proposal bahasa melayu

39
 RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH TAJUK DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK PROGRAM NORUL AZMAN BIN AMRI D20102045653 PPG PJJ (A132PJJ– UPSI71) PENSYARAH/PENYELIA: ABDULLAH BIN YUSOF Tarikh : 20 APRIL 2014 Sejauh manakah keberkesanan pengajaran bahasa Melayu dengan menggunakan kaedah koperatif dalam mengajar tajuk karangan  jenis fakt a untuk murid- murid sek olah rendah. PEMARKAHAN 

Upload: nik-azman

Post on 16-Oct-2015

496 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

AMRI

TRANSCRIPT

  • RIS

    SEMESTER 1 SESI 2010/2011

    KOD & NAMA KURSUS

    KRL 3033

    KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

    TAJUK

    DISEDIAKAN OLEH:

    NAMA NO. MATRIK PROGRAM

    NORUL AZMAN BIN AMRI D20102045653 PPG PJJ

    (A132PJJ UPSI71)

    PENSYARAH/PENYELIA: ABDULLAH BIN YUSOF

    Tarikh : 20 APRIL 2014

    Sejauh manakah keberkesanan pengajaran bahasa Melayu dengan menggunakan kaedah koperatif dalam mengajar tajuk karangan jenis fakta untuk murid-murid sekolah rendah.

    PEMARKAHAN

  • Isi Kandungan

    Bil Isi kandungan Muka surat

    1.0

    Bab 1 Pengenalan

    1.1 Pendahuluan

    1.2 - Latar belakang

    1.3 - Pernyataan Masalah

    1.4 - Objektif kajian

    1.5 - Persoalan Kajian

    1.6 - Kepentingan Kajian

    1.7 - Batasan Kajian

    1.8 - Definisi Istilah

    2 Bab 2 Tinjauan Literature

    2.1 - Pengenalan

    2.2 Rumusan

    3 Bab 3 - Metodologi Kajian

    3.1 - Pengenalan

    3.2 - Reka Bentuk Kajian

    3.3 -Populasi Persampelan

  • 3.4 - Kajian Rintis

    3.5 - Instrumen Kajian

    3.6 - Pengumpulan Data

    3.7 - Analisis Data

    3.8 Rumusan

    4 Rujukan

    5 Lampiran 1

    Lampiran 2

    Lampiran 3

    Lampiran 4

    Lampiran 5

    Lampiran 6

  • BAB 1

    Pengenalan

    1.1 Pendahuluan

    Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita. Melalui pembacaan ilmu

    pengetahuan dapat diperolehi. Sejak kebelakangan ini timbul isu tentang kedaulatan

    bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia. Masalah penggunaan bahasa Inggeris

    sebagai pengganti tempat dalam pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains

    menjadi isu hangat di parlimen sehingga akhirnya baru-baru ini telah diumumkan semula

    kembalinya penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran mata pelajaran tersebut.

    Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan bagi rakyat Malaysia yang berbilang

    kaum. Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa perpaduan negara ini. Dengan adanya

    penggunaan satu bahasa sebagai bahasa berkomunikasi perpaduan kaum dapat

    diperkukuhkan lagi. Oleh itu guru-guru bahasa Melayu berperanan penting dalam usaha

    untuk mengketengahkan bahasa ini kepada murid-murid khasnya dan masyarakat amnya.

    1.2 Latar Belakang Kajian

    Kajian ini adalah untuk menentukan sejauh manakah keberkesanan pengajaran bahasa

    Melayu dengan menggunakan kaedah koperatif dalam mengajar tajuk karangan jenis

    fakta untuk murid-murid Tahun 5 Pintar demi meningkatkan pencapaian mereka dalam

    bahasa Melayu. Kajian ini juga digunakan sebagai pengukur bagaimana kaedah ini boleh

    memantapkan pencapaian murid dalam bahasa Melayu.

    Kajian ini dilakukan ke atas murid-murid di SK Pengkalan Baharu, Jalan Gopeng,

    Kampung Kepayang dari kelas Tahun 5 Pintar seramai 50 orang. Murid-murid dari kelas

    ini datangnya dari keluarga yang berpendidikan sederhana. Kebanyakan daripada mereka

    hanya mengharapkan pengajaran daripada guru semata-mata. Hasil temuramah yang

    dibuat terhadap murid-murid didapati kebanyakkan ibu bapa mereka tidak ada masa

  • untuk mengajar anak mereka di rumah. Lebih-lebih lagi pada masa sekarang mata

    pelajaran bahasa Melayu dianggap tinggi arasnya berbanding semasa ibu bapa mereka di

    zaman persekolahan dahulu. Banyak istilah-istilah yang tidak difahami oleh mereka.

    Daripada pemerhatian pengkaji murid-murid kurang mahir menulis karangan

    terutamanya karangan yang berbentuk fakta. Lantaran itu pengkaji sebagai seorang

    pendidik bahasa Melayu merasakan tanggungjawab dalam membantu mereka untuk

    menguasai kemahiran menulis dalam bahasa Melayu. Dengan itu, pengkaji telah memilih

    kaedah koperatif untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran yang diajar di bilik

    darjah.

    Proses menulis karangan merupakan kemahiran yang paling sukar untuk dikuasai (Nik

    Safiah Karim, 2004; Abdul Shukor Shaari, 2001) berbanding dengan kemahiran-

    kemahiran bahasa yang lain dan banyak orang tidak mahir menulis (Ahmad Khair Mohd.

    Nor, 2005). Kemahiran mengarang juga dikatakan kemahiran tertinggi dalam peringkat

    kemahiran bahasa dan paling sinonim dengan mata pelajaran Bahasa Melayu (Nawi

    Ismail, 2002). Oleh yang demikian, proses menulis memerlukan aktiviti pemikiran iaitu

    pemikiran sebelum menulis karangan, semasa menulis karangan, dan proses pemikiran

    yang dialami selepas karangan dihasilkan (Suppiah Nachiappan, 2006). Ismail Ahmad

    (2004) menegaskan bahawa penulisan adalah aktiviti kognitif yang dilakukan oleh orang

    yang berilmu serta menekankan penyebaran ilmu. Untuk menguasai tujuan tersebut,

    pengajaran bahasa memerlukan masa dan peluang yang sesuai bagi menjadikan murid

    penulis terbaik. Dalam penghasilan penulisan karangan, murid-murid mengalami dua

    proses iaitu proses dalaman dan proses luaran (Siti Zaleha M. Hashim, 2005). Justeru,

    proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis seharusnya dilaksanakan dengan

    berkesan (Roselan Baki, 2003).

    Penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata

    malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan (Yahya

    Othman, 2005; Ahmad Khair Mohd. Nor 2005). Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran

    menulis penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan huruf, perkataan, ayat dan

    akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca (Yahya Othman, 2005).

  • Dalam penghasilan sesebuah penulisan, pengarang juga perlu menyampaikan idea secara

    jelas, tepat, dan berkesan. Pemilihan kata perlu disesuaikan dengan tujuan karangan sama

    ada untuk tujuan perbahasan, memujuk, memberi pendapat, atat untuk bercerita.

    Perkembangan isi dan huraian juga dibuat dalam bentuk perenggan yang mencirikan

    kesatuan sesebuah karangan. Oleh itu, murid perlu mendapat pendedahan dan mengetahui

    teknik menulis yang baik semasa di bangku sekolah. Penguasaan kemahiran menulis juga

    dapat membantu memantapkan penggunaan bahasa yang mengandungi nilai estetika

    seperti yang terdapat dalam penulisan karangan fakta, naratif, sajak, pantun, dan

    sebagainya. Namun, kegagalan dalam menguasai kemahiran menulis mengakibatkan

    pelajar sukar hendak menyatakan mesj dalam bentuk tulisan.Kemahiran mengarang

    mampu dikuasai oleh sesiapa sahaja kiranya terdapat pengubahsuaian kurikulum dan juga

    penyediaan bahan pengajaran yang sesuai (Faridah Serajul Haq dan rakan-rakan, 2001).

    Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran , guru seharusnya memiliki

    pengetahuan kandungan, pengetahuan am, kemahiran pedagogi dan sikap yang

    menggalakkan pembelajaran agar pengajaran mereka berkesan (Syed Hamzah, 1994).

    Sukatan pelajaran Bahasa Malaysia Semakan (2003), menegaskan bahawa dalam

    pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah supaya murid dapat menggunakan

    Bahasa melayu secara berkesan dalam kehidupan seharian. Dalam pengajaran bahasa

    khususnya penulisan, guru juga perlu mempertimbangkan pelbagai gaya pembelajaran,

    minat dan kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain dalam kalangan murid dengan

    menggunakan strategi berpusatkan murid.

    Kementerian Pelajaran berusaha untuk menerapkan kemahiran berfikir dalam kalangan

    pelajar dengan memberi penekanan kepada proses kognitif dalam isi pelajaran dan

    pengetahuan. Proses kognitif seperti yang terkandung dalam kurikulum dikembangkan

    melalui isi kandungan yang dipelbagaikan dari segi pendekatan, strategi berfikir serta

    mempunyai kualiti intelek yang tinggi. Dalam konteks pelaksanaan Kurikulum

    Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), guru harus melakukan penerapan nilai murni,

    dan penggunaan bahan yang merentas pelbagai disiplin ilmu dalam proses pengajaran

    (Roselan Baki, 2003). Teknik pengajaran guru juga mesti sesuai dengan kebolehan murid

    dengan mengambil kira penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan kajian masa depan,

  • kecerdasan pelbagai dan konsep konstruktivisme untuk meningkatkan minat murid

    terhadap pelajaran. Penggunaan pendekatan pembelajaran koperatif merupakan satu

    daripada ciri pembelajaran konstruktivisme yang membolehkan murid memiliki lebih

    kemahiran sosial. Pembelajaran secara konstruktivisme juga membolehkan murid

    memperoleh beberapa kemahiran seperti lebih berfikir, lebih memahami, lebih

    mengingati, berkeyakinan, berinteraksi dan menyeronokan (Pusat Perkembangan

    Kurikulum 2001).

    Kaedah yang digunakan di dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan

    murid menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan.

    Oleh itu salah satu teknik yang dapat membantu guru dan murid dalam melancarkan

    proses pengajaran dan pembelajaran ialah menggunakan Kaedah Pembelajaran Koperatif

    (KPK). KPK merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid yang terdiri

    daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu

    matlamat yang sama (Salvin, 1982).

    Sasaran utama adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri

    sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran

    koperatif iaitu saling bergantunsg antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi

    secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran

    koperatif, dan pemprosesan kumpulan. Pembelajaran koperatif menjadi popular pada

    tahun 1980-an keran positifnya terhadap pencapaian iaitu yakin diri, kedinamikan

    pergaulan antara individu dan motivasi diri (Mahzan Arshad, 2003). Strategi ini juga

    menegaskan bahawa murid seharusnya tidak dibezakan dengan warna kulit, keturunan,

    agama, jantina mahupun mental masing-masing (Kamaruddin Tahir, 2005). Semangat

    kerjasama, tolong-menolong dan bertindak sebagai satu pasukan perlu dibajai dalam diri

    murid agar menjadikan murid lebih faham, yakin dan seronok untuk belajar (Johnson &

    Johnson, 1989).

  • 1.3. Pernyataan Masalah

    Bahasa Melayu juga sering dianggap sebagai satu mata pelajaran yang sukar dalam

    kalangan pelajar bukan melayu. Pemasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran

    memang tidak dinafikan. Hanya segelintir pelajar sahaja yang dapat menguasai dan

    mencapai prestasi yang baik dalam bahasa Melayu. Ini adalah kerana kaedah pengajaran

    yang kurang efektif. Pengajaran dan pembelajaran yang sesuai akan memastikan

    kemahirannya dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik. Justeru itu, pengkaji menganggap

    bahawa bahasa Melayu boleh menjadi satu mata pelajaran yang mudah dan digemari

    sekiranya pelajar diajar dengan menggunakan kaedah koperatif.

    Pelajar selalu menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran yang diajar di dalam

    bilik darjah kerana kebanyakkannya telah membina satu konsep dan anggapan yang salah

    bahawa Bahasa Melayu adalah sukar. Ada juga dalam kalangan pelajar yang tidak tahu

    apa tujuan sebenarnya mereka belajar Bahasa Melayu, sama ada untuk tujuan peperiksaan

    semata-mata atau untuk kegunaan penyelesaian masalah harian dalam kehidupan seharian

    mereka. Mereka sering beranggapan bahawa tidak perlu menguasai Bahasa Melayu

    dengan baik kerana bahasa pertuturan harian mereka sudah cukup untuk difahami untuk

    menyampaikan maklumat.

    Pelajar yang lemah selalu menghadapi masalah untuk memahami sesuatu kemahiran

    dalam pengajaran Bahasa Melayu. Perasaan takut dan bosan juga selalu menjadi tabiat,

    khasnya bagi subjek yang mereka tidak diminati. Perkara seperti ini sering berlaku di

    dalam bilik darjah. Lantaran itu, untuk mengatasi masalah-masalah di atas, satu kajian

    dijalankan untuk melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan

    menggunakan kaedah kooperatif.

    Dalam proses penulisan, masalah yang sering dihadapi oleh seseorang ialah untuk

    memulakan penulisan. Memulakan penulisan bukanlah sekadar persoalan kebolehan

    semata-mata atau soal pengetahuan tentang sesuatu kerana pakar yang berpengetahuan

    dan berkemahiran pun turut menghadapi masalah yang serupa (Flower, 1985 dalam

    Roselan Baki, 2003).

  • Kelemahan dalam menulis karangan adalah salah satu punca murid gagal mencapai

    keputusan yang baik dalam peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Peperiksaan

    Menengah Rendah (PMR) mahupun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Penguasaan bahasa yang lemah dalam kalangan murid cina menyebabkan pencapaian

    mereka dalam bidang akademik rendah kerana mereka tidak dapat menyatakan sesuatu

    dengan baik dan berkesan melalui tulisan. Penutur Bahasa Melayu keturunan cina adalah

    yang paling banyak menghadapi masalah gangguan bahasa ibunda dan pengaruh dialek

    tempatan dalam penguasaan bahasa (Abdul Aziz Abd. Talib, 2000). Hal ini disebabkan

    struktur bahasa cina berbeza dengan Bahasa Melayu.

    Selain itu, terdapat juga murid yang lemah dan berada pada tahap minimum dalam

    penulisan. Murid kurang mampu untuk mengarang dengan naik tanpa bantuan guru. Ini

    berlaku terutama bagi karangan berbentuk fakta dan karangan berbentuk naratif.

    Pemeriksaan terhadap beberapa buah buku karangan yang ditulis oleh murid dan dalam

    ujian di sekolah memperlihatkan bahawa pencapaian dalam penulisan karangan murid-

    murid tersebut tidak mencapai tahap yang memuaskan. Mereka kekurangan idea untuk

    menghasilkan karangan. Kemahiran penulisan dalam kalangan murid bukan melayu

    kurang memuaskan dari segi ejaan, pemilihan kata (diksi), kosa kata, struktur ayat, jenis

    ayat dan sebagainya.

    Kelemahan murid dalam penulisan karangan juga tidak dapat dinafikan dengan kaedah

    yang digunakan oleh guru semasa mengajar menulis dalam kelas. Kaedah pengajaran

    yang digunakan dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan murid menjadi

    pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan (Roselan Baki,

    2003). Cara dan gaya pengajaran guru dalam kelas lebih kepada memberi pendedahan

    secara menyeluruh tentang sesuatu tajuk dan mengamalkan pendekatan membincangkan

    isi untuk menghabiskan sukatan pelajaran Tambahan pula, suasana dalam kelas lebih

    berorentasikan peperiksaan iaitu memberi penekanan kepada pencapaian akademik

    semata-mata.

  • Kebanyakan guru memainkan peranan utama dalam pengajaran kemahiran penulisan

    khususnya dalam memberikan isi-isi karangan. Murid-murid kurang dilatih untuk

    meneroka maklumat sendiri melalui pelbagai bahan sumber. Selalunya guru mengawal

    dari segi isi, bukan berperanan membantu menyaring dan menyusun maklumat yang telah

    diterokai oleh mereka. Kawalan begini sebenarnya akan mendorong murid terlalu banyak

    bergantung kepada guru. Keadaan ini seterusnya menyebabkan murid kurang

    berkemahiran untuk mengarang.

    1.4 Objektif Kajian

    Kajian ini dijalankan untuk meneliti keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif

    (KPK) dalam pengajaran aspek kemahiran menulis karangan fakta. Objektif kajian

    secara terperincinya ialah ingin mencapai objektif berikut:-:

    1. Untuk mengkaji sikap murid-murid Tahun 5 terhadap Bahasa Melayu selepas

    diajar dengan menggunakan kaedah koperatif.

    2. Untuk mengkaji motivasi murid-murid Tahun 5 terhadap Bahasa Melayu selepas

    diajar dengan menggunakan kaedah koperatif.

    3. Untuk mengkaji keberkesanan kaedah koperatif dalam meningkatkan prestasi

    murid-murid Tahun 5 dalam penulisan karangan fakta bagi mata pelajaran Bahasa

    Melayu

    1.5 Persoalan Kajian

    Persoalan kajian merupakan persoalan yang mana jawapannya akan dapat membantu

    dalam bidang kajian yang dilakukan kelak. Ia juga merupakan suatu pernyataan yang

    mengenalpasti fenomena kajian yang diselidik. Ia ditulis dalam bentuk soalan. Untuk

    mencapai tujuan dan objektif kajian, soalan kajian berikut telah digunakan :-

  • 1. Apakah kaedah pembelajaran koperatif berkesan untuk mengubah sikap murid-

    murid Tahun 5 terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu?

    2. Apakah kaedah pembelajaran koperatif berkesan untuk mengubah motivasi

    murid-murid Tahun 5 terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu?

    3. Apakah Kaedah koperatif berkesan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam

    penulisan karangan fakta bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 ?

    1.6 Kepentingan Kajian

    Pembelajaran koperatif di dalam kelas murid-murid dapat mengembangkan minat mereka

    terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Kaedah ini juga telah membantu mereka untuk

    menumpukan perhatian sepenuhnya dalam menguasai kemahiran Bahasa Melayu yang

    diajar. Melalui kaedah ini, murid-murid dapat membiasakan diri dalam perbincangan dan

    mengeluarkan idea-idea dan pendapat bersama. Murid-murid juga dapat membiasakan

    diri dengan berfikiran terbuka dan kreatif. Komunikasi dalam kumpulan telah melatih

    mereka menjadi lebih berani dan dapat berinteraksi dengan rakan lain tanpa rasa malu

    dan segan. Murid-murid dapat meneruskan sesi pembelajaran dengan lebih seronok tanpa

    bosan. Mereka juga dapat melibatkan diri dengan aktif dalam pembelajaran seterusnya.

    Ini sudah tentu dapat meningkatkan lagi pencapaian mereka dalam peperiksaan.

    Hasil kajian ini juga dapat memberikan maklumat kepada tenaga pengajar untuk

    menangani masalah dan tanggapan serta pendapat murid terhadap mata pelajaran bahasa

    Melayu. Disamping itu kajian ini juga dapat merintis jalan untuk menarik minat dan

    memotivasikan murid-murid terhadap Bahasa Melayu.

    Kemahiran menulis memberi peluang kepada murid menyampaian buah fikiran mereka

    dengan berkesan kepada pembaca (Liew Siew Lin, 2003 dalam Yahya Othman 2005).

    Sekiranya kemahiran menulis tidak dikuasai sebaik-baiknya, tidak mustahil bahawa

    walaupun perkembangan teknologi maklumat bergerak dengan pantas, namun kita akan

    tertinggal tanpa keupayaan menulis yang tinggi, kemahiran dan kepakaran seseorang

    akan tenggelam kerana tidak dapat disebarkan, dibuktikan dan dikaji (Mahrom Mamat,

    2000). Justeru, kajian ini diharap dapat memberi maklumat tentang keberkesanan

  • kemahiran menulis karangan fakta kepada murid, guru-guru dan juga para penyelidik

    pada masa akan datang.

    Hasil kajian ini penting untuk membantu para murid yang mempunyai masalah tidak

    berminat untuk belajar, prestasi merosot, murid tidak aktif dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran dan pelajar yang sering menimbulkan masalah disiplin dalam bilik darjah.

    Oleh demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang

    dihadapi oleh pelajar-pelajar di SK Pengkalan Baharu, Kampung Kepayang, Perak dalam

    penguasaan kemahiran menulis karangan fakta.

    Kepada guru-guru Bahasa Melayu, kajian ini mendedahkan kaedah pengajaran koperatif

    yang boleh dicuba dalam pengajaran menulis karangan Bahasa Melayu. Justeru, kajian

    ini diharap akan menjadi satu amalan kepada guru-guru Bahasa Melayu dan mencuba

    kaedah baru dalam pengajaran penulisan. Dengan cara ini, pengajaran dan pembelajaran

    Bahasa Melayu menjadi lebih menarik.

    Kajian ini juga diharap dapat menambah koleksi bahan rujukan tentang penyelidikan

    yang dijalankan dalam bidang penulisan pada masa akan datang yang boleh dijadikan

    sumber rujukan kepada para penyelidik.

    1.7 Batasan Kajian

    Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan murid-murid Tahun 5 seramai 50 orang.

    Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baharu, Kampung Kepayang,

    Perak. Semua aktiviti kajian dilaksanakan di dalam kelas. Kajian ini hanya tertumpu

    kepada kaedah koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa

    Melayu. Pengajaran dan pembelajaran hanya melibatkan satu topik kemahiran iaitu

    kemahiran menulis karangan fakta. Soalan- soalan ujian diambil daripada topik yang

    diajar pada masa itu.

  • Namun begitu ada beberapa aspek yang mungkin menjadi penghalang semasa kajian

    dijalankan. Antaranya ialah:-

    1. Motivasi dan minat murid-murid berbeza.

    2. Pencapaian murid-murid dalam Bahasa Melayu adalah berbeza.

    3. Waktu mata pelajaran Bahasa Melayu berbeza (pagi / tengahari ).

    4. Pelajar mungkin mahir dalam kemahiran menulis jika telah mempelajarinya di

    kelas tambahan.

    1.8 Definisi Istilah

    Kajian ini melibatkan penggunaan beberapa istilah dan konsep yang perlu dijelaskan.

    Antara istilah dan konsep yang perlu dijelaskan ialah:

    a. Keberkesanan pembelajaran

    Perkataan 'keberkesanan' berasal daripada 'kesan'. Kamus Dewan (2002:663) 'kesan'

    membawa maksud tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu, bekas sama ada kebaikan atau

    keburukan. Manakala 'keberkesanan' membawa maksud berkesannya sesuatu tindakan

    atau perbuatan.

    Dalam kontek kajian ini 'keberkesanan' bermaksud hasil atau akibat yang terjadi daripada

    penggunaan kaedah pembelajaran koperatif dalam proses penulisan karangan fakta dalam

    kalangan murid bukan Melayu.

    b. Kaedah Pembelajaran Koperatif

    Perkataan 'kaedah' mengikut Kamus Dewan (1993:513) bermaksud cara atau aturan

    membuat sesuatu. Selain itu 'kaedah' merupakan cara keseluruhan mengajar bahasa bagi

    mencapai tujuan-tujuan yang tertentu melalui prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh

    satu-satu kaedah itu (Arbak Othman, 1989:13). 'kaedah' juga membawa maksud langkah-

  • langkah dan peringkat-peringkat yang diatur untuk mengajar sesuatu bahasa atau

    bahagiannya, sesuai dengan pendekatan yang dipegang (Abdullah Hassan, 1996:114).

    Manakala Kaedah Pembelajaran Koperatif ialah strategi yang diperkenalkan

    dalam sistem pembelajaran dalam sistem pembelajaran bestari. Dengan strategi ini,

    murid-murid digalakkan berdikari dalam meneroka ilmu daripada pelbagai sumber.

    Kaedah pembelajaran ini membolehkan pelajar heterogen bekerjasama dalam kumpulan

    kecil untuk mencapai matlamat bersama (Gan, 1999). Hal ini bermakna, pengelompokan

    murid kepada kumpulan kecil merupakan langkah awal yang mesti dipatuhi oleh

    seseorang guru dalam pelaksanaan kaedah ini. Langkah seterusnya diserahkan kepada

    kumpulan -kumpulan murid berkenaan untuk berbincang dan melantik ketua, pencatat,

    pelopor dan seumpamanya. Aktiviti ini sangat penting kepada murid yang lemah

    menguasai literasi membaca dan menulis.

    Dalam konteks kajian ini, KPK merujuk kepada penggunaan teknik Putaran

    Giliran dan Meja Bulat. Melalui KPK murid dapat belajar secara bekerjasama untuk

    mencapai matlamat pembelajaran dalam penulisan karangan.

    Teknik Putaran Giliran (Round Robin), setiap ahli dalam kumpulan akan

    mengutarakan pendapat masing-masing secara lisan mengikut putaran giliran mereka

    (Kagen, 1994: Zawiyah Abd Shukor, 2001). Matlamatnya adalah untuk memberikan

    setiap ahli peluang mengemukakan idea masing-masing sambil menerima dan menolak

    idea yang lain secara diplomasi. Melalui teknik ini berlakulah proses bertukar-tukar idea

    dan pandangan agar idea yang diperuntukan itu akan menjadi lebih jelas dan bermakna.

    Manakala teknik Meja Bulat (Round Table) pula, ahli kumpulan dapat berkongsi

    maklumat secara bergilir-gilir dalam mencurahkan idea yang dibincangkan. (Kagan,

    1994; Zawiah Abd Shukor, 2001). Setiap ahli memerlukan tambahan idea untuk

    melengkapkan tugasan. Aktiviti berkongsi maklumat ini dapat dilaksanakan oleh ahli

    dalam kumpulan agar perkara yang dibincangkan itu menghasilkan satu idea yang sangat

    bermakna. Akhirnya, menerusi teknik tersebut, mereka dapat menguasai kemahiran

    menulis dengan baik.

  • Menulis karangan adalah menggunakan simbol visual yang berfungsi sebagai

    komunikasi (Yahya Othman, 2005). Huraian Sukatan Pelajaran (2003) menghuraikan

    kemahiran menulis sebagai keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta

    mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan

    menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang

    kemas.

    Menurut Byrne (dalam Robiah Kulop Hamzah, 1999) penulisan ialah urutan ayat-

    ayat yang disusun dalam susunan tertentu dan berkait rapat antara satu sama lain dengan

    cara-cara tertentu. Urutan ini mungkin panjang dan mungkin pendek. Walau

    bagaimanapun, urutan ayat-ayat ini dapat membentuk satu kesatuan yang jelas

    maksudnya.

    Menulis ialah proses memberikan simbol-simbol grafik bagi melambangkan bahasa

    dalam menyusun perkataan, rangkaikata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang

    mengikut peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan penglahiran idea

    yang jelas dan tersusun. (Kamarudin Hj. Husin, 1998).

    Dalam konteks kajian ini, penyelidik membuat penilaian tentang karangan karangan

    fakta. Karangan fakta lebih memerlukan pernyataan fakta dan huraian yang mantap.

    Segala tanggapan yang bertentangan sesuatu isu atau perkara haruslah disokong dengan

    hujah-hujah dan fakta sebagai pembuktian. Setiap fakta yang dinyatakan perlu diperkuat

    dengan huraian sokongan yang mengandungi keterangan, contoh, analogi, anekdot atau

    ungkapan berwibawa (Roselan Baki, 2003). Dalam konteks kajian ini, karangan fakta

    merujuk kepada suatu tajuk perbincangan atau pendapat yang memerlukan fakta atau

    hujah-hujah yang konkrit sebagai bukti untuk menyokong pernyataan.

  • Rumusan

    Berdasarkan pernyataan-pernyataan yang dibincangkan dapatlah disimpulkan bahawa

    sebelum menjalankan sesuatu kajian kita perlulah menyelidik beberapa perkara terlebih

    dahulu seperti bidang kajian, sasaran, objektif kajian dan persoalan-persoalan yang perlu

    diketahui serta beberapa maklumat lain yang perlu terlebih dahulu agar kajian yang akan

    kita jalankan akan mendapat manfaatnya bersama.

  • BAB 2

    TINJAUAN LITERATURE

    2.1 Pengenalan

    Bab ini akan mempersembahkan hasil kajian-kajian yang terdahulu berkaitan

    dengan pembelajaran koperatif. Ia juga melihat kelebihan dalam menggunakan kaedah

    koperatif untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran

    Bahasa melayu. Bab ini juga membincangkan aspek yang berkaitan tinjauan literature

    seperti teori yang mendasari pembelajaran koperatif dalam kemahiran menulis karangan,

    rajah pembelajaran koperatif, ciri-ciri karangan yang bermutu, prinsip-prinsip

    pembelajaran koperatif, kesan pembelajaran koperatif dan kajian-kajian yang pernah

    dijalankan berkaitan pembelajaran koperatif.

    2.1.1 Kaedah Pembelajaran Koperatif dalam penulisan bahasa Melayu

    Dalam kajian Marohaini Yusoff (1999) mendapati bahawa sepanjang proses

    menulis karangan, murid seringkali berinteraksi dengan kawan-kawan walaupun guru

    tidak membenarkan mereka bercakap dan berkongsi pendapat ketika menulis karangan

    dalam bilik darjah. Sauders dalam Ahmad Zaini (2000) menegaskan tentang perlunya

    bekerjasama dengan rakan sebaya dalam pembelajaran menulis terutamanya untuk

    merangka, menulis bersama, membetulkan kesilapan bersama dan menerbitkan bersama.

    Menurut Mahzan Arshad (2003), terdapat tiga kaedah menulis dalam Bahasa

    Melayu iaitu menulis bebas hanya memerlukan bantuan yang minima daripada guru dan

    sumber lain. Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid bebas menggunakan kreativiti

    untuk menghasilkan karya yang diingini. Menulis berkolabratif dilakukan secara

    berpasangan secara bergilir-gilir untuk berkongsi idea seperti bergilir-gilir menghasilkan

    perenggan dalam karangan untuk membantu murid yang kurang bermotivasi dalam

    menulis. Menulis berkoperatif ialah satu kaedah pengajaran menulis yang memerlukan

  • guru memberi bantuan kepada murid. Guru dan murid akan sama-sama menulis di papan

    tulis. Cara lain ialah setiap ahli dalam kumpulan sama-sama mencari isi penting,

    membuat huraian dan mencari contoh yang sesuai bagi huraian.

    Kesimpulannya, bahasa memainkan peranan penting untuk menghubungkan

    orang yang lebih berkebolehan, iaitu guru dan murid-murid yang lebih pintar dengan

    pelajar yang sedang menjalani pembelajaran (Mercer N, 1994 dalam Roselan Baki 2003).

    Interaksi antara guru dengan murid, murid dengan murid yang pelbagai kebolehan

    membawa memberi idea atau pendapat dalam penulisan karangan seperti yang

    terkandung dalam Kaedah Pembelajaran Koperatif.

    Berdasarkan teknik-teknik dan prinsip-prinsip Kaedah Pembelajaran Koperatif

    (KPK), pengkaji menggunakan teknik Putaran Giliran.Meja Bulat dalam penulisan

    karangan fakta. Dalam teknik ini setiap ahli kumpulan akan mengutarakan pendapat

    masing-masing secara lisan mengikut giliran. Dengan proses ini berlakulah proses

    pertukaran pandangan antara satu sama lain untuk mendapat idea yang lebih jelas dan

    bermakna.

    Aktiviti berkongsi maklumat ini dilaksanakan oleh ahli kumpulan agar perkara

    yang dibincangkan itu menghasilkan satu idea yang boleh di bawa dalam bentuk

    penulisan.Menerusi teknik ini murid dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik.

    Jika dijalankan dengan sempurna , setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk

    menguasai sesuatu topik serta berpeluang berkongsi pengetahuan dengan ahli kumpulan

    yang lain.Untuk tujuan ini, pelajar perlu memahami topik dan bukan hanya sekadar

    menghafal sahaja. Ini akan mengakibatkan pemprosesan yang tinggi, yang meningkatkan

    daya ingatan dan seterusnya membolehkan mereka menunjukkan pencapaian yang baik.

    Justeru, kumpulan murid yang diajar dengan pendekatan pembelajaran koperatif

    mencatat pencapaian yang lebih tinggi berbanding kumpulan yang diajar melalui kaedah

    tradisional (cheah dan Poon, 1998). Dengan menggunakan kaedah kumpulan kecil,

    pelajar-pelajar dapat berkongsi kekuatan dan membaiki kelemahan masing-masing.

  • Selain itu, kemahiran interpersonal dapat dibentuk selain daripada belajar menyelesai

    masalah bersama-sama.

    Khadijah Ahmad (2005) yang mengkaji tentang keberkesanan pembelajaran

    koperatif dalam menulis karangan Bahasa Melayu. Kajian dilakukan terhadap 30 orang

    pelajar di Sekolah Menengah di Daerah Kuala Nerang, Kedah. Dapatan kajian mendapati

    bahawa terdapat perbezaan dan peningkatan dari segi penulisan karangan. Terdapat

    perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam menulis karangan sebelum

    dan selepas dirawat dengan kaedah pembelajaran koperatif. Hasil hubungan interaksi

    sesama ahli kumpulan atau rakan sebaya telah berjaya meningkatkan pengetahuan

    kebolehan pelajar dalam menulis isi karangan.

    Rumusan

    Berdasarkan tinjauan dan kajian yang dijalankan, jelaslah bahawa strategi

    pengajaran dan pembelajaran secara koperatif mendatangkan kesan yang positif sewktu

    sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas rawatan. Sikap dan perlakuan mereka

    didapati mengalami perubahan menerusi pembelajaran koperatif. Mereka melibatkan diri

    secara aktif dalam segala aktiviti yang dirancang oleh guru kerana mempunyai

    tanggungjawab untuk menaikkan imej kumpulan masing-masing. Semangat perpaduan,

    kerjasama dan saling membantu amat penting memandangkan kaedah pembelajaran yang

    menekankan persaingan. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa pembelajaran koperatif

    juga sesuai digunakan dalam apa jua mata pelajaran yang hendak diajarkan kepada

    pelajar.

  • BAB 3

    METODOLOGI KAJIAN

    3.1 Pengenalan

    Bab ini membincangkan metodologi yang digunakan dalam menjalankan kajian

    ini.Aspek-aspek yang dibincangkan ialah reka bentuk kajian, pemilihan sampel kajian, ,

    proses pengumpulan data, dan analisis data yang merupakan aspek-aspek penting yang

    menentukan kejayaan kajian ini.

    3.2 Reka Bentuk Kajian

    Kajian ini adalah berbentuk eksperimen yang merangkumi kajian kuantitatif

    dengan mencari frekuensi dan peratus. Bentuk kajian ini dipilih kerana pengkaji mudah

    mengumpul maklumat serta dapat menumpukan lebih perhatian terhadap kajian yang

    dilakukan. Dengan menggunakan kaedah koperatif, pengkaji telah melihat sejauhmana

    keberkesanan kaedah tersebut dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid dalam

    bahasa Melayu. Pengkaji pada mulanya, telah memerhatikan pengajaran dan

    pembelajaran bahasa Melayu yang dijalankan di dalam bilik darjah. Selepas pemerhatian

    tersebut, pengkaji telah mengedarkan satu borang latar belakang kepada semua murid

    yang terlibat dalam kajian.

    Tujuan utamanya adalah untuk memperolehi maklumat-malumat mengenai

    latarbelakang pengetahuan, minat terhadap bahasa Melayu dan juga cara pembelajaran

    mereka. Seterusnya satu ujian pra telah diberikan kepada murid untuk mengetahui

    pencapaian mereka. Setelah mendapat maklumat-maklumat yang diperlukan, pengkaji

    telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara koperatif. Sehabisnya pengajaran

    penulisan karangan fakta, pengkaji telah memberi satu lagi ujian pos kepada murid untuk

    mengetahui pencapaian mereka dengan menggunakan kaedah koperatif. Keputusan murid

  • telah disemak dan dibandingkan dengan pencapaian mereka sebelum penggunaan kaedah

    koperatif.

    3.3 Populasi dan Persampelan

    Sample yang dipilih terdiri daripada murid Tahun 5 seramai 40 orang di sebuah

    sekolah Kebangsaan Pengkalan Baharu,Jalan Gopeng,Kampung Kepayang,Perak.

    Mereka dibahagikan kepada kumpulan kecil yang mempunyai tahap kepintaran, sikap

    dan motivasi yang lebih kurang sama. Murid-murid ini menghadapi masalah dalam

    pembelajaran khasnya dalam menguasai kemahiran menulis karangan jenis fakta. Oleh

    itu satu pendekatan telah diambil untuk mengatasi masalah ini. Kaedah pembelajaran

    koperatif digunakan untuk mengatasi masalah ini. Kaedah pembelajaran koperatif

    digunakan untuk mengatasi masalah di mana murid-murid sukar untuk memahami

    kemahiran yang diajar. Kajian ini lebih berfokuskan kepada pembinaan minat dan

    motivasi pelajar terhadap penguasaan kemahiran menulis karangan jenis fakta. Jumlah

    sample hendaklah melebihi 30 unit kerana andaian taburan normal biasanya dipenuhi

    apabila saiz sample melebihi 30 unit (Mohd Majid konting, 2005).

    3.4 Kajian Rintis

    Secara amnya kajian ini dijalankan dalam tiga peringkat. Pada peringkat pertama,

    pengkaji menjalankan aktiviti eksperimental seperti penerangan, pra ujian, kaedah belajar

    secara kumpulan. Tujuan perbincangan ini adalah untuk memberi gambaran kepada

    pelajar tentang kaedah pembelajaran secara koperatif.

    Peringkat kedua merupakan sesi rawatan. Jenis rawatan yang diberikan ialah

    menulis karangan secara kerjasama dan berkongsi idea atau menulis secara berkoperatif

    dengan menggunakan teknik Putaran Giliran dan Meja Bulat. Dalam pengajaran dan

    pembelajaran menulis karangan fakta, murid dilatih untuk bekerjasama memberi

    pendapat, menghurai isi, memberi contoh bagi isi karangan, dan membaiki kesalahan

  • bersama rakan dalam kumpulan. Disamping itu, murid dilatih untuk membanding hasil

    kerja sendiri dengan hasil kerja rakan-rakan dalam bilik darjah.

    Peringkat ketiga dalam eksperimen ialah setelah selesai menjalani pembelajaran

    menulis secara berkoperatif, satu ujian pos diberikan kepada pelajar. Data yang

    dikumpulkan melalui ujian ini dibandingkan dengan data yang diperolehi dalam pra ujian

    untuk melihat keberkesanan KPK ke atas pengajaran dan pembelajaran ke atas

    pengajaran penulisan karangan fakta.

    3.5 Instrumen Kajian

    Pengkaji dalam kajian ini menggunakan empat jenis instrumen untuk menyelidik

    masalah yang dihadapi. Ia adalah seperti di bawah:

    3.5.1 Pemerhatian

    Dalam kajian eksperimen ini, pengkaji telah memerhatikan dulu pengajaran dan

    pembelajaran Bahasa melayu yang dijalankan di dalam bilik darjah dengan menggunakan

    lampiran pemerhatian sebelum memulakan kajiannya. Pemerhatian juga dilakukan

    sepanjang kajian ini dibuat dari awal pembelajaran hinggalah di akhir pembelajaran.

    3.5.2 Soal Selidik

    Borang soal selidik digunakan untuk mengetahui persepsi murid tentang kaedah

    pembelajaran koperatif. Satu borang soal selidik telah diberikan kepada setiap kumpulan

    murid sebelum memulakan penyelidikan untuk mengukur sikap dan motivasi terhadap

    Bahasa melayu dan juga untuk mengetahui latar belakang mereka. Borang soal selidik

    kedua pula telah diberikan kepada murid setelah kaedah pembelajaran koperatif

  • dilaksanakan untuk mengetahui keberkesanan pembelajaran koperatif di dalam bilik

    darjah. Cara ini telah membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat tentang

    keberkesanan pelaksanaan kaedah pembelajaran koperatif.

    3.5.3 Ujian Pra

    Ujian pra ini diberikan untuk mendapatkan gambaran terhadap prestasi pelajar sebelum

    pembelajaran koperatif dimulakan dalam penulisan karangan jenis fakta.

    3.5.4 Ujian Pos

    Ujian pos ini telah diberikan setelah pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan

    menggunakan kaedah koperatif untuk mengetahui keberkesanan kaedah koperatif dalam

    pembelajaran. Ujian ini dapat membandingkan-bezakan pencapaian murid-murid

    tersebut.

    3.6 Pengumpulan Data

    Dalam kajian ini, seperti yang telah dinyatakan tadi, untuk pengumpulan data

    instrumen-instrumen pemerhatian, borang soal selidik, ujian pra dan ujian pos telah

    digunakan. Sebelum memulakan kajian, pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap

    murid-murid yang hendak dijadikan sample. Hasil pemerhatian dicatatkan ke dalam

    borang pemerhatian (Lampiran 1). Pemerhatian akan dibuat pada aspek-aspek

    tingkahlaku sebelum guru masuk kelas, semasa guru mengajar, cara mereka menjawab

    soalan, perasaan apabila diberi kerja rumah dan juga tingkahlaku apabila guru

    meninggalkan kelas.

  • Kajian telah dimulakan dengan pengedaran borang soal selidik (Lampiran 3 & 4) untuk

    mengetahui latarbelakang pelajar dan juga minat dan motivasi mereka terhadap mata

    pelajaran Bahasa Melayu. Setelah mengetahui maklumat tersebut, pengkaji telah mula

    mengajar tajuk penulisan karangan jenis fakta kepada murid tersebut dengan

    menggunakan kaedah tradisional. Seterusnya satu set ujian pra (Lampiran 5) diberikan

    kepada mereka mengenai tajuk yang diajar. Pencapaian dan prestasi mereka direkodkan

    Setelah memperolehi data prestasi murid sample, pengkaji memulakan

    eksperimennya iaitu penggunaan kaedah koperatif dalam pengajarannya bagi tajuk yang

    sama. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah koperatif

    dijalankan dalam bilik darjah. Murid-murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan

    kecil yang terdiri daripada 7 hingga 8 orang ahli. Ketua kumpulan telah dilantik bagi

    setiap kumpulan. Sehingga kajian ini selesai mereka telah berada dalam kumpulan yang

    sama semasa mata pelajaran Bahasa Melayu dijalankan. Pengkaji mengajar dengan

    menggunakan kaedah pembelajaran koperatif.

    Pengkaji juga telah membuat pemerhatian sepanjang pengajaran dan pembelajaran

    berlaku dan juga selepas pembelajaran koperatif (Lampiran 2). Pemerhatian ini

    termasuklah kerjasama murid, penglibatan diri dalam perbincanga, pengeluaran idea dan

    cara menyelesaikan masalah yang diberikan.

    Setelah selesai pengajaran tajuk tersebut, satu set ujian pos (Lampiran 6) telah

    diberikan kepada sampel kajian iaitu murid-murid kajian. Pencapaian mereka selepas

    penggunaan kaedah koperatif juga direkodkan. Pengkaji juga mengedarkan borang soal

    selidik yang sama sekali lagi kepada pelajar untuk mengetahui perubahan sikap dan

    motivasi mereka setelah penggunaan kaedah koperatif dalam pembelajaran. Dengan ini

    juga dapat dilihat reaksi murid terhadap cara pembelajaran dan juga kefahaman mereka

    tentang topik yang diajar.

  • 3.7 Analisis Data

    Pengkaji mesti memastikan semua murid menjawab kesemua soalan dalam borang

    soal selidik. Pengkaji harus merekodkan setiap aktiviti dan hasil dapatan. Semua ujian pra

    dan pos mesti diperiksa untuk mendapatkan markah supaya dapat dibuat perbandingan

    sebelum dan selepas kaedah pembelajaran koperatif dilaksanakan.

    Data yang diperolehi daripada ujian pra dan pos telah dianalisis secara kaedah

    kuantitatif dengan mencari frekuensi dan peratus. Perbandingan antara ujian pra dan ujian

    pos telah dibuat dengan menggunakan peratus dan telah dijelaskan dengan lebih

    terperinci. Dapatan daripada pemerhatian yang dijalankan telah dihuraikan secara

    diskriptif.

    3.8 Rumusan

    Kajian ini telah menggunakan reka bentuk kajian eksperimen. Sampel kajian adalah

    terdiri daripada murid-murd Tahun 5 seramai 40 orang di sekolah Kebangsaan Pengkalan

    Baharu, Jalan Gopeng,Kampung Kepayang, Perak. Diantara instrumen kajian yang

    digunakan adalah pemerhatian, soal selidik, ujian pra dan ujian pos. Data dikumpulkan

    dan dianalisis dengan membandingkan keadaan sebelum dan selepas penggunaan kaedah

    pembelajaran koperatif. Pengumpulan dan penganalisisan data harus dilaksanakan

    dengan teratur dan sistematik supaya pengkaji mendapat maklumat yang tepat tentang

    kajiannya. Dapatan daripada soal selidik dan ujian pos adalah sangat penting untuk

    menunjukkan sama ada terdapat perbezaan prestasi dalam kalangan murid-murid ini.

  • LAMPIRAN 1

    BORANG PEMERHATIAN

    Pemerhatian dibuat ke atas pelajar-pelajar di bilik darjah dalam situasi pembelajaran

    biasa sebelum kajian dilaksanakan untuk mengetahui ciri-ciri tingkahlaku terhadap

    pembelajaran.

    KELAS : __________________

    Perkara Nota Pemerhatian

    Minat dan suka

    Neutral

    Tidak suka dan Benci

    Pemerhatian tingkahlaku sebelum guru

    masuk ke kelas

    Pemerhatian tingkahlaku semasa guru

    masuk ke kelas

    Pemerhatian tingkahlaku bila ditanya

    soalan.

    Pemerhatian tingkahlaku bila diberi

    tugasan di dalam kelas.

    Pemerhatian tingkahlaku bila diberi kerja

    rumah.

    Pemerhatian tingkahlaku bila guru keluar

    dari kelas setelah pengajarannya.

  • CATATAN : ___________________________________________________________

    ____________________________________________________________

    ____________________________________________________________

    Diperhati Oleh :

    Tarikh : _________________________________

    Hari : ________________

    (NORUL AZMAN BIN AMRI)

  • LAMPIRAN 2

    BORANG PEMERHATIAN

    Pemerhatian dibuat ke atas pelajar-pelajar di bilik darjah dalam situasi pembelajaran

    kaedah koperatif selepas kajian dilaksanakan untuk mengetahui ciri-ciri tingkahlaku

    terhadap pembelajaran.

    KELAS : ____________________

    Perkara Nota Pemerhatian

    Minat dan suka

    Neutral

    Tidak suka dan benci

    Pemerhatian tingkahlaku sebelum guru

    masuk ke kelas

    Pemerhatian tingkahlaku semasa guru

    masuk ke kelas

    Pemerhatian tingkahlaku bila ditanya

    soalan.

    Pemerhatian tingkahlaku bila diberi

    tugasan di dalam kelas.

    Pemerhatian tingkahlaku bila diberi kerja

    rumah.

    Pemerhatian tingkahlaku bila guru keluar

    dari kelas setelah pengajarannya.

  • CATATAN : ___________________________________________________________

    ____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    Diperhati Oleh :

    Tarikh : _________________________________

    Hari : ________________

    ..

    (NORUL AZMAN BIN AMRI)

  • LAMPIRAN 3

    Maklumat Latarbelakang Pelajar.

    Sila tuliskan segala maklumat yang diminta di ruang yang disediakan dan jawab soalan-

    soalan di bawah.

    Nama : _________________________________________________

    Tahun : _________________________________________________

    Jantina : ________________________________________________

    Bangsa : _________________________________________________

    Umur : _________________________________________________

    Keputusan PKSR 1 dalam bahasa Melayu : __________________________________

    Pekerjaan Bapa : __________________________________

    Pekerjaan Ibu : __________________________________

    1. Adakah kamu minat terhadap mata pelajaran bahasa Melayu?

    A. Ya B. Tidak

    2Siapakah yang akan memberikan sokongan dan galakan terhadap

    pembelajaran kamu?

    A. Ibu bapa C. Guru mata pelajaran B. Rakan D. Diri sendiri

    3. Adakah kamu mengulangkaji bahasa Melayu di rumah setiap hari?

    A. Ya B. Tidak C. Jarang

  • LAMPIRAN 4

    SOAL SELIDIK

    Item Soal Selidik

    Sangat

    Tidak

    Setuju

    Tidak

    Setuju

    Setuju

    Sangat

    Setuju

    Saya mendapati bahasa Melayu

    membosankan.

    Saya selalu bersedia untuk belajar bahasa

    Melayu sebelum guru memasuki kelas.

    Keinginan saya untuk mempelajari bahasa

    Melayu bertambah.

    Saya lebih cenderung membuat kerja

    rumah bahasa Melayu berbanding mata

    pelajaran lain.

    Terdorong untuk menghadiri kelas -kelas

    tambahan bahasa Melayu untuk

    mendalami ilmu bahasa Melayu.

    Saya lebih berkeyakinan terhadap bahasa

    Melayu setelah guru menggunakan cara

    ini.

    Saya merasakan waktu pembelajaran

    bahasa Melayu berlalu dengan cepat

    sekali.

    Saya akan membeli banyak buku latihan

  • tambahan bagi mata pelajaran Bahasa

    Melayu.

    Saya berazam mendapat A bagi mata

    pelajaran bahasa Melayu dalam UPSR.

  • LAMPIRAN 5

    UJIAN PRA

    Nama : _________________________________________________

    Bahagian B

    [ Masa yang dicadangkan : 40 minit]

    [ 30 markah ]

    Arahan soalan Pilih da jawab satu soalan sahaja

    1. Kawasan perumahan kamu mengalami pencemaran baru yang disebabkan oleh

    longgokan sampah yang tidak dikutip. Kamu diamanahkan untuk menulis

    sepucuk surat kepada pihak yang berkenaan.Tulis surat selengkapnya.

    2. Kamu turut serta dalam lawatan muhibbah ke sebuah sekolah.

    Tuliskan laporan hasil lawatan kamu itu.

  • LAMPIRAN 6

    UJIAN POS

    Nama :___________________________________________________

    Bahagian B

    [ Masa yang dicadangkan : 40 minit]

    [ 30 markah ]

    Arahan soalan: Pilih dan jawab satu soalan sahaja.

    1. Kamu tidak dapat hadir ke sekolah beberapa hari kerana ada hal yang

    tidak dapat dielakkan. Tulis sepucuk surat kepada Guru Besar

    menerangkan perkara berkenaan.

    2. Kamu mengikuti lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah.

    Tuliskan laporan mengenainya.

  • BIBLIOGRAFI

    Abdul Aziz Talib. (ed) (1989). Pengajaran dan pengujian Bahasa: Kuala Lumpur:

    Nurin Enterprise.

    Abd. Aziz Abd. Talib (2000). Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip, kaedah dan teknik.

    Kuala Lumpur: Utusan Publication&Distributors Sdn. Bhd.

    Abdul Hamid Ahmad. (1998). Persepsi dan kepercayaan guru dan pelajar terhadap

    karangan berkualiti. Disertasi untuk sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.

    Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

    Abdullah Hassan. (1996). Isu-isu Pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia

    di Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan di Negeri Selangor. Tesis Master.

    Universiti Putra Malaysia, Serdang.

    Abdul Shukor Shaari (2001). Penulisan Karangan: Beberapa Proses Yang Harus.

    Dewan Bahasa. Februari, 1 (2): 24-27.

    Ahmad Khair Mohd. Nor (2005). Menulis Membina Ketrampilan Berfikir.

    Pelita Bahasa. Julai, 18 (7): 12-14.

    Atan Long.(1993). Pedagogi am mengajar. Cet. Ke-2. Petaling Jaya: Amiza

    Publishing Sdn. Bhd.

    Arbak Othman. (1989). Mengajar tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    Ismail Ahmad, (2004). Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Kamaruddin Tahir (2005). Kesan strategi koperatif dalam meningkatkan tahap

    pemahaman di kalangan pelajar tingkatan 1. Universiti Malaya:

    Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.

  • Khadijah Ahmad (2005). Keberkesanan koperatif dalam kemahiran menulis bahasa

    Melayu di kalangan pelajar tingkatan 2. Universiti Malaya:

    Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.

    Kementerian Pelajaran Malaysia. Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2003).

    Kementerian Pelajaran Malaysia.Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2008).

    Skema Pemarkahan Karangan Respons Terbuka.

    Khatijah bt Endut. (1997). Satu kajian tentang keberkesanan pembelajaran secara

    koperatif dalam pendidikan Islam. Latihan Ilmiah Sarjana Pendidikan, Universiti

    Kebangsaan Malaysia, Bangi.

    Mahzan Arshad (2003). Pendidikan literasi bahasa Melayu: Satu pendekatan

    bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications& Distributor Sdn. Bhd.

    Marohaini Yusoff (1999). Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman ke arah kemantapan

    pembelajaran di sekolah menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Marohaini Yusoff (2004). Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu.

    Kuala Lumpur: Penerbitan UM.

    Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Nawi Ismail (2002). Permasalahan dalam penyampaian isi karangan. Pelita Bahasa,

    Ogos, 14 (08): 44-45.

    Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2003). Teori Bahasa: Implikasi terhadap pengajaran

    tatabahasa. Tanjung Malim: Penerbit UPSI.

  • Nik Safiah Karim (2004). Bahasa Melayu sedekad yang lalu. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Robiah Kulop Hamzah. (1999). Kemahiran menulis: Pengalaman penulis.

    Bengkel Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: 6-8 Jun.

    Roselan Baki (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu.

    Shah Alam: Karisma Publicatins Sdn. Bhd.

    Rusnah Hashim (2003). Perlakuan dan proses pengajaran pra menulis karangan dua

    orang guru tingkatan 4. UM: Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan.

    Ruslim Mohd. Salleh (2005). Kesan pembelajaran koperatif ke atas pencapaian

    pelajar pendidikan mata pelajaran Pendidikan Islam bagi Tingkatan 4

    di sekolah dalam daerah Kulim. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Pendidikan

    yang tidak diterbitkan.

    http://www.ipsah.edu.my/LamanR&D2007/KajianPemantauanBPG/Bahasa01.htm-

    keberkesanan-koperatif

    http://www.mpbl.edu.my/math/pedagogi/Kenal%20&%20Cinta%20CL-

    Seminar%20MPGaya.pdfkenalidancintai

    http://eprints.utm.my/6040/1/aziziyahkoperatif.pdf-aziziyah

    .http://mariam-adi.blogs.smjk.edu.my/pembelajaran-koperatif/

    www.usm.my/education/kaunseling/tips/Kaedah%20Pembelajaran%20Koperatif.doc-

    kaedah koperatif