program cergas pintar

2

Click here to load reader

Upload: farahhanis1991

Post on 20-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Masyarakat Sihat Masyarakat yang BerjayaPada hari Sabtu yang lepas, Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir telah menganjurkan Program Cergas Pintar. Program itu dijalankan untuk meningkatkan kesedaran kepada guru-guru, murid-murid, ibu bapa, dan kakitangan sekolah tentang pentingnya aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara guru, murid dan juga penduduk kampung di sini.Terdapat banyak aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Antaranya ialah aktiviti senaman ringan seperti berlari-lari anak di sekitar kawasan perhimpunan, aktiviti pemanasan badan, dan sebagainya. Selain itu, aktiviti yang melibatkan penduduk kampung di sini juga diadakan iaitu aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini dijalankan selama tiga hari berturut-turut. Selain itu, warga sekolah juga tidak ketinggalan untuk menceriakan kawasan sekolah dengan menanam pokok bunga yang berwarna-warni. Warga sekolah juga meghiasi di pepenjuru tertentu kawasan sekolah dengan poster-poster kesedaran untuk bersukan. Soalan-soalan kuiz yang berkaitan dengan kesihatan juga ada disediakan supaya dapat meningkatkan lagi kesedaran murid tentang kepentingan aktiviti fizikal. Pada sebelah petang pula, terdapat acara sukaneka kecil-kecilan yang disertai oleh guru dan murid. Majlis diakhiri dengan upacara penutupan yang dirasmikan oleh Encik Bakri Bin Razak, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir. Beliau juga menyuarakan harapannya agar warga sekolah dapat meningkatkan kesihatan masing-masing dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal sepanjang masa.Tuliskan Kata Ganda yang terdapat dalam petikan di atas