program latihan bola jaring

6
PROGRAM LATIHAN BOLA JARING Sasaran : Murid mempunyai pendedahan tentang kemahiran asas bola jaring. Objektif : 1. Murid dapat melakukan hantaran dada kepada rakan dengan teknik yang betul 2. Murid dapat melakukan hantaran sisi kepada rakan dengan teknik yang betul Kemahiran asas bola jaring: Hantaran dada dan hantaran bahu Perlaksanaan : Mingg u Sesi Fokus Perincian latihan 1 15 minit Hantaran dada Kemahiran hantaran paras dada Hantaran aras dada ialah satu hantaran yang kuat, cepat dan untuk jarak yang tidak begitu jauh. Hantaran ini sesuai untuk keadaan yang pantas dan memerlukan tindakan segera. Teknik hantaran aras dada Jari tangan pemain dibuka untuk mencengkam bola. Bola mestilah berdekatan dengan badan, iaitu pada aras dada. Tangan dibengkokkan dan siku juga hendaklah dalam kedudukan seimbang. 1

Upload: miza

Post on 27-Sep-2015

579 views

Category:

Documents


26 download

DESCRIPTION

Program Latihan Bola Jaring

TRANSCRIPT

PROGRAM LATIHAN BOLA JARING

Sasaran :Murid mempunyai pendedahan tentang kemahiran asas bola jaring.

Objektif :1. Murid dapat melakukan hantaran dada kepada rakan dengan teknik yang betul2. Murid dapat melakukan hantaran sisi kepada rakan dengan teknik yang betul

Kemahiran asas bola jaring:Hantaran dada dan hantaran bahu

Perlaksanaan :MingguSesiFokusPerincian latihan

115 minitHantaran dada

Hantaran bahuKemahiran hantaran paras dadaHantaran aras dada ialah satu hantaran yang kuat, cepat dan untuk jarak yang tidak begitu jauh. Hantaran ini sesuai untuk keadaan yang pantas dan memerlukan tindakan segera.

Teknik hantaran aras dada Jari tangan pemain dibuka untuk mencengkam bola. Bola mestilah berdekatan dengan badan, iaitu pada aras dada. Tangan dibengkokkan dan siku juga hendaklah dalam kedudukan seimbang.

Badan pemain hendaklah dalam kedudukan seimbang dengan kaki kiri kehadapan. Pemain hendaklah mengambil satu langkah ke arah lontaran. Siku dan kesemua jari hendaklah diluruskan dan tangan ditolak ke hadapanserentak dengan kekuatan lontaran bola.

Hantaran aras dada

Latihan hantaran dilakukan secara berpasangan.

Penghantar Murid dibahagikan kepada dua pasukan. Satu pasukan terdiri daripada dua orang. Murid akan menggunakan gelanggang kecil semasa bermain. Berdiri dengan menghadap pasangan masing-masing Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan. Mata pandang ke arah pasangan. Bawa bola ke dada dan tolak ke hadapan pasangan. Luruskan kedua-dua belah tangan.

Penerima Berdiri menghadap penghantar Jangan bergerak sehingga bola sampai Apabila bola sampai, hulurkan tangan dengan jari yang direnggangkan. Sambut bola dan bawa ke dada. Ulang aktviti sebanyak tiga kali.

Ansur maju Berdiri dalam jarak 2 meter dari menghadap rakan. Lakukan 5 kali hantaran bola secara hantaran aras dada dengan teknik yang betul. Berdiri pada jarak 3 meter menghadap rakan kamu Lakukan hantaran bola secara hantaran dada berganti-ganti selama 30 saat.

Kemahiran hantaran paras bahuHantaran ini sering dilakukan kerana bola hantaran paras bahu ini dapat dilontardengan lebih jauh dan tinggi. Bola yang dihantar dengan cara ini sukar untukdipintas atau direbut dengan mudah oleh pihak lawan. Hantaran ini, jika dilakukandengan teknik yang betul, akan menjadi lebih kuat, cepat dan tepat.Hantaran beginiboleh dibuat ke hadapan penerima. Perhatikan teknik-teknik hantaran yang betulsebelum anda mahir dalam permainan ini

Teknik hantaran sisi / bawah bahu Teknik yang sama seperti melakukan hantaran atas bahu. Tangan kanan yang dihayun ke belakang hendaklah berada pada paras pinggang. Tolak bola dengan menggunakan pergelangan tangan sambil menukarkan berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan.

Hantaran aras bahu

Latihan hantaran dilakukan secara berpasangan.

Penghantar Murid dibahagikan kepada dua pasukan. Satu pasukan terdiri daripada dua orang. Murid akan menggunakan gelanggang kecil semasa bermain. Berdiri dengan menghadap pasangan masing-masing Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan. Mata pandang ke arah pasangan. Bawa bola ke bahu dan tolak ke hadapan pasangan. Luruskan kedua-dua belah tangan.

Penerima Berdiri menghadap penghantar Jangan bergerak sehingga bola sampai Apabila bola sampai, hulurkan tangan dengan jari yang direnggangkan. Sambut bola dan bawa ke dada. Ulang aktviti sebanyak tiga kali.

Ansur maju Berdiri dalam jarak 2 meter dari menghadap rakan. Lakukan 5 kali hantaran bola secara hantaran aras bahu dengan teknik yang betul. Berdiri pada jarak 3 meter menghadap rakan kamu. Lakukan hantaran bola secara hantaran bahu berganti-ganti selama 30 saat.

6