program ijazah sarjana muda pengajian separuh …€¦ · pengajian, 100% yuran penilaian dan yuran...

8
PENGAJIAN SEPARUH MASA IJAZAH SARJANA MUDA Kemaskini : 14 April 2020 – SPA, PPSM 1 SEKOLAH PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN BERTERUSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA Semester II, Sesi 2019/2020 PINDAAN TARIKH-TARIKH PENTING AKADEMIK BAGI SEMESTER II, SESI 2019/2020 (SARJANA MUDA) PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM – COVID 19. Pelajar Pengajian Separuh Masa UTM, Seperti yang semua sedia maklum perutusan khas daripada YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyidin Bin Haji Mohd. Yasin, Perdana Menteri Malaysia pada 16 Mac 2020 di mana kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara dan seterusnya perintah kawalan pergerakan ini telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 pada perutusan khas yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 25 Mac 2020. Selaras dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, adalah dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan SPACE telah bersetuju untuk meminda tarikh-tarikh penting akademik bagi Semester II, Sesi Akademik 2019/2020 seperti yang diwarnakan dengan Kuning dan Hijau. Pindaan kalendar akademik UTM Program Sarjana Muda Semester II, Sesi 2019/2020 telah diluluskan oleh Senat Universiti pada 02 April 2020. Sebarang pemakluman atau perkembangan terkini berkenaan perubahan urusan akademik bagi Semester II, Sesi 2019/2020 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Universiti dan SPACE. Sebarang permohonan tangguh pengajian, permohonan tarik diri kursus, permohonan pengecualian kredit, permohonan penganugerahan dan sebagainya adalah melalui email ke [email protected] Sila pastikan dokumen yang dihantar adalah jelas dan mudah dibaca bagi memudahkan urusan. Walaubagaimanapun, salinan asal Borang Permohonan Penganugerahan yang lengkap dan telah disahkan perlu diserahkan kepada pihak SPACE setelah tempoh perintah kawalan pergerakan tamat. Bermula 01 April 2020 sehingga 22 Mei 2020 Pengajaran dan Pembelajaran UTM (sepenuh masa dan separuh masa) akan dilaksanakan secara jarak jauh dan atas talian sepenuhnya. Template jadual perkuliahan terkini bagi Semester II, Sesi 2019/2020 (Sarjana Muda) adalah seperti dibawah :

Upload: others

Post on 30-Nov-2020

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH …€¦ · pengajian, 100% yuran penilaian dan yuran perkhidmatan dikenakan) daripada minggu kesembilan (9) perkuliahan kepada minggu

PENGAJIAN SEPARUH MASA IJAZAH SARJANA MUDA

Kemaskini : 14 April 2020 – SPA, PPSM

1

SEKOLAH PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN BERTERUSAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

PENGAJIAN SEPARUH MASA Semester II, Sesi 2019/2020

PINDAAN TARIKH-TARIKH PENTING AKADEMIK BAGI SEMESTER II, SESI

2019/2020 (SARJANA MUDA) PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM – COVID 19. Pelajar Pengajian Separuh Masa UTM, Seperti yang semua sedia maklum perutusan khas daripada YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyidin Bin Haji Mohd. Yasin, Perdana Menteri Malaysia pada 16 Mac 2020 di mana kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara dan seterusnya perintah kawalan pergerakan ini telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 pada perutusan khas yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 25 Mac 2020. Selaras dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, adalah dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan SPACE telah bersetuju untuk meminda tarikh-tarikh penting akademik bagi Semester II, Sesi Akademik 2019/2020 seperti yang diwarnakan dengan Kuning dan Hijau. Pindaan kalendar akademik UTM Program Sarjana Muda Semester II, Sesi 2019/2020 telah diluluskan oleh Senat Universiti pada 02 April 2020. Sebarang pemakluman atau perkembangan terkini berkenaan perubahan urusan akademik bagi Semester II, Sesi 2019/2020 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh Universiti dan SPACE.

Sebarang permohonan tangguh pengajian, permohonan tarik diri kursus, permohonan pengecualian kredit, permohonan penganugerahan dan sebagainya adalah melalui email ke [email protected] Sila pastikan dokumen yang dihantar adalah jelas dan mudah dibaca bagi memudahkan urusan. Walaubagaimanapun, salinan asal Borang Permohonan Penganugerahan yang lengkap dan telah disahkan perlu diserahkan kepada pihak SPACE setelah tempoh perintah kawalan pergerakan tamat. Bermula 01 April 2020 sehingga 22 Mei 2020 Pengajaran dan Pembelajaran UTM (sepenuh masa dan separuh masa) akan dilaksanakan secara jarak jauh dan atas talian sepenuhnya. Template jadual perkuliahan terkini bagi Semester II, Sesi 2019/2020 (Sarjana Muda) adalah seperti dibawah :

Page 2: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH …€¦ · pengajian, 100% yuran penilaian dan yuran perkhidmatan dikenakan) daripada minggu kesembilan (9) perkuliahan kepada minggu

PENGAJIAN SEPARUH MASA IJAZAH SARJANA MUDA

Kemaskini : 14 April 2020 – SPA, PPSM

2

Page 3: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH …€¦ · pengajian, 100% yuran penilaian dan yuran perkhidmatan dikenakan) daripada minggu kesembilan (9) perkuliahan kepada minggu

PENGAJIAN SEPARUH MASA IJAZAH SARJANA MUDA

Kemaskini : 14 April 2020 – SPA, PPSM

3

Rata-rata pelajar pengajian separuh masa UTM adalah daripada golongan yang bekerja dan mempunyai keluarga, pihak SPACE amat prihatin serta menyediakan beberapa inisitif bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pelajar dikala perintah kawalan pergerakan dan krisis COVID 19 yang sedang melanda Malaysia sekarang. Antara inisiatif yang diambil adalah :

a) Pelanjutan tempoh akhir tangguh pengajian dan tarik diri kursus (Bayaran 50% yuran pengajian, 100% yuran penilaian dan yuran perkhidmatan dikenakan) daripada minggu kesembilan (9) perkuliahan kepada minggu ke lapan belas (18) perkuliahan dimana terdapat penambahan 9 minggu tempoh berdenda 50% yuran pengajian dikenakan. Selain itu juga tempoh tangguh pengajian dan tarik diri kursus (Bayaran 100% yuran pengajian, 100% yuran penilaian dan yuran perkhidmatan dikenakan) juga dipinda daripada minggu ke sepuluh (10) hingga minggu ke lima belas (15) perkuliahan kepada minggu ke sembilan belas (19) sehingga minggu ke dua puluh satu (21) perkuliahan dimana terdapat pengurangan 3 minggu tempoh berdenda 100% yuran pengajian dikenakan.

b) Pelanjutan tempoh akhir permohonan penganugerahan daripada minggu kesebelas (11) perkuliahan kepada minggu ke lapan belas (18) perkuliahan dimana terdapat penambahan 7 minggu tempoh permohonan penganugerahan (Tidak Berdenda). Selain itu juga tempoh permohonan penganugerahan lewat dan berdenda juga dipinda daripada minggu ke dua belas (12) hingga minggu ke lima belas (14) perkuliahan kepada minggu ke sembilan belas (19) sehingga minggu ke dua puluh satu (21) perkuliahan.

c) Tempoh pembayaran III (Berdenda RM5 setiap hari, maksimum 28 hari) juga telah dipinda daripada minggu ke sepuluh (10) hingga minggu ke tiga belas (13) perkuliahan kepada minggu ke empat belas (14) sehingga minggu ke lima belas (15) perkuliahan dimana terdapat pengurangan 14 hari tempoh pembayaran denda lewat bayaran dikenakan menjadikan jumlah maksimum denda yang dikenakan adalah sebanyak RM70 berbanding sebelum ini sebanyak RM140 dikenakan.

d) Pemberian rebat sebanyak sepuluh peratus (10%) kepada pelajar keatas kursus-kursus yang didaftarkan pada semester ini. Pemberian rebat ini diberikan kepada kursus-kursus yang bukan berstatus tarik diri kursus. Rebat ini akan diselaraskan di akaun kewangan pelajar setelah selesai peperiksaan akhir Semester II, Sesi 2019/2020 (Sarjana Muda) dijalankan. Pemberian rebat ini akan melibatkan sejumlah 4258 pelajar yang berstatus aktif dengan jumlah keseluruhan kursus yang terlibat adalah sebanyak 727 kursus.

Page 4: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH …€¦ · pengajian, 100% yuran penilaian dan yuran perkhidmatan dikenakan) daripada minggu kesembilan (9) perkuliahan kepada minggu

PENGAJIAN SEPARUH MASA IJAZAH SARJANA MUDA

Kemaskini : 14 April 2020 – SPA, PPSM

4

Contoh : En. Ahmad mendaftar 4 kursus berstatus kuliah sahaja (K) di pusat pembelajaran Kuala Lumpur pada semester ini dengan jumlah kredit yang didaftarkan adalah sebanyak 10 kredit. SKAB2112 = Jumlah yuran pengajian RM360 = Jumlah rebat RM36 SKAB2223 = Jumlah yuran pengajian RM540 = Jumlah rebat RM54 SKAB2912 = Jumlah yuran pengajian RM360 = Jumlah rebat RM36 SSCE1693 = Jumlah yuran pengajian RM540 = Jumlah rebat RM54 Jumlah rebat yang diperolehi oleh En. Ahmad adalah sebanyak RM180.

Pelajar disarankan agar :

Sentiasa memastikan diri sentiasa didalam keadaan bersih, selain menggunakan topeng muka dan hidung serta kerap mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman.

Sentiasa mematuhi penjarakan sosial (1 meter).

Sentiasa berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Daripada : Pusat Pengajian Separuh Masa, Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan, Universiti Teknologi Malaysia. 14 April 2020.

Page 5: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH …€¦ · pengajian, 100% yuran penilaian dan yuran perkhidmatan dikenakan) daripada minggu kesembilan (9) perkuliahan kepada minggu

PENGAJIAN SEPARUH MASA IJAZAH SARJANA MUDA

Kemaskini : 14 April 2020 – SPA, PPSM

5

SEKOLAH PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN PENDIDIKAN BERTERUSAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

PENGAJIAN SEPARUH MASA Semester II, Sesi 2019/2020

BIL PERKARA TEMPOH TARIKH AKHIR

1.

TEMPOH PENDAFTARAN KURSUS SECARA ATAS TALIAN (Tunggakan > RM350 TIDAK DIBENARKAN mendaftar)

09 Disember 2019 hingga

05 Januari 2020 05 Jan. 2020

2.

TEMPOH PENGESAHAN PENDAFTARAN KURSUS (Pendaftaran kursus ditutup sementara bagi urusan sesi pengesahan pendaftaran kursus pelajar kanan oleh penyelaras program fakulti)

06 Januari 2020 hingga

12 Januari 2020 12 Jan. 2020

3.

TEMPOH PENDAFTARAN KURSUS LEWAT DAN BERDENDA SECARA ATAS TALIAN (Berdenda RM25 / Kursus) (Permohonan pendaftaran kursus selepas tempoh yang dibenarkan tidak akan dipertimbangkan)

13 Januari 2020 Hingga

26 Januari 2020 26 Jan. 2020

4.

TEMPOH PEMBETULAN PENDAFTARAN KURSUS (Minggu ke-1 sehingga minggu ke-3 kuliah) (Pertukaran Seksyen / Kod Setara dan Insert Delete Kursus sahaja menggunakan Borang Pembetulan Slip Pendaftaran Kursus [USB/PPSM/RK003])

** TEMPOH RAYUAN PENDAFTARAN KURSUS BERSURAT (LEWAT dan BERDENDA) **

03 Februari 2020 Hingga

23 Februari 2020 23 Feb. 2020

5.

TEMPOH PEMBAYARAN I : Membuat bayaran Yuran Perkhidmatan pada kadar yang ditetapkan (Pelajar kanan) (Dikehendaki membuat bayaran sebelum kuliah bermula setiap semester)

Sebelum 02 Februari 2020 02 Feb. 2020

6. TEMPOH PERKULIAHAN

07 Februari 2020

Hingga 27 Jun 2020

27 Jun 2020

7.

TEMPOH TANGGUH PENGAJIAN : i. Bayaran Yuran Perkhidmatan sepenuhnya (RM270.00)

Selewat-Lewatnya 01 Mac 2020 01 Mac 2020

ii. Bayaran 50% yuran pengajian, 100% yuran penilaian dan yuran perkhidmatan dikenakan (Minggu ke-5 sehingga minggu ke-18 kuliah)

02 Mac 2020 Hingga

07 Jun 2020 07 Jun 2020

iii. Bayaran 100% yuran pengajian dan yuran perkhidmatan dikenakan (Minggu ke-19 sehingga minggu ke-21)

08 Jun 2020 Hingga

28 Jun 2020 28 Jun 2020

Page 6: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH …€¦ · pengajian, 100% yuran penilaian dan yuran perkhidmatan dikenakan) daripada minggu kesembilan (9) perkuliahan kepada minggu

PENGAJIAN SEPARUH MASA IJAZAH SARJANA MUDA

Kemaskini : 14 April 2020 – SPA, PPSM

6

BIL PERKARA TEMPOH TARIKH AKHIR

8.

TEMPOH TARIK DIRI KURSUS (Minggu ke-5 sehingga minggu ke-18 kuliah) (Bayaran 50% yuran pengajian, 100% yuran penilaian dan yuran perkhidmatan dikenakan)

02 Mac 2020 Hingga

07 Jun 2020 07 Jun 2020

9.

TEMPOH TARIK DIRI KURSUS (Minggu ke-19 sehingga minggu ke-21) (Bayaran 100% yuran pengajian dan yuran perkhidmatan dikenakan)

08 Jun 2020 Hingga

28 Jun 2020 28 Jun 2020

10.

TEMPOH PEMBAYARAN II : (Minggu ke-1 sehingga minggu ke-13 kuliah)

03 Februari 2020 Hingga

03 Mei 2020 03 Mei 2020

11.

TEMPOH PERMOHONAN PENGECUALIAN KREDIT (Sehingga minggu ke-14 kuliah)

09 Disember 2019 Hingga

10 Mei 2020 10 Mei 2020

12.

TEMPOH PERMOHONAN PENGECUALIAN LATIHAN INDUSTRI (Minggu ke-1 sehingga minggu ke-17 kuliah)

03 Februari 2020 Hingga

31 Mei 2020 31 Mei 2020

13.

TEMPOH PERMOHONAN PENGANUGERAHAN (Minggu ke-8 sehingga minggu ke-18 kuliah) (Pelajar yang telah mengambil dan Lulus Semua Kursus mengikut kurikulum program atau Pelajar Semester Akhir yang akan menyempurnakan program pada semester ini)

23 Mac 2020 Hingga

07 Jun 2020 07 Jun 2020

14.

TEMPOH PERMOHONAN PENGANUGERAHAN LEWAT DAN BERDENDA (Minggu ke-19 sehingga minggu ke-21 kuliah) (Berdenda RM50 / Permohonan)

08 Jun 2020 Hingga

28 Jun 2020 28 Jun 2020

15.

TEMPOH PEMBAYARAN III : (Minggu ke-14 sehingga minggu ke-15 kuliah) (Berdenda RM5 setiap hari, maksimum 14 hari) (Pelajar perlu menjelaskan Jumlah Keseluruhan Yuran sebelum tempoh pembayaran III bagi mengelakkan dikenakan denda “Lewat Buat Bayaran”)

04 Mei 2020 Hingga

17 Mei 2020 17 Mei 2020

16.

PERMOHONAN TUKAR PUSAT PEPERIKSAAN (Tertakluk kepada kes-kes tertentu)

Sebelum

21 Jun 2020

21 Jun 2020

17.

PERMOHONAN PEPERIKSAAN KHAS (Tidak lewat dari tarikh yang ditetapkan kecuali kes-kes khas yang wajar dipertimbangkan oleh SENAT Universiti)

Sebelum

24 Julai 2020

24 Julai 2020

18. MINGGU ULANGKAJI

29 Jun 2020

Hingga 04 Julai 2020

04 Julai 2020

19.

MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR (Tertakluk kepada pindaan)

05 Julai 2020

Hingga 24 Julai 2020

24 Julai 2020

Page 7: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH …€¦ · pengajian, 100% yuran penilaian dan yuran perkhidmatan dikenakan) daripada minggu kesembilan (9) perkuliahan kepada minggu

PENGAJIAN SEPARUH MASA IJAZAH SARJANA MUDA

Kemaskini : 14 April 2020 – SPA, PPSM

7

BIL PERKARA TEMPOH TARIKH AKHIR

20.

RAYUAN SEMAKAN MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR (Bayaran sebanyak RM50 bagi setiap kursus yang dipohon) (Dibuat dalam tempoh dan tidak lewat daripada SATU (1) minggu selepas tamat minggu peperiksaan akhir)

05 Julai 2020 Hingga

31 Julai 2020 31 Julai 2020

Makluman Penting :- 1. Pelajar yang telah mendaftar kursus tetapi berhutang selepas 14 JUN 2020 akan dibenarkan

menduduki peperiksaan akhir bersyarat.

2. Bagi pelajar yang membuat permohonan peperiksaan khas atas sebab sakit, surat / sijil cuti sakit hendaklah dari Pegawai Perubatan Universiti, Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital Pakar sahaja.

3. Yuran peperiksaan khas akan dikenakan sebanyak RM200 / kursus bagi permohonan yang berjaya.

4. Majlis Konvokesyen Ke-64 UTM dijangka akan diadakan pada Oktober 2020.

5. Sekiranya perlu maklumat lanjut, sila berhubung dengan Seksyen Pengurusan Akademik, Pusat Pengajian Separuh Masa, SPACE 07-531 8000 / 8019 (Johor Bahru) atau 03-2772 2500 / 03-2615 4937 (Kuala Lumpur) / [email protected]

Page 8: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH …€¦ · pengajian, 100% yuran penilaian dan yuran perkhidmatan dikenakan) daripada minggu kesembilan (9) perkuliahan kepada minggu