program kepimpinan pendidikan · borang pendaftaran individu program latihan jurulatih pembelajaran...

13

Upload: others

Post on 06-Jun-2020

33 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM KEPIMPINAN PENDIDIKAN · BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU Program Latihan Jurulatih Pembelajaran Aktif Berasaskan Masalah untuk Pendidikan 4.0 Problem-based & Active Learning (PBAL)
Page 2: PROGRAM KEPIMPINAN PENDIDIKAN · BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU Program Latihan Jurulatih Pembelajaran Aktif Berasaskan Masalah untuk Pendidikan 4.0 Problem-based & Active Learning (PBAL)

2

PROGRAM KEPIMPINAN PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PROGRAM LATIHAN JURULATIH PEMBELAJARAN AKTIF BERASASKAN MASALAH UNTUK PENDIDIKAN 4.0

PROBLEM-BASED & ACTIVE LEARNING (PBAL) FOR EDUCATION 4.0

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PBAL? PROBLEM-BASED AND ACTIVE LEARNING (PBAL) (Pembelajaran Aktif Berasaskan Masalah) bukan sahaja ekspresi mudah untuk menggambarkan pendekatan PEMBELAJARAN AKTIF yang dijana atau dipacu oleh MASALAH. Malahan ia adalah lebih daripada itu. Para pendidik umumnya mengenali dan mengetahui secara mendalam pendekatan PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH atau PROBLEM-BASED LEARNING (PBL). Pendekatan ini bagaimanapun dilihat semakin kehilangan relevansinya kerana dianggap hanya sesuai dengan era Pendidikan 3.0 di mana para pelajar dididik untuk menggunakan aplikasi teknologi dalam pembelajaran mereka dan belajar secara aktif untuk mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan melalui program pembelajaran yang direkabentuk secara spesifik. Kebanyakan isi kandungan pembelajaran disediakan oleh guru. Pembelajaran kolaboratif lebih banyak berlaku dalam konteks hubungan fizikal dan terikat dengan masa dan tempat. Prinsip dan paradigma pembelajaran adalah pembelajaran terarah kendiri di mana persekitaran pembelajaran ditentukan dan ditetapkan oleh guru dan institusi pengajian. Dengan kemunculan Revolusi Industri 4.0 PBL pastinya perlu dijajarkan agar selari dengan era Pendidikan 4.0. Kajian kumpulan kami mendapati bahawa PBL perlu ditambahbaik dalam tiga aspek utama iaitu penambahbaikan dalam aspek proses dan model rekabentuk masalah pembelajaran, aspek proses pembelajaran yang bukan sahaja aktif dan reaktif malahan pro-aktif dan ketiga aspek pembelajaran kolaboratif yang perlu dipertingkatkan dengan bantuan jaringan dan jalinan teknologi komunikasi dan media sosial. Untuk aspek pertama kami mencadangkan penambahbaikan kepada model rekabentuk masalah 3C3R yang dikemukakan oleh Woei Hung (2006). Model 3C3R Woei Hung menyenaraikan dua komponen utama iaitu Komponen Teras (Core Components) dan Komponen Proses (Processing Components). Komponen Teras terdiri daripada “Isi kandungan”, “Konteks” dan “Jalinan Hubungan” (Content, Context, Connection). Manakala Komponen Proses adalah “Menyelidik, “Mentaakul” dan “Muhasabah” (Researching, Reasoning, Reflecting). Kajian kami mendapati bahawa untuk menjajarkan PBL dengan Pendidikan 4.0 dua aspek penting rekabentuk masalah perlu ditambah iaitu “Bekerjasama” dan “Menghubung” (Collaborating, Connecting). Aspek “Bekerjasama” adalah merujuk kepada pembelajaran secara kolaboratif

Page 3: PROGRAM KEPIMPINAN PENDIDIKAN · BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU Program Latihan Jurulatih Pembelajaran Aktif Berasaskan Masalah untuk Pendidikan 4.0 Problem-based & Active Learning (PBAL)

3

bukan hanya dalam meneroka ilmu malahan merekabentuk dan membina ilmu dan kefahaman baharu. Dalam hal ini pelajar bukan sahaja berperanan sebagai pengguna akhir atau pelanggan kepada ilmu tetapi juga sebagai penghasil, pengeluar dan pencipta ilmu. Aspek “Menghubung” adalah berasaskan kepada perubahan daripada Pembelajaran Terarah Kendiri (Self-directed Learning) kepada Pembelajaran Tekad Kendiri (Self-determined Learning). Pelajar belajar secara bersendirian di atas kehendak dan keazamannya tetapi menghubungkan dirinya dengan teknologi, data gergasi (Big Data) dan pembina isi kandungan lain secara maya. Mereka juga boleh belajar secara kolaboratif melalui e-PBL. Aspek “Menghubung” ini juga membolehkan pelajar belajar di mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Penambahbaikan Model 3C3R Woei Hung ini memungkinkan kami mengemukakan model baharu yang dinamakan Model Rekabentuk Masalah 5C3R (5C3R Problem Design Model) (Hussain, 2019). Untuk aspek kedua kami mengemukakan penambahbaikan terhadap paradigma pembelajaran berpusatkan pelajar daripada paradigma andragogi kepada paradigma heutagogi iaitu transformasi Pembelajaran Terarah Kendiri (Self-directed Learning) kepada Pembelajaran Tekad Kendiri (Self-determined Learning) (Hase and Kenyon, 2000). Untuk aspek ketiga kajian kami mendapati bahawa PBL juga boleh diaplikasikan secara efektif melalui platform pembelajaran elektronik (e-learning). Kami telah membina kerangka e-Pembelajaran Berasaskan Masalah (e-Problem-based Learning) (e-PBL) untuk menambahbaik proses pembelajaran kolaboratif dalam aplikasi PBL secara maya (Berhannudin et.al, 2018). Melalui penambahbaikan fundamental yang kami lakukan ini kami menjenama semula PBL kepada PBAL, Pembelajaran Berasaskan Masalah (Problem-based Learning) kepada Pembelajaran Aktif Berasaskan Masalah (Problem-based and Active Learning). Dengan menggabungkan perkataan “Aktif” kami bermaksud bahawa proses rekabentuk masalah dan proses pembelajaran dalam aplikasi PBL secara menyeluruh adalah aktif, reaktif dan pro-aktif (active, reactive, pro-active). PBAL mewakili PBL 4.0, Pembelajaran Berasaskan Masalah untuk Pendidikan 4.0 (Problem-based Learning for Education 4.0). Kami komited untuk berkongsi hasil kajian, kepakaran dan model inovatif PBAL kami dengan semua pendidik melalui program dan modul latihan jurulatih yang kami rekabentuk dan anjurkan bersama ini.

JEMPUTAN PENYERTAAN Kami menjemput para adiwira, pemimpin dan jurulatih pendidikan dalam pengajaran dan

pembelajaran pada semua peringkat; di sekolah, universiti, kolej dan pusat latihan, menyertai

kami dalam Program Latihan Jurulatih Pembelajaran Aktif Berasaskan Masalah (PBAL).

Page 4: PROGRAM KEPIMPINAN PENDIDIKAN · BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU Program Latihan Jurulatih Pembelajaran Aktif Berasaskan Masalah untuk Pendidikan 4.0 Problem-based & Active Learning (PBAL)

4

Bersama kita lahirkan pelajar dan pelatih yang aktif dalam pembelajaran, kritis dan kreatif dalam

berfikir, interaktif dalam menambah ilmu dan maklumat.

Jadilah Jurulatih Utama PBAL yang mampu mentransformasi masa hadapan pendidikan negara.

AZAM KAMI Kami komited untuk:

1. Melatih para pendidik dengan pendekatan pembelajaran holistik untuk memimpin agenda

pendidikan dan latihan dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Melatih jurulatih kepimpinan pendidikan dengan pendekatan Pembelajaran Aktif

Berasaskan Masalah.

MODUL LATIHAN

Kami menawarkan 3 modul inovatif untuk program Latihan Jurulatih PBAL: 1. Pengamal PBAL: Program latihan selama 2 hari 2. Jurulatih PBAL: Program latihan selama 3 hari dan 3 bulan penyeliaan 3. Jurulatih Utama PBAL: Program latihan selama 2 hari dan 6 bulan penyeliaan

SIAPA YANG PERLU HADIR? 1. Guru-guru di sekolah

2. Pensyarah di universiti, kolej, politeknik dan institusi pengajian

3. Instruktor/pengajar di pusat latihan kemahiran, vokasional dan teknik

4. Jurulatih pembelajaran

5. Penceramah dan fasilitator latihan

6. Pengendali kursus dan latihan

7. Para pendidik dalam industri pendidikan dan latihan secara umum.

KELEBIHAN PROGRAM LATIHAN KAMI

Pengamal PBAL (Tahap 1): Dapat mengaplikasikan pendekatan PBAL dalam persekitaran Pendidikan 4.0 untuk meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran Jurulatih PBAL (Tahap 2): Dapat melatih rakan sekerja dalam organisasi mengaplikasikan pendekatan PBAL dalam persekitaran Pendidikan 4.0 untuk meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran mereka. Jurulatih Utama PBAL (Tahap 3): Dapat melatih pendidik di luar organisasi mengaplikasikan pendekatan PBAL dalam persekitaran Pendidikan 4.0 untuk meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran mereka dan berpeluang menjana pendapatan tambahan melalui perkhidmatan konsultasi dan latihan.

Page 5: PROGRAM KEPIMPINAN PENDIDIKAN · BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU Program Latihan Jurulatih Pembelajaran Aktif Berasaskan Masalah untuk Pendidikan 4.0 Problem-based & Active Learning (PBAL)

5

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM Pengamal PBAL (Tahap 1): 1. Menjelaskan matlamat Pendidikan negara dan cabarannya dalam era Pendidikan 4.0. 2. Mengaplikasi pendekatan rekabentuk masalah yang terperinci untuk mengubah masalah

dunia sebenar kepada pencetus masalah autentik untuk digunakan dalam proses pembelajaran pelajar.

3. Mengenalpasti proses penting pendekatan pembelajaran aktif berasaskan masalah (PBAL) untuk Pendidikan 4.0.

4. Menjelaskan dengan terperinci langkah penting yang boleh dilakukan untuk menerapkan masalah dunia sebenar ke dalam sukatan pembelajaran sedia ada.

5. Menjelaskan dengan terperinci konsp pembelajaran aktif dan proses mudah cara dalam PBAL.

Jurulatih PBAL (Tahap 2): 1. Menghubungkait asas falsafah Pendidikan dan teori pembelajaran dengan pendekatan

pembelajaran aktif berasaskan masalah (PBAL) dalam latihan untuk Pendidikan 4.0. 2. Mengaplikasi kemahiran pemudahcaraan (fasilitasi) dan penyeliaan dalam sesi amali PBAL. 3. Mengaplikasi kemahiran pemudahcaraan (fasilitasi) dan penyeliaan dalam sesi

merekabentuk pencetus pembelajaran PBAL. 4. Mengaplikasi kemahiran pemudahcaraan (fasilitasi) dan penyeliaan dalam sesi amali PBAL

menggunakan pendekatan diagnostic terpilih. 5. Mengaplikasi kemahiran pemudahcaraan (fasilitasi) dan penyeliaan dalam sesi

pembelajaran terarah kendiri PBAL. 6. Mengaplikasi kemahiran pemudahcaraan (fasilitasi) dan penyeliaan dalam sesi E-PBAL. 7. Mengaplikasi prosedur penilaian dan pentaksiran yang sesuai dalam sesi amali PBAL. 8. Merekabentuk proses pembelajaran PBAL yang menyeluruh untuk sesi latihan terpilih. 9. Mengenalpasti bidang penyelidikan berpotensi dalam latihan PBAL. Jurulatih Utama PBAL (Tahap 3): 1. Mengenalpasti kepentingan proses pembangunan rekabentuk kurikulum dalam latihan

PBAL untuk Pendidikan 4.0. 2. Menunjukkan kemampuan untuk menggabungjalinkan pendekatan PBAL dalam kurikulum

latihan untuk Pendidikan 4.0. 3. Membangunkan modul lengkap untuk latihan PBAL bagi kursus terpilih. 4. Mengaplikasi secara menyeluruh modul PBAL dalam latihan kursus terpilih. 5. Menjalankan kajian lengkap pelaksanaan latihan PBAL dalam kursus terpilih.

Page 6: PROGRAM KEPIMPINAN PENDIDIKAN · BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU Program Latihan Jurulatih Pembelajaran Aktif Berasaskan Masalah untuk Pendidikan 4.0 Problem-based & Active Learning (PBAL)

6

PAKEJ LATIHAN YANG DITAWARKAN

Pakej (A) Anjuran VLCSB: - Diuruskan sepenuhnya oleh VLCSB - Perjalanan program (9.00 pagi – 5 petang) - Tawaran sah sehingga Disember 2019 sahaja. - Tawaran Pakej (A) adalah seperti dalam dalam jadual di bawah:

No. Modul Tempoh Yuran (RM)

Tawaran Individu

Grup/ MyPBL*

1. PBAL: Pengamal 2 hari 1500 1150 1100

2. PBAL: Jurulatih 3 hari (3 bln.) 2850 2450 2300

3. PBAL: Jurulatih Utama 2 hari (6 bln.) 3500 2950 2800

*Nota: 1. Grup (minimum 3 tiga orang). 2. MyPBL: Individu (ahli MyPBL yang aktif). 3. Kadar ini juga terpakai untuk peserta pelajar. 4. Bayaran hendaklah dibuat di atas nama “Visionary Leadership Consultancy Sdn.Bhd.”

Pakej (B) Anjuran Dengan Kerjasama Organisasi/Institusi:

Pakej (C) Anjuran sepenuhnya organisasi pelanggan:

- Peserta disediakan dan diuruskan oleh organisasi/institusi.

- Perjalanan program (9.00 pagi – 5 petang).

- Pelaksanaan program: makan, minum, sewaan dewan, alatan, penceramah dan fasilitator, bahan kursus dan sijil diurus dan ditanggung oleh VLCSB.

- Peserta, makan, minum, sewaan dewan, alatan, penginapan dan perjalanan penceramah, fasilitator dan dua orang urusetia VLCSB diurus dan ditanggung oleh organisasi.

- Perjalanan program (9.00 pagi – 5 petang).

- Pemilihan dan pelantikan penceramah dan fasilitator, bahan kursus, penilaian, pensijilan dan penyediaan sijil, bayaran penceramah dan fasilitator diuruskan dan ditanggung oleh VLCSB.

Sebut Harga: Sila hubungi VLCSB untuk mendapatkan sebut harga program latihan.

- Email 1: [email protected] - Email 2: [email protected]

Nota: Bayaran hendaklah dibuat di atas nama “Visionary Leadership Consultancy Sdn.Bhd.”

Page 7: PROGRAM KEPIMPINAN PENDIDIKAN · BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU Program Latihan Jurulatih Pembelajaran Aktif Berasaskan Masalah untuk Pendidikan 4.0 Problem-based & Active Learning (PBAL)

7

KALENDAR LATIHAN 2019 & LOKASI (Untuk Pakej A sahaja)

No. Modul Julai Ogos Sept Okt Nov Dis

1. PBAL: Pengamal 22, 23 29, 30

5, 6 19, 20 26, 27

2, 3 23, 24

7, 8 21, 22

4, 5 11, 12

2, 3

2. PBAL: Jurulatih 29, 30, 31

10, 11, 12

3. PBAL: Jurulatih Utama Januari – Disember 2020

Nota: Penganjuran kesemua program latihan dalam kalendar di atas adalah bertempat di Hotel Premiera, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur (bersebelahan Pertama Complex dan Sogo Shopping Complex), kecuali dimaklumkan sebaliknya.

JURULATIH UTAMA & FASILITATOR

Page 8: PROGRAM KEPIMPINAN PENDIDIKAN · BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU Program Latihan Jurulatih Pembelajaran Aktif Berasaskan Masalah untuk Pendidikan 4.0 Problem-based & Active Learning (PBAL)

8

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang kami:

https://vlclearn2lead.weebly.com

Page 9: PROGRAM KEPIMPINAN PENDIDIKAN · BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU Program Latihan Jurulatih Pembelajaran Aktif Berasaskan Masalah untuk Pendidikan 4.0 Problem-based & Active Learning (PBAL)

9

BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU Program Latihan Jurulatih

Pembelajaran Aktif Berasaskan Masalah untuk Pendidikan 4.0 Problem-based & Active Learning (PBAL) for Education 4.0

Anjuran Bersama Visionary Leadership Consultancy Sdn. Bhd. (VLCSB)(1325697-W)

Malaysian Association of Problem-based Learning (MyPBL)

Nama: ……………………………………………………………………………………………………………………………..

Organisasi: ………………………………………………………………………………………………………………………

Jawatan: …………………………………………………………………………………………………………………………

No Tel.: (HP)……………………………………………………. (Ofis)…………………………………………………….

Emel: ………………………………………………………………………………………………………………………………

Program Latihan Sila Rujuk kepada senarai program dan kalendar latihan dalam lampiran yang disertakan:

Modul Hari Tarikh

Pengamal PBAL untuk Pendidikan 4.0 (Tahap 1)

2

Nota: 1. Program latihan bagi tahap 2 dan 3 hanya akan dibuka untuk peserta yang telah

menamatkan program latihan tahap 1. 2. Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang VLCSB:

https://vlclearn2lead.weebly.com Kaedah Pembayaran: Tandakan [√]

1. Tunai: _______ 2. Cek: _______ 3. Pesanan Tempatan: _______ 4. Pindahan Wang Elektronik: _____ CIMB Bank Berhad:

No. Akaun : 8603688478 Nama Akaun : Visionary Leadership Consultancy Sdn. Bhd. No. Telefon : 0137792367

Page 10: PROGRAM KEPIMPINAN PENDIDIKAN · BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU Program Latihan Jurulatih Pembelajaran Aktif Berasaskan Masalah untuk Pendidikan 4.0 Problem-based & Active Learning (PBAL)

10

Pengesahan

Saya akui segala maklumat diberikan di atas adalah benar.

Tanda Tangan

……………………………………………… Nama: Tarikh: ………………………… Nota: Sila hantar borang yang lengkap melalui emel kepada:

i. Email 1: [email protected] ii. Email 2: [email protected]

Pertanyaan - Hubungi Whatsapp kami: +60137792367 / +60196996364

LAMPIRAN

Page 11: PROGRAM KEPIMPINAN PENDIDIKAN · BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU Program Latihan Jurulatih Pembelajaran Aktif Berasaskan Masalah untuk Pendidikan 4.0 Problem-based & Active Learning (PBAL)

11

BORANG PENDAFTARAN ORGANISASI (Peserta 3 orang atau lebih)

Program Latihan Jurulatih Pembelajaran Aktif Berasaskan Masalah untuk Pendidikan 4.0

Problem-based & Active Learning (PBAL) for Education 4.0

Anjuran Bersama

Visionary Leadership Consultancy Sdn. Bhd. (VLCSB)(1325697-W)

Malaysian Association of Problem-based Learning (MyPBL)

Nama Organisasi: …………………………………………………………………………………………………………………..

Alamat Organisasi: ………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………. Nama Pegawai Bertanggungjawab: ……………………………………………………………………………………. Jawatan: …………………………………………………………………………………………………………………………….. No Tel.: (HP)……………………………………………………. (Ofis)…………………………………………………………….

Emel: ……………………………………………………………………………………………………………………………………..

Program Latihan

Sila rujuk kepada senarai program dan kalendar latihan dalam lampiran yang disertakan:

Modul

Hari

Tarikh

Pengamal PBAL untuk Pendidikan 4.0 (Tahap 1)

2

Nota: 1. Program latihan bagi tahap 2 dan 3 hanya akan dibuka untuk peserta yang telah

menamatkan program latihan tahap 1. 2. Maklumat lanjut boleh layari laman sesawang VLCSB: https://vlclearn2lead.weebly.com

Page 12: PROGRAM KEPIMPINAN PENDIDIKAN · BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU Program Latihan Jurulatih Pembelajaran Aktif Berasaskan Masalah untuk Pendidikan 4.0 Problem-based & Active Learning (PBAL)

12

Nama dan Maklumat Peserta

Bil. Nama Peserta No. Kad Pengenalan

No. HP Emel

1.

2.

3.

4.

5.

Nota: Harga tawaran (Sah sehingga 31 Disember 2019) - Harga asal yuran : RM1500/seorang - Harga tawaran individu : RM1150/seorang - Harga tawaran penyertaan organisasi : RM1100/seorang (3 orang atau lebih)

Kaedah Pembayaran: Tandakan [√] 1. Tunai: _______ 2. Cek: _______ 3. Pesanan Tempatan: _______ 4. Pindahan Wang Elektronik: _____ CIMB Bank Berhad:

No. Akaun : 8603688478 Nama Akaun : Visionary Leadership Consultancy Sdn. Bhd. No. Telefon : 0137792367

Pengesahan:

Saya akui segala maklumat diberikan di atas adalah benar.

Tanda Tangan

……………………………………………… ………………………………. ………………………………. Nama: Tarikh Cop Rasmi Organisasi Nota: Sila hantar borang yang lengkap melalui emel kepada:

i. Email 1: [email protected] ii. Email 2: [email protected]

Pertanyaan - Hubungi Whatsapp kami: +60137792367 / +60196996364

Page 13: PROGRAM KEPIMPINAN PENDIDIKAN · BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU Program Latihan Jurulatih Pembelajaran Aktif Berasaskan Masalah untuk Pendidikan 4.0 Problem-based & Active Learning (PBAL)

13

LAMPIRAN