projek akhir

15
PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM PROJEK AKHIR : BANDAR MAPAN CADANGAN PELAN PEMBANGUNAN KAJANG DISEDIAKAN OLEH: 1. NORSYAFIKAH BINTI OTHMAN A148951 2. MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL MANAN A155610

Upload: norsyafikah-othman

Post on 14-Apr-2017

150 views

Category:

Environment


0 download

TRANSCRIPT

PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM

PROJEK AKHIR : BANDAR MAPANCADANGAN PELAN PEMBANGUNAN

KAJANGDISEDIAKAN OLEH:

1. NORSYAFIKAH BINTI OTHMAN A148951

2. MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL MANAN A155610

PENGENALAN• Pembangunan mapan atau lestari bermaksud

pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa memusnahkan keperluan generasi akan datang. Pembangunan bandar yang mapan harus dijalankan dengan mengambilkira aspek alam sekitar, sosial dan ekonomi.

• Perancangan ialah satu bidang seni dan sains bagi mengatur kegunaan tanah serta perletakan bangunan atau laluan bagi memaksimumkan darjah ekonomi, suasana yang selesa dan harmoni (Lewis Keeble, 1969).

• Perancangan juga boleh dirujuk sebagai cara berfikir tentang masalah sosial dan ekonomi. Keadaan ini berorientasikan masa depan dan berkait rapat dengan matlamat daripada keputusan secara kolektif.

LATAR BELAKANG BANDAR• Kajang ialah sebuah mukim dan bandar di

daerah Hulu Langat, Selangor. Mukim ini berada bersebelahan dengan mukim Semenyih, mukim Hulu Langat dan mukim Ampang. Kajang ditadbir di bawah Majlis Perbandaran Kajang.

• Kajang terletak lebih kurang 21 km (14 batu) di sebelah tenggara Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, Kajang dihubungkan melalui jalan raya seperti Lebuhraya Silk dan jalan kereta api.

CADANGAN PELAN PEMBANGUNAN

1) MENYEPADUKAN SISTEM PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

Peningkatan bilangan kenderaan menyumbang kepada kesesakan lalu lintas.

Cadangan yang perlu dilaksanakan ialah pembinaan laluan kenderaan awam secara berasingan dengan kenderaan persendirian.

Laluan khas yang dibuat terhadap pengangkutan awam akan mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak.

Justeru, orang ramai akan tertarik untuk menaiki pengangkutan awam berbanding kereta persendirian.

MPKj perlu menyediakan stesen-stesen bas di sepanjang laluan bas untuk memudahkan para penumpang turun di destinasi yang diinginkan.

Selain dapat mengurangkan pencemaran udara dan mengurangkan jumlah kenderaan, malahan juga dapat menjimatkan masa.

2) BANDAR YANG KONDUSIF DAN BERSIH Umumnya, isu ini dipandang remeh oleh

masyarakat. Jadi, MPKj dengan kerjasama badan lain perlulah

berusaha dengan lebih giat untuk menyedarkan masyarakat tentang pengurusan sisa dan pembersihan awam.

Pengasingan sisa domestik dan sisa pepejal perlu dilaksanakan.

Memperbanyakkan tong sampah kitar semula di bandar-bandar.

Tidak mengambil sampah bagi rumah kediaman, premis perniagaan atau institusi yang tidak membuat pengasingan sisa buangan mereka.

3) KUALITI HIDUP MASYARAKAT MENINGKAT

Kualiti Hidup

Persekitaran Pekerjaan

Alam Sekitar

Perumahan

4)KEMUDAHAN KEDAI RUNCIT SECARA ‘DRIVE THRU’ Dapat menjimatkan masa kerana

tidak perlu mencari tempat meletak kereta.

Pembelian barangan secara sistematik dan tidak membazir untuk membeli barangan kehendak.

Tidak perlu menunggu lama untuk pembayaran.

5) KEMUDAHAN SOSIAL DITINGKATKAN• Prasarana sekolah ditambahbaik dan wujudkan

suasana yang baru dalam bilik darjah untuk menarik minat pelajar untuk fokus di dalam kelas.

• Mencontohi negara maju di mana meja dan kerusi di bilik darjah dijaga dengan baik oleh para pelajar dengan penerapan nilai murni yang baik. Para pelajar disuruh untuk membersihkan bilik darjah secara bergotong-royong supaya mereka mempunyai sikap bertanggungjawab.

• Tiada lagi peranan tukang cuci di sekolah, kesemuanya dijaga dan dibersihkan oleh para pelajar.

• Membina hospital besar untuk menampung jumlah pesakit pada satu-satu masa.

• Adakalanya bilangan pesakit khususnya, wanita hamil yang ingin bersalin tidak mempunyai tempat atau wad yang mencukupi untuk ditempatkan. Mereka terpaksa dibiarkan sementara di kaki lima atau di laluan sementara menunggu pesakit lain untuk keluar dari wad.

• Hospital besar yang dibina akan memberi banyak kemudahan kepada pesakit dan peluang pekerjaan juga turut dibuka.

KESIMPULAN• Sesuatu pembangunan di bandar boleh

dilaksanakan selagi mana ianya tidak merosakkan alam sekitar.

• Cadangan pelan pembangunan di sesebuah bandar adalah sebagai satu ‘target’ untuk menjadikan sebuah bandar berdaya saing setanding dengan negara maju. Negara maju menjadi agen utama dalam menjadi ‘role model’ untuk pembangunan di masa hadapan.

• Setiap bandar mengimpikan suasana yang teratur dan sistematik dari pelbagai aspek seperti alam sekitar, ekonomi dan sosial.

SEKIANTERIMA KASIH