prosedur 11 memasang dan memungut ovitrap

6
PROSEDUR 11: MEMASANG DAN MEMUNGUT OVITRAP Tarikh : 3/5/2012 Lokasi/Lokaliti : Wisma Persekutuan Anggota Terlibat : PKA En Hisham Saifullah Muhammad Khuzaifah bin Azli (Pelatih) Muhammad Fadhli bin Zin (Pelatih) Muhammad Khairul Azizi bin Ayob (Pelatih) Muhammad Firdaus bin Mohd Safee (Pelatih) Objektif: Bagi mengetahui jenis dan spesis nyamuk. Bagi mengetahui indeks aedes: Bil. Bekas Positif X 100 % Bil. Bekas Sedia ada Untuk mengkaji habitat nyamuk sama ada di dalam atau di luar rumah. Untuk Mengetahui keberkesanan aktiviti semburan pada sesuatu kawasan.

Upload: muhammad-khuzaifah

Post on 25-Jul-2015

726 views

Category:

Documents


37 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prosedur 11 Memasang Dan Memungut Ovitrap

PROSEDUR 11: MEMASANG DAN MEMUNGUT OVITRAP

Tarikh : 3/5/2012

Lokasi/Lokaliti : Wisma Persekutuan

Anggota Terlibat :

PKA En Hisham Saifullah

Muhammad Khuzaifah bin Azli (Pelatih)

Muhammad Fadhli bin Zin (Pelatih)

Muhammad Khairul Azizi bin Ayob (Pelatih)

Muhammad Firdaus bin Mohd Safee (Pelatih)

Objektif:

Bagi mengetahui jenis dan spesis nyamuk.

Bagi mengetahui indeks aedes:

Bil. Bekas PositifX 100 %

Bil. Bekas Sedia ada

Untuk mengkaji habitat nyamuk sama ada di dalam atau di luar rumah.

Untuk Mengetahui keberkesanan aktiviti semburan pada sesuatu kawasan.

Page 2: Prosedur 11 Memasang Dan Memungut Ovitrap

Peralatan dan Bahan :

Bekas plastik hitam

( garis pusat 8cm x tinggi 9 cm)

Tudung bekas plastic.

White Tape Diganti sebagai paddle ovitrap - 11.5cm x 2.5cm x 0.3cm

Span

Beg polythene

Berus sabut

Borang kajian ovitrap

Air

Vectobac

Kaedah/Tatacara :

Bersihkan bekas ovitrap dengan menggunakan span lembut manakala lekatkan

white tape dan tudung dibersihkan dengan berus tanpa menggunakan sabun.

Tuangkan air yang telah dibiarkan selama 24 jam pada suhu bilik ke dalam

bekas ovitrap sehingga separuh penuh dan masukkan vecto bac kedalam

bekas ovitrap.

Pastikan semua barang yang di perlukan untuk memasang ovitrapdisediakan.

Sediakan borang kajian.

Pergi ke lapangan atau premis yang sesuai untuk memasang ovitrap.

Memperkenalkan diri kepada tuan rumah dan nyatakan tujuan kedatangan

adalah untuk membuat kajian nyamuk serta terangkan tujuan kajian dijalankan.

Minta izin daripada tuan rumah untuk memasang ovitrapdi dalam dan di luar

premis.

Pilih tempat yang sesuai untuk memasang ovitrap seperti :-

i. tempat terlindung daripada cahaya matahari.

ii. bebas daripada gangguan manusia atau pun haiwan.

iii. diletak pada permukaan rata atau pada paras tanah.

Page 3: Prosedur 11 Memasang Dan Memungut Ovitrap

Bagi kawasan dalam rumah, letakkan satu bekas ovitrap di bawah almari

manakala bagi kawasan luar rumah letakkkan satu bekas di tempat yang

redup.

Tinggalkan ovitrap ditempat tersebut selama 7 hari.

Selepas 3 hari ambil bekas ovitrap tersebut dan tuangkan ke dalam beg

polythene.

Labelkan beg tersebut.

Kenalpasti larva yang dijumpai dengan menggunakan mikroskop.

Kira indeks aedes.

Indeks ovitrap = bil.ovitrap yang ada jentik-jentik x 100%

Bil.ovitrap diperiksa

Catatkan semua maklumat ke dalam borang kajian ovitrap.

Bersihkan bekas ovitrap di bahagian luar dan dalam dengan span.

Page 4: Prosedur 11 Memasang Dan Memungut Ovitrap

Lampiran:

Page 5: Prosedur 11 Memasang Dan Memungut Ovitrap