memo antara jabatan/ unit - · pdf fileprogram pengajian yang ditawarkan setelah membayar...

18
Lapor Diri Senior - Sesi Jun 2017 No.2, Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim, 75250 Melaka MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT _________________________________________________________________________ Daripada : Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Kepada : Semua pelajar semester 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 Salinan : 1. Pengarah 2. KJKA / KJKE / KJKM / KJP / KJPA / KJMSK / KUSKK 3. Ketua Unit 4. Peg. Eksekutif Kanan 5. Fail Timbul Tarikh : 15 Mei 2017 Bil. Ruj. PKM/HEP/12/01/1 (43) Tel: 06-3376118 Saudara/saudari; LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2017 Tahniah kerana anda telah mencapai kelulusan dalam peperiksaan yang lalu. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Lapor Diri Pelajar Senior akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti mana ketetapan berikut:- A) MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR (PENDAFTARAN PENGAJIAN) a) Proses lapor diri pelajar senior akan dibuat MELALUI DALAM TALIAN (ONLINE). b) Sila layari laman web Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP) Politeknik Melaka melalui URL http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-HELP). c) Rujuk LAMPIRAN 1 untuk mengetahui jumlah yuran yang perlu dibayar. PERHATIAN : Semua pelajar Politeknik Melaka DIWAJIBKAN membuat pendaftaran ini secara dalam talian (online) sebelum 11 Jun 2017 (Ahad) . Kegagalan anda melaksanakan pendaftaran ini sehinggalah hari pendaftaran pengajian mungkin akan menyebabkan anda TIDAK AKAN DIDAFTARKAN untuk pendaftaran pengajian sesi JUN 2017. Sila kemaskini maklumat peribadi anda di laman URL http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i- HELP) bagi memudahkan urusan pengurusan pelajar untuk di masa hadapan. Pelajar yang lupa kata laluan untuk login ke portal SPMP, sila rujuk kepada Penasihat Akademik (PA) anda. Pelajar semester 2 dan ke atas boleh mula layari URL di atas selepas 3 hari pembayaran yuran dibuat. Kesemua pembayaran perlu dibuat selewat-lewatnya 9 Jun 2017 (Jumaat). Pendaftaran pengajian hanya boleh dilakukan setelah pelajar membayar kesemua pembayaran (Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai).

Upload: vobao

Post on 13-Feb-2018

282 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT -  · PDF fileProgram Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan ... Program Outreach ... Program Pendidikan Islam & Moral

Lapor Diri Senior - Sesi Jun 2017

No.2, Jalan PPM 10, Plaza Pandan Malim, 75250 Melaka

MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT

_________________________________________________________________________

Daripada : Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar

Kepada : Semua pelajar semester 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9

Salinan : 1. Pengarah 2. KJKA / KJKE / KJKM / KJP / KJPA / KJMSK / KUSKK 3. Ketua Unit 4. Peg. Eksekutif Kanan 5. Fail Timbul

Tarikh : 15 Mei 2017 Bil. Ruj. PKM/HEP/12/01/1 (43) Tel: 06-3376118

Saudara/saudari;

LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2017

Tahniah kerana anda telah mencapai kelulusan dalam peperiksaan yang lalu.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Lapor Diri Pelajar Senior akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat

seperti mana ketetapan berikut:-

A) MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR (PENDAFTARAN PENGAJIAN)

a) Proses lapor diri pelajar senior akan dibuat MELALUI DALAM TALIAN (ONLINE).

b) Sila layari laman web Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP) Politeknik Melaka

melalui URL http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-HELP).

c) Rujuk LAMPIRAN 1 untuk mengetahui jumlah yuran yang perlu dibayar.

PERHATIAN :

Semua pelajar Politeknik Melaka DIWAJIBKAN membuat pendaftaran ini secara dalam talian (online)

sebelum 11 Jun 2017 (Ahad) .

Kegagalan anda melaksanakan pendaftaran ini sehinggalah hari pendaftaran pengajian mungkin akan

menyebabkan anda TIDAK AKAN DIDAFTARKAN untuk pendaftaran pengajian sesi JUN 2017.

Sila kemaskini maklumat peribadi anda di laman URL http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-

HELP) bagi memudahkan urusan pengurusan pelajar untuk di masa hadapan. Pelajar yang lupa kata

laluan untuk login ke portal SPMP, sila rujuk kepada Penasihat Akademik (PA) anda.

Pelajar semester 2 dan ke atas boleh mula layari URL di atas selepas 3 hari pembayaran yuran

dibuat.

Kesemua pembayaran perlu dibuat selewat-lewatnya 9 Jun 2017 (Jumaat).

Pendaftaran pengajian hanya boleh dilakukan setelah pelajar membayar kesemua pembayaran

(Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai).

Page 2: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT -  · PDF fileProgram Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan ... Program Outreach ... Program Pendidikan Islam & Moral
Page 3: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT -  · PDF fileProgram Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan ... Program Outreach ... Program Pendidikan Islam & Moral

Lapor Diri Senior - Sesi Jun 2017

PERTAMBAHAN PERENGGAN PERTAMA BAGI BUKU PANDUAN DAN PERATURAN AM

PELAJAR POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA

PANDUAN DAN PERATURAN AM KPT.JPP(O). 604-1/1/4/1(6)

Digunakan dalam buku panduan ini melainkan jika kandungan ayatnya mengkehendaki

makna yang lain :

1. PELAJAR

a) Pelajar ialah individu yang mendaftar dengan politeknik untuk mengikuti

Program Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan

mendaftar kursus.

2. STATUS PELAJAR POLITEKNIK

a) Status pelajar politeknik tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

i. Mendaftar sebagai pelajar politeknik untuk mengikuti Program

Pengajian yang ditawarkan pada tarikh yang ditetapkan.

(Secara atas talian (online) melalui http://spmp.polimelaka.edu.my icon

i-Help)

ii. Menjelaskan yuran pengajian tidak lewat dari tarikh yang ditetapkan .

(Sesi JUN 2017 : 21 Mei 2017 hingga 9 Jun 2017), dan

iii. Mendaftar kursus seperti yang ditetapkan oleh jabatan akademik

untuk semester berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan. (Sesi JUN

2017 : 21 Mei 2017 hingga 16 Jun 2017, secara atas talian (online)

melalui http://spmp.polimelaka.edu.my icon i-Daftar).

3. GUGUR STATUS SEBAGAI PELAJAR POLITEKNIK

a) Pelajar akan digugurkan status sebagai pelajar politeknik sekiranya gagal

mematuhi Perkara 2(a) dan akan dikenakan tindakan DIBERHENTIKAN

DARI POLITEKNIK MELAKA.

Page 4: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT -  · PDF fileProgram Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan ... Program Outreach ... Program Pendidikan Islam & Moral

Lapor Diri Senior - Sesi Jun 2017

RINGKASAN CARTA ALIR LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR

SESI JUN 2017

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SESI DISEMBER 2016

3 Mei 2017

PENDAFTARAN PENGAJIAN (ONLINE) DI http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-HELP – Lapor Diri Pelajar Senior)

5 – 11 Jun 2017 ( pelajar sem 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 & 9)

NOTA :

Pelajar hanya boleh login ke URL SPMP setelah 3 hari pembayaran yuran dibuat. Pelajar WAJIB menjelaskan kedua-dua jenis yuran sebelum pendaftaran pengajian dibuat. Sila rujuk JHEPP bagi pelajar yang menghadapi masalah untuk pendaftaran pengajian –

8 Jun 2017 Pelajar yang masih belum membuat pendaftaran pengajian selepas tarikh di atas PERLU

MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA KETUA JABATAN AKADEMIK masing-masing untuk pelepasan pendaftaran pengajian.

MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN DAN BAYARAN PELBAGAI

sebelum 8 Jun 2017

PENDAFTARAN KURSUS DI http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-DAFTAR)

Sila rujuk Penasihat Akademik (PA) atau Jabatan Akademik anda untuk proses pendaftaran kursus.

NOTA : Pendaftaran kursus hanya boleh dibuat setelah anda lapor diri di i-Help.

PENDAFTARAN KENDERAAN (ONLINE) DI http://spmp.polimelaka.edu.my (icon i-HELP – DISIPLIN – Permohonan sticker kenderaan)

KULIAH BERMULA

12 Jun 2017

Pelajar yang masih belum mendaftar pengajian sehingga tarikh ini perlu mendapatkan KEBENARAN

BERTULIS DARIPADA KETUA JABATAN AKADEMIK MASING-MASING untuk mendaftar pengajian.

Page 5: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT -  · PDF fileProgram Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan ... Program Outreach ... Program Pendidikan Islam & Moral

Lapor Diri Senior - Sesi Jun 2017

LAMPIRAN 1 JADUAL BAYARAN SESI JUN 2017

Bil Jenis

Bayaran

Pra Diploma

Sains

Dip. Kejuruteraan Awam

Dip. Kejuruteraan Mekanikal Dip. Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)

Dip. Akauntansi Dip. Perniagaan Antarabangsa

Kaedah Bayaran

Sem 2

Sem 2

Sem 3

Sem 4

Sem 5

Sem 6

Sem 7

Sem 8

Sem 9

1. Yuran Pengajian

200 200 200 200 200 200 200 200 200

Bayaran hendaklah dibuat melalui mana-mana Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) melalui mana-mana saluran berikut atas nama POLITEKNIK KPT:- 1. Perkhidmatan Perbankan Internet 2. Mesin Juruwang Automatik BIMB 3. Mesin Deposit Tunai BIMB

* Mulai 15 OGOS 2013, BIMB TELAH MENGHENTIKAN KUTIPAN BAYARAN DI KAUNTER bagi Yuran Politeknik dan Bayaran Balik Pinjaman KPT. Digalakkan menggunakan Mesin Deposit Tunai (CDM). * Bayaran boleh dibuat mulai 20 Mei 2017. * Bayaran hanya perlu dibuat atas nama POLITEKNIK KPT, tiada nombor akaun diperlukan.

2. Bayaran Pelbagai

25 150 150 150 150 150 150 150 150

Bayaran hendaklah dibuat melalui mana-mana Bank Simpanan

Nasional dengan akaun bank bernombor

0410041000152319 atas nama Koperasi Politeknik Kota Melaka

Berhad.

Gunakan borang Wang Tunai Masuk BSN yang disediakan oleh pihak bank. Sila Rujuk LAMPIRAN 3 sebagai panduan untuk menulis maklumat pada slip bank BSN. * Bayaran boleh dibuat mulai 20 Mei 2017. * Bayaran BSN hanya boleh dibuat di KAUNTER BSN SAHAJA. Anda digalakkan untuk membuat pembayaran di bank bagi mengelak sebarang permasalahan yang akan timbul pada masa hadapan.

Page 6: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT -  · PDF fileProgram Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan ... Program Outreach ... Program Pendidikan Islam & Moral

Lapor Diri Senior - Sesi Jun 2017

Nota : a) Semua bentuk bayaran perlu dibuat sebelum hari lapor diri. SILA SIMPAN RESIT SEBAGAI BUKTI PEMBAYARAN. Pelajar

digalakkan untuk membuat salinan resit tersebut.

b) Bayaran Yuran Pengajian boleh dibuat kepada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) melalui mana-mana saluran berikut: 1. Perkhidmatan Perbankan Internet

2. Mesin Juruwang Automatik BIMB 3. Mesin Deposit Tunai BIMB

c) Bagi mendeposit bayaran di Bank Simpanan Nasional (BSN), sila gunakan slip bayaran yang terdapat di kaunter BSN bagi tujuan :

1. Bayaran Pelbagai (wajib dibayar oleh semua pelajar) Pembayaran melalui Cash Deposit Machine (CDM) atau pindahan bayaran melalui Automatic Teller Machine (ATM) serta bayaran atas talian (On-line) TIDAK DIBENARKAN untuk akaun BSN.

Page 7: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT -  · PDF fileProgram Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan ... Program Outreach ... Program Pendidikan Islam & Moral

Lapor Diri Senior - Sesi Jun 2017

LAMPIRAN 3 CONTOH PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI POLITEKNIK MELAKA:

(SILA BUAT PEMBAYARAN BAYARAN PELBAGAI MENGGUNAKAN SLIP DEPOSIT BANK DI MANA-MANA CAWANGAN BSN BERHAMPIRAN)

CONTOH BAYARAN PELBAGAI

(A) NAMA : NUR NADIRAH BINTI AHMAD (B) NO. KP PELAJAR : 920612-04-2008 (C) NAMA PENERIMA BAYARAN : KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD (D) NO. PENDAFTARAN PELAJAR : 11DKA10F1001 (E) NO. AKAUN PENERIMA BAYARAN : 0410041000152319 (F) JUMLAH BAYARAN : RM***.** (rujuk LAMPIRAN 1 – Jadual Bayaran) (G) PERKARA : BAYARAN PELBAGAI SESI JUN 2017 (H) PASTIKAN BANK IN SLIP BERCETAK “ KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD BERJUMLAH **RM***.** (bergantung kepada jumlah

bayaran yang dibayar oleh pelajar – rujuk LAMPIRAN 1 – Jadual Bayaran) (I) T.T PELANGGAN : TANDATANGAN PELAJAR/PELANGGAN

(A)

BD

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

(B)

BD

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

(C)

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

(D)

BD

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

(E)

BD

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

(F)

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

(G)

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

(H)

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

(I)

UL

RA

HI

M

BI

N

RA

ZA

LI

NUR NADIRAH BINTI AHMAD 920612-04-2008 KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD 11DKA10F1001 0410041000152319 RM ***.** BAYARAN PELBAGAI

Nadirah KOPERASI POLITEKNIK KOTA MELAKA BERHAD *** RM***.**

Page 8: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT -  · PDF fileProgram Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan ... Program Outreach ... Program Pendidikan Islam & Moral

Lapor Diri Senior - Sesi Jun 2017

PERINCIAN BAYARAN PELBAGAI

BIL PERKARA

PRA

DIPLOMA

SAINS

DIPLOMA

SEM 2 SEM 2 SEM 3 SEM 5 SEM 4&6 SEM 7&9 SEM 8

1 SUKAN DAN KEBUDAYAAN

Sukan - 10.00 10.00 10.00 10.00 5.00 5.00

Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00

Majlis Sukan Politeknik - - - - - - -

2 KEUSAHAWANAN

Aktiviti Keusahawanan Pelajar - 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00

3 PERKHIDMATAN PSIKOLOGI & KERJAYA

Perkhidmatan Psikologi - 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00

Perkhidmatan Kerjaya - 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00

4 HAL EHWAL PELAJAR

Majlis Perwakilan Pelajar 25.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00

Sukarelawanan YES! - 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00

Kelab dan Persatuan - 10.00 10.00 20.00 20.00 5.00 5.00

Kebajikan Pelajar - 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00

Program Outreach - 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00

Pembangunan Sahsiah - 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00

Insurans Pelajar - - - - - 36.70 -

Kelengkapan Minggu Suaikenal - - - - - - -

Pengurusan Minggu Suaikenal - - - - - - -

5 AKADEMIK

Kokurikulum Berkredit - 20.00 20.00 - - - -

JABATAN AKADEMIK

AKtiviti Jabatan - 10.00 10.00 20.00 20.00 3.30 40.00

Kemahiran dan Inovasi - 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00

JABATAN MATEMATIK, SAINS & KOMPUTER - 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00

JABATAN PENGAJIAN AM

Program Pendidikan Islam & Moral - 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00

Poly. English Enhancement Programme - 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00

6 UNIT PEPERIKSAAN

Pengurusan Peperiksaan Pelajar - 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 25.00 RM 150.00 RM 150.00 RM 150.00 RM 150.00 RM 150.00 RM 150.00

Page 9: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT -  · PDF fileProgram Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan ... Program Outreach ... Program Pendidikan Islam & Moral

Lapor Diri Senior - Sesi Jun 2017

LAMPIRAN 4

TATACARA PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) MELALUI SPMP

1) Telah membuat semua pembayaran.

2) Login http://spmp.polimelaka.edu.my selepas 72 jam (3 hari) membuat pembayaran dan

paparan berikut akan keluar.

3) Masukkan No Kad Pengenalan dan Katalaluan. Klik Login Pengguna. (Jika ada terlupa kata

laluan anda, sila hubungi PA anda untuk reset password atau hubungi Unit Teknologi Maklumat.)

4) Maklumat pengguna akan dipaparkan seperti di bawah :

Klik menu Hal Ehwal Pelajar.

5) Paparan berikut akan keluar.

Di bawah menu Pendaftaran, klik Kemaskini Maklumat Penjaga. Isikan semua

maklumat penjaga dengan lengkap, kemudian klik Simpan.

Page 10: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT -  · PDF fileProgram Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan ... Program Outreach ... Program Pendidikan Islam & Moral

Lapor Diri Senior - Sesi Jun 2017

6) Paparan berikut akan keluar. Di bawah menu Pendaftaran, klik Lapordiri Pelajar

Senior.

7) Masukkan No Kp / No Pend pelajar dan klik. Cari Maklumat Pelajar. Klik Daftarkan

Saya.

DIS 2013 II DISEMBER 2013

Page 11: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT -  · PDF fileProgram Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan ... Program Outreach ... Program Pendidikan Islam & Moral

Lapor Diri Senior - Sesi Jun 2017

8) Paparan berikut akan keluar. Klik Cetak Slip Pengesahan Lapordiri.

Cetakan Slip Pengesahan Pendaftaran Pengajian ini hendaklah di bawa dan dikemukakan

kepada Penasihat Akademik pada hari Lapor diri di jabatan akademik masing-masing.

Proses Pendaftaran Pengajian Online Pelajar Senior TAMAT.

Page 12: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT -  · PDF fileProgram Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan ... Program Outreach ... Program Pendidikan Islam & Moral

Lapor Diri Senior - Sesi Jun 2017

KALENDAR AKADEMIK SESI JUN 2017

POLITEKNIK MELAKA

TARIKH MINGGU AKTIVITI

LATIHAN

INDUSTRI

04/06/2017 – 08/06/2017 1 minggu Aktiviti Suaikenal

/Pendaftaran

Latihan Industri :

19/06/2017

sehingga

03/11/2017

Penilaian LI :

06/11/2017

sehingga

17/11/2017

11/06/2017 – 22/06/2017 2 minggu Perkuliahan

25/06/2017 – 29/06/2017 1 minggu Cuti Khas Semester

I

02/07/2017 – 10/08/2017 6 minggu Perkuliahan

13/08/2017 – 17/08/2017 1 minggu Cuti Pertengahan

Semester

20/08/2017 – 12/10/2017 8 minggu Perkuliahan

15/10/2017 – 19/10/2017 1 minggu Cuti Khas Semester

II

21/10/2017 – 04/11/2017 2 minggu Peperiksaan Akhir

Semester

06/11/2017 – 24/11/2017 3 minggu Cuti Semester

*Sebarang perubahan akan diberitahu dari semasa ke semasa.

CUTI UMUM MELAKA

25 Jun 2017 - Hari Raya Aidilfitri

26 Jun 2017 - Hari Raya Aidilfitri (Hari Kedua)

27 Jun 2017 - Hari Raya Aidilfitri *

29 Julai 2017 - Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

31 Ogos 2017 - Hari Kebangsaan

1 September 2017 - Hari Raya Aidiladha

16 September 2017 - Hari Malaysia

21 September 2017 - Awal Muharram

13 Oktober 2017 - Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka

18 Oktober 2017 - Deepavali

Nota : Pelajar diingatkan untuk menguruskan sendiri lebih awal urusan pembelian tiket bas dan lain-lain pengangkutan awam lain bagi urusan balik kampung untuk Hari Raya Aidilfitri.

Page 13: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT -  · PDF fileProgram Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan ... Program Outreach ... Program Pendidikan Islam & Moral

Lapor Diri Senior - Sesi Jun 2017

AMANAT DARI JHEPP, POLITEKNIK MELAKA

SEBAGAI SEORANG PELAJAR POLITEKNIK MELAKA, ANDA:

1. HENDAKLAH SENTIASA MENJAGA IMEJ DAN NAMA BAIK POLITEKNIK

MELAKA

2. HENDAKLAH MENGENAKAN PAKAIAN YANG SOPAN DAN BERSESUAIAN

sewaktu menghadiri kuliah, makmal dan bengkel di Kampus PMK. (SILA RUJUK

LAMPIRAN A).

3. TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI SELUAR JEANS ATAU BERPOTONGAN JEANS

atau codroy sewaktu menghadiri kuliah, makmal dan bengkel (SILA RUJUK

LAMPIRAN B).

4. TIDAK DIBENARKAN MEMAKAI T-SHIRT sewaktu menghadiri Kuliah, Amali &

Bengkel KECUALI sewaktu Aktiviti Kokurikulum Dan Aktiviti Yang Dibenarkan

Sahaja.

5. TIDAK DIBENARKAN BERAMBUT PANJANG iaitu sama ada rambut melepasi

kening di bahagian hadapan, menutup telinga di bahagian sisi dan mencecah

kolar baju di bahagian belakang. (SILA RUJUK LAMPIRAN A).

6. TIDAK DIBENARKAN MEWARNAKAN RAMBUT ATAU MENGGAYAKAN

RAMBUT DENGAN FESYEN YANG MENGGUSARKAN.

7. SENTIASA MEMPAMERKAN KAD PELAJAR sepanjang anda berada di dalam

kampus Politeknik Melaka dan tidak mengubahsuai serta tidak menggunakan

kad pelajar lain.

8. TIDAK MEMBUAT BISING YANG MENGGUSARKAN ATAU MENGGANGGU

ORANG LAIN DI KAMPUS PMK.

9. TIDAK MENGGUNAKAN MANA-MANA BAHAGIAN DI DALAM KAMPUS

SEBAGAI TEMPAT TINGGAL ATAU TIDUR.

10. SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN DI DALAM KAMPUS PMK.

KEGAGALAN ANDA MEMATUHI PERKARA 2 HINGGA 10 YANG DISENARAIKAN DI ATAS, ANDA BOLEH DIKENAKAN KOMPAUN MAKSIMUM RM50.00 DI BAWAH

Page 14: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT -  · PDF fileProgram Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan ... Program Outreach ... Program Pendidikan Islam & Moral

Lapor Diri Senior - Sesi Jun 2017

KAEDAH 26 A, BAHAGIAN II, TATATERTIB AM, AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976. SEKIRANYA ANDA DIKOMPAUN,

1. Surat rayuan (berserta salinan notis kompaun) boleh dikemukakan kepada JHEPP dalam tempoh 5 hari dari tarikh notis kompaun.

2. Pembayaran kompaun hendaklah dijelaskan di Unit Kewangan Politeknik Melaka dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kompaun dikeluarkan.

3. Resit Pembayaran Kompaun hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Hal Ehwal

Pelajar dalam masa 3 hari dari tarikh kompaun dijelaskan untuk tujuan kemaskini sistem.

SEKIRANYA ANDA GAGAL MENJELASKAN KOMPAUN DALAM TEMPOH YANG DITETAPKAN, ANDA BOLEH DIGANTUNG PENGAJIAN BERDASARKAN KAEDAH 63 & 64, BAHAGIAN V, TATACARA TATATERTIB, AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN (TATATERTIB) 1976.

LAMPIRAN A

Contoh pemakaian yang dibenarkan semasa menghadiri kuliah.

Page 15: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT -  · PDF fileProgram Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan ... Program Outreach ... Program Pendidikan Islam & Moral

Lapor Diri Senior - Sesi Jun 2017

LAMPIRAN B

SELUAR JEANS DAN POTONGAN JEANS

SELUAR JEANS

SELUAR BERPOTONGAN JEANS

Page 16: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT -  · PDF fileProgram Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan ... Program Outreach ... Program Pendidikan Islam & Moral

Lapor Diri Senior - Sesi Jun 2017

PERINGATAN KEPADA PARA PELAJAR PMK !!!

SEBELUM ANDA MENDAFTAR PENGAJIAN BAGI SESI JUN 2017, SILA PASTIKAN :

1. ANDA BERAMBUT PENDEK DAN KEMAS

a. Rambut tidak melepasi kening di bahagian hadapan.

b. Rambut tidak menyentuh/menutup telinga di bahagian tepi.

c. Rambut tidak menyentuh kolar baju di bahagian belakang.

d. Rambut tidak diwarnakan.

e. Rambut tidak digayakan dengan fesyen yang menggusarkan

(seperti mohawk, punk dan sebagainya)

2. BERPAKAIAN KEMAS DAN SOPAN

a. Memakai Baju Kemeja (Lelaki) / Baju Kurung (Wanita)

b. Tidak memakai pakaian yang ketat dan jarang

c. Tidak memakai seluar jeans atau berpotongan jeans

d. Baju hendaklah tuck in

e. Pakaian tradisi adalah dibenarkan tetapi mestilah sopan dan

tidak menjolok mata.

3. MEMAKAI KASUT BERTUTUP

a. Tidak dibenarkan sama sekali mengenakan selipar.

b. Sila pastikan kasut bertutup terutamnya kepada para pelajar

wanita.

4. TIDAK MENGENAKAN SEBARANG AKSESORI DAN PERHIASAN BAGI

LELAKI

a. Tidak dibenarkan memakai rantai leher, gelang tangan serta

subang atau anting-anting bagi lelaki.

KEGAGALAN PELAJAR UNTUK MEMATUHI PERATURAN RUPADIRI

DAN BERPAKAIAN PMK, BOLEH MENYEBABKAN ANDA

DIHALANG DARI MENERUSKAN PROSES PENDAFTARAN PENGAJIAN ANDA BAGI SESI JUN 2017.

Page 17: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT -  · PDF fileProgram Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan ... Program Outreach ... Program Pendidikan Islam & Moral

Lapor Diri Senior - Sesi Jun 2017

ASSALAMUALAIKUM SEMUA PELAJAR PMK.

APA YANG PELAJAR PERLU TAHU MENGENAI PROGRAM PELAJAR DI PMK

1) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) terdiri daripada pelajar-pelajar yang dipilih melalui proses pilihanraya yang

diadakan di Politeknik Melaka.

OBJEKTIF

Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa.

Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan

sedia ada di Politeknik.

Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pelajar.

Menggalakkan penyertaan aktif pelbagai etnik dan agama dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.

Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak

pengurusan.

2) RAKAN MPP

RAKAN MPP dipilih dilantik daripada kalangan pelajar Semester 1 yang belum layak menyertai

pilihanraya.

3) Semua pelajar digalakkan Like Facebook Rasmi Politeknik Melaka iaitu

http://www.facebook.com/PoliteknikMelaka

4) Semua pelajar digalakkan Like Facebook Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

http://www.facebook.com/JPPforPMK

5) Sistem Aktiviti Pelajar (SIAP)

SIAP merupakan satu sistem yang menggantikan Buku Merah dalam merekodkan penglibatan pelajar

dalam aktiviti pelajar di Politeknik Melaka (PMK).

Page 18: MEMO ANTARA JABATAN/ UNIT -  · PDF fileProgram Pengajian yang ditawarkan setelah membayar yuran pengajian dan ... Program Outreach ... Program Pendidikan Islam & Moral

Lapor Diri Senior - Sesi Jun 2017

Pelajar yang memperolehi markah tertinggi di peringkat jabatan masing-masing akan dianugerahkan

Anugerah Pelajar Aktif manakala pelajar yang paling tinggi markah akan dianugerahkan Anugerah

Emas.

Pelajar lain yang mendapat antara markah tertinggi dalam sesuatu jabatan ,akan dijemput ke Majlis

Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP) yang diadakan setiap hujung semester di PMK.(bergantung

kepada kekosongan)

6) Pelajar Hebat

Objektif program ini adalah untuk melahirkan pelajar politeknik yang menonjol; yakni mempunyai

ciri-ciri personaliti unggul (towering personality) dapat mewakili politeknik di peringkat kebangsaan

dan antarabangsa sebaris dengan wakil dari institusi pengajian tinggi yang lain.

7) Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar (MAKP)

Majlis anugerah kecemerlangan pelajar (MAKP) Politeknik Melaka diadakan untuk memberikan

pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam bidang

akademik serta bergiat aktif ko-kurikulum, MAKP dapat memberikan pelajar galakan dan motivasi

dengan harapan pelajar akan terus berusaha mengekalkan keputusan cemerlang dan sentiasa

mengaktifkan diri dalam ko-kurikulum. Setakat sesi Jun 2016, MAKP telah diadakan sebanyak 22 kali

dan ianya dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

PERANAN PELAJAR BARU

Sentiasa memberi komitmen kepada semua aktiviti yang dijalankan oleh MPP PMK

Bersedia untuk membantu MPP dengan memohon untuk menyertai MPP melalui RAKAN MPP

(RAKAN MPP sebagai sayap MPP yang dipilih dikalangan pelajar Semester 1 yang mempunyai ciri-

ciri kepimpinan dan komitmen yang sangat tinggi)

Menonjolkan diri sebagai bakal pemimpin masa depan yang mempunyai ketrampilan, keyakinan diri,

softskill dan gaya kepimpinan yang hebat.

Sentiasa berusaha untuk menjadi PELAJAR HEBAT (akan diterangkan semasa Minggu Suai Kenal).