proposal tajwidpro furqanworks · pdf file(surah muzammil, 4) para ulama tajwid seperti syeikh...

12
PENGENALAN Seminar TAJWIDPRO adalah satu seminar yang memiliki objektif amat besar & mulia : membantu masyarakat 'upgrade' kualiti bacaan Al-Quran ke tahap lebih berkualiti mirip bacaan Rasulullah s.a.w. Ia bakal meningkatkan lagi kualiti bacaan Al-Quran ke tahap lebih sempurna seperti bacaan syeikh arab dengan : mengenalpasti kesalahan 'super kecil’ dalam bacaan Al-Quran, membetulkan sebutan dari 'lahjah melayu' ke lahjah 'arab' mendedahkan bacaan unik Al-Quran riwayat Hafs an A'sim yang selama ini sukar dikuasai melalui teori & bacaan buku. Kandungan seminar ini dihasilkan berdasarkan pengalaman & pengetahuan ber- harga Ustaz Asraff bertalaqqi Al-Quran dengan 3 pakar Al-Quran Arab Mesir iaitu Syeikh Sayyid, Syeikh Hassan Rejab dan Syeikh Nabil. Segala modul dalam seminar TAJWIDPRO direkabentuk dengan asas kepercayaan kuat bahawa tuntutan membaca Al-Quran dengan penuh sempurna, berkualiti tinggi & sifar kesalahan amat penting kerana Allah s.w.t juga yang menggesa kita : Tel : 016 9287 606 # E-mail : [email protected] # Faks/ Tel. Pej : 03 8741 6464 Web : www.furqanworks.com # Facebook : www.facebook.com/Furqanworks PROPOSAL SEMINAR

Upload: doanhuong

Post on 04-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROPOSAL TAJWIDPRO FURQANWORKS · PDF file(Surah Muzammil, 4) Para ulama tajwid seperti Syeikh Muhammad Thalhah Bilal Manyar menerangkan ... CONTOH TENTATIF SEMINAR. ... Lukisan penerangan

PENGENALAN Seminar TAJWIDPRO adalah satu seminar yang memiliki objektif amat besar & mulia : membantu masyarakat 'upgrade' kualiti bacaan Al-Quran ke tahap lebih berkualiti mirip bacaan Rasulullah s.a.w. Ia bakal meningkatkan lagi kualiti bacaan Al-Quran ke tahap lebih sempurna seperti bacaan syeikh arab dengan : mengenalpasti kesalahan 'super kecil’ dalam bacaan Al-Quran, membetulkan sebutan dari 'lahjah melayu' ke lahjah 'arab' mendedahkan bacaan unik Al-Quran riwayat Hafs an A'sim yang selama ini sukar

dikuasai melalui teori & bacaan buku. Kandungan seminar ini dihasilkan berdasarkan pengalaman & pengetahuan ber-harga Ustaz Asraff bertalaqqi Al-Quran dengan 3 pakar Al-Quran Arab Mesir iaitu Syeikh Sayyid, Syeikh Hassan Rejab dan Syeikh Nabil. Segala modul dalam seminar TAJWIDPRO direkabentuk dengan asas kepercayaan kuat bahawa tuntutan membaca Al-Quran dengan penuh sempurna, berkualiti tinggi & sifar kesalahan amat penting kerana Allah s.w.t juga yang menggesa kita :

Tel : 016 9287 606 # E-mail : [email protected] # Faks/ Tel. Pej : 03 8741 6464 Web : www.furqanworks.com # Facebook : www.facebook.com/Furqanworks

PROPOSAL SEMINAR

Page 2: PROPOSAL TAJWIDPRO FURQANWORKS · PDF file(Surah Muzammil, 4) Para ulama tajwid seperti Syeikh Muhammad Thalhah Bilal Manyar menerangkan ... CONTOH TENTATIF SEMINAR. ... Lukisan penerangan

‘…..Orang-orang yang telah kami (Allah) beri mereka al-kitab (al-Quran) lalu mereka membacanya dengan bacaan yang sebenar-benarnya….’

(Surah Al-Baqarah, 121)

‘…...Dan bacalah al-Qur'an secara tartil……’ (Surah Muzammil, 4)

Para ulama tajwid seperti Syeikh Muhammad Thalhah Bilal Manyar menerangkan makna "haqqa tilaawatih" dalam ayat tersebut sebagai : membaca Al-Quran secara tartil dan sesuai tajwidnya sebagaimana yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W….’ MANFAAT SEMINAR INI KEPADA ANDA : Dari sudut organisasi/syarikat : 1) Seminar ini adalah pengisian ‘rohani’ kepada pekerja. Jika training HRD seperti ‘team-building’, ‘leadership’ dll bertujuan meningkatkan skill, maka seminar ini bakal meningkatkan skill rohani pekerja, iaitu skill berkaitan kualiti bacaan Al-Quran. Kami yakin, pekerja yang skillnya tinggi, nilai pegangan hidupnya lurus dan rohaninya mantap adalah pekerja paling ideal untuk organisasi. Dan seminar ini membantu melengkapkan mereka dari sudut tersebut. 2) Fokus seminar ini adalah Al-Quran. Ia adalah rujukan terbaik mendidik kita mengamalkan nilai terunggul bekerja seperti integriti, bertanggungjawab, bersemangat, dinamik, proaktif, sukakan kesempurnaan, kerja berpasukan dan sebagainya. Kami yakin, semua nilai yang ada dalam setiap surah & ayat Al-Quran jika diamalkan, ia mampu berfungsi sebagai asas rujukan nilai setiap pekerja. Bayangkan situasi ketika berlaku konflik & masalah organisasi, setiap pekerja merujuk kepada ‘manual book’ terbaik untuk mengatasinya - melalui ‘direct consultation’ dari Tuhan melalui Al-Quran. Oleh itu, pekerja perlu mahir membaca buku ‘manual’ tersebut. Ia bukan calang-calang buku biasa & perlu dibaca dengan standard tinggi (tajwid sempurna) kerana ia bukannya tulisan manusia. Ia adalah Kalamullah, Tuhan yang amat-amat menitikberatkan kualiti tertinggi dalam setiap apa yang dilakukan hambaNya. Seminar TAJWIDPRO mampu membantu meningkatkan kualiti bacaan sumber nilai teragung (Al-Quran) tersebut. Dari sudut individu : Peserta akan : Didedahkan RAHSIA Ilmu tajwid bersifat 'advance', khusus untuk mendedahkan

kesilapan PALING KERAP DILAKUKAN oleh masyarakat melayu tapi amat jarang diterangkan dlm kitab tajwid secara Praktikal

Page 3: PROPOSAL TAJWIDPRO FURQANWORKS · PDF file(Surah Muzammil, 4) Para ulama tajwid seperti Syeikh Muhammad Thalhah Bilal Manyar menerangkan ... CONTOH TENTATIF SEMINAR. ... Lukisan penerangan

Menyedari bahawa banyak kesalahan besar & kecil tajwid yang masih wujud dalam

bacaan Al-Quran walaupun telah banyak menelaah buku tajwid & khatam Al-Quran berkali-kali.

Menyelesaikan MASALAH BUNYI BACAAN AL-QURAN yang masih longgar sana-sini

walaupun sudah merujuk banyak buku tajwid & mahir hukum asasnya spt idgham-izhar-mad-ikhfak dll.

Menguatkan lagi kualiti sebutan bacaan Al-Quran gaya 'lahjah arab' mirip bacaan

Rasulullah s.a.w dengan mengenalpasti perbezaan besarnya dengan gaya bacaan 'lahjah melayu'.

Melengkapkan diri dengan pengetahuan segala kesalahan kecil agar ia dapat

dihindari, sekaligus tingkatkan kualiti bacaan ke tahap pakar. MODUL SEHARI SEMINAR TAJWIDPRO Seminar TAJWIDPRO diadakan selama sehari, bersamaan dengan 4 modul yang dikongsikan iaitu : MODUL 1 : LAHJAH MELAYU KE LAHJAH ARAB : KENALPASTI 10 KESALAHAN SEBUTAN HURUF HIJA’IYYAH OBJEKTIF : Peserta akan mempelajari 10 huruf yang selama ini disalah sebut bunyinya iaitu huruf Kho', Ha pedas, A'in, Dal, Dzal, Ro, Dod, To', Dzo, Ghoin. Kelemahan sebutan huruf ini yang menyebabkan bacaan Al-Quran kita kedengaran kurang 'sedap' dan ber'lahjah' melayu. MODUL 2 : LAHJAH MELAYU KE LAHJAH ARAB 3 : 10 BACAAN UNIK & KHUSUS AL-QURAN RIWAYAT HAFS AN A'SIM OBJEKTIF : Peserta akan mempraktikkan terus 10 bacaan unik Al-Quran riwayat Hafs An A'sim. 10 bacaan ini tidak mungkin diketahui tanpa belajar secara berguru. Ini kerana ia amat khusus dan hanya diketahui melalui praktikal sebutan sahaja. MODUL 3 : LAHJAH MELAYU KE LAHJAH ARAB 2 : KENALPASTI 3 JENIS KESALAHAN SEBUTAN KALIMAH AL-QURAN MASYARAKAT MELAYU OBJEKTIF : Peserta akan mempelajari 3 jenis kesalahan sebutan kalimah iaitu : Huruf yang ditebal-kan tanpa sengaja, kalimah yang dibunyikan secara salah tanpa sengaja dan huruf dalam kalimah yang dilantunkan bunyinya tanpa sengaja.

Page 4: PROPOSAL TAJWIDPRO FURQANWORKS · PDF file(Surah Muzammil, 4) Para ulama tajwid seperti Syeikh Muhammad Thalhah Bilal Manyar menerangkan ... CONTOH TENTATIF SEMINAR. ... Lukisan penerangan

MODUL 4 : GILAP HINGGA GEMERLAP! : SESI PRAKTIKAL UNTUK KENALPASTI SEGALA KESALAHAN BACAAN. OBJEKTIF : Peserta akan membaca Al-Quran bersama Ustaz Asraff secara talaqqi. Ia penting agar ustaz dapat mengesan kesalahan-kesalahan super kecil peserta & menun-jukkan cara bacaan yang betul. CONTOH TENTATIF SEMINAR

Page 5: PROPOSAL TAJWIDPRO FURQANWORKS · PDF file(Surah Muzammil, 4) Para ulama tajwid seperti Syeikh Muhammad Thalhah Bilal Manyar menerangkan ... CONTOH TENTATIF SEMINAR. ... Lukisan penerangan

PENDEKATAN SEMINAR Modul TAJWIDPRO akan disampaikan dengan penuh bertenaga & semaksimum mungkin melalui pendekatan berbentuk santai, ceria, menarik dan interaktif. Tidak kira siapapun pesertanya, Ustaz Asraff akan berusaha sebaik mungkin untuk memahamkan peserta dengan mengambilkira latar-belakang mereka. Kemudian, beliau akan menyesuaikannya dengan penyampaian agar isi modul dapat difahami dengan jelas. Segala penerangan beliau akan dibantu dengan : Pembentangan Slide-show melalui LCD projektor Kertas kerja yang disusun secara ’step-by-step’ Praktikal hafazan secara talaqqi dan Musyafahah Lukisan penerangan di white board (jika perlu) Sesi soal jawab dan perbincangan KELENGKAPAN DIPERLUKAN - Bilik seminar berhawa dingin yang boleh semua menampung peserta. (minimum 50, maksimum 10 peserta) - LCD projektor - Papan putih (whiteboard) - P.A Sistem Pihak kami akan sentiasa memberikan maklumbalas dalam menentukan kesesuaian sesuatu lokasi yang dicadangkan. YURAN SEMINAR Kos Seminar sehari TAJWIDPRO untuk bilangan peserta minima 50 hingga 150 peserta ialah RM 3,500. Untuk penganjuran luar negara, mohon pihak penganjur menyediakan sekali penginapan dan tiket kapal terbang. Buku kerja TAJWIDPRO akan diemelkan kepda penganjur untuk dicetak sendiri dan diedarkan kepada peserta pada hari seminar. (Kos lain (jika ada), makan minum peserta, dewan seminar, P.A System dan LCD Projektor semuanya akan disediakan oleh pihak penganjur) Walau bagaimanapun, pihak kami bersedia berbincang jika ia perlu diselaraskan dengan keperluan pihak penganjur.

Page 6: PROPOSAL TAJWIDPRO FURQANWORKS · PDF file(Surah Muzammil, 4) Para ulama tajwid seperti Syeikh Muhammad Thalhah Bilal Manyar menerangkan ... CONTOH TENTATIF SEMINAR. ... Lukisan penerangan

LAIN-LAIN Cadangan ini adalah tertakluk kepada perkara berikut : PENGESAHAN AWAL : Pengesahan awal melalui SURAT RASMI adalah perlu bagi mengelak daripada menghadapi sebarang kesulitan atau percanggahan tarikh dan waktu. Pihak kami memerlukan minima 15 hari pengesahan bagi membuat pengesahan dan persediaan pengurusan kursus. JUMLAH PESERTA : Bagi menjamin keberkesanan seminar, jumlah peserta yang dicadangkan adalah seramai minima 50 orang dan maksima 150 orang sahaja. PENUTUP Kami bersedia untuk berbincang lebih lanjut agar seminar ini dapat dijayakan & manfaatnya dapat dikongsi bersama untuk masa depan kesejahteraan dunia akhirat. Mohon hubungi kami di : Tel/sms : 016 9287 606 (direct Ustaz Asraff) Tel Pej / Faks : 03 8741 6464 Emel : [email protected] / [email protected] Facebook : www.facebook.com/asraffayob Surat-menyurat : FURQANWORKS SDN BHD (1034644-M) 13M, Tingkat 1, Jln Hentian 1B, Pusat Hentian Kajang 43000 Kajang. Selangor

Page 7: PROPOSAL TAJWIDPRO FURQANWORKS · PDF file(Surah Muzammil, 4) Para ulama tajwid seperti Syeikh Muhammad Thalhah Bilal Manyar menerangkan ... CONTOH TENTATIF SEMINAR. ... Lukisan penerangan

Seminar Tajwidpro di Singapura - 8.12.2013

Keratan akhbar, Seminar Tajwidpro di Dewan Bahasa & Pustaka, Brunei Darussalam - 15.11.2013

Page 8: PROPOSAL TAJWIDPRO FURQANWORKS · PDF file(Surah Muzammil, 4) Para ulama tajwid seperti Syeikh Muhammad Thalhah Bilal Manyar menerangkan ... CONTOH TENTATIF SEMINAR. ... Lukisan penerangan

Seminar Tajwidpro & Pemantapan Al-Quran bersama Pensyarah

Institut Tahfiz Sultan Hasanal Bolkiah, Brunei - 17.11.2013

Seminar Tajwidpro bersama bahagian Pengajian Islam,

Kementerian Pendidikan Brunei Darussalam - 18.11.2013

Page 9: PROPOSAL TAJWIDPRO FURQANWORKS · PDF file(Surah Muzammil, 4) Para ulama tajwid seperti Syeikh Muhammad Thalhah Bilal Manyar menerangkan ... CONTOH TENTATIF SEMINAR. ... Lukisan penerangan

Seminar Tajwidpro di ILSAS, Uniten Bangi - 30.6.2013

Antara Testimoni Seminar Tajwidpro

Page 10: PROPOSAL TAJWIDPRO FURQANWORKS · PDF file(Surah Muzammil, 4) Para ulama tajwid seperti Syeikh Muhammad Thalhah Bilal Manyar menerangkan ... CONTOH TENTATIF SEMINAR. ... Lukisan penerangan

Selama lebih 20 tahun, Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob telah menghabiskan masanya dengan 3 'passion' : 1. bacaan Al-Quran. Mantapkan tajwid Al-Quran hingga ke tahap pakar Syeikh arab. Disebabkan itulah

beliau ke Mesir (Universiti Al-Azhar) kerana disitulah Syeikh pakar berkumpul. Di sana, Alhamdulillah beliau telah bertalaqqi Al-Quran dari 3 masyaikh terkemuka & ter-sohor (Syeikh Hassan Rajab, Syeikh Sayyid & Syeikh Nabil Mohd) hingga mendapat ijazah & sanad Al-Quran yang diiktiraf & bersambung terus hingga ke Rasulullah s.a.w.

Mendalami ilmu Qiraat Al-Quran, bukan setakat Qiraat Hafs 'An A'sim atau Qiraat

'tujuh' tetapi hingga ke Qiraat 10 (A’syarah) di Mesir. Ketika di sana juga, beliau berpeluang menguasai semua ilmu lain yang berkaitan kitab mulia ini seperti : Dabtul Quran, Fawasil, Rasm Al-Quran, Tarikh Qurra', Hifzul Mutun dll.

KENALI PEMBIMBING AL-QURAN ANDA : Al-Fadhil Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz. B.A (Hons) Al-Quran & Qira’at, U. Al-Azhar Masters (Psychology I.O), U.K.M (Memiliki pengalaman 20 tahun dalam dunia hafazan dan ilmu Al-Quran) Pengarah Urusan FURQANWORKS Sdn Bhd.

Kepakaran beliau ialah membantu masyarakat JATUH CINTA DENGAN AL-QURAN dengan menguasai 3 aspek utama : mahir membaca Quran, hafaz surahnya dengan mudah & fahami kandungannya sepenuh hati.

Page 11: PROPOSAL TAJWIDPRO FURQANWORKS · PDF file(Surah Muzammil, 4) Para ulama tajwid seperti Syeikh Muhammad Thalhah Bilal Manyar menerangkan ... CONTOH TENTATIF SEMINAR. ... Lukisan penerangan

2. hafazan Al-Quran. Sejak berumur 13 tahun, beliau telah mula menghafaz kitab mulia ini. Beliau juga

telah menajamkan ingatannya dengan menyertai pertandingan hafazan 30 juz dan pernah beberapa kali memenanginya untuk peringkat Negeri Sembilan.

Hafazan yang kuat hasil latihan berterusan telah dibuktikan dengan kemampuan

beliau menjadi imam jemputan tarawikh 30 juz di masjid terkenal dan yang terakhir, beliau diberi kepercayaan untuk digandingkan bersama Syeikh Jibril, imam terkemuka antarabangsa dari Mesir untuk mengetuai solat tarawikh 30 juz di Masjid Wilayah pada tahun 2007.

Ustaz Asraff bersama Syeikh Jibril ketika bertugas sebagai Imam terawikh khas di Masjid Wilayah, KL.

3. Kefahaman Al-Quran. Subjek tafsir memang menjadi minat beliau sejak awal lagi. Segala point induk tafsir

telah dipelajari dari kitab induknya seperti Al-Itqan Fi Ulumil Quran, usul tafsir, Tafsir Ibn Katsir, Tafsir Tabari dan berbagi lagi.

Kini, beliau lebih asyik meneroka cabang baru tafsir : Melihat Al-Quran sebagai

kumpulan 6,236 hikmah positif dari Tuhan. Mengkaji Al-Quran sebagai satu buku yang penuh dengan 'tips & teknik' untuk menjadikan manusia lebih kaya, berjaya, bahagia dan hidup luarbiasa.

Disebabkan itulah, beliau telah mendalami psikologi, satu ilmu penting mengenal

manusia agar segala inputnya memberi lebih kefahaman untuk menyatukan Al-Quran dengan kita : manusia sekaligus makhluk Allah berstatus mulia iaitu hamba & khalifah.

Page 12: PROPOSAL TAJWIDPRO FURQANWORKS · PDF file(Surah Muzammil, 4) Para ulama tajwid seperti Syeikh Muhammad Thalhah Bilal Manyar menerangkan ... CONTOH TENTATIF SEMINAR. ... Lukisan penerangan

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz berkelulusan B.A (Hons) Al-Quran & Qiraat, Universiti Al-Azhar, Mesir serta Masters dalam bidang Psychology (Industri & Organisasi), U.K.M. Ketika di Mesir, Ustaz Asraff merupakan graduan ke 2 terbaik bagi pelajar Malaysia dalam bidangnya. Ketika menyambung Masters di UKM, Ustaz Asraff menduduki senarai anugerah graduan paling cemerlang bagi penuntut Master dan Ph.D (CGPA 3.75 keatas) bagi tahun 2006. Sebelum itu, Ustaz Asraff menuntut dan menghafaz Al-Quran selama 7 tahun di Maa-had Ahmadi, sekolah dibawah kerajaan Negeri Sembilan yang menggabungkan sistem tahfiz dan akademik (kini dikenali sebagai ITQAN - Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembi-lan). Pada tahun 2006, beliau pernah secara aktif mencurahkan kepakaran beliau di pusat hafazan Al-Quran utama Malaysia iaitu DARUL QURAN JAKIM, melatih pelajar untuk lebih berdedikasi dalam menghafaz Al- Quran melalui corak hafazan yang sistematik. USAHA MEMARTABATKAN AL-QURAN Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz lebih dikenali ramai dengan produk teknik hafazan untuk golongan awamnya iaitu Kaedah Jibril. Teknik ini telah disebarkan secara aktif ke seluruh megara melalui seminar dan ia telah membantu beribu-ribu peserta menghafaz surah-surah popular. Rujuk : http://www.kaedahjibril.com/mengenaikjibril.html ANTARA PRODUK LAIN KELUARAN USTAZ ASRAFF : Selain dari menerbitkan 5 produk DVD tentang cara mudah menguasai ilmu Al-Quran (tajwid, hafazan & kefahaman) yang digabungkan dalam Pakej Inspirasi Qurani (www.inspirasiqurani.com) , Ustaz Asraff juga ada menerbitkan 2 buah buku iaitu : Quranology (diterbitkan oleh Sykt Mustread Sdn. Bhd.) dan Kaedah Jibril (diterbitkan oleh Sykt PTS Sdn. Bhd.) Kedua-dua buku ini boleh didapati di kedai buku terkemuka seperti MPH, Popular dll. Anda boleh berhubung terus dengan beliau melalui : Buah fikiran terkini menerusi blognya : www.asraffayob.com Interaksi harian melalui Facebook : www.facebook.com/UstazAsraff Terus ke inbox emelnya : [email protected] No. tel : 016 9287 606