program ihya ramadhn

9
PROGRAM IHYA RAMADHAN SK PAYA BUNGA , KUALA TERENGGANU 2015M / 1436H 1. PENGENALAN Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid dan warga sekolah. 2. MATLAMAT Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua sekolah agar penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai. 3. OBJEKTIF 3.1 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak. 3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi. 3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga sekolah serta turut sama

Upload: nasa7896

Post on 16-Sep-2015

229 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

eeee

TRANSCRIPT

PROGRAM IHYA RAMADHAN SK PAYA BUNGA , KUALA TERENGGANU2015M / 1436H1. PENGENALAN

Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan. Oleh itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid dan warga sekolah.2. MATLAMAT

Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua sekolah agar penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.3. OBJEKTIF3.1 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak.3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di kalangan warga sekolah serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.

3.4 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang Ramadhan.

3.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara warga sekolah dengan masyarakat setempat dan para ibu bapa murid.

4. SASARAN

4.1. Murid - murid

4.2. Guru dan staf sokongan

4.3. Ibu Bapa Murid5. TEMPAT SK Paya Bunga ,Kuala Terengganu.6. CADANGAN PROGRAM IHYA RAMADHAN

6.1. Aktiviti Utama

a. Program Di Ambang Ramadhan

b. Tadarus Quran Murid dan guru-guru serta staf sokongan ( Sepanjang Bulan Ramadhan)

c. Majlis Khatam Al-Quran

d. Iftar Jamaie dan Solat Tarawih

e. Memperdengarkan Al-Quran/Zikir/Nasyid (Setiap pagi dan waktu rehat).f. Tazkirah Ramadhan (5 Minit setiap pagi)

g. Kutipan Derma / Galakan Bersedekah (Tabung Ihya Ramadhan)h. Pameran (Sempena bulan kemerdekaan dan Ramadhan)i. Pertandingan-pertandingan seperti : kuiz, hafazan, khat, azan, tulisan jawi , mewarna dan lain-lain yang berasaskan Ihya' Ramadhan dan Aidil Fitri

j. Majlis Perasmian Penutupan Program Ihya Ramadhan dan Majlis Khatam Al Quran 1436 H

k. Majlis Perutusan Aidil Fitri7. KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI IHYA RAMADHAN

1. PROGRAM DI AMBANG RAMADHANTarikh : 17 Jun 2015Tempat : Dewan An Nur, SK Paya Bunga.Tempoh Masa : 30 minit

Sasaran: Seluruh warga sekolahObjektif :1. Melahirkan rasa syukur dengan kedatangan bulan yang penuh berkat dan menambat jiwa raga warga sekolah rasa seronok untuk beramal ibadat sepanjang Ramadhan.2. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan bulan Ramadhan dan amalan yang wajar digarap untuk mencapai maqam muttaqin.3. Menghebahkan program yang dirancang sepanjang Ramadhan untuk makluman semua warga sekolah.

Kaedah Pelaksanaan :

a. Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan Pagi Sekolah

b. Ucapan Khas oleh Guru Besar

c. Tayang Multimedia berkaitan aktiviti sepanjang Ramadhan.

2. TADARUS QURAN MURID DAN GURU-GURU SERTA STAF SOKONGAN

Tarikh : Setiap hari bekerja dalam bulan Ramadhan

Tempat : Surau SK Paya Bunga Masa : 9.30 10.30 ( Waktu Rehat )Objektif :

1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan.

2. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan warga pendidik dan staf dengan dibimbing oleh seorang fasilitator atau qari.3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk diamalkan dalam kehidupan.Kaedah Pelaksanaan :

a. Semua pelajar diarah berkumpul di surau/kelas dalam keadaan berwuduk

b. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh urusetia.

c. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan.

Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator atau guru3. MAJLIS KHATAM AL-QURAN

Tarikh : Tempat : Dewan An Nur SK Paya BungaMasa

: 8.00 12.00 tghSasaran : Seluruh warga sekolahObjektif :

1. Menzahirkan rasa syukur kerana dapat mengkhatam bacaan al-Quran khususnya di bulan Ramadhan.

2. Menyemarak rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang disarankan al-Quran.

3. Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah saw.

Kaedah Pelaksanaan :

a. Majlis boleh dilaksanakan pada hari Program Perdana Ihya Ramadhan atau dibuat secara berasingan mengikut kesesuaian perancangan pihak sekolah.

b. Pilih pelajar mengikut kelas sebagai peserta Khatam al-Quran.

c. Keutamaan peserta Khatam al-Quran dipilih di kalangan pelajar yang lancar bacaan al-Quran.

d. Semua warga sekolah dan tetamu berkumpul di Surau atau Dewan Sekolah.

e. Peserta Khatam al-Quran diarak dengan diiringi oleh bunga manggar, bunga telur dan paluan kumpulan kompang.

f. Majlis dipimpin oleh seorang khalifah atau guru pembimbing dan diikuti oleh semua peserta khatam al-Quran sehingga selesai.

g. Majlis diakhiri dengan bacaan doa khatam dan selawat beramai-ramai dan bunga telur dan bunga rampai diedarkan kepada semua hadirin.

h. Semua hadirin disarankan berpakaian kebangsaan di majlis berkenaan.

4. IFTAR JAMAIE DAN SOLAT TARAWIH Tarikh : Pada masa program Perdana Ihya Ramadhan

Tempat : Dewan An Nur, SK Paya BungaMasa

: 6.00 9.30 mlmSasaran: Seluruh warga sekolah

Objektif :

1. Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak.

2. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.

Kaedah Pelaksanaan :

a. Semua warga sekolah dan tetamu berkumpul di dewan makan / tempat majlis.

b. Tazkirah / ceramah mengenai fadhilat Ramadhan oleh seorang guru Pendidikan Islam / penceramah jemputan.

c. Membaca doa berbuka.

d. Berbuka puasa.

e. Warga sekolah dan tetamu bergerak ke surau untuk solat Maghrib.5. MAJLIS PERUTUSAN AIDIL FITRITarikh : Tempat : Dewan An Nur , SK Paya BungaTempoh Masa : 1 jamSasaran: Seluruh warga sekolah

Objektif :

1.Melahirkan rasa syukur dengan kemenangan berjaya melaksanakan ibadat sepanjang Ramadhan.

2. Memantapkan kefahaman cara menyambut perayaan di dalam Islam.

3.Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan puasa 6 hari bulan syawal.

Kaedah Pelaksanaan :

a. Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan Pagi Sekolah.

b. Ucapan Khas oleh Pengetua / Guru Besar.

c. Penyampaian Sumbangan Tabung kepada pelajar yang kurang bernasib baik.

d. Tayang Multimedia rakaman aktiviti sepanjang Ramadhan.

8. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANARujuk Lampiran 19. TENTATIF PROGRAMRujuk Lampiran 210. ANGGARAN PERBELANJAANRujuk Lampiran 311. PENUTUP Diharap program ini akan dapat melahirkan umat yang cemerlang di dunia dan

akhirat serta menjadi insan yang bertakwa disamping menjadikan al-Quran sebagai

panduan hidup untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Dengan berpuasa dan berzakat serta bersedekah akan dapat melatih pelajar membantu rakan mereka yang kurang bernasib baik.DISEDIAKAN OLEH,

DISEMAK OLEH ,.

------------------------------ DISAHKAN OLEH,