program jom-tangani-stres

19
KERTAS CADANGAN Program Khas “Jom Tangani Stres” Disediakan oleh: Azila Azmi BAHAGIAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Upload: ahmad-nazri

Post on 16-Aug-2015

41 views

Category:

Healthcare


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Program jom-tangani-stres

KERTAS CADANGANProgram Khas “Jom Tangani Stres”

Disediakan oleh:Azila Azmi

BAHAGIAN PENDIDIKAN KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

2008

Page 2: Program jom-tangani-stres

JOM Tangani Stres 2008

2

Page 3: Program jom-tangani-stres

JOM Tangani Stres 2008

[Year]KERTAS CADANGAN

PELAKSANAAN PROGRAM KHAS ”JOM” 2008

LATAR BELAKANG PROGRAM KHAS JOM

Program Khas JOM telah dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bermula pada tahun

2005. Program ini dilaksanakan bagi menyokong Program Kempen Cara Hidup Sihat yang sedia

ada dan ianya masih memberi penekanan kepada 5 komponen utama iaitu Makan Secara Sihat,

Senaman dan Aktiviti Fizikal, Tidak Merokok, Pupuk Minda Sihat dan Jauhi Alkohol. Setiap tahun,

satu daripada lima komponen Kempen Cara Hidup Sihat akan dipilih sebagai fokus utama pada

tahun semasa. Sehingga tahun 2007, fokus utama Program Khas Jom adalah seperti berikut:-

2005 - ”JOM kayuh” yang memberi penekanan kepada senaman dan kecergasan fizikal

melalui aktiviti berbasikal.

2006 - ”JOM makan secara sihat” yang memberi penekanan kepada pemakanan yang

baik dan sihat untuk kesihatan.

2007 - ”JOM Tak Nak Merokok” yang memberi penekanan kepada bahaya merokok

dan kesan-kesan akibat merokok terhadap kesihatan.

KONSEP PROGRAM JOM

Program ini berbentuk temuseru (outreach) yang melibatkan komuniti secara langsung dengan

menggunakan konsep karnival di setiap pitstop di mana terdapat kumpulan sasar seperti

sekolah, tempat kerja, IPT, pusat penjagaan warga emas di seluruh Malaysia. Penglibatan

pemimpin dan NGO setempat adalah penting dalam menggerakkan aktiviti.

TEMA PROGRAM JOM 2008 – JOM TANGANI STRES

Fokus utama Program JOM 2008 akan tertumpu kepada aspek Kesihatan Mental dan ”Tagline”

yang dipilih bagi mewakili komponen ini adalah ”Jom Tangani Stres”. Pendedahan kepada situasi

yang memberi tekanan adalah faktor yang lazim dalam kehidupan manusia. Situasi ini mungkin

hanya gangguan dalam kehidupan harian atau akibat daripada kehidupan yang serba menekan

3

Page 4: Program jom-tangani-stres

JOM Tangani Stres 2008

sehingga kepada kejadian di luar jangkaan seperti penyakit, kehilangan orang tersayang dan

bencana alam.

RASIONAL ’JOM TANGANI STRES’

Stres, cemas, risau dan berkelakuan agresif menunjukkan peningkatan yang ketara kebelakangan

ini. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, stres dilabel

sebagai ’Penyakit’ abad ke 20 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga melaporkan

bahawa stres ialah Epidemik Dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menjangkakan

bahawa stres merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada semua 5 penyakit utama

di dunia iaitu penyakit jantung, kemurungan melampau, kemalangan jalanraya, strok dan

penyakit paru-paru yang kronik menjelang tahun 2020. Satu kajian di Amerika berkaitan stres

yang melibatkan 2, 152 responden menunjukkan bahawa orang yang sentiasa mengalami stres

mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghidap hipertensi, kerisauan melampau,

kemurungan atau obesiti. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (1996)

menunjukkan kadar prevalen kemurungan ialah pada 11 peratus, kejadian bunuh diri yang tinggi

iaitu 2,000 orang setahun dengan purata 7 orang sehari dan 13.7 peratus remaja Malaysia

khususnya pelajar menghadapi masalah kesihatan berkaitan mental.

Sehubungan itu, Program ”Jom Tangani Stres” akan memberi penekanan yang utama dalam

menangani dan mengurus stres secara berkesan. Ini hanya dapat dilaksanakan melalui aktiviti

memupuk kemahiran menangani stres. Tumpuan akan diberikan kepada pembentukan beberapa

jenis kemahiran untuk mengurus stres seperti :

kemahiran berfikir dan bertindak secara positif

kemahiran komunikasi interpersonal

kemahiran mengadaptasi terhadap persekitaran

KUMPULAN SASAR

Kanak-kanak dan remaja

Dewasa

Warga emas

4

Page 5: Program jom-tangani-stres

JOM Tangani Stres 2008

TUJUAN KEMPEN

Memperkasakan individu dan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran agar mereka

dapat mengurus stres dengan lebih berkesan.

OBJEKTIF

Umum

Menggalakkan masyarakat Malaysia membudayakan cara hidup sihat.

Khusus

Kumpulan sasar dapat mengenal pasti ciri-ciri serta faktor-faktor penyebab stres.

Kumpulan sasar dapat mengenal pasti tahap stres diri sendiri.

Kumpulan sasar akan mempunyai kemahiran menangani stres.

kemahiran berfikir dan bertindak secara positif

kemahiran komunikasi interpersonal

kemahiran mengadaptasi terhadap persekitaran

Kumpulan sasar akan mempunyai kemampuan untuk mengurus stres.

STRATEGI

Program ini berbentuk temuseru (outreach) yang melibatkan komuniti secara langsung dengan

menggunakan konsep karnival di setiap pitstop di mana terdapat kumpulan sasar seperti

sekolah, tempat kerja, IPT, pusat penjagaan warga emas di seluruh Malaysia. Penglibatan

pemimpin dan NGO setempat adalah penting dalam menggerakkan aktiviti.

Strategi Promosi Kesihatan yang berkaitan di bawah akan digunakan untuk mempromosikan

mesej kepada kumpulan sasar

Perhubungan awam dan publisiti.

Mobilisasi pentadbiran dan sosial - Kolobarasi dan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan

bukan kerajaan yang relevan.

Memperkasakan tindakan modal insan – Latihan kepada Fasilitator dan ’echotraining’ -

anggota kesihatan dan kumpulan-kumpulan yang telah dikenalpasti.

5

Page 6: Program jom-tangani-stres

JOM Tangani Stres 2008

Pendidikan kesihatan.

Reorientasi perkhidmatan kesihatan.

CADANGAN AKTIVITI

Roadshow dalam bentuk karnival ”Jom Tangani Stres”

Bas pameran yang dihias dengan mesej berkaitan stres.

Pameran mengenai ”Jom tangani stres”.

Kumpulan sketsa komedi.

Tunjuk cara teknik relaksasi

Kuiz kesihatan

Perkhidmatan saringan kesihatan

Saringan minda sihat

Terapi Minda Sihat – aromaterapi, urut, muzik, pernafasan.

Kaunseling / Khidmat nasihat

Pertandingan – melukis, mewarna, puzzle

Aktiviti rekreasi – cth: poco-poco, line dancing, tai-chi, permainan tradisional.

Bengkel kemahiran berfokuskan kepada kumpulan sasaran utama. Cadangan tajuk

ialah seperti berikut:-

Kenali ciri-ciri dan faktor-faktor penyebab stres.

Kemahiran menangani masalah

Teknik-teknik mengendalikan stres.

kemahiran berfikir dan bertindak secara positif.

kemahiran komunikasi interpersonal

kemahiran mengadaptasi terhadap persekitaran

Pameran Kempen Cara Hidup Sihat – senaman dan kecergasan fizikal, makan secara sihat, jauhi

alkohol dan tidak merokok.

Pameran agensi lain atau syarikat swasta yang berkaitan.

Permainan dan hiburan yang bersesuaian.

Publisiti – radio (siaran jingles), iklan akhbar, slaid promo, crawlers, bunting, banner dan unit

bergerak pendidikan kesihatan.

6

Page 7: Program jom-tangani-stres

JOM Tangani Stres 2008

Aktiviti yang melibatkan selebriti atau agensi bukan kerajaan yang berkaitan dengan

kesihatan mental. Contohnya menemubual selebriti tentang cara mereka menangani

stres di dalam rancangan tv realiti seperti AF, Melodi dll.

Seminar/forum awam.

Penggunaan ICT. Cth: Laman sewang, SMS

Mencetak mesej di bil-bil spt bil air, elektrik, telefon.

Aktiviti pendidikan kesihatan di pusat perkhidmatan (klinik kesihatan, hospital, pusat

khidmat PROSTAR dan PPKK).

KUMPULAN SASARAN

Kanak-kanak/Remaja

Dewasa

Wargaemas

SETTING UTAMA

Tempat tumpuan umum

Sekolah

Institusi penjagaan wargamas

Tempat kerja

CADANGAN PERLAKSANAAN PROGRAM

(Rujuk Lampiran 1, 2,3,4 dan 5)

7

Page 8: Program jom-tangani-stres

JOM Tangani Stres 2008

LAMPIRAN 1JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM JOM 2008

Bil.

Aktiviti Bulan Perlaksanaan

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Julai

Ogos

Sept

Okt

Nov

Dis

1.

Penyediaan dan pembentangan kertas cadangan

2.

Bengkel perancangan pelaksanaan dan penyediaan bahan17-19 Mac, 2008 di Awana Porto Malai, Langkawi.

3.

Penyediaan bahan pendidikan dan publisiti.

4.

Pengedaran bahan pendidikan kesihatan

5.

Latihan fasilitator program

5.

Publisiti program Jom

6.

Pelancaran Program JOM di WPKL pd 14 Jun, 2008

8

Page 9: Program jom-tangani-stres

JOM Tangani Stres 2008

7.

Perjalanan Roadshow dan karnival di negeri.

8.

Penilaian

9.

Sambutan Hari kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan pd 10 Oktober, 2008 di Perak.

9 Oktober (malam) – forum Perdana Hal Ehwal Islam.

10 Oktober Sambutan Hari Kesihatan mental Sedunia.

10

Integrasi promosi tangani stress bersama program kesihatan yang lain. (cth: Konvension Prostar dan Doktor Muda, Hari Jantung, PPKK dll)

9

Page 10: Program jom-tangani-stres

JOM Tangani Stres 2008

LAMPIRAN 2CADANGAN PERLAKSANAAN ROADSHOW “JOM TANGANI STRES”

Bil.

Aktiviti Kumpulan sasaranutama

Tarikh aktiviti

Setting

1. Roadshow WPKLPelancaran

Program JOM 2008

Karnival Remaja

Remaja 14 Jun, 2008(Sabtu)

Cadangan setting:SMK Permaisuri,

Cheras*

SMK Convent Jln Peel, Pudu

SMK Sri Hartamas, Jln Duta

Taman Tasik Permaisuri, Cheras

Pusat Komuniti Pantai Dalam

2. Roadshow Selangor Dewasa 21 Jun, 2008 Kajang

2. Roadshow Negeri Sembilan

Dewasa 28 Jun, 2008 Pusat Komuniti

3. Roadshow Melaka Wargamas 5 Julai, 2008 Rumah Seri Kenangan

10

Page 11: Program jom-tangani-stres

JOM Tangani Stres 2008

4. Roadshow Johor Remaja 19 Julai, 2008

Sekolah

Pusat membeli belah

6. Roadshow Terengganu Remaja 26 Julai, 2008

Sekolah

Pusat membeli-belah

7. Roadshow Kelantan Wargamas 2 Ogos, 2008 Pondok Pengajian Agama

Rumah Seri Kenangan

8. Roadshow Perlis Dewasa 9 Ogos, 2008 Taman Perumahan

9. Roadshow Kedah Wargamas 16 Ogos, 2008

Pondok Pengajian Agama

Pusat Komuniti

10.

Roadshow Pulau Pinang

Remaja 23 Ogos, 2008

Sekolah

Pusat membeli-belah

11.

Roadshow Sabah Dewasa 24 Ogos, 2008

Kawasan tumpuan awam

12.

Roadshow WP Labuan Wargamas 17 Ogos, 2008

Kawasan Tumpuan awam

12.

Roadshow Sarawak Wargamas 24 Ogos, 2008

Rumah Seri Kenangan

11

Page 12: Program jom-tangani-stres

JOM Tangani Stres 2008

13.

Roadshow PerakKarnival kesihatan

Seminar sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia.

Forum Perdana Hal Ehwal Islam

Remaja10 Okt, 2008

10 Okt, 2008

9 Okt, 2008

Sekolah

Cadangan sekolah :Kolej Melayu , Kuala

Kangsar

Maktab Rendah Sains Mara, Taiping

SMK Anderson, Ipoh

12

Page 13: Program jom-tangani-stres

JOM Tangani Stres 2008

LAMPIRAN 3CADANGAN PENGENDALIAN AKTIVITI NEGERI SEMASA KARNIVAL

TARIKH MASA AKTIVITI

Sebelum Karnival

-Akan ditentukan oleh pihak negeri-

Hebahan awam radio tempatan

Hebahan awam melalui Unit Bergerak Pendidikan Kesihatan ke kawasan-kawasan tumpuan awam, kampung dan kawasan perumahan.

Publisiti melalui poster promosi, banner dan bunting di tempat-tempat strategik yang telah dikenalpasti contohnya: - plaza tol.

Persiapan tempat

Pemasangan khemah / booth pameran

Pemasangan pameran

Penyediaan pentas dan hiasan

PA system, wiring dan electrical appliances

Hari Karnival

8.00 pagi – 5 petang(sepanjang karnival berlangsung)

Pameran kesihatan KCHS

Pameran Kesihatan “Jom Tangani Stres”

Pameran Agensi Lain, pihak swasta atau penaja.

Perkhidmatan Saringan Kesihatan

Perkhidmatan saringan Minda Sihat

Khidmat nasihat dan kaunseling

Kuiz kesihatan

Permainan kesihatan

13

Page 14: Program jom-tangani-stres

JOM Tangani Stres 2008

8.00 pagi – 9.00 pagi9.00 pagi-11.00 pagi

1.00 pagi –1.00ptg

1.00 ptg – 2.00 ptg

2.30 ptg – 3.30 ptg

4.00 ptg – 5.00 ptg

Senam seni bersama KEKWA

Majlis perasmian / majlis penutup

Gimik perasmian / penutup

Sketsa

Persembahan hiburan

Bengkel kemahiran kesihatan mental 1

Rehat

Bengkel kemahiran kesihatan mental 2

Bengkel kemahiran kesihatan mental 3

14

Page 15: Program jom-tangani-stres

JOM Tangani Stres 2008

LAMPIRAN 4

CADANGAN MAJLIS PERASMIAN

8.00 pagi Kedatangan peserta.

8.45 pagi Ketibaan dif-dif kehormat

Ketibaan perasmi

Nyanyian Lagu Negaraku

Bacaan doa

Ucapan aluanOleh:

Ucapan perasmian Oleh:

Persembahan Gimik perasmian

Persembahan Sketsa

Persembahan hiburan

Bengkel 1 bermula/Sidang Media

15

Page 16: Program jom-tangani-stres

JOM Tangani Stres 2008

LAMPIRAN 5

CADANGAN JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pengarah JKN

Setiausaha : KPP Unit Promosi Kesihatan: KPP Unit NCD

Jawatankuasa Pelancaran / Perasmian

Jawatankuasa Jemputan & Protokol

Jawatankuasa Persiapan Tempat

Jawatankuasa Keselamatan dan Lalulintas

Jawatankuasa Kecemasan dan Perubatan

Jawatankuasa Jamuan

Jawatankuasa Publisiti,Dokumentasi dan Media

Jawatankuasa Bengkel

Jawatankuasa Logistik

Jawatankuasa Lawatan dan Kerja Amal

Jawatankuasa Senaman

16

Page 17: Program jom-tangani-stres

JOM Tangani Stres 2008

Jawatankuasa Hadiah, Cenderamata dan Sijil

17