proposal pinjaman

Upload: khusnyuddin-mohd-mokhtar

Post on 06-Oct-2015

66 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

MENAIKTARAF

KEDAI MENCUCI KERETA

SNJVPP ENTERPRISE (KC0023908-V)NO LOT 672, SPK 120,

BATU SATU,

08100 BEDONG

KEDAH DARULAMAN

Disediakan Oleh:

JEGAN A/L SUBRAMANIAM

HP : 016-5031626PENGENALANPerkhidmatan mencuci kenderaan SNJVPP Enterprise telah ditubuhkan pada 20 April 2014. Perkhidmatan perniagaan ini ditubuhkan sebagai sebuah perniagaan pemilikan tunggal. Perkhidmatan mencuci kenderaan ini juga secara umumnya menyediakan perkhidmatan mengecat semula kenderaan-kenderaan berat seperti lori dan bas bertujuan untuk memasuki pemeriksaan PUSPAKOM apabila tarikh permit kenderaan hampir tamat. Perkhidmatan ini beroperasi di No Lot 672, SPK 120, Batu Satu, 08100 Bedong, Kedah Darulaman. Walaupun mencuci dan mengecat ini baru saja didaftarkan secara rasmi, namun saya telah pun mempunyai pengalaman perniagaan selama 8 tahun.TUJUAN KERTAS KERJA

Tujuan menyediakan kertas kerja ini adalah sebagai panduan dalam perniagaan serta untuk membentangkan perancangan perniagaan, meliputi aspek pengurusan, perkhidmatan dan kewangan syarikat kepada pihak TEKUN untuk memohon pembiayaan berjumlah RM 80 000 sahaja. (Ringit Malaysia Lapan Puluh Ribu Sahaja). Tujuan pembiayaan adalah untuk menaik taraf, membeli asset dan juga sebagai modal pusingan.VISI PERNIAGAAN

Berada sebaris dengan pengusaha-pengusaha tempatan yang berjaya.MISI PERNIAGAAN

Memberi khidmata terbaik pelanggan disamping memaksimakan keuntungan.OBJEKTIF PERNIAGAAN

Memperluaskan kawasan tempat meletak kenderaan untuk menarik lebih ramai pelanggan berbanding tempat meletak kenderaan sedia ada berlubang dan sudah uzur.

Membeli barang peralatan mencuci dan barang peralatan elektrik yang lebih sistematik.

Menyediakan tempat menunggu yang lebih selesa kepada pelanggan yang berkunjung ke permis saya.

Meningkatkan pulangan keuntungan peniagaan dengan membuka peluang perkerjaan kepada penganggur untuk melibatkan diri dengan syarikat. Ini bertujuan memperjimatkan masa pelanggan dan setiap kos mencuci meningkat dengan serta merta kerana masyarakat mementingkan kebersihan dan penjimatan masa dan berpuas hati dengan perkhidmatan, bersih dan pantas. Keadaan ini akan menarik lebih ramai pelanggan.LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama Perniagaan: SNJUPP Enterprise

Alamat Operasi: Lot 672, SPK 120, Batu Satu, 08100 Bedong, Kedah Darulaman.

Alamat Kediaman: No 440, Batu Satu, 08100 Bedong, Kedah.

No Telefon

: 016-5031626

Tarikh Pendaftaran: 20 April 2014JENIS DAN AKTIVITI PERNIAGAAN

Diantara aktiviti utama perniagaan yang dijalankan oleh pihak syarikat adalah mencuci, membersih dalaman kenderaan, menyediakan perkhidmatan mengecat kenderaan contoh lori dan bas untuk hidupkan permit yang hampir luput dan menyembur anti karat di bawah kenderaan,

PERBELANJAAN PENGURUSAN

Bagi tujuan perbelanjaan, pihak syarikat menganggarkan perbelanjaan dalam sebulan mengikut pelan peningkatan kapasiti perniagaan adalah seperti berikut:

Bil.Jenis PerbelanjaanJumlah (RM)

1. Gaji dan Elaun Pekerja

Basic RM 900.00 x 5RM 4500.00

2. Sewa Premis PerniagaanRM 450.00

3. Bil Air dan ElektrikRM 700.00

4. Membeli Peralatan Sabun, Syampu Dan Kiwi untuk GetahRM 1500.00

5. Membeli Petrol untuk Campuran Anti Karat Besi dan Anti KaratRM 450.00

6. Perjalanan dan PengangkutanRM 250.00

7. Kos Pejabat dan lain-lain urusan (membayar kos pinjaman)RM 2500.00

JUMLAHRM 10350.00

STRATEGI PENGURUSANKaedah pengurusan yang sistematik, kakitangan yang baik dan bertanggungjawab amat mustahak di dalam usaha memajukan syarikat-syarikat. Untuk meningkatkan produktiviti, pihak syarikat telah mengatur beberapa strategi pengurusan seperti berikut:

1. Menerangkan semangat kerja berpasukan di kalangan kakitangan untuk faedah bersama.

2. Memberi bimbingan kepada kakitangan supaya dapat menunjukkan prestasi kerja yang baik serta bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan.

3. Setiap pihak samada para pekerja atau pihak pengurusan sentiasa berbincang dan member pendapat serta cadangan yang terbaik untuk menghasilkan kerja yang lebih cekap dan sistematik.4. Mencari jalan meningkatkan keuntungan dengan meminimakan kos operasi.

5. Menunjukkan sikap mesra terhadap pelanggan agar pelanggan merasa dihormati dan dihargai.HARTA TETAP DAN KELENGKAPAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PEMBAIK PULIHAN PERMISMelalui pembiayaan kewangan yang dipohon ini, pihak syarikat akan membeli asset tetap dan kelengkapan kedai tambahan seperti jadual dibawah.

Bil.PerkaraJumlah (RM)

1. Kos Mengupah Membaiki PremisRM 15 000.00

2. Pembelian Simen ( 1pcs RM10.50 x 1000pcs )RM 10 500.00

3. Membeli Tanah Merah untuk Mmperluaskan Kawasan Meletak Kenderaan (80 biji lori x RM60 )RM 4 800.00

4. Membeli Pam Elektrik dan PeralatanRM 15 000.00

5. Membaiki Bumbung yang Uzur RM 5 000.00

6. Kos Membaiki Lantai dan Memperluaskan Kawasan PermisRM 35 000.00

7. Menyewa Jentolak selama mana Pembinaan Bangunan BaruRM 10 000.00

8. Membeli Bata dan Pasir untuk Membaiki Stor sedia adaRM 8 000.00

9. Modal Pusingan ( Api & Air)RM 8 000.00

JUMLAH KOS DIPERLUKANRM 113 300.00

RANCANGAN PEMASARAN

Pihak Syarikat juga mensasarkan jualan produk kepada pelanggan perseorangan dengan jualan Kiwi kereta, syampu kereta dan juga akan menjalankan khidmat penerangan kepada pelanggan.PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

A. Mencuci kenderaan di bahagian luaran sahaja.

B. Mencuci kenderaan luar dan dalam kenderaan.

C. Menyediakan perkhidmatan mengecat kenderaan berat contoh seperti lori dan bas untuk pemeriksaan permit (PUSPAKOM) yang hamper tamat tempoh.

D. Menyediakan perkhidmatan semburan anti karat pada setiap kenderaan dan pelanggan yang inginkan.

E. Menjual produk persendirian kelengkapan contoh seperti syampu dan sabun kepada pelanggan yang berminat.POTENSI PERNIAGAAN

Usaha berterusan yang dijalankan oleh pihak syarikat kini semakin mendapat tempat di hati pelanggan kerana kualiti dan mutu perkhidmatan yang ditawarkan sentiasa berada pada tahap yang amat baik.

Melalui pertambahan modal pusingan yang lebih besar, pihak syarikat amat berharap akan dapat menjana modal tersebut untuk memberikan perkhidmatan, suasana kedai yang lebih selesa dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelanggan.PENUTUP

Saya merayu dan berharap agar kertas kerja ini dapat dipertimbangkan oleh pihak tuan dan bekerjasama untuk membantu memajukan lagi peniagaan saya pada masa hadapan dan lebih tepat lagi tujuan asalnya ialah untuk menghapuskan kemiskinan tegar dikalangan usahawan, maka ini sudah menjadi tidak mustahil lagi. Pihak-pihak yang dikategorikan di dalam golongan ini juga mempunyai peluang yang sama rata untuk menikmati arus kemodenan dan kemajuan di dalam membangunan ekonomi di dalam Negara ini.Sekian, terima kasih.