program transisi prasekolah ke tahun satu

4
PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran secara formal. Tujuan Program Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses P & P secara formal. Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah dengan gembira dan tanpa banyak masalah. Membantu semua murid Tahun Satu yang datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu mereka melalui tahap pencapaian yang hampir sama . Objektif Khusus Semua pihak yang terlibat dapat membuat persediaan yang sesuai untuk menerima kemasukan murid ke Tahun Satu. Murid dapat meningkatkan kemahiran tematik, bersepadu dan main sambil belajar. Murid yang mempunyai kemahiran dan potensi diri yang tinggi dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi dalam kehidupan sehariannya. Sumber Maklumat: Kementerian Pelajaran Malaysia Program transisi prasekolah PROGRAM TRANSISI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Upload: shuhada

Post on 15-Dec-2015

288 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

pakk

TRANSCRIPT

Page 1: Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu

PROGRAM TRANSISI PRASEKOLAH KE TAHUN SATU

Program Transisi Prasekolah ke Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan

untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak

formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Program ini

dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar

belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia

meneruskan pembelajaran secara formal.

Tujuan Program 

Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam

masa yang singkat.

Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi dan jasmani murid secara menyeluruh

sebelum memulakan proses P & P secara formal.

Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah dengan gembira dan tanpa banyak

masalah.

Membantu semua murid Tahun Satu yang datang dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi

yang berbeza memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu mereka melalui tahap pencapaian yang

hampir sama .

Objektif Khusus

Semua pihak yang terlibat dapat membuat persediaan yang sesuai untuk menerima kemasukan murid

ke Tahun Satu.

Murid dapat meningkatkan kemahiran tematik, bersepadu dan main sambil belajar.

Murid yang mempunyai kemahiran dan potensi diri yang tinggi dapat mengaplikasikan apa yang

diperolehi dalam kehidupan sehariannya. 

Sumber Maklumat: Kementerian Pelajaran Malaysia

 

 

 

Program transisi prasekolah

PROGRAM TRANSISI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Page 2: Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu

Konsep:

         Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain.

         Transisi kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada 2:* Transisi rumah ke prasekolah* Transisi prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu)

         Transisi rumah ke prasekolah adalah bertujuan     untuk membantu kanak-kanak menghadapi    perubahan  dari rumah dengan sistem pendidikan    yang tidak formal dari keluarga ke tadika atau    prasekolah.

         Transisi prasekolah ke Tahun Satu adalah bertujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari prasekolah dengan pendidikan yang tidak formal ke pendidikan formal di Tahun Satu di sekolah      rendah.

Tujuan Program Transisi:

         Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru serta pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu.

         Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani kanak-kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun Satu.

         Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke sekolah tanpa banyak  masalah.

         Memperolehi pengentahuan dan kemahiran asas yang diperlukan dalam sukatan Tahun Satu.

         Mencapai tahap perkembangan kognitif yang hampir sama untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran.

         Menangani perbezaan kanak-kanak yang masuk ke Tahun Satu dalam aspek kognitif, efektif dan psaikomotor serta latar belakang pengalaman.

         Melicinkan perjalanan pengurusan dan pentadbiran kurikulum sekolah.         Mewujudkan keyakinan pihak sekolah dan kepercayaan ibu bapa terhadap

keperluan anak-anak mereka.

Peranan Guru Prasekolah Dalam Merancang Program Transisi Kepada Kanak-Kanak

         Membuat lawatan ke sekolah yang akan menerima kanak-kanak ke Tahun Satu.         Menyediakan Kanak-kanak dengan suasana di Tahun Satu.         Bekerjasama atau berbincang dengan guru Tahun Satu.         Mengetahui sukatan pelajaran Tahun Satu         Menyediakan profil setiap kanak-kanak.         Mendedahkan kepada kanak-kanak dengan suasana persekitaran Tahun Satu.

Peranan Guru Tahun Satu Dalam Program Transisi

         Memahami serta menghayati program         Melaksanakan program transisi         Meneruskan amalan budaya dan nilai murni         Merujuk guru bimbingan dan kaunseling sekiranya menghadapi kanak-kanak

mempunyai masalah tingkahlaku.         Mengetahui latar belakang pencapaian  dan perkembangan kanak-kanak.

Page 3: Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu

         Menyediakan persekitaran yang sesuai dan menarik kanak-kanak.         Bersedia untuk menerapkan nilai-nilai kasih sayang         Berupaya untuk memahami tingkahlaku kanak-kanak.

           

PROGRAM TRANSISI KONSEP TRANSISI RUMAH KE PRASEKOLAH 1. Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. 2. Transisi kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada 2: * Transisi rumah ke prasekolah * Transisi prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu) 3. Transisi rumah ke prasekolah adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan yang tidak formal dari keluarga ke tadika atau prasekolah. Tujuan program Transisi - Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru serta pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu. - Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani kanak-kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun Satu. - Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke prasekolah tanpa banyak masalah. Peranan guru prasekolah a) Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Ibu bapa akan merasa yakin untuk meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah. b) Guru prasekolah berperanan sebagai pendidik,pembimbing dan pengasuh kanak-kanak .Guru prasekolah juga memainkan peranan pengganti ibu bapa dan sebagai model yang baik kepada kanak-kanak.Dengan ini, kanak-kanak merasa suasana di prasekolah seperti di rumah mereka. c) Guru prasekolah berperanan membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan rakan dan persekitaran yang baru di prasekolah. d) Guru perlu menangani perbezaan murid yang datang dari latar belakang dan pengalaman yang berbeza dengan memberi layanan yang sesuai. e) Guru perlu memberitahu peraturan dan disiplin di prasekolah yang berbeza dengan amalan yang berlaku di rumah mereka. Peranan pembantu prasekolah a) Melayan kanak-kanak dengan mesra supaya kanak-kanak merasa mereka tidak berada di tempat yang asing. Contoh membawa kanak-kanak ke tandas. b) Membantu kanak-kanak menguruskan diri di prasekolah seperti sewaktu makan, rehat dan bermain. c) Mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa mereka berada di prasekolah. d) Membantu guru dalam pengurusan kanak-kanak di prasekolah. Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ