pp kursus imam dan bilal

19
KURSUS IMAM DAN BILAL PERINGKAT 9 BGD ETIKA IMAM DAN BILAL Oleh: MOHAMED SUHAIMI MOHAMED NOOR PENYELIA PEMBANTU AGAMA KANAN

Upload: mohamedsuhaimi

Post on 30-Jun-2015

641 views

Category:

Documents


94 download

TRANSCRIPT

Page 1: PP Kursus Imam dan Bilal

KURSUS IMAM DAN BILAL PERINGKAT 9 BGD

ETIKA IMAM DAN BILAL

Oleh:MOHAMED SUHAIMI MOHAMED NOORPENYELIA PEMBANTU AGAMA KANAN9 KOMP ANGKUT KPD

Page 2: PP Kursus Imam dan Bilal

KRITERIA SEORANG IMAM1. Untuk menjadi imam shalat, seseorang itu hendaklah

memiliki pengetahuan yang jelas dan pasti tentang syarat dan kriteria yang lebih utama untuk menjadi imam.

2. Jika sesebuah masjid tidak ada imam rawatib (imam yang dilantik), maka yang terlebih patut dijadikan imam solat ialah ketua pemerintahan setempat.

3. Orang yang meminjamkan lebih berhak menjadi imam dari orang yang meminjam.

4. Tuan lebih berhak menjadi imam daripada hamba.

5. Imam hendaklah dipilih dari orang yang fasih dan faqih (faham hukum Agama).

Page 3: PP Kursus Imam dan Bilal

6. Kemudian hendaklah dari orang yang lebih qari, iaitu yang lebih baik bacaannya.7. Kemudian hendaklah dari orang yang warak, iaitu yang dikenali sentiasa menjaga diri daripada perkara

syubhah.8. Kemudian hendaklah orang yang lebih tua. 9. Kemudian hendaklah dari orang yang soleh pada

pandangan Agama.10. Anak orang yang soleh dan alim didahulukan dari

anak orang lain. 11. Orang yang lebih taqwa dari segi nama didahulukan dari

orang nama yang kurang taqwa.12. Kemudian orang yang lebih bersih pakaiannya.13. Kemudian orang lebih berketrampilan.14. Kemudian orang yang lebih baik suaranya.

Page 4: PP Kursus Imam dan Bilal

11. Kemudian orang yang lebih baik rupanya.12. Orang yang adil sekalipun hamba sahaya lebih utama

menjadi imam dari orang yang fasik (ahli maksiat), sekalipun orang yang fasik itu adalah orang yang merdeka.

13. Orang yang baligh sekalipun hamba sahaya lebih utama menjadi imam dari kanak-kanak, sekalipun kanak-kanak itu merdeka, faqih dan baik bacaannya.

14. Orang yang bermukim lebih utama menjadi imam dari orang yang musafir.

15. Anak halal lebih utama menjadi imam dari anak zina, dan dari anak yang tidak diketahui dengan pasti ayahnya dan ibunya, sekalipun lebih faqih dan lebih baik baik bacaanya (qari).

Page 5: PP Kursus Imam dan Bilal

16. Orang yang buta sama seperti orang yang dapat melihat dalam segala hal yang disebutkan tadi.

17. Imam rawatib lebih utama menjadi imam dari orang lain sekalipun orang lain memiliki sifat-sifat yang layak menjadi imam.

18. Imam rawatib didahulukan menjadi imam terkecuali ketua pemerintah yang mengangkat imam rawatib menjadi imam, maka dialah yang lebih utama menjadi imam.

Page 6: PP Kursus Imam dan Bilal

PERKARA-PERKARA BERKAITAN DENGAN IMAM

19.Sunat muakkad (amat dituntut) bagi imam menyuruh makmum menyamakan saf, mengisi saf yang masih kosong pada setiap saf dan jangan membuat saf yang kedua sebelum saf yang pertama penuh. Ini adalah sebagaimana perintah Rasulullah di dalam hadisnya:

ي�ة� و� اء�ن ت�س� ، ف� ك�م� و�ف� ف� و�و�ا ص� س�ة� ال� ة� الص ام� و�ف� م�ن� ا�ق� ف� الص�

Maksudnya: “Luruskanlah saf-saf kamu, kerana saf yang lurus itu adalah sebahagian dari

kesempurnaan solat berjamaah”.

Page 7: PP Kursus Imam dan Bilal

20. Makruh berimam kepada orang fasik. Begitu juga makruh berimamkan kepada orang yang mengikuti

orang yang fasik.

21. Makruh berimam kepada orang yang kulup (tidak berkhatan) dan orang yang mengikuti orang kulup samada belum baligh atau sudah baligh.

22. Makruh berimam dan mengikuti ahli bid’ah yang belum mencapai tingkat kafir walaupun tidak ada orang lain untuk dijadikan imam.

23. Makruh berimam dan mengikuti orang yang berulang-ulang menyebut sesuatu perkataan, begitu juga orang yang gagap.

Page 8: PP Kursus Imam dan Bilal

24. Makruh mengikuti orang yang memanjangkan bacaan yang pendek, dan orang yang memendekkan bacaan yang panjang, sekalipun tidak mengubah makna.

25. Makruh juga berimam kepada orang yang was-was dan orang yang dibenci oleh sebahagian makmum.

Page 9: PP Kursus Imam dan Bilal

PERINGATAN26. Imam yang dibenci hendaklah berdasarkan alasan yang dibenarkan oleh syarak, seperti disebabkan ia seorang yang fasik atau jahil, maka betullah sikap mereka yang demikian.27. Jika mereka membencinya kerana didorong oleh kepentingan dunia semata-mata sedangkan ia seorang yang layak, maka merekalah yang bersalah dan berdosa. (( المفاتيح 2:91مرقاة28. Makruh mendirikan solat jamaah di dalam masjid yang sudah ada imam rawatibnya, melainkan imam rawatib terlalu lambat dan letaknya masjid agak terpencil , maka boleh yang lain lebih dahulu menjadi imam dengan syarat tidak menimbulkan fitnah.

- ( المهتدين 2:81سبيل )

Page 10: PP Kursus Imam dan Bilal

29. Sunat bagi imam menyaringkan suara dalam membaca

takbir, tasbih dan salam.

ETIKA IMAM30. Tidak halal bagi imam berdoa hanya untuk dirinya

semata-mata, tanpa berdoa untuk makmum. Kalau ia berbuat demikian, maka sesungguhnya ia telah mengkhianati mereka. (Maksud hadis: Mustika hadis Jil 2:276)

31. Janganlah seorang imam memanjangkan bacaan dalam solatnya kerana dikhuatiri ada makmum yang lemah dan sakit. (Maksud Hadis: Mustika hadia Jil 2:277)

Page 11: PP Kursus Imam dan Bilal

ETIKA BILAL32. Azan dan iqamah hanya disunatkan pada solat fardhu

yang lima, tidak pada solat yang lain.

33. Dalil disunatkan azan adalah hadis Nabi SAW:

�م� �ك �ؤ�ذ�ن� ل �ي �ة" ف�ل ت" الص�ال �"ذ�ا ح�ض�ر ا�م� �ح�د�ك ...ا

Maksudnya: “Apabila tiba waktu solat hendaklah azan bagi kamu oleh salah seorang kamu”…

33. Disunatkan menutur kalimah iqamah dengan agak cepat dan menutur azan dengan lebih tartil.34. Disunatkan berdiri pada azan dan iqamah kerana

sabit hadis Rasulullah SAW. (Sabilal Muhtadin 1:311)

Page 12: PP Kursus Imam dan Bilal

35. Makruh azan dan iqamah dalam keadaan duduk atau berkenderaan melainkan bagi orang yang musafir.

36. Disunatkan meletakkan kedua hujung telunjuk ke dalam telingga kerana Bilal melakukan demikian di hadapan Rasulullah SAW. Ini adalah untuk kestabilan suara. Tidak disunatkan pada iqamah dan juga azan untuk diri sendiri.

37. Disunatkan pada azan dan iqamah mengadap kiblat dan makruh membelakanginya, kerana kiblat adalah arah yang paling mulia. Terkecuali bagi orang musafir, tidak makruh bagi mereka.

Page 13: PP Kursus Imam dan Bilal

KRITERIA SEORANG BILAL

38. Disunatkan bagi orang yang azan dan iqamah adalah orang yang adil (bukan ahli maksiat).

39. Disunatkan pula bagi orang yang azan itu orang yang sentiasa menjaga waktu dan hendaklah melaksana-kannya kerana Allah semata-mata.

40. Disunatkan bagi orang yang azan mempunyai suara yang lantang.

41. Disunatkan pula bagi orang yang azan mempunyai suara yang baik.

Page 14: PP Kursus Imam dan Bilal

PERINGATAN BERKENAAN AZAN DAN IQAMAH

42. Makruh bagi orang yang azan dan lainnya keluar dari masjid sesudah azan sebelum terlaksananya solat, terkecuali kerana ada sesuatu uzur.

43. Sunat sesudah azan melambatkan solat sekadar memberi kesempatan kepada jamaah berkumpul untuk mendirikan solat berjamaah, kecuali solat Maghrib, bahkan makruh melambatkannya kerana waktunya yang singkat.

44. Makruh azan dan iqamah bagi orang yang fasik dan anak-anak yang belum mumayyiz (belum cerdik).

Page 15: PP Kursus Imam dan Bilal

45. Dimakruhkan (ditegah) dalam azan dan iqamah tantit (memanjang suara yang harusnya tidak panjang) dan taghanni (melagukannya) jika tidak merusak makna. Jika sampai merusak makna maka haram hukumnya.

46. Makruh berkata-kata dalam azan dan iqamah terkecuali memang diperlukan seperti menjawab salam dan menjawab orang yang bersin, atau atas keperluan keselamatan.

47. Makruh azan dan iqamah bagi orang yang masih dalam keadaan junub dan berhadas kecil, kerana diterangkan dalam hadis Rasulullah SAW;

Page 16: PP Kursus Imam dan Bilal

�و�ض�ئ* "ال� م�ت �ؤ�ذ�ن� ا ال� يMaksudnya: “ Janganlah azan kecuali orang yang

berwudhuk”.

48. Azan dan iqamah lebih besar pahalanya daripada menjadi imam solat berdasarkan firman Allah:

"ل�ى الله" ن� ق�و�ال3 م"م�ن� د�ع�ا ا ��ح�س 33سورة فصلة – و�م�ن� ا

49. Kelebihan azan, hadis Rasulullah SAW:ء* ى� ��س* و�ال� ش �ن �م�ؤ�ذ�ن� ج"ن< و�ال� ا م�ع� م�د�ى ص�و�ت" ال �س� ال� ي

�ام�ة". �ق"ي �و�م� ال �ه� ي ه"د� ل �"ال� ش اMaksudnya: “Tidak mendengar suara orang yang azan baik jin mahupun manusia atau sesuatu yang lain melainkan bersaksi ia pada hari Kiamat”.

Page 17: PP Kursus Imam dan Bilal

50. Sunat bagi orang yang azan dan iqamah dan orang yang mendengar keduanya mengucap selawat dan salam keatas Nabi SAW sesudah selesai azan dan iqamah, kemudian membaca doa:

�ا �د"ن ي �س آت" "م�ة"، الق�ائ �ة" و�الص�ال �ام�ة" الت الد�ع�و�ة" ه�ذ"ه" ب� �ر �ه�م� �لل ا�ذ"ى ال م�ح�م�ود3ا م�ق�ام3ا �ه� �ع�ث و�اب ،��ة �ل و�الف�ض"ي ��ة �ل ي الو�س" م�ح�م�د3ا

. �ه� د�ت �و�عـ

Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang akan didirikan, berikanlah kepada penghulu kami Muhammad SAW akan wasilah dan kemuliaan, serta tempatkanlah ia di tempat yang terpuji yang engkau telah janjikan”.

Page 18: PP Kursus Imam dan Bilal

51. Nabi SAW memohon keampunan bagi orang yang azan dan mendoakan agar mendapat petunjuk bagi orang yang menjadi imam solat.

52. Rasulullah SAW dan para khalifahnya tidak langsung mengadakan azan, ini kerana mereka sentiasa disibukkan oleh pekerjaan lain yang lebih utama.

Page 19: PP Kursus Imam dan Bilal

SEKIAN…SEMUGA ILMU YANG

DIPEROLEHI DIBERKATI ALLAH

TERIMA KASIH…