program pecutan spm skema jawapan

5
PROGRAM PECUTAN SPM INDAHPURA GEMILANG 2011 PROGRAM PPD KULAIJAYA GEMILANG 1 IMPIAN SKEMA JAWAPAN MODUL 1 BAHASA MELAYU JAWAPAN LATIHAN 1 : RUJUK MODUL JAWAKHIR TAJUK : LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR 

Upload: kazha

Post on 06-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/3/2019 Program Pecutan Spm Skema Jawapan

http://slidepdf.com/reader/full/program-pecutan-spm-skema-jawapan 1/5

PROGRAM PECUTAN SPM

INDAHPURA GEMILANG 2011

PROGRAM PPD KULAIJAYA GEMILANG

1 IMPIAN

SKEMA JAWAPAN

MODUL 1

BAHASA MELAYU

JAWAPAN LATIHAN 1 : RUJUK MODUL JAWAKHIR 

TAJUK : LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR 

8/3/2019 Program Pecutan Spm Skema Jawapan

http://slidepdf.com/reader/full/program-pecutan-spm-skema-jawapan 2/5

JAWAPAN LATIHAN 2:

Skema jawapan: (GELANGGANG TUK WALI)

(i) Pantang larang

- Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang. 1mPokok yang lebih kecil daripada jari hantu, jangan disentuh. 1m

Kalau hati belum pasti, jangan dicantas. 1m

Kalau belum mengenal, berkenal dulu. 1m

[maksimum 2m]

(ii) Usaha-usaha

P1- penyelidikan oleh jabatan/agensi berkaitan 1m

P2 pantau dan kawal selia aktiviti penebangan/tanam semula/pantau dan

selia aktiviti hutan/ kuat kuasa undang-undang atau denda/ jadikankawasan hutan simpan

P3 kempen melalui media massa 1m

P4 pendidikan secara formal/ sekolah/institusi pendidikan

1m

[maksimum 3m]

(iii) satu persoalan dalam petikan [2m]

amalan pantang larang yang menjadi warisan budaya masyarakat

Tuk Wali masih mengamalkan petua dan pantang larang masuk ke

hutan

Dia kecewa apabila anak cucunya tidak mendengar dan menghargai

 petua dan amalannya .

satu persoalan daripada keseluruhan cerpen [2m]

adat dan budaya yang perlu dipelihara

Tuk Wali mengalami konflik kerana generasi muda mempersendakan

usahanya untuk terus mengajarkan silat

Keruntuhan akhlak generasi mudaAnak Ibrahim, Piee terlibat dalam gejala penagihan dadah dan

mencuri biola Tuk Wali

Sikap tamak dan rakus manusia

Guan menggunakan traktor untuk mencabut pokok-pokok herba yang

masih kecil di hutan

(IBU DAN CEPER)

Skema Jawapan :

i. Kesan kemarau

8/3/2019 Program Pecutan Spm Skema Jawapan

http://slidepdf.com/reader/full/program-pecutan-spm-skema-jawapan 3/5

- sawah habis kering

- semua telaga dan kubang di sawah kering

- baruh-baruh yang dulunya tidak pernah kering pun kering juga

ii. Langkah-langkah

- berjimat cermat menggunakan air - sentiasa menyimpan air 

- membina empangan yang lebih besar 

iii. Pengajaran dalam petikan

- Kita hendaklah tabah menghadapi segala cabaran hidup. Contohnya ibu kembali

ke sawah walaupun menghadapi musim kemarau yang panjang.

Pengajaran dalam cerpen

- Kita hendaklah mencintai alam sekitar - Kita hendaklah membalas jasa ibu bapa

- Kita hendaklah bertanggungjawab menyara keluarga

- Kita hendaklah memelihara sungai

SKEMA JAWAPAN LATIHAN 3(RUMUSAN)

Pendahuluan

Petikan membincangkan langkah-langkah /usaha-usaha melahirkan masyarakat berbudi

 bahasa.

Isi Tersurat

1. Kerajaan melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni.

2. Amalan berterima kasih diamalkan secara menyeluruh di mana-mana sahaja.

3. Dalam kehidupan bermasyarakat, nilai kerjasama dan tolong-menolong tidak boleh

diabaikan.

4. Ibu bapa bertanggungjawab mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak supaya

membesar dengan akhlak yang terpuji.

5. Guru-guru perlu mendidik murid mereka supaya berbudi bahasa dan mengamalkan

nilai- nilai murni

6. Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan

Sivik dan Kewarganegaraan.

Isi Tersirat

1. Nilai moral masyarakat terhakis/ gejala sosial akan menular dalam kalangan

masyarakat

8/3/2019 Program Pecutan Spm Skema Jawapan

http://slidepdf.com/reader/full/program-pecutan-spm-skema-jawapan 4/5

2. Masyarakat tidak menghormati antara satu sama lain/ mengamalkan sikap

individualistik 

3. Amalan berterima kasih akan hilang

4. Anak-anak tidak menghormati ibu bapa

Kesimpulan

Masyarakat perlu bekerjasama untuk mengamalkan amalan ber budi bahasa supaya hubungan

antara masyarakat terpelihara/ amalan ini akan menjadi warisan turun temurun/kekal abadi.

JAWAPAN PETIKAN UMUM

1. Kesempurnaan perihal hidup yang mulia/berbudi pekerti

2. - Ibu bapa bertanggungjawab mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak supaya

membesar dengan akhlak yang terpuji.

-Guru-guru perlu mendidik murid mereka supaya berbudi bahasa dan mengamalkan

nilai- nilai murni

-Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan mata pelajaran PendidikanSivik dan Kewarganegaraan

3- Punca-punca rakyat Malaysia tidak mengamalkan budaya budi bahasa ialah

- Ibu bapa terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk mendidik anak-

anak tentang amalan berbudi bahasa

- Masyarakat mengganggap amalan berbudi bahasa sebagai amalan kolot

- Terlalu bersikap individualistik 

- Terlalu obses dengan perkembangan dunia ICT

SKEMA JAWAPAN LATIHAN 4 ( NOVEL)

NOVEL MELUNAS RINDU

Novel yang saya kaji ialah Novel Melunas Rindu.

Peristiwa  pertama yang dapat dikaitkan dengan nilai kemanusiaan ialah peristiwa Fuad

membelikan sebidang tanah dan motosikal untuk bapa angkat bercucuk tanam dan memudahkan

 pergerakannya. Peristiwa ini dapat dikaitkan dengan nilai kasih sayang Fuad terhadap bapa

angkatnya.

Peristiwa kedua ialah peristiwa Farhana berani menegur keculasan Cikgu Zamani walaupun

Cikgu Zamani lebih tua dan lebih berpengalaman daripadanya. Peristiwa ini jelas menunjukkan

nilai keberanian yang ada pada Farhana dalam menegur perbuatan rakan sekerjanya.

Peristiwa ketiga ialah peristiwa Fuad yang bersedia memikul tanggungjawabnya sebagaiabang kepada Farhana dan adik-adiknya setelah mengetahui ibu Farhana ialah ibu kandungnya.

 Nilai kemanusiaan yang terdapat dalam peristiwa ini ialah nilai tanggungjawab abang terhadap

adik-adiknya yang berlainan bapa.

Peristiwa yang seterusnya ialah peristiwa Farhana dan Fuad yang sering bekerjasama untuk 

meningkatkan pencapaian anak didik mereka dalam bahasa Inggeris. Peristiwa ini jelas

menunjukkan nilai kerjasama yang wujud dalam warga pendidik untuk meningkatkan

prestasi anak-anak didik mereka.

8/3/2019 Program Pecutan Spm Skema Jawapan

http://slidepdf.com/reader/full/program-pecutan-spm-skema-jawapan 5/5