program kursus sambilan - puo.edu.my · pdf filetermasuk matematik dan satu (1) ... pengalaman...

2
PROGRAM KURSUS SECARA SAMBILAN POLITEKNIK UNGKU OMAR POLITEKNIK PREMIER, IPOH, PERAK Kini anda boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran secara sambilan di PUO. Program Diploma secara sambilan yang ditawarkan di Politeknik Ungku Omar membolehkan mereka yang sedang bekerja terus belajar sambil berkerja untuk meningkatkan pengetahuan dan kelayakan akademik melalui konsep Belajar sambil Bekerja @ “ Learn as you Earn” . Program-program Diploma yang ditawarkan adalah seperti berikut:- Diploma Kejuruteraan Awam Diploma Ukur Tanah Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) Diploma Pengajian Perniagaan ( Pengurusan) Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) Diploma Akauntasi Diploma Seni Bina Kelayakan Diploma yang dianugerahkan adalah setara dengan Diploma sepenuh masa dan diluluskan oleh Lembaga Kurikulum di Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Sukatan pelajaran yang digunakan digubal oleh pakar pakar dalam bidang kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektronik, Ukur Tanah, Perdagangan, Seni Bina dan Teknologi Maklumat serta dikemaskinikan dari masa ke masa untuk memenuhi permintaan industri disamping melahirkan bakal pembantu jurutera dan usahawan yang berketrampilan, kompeten dan dinamik. Di samping itu, kelayakan Diploma ini membolehkan anda meneruskan pengajian anda ke peringkat tertieri di universiti universiti tempatan dan luar negara. SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN KURSUS SECARA SAMBILAN (KSS) Calon-calon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut: 1) Warganegara Malaysia 2) A) Bidang Kejuruteraan Lulus SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN / KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) sekurang-kurangnya 2.00 atau Lulus SPM atau yang setaraf, dengan sekurang-kurangnya kredit dalam TIGA (3) mata pelajaran, termasuk Matematik dan SATU (1) mata pelajaran lain berkaitan sains / teknikal / vokasional DAN lulus Bahasa Inggeris; atau Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf, dengan kelulusan dalam mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan SATU (1) mata pelajaran berkaitan sains /teknikal / vokasional pada peringkat SPM; atau Sijil Vokasional dan Teknikal / Kemahiran yang diiktiraf atau setaraf, dengan pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan selama SATU (1) tahun. B) Bidang Teknologi Maklumat Lulus SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN / KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) sekurang-kurangnya 2.00 atau Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit, termasuk mata pelajaran Matematik; atau Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan sekurang kurangnya satu (1) prinsipal dalam mana-mana mata pelajaran DAN kredit dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM; atau Sijil Teknikal / Vokasional yang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan satu (1) tahun pengalaman kerja yang berkaitan atau satu (1) semester program peralihan.

Upload: phamnguyet

Post on 27-Mar-2018

267 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM KURSUS SAMBILAN - puo.edu.my · PDF filetermasuk Matematik dan SATU (1) ... pengalaman kerja yang berkaitan atau satu (1) ... (yuran pengajian tambahan dikenakan jika mengulang

PROGRAM KURSUS SECARA SAMBILAN POLITEKNIK UNGKU OMAR

POLITEKNIK PREMIER, IPOH, PERAK

Kini anda boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran secara sambilan di PUO. Program Diploma secara sambilan yang ditawarkan di Politeknik Ungku Omar membolehkan mereka yang sedang bekerja terus belajar sambil berkerja untuk meningkatkan pengetahuan dan kelayakan akademik melalui konsep Belajar sambil Bekerja @ “ Learn as you Earn” . Program-program Diploma yang ditawarkan adalah seperti berikut:- Diploma Kejuruteraan Awam Diploma Ukur Tanah Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) Diploma Pengajian Perniagaan ( Pengurusan) Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) Diploma Akauntasi Diploma Seni Bina

Kelayakan Diploma yang dianugerahkan adalah setara dengan Diploma sepenuh masa dan diluluskan oleh Lembaga Kurikulum di Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Sukatan pelajaran yang digunakan digubal oleh pakar – pakar dalam bidang kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektronik, Ukur Tanah, Perdagangan, Seni Bina dan Teknologi Maklumat serta dikemaskinikan dari masa ke masa untuk memenuhi permintaan industri disamping melahirkan bakal pembantu jurutera dan usahawan yang berketrampilan, kompeten dan dinamik. Di samping itu, kelayakan Diploma ini membolehkan anda meneruskan pengajian anda ke peringkat tertieri di universiti – universiti tempatan dan luar negara.

SYARAT KELAYAKAN KEMASUKAN KURSUS SECARA SAMBILAN (KSS) Calon-calon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1) Warganegara Malaysia

2) A) Bidang Kejuruteraan

Lulus SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN / KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) sekurang-kurangnya 2.00 atau

Lulus SPM atau yang setaraf, dengan sekurang-kurangnya kredit dalam TIGA (3) mata pelajaran, termasuk Matematik dan SATU (1) mata pelajaran lain berkaitan sains / teknikal / vokasional DAN lulus Bahasa Inggeris; atau

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau yang setaraf, dengan kelulusan dalam mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan SATU (1) mata pelajaran berkaitan sains /teknikal / vokasional pada peringkat SPM; atau

Sijil Vokasional dan Teknikal / Kemahiran yang diiktiraf atau setaraf, dengan pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan selama SATU (1) tahun.

B) Bidang Teknologi Maklumat

Lulus SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN / KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) sekurang-kurangnya 2.00 atau

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit, termasuk mata pelajaran Matematik; atau

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan sekurang – kurangnya satu (1) prinsipal dalam mana-mana mata pelajaran DAN kredit dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat SPM; atau

Sijil Teknikal / Vokasional yang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan satu (1) tahun pengalaman kerja yang berkaitan atau satu (1) semester program peralihan.

Page 2: PROGRAM KURSUS SAMBILAN - puo.edu.my · PDF filetermasuk Matematik dan SATU (1) ... pengalaman kerja yang berkaitan atau satu (1) ... (yuran pengajian tambahan dikenakan jika mengulang

C) Bidang Perdagangan

Lulus SIJIL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN / KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) sekurang-kurangnya 2.00 atau

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit atau

Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setara dengan sekurang- kurangnya satu (1) prinsipal dalam mana-mana mata pelajaran atau

Sijil Teknikal / Vokasional yang berkaitan yang diiktiraf atau setara dengan satu (1) tahun pengalaman kerja yang berkaitan atau satu (1) semester program peralihan.

Tempoh Dan Yuran Pengajian

Tempoh Pengajian : 3 tahun bagi kelulusan Sijil Politeknik dan Kolej Komuniti 4 tahun bagi kelulusan SPM/SPMV/STPM Yuran Pengajian : RM10,000 - RM14,500 Keseluruhan

Yuran Pengajian : Mengikut kursus yang ditawarkan pada sesi tersebut. Per Semester (yuran pengajian tambahan dikenakan jika mengulang kursus)

Cara memohon Iklan akan dikeluarkan dalam suratkhabar utama dan pemohon dikehendaki melayari laman web Politeknik Ungku Omar www.puo.edu.my dan mengisi borang permohonan secara “online”. Maklumat Tambahan: Jika anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi: Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan, Politeknik Ungku Omar, Jalan Raja Musa Mahadi, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Telefon: 05-5457622 Fax: 05-5471162

BELAJAR SAMBIL BEKERJA! LEARN AS YOU EARN!