program ceria pagi thn 2014

7
PROGRAM CERIA PAGI SK KUKUSAN TAWAU 2014 1.0 Pendahuluan Program ceria pagi tahun 2014 adalah satu bentuk program yang dapat menghidupkan lagi suasana kebersamaan antara semua warga sekolah amnya dan warga PPKI SK. Kukusan khasnya. Program ini juga merupakan satu usaha guru-guru pendidikan khas untuk meraikan murid-murid pendidikan khas yang mana merupakan satu wahana yang positif untuk menghargai murid-murid sepanjang tahun ini. Terutama sekali bagi murid-murid yang akan menamatkan sesi persekolahan agar dapat berasa terus positif melalui apresiasi seperti ini. Program ini akan melibatkan semua murid khas, semua guru Pendidikan khas dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Pelaksanaan program ini juga adalah selaras dengan Program Pembangunan Guru Baharu ( PPGB ) yang bertujuan untuk melahirkan guru berkualiti dan relevan dengan keperluan pendidikan kini dan akan datang. Menurut Huling-Austin (1990), PPGB merupakan planned programmes intended to provide some systematic and sustained assistance, specifically to beginning teachers for at least one school year . BPG mendefinisikan PPGB sebagai satu program pembelajaran melalui bimbingan yang berstruktur berasaskan sekolah untuk menyokong pembangunan profesionalisme GB bagi meningkatkan kualiti guru dalam profesion keguruan. Natijahnya, PPGB merupakan proses sosialisasi kepada profesion keguruan yang dapat membantu Guru Baharu membuat penyesuaian antara ilmu dan kemahiran yang sedia adadengan prosedur, sistem sekolah dan penguasaan pengajaran yang berkesan dan kemahiran pengurusan bilik darjah serta dalam pengurusan aktiviti lainnya. 2.0 Rasional 2.1 Memberi peluang kepada murid-murid tentang konsep nilai murni. 2.2 Melatih murid-murid dalam aspek pengurusan diri dan pengurusan tingkahlaku. 2.3 Murid dapat menghargai antara satu sama lain. 2.4 Memberi kegembiraan kepada murid-murid. 2.5 Mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan.

Upload: mahjaini

Post on 20-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

aktiviti

TRANSCRIPT

PROGRAM CERIA PAGISK KUKUSAN TAWAU 20141.0 Pendahuluan Program ceria pagi tahun 2014 adalah satu bentuk program yang dapat menghidupkan lagi suasana kebersamaan antara semua warga sekolah amnya dan warga PPKI SK. Kukusan khasnya. Program ini juga merupakan satu usaha guru-guru pendidikan khas untuk meraikan murid-murid pendidikan khas yang mana merupakan satu wahana yang positif untuk menghargai murid-murid sepanjang tahun ini. Terutama sekali bagi murid-murid yang akan menamatkan sesi persekolahan agar dapat berasa terus positif melalui apresiasi seperti ini. Program ini akan melibatkan semua murid khas, semua guru Pendidikan khas dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Pelaksanaan program ini juga adalah selaras dengan Program Pembangunan Guru Baharu ( PPGB ) yang bertujuan untuk melahirkan guru berkualiti dan relevan dengan keperluan pendidikan kini dan akan datang. Menurut Huling-Austin (1990), PPGB merupakan planned programmes intended to provide some systematic and sustained assistance, specifically to beginning teachers for at least one school year . BPG mendefinisikan PPGB sebagai satu program pembelajaran melalui bimbingan yang berstruktur berasaskan sekolah untuk menyokong pembangunan profesionalisme GB bagi meningkatkan kualiti guru dalam profesion keguruan. Natijahnya, PPGB merupakan proses sosialisasi kepada profesion keguruan yang dapat membantu Guru Baharu membuat penyesuaian antara ilmu dan kemahiran yang sedia adadengan prosedur, sistem sekolah dan penguasaan pengajaran yang berkesan dan kemahiran pengurusan bilik darjah serta dalam pengurusan aktiviti lainnya.

2.0 Rasional2.1 Memberi peluang kepada murid-murid tentang konsep nilai murni.2.2 Melatih murid-murid dalam aspek pengurusan diri dan pengurusan tingkahlaku.2.3 Murid dapat menghargai antara satu sama lain.2.4 Memberi kegembiraan kepada murid-murid.2.5 Mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan.2.6 Mengeratkan hubungan dan kemesraan antara guru, murid, dan PPM.2.7 Menormalisasikan Murid-murid PPKI.2.8 Memberi peluang kepada guru novis mengurus dan mengelolakan program jamuan akhir tahun PPKI.2.9 Memenuhi keperluan PPGB.

3.0 ObjektifProgram ini bertujuan untuk :-3.1 Mempelajari dan menguasai kemahiran yang membolehkan murid merancang dan mengurus kehidupan sendiri.3.2 Meningkatkan keyakinan murid-murid PPKI bersosial dengan masyarakat.3.3 Memberi penghargaan kepada murid-murid PPKI.3.4 Membantu murid menguasai kemahiran komunikasi dan mengenal emosi semasa berinteraksi dengan masyarakat.3.5 Guru baharu dapat mengaplikasikan ilmu pengurusan dan pentadbiran ke dalam pengelolaan Program Sambutan Hari Raya dan Hari Jadi ini serta dapat melanjutkannya sepenjang perkhidmatan di sekolah.3.6 Guru baharu dapat mengurus dan mengelola program ini mengikut standard pencapaian yang diinginkan.3.7 Guru baharu dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan berinteraksi dengan pelbagai pihak menggunakan kesantunan bahasa yang tinggi dalam pelbagai situasi dan keadaan bagi menjayakan program ini.3.8 Guru baharu dapat mengasah bakat kepimpinan, memupuk semangat, kerjasama, toleransi dan kesukanan serta dapat mendisiplinkan diri sepanjang mengelola program ini.

4.0 Butiran Program4.1Nama program : Ceria Pagi Tahun 2014 PPKI SK Kukusan4.2 Tarikh : 05 November 2014 ( Rabu )4.3 Tempat : Kelas PPKI SK Kukusan4.4 Sasaran : -Murid-murid pendidikan khasStaf PPKI SK Kukusan Tawau4.5 Anjuran : PPKI SK Kukusan5.0 Ahli Jawatankuasa Program

Penasihat: En. Abd Mustapa Bin Massa ( GB )Pen. Penasihat: Pn. Hjh. Sabturiah Isdup ( PK 1) Pn. Hasmiyani Emma ( PK HEM ) Pn. Hjh. Bunga Senne ( PK KOKUM ) Pn. Khasmawati Binti Lahuri ( PK PK )Penyelaras Program: En. Mahjaini Bin Mohammad AbasSetiausaha: Cik. Istiqomah Muhammad ChaerunBendahari: Pn. Hazmiza ZamriHadiah: Cik. Hanisah RozleeMakanan: Pn. Nurul hidayah Bte RahimAktiviti: Pn. Maliana Lapaleka Jurukamera/Dokumentasi: En. Mustamin LatipaJuruacara : Pn. NoraishahPeralatan : Semua guru dan PPMKebersihan / Keselamatan: Bahagian Pembersih Sekolah/ Semua guru dan PPMBacaan Doa: En.Mustamin LatipaHiasan Pentas: Semua guru dan PPM

5.1 Perincian tugas

AJKPerincian Tugas

Setiausaha1. menyediakan semula kertas kerja yang telah dimurnikan. Menyediakan surat pemberitahuan / jemputan kepada pihak sekolah ( GB/PK ) dan ibu bapa/penjaga.

Bendahari1. menyediakan laporan kewangan sebelum dan selepas program.

Jurukamera/ Dokumentasi1. mengambil gambar/video sepanjang program berlangsung. Membuat editing dan menyerahkan hasilnya dalam bentuk laporan bergambar.

Peralatan1. menyediakan peralatan yang diperlukan sepanjang program berlangsung.

Kebersihan1. memastikan tempat yang digunakan berada dalam keadaan bersih selepas program berlangsung

Hadiah1. menyediakan dan membeli hadiah serta cenderahati selepas dan sebelum program.

Juruacara1. mengacarakan majlis sepanjang majlis berlangsung.

Hiasan Pentas1. menghias pentas dan dewan dimana program tersebut berlangsung.

Makanan1. Menguruskan makanan untuk semua yang terlibat dalam program yang dijalankan.

Aktiviti1. Merancang dan mengendalikan aktiviti sepanjang program berlangsung.1.

5.2 Tentatif Program

1. Tarikh: 05 November 20141. Lokasi: Dewan, SK.Kukusan

1. MasaAktiviti1. 7.00-8.00 pagiKetibaan semua peserta program1. 8.00-9.00 pagipergerakan kreatif ceria pagi 1. 9.00-9.20 pagiRehat1. 9.20-10.00 pagiAktiviti Sukaneka1. 10.00-10.30 pagiAktiviti Tayangan1. 10.30-11.00 pagiUcapan kenangan & penyampaian hadiah1. 11.00-12.00 pagiJamuan1. 12.00-12.30 pagiMembersih dan mengemas kelas, bersuraiAnggaran Kos BelanjawanBilBahanKuantitiHarga/Jumlah(RM)Catatan

1.Air Mineral 2 kotakRM 9.00 X 2 kotak= RM 18.00Dana daripada sumbangan kebajikan murid.

2.Pembalut hamper15 meterRM 1.00 X 15 M= RM 15.00

Dana daripada sumbangan kebajikan murid.

3. Makanan :

-Guru & Staff

-Murid PPKI

Bufet

Tapau

RM20.00 X 10 org=RM 200.00

RM 5.00 X 33 org= RM 165.00

Sumbangan daripada guru-guru dan staf PPKI

Dana daripada sumbangan kebajikan murid.

5Hadiah bagi dua orang murid yang diraikan2 RM 50Dana daripada sumbangan kebajikan murid.

JUMLAH KESELURUHANRM 448.00

Sumbangan

1. Badan Kebajikan PPKI2. Guru-guru SK Kukusan Tawau

Penutup

Semoga program yang dirancang ini mendapat kerjasama daripada semua pihak termasuk sekolah dan ibubapa. Diharapkan murid-murid dapat termotivasi dan mendapat input yang positif untuk diaplikasi dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini kerana, kemenjadian murid itu sangat penting bagi memanusiakan manusia yang boleh hidup berdikari serta dapat memberi sumbangan kepada orang lain. Selain itu, program ini juga menjadi satu wadah bagi guru GB untuk meningkatkan kemahiran yang pelbagai. Saya percaya guru yang berkualiti akan menghasilkan murid yang berkualiti. Guru sebagai pemangkin utama kecemerlangan murid perlu diberi pendedahan tentang pelbagai pendekatan dan program penambahbaikan secara langsung melalui program pembangunan. Dengan cara ini, profesionalisme GB itu dapat ditingkatkan bermula daripada peringkat awal ketika guru tersebut ditempatkan di sekolah buat kali pertama. Contohnya melalui pengendalian program yang dijalankan ini. Akhir sekali, harapan saya juga melalui program ini hubungan baik diantara guru-guru, murid-murid, PPM dan ibu bapa akan dapat dieratkan lagi.

Disediakan oleh;Disahkan oleh;

__________________________________________Istiqomah Muhammad ChaerunEn.Abd Mustapa Bin MassaSetiausaha ProgramGuru Besar SK Kukusan Tawau

Disemak oleh;

______________________Pn. Khasmawati Binti LahuriPK PPKI SK Kukusan

ANJURAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN, SK.KUKUSAN TEMPAT KELAS PPKI, SK.KUKUSANTARIKH05 NOVEMBER 2014