program_di_institusi_pengajian_tinggi_etnik.docx

8
Program di institusi Pengajian Tinggi Melalui persatuan dan kelab telah menggalakkan aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan etnik dalam kalangan mahasiswa. Sebagai contoh, aktiviti Pesta Tanglung bukan sahaja melibatkan mahasiswa Cina dan India, tetapi turut disertai mahasiswa Melayu. Dalam aspek kepemimpinan pelajar, ternyata tidak didominasi oleh sesuatu etnik sahaja, malah dianggotai oleh pelbagai etnik seperti dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Kandungan kursus di semua IPT menitikberatkan aspek pendidikan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai etnik. Nilai rohani dan budaya diberikan keutamaan dalam subjek Kenegaraan, Tamadun Islam dan Asia khususnya menerusi kursus Hubungan Etnik untuk menguatkan peribadi dan sahsiah pelajar. Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara telah diwujudkan di IPT sebagai usaha menyemai kesedaran terhadap kepentingan perpaduan etnik dengan menggalakkan mahasiswa menganggotai

Upload: matserabut

Post on 27-Sep-2015

229 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Program di institusi Pengajian Tinggi Melalui persatuan dan kelab telah menggalakkan aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan etnik dalam kalangan mahasiswa. Sebagai contoh, aktiviti Pesta Tanglung bukan sahaja melibatkan mahasiswa Cina dan India, tetapi turut disertai mahasiswa Melayu. Dalam aspek kepemimpinan pelajar, ternyata tidak didominasi oleh sesuatu etnik sahaja, malah dianggotai oleh pelbagai etnik seperti dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Kandungan kursus di semua IPT menitikberatkan aspek pendidikan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai etnik. Nilai rohani dan budaya diberikan keutamaan dalam subjek Kenegaraan, Tamadun Islam dan Asia khususnya menerusi kursus Hubungan Etnik untuk menguatkan peribadi dan sahsiah pelajar.

Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara telah diwujudkan di IPT sebagai usaha menyemai kesedaran terhadap kepentingan perpaduan etnik dengan menggalakkan mahasiswa menganggotai kelab berkenaan. Pelajar juga digalakkan mempergiatkan dan mempertingkatkan aktiviti kokurikulum seperti dalam program sukan, kelab, persatuan, pameran dan ceramah.

Aktiviti kokurikulum sedemikian merupakan bidang pembelajaran yang menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan afektif.

Di luar sistem akademik pula, para mahasiswa dilibatkan dalam aktiviti pelbagai etnik seperti menyertai program keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Para pelajar juga perlu ditugaskan dalam projek perkhidmatan masyarakat seperti operasi khidmat masyarakat dan mahasiswa balik kampung.

Hal ini akan memberi pengalaman yang sangat berharga dalam memahami kehidupan rakyat Malaysia yang pelbagai sifatnya.

Aktiviti berpersatuan dan khidmat masyarakat mempunyai peranan penting dalam menggalakkan penyertaan dan pengalaman bersama antara etnik.

Lantaran itu, pihak kerajaan dan sektor swasta perlu menyokong sepenuhnya aktiviti berkenaan. Para pensyarah juga perlu diterapkan dan didedahkan dengan sikap perpaduan antara kaum yang positif. Mereka perlu mendapat pendedahan tentang kursus seperti Hubungan Etnik untuk menerapkan nilai-nilai yang penting dalam kalangan pelajar bagi memupuk keharmonian etnik.

Para pensyarah dan mahasiswa berperanan sebagai agen penyebar perpaduan dan keharmonian.

Mereka merupakan agen integrasi dan perpaduan yang memainkan peranan penting dalam menggalakkan lebih banyak interaksi melalui tugasan dan projek akademik.

Peranan NGO dalam Konteks hubungan etnik Terdapat pertubuhan induk di peringkat kebangsaan yang menaungi pertubuhan berasaskan etnik seperti Pertubuhan Belia Malaysia dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Malaysia. Pertubuhan NGO pula dapat memainkan peranan untuk mempercepatkan proses hubungan etnik di Malaysia. Dari aspek kepemimpinan pula pemimpin persatuan di peringkat negara atau persatuan, barisan kepemimpinannya disertai oleh pemimpin daripada pelbagai etnik. Sebagai contoh, kepemimpinanMajlis Belia Malaysia disertai oleh semua golongan etnik. Walaupun terdapat pembahagian pertubuhan mengikut etnik seperti Pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan Cina dan Dewan Perniagaan India Malaysia, namun persatuan berkenaan dapat digunakan oleh NGO untuk mengadakan pelbagai dialog dan seminar dalam usaha memahami permasalahan dan jalan penyelesaiannya. Melalui dialog dan seminar tersebut, secara tidak langsung akan dapat memupuk hubungan antara etnik.

Sains dan teknologi juga memainkan peranan untuk meningkatkan hubungan etnik kerana pembangunan ekonomi di Malaysia berasaskan sains dan teknologi termasuk sektor perindustrian dan pembangunan bioteknologi. Dalam konteks ini, kerajaan telah menetapkan bilangan pelajar dalam bidang sains dan teknologi dan sains sosial adalah berdasarkan nisbah 60:40.

Hal ini menunjukkan bilangan saintis yang akan dilahirkan adalah terdiri daripada pelbagai etnik. Justeru, pihak kerajaan dan sektor swasta memainkan peranan dalam usaha menyumbang dana bagi meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan inovasi dan seterusnya memacu pertubuhan ekonomi negara.

Dana dan geran daripada pihak swasta dan penubuhan institusi tertentu seperti Koridor Raya Multimedia (MSC), Akademi Sains Negara dan pelbagai lagi merupakan penjana kepada pembangunan ekonomi negara. Justeru, sains dan teknologi memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi negara.

Apabila pembangunan ekonomi negara berkembang pesat, kestabilan politik dapat diwujudkan dan kesannya dapat menarik lebih ramai pelabur dari dalam dan luar negara untuk memacu pertumbuhan ekonomi.

Keadaan ini akan memberi banyak peluang pekerjaan tanpa mengira golongan etnik. Hasilnya taraf hidup rakyat akan meningkat, jurang ekonomi antara etnik dapat dirapatkan dan akhirnya akan wujud keharmonian rakyat di Malaysia.Sejajar dengan hasrat dan matlamat kerajaan untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat, Multinational Corporation (MNC) turut memainkan peranan ke arah kesejahteraan masyarakat dengan cara menaja aktiviti yang memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik.

Antara syarikat tersebut ialah YTL Corporation, Lion Group, Maxis dan Berjaya Group. Syarikat berkenaan sering menganjurkan aktiviti kemasyarakatan melibatkan pelbagai etnik melalui penajaan dalam bidang pendidikan, penjagaan alam sekitar, kebajikan,hari keluarga atau dikenali sebagai Corporate Social Responsibility (CSR).

Antara matlamat utama syarikat MNC ini adalah untuk memberi peluang kepada golongan sasar terutamanya masyarakat luar bandar yang rendah tahap kehidupan mereka supaya dapat menikmati bantuan menerusi program CSR ini.

Tanggungjawab sosial yang diberikan dapat membantu kerajaan memperbaiki kualiti kehidupan dalam kalangan masyarakat yang memerlukan tanpa mengira batas etnik di seluruh pelosok negara.

Di samping itu, generasi muda terutamanya para pelajar pelbagai etnik ialah golongan penting kepada syarikat MNC kerana program dan aktiviti anjuran CSR melibatkan pemberian dana bantuan berbentuk biasiswa kepada mereka yang cemerlang untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Golongan warga emas juga turut didekati oleh pihak MNC dengan menyalurkan sumbangan untuk meringankan sedikit tanggungan oleh pihak tertentu dan sebagai mengingati jasa dan bakti mereka kepada masyarakat dan negara.