pros opal

6
PROSOPAL Tajuk Kajian Asal-usul Kewujudan Kota Ngah Ibrahim. Permasalah Kajian Sebab-sebab bangunan Kota Ngah Ibrahim dibangunakan di Larut Matang dan Selama sebagai Warisan Sejarah. Tinjauan Kajian Lepas Penulis Kamaruddin bin Hassan mengenai Kompleks Kota Ngah Ibrahim, Matang, Perak dalam perspektif arkeologi: kajian geologi kuaterner kawasan. Selain itu, Penulis Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abd. Rahman, (1990) mengenai Kompleks Kota Ngah Ibrahim, Matang, Perak dalam perspektif arkeologi: gali cari terbaharu dan juga terdapat penulis Abdul Latib Ariffin (1990) mengenai Kompleks Kota Ngah Ibrahim, Matang, Perak dalam perspektif arkeologi: galicari cubaan pertama . Objektif Kajian a) Mengenali asal-usul Kota Ngah Ibrahim b) Memberi pendedahan kepada generasi baru tentang Kota Ngah Ibrahim c) Menghargai Kota Ngah Ibrahim sebagai Warisan Sejarah. Skop dan Batas Kajian Kajian akan lebih menekankan kepada aspek-aspek sejarah penubuhan.Tumpuan hanya dibuat di dalam sekitar kawasan kajian saja supaya skop kajian tidak begitu luas dan meleret.

Upload: parani

Post on 05-Jan-2016

13 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pros Opal

TRANSCRIPT

Page 1: Pros Opal

PROSOPAL

Tajuk Kajian

Asal-usul Kewujudan Kota Ngah Ibrahim.

Permasalah Kajian

Sebab-sebab bangunan Kota Ngah Ibrahim dibangunakan di Larut Matang dan

Selama sebagai Warisan Sejarah.

Tinjauan Kajian Lepas

Penulis Kamaruddin bin Hassan mengenai Kompleks Kota Ngah Ibrahim, Matang,

Perak dalam perspektif arkeologi: kajian geologi kuaterner kawasan. Selain itu,

Penulis Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abd. Rahman, (1990) mengenai Kompleks

Kota Ngah Ibrahim, Matang, Perak dalam perspektif arkeologi: gali cari terbaharu

dan juga terdapat penulis Abdul Latib Ariffin (1990) mengenai Kompleks Kota Ngah

Ibrahim, Matang, Perak dalam perspektif arkeologi: galicari cubaan pertama .

Objektif Kajian

a) Mengenali asal-usul Kota Ngah Ibrahim

b) Memberi pendedahan kepada generasi baru tentang Kota Ngah Ibrahim

c) Menghargai Kota Ngah Ibrahim sebagai Warisan Sejarah.

Skop dan Batas Kajian

Kajian akan lebih menekankan kepada aspek-aspek sejarah penubuhan.Tumpuan

hanya dibuat di dalam sekitar kawasan kajian saja supaya skop kajian tidak begitu

luas dan meleret.

Metodologi Kajian

Kajian terperinci di buat melalui:-

a) Temubual dengan orang perseorangan, penduduk sekitar kawasaan kajian, pihak

pengurusan dan sebagainya.

Page 2: Pros Opal

b) Selain itu, pengumpulan data-data dari dokumen-dokumen Jabatan-jabatan Hal

Ehwal Sejarah seperti Muzium Taiping dan Perak, Perpusatkaan Taiping dan Ipoh

dan sebagainya. Seterusnya, jurnal, majalah-majalah dan keratan-keratan akhbar

akan digunakan sebagai rujukan di dalam membantu mengumpul segala data kajian.

c) Bahan-bahan artifak yang terdapat di Kota Ngah Ibrahim.

d) Soal Selidik

Signifikan Kajian

Permulaan dengan sejarah awal Taiping dan sejarah awal Matang. Menceritakan

tentang asal-usul kawasan kajian dan kaitannya dengan Kota Ngah Ibrahim dan

tujuan kota didirikan. Seterusnya, asal-usul Hubungan Ngah Ibrahim dengan Daerah

Larut . Selain itu, Lokasi dan penggunannya Kota Ngah Ibrahim kepada masyarakat.

Keadaan kota semasa zaman kemunculan British. Keadaan kota semasa zaman

kemunculan Jepun serta perubahannya sehingga kini.

Pembahagian Bab

Bab 1: Pendahuluan :-

Tajuk Kajian - Signifikan Kajian

Bab 2: Objektif :-

Kota ini merupakan pusat pentadbiran bagi Daerah Larut yang pada ketika itu menjadi jajahan

takluk di bawah kuasa Ngah Ibrahim. Kota Ngah Ibrahim dibina di Matang dalam tahun 1854.

Kota ini mempunyai tembok batu sepanjang 131 meter dan lebar 110 meter. Tapak ini kira-kira 8

km dari bandar Taiping. Di dalam kawasan Kota ini, Ngah Ibrahim membina sebuah rumah besar

yang menjadi kediaman rasminya. Sebuah bangunan setor digunakan sebagai tempat simpanan

bijih timah.

Selepas Ngah Ibrahim dihukum buang negeri, Kota Ngah Ibrahim diambil alih oleh pihak British.

Ia digunakan sebagai kediaman rasmi Kapten Tristam Speedy, Penolong Residen di samping

digunakan sebagai bangunan mahkamah untuk perbicaraan Datuk Maharajalela dan Datuk

Sagor kerana tuduhan membunuh Residen British pertama di Perak, J.W.W. Birch . Mereka

didapati bersalah dan menjalani hukuman gantung di hadapan Kota Ngah Ibrahim pada 21

Januari 1877.

Page 3: Pros Opal

Bab 3: Objektif :-

Memperkenalkan Kota Ngah Ibrahim sebagai Warisan Sejarah kepada generasi

baru. Selepas Jepun menyerah kalah dalam tahun 1945, bangunan ini kembali

digunakan sebagai bangunan sekolah, sehingga tahun 1985 apabila mana

bangunan ini diambil alih oleh Jabatan Muzium &  Antikuiti  Perak dan dijadikan

bangunan Kompleks Sejarah Matang.

Bab 4: Objektif :-

Menyatakan kepentingan menghargai Kota Ngah Ibrahim kepada masyarakat dan

generasi akan datang. Penggunannya Kota Ngah Ibrahim kepada masyarakat.

Bab 5: Kesimpulan :-

Dengan kajian ini, saya dapat mengetahui tentang penubuhan Kota Ngah Ibrahim

serta punca-punca Kota Ngah Ibrahim dijadikan sebagai salah satu Warisan Sejarah

di Taiping.

Penutup

Saya berharap generasi akan datang dan masyarakat setempat menghargai kota ini

sebagai Warisan Sejarah dan sentiasa mengunjungi kota ini pada cuti sekolah dan

juga pihak sekolah atau Panitia Sejarah menganjurkan lawatan sambil belajar ke

kota ini.

Page 4: Pros Opal

Jadual Kerja Sepanjang Kajian ini dijalankan

Tarikh / Minggu Catatan

M 1

22 Julai - 12 Ogos 2015 Kajian Awal

M 2

13 Ogos 2015 Pembentangan Proposal

M 3

14 Ogos - 21 Ogos 2015

Mengkaji sejarah penubuhan Kota Ngah

Ibrahim

M 4

24 Ogos - 28 Ogos 2015

Menemu bual pengunjung dan pihak

pengurusan untuk mendapatkan

maklumat yang berkaitan Kota Ngah

Ibrahim

M 5

31 Ogos - 4 September 2015

Melihat dan mengambil gambar

berkaitan di Kota Ngah Ibrahim.

Mendapatkan maklumat dari laporan

dokumen yang terdapat di Kota Ngah

Ibrahim.

M 6

7 September - 11 September 2015

Membuat kesimpulan secara

keseluruhan selepas mengkaji tentang

Kota Ngah Ibrahim.

M 7

14 September - 18 September 2015

Membuat penutup dengan meringkaskan

kepentingan Kota Ngah Ibrahim kepada

masyarakat setempat.

M 8

21 September - 25 September 2015 Membuat bibilografi

M 9

25 September 2015 Menghantar laporan kepada pensyarah

Dr. Azman.

Bibliografi

Mendapatkan rujukan daripada buku-buku berkaitan, Jurnal dan dokumen-dokumen

berkaitan.