitu keputusan penimbangtara tersebut hanya

    boleh diketepikan berdasarkan seksyen 24 Akta Timbangtara 2005 (Akta

    646) mengikut keadaan-keadaan yang tertentu sahaja seperti berikut:

    Kegagalan penimbangtara tersebut untuk mematuhi peraturankeadilan asasi.

    Tindak tanduk penimbangtara yang memperlihatkan peri laku beratsebelah.

    Kegagalan penimbangtara untuk menilai bukti-bukti yang manasecara materialnya mempengaruhi keputusan penimbangtara

    Kekhilafan pemakaian undang-undang oleh penimbangtara yangmana jelas pada permukaan rekod award penimbangtara

    Sekiranya PD/Penasihat Undang-Undang berpendapat terdapat asas untuk

    mengenepikan award penimbangtara, maka rujukan selanjutnya bolehlah

    dibuat kepada Pejabat Peguam Negara melalui Penasihat Undang-Undang.

    11.5.6 Proses Audit

    Proses Audit Tindakan Rujukan/Rekod

    1. Pastikan keputusan dibuat dalam

    tempoh 45 hari dari penerimaan surat

    pertikaian daripada kontraktor berkaitan

    dengan apa-apa keputusan dan/atau

    mana-mana perakuan yang telah

    dikeluarkan

    PYDK Kluasa 56.3

    2. Pastikan kontraktor terus tekun PD Kluasa 56.3

  • 52/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    Proses Audit Tindakan Rujukan/Rekod

    menjalankan kerja walaupun tidak

    bersetuju dengan keputusan.

    3. Majukan cadangan nama penimbangtara

    berseorangan daripada kontraktor

    kepada Penasihat Undang-Undang

    untuk persetujuan oleh pihak Kerajaan.

    PYDK Kluasa 56.3

    4. Sekiranya tidak mendapat persetujuan,

    rujuk kepada Pengarah Pusat

    Timbangtara Serantau, Kuala Lumpur.

    PYDK Kluasa 56.3

    5. Pastikan rujukan serta proses

    timbangtara tersebut tidak dibuat

    sehingga kerja pembinaan disiapkan.`

    PYDK Kluasa 56.3

    6. Sedia dan kemukakan laporan berkaitan

    dengan pertikaian kepada Penasihat

    Undang-undang yang sekurang-

    kurangnya mengandungi perkara-

    perkara sebagaimana perkara 11.5.4

    PYDK dan

    PD

    11.6 Pematuhan Kepada Dasar Perolehan Kerajaan.

    11.6.1 Definisi

    Dasar kerajaan mengutamakan penggunaan bahan/barangan tempatan,

    penggunaan barangan impot adalah dilarang kecuali yang mempunyai fungsi

    khas, melibatkan kepakaran atau yang tidak terdapat bahan/barang buatan

    tempatan yang setaraf dengannya.

    Kontraktor tidak akan dibenarkan mengimpot mana-mana bahan, loji

    peralatan, kenderaan atau barangan lain yang akan menjadi sebahagian

    daripada kerja atau dibekalkan dibawah kontrak kecuali yang diluluskan oleh

    kerajaan.

  • 53/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    Kontraktor mestilah memastikan yang perolehan barangan impot seperti

    bahan, loji, peralatan dan kenderaan atau barangan lain yang bernilai lebih

    dari RM 50,000.00 bagi setiap item yang diluluskan oleh kerajaan diperolehi

    secara terus daripada negara yang mengeluarkannya berdasarkan Percuma

    Atas Kapal (Free On Board) atau yang setaraf dengannya. Pengangkutan

    dan insuran barangan yang diimpot tersebut ke tapak bina hendaklah

    diuruskan oleh Kontraktor melalui Government Multimodal Transport

    Operators (GMTO) yang dilantik oleh Kerajaan.

    Permohonan kelulusan dari MITI perlu dibuat oleh Kontraktor melalui jabatan

    pada peringkat awal selepas sahaja tarikh milik tapak bina.

    11.6.2 Proses Audit:

    Proses Audit Tindakan Rujukan/ Rekod

    1. Dapatkan senarai bahan/ barangan

    daripada Kontraktor dan pastikan

    borang piawai MITI dilengkapkan.

    PD SPP 7/2002

    2. Sah dan hantar borang piawai

    permohonan kepada MITI

    PD

    3. Edar surat kelulusan MITI kepada

    Kontraktor dan JKR (disiplin

    berkenaan)

    PD

    4. Pantau & audit penggunaan GMTO

    oleh Kontraktor.

    PD Senarai GMTO

    yang digunapakai

    oleh kontraktor

    11.7 Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor

    11.7.1 Definisi

    Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor (selepas ini disebut sebagai

    pemansuhan) hanya dibuat sekiranya didapati kontraktor telah memungkiri

    terma-terma kontrak mustahak di dalam kontrak. Kemungkiran terma-terma

  • 54/ 150JKR Malaysia: 5 Mac 2007

    mustahak di dalam kontrak adalah menyentuh akar umbi kontrak binaan

    tersebut.

    Masa adalah teras kepada kontrak binaan R&B dan ia merupakan satu

    kemungkiran terma yang mustahak. PD/Kerajaan mempunyai pilihan sama

    ada untuk mengenakan LAD atau pemansuhan.

    Tindakan pemansuhan boleh juga disebabkan oleh ketidakupayaan

    kontraktor seperti kebangkerapan atau terdapat satu perintah penggulungan

    terhadap kontraktor menyentuh kewujudan entiti kontraktor itu sendiri.

    Peruntukkan klausa 54 syarat-syarat kontrak memberi kuasa kepada PD atau

    Pegawai Yang Diberi Kuasa untuk mengambil tindakan terhadap kontraktor.

    Pemansuhan berdasarkan kemungkiran kontrak oleh kontraktor

    sebagaimana berikut:

    Menggantung perjalanan seluruh atau mana-mana bahagian Kerjatanpa sebab yang munasabah; atau

    Gagal meneruskan Kerja dengan mengikut aturan dan tekunnya; atau Gagal melaksanakan Kerja mengikut Kontrak atau berulangkali cuai

    menunaikan obligasinya di bawah Kontrak; atau

    Mungkir atau berulangkali cuai mematuhi suatu notis bertulis daripadaPD untuk menukar dan mengganti Kerja yang cacat atau bahan atau

    barang-barang yang tidak mematuhi Kontrak; atau

    Mengsubkontrak seluruh atau mana-mana bahagian Kerja tanpakelulusan bertulis daripada PD terlebih dahulu.

    Pemansuhan kontrak berdasarkan kemungkiran oleh ketidakmampuan

    kontraktor sebagaimana be