project padi

Upload: tarrsh31

Post on 07-Jan-2016

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

....

TRANSCRIPT

  • Kaedah sri

    System of Rice Intensification (SRI) iaitu Sistem Intensifikasi Padi ialah satu kaedah penanaman padi yang digunakan untuk meningkatkan hasil padi. Sistem ini telah diasaskan pada tahun 1983 oleh seorang paderi dari Perancis bernama Henri de Laulanie di Madagascar.Bagi kaedah SRI, anak padi pada usia muda 8-12 hari yang mempunyai 2 daun dan benih yang masih melekat di akar dipindahkan ke sawah. Tanah perlu diratakan dengan sempurna, dan dimasukkan air cukup sekadar tepu sahaja. Penanda akan dibuat bagi menanam anak benih. Anak benih akan ditanam dalam bentuk kotak dengan jarak yang luas. Hanya satu sahaja anak benih bagi setiap titik penanda. Sawah dibiarkan tepu selama 45 hari dan air akan dinaikkan ke paras 2.5 hingga 5 cm sehingga 90 hari.

  • Prinsip Yang Perlu Di Dalam Penggunaan Sistem SRI Bagi Menjamin Hasil Yang Berkesan:

    sawah perlu dibiarkan lembab bukannya dalam keadaan tepu air bagi meminimumkan keadaan anaerobik, supaya dapat meningkatkan dan memperbaiki pertumbuhan akar serta menyokong pembiakan dan diversiti organisma tanah yang aerobik;

    pokok padi perlu mempunyai jarak yang optimum di antara satu sama lain bagi membantu pertumbuhan akar bagi penyerapan nutrien dengan lebih berkesan dan kanopi supaya semua daun dapat menjalankan proses fotosintesis dengan lebih aktif; dan

    anak padi perlu dipindahkan segera dalam keadaan muda, kurang daripada 15 hari bagi mengelakkan kesan trauma pada akar dan "kejutan" akibat pemindahan.

    Prinsip ini sekaligus mengubah amalan konvensional di dalam pengurusan pokok, tanah, air dan nutrien. Perubahan ini dapat meningkatkan fenotaip yang lebih produktif bagi sebarang genotaip padi, dengan sesetengah varieti memberi respon yang lebih baik dari yang lain apabila kaedah SRI digunakan. Sistem ini dapat meningkatkan hasil padi, mengurangkan keperluan benih dan mengurangkan keperluan air 25 hingga 50 peratus. Baja kimia dan racun kimia boleh digunakan, tetapi hasil terbaik diperolehi tanpa menggunakan input kimia yang dibeli.

  • Kaedah mengubah menggunakan jentera

    Kaedah mengubah menggunakan jentani boleh diamalkan terutama di kawasan di mana tabur terus tidak boleh diamalkan serta bagi kawasan yang mengalami masalah padi angin (klik lihat ulasan mengenai padi angin) dan juga sesuai bagi kawasan yang kekurangan tenaga kerja. Mengubah dengan menggunakan jentera penanam memerlukan anak semai dalam kotak khas. Kadar benih yang disyorkan ialah 50 kg/hektar. Media semaian disediakan dengan campuran 50% sekam padi terbakar dan tebal media ialah 2-2.5 cm dipadatkan. Benih terpilih direndam selama 24 jam dan ditoskan selama 48 jam untuk memudahkan percambahan. Benih pracambah ditabur dalam kotak semai khas dengan kadar 200 g/kotak. Semaian dibiar bercambah 2-3 hari dan kemudian dipindah ke rak takungan untuk direndam. Semaian dijaga sehingga 15 hari atau tinggi semaian diantara 15-20 cm sebelum diubah dengan jentera penanam.

  • Kaedah tabur terus

    Sistem tanaman secara tabur terus terbahagi kepada dua iaitu tabur basah (menabur dalam air) dan tabur kering. Tabur terus basah diamalkan secara meluas sekarang. Benih yang telah bercambah ditabur terus ke kawasan sawah dalam keadaan tepu air. Tanah hendaklah terlebih dahulu disisir untuk membuat alur agar benih tidak dihanyutkan air. Bagi tabur kering pula, biji benih pra cambah ditabur ke kawasan sawah kering selepas penyediaan tanah. Kaedah tabur terus mempunyai kos yang murah dan penyelenggaraan yang senang.Kaedah tabur terus juga memerlukan tenaga kerja yang kurang.kaedah ini juga sukar untuk membuang padi angin dan senang mendapat serangan penyakit dan tumbang serta hasilnya pun tidak memuaskan.

  • KAEDAH MENGGUNAKAN JENTANI