10 - selangorkini · rity (ura), ng lang berhubung kejayaan pembangunan sungai kallang iaitu sungai...

23
Media_Selangor MediaSelangor selangortv.my www.selangorkini.my #SmartSelangor PERCUMA 12 - 19 Mei 2017, 15 - 22 Syaaban 1438 BERITA PENUH MUKA � Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Dato’ Menteri Besar BERITA PENUH MUKA � Bahaya ‘microsleep’ Pelaburan kian rancak 16 14 10 Kejayaan ini terhasil dari- pada perpaduan rakyat dan kestabilan politik di Selangor selain kekuatan negeri untuk terus mencapai kestabilan serta penyatuan dalam pentadbiran SELANGOR-SINGAPURA KUKUH HUBUNGAN & PADU STABIL

Upload: dinhnguyet

Post on 10-Mar-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Media_SelangorMediaSelangor

selangortv.my

www.selangorkini.my

#SmartSelangorPERCUMA 12 - 19 Mei 2017, 15 - 22 Syaaban 1438

BERITA PENUH MUKA �

Dato’ Seri Mohamed Azmin AliDato’ Menteri Besar

BERITA PENUH MUKA �

Bahaya ‘microsleep’

Pelaburan kian rancak

16

14

10

Kejayaan ini terhasil dari-pada perpaduan rakyat dan kestabilan politik di Selangor selain kekuatan negeri untuk

terus mencapai kestabilan serta penyatuan dalam

pentadbiran

SELANGOR-SINGAPURA KUKUH HUBUNGAN

& PADU STABIL

Utama2 SelangorKini 12 - 19 Mei 2017

OLEH NURUL FARINA NAZLAN

SHAH ALAM - Hubungan baik antara Selangor dan Singapura diteruskan melalui lawatan kerja Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali serta dele-gasi, bermula 6 hingga 8 Mei lalu.

Mohamed Azmin memu-lakan lawatan berkenaan den-gan bertemu Menteri Kanan, merangkap Menteri Pertahan-an dan Ehwal Luar Singapura, Dr Mohamad Maliki Osman se-lain sempat berkongsi idea ber-hubung Skim Peduli Sihat juga Pakej Generasi Perintis Singa-pura dalam menjamin kesihat-an rakyat.

Di bawah Skim Peduli Sihat, Kerajaan Negeri memperun-tukkan RM125 juta setahun bagi penyediaan perkhidmatan percuma penjagaan kesihatan untuk 250,000 keluarga atau sejuta rakyat Selangor yang mempunyai pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.

Skim itu akan membiayai rawatan kesihatan asas (prima-ry care) setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun, manakala Pakej Generasi Pe-rintis Singapura pula bertujuan mengiktiraf dan menghargai pengorbanan generasi perintis

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Be-sar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri di Pejabat Per-dana Menteri Singapura, Chan Chun Sing sempat bertukar idea berhubung kaedah diguna pakai negara berkenaan dalam mem-bangunkan perkhidmatan sosial bersepadu demi kelangsungan rakyat.

Pertemuan itu antara aturcara lawatan kerja Mohamed Azmin dan delegasi ke negara berke-naan yang diadakan di La Bras-serie, Fullerton Bay Hotel, Singa-pura, pada 8 Mei lalu.

Selain bertukar idea ber-hubung perkhidmatan sosial bersepadu, Mohamed Azmin dan Chun Sing yang juga Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja

Kebangsaan (NTUC) Singapura sempat membincangkan per-khidmatan sosial serta program pembangunan rakyat antara dua pihak.

Mereka juga turut mem-bincangkan beberapa perkara membabitkan hubungan strate-gi serantau membabitkan Asia Tenggara yang turut disertai Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, V G Menon.

Mohamed Azmin kemudian bertemu Menteri Pembangu-nan merangkap Menteri Kewa ngan Kedua Singapura, Lawrence Wong bagi membincangkan isu perumahan antara dua pihak.

Mereka sempat berkong-si pandangan berhubung bagaimana Singapura mengu-

rus isu perumahan membabit-kan rakyat dan skim yang diba-ngunkan Kerajaan Selangor bagi membolehkan rakyat negeri itu memiliki rumah dengan kadar berpatutan.

Mohamed Azmin turut me-ngadakan perbincangan ber-sama Ketua Pegawai Eksekutif Urban Redevelopment Autho-rity (URA), Ng Lang berhubung kejayaan pembangunan Sungai Kallang iaitu sungai terpanjang di Singapura.

Dalam perbincangan itu, Mo-hamed Azmin turut melahirkan hasrat untuk berkongsi idea dengan URA dalam memba-ngunkan Sungai Klang ke arah lebih indah dan mampu mening katkan lagi jumlah pelancong.

Lawatan kerja MB ke Singapura

Hubungan dua hala kekal utuhnegara itu yang membangun-kan Singapura selain tidak akan membezakan mereka mengi-kut pendapatan atau kemam-puan.

Selain itu, mereka juga ber-bincang isu lain antaranya Kon-vensyen Undang-Undang Laut (UNCLOS) serta penghormatan terhadap undang-undang an-tarabangsa.

Mohamed Azmin juga sem-pat mengadakan perbinca-ngan ringkas bersama Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perusahaan) Singapura, S Iswaran berhubung isu perda-gangan juga bola sepak.

Mereka bertemu ketika me-nyaksikan Piala Sultan Selangor 2017 antara Pilihan Selangor dan Pilihan Singapura di Stadi-um Nasional, Singapura, pada 6 Mei lalu.

Kongsi pelbagai idea segar

Utama3SelangorKini 12 - 19 Mei 2017

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Amalan pentad-biran telus berlandaskan prinsip dan budaya kestabilan politik matang melonjakkan kecemer-langan Selangor untuk berada pada tahap terbaik sepanjang tempoh dua penggal PAKATAN menerajui tampuk pimpinan negeri.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ber-kata, laporan Malaysian Institute Of Economy Research (MIER) mengesahkan kestabilan dan penyatuan pentadbiran negeri yang menjadikan Selangor kekal sebagai negeri membangun.

“Kejayaan ini terhasil dari-pada perpaduan rakyat dan ke-stabilan politik di Selangor se-perti dilaporkan MIER yang turut mendedahkan kekuatan Sela-ngor untuk terus mencapai ke-stabilan serta penyatuan dalam pentadbiran.

“Pentadbiran Selangor kini mengamalkan pengurusan yang cekal dan berpandangangan jauh dalam melaksanakan pro-gram berkebajikan kepada rak-yat seluruh negeri.

“Tiga paksi utama inilah me-

lonjakkan Selangor bukan seka-dar di peringkat nasional tetapi di peringkat serantau kerana keyakinan umum bahawa Selan-gor mempunyai keupayaan un-tuk kekal menjamin kestabilan politik, perpaduan dan rakyat,” katanya, di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, pada 9 Mei lalu

MIER turut mendedahkan, Selangor dijangka mencapai pendapatan perkapita menepa-ti definisi ‘negara maju’ dengan mengandaikan Senario A (Model Ekonomi Baharu) dan Senario C (berdasarkan prestasi pertum-buhan historikal Selangor).

Malah, Keluaran Dalam Ne-geri Kasar (KDNK) Selangor di-unjurkan berkembang masing-masing pada kadar 6.8 peratus dan 6.5 peratus secara purata di antara 2013 dan 2023 bersan-darkan dua senario sama.

Sementara itu, Mohamed Az-min berkata, perkara itu tidak membataskan kestabilan eko-nomi negeri merujuk kepada perkembangan situasi politik terkini, di samping serangan politik berterusan pentadbi-ran Putrajaya terhadap Kerajaan Negeri.

SHAH ALAM - Kerajaan Ne-geri mengambil pendirian terbuka berhubung seba-rang keputusan yang diam-bil Majlis Syura PAS bagi me-nentukan permuafakatan membabitkan parti itu dalam komponen PAKATAN.

Bagaimanapun, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali berkata, se-barang spekulasi membabit-kan permuafakatan itu tidak seharusnya diperbesarkan su-paya keharmonian pentadbir-an negeri terus terjamin.

“Jangan buat sebarang spekulasi, kita hormati kepu-tusan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PAS, Da-tuk Seri Hadi Abdul Awang.

“Jadi untuk tempoh ini, tunggulah keputusan Majlis Syura. Namun, perlu diingat-kan bahawa Kerajaan Negeri yang terbentuk ini hasil dari-pada sokongan majoriti rak-yat bukan atas prinsip kepar-tian,” katanya, di sini, pada 9 Mei lalu.

Mohamed Azmin berkata

demikian sebagai mengulas spekulasi pihak tertentu su-paya permuafakatan di pe-ringkat Persekutuan dikaji semula susulan keputusan Muktamar PAS, pada April lalu.

Bagaimanapun, tiga Exco Kerajaan Negeri diwakili parti itu sebelum ini konsisten me-nyokong pentadbiran negeri sedia ada berdasarkan man-dat dan amanah rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Merujuk kepada kesaksa-maan kejayaan itu, Mohamed Azmin berkata, kemenangan itu seharusnya menjadi pe-nanda aras untuk pentadbir-an negeri terus kekal menera-jui pentadbiran akan datang.

“Kemenangan besar dalam PRU lalu hasil kepercayaan dan mandat yang ditentukan rakyat. Bukan saya yang memi lih untuk meletakkan sesiapa dalam kerajaan.

“Jadi, mandat ini harus diteruskan dan saya bersama wakil rakyat Selangor akan patuh kepada amanah rakyat ini,” katanya.

PETALING JAYA - Kerajaan Ne-geri menolak kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Ne-geri (PRN) lebih awal walaupun berlaku perubahan permuafa-katan dalam komponen PAKAT- AN di peringkat pusat.

Exco Pelancongan, Hal Eh-wal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, pen-tadbiran sedia ada akan terus melaksanakan amanah dan kekal fokus menghadapi Pilihan

Raya Umum ke-14 (PRU-14).“Tiada sebarang kemung-

kinan berlakunya pilihan raya lebih awal kerana (pentadbiran) Selangor kekal kukuh, sehingga kini.

“Fokusnya adalah kami sen-tiasa tenang mentadbir negeri dan isu untuk diadakan PRN juga tidak timbul, jadi lebih baik kita fokus kepada PRU-14,” ka-tanya.

Elizabeth berkata, komponen

PAKATAN juga kini konsisten ke arah permuafakatan bagi me-ngalahkan Umno-Barisan Na-sional (BN), pada pilihan raya akan datang.

Optimis ke arah itu, beliau yakin permuafakan berkenaan mampu mengkukuhkan soko-ngan rakyat di Selangor.

“Pintu sentiasa terbuka ke-rana matlamat kita jelas untuk menumbangkan pentadbiran BN,” katanya.

Muafakat pentadbiran

Lonjak kestabilan ekonomi

Terbuka keputusan komponen PAKATAN

Tiada PRN awal di Selangor

Beliau berkata, komitmen untuk memacu pembangunan negeri terus dilaksanakan ber-pandukan amanah dan mandat rakyat, pada pilihan raya lalu.

“Tidak ada yang perlu dibim-

bangkan kerana kita kekal utuh dan stabil. Pentadbiran kekal konsisten untuk membangunkan negeri kerana ini yang diamanah-kan rakyat kepada Kerajaan Ne-geri, pada pilihan raya lalu.

“Sudah tentu ia menjadi tang-gungjawab moral kepada kami untuk bekerjasama secara berpa-sukan bagi memegang mandat ini sehingga pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Utama4 SelangorKini 12 - 19 Mei 2017

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan membantu penduduk di Pangsapuri Cheras Utama, Ka-jang menerusi peruntukan Skim Baikpulih Negeri Berkebajikan (CERIA) susulan isu tangki pecah, baru-baru ini.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Ban-dar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, pihaknya sudah menga-rahkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) serta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membuat penilaian.

Katanya, projek yang dimaju-kan Rawang Jati itu akan segera dibaik pulih.

“Baik pulih boleh dilakukan menggunakan peruntukan CERIA Kerajaan Selangor kerana pang-sapuri ini dikategorikan sebagai kos sederhana.

“Ia adalah perkongsian kos an-tara Kerajaan Negeri iaitu 60 per-atus dan penduduk (40%) serta boleh dibayar secara ansuran,” katanya yang melawat pangsa-puri itu, baru-baru ini.

Pada masa sama, Iskandar mengarahkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri ter-

Skim Baikpulih Negeri Berkebajikan (CERIA)

Selesai isu Pangsapuri Cheras Utama

SEPANG - Pejabat Daerah dan Tanah Sepang berikrar menyediakan perkhidmatan telus serta bebas rasuah menerusi pelaksanaan program Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Pegawai Daerah Sepang, Roslinah Md Jani berkata, pihaknya komited menyahut seruan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Ra-suah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad demi kebaikan jabatan itu serta orang ramai.

“Dengan IBR, kita mengharapkan tahun ini dapat mengurangkan serta menghindari rasuah di Selangor khususnya di Pejabat Daerah dan Tanah Sepang sendiri,” katanya selepas program IBR Pejabat Daerah dan Ta-nah Sepang di sini, baru-baru ini.

Walaupun mengakui sukar, Roslinah ber-kata, kerjasama semua pihak berkenaan mampu menjayakan program terbabit su-

paya memenuhi keperluan dan kepentingan orang ramai di daerah itu.

Katanya, kebanyakan pegawai dan kaki-tangan di jabatan itu sering bertugas tanpa mengira waktu serta berdepan pelbagai pihak berkepentingan yang memerlukan perkhidmatan mereka.

“Pelaksanaannya memang sukar tetapi IBR adalah program penekanan kepada individu itu sendiri yang menjadi aspek kekuatan semangat dan iman masing-ma-sing menolak daripada terjebak dengan rasuah.

“Kita tidak mengambil tindakan drastik tetapi penekanan dengan memberi ke-sedaran dan semangat (kepada pegawai serta kakitangan) dalam menjalankan tu-gas dengan betul,” katanya.

babit menyiasat tangki air di blok lain jika berlaku keretakan.

Katanya, JMB juga diarah men-gurangkan paras air di tangki lain kepada separuh paras biasa un-tuk mengurangkan tekanan se-hingga siasatan pakar dilakukan.

“Syarikat Air Selangor juga menghantar dua tangki statik bagi kegunaan penduduk, na-mun masalahnya bukan bekalan tetapi air tidak sampai kepada unit kediaman selepas dilakukan ‘by-pass’ supaya tidak menggu-

nakan tangki.“Saya akan cuba mencari pam

air daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) atau pusat khid-mat wakil rakyat yang ada,” ka-tanya.

Terdahulu, sebahagian din-ding tingkat 12 pangsapuri itu runtuh selepas tangki air bangu-nan di Jalan CU 4A pecah.

Runtuhan itu turut meng-hempap kereta Proton Wira dan motosikal yang terletak di bawah bangunan terbabit.

PADAT sedia inisiatif lawat muziumMORIB - Perbadanan Adat Mela-yu dan Warisan Selangor (PADAT) menyediakan inisiatif perkhid-matan bas untuk membawa rom-bongan pelajar sekolah melawat muzium di negeri itu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pelbagai penambahbaikan di dalam muzium termasuk pengi-sian yang menarik minat orang ramai turut diberi perhatian.

“Pada masa ini, muzium se-dang menjalankan kerja pe-ngubahsuaian dan kita mahu mengisi program menarik minat belia termasuk pelajar sekolah.

“Kita akan menggunakan ini-siatif membawa pelajar sekolah melalui lawatan dengan penye-diaan bas dan keperluan lain,” katanya ketika sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat

Selangor 2017 di Dataran Pantai Morib, di sini, pada 6 Mei lalu.

Katanya, Muzium Selangor turut membawa keluar muzium kepada masyarakat di lokasi ter-tentu bagi menarik mereka me-lawat tempat penuh sejarah itu.

“Muzium ini bukan hanya un-tuk dilawati tetapi mempunyai agenda besar seperti menge-nali sejarah kerana ia membina ketamadunan dan peradaban manusia khususnya masyarakat Melayu Islam di nusantara atau di Selangor sendiri.

“Kita mahu mereka lihat ke-baikan sejarah yang membina ketamadunan, hari ini,” katanya.

Sambutan Hari Muzium An-tarabangsa berlangsung meriah dengan pelbagai acara antara-nya pertandingan memanah, senjata nusantara, wau tradi-sional, sungkur, busana cilik dan silat seni.

PDT Sepang tekad bebas rasuah

PETALING JAYA - Penganjuran pro-gram Skim Pengenalan Pengurusan Kehidupan Strata (SKORA) menjadi langkah awal membentuk sahsiah pen-ghuni terutama dalam kalangan pela-jar supaya menitik beratkan tanggung-jawab, pada masa hadapan.

Ketua Penolong Pengarah Baha-gian Perumahan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Khairul Azam Saroni berkata, ini kerana ke-banyakan pelajar terbabit adalah bakal penghuni di kawasan strata menjelang 10 tahun akan datang.

Justeru, katanya, program itu dian-jurkan tepat pada masanya bagi mem-beri kesedaran umum terutama berke-naan menjaga harta awam.

“Daripada sekarang kita kena pupuk nilai murni dengan mendidik mereka supaya menjaga harta bersama selain menjelaskan berkenaan yuran peny-elenggaraan dan implikasi jika tidak membayarnya.

“Kita boleh mengubah pelajar supaya menjadi lebih bertanggungjawab apa-bila mendiami kediaman strata,” katanya.

Khairul Azam berkata, sekolah terma-suk persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) memberi kerjasama baik untuk LPHS menjelaskan lebih terperinci makna ke-

diaman strata kepada pelajar yang ter-diri daripada tingkatan empat dan lima.

Katanya, kehadiran selebriti PU Rah-mat Ikhsan dan Heliza Helmi antara langkah diambil LPHS supaya pelajar lebih mudah memahami maklumat disampaikan secara santai.

“Itu memang tarikan utama kera-na pelajar yang tinggal di pangsapuri mempunyai latar belakang keluarga berbeza, justeru jika buat program se-cara rasmi mereka akan lebih bosan.

“Ini pembangunan sosial, kita edar-kan borang penilaian kepada sekolah supaya mereka menyampaikan bentuk keperluan di kawasan pangsapuri.

“Kita mahu mereka menulis harapan dan impian di kawasan kediaman pada masa hadapan dari peringkat akar umbi untuk disampaikan kepada Kera-jaan Negeri,” katanya.

SKORA yang mula diperkenalkan sejak 2015 adalah program pemban-gunan komuniti di Selangor dan dilak-sanakan secara bersiri di tiga sekolah setiap tahun mengikut kawasan pihak berkuasa tempatan.

Bagi 2017, SKORA sudah dianjurkan di SMK Putra Perdana, Sepang, SMK Pu-chong Perdana, Subang Jaya dan SMK Taman Medan, Petaling Jaya.

SKORA bentuk sahsiah penghuni

Utama5SelangorKini 12 - 19 Mei 2017

OLEH AFEEQA AFEERA

JORDAN - Pemerbadanan Men-teri Besar (MBI) akan menam-bah peruntukan mahasiswa yang melanjutkan pengajian di Timur Tengah selaras keperluan dan peningkatan kos sara hidup, pada masa kini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, langkah itu turut didorong ke-jatuhan nilai ringgit yang sema-kin serius di pasaran dunia.

Katanya, inisiatif itu juga akan dimasukkan dalam Belanjawan Selangor 2018 bagi memastikan nasib mahasiswa sentiasa terbe-la.

“Jabatan Agama Islam Sela-ngor (JAIS) diarah meneliti dan

merangka sistem agihan kom-prehensif berhubung pengagi-han bantuan kepada mahasiswa, di Timur Tengah.

“Kerajaan Negeri melihat per-hatian perlu diberikan kerana ins-titusi pendidikan adalah sektor amat penting bagi memperkasa modal insan kerana mahasiswa ini yang akan mempelopori tam-puk kepimpinan, pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika mengadakan lawatan kerja ke Mesir bagi menyerahkan ban-tuan Peduli Siswa Timur Tengah kepada pelajar, di sana.

Program itu hasil kolaborasi Kerajaan Negeri bersama MBI dan anak syarikat antaranya Per-modalan Negeri Selangor Berhad

(PNSB), Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB), Kumpulan Perang-sang Selangor dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) untuk menyediakan dana kira- kira RM3 juta kepada 800 pelajar.

Turut serta dalam lawatan itu adalah Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Dr Da-royah Alwi; Pengarah JAIS, Dato’ Haris Kasim; Ketua Pegawai O-perasi MBI, Soffan Affendi Ami-nudin serta Ketua Jabatan Tang-gungjawab Sosial dan Korporat MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali.

Lawatan itu turut menyaksi-kan Mohamed Azmin menga-dakan pertemuan bersama Duta Malaysia ke Jordan, TYT Zakri Jaafar.

Peduli Siswa Timur Tengah

Teliti tingkat bantuan

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syazwani Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

MAGHRIBI - Kerajaan Negeri berdepan halangan menguar-uarkan program Peduli Siswa yang memperuntukkan RM10 juta kepada anak Selangor di em-pat universiti tempatan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri tidak dibenar-kan memasuki kawasan univer siti bagi memaklumkan dan me-nerangkan program pembiayaan itu.

“Kita menghadapi kesukaran untuk menerangkan program ini kerana saya tidak dibenarkan ma-suk.

“Usaha ini tidak akan berhen-ti di sini, sebaliknya saya akan membawanya kepada pelajar

luar khususnya anak Selangor bagi memberi peluang kepada mereka menikmati manfaat itu,” katanya.

Dalam Belanjawan 2017, Kera-jaan Negeri memperuntukkan RM10 juta bagi membiayai pen-gajian anak Selangor di Univer-siti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Uni-versiti Teknologi Mara melalui program Peduli Siswa.

Program itu menawarkan pin-jaman pelajaran dalam bentuk boleh ubah berdasarkan prestasi kecemerlangan akademik ekoran pemotongan sektor pendidikan dalam Belanjawan Persekutuan 2017.

IPTA halang usaha jelas Peduli Siswa

Utama6 SelangorKini 12 - 19 Mei 2017

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolin tas) memberi jaminan pem-binaan jajaran Lebuhraya Da-mansara-Shah Alam (DASH) me-matuhi prosedur keselamatan ditetapkan Kerajaan Negeri.

Pengurus Besarnya, Latib Rasol berkata, pihaknya men-jalankan kerja pemantauan di tapak lokasi secara konsisten bagi memastikan aspek kesela-matan penduduk terjamin.

Katanya, Prolintas turut me-nyediakan pelan perancangan persekitaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan agen-si kerajaan terbabit sebelum melaksanakannya.

“Sudah tentu isu keselamatan menjadi keutamaan kami, di samping faktor kualiti udara, gegaran dan sebarang kesan jangka panjang pembangunan lebuh raya ini.

“Walaupun projek ini belum dijalankan secara menyeluruh, namun untuk tempoh ini kami kerap melakukan pemantauan dengan menyediakan laporan penuh kepada JAS setiap tiga

DASH patuh prosedur

Jamin keselamatan penduduk

bulan sekali,” katanya.Beliau demikian ketika sesi

taklimat bersama penduduk Vil-la Suria di Cahaya SPK Clubhouse yang turut dihadiri Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Latib berkata, pihaknya juga

mengambil pandangan serius aduan penduduk setempat bagi kelancaran pembangunan pro-jek di bawah kelulusan Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

“Kita tidak mahu berlaku se-barang masalah kerana keuta-

maan projek lebuh raya ini un-tuk memudahkan penduduk bagi laluan ke Kuala Lumpur dan penghubung laluan jajaran Utara dan Selatan,” katanya.

DASH adalah lebuh raya ber-tingkat enam lorong dengan 12

persimpangan merentasi dere-tan rumah dan kedai di kawasan kejiranan serta menghubung-kan pengguna Lebuhraya Da-mansara-Puchong (LDP) juga Sprint.

Pembinaan menelan belanja RM4.17 bilion itu dibangunkan sepanjang laluan jajaran 21 km menghubungkan Puncak Per-dana dan Penchala.

Ia dijangka siap sepenuhnya dan akan mula dibuka kepada pengguna, pada Ogos 2020.

SHAH ALAM - Pembinaan Le-buhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) mampu me-nyelesaikan masalah lalu lintas di Persiaran Mokhtar Dahari dan Kota Damansara terutama pada waktu puncak.

Ahli Parlimen Shah Alam, Kha-lid Samad berkata, pembinaan-nya membolehkan penduduk menikmati akses lebih mudah untuk laluan ke Kuala Lumpur serta jajaran laluan menghala ke Utara dan Selatan tanah air.

“Selain jarak lebih dekat, ia juga memudahkan pengguna tanpa tersekat dalam kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak,” katanya.

Sebelum ini, pembinaan DASH menjadi kontroversi susulan ban-tahan keras penduduk setempat yang mendakwa prosedur pem-binaan lebuh raya itu lebih me-nyukarkan mereka.

Bagaimanapun, Kerajaan Ne-geri sebelum ini memberi jami-nan projek berkenaan tidak akan diteruskan jika wujud perlangga-ran pematuhan dasar di bawah undang-undang sedia ada.

Malah, Kerajaan Negeri juga sebelum ini mengambil pendirian tegas mencari solusi terbaik dengan mengambil kira pandangan untuk mengubah reka bentuk jajaran demi kese-jahteraan penduduk.

Alternatif selesai kesesakan trafik

SHAH ALAM - Walaupun mene-lan perbelanjaan besar, namun pembinaan Lebuhraya Ber-tingkat Damansara-Shah Alam (DASH) diyakini mampu mem-beri manfaat kepada penduduk setempat.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, beliau menjangkakan RM190 juta di-belanjakan bagi setiap kilome-ter laluan yang menghubung-kan jajaran Puncak Perdana dan Penchala itu berpandukan hasil pengiraannya.

“Pembinaan lebuh raya ini mem-

berikan kesan sangat baik seperti yang diperjelaskan kepada umum, cuma belanja kos itu agak tinggi.

“Mungkin kos itu ada penjelas-an yang kita sendiri tidak tahu,” kata nya.

Terdahulu, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menandatangani perjanjian konse-si bersama Kementerian Kerja Raya pada September 2013, sekali gus membolehkan syarikat itu memu-ngut kutipan tol, bagi tempoh 68 tahun.

Projek itu dijangka siap, pada Ogos 2020.

Manfaatkan laluan baru

Sudah tentu isu keselamatan menjadi keutamaan kami, di samping, faktor kualiti udara, gegaran dan sebarang kesan jangka panjang pembangunan lebuh raya ini

LATIB RASOLPengurus Besar Prolintas

Pembinaan lebuh raya ini memberikan kesan sangat baik seperti yang diperjelaskan kepada umum, cuma belanja kos itu agak tinggi

KHALID SAMADAhli Parlimen Shah Alam

7SelangorKini 12 - 19 Mei 2017

Nasional8 SelangorKini 12 - 19 Mei 2017

Persediaan hadapi PRU-14

Tampil gabungan parti paduSHAH ALAM - Sejarah menun-jukkan parti pembangkang yang mampu menang besar dalam pilihan raya umum (PRU) adalah mereka yang memben-tuk gabungan politik berkesan.

Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU), Ooi Heng berkata, sistem 'First-Past-The-Post' (FPTP) menun-jukkan majoriti satu undi sudah memadai untuk parti politik menang dalam sesebuah kerusi Parlimen dipertandingkan.

Katanya, gabungan politik juga sebaik-baiknya dibentuk sebelum PRU bagi meraih ke-menangan besar.

"Situati terbaik adalah wujud-nya gabungan parti pembang-kang bersatu padu dan didaf-tarkan dengan menawarkan satu logo dan manifesto bersama.

"Pimpinan PAKATAN se-dang berusaha menuju ke arah

pendaftaran gabungan dengan satu logo dan manifesto. Ini satu perkembangan positif," katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, Heng ber-kata, pelan alternatif perlu dise-diakan jika pendaftaran gabu-ngan dengan satu logo baru ditolak atau dilengahkan se-hingga Parlimen dibubarkan.

Justeru, katanya, logo alterna-tif diperlukan supaya PAKATAN dapat menampilkan diri sebagai gabungan parti bersatu padu dalam PRU-14.

"Apabila logo baru gagal di-daftarkan sebelum PRU-14, se-cara praktikalnya salah satu logo dalam kalangan parti pembang-kang yang membentuk PAKA-TAN perlu digunakan sebagai logo calon.

"Dalam hal berkaitan manifesto, penting untuk PAKATAN menyam-bung tradisi sebelum ini yang

Penganjur skim kewangan haram diburuSHAH ALAM - Bank Negara Malay-sia (BNM) tidak akan teragak-agak me nguatkuasakan undang-undang terhadap pelaku dan penganjur skim kewangan ha-ram serta berjanji pesalah akan berdepan tindakan tegas.

BNM dalam kenyataan berkata, ia ter-masuk undang-undang ditadbir BNM, Kanun Keseksaan, Akta Skim Kepentingan 2016, Akta Jualan Langsung dan Skim An-ti-Piramid 1993 serta Akta Pencegahan Pe ngubahan Wang Haram, Pencegahan Pem-

biayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Katanya, tindakan juga boleh diambil terhadap pelabur yang sengaja mengga-lak dan menyertai skim haram terbabit di bawah undang-undang itu.

“Orang ramai perlu memastikan me-reka tidak terpedaya dengan skim ini den-gan merujuk Peringatan kepada Semua Pengguna Kewangan BNM yang meny-enaraikan syarikat tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang serta peraturan berkaitan ditadbir bank pusat.

“Ia juga menyediakan maklumat berke-naan ciri lazim skim kewangan haram,” kata kenyataan itu.

Bagi tujuan itu, satu tindakan pe-nguatkuasaan bersama terhadap seba-rang penipuan kewangan dan komplot yang akan dijalankan sebagai inisiatif an-tara agensi diketuai Jabatan Peguam Ne gara di bawah Jawatankuasa Penyela-rasan Kebangsaan bagi Pencegahan Pe-ngubahan Wang Haram.

Bank pusat itu juga memberi peri-ngatan kepada orang ramai supaya tidak menyertai skim yang menjanjikan pula ngan, kadar faedah dan keuntungan tinggi yang tidak munasabah.

Orang ramai perlu memastikan mereka tidak terpedaya dengan skim ini dengan merujuk Peringatan kepada Semua Pengguna Kewangan BNM yang menyenaraikan syarikat tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang serta peraturan berkaitan ditadbir bank pusat

“Institusi kewangan dan penyedia perkhidmatan perniagaan wang diarah untuk meningkatkan pemantauan dan pengesanan terhadap akaun pelanggan yang digunakan pelaku penipuan kewa-ngan.

“Mereka juga diminta untuk terus mengukuhkan dasar dan proses usaha wajar pelanggan dalam mengenal pasti urus niaga juga aliran dana akaun bank mencurigakan supaya dapat mengelak-kan institusi kewangan daripada men-jadi saluran membantu skim haram itu,” katanya.

menawarkan kebijaksanaan secara inklusif, mengangkat kepedulian rakyat, bertanggungjawab dan membawa pembaharuan.

"Namun, manifesto sebaik mana pun tidak mampu mem-bawa impak diingini jika pe-mimpin, ahli atau penyokong

membawa mesej berlainan apa-bila mereka berdepan dengan kumpulan masyarakat berbeza," katanya.

Nasional9SelangorKini 12 - 19 Mei 2017

Rakyat bakal rugi RM�� bilion

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Kegagalan TRX City Sdn Bhd menjual 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah konsortium bakal menjejaskan pelan rasionalisasi hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, tindakan syarikat mi-lik penuh Kementerian Kewangan itu juga boleh menyebabkan rakyat Malaysia berisiko menanggung hutang 1MDB, se-hingga RM41.7 bilion.

“Implikasi kemusnahan daripada kega-galan rasionalisasi itu sangat mengejutkan.

“Ini kerana, 1MDB tidak lagi mempu-

nyai aset atau wang dalam akaun sete-rusnya menyebabkan pembayar cukai terpaksa menanggung sejumlah besar hutang tertunggak 1MDB,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, TRX City mengumumkan per-janjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia dengan Konsortium Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH)-China Railway Engineer-ing Corporation (M) Sdn Bhd (CREC) berni-lai RM7.4 bilion terbatal akibat kegagalan pembeli melunaskan pembayaran.

Ia menyebabkan TRX City yang dulunya dikenali 1MDB Real Estate Sdn Bhd berge-lar pemegang saham tunggal bandar Ma-laysia.

Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Na-jib Razak adalah individu yang seharusnya bertanggungjawab atas kegagalan pelan rasionalisasi itu.

“Seperti dinyatakan dalam Memoran-dum dan Artikel Persatuan serta akaun kewangan 1MDB, Najib adalah individu rasmi terpenting dalam membuat se-barang keputusan berhubung syarikat berkenaan.

“Ia turut diperkuatkan oleh dakwaan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) bahawa AS$731 juta berpunca daripada 1MDB masuk ke akaun peribadi Najib,” ka-tanya.

PRU-�� mesti bersihSHAH ALAM - Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dijalankan se-cara bersih dan adil, menjelang Jun 2018.

Presidennya, Datuk Akhbar Satar berkata, ia perlu dilaksanakan secara ‘toleransi sifar’ untuk politik wang, naungan politik, pilih kasih, nepotisme dan konflik kepentingan dalam pemberian konsesi, kontrak atau pro-jek kerajaan.

Katanya, isu pembiayaan parti politik juga perlu diberi perhatian seperti dikemukakan Jawatankuasa Perundingan Kebangsaan berkenaan Pembiayaan Politik, pada Sep-tember lalu.

“Timbul kebimbangan integriti serius

berkenaan kempen penguatkuasaan pem-biayaan kerana ahli politik memerlukan se-jumlah besar wang untuk menggerakkan kempen mereka.

“Persoalan kami ialah dana kempen ini datang dari mana dan berapa banyak se-benarnya wang dibelanjakan setiap calon.

“Satu set undang-undang untuk menga-wal selia pembiayaan politik akan memberi kesan positif kepada Malaysia seterusnya meningkatkan imej negara daripada segi ketelusan, integriti dan akauntabiliti,” kata-nya dalam kenyataan.

Berdasarkan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, had perbelanjaan kempen untuk se-tiap calon ialah RM200,000 bagi kerusi Par-limen dan RM100,000 (Dewan Undangan Negeri).

Akhbar berkata, pihaknya turut menggesa akses media adil kepada calon daripada par-ti politik bertanding dan perdebatan secara profesional berkenaan manifesto politik.

“Kita juga mahu perhatian diberikan ter-hadap Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia yang jatuh dari kedudukan ke-54, pada 2015 kepada 55 (2016).

“Ahli politik perlu menunjukkan komit-men ke arah ‘pemerhatian prinsip kebena-ran, integriti, akauntabiliti dan tingkah laku beretika’ sepanjang tempoh pilihan raya dan selepas diberikan mandat.

“PRU-14 bukan sahaja perlu adil dan bersih tetapi harus dilihat sebagai adil

serta bersih,” katanya.

Kesan hutang 1MDB

1MDB tidak lagi mempunyai aset atau wang dalam akaun seterusnya menyebabkan pembayar cukai terpaksa menanggung sejumlah besar hutang tertunggak 1MDB

TONY PUAAhli Parlimen Petaling Jaya Utara

10Ekonomi

SelangorKini 12 - 19 Mei 2017

Pelaburan melonjak

Rolls Roycetingkat FDIOLEH NORHAYATI UMOR

JORDAN - Pelaburan Selangor terus me-lonjak walaupun negara berdepan krisis ekonomi ketika ini hasil tatakelola telus diamalkan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali berkata, pelaburan lang-sung asing (FDI) tahun lalu mencatatkan RM3 bilion daripada syarikat gergasi dunia Rolls Royce dan Toyota.

Katanya, Selangor terus unggul melalui kajian Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MEIR) dalam keyakinan pela-bur yang kritikal di Ma-laysia dan politik ber-celaru.

“Dua syarikat ger-gasi ini tidak akan datang melabur ke Selangor jika pentad-biran hari ini korup, za-lim atau rasuah. Soal kete-lusan dan kebertanggungja waban adalah pertimbangan pen-ting dalam ‘good governance’.

“Rizab Selangor mencatatkan RM3.6 bi-lion iaitu satu angka yang tidak pernah ter-catat. Kalau simpanan tinggi, takkan kita tidak beri kepada pelajar di Jordan.

“Harus bersyukur sebagai rakyat Se-langor, kita datang dari negara maju dan prestasi ekonomi kukuh sedangkan Putra-jaya bergelut dengan krisis ekonomi yang menyebabkan rakyat Malaysia merasai-nya," katanya.

Pada masa sama, Mohamed Azmin ber-kata, Taiwan mengangkat Selangor se-bagai hab bagi menembusi pasaran Asean dan negara Islam di Timur Tengah dalam misi pelaburan.

Katanya, industri halal Selangor turut akan dikembangkan ke tahap lebih

tinggi menerusi ekosistem baru, bahan mentah dan kewangan

selain semua aspek perlu mematuhi prinsip syariah.

“Kita mempromosikan Halal International Sela-ngor (HIS) di Taiwan, baru-baru ini. Jika dulu, Selangor

mengeluarkan pensijilan ha-lal tetapi perkembangan baru

ini meliputi pelbagai aspek sya-riah.

“Ia akan memberi ruang luas kepada semua dan saya menekankan perkara ini supaya pelajar dapat memainkan peranan kerana Selangor tidak akan dapat kekal jika generasi baru tidak membantu,” ka tanya.

Peluang lonjak pelaburanSHAH ALAM - Invest Selangor Berhad (In-vest Selangor) optimis dengan pengan-juran Ekspo Antarabangsa Selangor (SIE) 2017 yang mampu membantu melonjak-kan pelaburan lebih tinggi, pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Has-san Azhari Idris berkata, program tahunan itu menunjukkan perkembangan positif apabila berjaya menjana anggaran nilai transaksi RM100 juta, pada tahun lalu.

Katanya, Invest turut menjangkakan meraih pelaburan RM6.5 bilion berban ding RM6 bilion, pada tahun sebelumnya.

“Walaupun transaksi itu tidak membabitkan jumlah sebenar, namun kami yakin ia membantu meningkatkan pelaburan di negeri ini, di samping melak-sanakan aktiviti promosi berterusan me-lalui kerjasama agensi kerajaan dan misi

promosi ke luar negara,” katanya.Hassan berkata, SIE 2017 adalah pa-

meran perdagangan tahunan yang di-anjurkan sejak 2015 bagi menjadikan Selangor sebagai hab perniagaan dan perdagangan di rantau Asean.

Katanya, fokus utama penganjuran ekspo itu ialah industri berpotensi seperti sains hayat, makanan dan minuman serta produk halal.

“Melalui acara ini, kami bukan saha-ja mempromosikan pasaran Selangor dan Malaysia, malahan termasuk ASEAN yang boleh menjadikan Selangor sebagai pusat pengeluaran, pengedaran dan ibu pejabat bagi rantau ini,” katanya.

SIE 2017 bakal berlangsung selama 10 hari bagi merancak dan memperkasakan ekonomi Selangor, bermula 7 hingga 17 September ini.

Rizab antarabangsa BNM AS$��.� bilionKUALA LUMPUR - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencatat-kan AS$96.1 bilion pada 28 April lalu, ber-banding AS$95.7 bilion (RM423.2 bilion), pada 14 April lalu.

Dalam satu kenyataan, BNM berkata, kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 7.9 bulan import dan 1.1 kali hutang luaran jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$89.5 bi lion); kedudukan rizab Tabung Mata

Wang Antarabangsa (AS$0.8 bilion); Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion); emas (AS$1.6 bilion); dan aset rizab lain (AS$3.1 bilion).

Aset BNM termasuk emas, tukaran a-sing dan rizab lain seperti SDR (RM425.177 bilion); bon kerajaan Malaysian (RM3.311 bilion); deposit dengan institusi kewa-ngan (RM8.913 bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM7.815 bilion); tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset lain (RM8.031 bilion).

Jumlah dagangan cecah RM���.�� bilionKUALA LUMPUR - Jumlah dagangan Malaysia sehingga Mac lalu tumbuh 31.1 peratus, mencecah RM159.86 bilion ber-banding bulan sama tahun lalu, dengan eksport meningkat 24.1 peratus kepada RM82.63 bilion.

Ini adalah pertumbuhan dua angka empat bulan berturut-turut sejak Disem-ber 2016, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam pengumuman berhubung perangkaan perdagangan luar negara, di sini.

Lebihan dagangan adalah RM5.41 bil-ion yang juga lebihan dagangan bulan ke-233 berurut-turut sejak November 1997.

Import pula berkembang 39.4 peratus kepada RM77.22 bilion.

MITI berkata, jumlah dagangan bagi suku pertama 2017 melonjak 24.3 pera-tus kepada RM430.51 bilion, berbanding RM346.38 bilion dalam tempoh sama, pada 2016.

Eksport meningkat 21.4 peratus kepa-da RM224.7 bilion, manakala import me-ningkat 27.7 peratus kepada RM205.82 bilion, menjadikan lebihan dagangan RM18.88 bilion.

Peningkatan jumlah dagangan dapat dilihat dengan rakan dagang ASEAN, Chi-na, Jepun, Republik Korea (ROK), Kesatu-an Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS).

11SelangorKini 12 - 19 Mei 2017

ADN

Jejantas motosikal PJS 1 ke Seksyen 1

Keselamatan pengguna jalan raya lebih terjaminOLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA - Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha menyambut baik pembinaan jejantas motosikal dari PJS 1 ke Seksyen 1 yang diluluskan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Beliau berkata, RM6 juta diperun-tukkan bagi pembinaan jejantas yang menyeberangi Lebuhraya Pantai Baru (NPE) itu.

“Banyak penduduk PJS 1 bekerja di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, jadi ini adalah laluan paling mudah dan cepat untuk menyeberang.

“Disebabkan itu, beberapa kema-langan dilaporkan berlaku di jambatan sedia ada yang sempit, manakala mo-tosikal yang turun dari jambatan itu

berdepan risiko dilanggar kereta,” ka-tanya dalam lawatan di kawasan ke-jadian, baru-baru ini.

Haniza berkata, jambatan sedia ada itu dibina hampir 16 tahun lalu dan ke-adaannya kini usang serta berbahaya.

Haniza berkata, pihaknya sudah menghantar surat kepada Kerajaan Negeri, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pengurusan lebuh raya, New Pantai Expressway Sdn Bhd (NPE) bagi meminta pembinaan jambatan kedua itu dilaksanakan.

“Datuk Bandar memaklumkan ke-pada saya bahawa permohonan untuk bina jejantas motosikal baru seberang NPE diluluskan.

“Kini, MBPJ dalam proses melantik perunding dan juru ukur,” katanya.

Sukan Rakyat DUN Sementa meriahKLANG - Sukan Rakyat Pusat Khidmat Rakyat DUN Sementa di Bandar Sultan Suleiman berlangsung meriah dengan lebih 200 peserta terbabit dalam pelbagai acara.

Ahli Dewan Negeri Sementa, Dr Da royah Alwi berkata, penganjuran aktiviti berkenaan bertujuan menyemarakkan kembali permainan tradisi dalam kala-ngan rakyat.

“Dengan adanya aktiviti seperti ini, anak juga dapat belajar dan mengenali permainan sukan rakyat yang mungkin sedikit tenggelam berbanding gajet pada

masa kini selain mengalakkan gaya hidup sihat,” katanya yang menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian hadiah, di sini, baru-baru ini.

Seawal jam 8 pagi, penduduk setempat mula membanjiri padang futsal bagi me-nyertai pelbagai acara sukan rakyat.

Antara yang paling mencuri perhatian adalah permainan tarik tali diikuti karom dan congkak.

Selain pertandingan sukan, turut dia-dakan kelas membuat ‘de çoupage’ an-juran Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Sementa untuk pengunjung berdaftar.

Album12

Album13SelangorKini 12 - 19 Mei 2017SelangorKini 12 - 19 Mei 2017

ADN Batu Caves, Amirudin Shari turun padang merasmikan program Rumah Zakat Selangor diperuntukkan kepada mereka yang layak di kawasan beliau

ADN Taman Medan, Haniza Talha turun padang menyerahkan sumbangan Selangor Food Stamp kepada mereka yang kurang berkemampuan di DUN beliau

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani turut sama membantu membersihakan rumah warga emas uzur di kawasan beliau menjelang Ramadan bersama Skuad Prihatin MyKualaLangat

ADN Bangi, Shafie Ngah

turut hadir memeriahkan

Kejohanan Bola Sepak

Bawah 14 Piala ADUN Bangi di

kawasan beliauADN Hulu Klang, Saari Sungib menyertai aktiviti kesihatan bersama penduduk Kampung Melayu Sungai Sering

ADN Dengkil, Shahrum Sharif turun

padang berjumpa dan menziarahi mangsa

banjir kilat di Sungai Merab

ADN Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar hadir meraikan Majlis Ulangtahun ke-15 Kelab Sosial Orang-Orang Cina, Kalumpang

ADN Damansara Utama, Yeo Bee Yin turut serta program larian Go! Go! Green Run anjuran Guanyin World Foundation

ADN Kota Anggerik, Yaakob Sapari menyerahkan kad peduli sihat kepada mereka yang layak di pejabat beliau

14Rencana

SelangorKini 12 - 19 Mei 2017

OLEH SYAZWANI SUFIAN

Tahukah anda memandu dalam dalam keadaan mengantuk dapat me-ngurangkan tahap ke-

waspadaan dan berjaga-jaga seseorang serta mengganggu pertimbangan pemanduan?

Mungkin ramai yang pernah mengalami keadaan ketika me-mandu dalam perjalanan yang jauh dan lurus, mata mula terasa berat atau sukar dibuka, terseng-guk-sengguk, mula menguap be-berapa kali, malahan ada yang terlepas papan tanda jalan dan mula hilang pemandangan aki-bat kabur termasuk gagal meng-ingati apa yang baru terjadi.

Seperti mengambil alkohol, rasa mengantuk juga boleh me-ngakibatkan seseorang itu hilang kewarasan dan kawalan ken-deraan mampu tersasar dari lan-dasan yang betul.

Kebiasaan individu yang me-ngalami situasi ini ketika meman-du, mereka sebenarnya terlelap dalam tempoh beberapa saat tanpa disedari menyebabkan hi-lang tumpuan untuk seketika dan apabila sedar kenderaan mung-kin terlalu rapat dengan kende-raan lain, dihon kerana masuk ke lorong secara merbahaya atau kepala tersengguk sehingga ter-hantuk pada stering.

Akibatnya, keadaan ini bukan sahaja membahayakan peman-du dan penumpang tetapi boleh membahayakan pengguna jalan raya lain termasuk mengakibat-kan berlakunya kemalangan.

Keadaan ini dinamakan tidur mikro atau ‘microsleep’ yang bo-leh terjadi dalam tempoh bebe-rapa saat.

Malangnya, kita sering me-ngambil mudah tanda-tanda mengantuk. Sebaliknya, semakin mengantuk seseorang, semakin deras minyak ditekan supaya tiba

Boleh terjadi walaupun mata masih terbuka

segera di rumah untuk tidur.

Apa itu tidur mikro?

Tidur mikro secara mudahnya boleh didefinisikan sebagai tidur yang singkat.

Ia menyebabkan kita akan ter-tidur untuk beberapa saat hingga 30 saat tanpa disedari dan per-lakuan itu tidak disengajakan, bahkan berbeza dengan tidur 'napping' yang sememangnya di-rancang.

Keadaan ini sering terjadi di tempat yang tidak sepatutnya terutama ketika memandu. Na-mun, ada ketikanya ia berlaku ketika sesi pembelajaran seperti dalam kelas dan ceramah atau menghadap komputer.

Bahayanya situasi ini apabila terjadi ketika memandu kerana ia seperti tidur yang tidak dise-ngajakan dan tidak dapat di-kawal sama ada dalam bentuk panda-ngan kosong, tersengguk

ngalami kemalangan aki-bat pemandu mengantuk di KM24.5, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi.

Sepasang suami isteri maut, manakala tiga lagi parah dalam kemalangan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Rahmat Othman berkata, kemalangan itu berlaku selepas peman-du kenderaan pelbagai guna menghala ke Sungai Rengit masuk ke laluan bertentangan akibat mengantuk yang me-nyebabkannya bertembung dengan tiga lagi kenderaan.

Orang ramai dinasihatkan mengambil berat dalam apa juga keadaan khususnya jika menga-lami simptom 'micro-sleep' ketika memandu ter-utama apabila ingin pulang ke kampung menjelang musim perayaan Aidilfitri yang bakal tiba, pada Jun ini.

Kaedah 'Power Napping'

Salah satu kaedah yang bo-leh kita amalkan jika mengala-mi perasaan mengantuk yang

melampau ialah den-gan mengamalkan

'power napping'.'Power nap-

ping' ialah p e r l a k u a n tidur yang hanya me-n g a m b i l masa anta-ra 15 hing-

ga 30 minit dan masa

yang terbaik untuk melaku-

kannya ketika tenga-hari.

Bagi umat Islam, perkara ini bukan sesuatu yang asing ke-rana ia sunnah dilakukan Ra-sulullah SAW dan waktu yang terbaik adalah sebelum Zuhur.

Banyak kajian menunjukkan tidur sekejap sangat baik untuk minda, fizikal, bahkan daripada segi emosi.

Sains menyarankan tempoh optima melakukannya antara 15 hingga 20 minit sahaja.

Ia tidak digalak dilakukan lebih dari tempoh itu kerana kajian juga menunjukkan tidur lebih lama pada waktu tenga-hari akan menyebabkan otak lebih lambat untuk berfungsi.

Jadi, anda dinasihatkan mempunyai tidur yang cukup supaya badan tidak letih, di samping menjaga pemakanan yang sihat untuk minda yang cergas.

atau terlelap dalam tempoh amat singkat.

Kebiasaannya, ia diakibatkan oleh individu yang kepenatan tetapi masih mahu terus berjaga, memandu jarak jauh atau meng-gunakan komputer dalam jangka masa panjang.

Simptom gejala

Ramai yang tidak menyedari terdapat beberapa simptom ber-lakunya 'microsleep' atau tidur mikro ini antaranya kelopak mata akan terasa seakan kuyu juga ingin tertutup tanpa disedari, mata juga mula terkebil-kebil memandang dan merenung ke arah jalan atau sesuatu dengan pandangan kosong.

Selain itu, anda juga sudah mula hilang arah dan tidak fokus kepada pemanduan, bahkan tan-pa disedari pandangan mula ka-bur juga gelap tetapi ramai yang tidak endah akan situasi ini serta meneruskan perjalanan tanpa memikirkan akibatnya.

Contoh yang sering berlaku ia-lah ketika memandu di jalan yang lurus dan perjalanan panjang.

Simptom ini juga terjadi pada waktu tertentu seperti awal pagi dan tengah hari kerana badan memerlukan tidur ketika itu.

Bahayanya ketika gejala ini terjadi, semua deria tidak akan berfungsi dan umpama terkunci. Ia juga boleh terjadi dengan ke-adaan mata masih terbuka.

Kurang tidur jadi punca

Tidur mikro boleh berlaku kepada mereka yang kurang ti-

dur, kemurungan dan secara psikologinya penat.

Ia juga sering terjadi kepada mereka yang bekerja dengan jadual tidak tetap serta berte-rusan tanpa rehat dan tidur, memandu kereta ter-lalu lama atau m e l a k u k a n kerja fizikal yang lasak selain me-merluk an t e n a g a yang ba-nyak.

Menteri P e n g a n g -kutan Ma-laysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kecu-aian manusia atau 'human error' punca utama iaitu 80.6 peratus kemala-ngan jalan raya.

Katanya, angka kematian akibat kemalangan mening-kat dengan begitu mendadak kepada lebih 7000 kematian, pada 2016.

"Jumlah kemalangan jalan raya pada 2016 meningkat kepada 521,466 berbanding 489,606 (2015).

"Manakala, jumlah kematian juga menunjukkan peningkat-an bagi 2016 dengan 7,152 kematian, berbanding 6,706 (2015) iaitu 62.7 peratus dari-pada kematian itu membabit-kan pengguna motosikal," katanya dalam pelancaran Au-tomated Awareness Safety Sys-tem (AwAS), awal tahun ini.

Pada Julai tahun lalu, di-laporkan empat kereta me-

Awas bahaya 'microsleep'

15SelangorKini 12 - 19 Mei 2017

CUKAI TANAH HANYA DIBAYAR SETAHUN SEKALI

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 12 - 19 Mei 2017

OLEH ABROR RIVAI

N.G. Chernishevski, seorang pemikir Rusia mengatakan, “Realiti le-bih indah dibandingkan

dengan karya seni dan hidup yang sebenarnya lebih indah ketimbang apa yang dilukiskan dalam kreasi artistik atau pengkaryaan.”

Ia bersesuaian sekali dengan yang seniman Van Gogh gundah-kan. Saya juga tergundah. Semua orangpun. Sebab itu, saya tuliskan ayat-ayatnya.

Ia sebahagian dari yang sepa-tutnya difikirkan tentang filem atau sinema. Bagi saya, merasai penga-laman sinema sebenar ialah apa-bila kita melihat diri dalam bingkai watak-wataknya.

Saya pernah merasainya. Saya merasainya lagi menerusi dua filem yang hampir tidak dihiraukan dek penonton sudah terbiasa me-nikmati filem blockbuster. Ia baik tapi selera saya tidak seperti itu. Saya sengaja bersikap selektif kera-na tidak mahu menjadi bebal atau mabuk dengan keselesaan tanpa daya fikir. Ia murah tanpa mening-galkan persoalan. Cuma ada dua jenis filem, yang mendorong kita terus bermimpi dan yang berta-nya seusai tanda tamat. Pertanyaan itu sering mengusik dengan per-soalan hidupnya begitu, lalu aku, bagaimana?

Filem tidak harus ada jawapan. Filem seharusnya banyak mening galkan persoalan agar selalu difikir-kan. Pendedahan massa hasil sogokan filem Hollywood menye-babkan garis berfikir rakyat tidak pernah berganjak mahupun seinci termasuklah kumpulan pemikir dan anak muda terpelajar. Bukan mahu merendahkan fikrah kha-layak ataupun pengamat seni be-rat, saya hanya menyatakan soal lumpuhnya industri rentetan filem tempatan tidak jujur diraikan di panggung.

Terhadap filem popular, khala-

yak boleh bersikap selektif seperti saya – hanya memilih Hanyut dan Interchange – dua filem tempatan terbaik tahun lalu tetapi kenapa tidak mendapat tontonan setaraf reputasinya? Tidak cukup tinggi lagikah mutu filem? Saya terta-nya-tanya, ke manakah perginya penagih movie dan peminat sas-tera perdana? Mustahil tak tahu. Kata pembaca tegar sastera klasik, pencandu buku, seniman, pemain serta khalayak buku indie? Pelu-ang menonton filem sedemikian terlalu langka dalam setahun. Saya kecewa. Mungkin lebih baik me-ngalah atau tinggalkan dunia hiba sinema Malaysia yang makin jaha-nam. Bukan mengutuk, mulut ini saja yang rewel.

Dua filem yang saya maksudkan ialah In April The Following Year, There Was A Fire arahan Wicha-non Somunjarn (2012, Thailand) dan Mohican Comes Home ara-

han Suichi Okita (2016, Jepun). Filem itu bukan sahaja menang-guh suramnya rasa murung; saya suka menggambarkan betapa sebenarnya industri keruh ke-rana ia mengalami kekejangan yang tragedik tetapi juga memulih-kan semangat un-tuk kembali bikin filem. Hikmah di sebalik kemuru-ngan industri filem Malaysia ialah ia sering menjadi misteri dan boleh dimanfaat dengan cara sentiasa ber-fikir bagaimanakah cara paling kreatif untuk memecah-kan belenggu.

Benar, karyawan sejati harus se-lalu dibakar, dirangsang, dibasuh oleh karya seni itu sendiri sebelum mencerap persoalan semasa yang dijalinkan secara kreatif dan men-dalam menerusi naratif supaya ia menjadi inspirasi. Ini yang terjadi sehari dua setelah menonton dua filem itu.

Ia drama tentang Nhum, kon-traktor muda di Bangkok yang menemukan dirinya agar keluar dari keselesaan bekerja dan balik ke pekan kecilnya.

Kelihatan seperti membosan-kan dengan plot samar dan la-konan flat. Pelakonnya mem-bawakan watak tanpa emosi dan tone, dengan mudah karekternya hilang kerana perubahan emosi yang hampir kosong. Tapi perso-alannya jauh lebih besar ialah struk-tur sinemanya yang berdiri dengan cara itu. Lalu penonton tenggelam dalam pembingkaian. Kesenian itu lebih ranum dinikmati jika ia tidak dimuntahkan secara langsung, sebaliknya dijahit secara kreatif, apabila dengan bijak pesanan ke-benaran disampaikan dengan aksi dokumenter langsung.

Saya sebenarnya mengajak anda menonton filem ini dengan cara huraian berlapis-lapis kerana tidak mahu menghilangkan nilai seni jika dicerahkan secara dida-ktik. Satu hala dan semaksud de-ngannya.

Saya teringat tentang diri se-baik habis menonton. Teringatkan bagaimana terpaksa menerus-kan kehidupan di Kuala Lum-pur setelah meninggalkan kam-pung kerana mahu menjadi pembikin filem. Nawaitu saya salah dimengerti. Ibu bapa tidak mahu saya mensia-siakan hidup kerana memilih seni terutama filem. Se-memangnya masa depan (sebenar nya masa itu) saya menjadi gelita. Hampir berputus asa dan kembali ke kampung, tunduk kepadat sta-

tus quo yang sekonyong-konyong memijak kepala. Hidup yang seke-cil itu menjadi sangat besar selepas saya menonton filemnya. Kagum bagaimana cinta sejati boleh me-ngubah angan-angan yang buta jadi manis bermata. Nasiblah saya kuatkan semangat untuk tetap berada dalam landasan yang saya pilih. Meski terpaksa berhadapan dengan dunia yang sentiasa meng-goda sehingga membuat diri akhir nya malu tercabul. Jika tidak, saya mungkin tidak dapat menghayati filemnya senikmat itu. Pergi me-ngusaha dan mengerjakan pem-bikinan sebuah filem saya sendiri bertajuk Sejuta Bunga.

Ia ialah sebuah filem eksperi-men yang meletakkan diri sendiri sebagai subjek. Seluruh perjala-nan hidup khususnya kembara ke dunia filem itu cuba diterjemah secara visual. Cuba mengangkat tema kesunyian, khususnya ke-sunyian seorang ibu setelah kehila ngan suami iaitu abah saya. Saya menggunakan diri saya kerana cuba menyorot persoalan ini de-

ngan metaforik, Filem adalah masa dan sebuah putaran, ia berjalan dan kembali semula dalam pusi ngannya yang lengkap. Filem adalah paradigma sebuah kehidu-pan dalam erti kata lain. Kesukaran saya untuk menjadi seorang pe-ngarah filem kerana pandangan dan attitude yang menongkah arus adalah gambaran kepada atau sebenarnya ingin mengarah ke dalam makna kesunyian sebenar. Saya bercerita perubahan ekonomi dunia yang mendorong anjakan dasar negara berhijrah dari zaman pertanian kepada negara industri adalah cacat. Unjuran menyatakan pertumbuhan ekonomi ampuh iaitu kita bersedia menjadi negara maju hanya omong kosong. Ke-nyataannya, kita hidup dalam kesu-nyian dan kemajuan hanya tingga-lan memori. Filem ini masih dalam proses memasukkan runut bunyi.

Mohican Comes Homes pula mengisahkan tentang seorang Mohican, seorang punk rocker mu-sisi berat dengan ideologinya, me-ninggalkan Tokyo dan pulang ke kampung halaman di sebuah pu-lau kecil Hiroshima. Ada berbagai-bagai kesunyian dan kesunyian seorang Mohican tentu tidak sama dengan yang kita hadap hari-hari. Pegangan muzik turut memba ngun identiti diri sebenar. Ke-rana itu saya melihat kehalusan filem lebih dari sekadar juadah seni kerana selari dengan ungka-pan Pierre Rissient. Saya mengha-damnya dengan berpandangan filem adalah tentang bagaimana berdirinya sebuah bangsa. Identiti atau idealisme dan nasionalisme-nya haruslah tertegak, mengatasi seluruh oknum seni atau integriti artistiknya sendiri. Saya tidak pu-nya banyak masa bercerita, perhi-tungan dalam mengharungi ke-sedihan hidup ini akhirnya dilihat dalam manis tertawa. Saya terubat dengan segala keresahan dan ke raguan masa lalu. Syukur filem akan selalu membuka dan menunjukkan jalan keluarnya.

Saya ingin membuat lagi filem tentang diri saya. Ingin mengang-kat kesusahan, keresahan saya yang tak pernah usai. Mencerita-kan kepada Abah bagaimana saya meneruskan kehidupan dengan membuat kerja filem walau bu-kan untuk mengaut laba dari gla mour industri. Setidak-tidaknya saya dapat menyara kehidupan selepas berkeluarga, bayar pinja-man itu ini meskipun pada haki-katnya Abah sudah tidak ada. Saya tidak tahu macam mana harus menceritakan semuanya.

Saya mungkin merindukannya tetapi semua orang pasti mengala-mi perasaan sama. Mungkin inilah amanah saya selain keluarga dan itulah sebabnya saya berusaha se-baik mungkin untuk sentiasa mem-berinya pencerahan agar Abah dan semua orang tahu bahawa perjua-ngan kita masih sama, hanya jalan-nya berbeda. Mungkinkah Abah mendengarnya?

DOA SEORANG PETUALANG

Doa adalah jaringyang tertebar di tengahlaut gelisah.

Angin malam menjadi cangkirmengisi doa-doa teguhdan daun-daun khayalmula tanggal luruh.

di laut gelisah atausejuk angin malam bercumbu gundah dan aman.

Seorang petualangmembungkus doa dalam rindu:semoga kauberkunjung sejahtera selalu.

Hakim Hood

Filem tidak harus ada jawapan. Filem seharusnya banyak meninggalkan persoalan agar selalu difikirkan. Pendedahan massa hasil sogokan filem Hollywood menyebabkan garis berfikir rakyat tidak pernah berganjak mahupun seinci termasuklah kumpulan pemikir dan anak muda terpelajar. Bukan mahu merendahkan fikrah khalayak ataupun pengamat seni berat, saya hanya menyatakan soal lumpuhnya industri rentetan filem tempatan tidak jujur diraikan di panggung

17SelangorKini 12 - 19 Mei 2017

Krisis Rohingya

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pertu-buhan Islam Malaysia (MAPIM) mengan-jurkan Kempen Solidariti Islam besar-be-saran membabitkan penyertaan badan bukan kerajaan Islam seluruh negara, menjelang Ramadan ini.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia dilaksanakan sebagai bantahan keras terhadap Kerajaan Myanmar susulan kempen anti Islam yang dilancarkan di negara itu, awal tahun ini.

“Kempen ini dicadangkan serentak sambutan Nuzul Quran di Kuala Lum-pur dengan cadangan awalnya di Masjid Wilayah dan Masjid Negara.

“Ia membabitkan semua badan bukan kerajaan, namun keutamaan seruan kita adalah penyertaan daripada masyarakat Islam seluruh negara untuk menyokong kempen ini,” katanya.

Beliau berkata, pengisian kempen itu termasuk pendedahan aktiviti keganasan dilakukan tentera Myanmar, isu pendidik-an setempat dan halangan terhadap ma-

syarakat Islam Rohingnya.Pada masa sama, Mohd Azmi turut

mendedahkan kekejaman pihak berkuasa negara terbabit yang membakar masjid dan sekolah masyarakat Rohingnya, pada 28 April lalu.

Media melaporkan, kejadian itu berpun-ca daripada tindakan pihak berkuasa Myan-mar membenarkan kumpulan sami yang membawa penunjuk perasaan merantai pintu masuk sekolah serta dua madrasah dan membakar premis berkenaan.

“Apa yang berlaku kini, kekejaman Myanmar melampaui batas apabila mere-ka bukan sekadar menyerang masyarakat Islam, namun simbol Islam seperti masjid, surau, malahan sekolah Islam juga diha-puskan.

“Menjelang Ramadan ini, tidak mus-tahil masyarakat Islam di sana tidak lagi dibenarkan solat di masjid,” katanya.

Justeru, katanya, komitmen masyara-kat dunia khususnya pertubuhan Islam melalui penyertaan 57 negara perlu me-ngambil pendirian tegas menangani isu terbabit.

Kempen solidariti Islam

BantahkekejamanRohingya

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Ketua Akauntan Kementerian Kerja Raya. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontrak yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (Jika Berkenaan) beserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan)

Pejabat yang

Memanggil Tender

Tajuk Projek Taraf/Jenis Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/

Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/

Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh

Dokumen Mulai Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,

JKR Negeri Selangor

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN BANGUNAN

BARU SEKOLAH RENDAH AGAMA

BANDAR COUNTRY

HOMES SERTA KERJA-KERJA

YANG BERKAITAN, DAERAH

GOMBAK, SELANGOR

DARUL EHSAN

JKR/SEL/(N)001(T)/2017

BumiputeraT1

SPKK, PKK, STB & UPEN

Gred:G7

Kategori:B

Pengkhususan:B04

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan, JKR

Selangor.

12/05/2017(Jumaat)

Hingga

25/05/2017(Khamis)

RM800.00

(Draf Bank/ Kiriman Wang/

Wang Pos)

Atas Nama:Bendahari

Negeri Selangor

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan,JKR Negeri

Selangor Tingkat. 1, Bangunan

SSAAS 40582

Shah Alam, Selangor

Pada:

01/06/2017(Khamis)

Sebelum/Pada Jam

12.00 tengahari.

Lawatan Tapak Di WAJIBKAN. Tarikh: 12/05/2017 (Jumaat) Jam: 9.00 pagi. Bertempat di JKR Daerah Gombak Sebarang pertanyaan sila hubungi di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor. No. Telefon: 03 55447579

*Jenis SyarikatTempatan:

T1A1

A2

--

-

Syarikat 100% ekuiti Bumiputra milik tempatan (Warganegara)Syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang ditubuhkan dan diperbadanka di Malaysia oleh Warganegara Malaysia dan Pegangan saham individu asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja dianggotai 100% oleh warganegara.Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia dan equiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PKK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PKK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ.

Mereka bukan sekadar menyerang masyarakat Islam, namun simbol Islam seperti masjid, surau, malah sekolah Islam juga dihapuskan

18PBT

SelangorKini 12 - 19 Mei 2017

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Kira-kira 1,000 kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berpe-luang melakukan pemeriksaan dan khidmat nasihat pakar kesihatan percuma sempena Program Minggu Kesihatan.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, program tahunan itu ber-tujuan memberi pendedahan terhadap kepentingan penjagaan kesihatan kepada kakitangannya.

Katanya, mereka berpeluang melakukan pemeriksaan tekanan darah, berat badan seimbang (BMI), kadar gula dan tahap koles-trol dalam darah.

“Program ini adalah inisiatif MBSA bagi memastikan warga kerja mempunyai kesi-hatan baik dan cergas.

“Ia ternyata memberi manfaat bagi ke-pentingan mereka seterusnya membantu MBSA meningkatkan kualiti kerja dan mem-beri perkhidmatan terbaik kepada pen-duduk Shah Alam,” katanya.

Bertempat di Dewan Auditorium MBSA, turut disediakan kaunter derma darah oleh Pusat Darah Negara, Koperasi Muslim, kaunter promosi bagi kesedaran kanser pa-yudara dan kaunter makanan kesihatan.

Kakitangan MBSA juga disajikan ceramah daripada Pensyarah Sains Sukan, Dr Azzura dengan topik ‘How Sleep Patterns Impact Your Productivity At Work and The Danger Of Not Caring Your Body Posture’ dan cera-mah daripada Dato’ Jalaluddin Hassan (Joint Pain Cause and Symptoms).

Program turut menyaksikan Datuk Ban-dar, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad me

Program Minggu Kesihatan MBSA

Tingkat kualiti perkhidmatan

Taman Rakyat diwarta larangan merokokKLANG - Taman Rakyat di Andalas menjadi taman awam pertama di daerah Klang di-wartakan sebagai kawasan larangan mero-kok, kata Pengarah Kesihatan Majlis Per-bandaran Klang (MPK), Azmi Muji.

Beliau berkata, pewartaan taman awam itu bertujuan mewujudkan sebahagian kawasan bebas asap rokok, sekali gus melindungi keselesaan dan kesihatan pe-ngunjung.

Katanya, MPK komited membantu Kera-jaan Negeri melaksanakan kempen dalam memberi kesedaran kepada perokok untuk tidak mencemarkan alam sekitar khusus-nya di kawasan rekreasi.

“MPK juga akan meningkatkan usaha mempromosikan pelbagai program su-paya dijadikan landasan bagi membentuk gaya hidup sihat.

“Kita berharap usaha ini mendapat ker-jasama daripada masyarakat sekitar dan MPK akan memperluaskan lagi kawasan bebas asap rokok secara berterusan,” ka tanya ketika Majlis Perasmian Taman

Awam sebagai kawasan larangan merokok peringkat daerah Klang, di sini.

Sementara itu, Ketua Unit Kesihatan Penyakit Berjangkit (NCD) Negeri, Dr Mo-hamed Ismail Lasa berkata, taman awam itu adalah lokasi ke-24 dipilih sebagai ka-wasan larangan merokok.

Katanya, ia sebagai usaha menjadikan Klang sebagai lokaliti penting, sekali gus menyedarkan masyarakat bahawa kera-jaan serius menangani permasalahan itu.

“Kematian daripada merokok menjadi kedua tertinggi dengan 90 peratus pero-kok mati kerana penyakit barah, 70 peratus sakit paru-paru dan 25 peratus menderita penyakit jantung,” katanya.

Penguatkuasaan merokok di Taman Awam itu dikuatkuasakan bermula 1 Jun ini mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tem-bakau 2004 bertujuan melindungi orang awam daripada ancaman asap rokok yang boleh membahayakan kesihatan.

Denda dikenakan maksimum RM 10,000 dan penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor Negeri Selangor yang berdaftar dengan CIDB dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) bagi kerja-kerja berikut:

2. Dokumen Tender boleh dibeli pada waktu pejabat di Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak. Dokumen Tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 11 hb Mei 2017 hingga 14 hb Jun 2017 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera atau wakil yang mengemukakan Surat Lantikan Wakil, Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos Atau Bank Draf yang berpalang atas nama ‘Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang’.

3. Kontraktor-kontraktor adalah diwajibkan untuk membuat lawatan tapak bersama Pegawai Penguasa atau wakilnya. Hanya penender yang hadir pada lawatan tapak tersebut sahaja yang layak untuk memasuki tawaran ini. Penender dikehendaki melaporkan diri ditempat, tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh : 24 hb Mei 2017 Masa : 10.00 pagi Tempat Berkumpul : Bilik Melati, Aras 1, Majlis Perbandaran Sepang

4. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender disebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 Tengahari pada 14 hb Jun 2017.

5. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.

Persiaran Semarak Api, Cyber 163200 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

KENYATAAN TENDER

BIL. NO. TENDER TAJUK KERJA

BIDANG, SUB BIDANG &

PECAHAN BIDANG

HARGA DOKUMEN

1. MP Sepang 400-10/12-38/2017 BGN

CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF DAN MENYIAPKAN KUARTERS PEKERJA 2 TINGKAT UNTUK 4 UNIT RUMAH BERALAMAT NO 01, NO 02, NO A-01

DAN NO A-02 DI BANDAR BARU SALAK TINGGI UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG.

CIDB, SPKK,G3 B 04,@ B 24

& (UPEN)

RM 150.00

2. MP Sepang 400-10/12-39/2017 BGN

CADANGAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN MENAIKTARAF DEWAN ORANG RAMAI TAMAN

PUTRA PERDANA PUCHONG UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG.

CIDB, SPKK,G4 B 04,@ B 24

& (UPEN)

RM 150.00

3. MP Sepang 400-10/12-40/2017 BGN

CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF DEWAN ORANG RAMAI SUNGAI PELEK UNTUK

MAJLIS PERBANDARAN SEPANG.

CIDB, SPKK,G4 B 04,@ B 24

& (UPEN)

RM 150.00

nyempurnakan Majlis Perasmian Gimnasi-um MBSA.

Shahrin berkata, gimnasium berkenaan disediakan untuk kemudahan sukan dan riadah kepada warga kerja MBSA.

“Kami melihat kakitangan MBSA sebagai aset berharga dalam memacu organisasi dan memberi perkhidmatan cemerlang ke-pada masyarakat.

“Dalam hal ini, penjagaan kesihatan dan kecergasan mereka perlu dititik beratkan, justeru penyediaan gimnasium sebagai salah satu landasan melahirkan warga MBSA yang sihat, cergas dan komited,” katanya.

Turut diadakan acara penyampaian Sijil Sifar Lewat dan Sifar Cuti Sakit kepada kaki-tangan mempunyai kehadiran baik dan ti-dak pernah mengambil cuti sakit sepanjang 2016 serta penyampaian hadiah bagi Per-tandingan Tandas Terbersih.

Ia ternyata memberi manfaat bagi kepentingan mereka, seterusnya membantu MBSA meningkatkan kualiti kerja dan memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk Shah Alam

SHAHRIN AHMADKetua Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam MBSA

19SelangorKini 12 - 19 Mei 2017

PBT

OLEH NORHAYATI UMOR

PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Peta-ling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama Bank Rakyat akan mengagihkan makanan per-cuma kepada penduduk miskin melalui ‘mobile soup kitchen’, setiap Sabtu atau Ahad bermula minggu ini.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato' Mohd Azizi Mohd Zain berkata, melalui program ‘Meals on Wheels’, pihaknya mengubah suai lori muatan lima tan menjadi trak makanan bergerak di bawah projek ‘PJ City Food Bank’.

Katanya, program makanan percuma itu akan diagihkan kepada kawasan pen-duduk miskin bandar iaitu perumahan kos rendah di Petaling Jaya khususnya PJS, Lembah Subang dan Kota Damansara.

“Kita juga akan memberi fokus kepada kawasan flat Desa Mentari, Taman Medan, Kampung Lindungan, Taman Putra Damai, PPR Seksyen 8 Kota Damansara dan Da-mansara Damai.

“Trak makanan itu akan menyalurkan makanan berpek dari Pusat Operasi ‘PJ City Food Bank’ di Seksyen 8 ke kawasan ter-babit, setiap Sabtu atau Ahad setiap ming gu, bermula jam 7 malam,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, MBPJ turut priha-

tin terhadap pelajar daripada golongan miskin bandar dan berhasrat membantu mereka melalui pendedahan dan galakan pengambilan sarapan pagi.

Sehubungan itu, trak makanan berge-rak akan turun ke 12 sekolah terpilih bagi mengagihkan sarapan pagi percuma kepada kira-kira 30,000 murid melalui program ‘Sarapan Pagi Percuma Untuk Kanak-kanak Sekolah’, bermula jam 7 pagi.

“Kami akan turun ke sekolah ini setiap Isnin, Rabu dan Jumaat, bermula minggu ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perbank-an Runcit, Mohd Sharil Isa berkata, projek ‘PJ City Food Truck’ adalah inisiatif tang-gungjawab sosial korporat (CSR) antara Bank Rakyat bersama MBPJ untuk meng-hulurkan sumbangan makanan kepada golongan memerlukan terutama pelajar sekolah.

Katanya, sumbangan itu lambang ke-prihatinan Bank Rakyat memakmurkan masyarakat serta bertepatan sebagai agensi Bank Koperasi Islam Penyayang.

“Sumbangan ini memberi manfaat ke-pada anak dengan sebaiknya dan dapat menggerakkan generasi muda supaya menjadi pewaris negara menerusi pem-binaan modal insan cemerlang,” katanya dalam kenyataan.

Kerjasama MBPJ dan Bank Rakyat

Agih makanan percuma

PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Pe-taling Jaya (MBPJ) berjaya menyumbang 59.71 tan makanan dan minuman kepada golongan miskin bandar dan orang ke-lainan upaya (OKU), sehingga kini.

Datuk Bandarnya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berkata, bantuan melalui pro-gram PJ City Food Bank itu disalurkan ke-pada 1,733 penghuni rumah kebajikan, sekitar Petaling Jaya.

Katanya, sebanyak 64 organisasi menerima manfaat program itu anta-ranya rumah anak yatim, persatuan OKU, rumah jagaan warga emas dan persatuan ibu tunggal.

“Projek berteraskan komuniti ini turut dikagumi bandar raya Asan yang juga antara ‘Sister City’ sehingga mendorong mereka memberi sumbangan kepada kita, pada 2015.

“Bermula 2012, MBPJ menjadi perin-tis dalam kalangan pihak berkuasa tem-patan di Malaysia dengan menubuhkan program ini bagi membantu meringan-kan beban golongan miskin bandar dan OKU melalui pemberian makanan dan keperluan asas kepada rumah kebajikan,” katanya.

Mohd Azizi berkata, MBPJ turut mendapat tajaan daripada Bank Rakyat sebanyak RM1.5 juta untuk tempoh tiga tahun bagi menyokong program ter-babit.

Bantu �,��� penghuni rumah kebajikan

Size: 23cm x 4col (Berita Harian & Selangor Kini)

1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor Negeri Selangor yang berdaftar dengan CIDB dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) bagi kerja-kerja berikut:

2. Dokumen Tender boleh dibeli pada waktu pejabat di Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak. Dokumen Tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 11 hb Mei 2017 hingga 01 hb Jun 2017 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera atau wakil yang mengemukakan Surat Lantikan Wakil, Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos Atau Bank Draf yang berpalang atas nama ‘Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang’.

3. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender disebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 Tengahari pada 01 hb Jun 2017.

4. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa-apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.

Persiaran Semarak Api, Cyber 163200 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

KENYATAAN TENDER

BIL. NO. TENDER TAJUK KERJA

BIDANG, SUB BIDANG &

PECAHAN BIDANGHARGA

DOKUMEN

1. MP Sepang 400-10/12-29/2017 KEJ

CADANGAN KERJA MENURAP SEMULA JALAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI JALAN PERMAI 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 TERMASUK LORONG TEPI, TAMAN AIR

HITAM PERMAI SUNGAI MERAB UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG.

CIDB, SPKK,G3 CE21, & (UPEN)

RM 150.00

2. MP Sepang 400-10/12-30/2017 KEJ

CADANGAN KERJA-KERJA MENURAP JALAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI JALAN PP3/4, 3/5, 3/6, 3/7, 3/8, 3/9, 3/10, 3/11, 3/12, 3/13, 3/14 DAN 3/15

TERMASUK LORONG BELAKANG / TEPI, TAMAN PUTRA PERDANA, DENGKIL, MUKIM DENGKIL UNTUK

MAJLIS PERBANDARAN SEPANG.

CIDB, SPKK,G3 CE21, & (UPEN)

RM 150.00

3. MP Sepang 400-10/12-31/2017 KEJ

CADANGAN KERJA-KERJA MENURAP SEMULA JALAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI JALAN 1, 2, 3, 4, 5 TAMAN DESA MELOR 1 DAN JALAN

MURNI, SETIA, PEKERTI, BUDI, MULIA, BAKAT, PERMAI, KHIDMAT, TAMAN DESA MELOR 2, SUNGAI MERAB

UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG.

CIDB, SPKK,G3 CE21, & (UPEN)

RM 150.00

4. MP Sepang 400-10/12-32/2017 KEJ

CADANGAN KERJA-KERJA MENURAP SEMULA JALAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI JALAN

1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, DAN 15 TAMAN SRI SUNGAI PELEK UNTUK MAJLIS PERBANDARAN

SEPANG.

CIDB, SPKK,G3 CE21, & (UPEN)

RM 150.00

5. MP Sepang 400-10/12-33/2017 KEJ

CADANGAN KERJA-KERJA MEMBAIKI SUSUR JALAN ROSAK DI SEBAHAGIAN JALAN LINGKARAN PUTRA

PRIMA, MUKIM DENGKIL UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG.

CIDB, SPKK,G3 CE21, & (UPEN)

RM 150.00

6. MP Sepang 400-10/12-34/2017 KEJ

CADANGAN KERJA-KERJA MENURAP SEMULA JALAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI

PANGSAPURI KOS RENDAH FASA 2, TAMAN DESA SENTOSA, SUNGAI MERAB, MUKIM DENGKIL UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG BAGI PROGRAM

PEMBAIKAN JALAN DALAM PANGSAPURI KOS RENDAH NEGERI SELANGOR FASA 1 - 2016.

CIDB, SPKK,G3 CE21, & (UPEN)

RM 150.00

7. MP Sepang 400-10/12-35/2017 KEJ

CADANGAN KERJA-KERJA MENURAP SEMULA JALAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN

DISEBAHAGIAN JALAN PERSIARAN APEC, JALAN CYBER POINT 3, JALAN CYBER POINT 5, CYBER

POINT SELATAN, CYBERJAYA, MUKIM DENGKIL UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG.

CIDB, SPKK,G4 CE21, & (UPEN)

RM 150.00

8. MP Sepang 400-10/12-36/2017 KEJ

CADANGAN KERJA-KERJA MENURAP SEMULA JALAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI JALAN

DESA AYER HITAM, JALAN DAH 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9,10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23

TAMAN DESA AYER HITAM PUCHONG UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG.

CIDB, SPKK,G4 CE21, & (UPEN)

RM 150.00

9. MP Sepang 400-10/12-37/2017 KEJ

CADANGAN KERJA-KERJA MENURAP SEMULA JALAN SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI JALAN PERSIARAN PINGGIRAN PUTRA 2, JALAN PERMAI

1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 8A, 8B, 9, 10, 11, 12, 13A, 13B, 14, 14A, 14B, 15 TAMAN LESTARI PERMAI UNTUK

MAJLIS PERBANDARAN SEPANG.

CIDB, SPKK,G4 CE21, & (UPEN)

RM 150.00

Beliau berkata, MBPJ tampil memban-tu menerusi pelbagai program termasuk menjana pendapatan ibu tunggal dan OKU serta bantuan makanan juga keper-luan asas dapur secara berkala, kemuda-han tiga van transit OKU serta program kemahiran belia, sejak 2008.

“Berdasarkan rekod MBPJ, terdapat 974 keluarga miskin tegar sekitar Peta-ling Jaya berpendapatan bawah RM1,500 sebulan.

“Mereka ini sangat perlu dibantu bagi meneruskan kehidupan di bandar raya yang terkenal dengan bebanan kos hi-dup yang sangat tinggi,” katanya.

Projek berteraskan komuniti ini turut dikagumi bandar raya Asan yang merupakan antara ‘Sister City’ sehingga mendorong mereka memberi sumbangan kepada kita, pada 2015

MOHD AZIZI MOHD ZAINDatuk Bandar MBPJ

20Pendidikan

SelangorKini 12 - 19 Mei 2017

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM - Universiti Selangor (UNISEL) menganjurkan Program Kempen Keselamatan Jalan Raya UNISEL 2017 selepas menyedari peningkatan kes kemalangan ja-lan raya yang semakin meningkat,.

Naib Canselor UNISEL, Prof Dato ‘ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, kempen yang dilaksanakan buat julungnya kali itu menekankan aspek keselamatan jalan raya khu-sus bagi penunggang motosikal.

“Kesedaran berkaitan kesela-matan adalah masalah yang per-lu diberi perhatian kerana kita menyedari penunggang motosi-kal antara tertinggi dilaporkan.

“Justeru, UNISEL mengambil inisiatif melaksanakan kempen ini di kampus Shah Alam dan Bes-tari Jaya bagi memupuk budaya keselamatan jalan raya khusus-nya dalam kalangan pelajar,” kata-nya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas Program Kempen Kese-lamatan Jalan Raya UNISEL 2017 di Dewan Canselor Kampus Shah Alam, di sini, pada 4 Mei lalu.

Kempen patuh peraturan jalan raya

UNISEL pupuk budaya selamat

Dr Mohammad Redzuan ber-kata, kempen itu turut memberi kesedaran kepada pelajar supa-ya mematuhi peraturan sebagai

SHAH ALAM - Graduan muda yang baru memulakan kerja berhak mene-rima RM3,000 setimpal dengan kela-yakan ekoran perbelanjaan pendidi-kan tinggi ketika ini.

Setiausaha Agung Kongres Kesa-tuan Sekerja Malaysia (MTUC), J Solo-mon berkata, gaji setimpal diperlu-kan bagi menampung kos sara hidup graduan dan tidak menjadi beban ke-pada mereka.

“Pelaburan untuk menjadi graduan tinggi, maka gaji mesti selaras dengan tahap pendidikan serta perbelanjaan dikeluarkan sehingga ke tahap itu.

“Oleh itu, gaji dibayar kepada gra-duan perlu mempunyai kebolehan menampung sara hidup bukan menye-babkan mereka kecewa dan bankrap ketika usia muda,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi me-ngulas hasil kajian yang mendapati hampir semua majikan tidak sanggup memberikan gaji permulaan RM3,000 seperti dikehendaki lulusan universiti.

Solomon berkata, penetapan gaji minimum RM1,000 sebulan juga adalah faktor majikan tidak prihatin kepada keperluan dalam menampung kos sara hidup khususnya generasi muda yang menetap di ibu kota.

“Majikan enggan bayar RM3,000 kerana gaji minimum masih RM1,000. Kos kehidupan di bandar seperti Pulau

Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Ba-haru amat tinggi.

“Graduan memerlukan gaji permu-laan lebih tinggi kerana pada umur muda, mereka sudah terbabit de-ngan banyak hutang seperti PTPTN, kad kredit dan pinjaman peribadi atau pinjaman kereta serta kos penginapan juga makan minum,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, penetapan gaji bukan sahaja perlu di-pertimbangkan untuk graduan muda menyara hidup, malahan bagi memas-tikan gaji diterima boleh disimpan.

Selain itu, katanya, ia boleh men-dorong kepada peningkatan prestasi sebuah organisasi menerusi motivasi pekerja daripada aspek produktiviti.

“Gaji harus atau mampu menyara kehidupan dengan mengambil kira kos kehidupan, keperluan asasi, eko-nomi negara terkini serta baki wang untuk simpanan.

“Jika majikan bayar gaji berpatutan kepada graduan, mereka boleh tuntut prestasi munasabah. Kalau, tidak mahu bayar gaji berpatutan, maka prestasi or-ganisasi pun tidak akan maju,” katanya.

Terdahulu, Jobstreet Malaysia me-laporkan gaji permulaan dalam ka-langan graduan yang rendah menjadi salah satu sebab kepada penghijrahan rakyat berkemahiran tinggi ke luar negara.

salah satu langkah keselamatan diri dan orang sekeliling.

Katanya, ia bagi mengambil ik-tibar insiden salah seorang pela-

jar UNISEL maut ketika menung-gang motosikal.

“Kempen ini juga akan dite-ruskan dari semasa ke semasa

Graduan perlu dapat gaji awal setimpal

mengikut keperluan juga kekera-pan, enam bulan sekali,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Ba-hagian Pelaksanaan Program dan Projek Jabatan Keselamatan Ja-lan Raya (JKJR) Malaysia, S Sasi-kumar berkata, statistik menun-jukkan kemalangan motosikal sering membabitkan anak muda, berumur 16 hingga 25 tahun.

Katanya, jumlah kematian dari 2006 hingga 2015 menunjukkan penunggang motosikal adalah tertinggi iaitu 40,363 kes.

“Kini, kita banyak melak-sanakan kempen di peringkat sekolah supaya pelajar didedah-kan lebih awal berkenaan tahap keselamatan, sekali gus mem-bantu mengurangkan kes kema-langan membabitkan golongan itu,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Pe-ngangkutan Malaysia melancar-kan Sistem Keselamatan Kes-edaran Automatik (AwAS) yang menekankan faktor penunggang membawa melebihi had laju bo-leh menyumbang kepada peng-gantungan atau pembatalan lesen, pada 15 April lalu.

SHAH ALAM - Sebanyak 43,000 cawan ker-tas digunakan Persatuan Kebudayaan In-dia, Universiti Multimedia Malaysia (MMU) bagi menjayakan Largest Ribbon Forma-tion (LRF) 2017, baru-baru ini.

Pengarah LRF, S Priyatharshiniy ber-kata, inisiatif itu antara lain mensasarkan pengiktirafan ‘Malaysian Book of Record’ dengan menyusun semua cawan beruku-ran 18.3 meter panjang dan 12 meter lebar.

Katanya, ribuan cawan berkenaan di-warnakan dengan merah jambu dan di-susun berdasarkan logo kanser payudara yang berbentuk reben.

“Kita mahu membangkitkan kesedaran

berhubung bahaya kanser terutama kan-ser payudara, dalam kalangan masyara-kat.

“Saya simpulkan program ini sebagai berjaya dengan mengambil kira jumlah tenaga kerja dan masa yang terhad untuk menyiapkannya,” katanya dalam kenyataan.

Bermula jam 8 pagi, ahli terbabit me-ngambil masa selama lapan jam untuk me-nyelesaikan tugasan menyusun cawan ker-tas iaitu sekitar jam 4 petang.

Selain Persatuan Kebudayaan India, LRF turut mendapat sokongan penuh Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Ke-rajaan Negeri.

Reben terbesar suntik kesedaran bahaya kanser

21SelangorKini 12 - 19 Mei 2017

Agama

WAKTU SOLAT SELANGOR12 - 19 Mei 2017

15 - 22 Syaaban 1438HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

12 Jumaat 5:31 5:41 7:01 1:12 4:34 7:20 8:3313 Sabtu 5:31 5:41 7:01 1:12 4:34 7:20 8:3314 Ahad 5:31 5:41 7:01 1:12 4:34 7:20 8:3315 Isnin 5:31 5:41 7:01 1:12 4:34 7:20 8:3316 Selasa 5:31 5:41 7:01 1:12 4:35 7:20 8:3317 Rabu 5:31 5:41 7:01 1:12 4:35 7:20 8:3418 Khamis 5:30 5:40 7:01 1:12 4:35 7:20 8:3419 Jumaat 5:30 5:40 7:01 1:12 4:35 7:20 8:34

12 Jumaat 5:34 5:44 7:02 1:15 4:36 7:22 8:3513 Sabtu 5:33 5:43 7:02 1:15 4:36 7:22 8:3514 Ahad 5:33 5:43 7:02 1:15 4:36 7:22 8:3515 Isnin 5:33 5:43 7:02 1:15 4:37 7:22 8:3616 Selasa 5:33 5:43 7:02 1:15 4:37 7:22 8:3617 Rabu 5:33 5:43 7:02 1:15 4:37 7:22 8:3618 Khamis 5:32 5:42 7:02 1:15 4:37 7:23 8:3619 Jumaat 5:32 5:42 7:01 1:15 4:38 7:23 8:36

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Usaha meningkatkan ketepatan waktu giat dijalankan Ja-batan Falak, Jabatan Mufti Selangor bagi meningkatkan kesempurnaan ibadah umat Islam di negeri itu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yu-nus Hairi berkata, kajian itu akan men-jadikan Selangor mempunyai tiga zon waktu, bermula 2018.

“Apabila diperkenalkan dengan penelitian baik, Selangor dilihat perlu ada tiga zon waktu yang berbeza kera-na kita melihat kepada tempoh waktu yang agak panjang.

“Apabila diperkenalkan pada 2018 , maka ini juga suatu perkara baik kera-na keperluan kotemporari pada masa ini,” katanya ketika Majlis Perasmian

SHAH ALAM - Teknologi cip khas mengesan lokasi jemaah haji di Tanah Suci mula diuji penggunaannya, pada musim haji tahun ini.

Pengurus Besar Kanan Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, cip berkenaan bakal dipasang pada lencana pengenalan diri 480 jemaah, pada peringkat permu-laan.

Beliau berkata, pemantauan itu di-kendalikan 15 kakitangan teknologi mak-lumat daripada anak syarikat TH, Theta Edge Bhd.

“Ini adalah projek perintis menguji keber-kesanan penggunaannya, pada tahun ini.

“Melalui teknologi itu, kita dapat mengesan mereka jika berlaku kecema-san,” katanya lapor BERNAMA.

Syed Saleh berkata, TH juga bakal me-nambah jumlah petugas kepada 630 ber-banding 600 sebelum ini bagi memenuhi keperluan jemaah yang semakin ber- tambah.

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam membatalkan permohonan Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) untuk menye-mak kembali fatwa yang mengisytiharkan kumpulan itu haram dan menyeleweng daripada Islam.

Fatwa bertajuk  Fatwa Kedudukan Hiz-but Tahrir itu menyebut kumpulan agama terbabit menyeleweng menurut panda-ngan pegangan Ahli Sunah Waljamaah.

Keputusan itu diumumkan peguam yang mewakili Majlis Agama Islam Sela-ngor (MAIS), Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar.

Zainul berkata, HTM yang pertama memfailkan permohonan semakan keha-kiman dan menamakan Mufti Selangor, Dato’ Seri Tamyes Abd Wahid, jawatankua-sa fatwa negeri, MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor sebagai responden.

“HTM menyifatkan fatwa bersifat politik dan menafikan ahli mereka sesat. Dalam permohonan semakan kehakiman, me-

reka mahu mufti dan jawatankuasa fatwa mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka.

“Bagaimanapun, jurucakap HTM, Ab-dul Hakim diperintahkan membayar kos RM2,000 kepada setiap responden serta memerintahkannya mendapat kebena-ran mahkamah terlebih dahulu jika mahu memfailkan semula tindakan sama,” ka-tanya.

Katanya, setakat ini hanya Mahkamah Syariah Selangor sahaja yang mempunyai peruntukan bidang kuasa berkaitan se-makan kehakiman bagi menyemak kepu-tusan pihak berkuasa agama melalui pin-daan seksyen 66A Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2003.

Terdahulu, MAIS mengisytiharkan aja-ran HTM menyeleweng daripada ajaran Ahli Sunah Waljamaah dan melarang umat Islam mengikutinya, pada Disember 2015.

Mahkamah batal semakan kehakiman Hizbut Tahrir

Perkenal tiga zon waktu

Tingkat ibadah sempurna

Cip lokasi jemaah haji diuji tahun ini

Konvensyen Falak Selangor di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini, pada 6 Mei lalu.

Ahmad Yunus berkata, keper-luan tiga zon waktu itu bakal mem-beri impak khususnya menentukan waktu solat, berbuka puasa dan im-sak yang akan memberi jarak waktu lebih baik.

Katanya, langkah itu juga selaras dengan kajian dan cadangan sar-

jana astronomi Islam di peringkat antarabangsa.

Sebelum itu, Mufti Selangor, Dato’ Mohd Tamyes Abd Wahid memaklumkan Jabatan Falak su-dah melaksanakan penentuan dan pengesahan arah kiblat bagi sem-bilan masjid, 79 surau, 50 surau solat Jumaat, 36 tanah perkuburan serta 318 pelbagai premis lain, pada 2016.

Apabila diperkenalkan pada 2018 nanti, maka ini juga suatu perkara baik kerana keperluan kontemporari pada masa iniAHMAD YUNUS HAIRI Exco Hal Ehwal Agama Islam

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Ketua Akauntan Kementerian Kerja Raya. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontrak yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (Jika Berkenaan) beserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan)

Pejabat yang

Memanggil Tender

Tajuk Projek Taraf/Jenis Syarikat*

Gred, Kategori, Pengkhususan/

Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/

Kelas, Kepala & Sub Kepala

Tempat & Tarikh

Dokumen Mulai Dijual

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan,

JKR Negeri Selangor

CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN

MAAHAD TAHFIDZ SAINS

BAGAN LALANG, DAERAH SEPANG,

SELANGOR DARUL EHSAN

JKR/SEL/(N)013(T)/2017

BumiputeraT1

SPKK, PKK, STB & UPEN

Gred:G7

Kategori:B

Pengkhususan:B04

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan, JKR

Selangor.

11/05/2017(Khamis)

Hingga

24/05/2017(Rabu)

RM750.00

(Draf Bank/ Kiriman Wang/

Wang Pos)

Atas Nama:Bendahari

Negeri Selangor

Bahagian Kontrak &

Ukur Bahan,JKR Negeri

Selangor Tingkat. 1, Bangunan

SSAAS 40582

Shah Alam, Selangor

Pada:

31/05/2017(Rabu)

Sebelum/Pada Jam

12.00 tengahari.

Lawatan Tapak Di WAJIBKAN. Tarikh: 11/05/2017 (Khamis) Jam: 9.30 pagi. Bertempat di JKR Daerah Sepang Sebarang pertanyaan sila hubungi di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor. No. Telefon: 03 55447755

*Jenis SyarikatTempatan:

T1A1

A2

--

-

Syarikat 100% ekuiti Bumiputra milik tempatan (Warganegara)Syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang ditubuhkan dan diperbadanka di Malaysia oleh Warganegara Malaysia dan Pegangan saham individu asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja dianggotai 100% oleh warganegara.Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia dan equiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PKK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PKK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ.

“Kuota haji Malaysia tahun ini juga su-dah ditambah kepada 30,200 berbanding 27,900 sebelumnya.

“Kita juga membuat perancangan lain berdepan peningkatan jumlah jemaah seperti menyediakan bangunan pengi-napan di Makkah dan Madinah, pesawat serta pembimbing jemaah,” katanya.

Sejak 2012, TH banyak membangunkan penggunaan teknologi termasuk daripa-da segi keselamatan dan pengiraan jum-lah jemaah haji lebih tepat.

22Kebajikan

SelangorKini 12 - 19 Mei 2017

Program Ziarah Mesra Pesakit

JAIS dekati masyarakat

OLEH SYAZWANI SUFIAN

BANTING - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meneruskan program Ziarah Mesra Pesakit dengan menyantuni penghuni di Hospital Banting, di sini, pada 7 Mei lalu.

Exco Hal Ehwal Agama Ialam, Adat Me-layu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi ber-kata, program itu selaras hasrat menjadi-kan hospital sebagai institusi mesra rakyat dengan aktiviti ibadah.

Katanya, ia dilaksanakan bahagian Dak wah JAIS dengan kerjasama hospital, Ja-batan Kebajikan Masyarakat, Pusat Khid-mat DUN Sijangkang dan sukarelawan.

“Seramai 42 pesakit dilawati dengan 32 daripadanya pesakit di wad kanak-kanak,

manakala selebihnya di wad bersalin.“Kita berharap kehadiran ini bersama

sedikit sumbangan dapat memberi ke-ceriaan kepada pesakit yang terlantar di hospital,” katanya kepada SelangorKini.

Hadir sama, Penolong Pengarah Unit Ukhwah Dakwah JAIS, Muhamad Yusof Masran dan Timbalan Pengarah Penguru-san Hospital Banting, Ibrahim Mad Razale.

Pada masa sama, Ahmad Yunus berka-ta, terdapat enam hospital terbabit dalam program itu antaranya Hospital Klang, Se-layang, Serdang, Kajang dan Sungai Bu-loh.

“Program ini juga dapat membantu pe-sakit dengan memberikan mereka moti-vasi dan dakwah secara lebih sistematik,” katanya.

NOTIS

PEMBERITAHUAN FAKTA PERSETUJUAN PIHAK BERKUASA NEGERI KEPADA DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI

SELANGOR 2035

Menurut subseksyen 10(7) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) adalah diberitahu bahawa Pihak Berkuasa Negeri Selangor telah memberi persetujuannya pada 16 November 2016 kepada;

RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 2035NO. WARTA: 301, Jil. 70, No. 3

Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 itu sekarang dikenali sebagai Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 dan boleh diperiksa di tempat dan masa seperti berikut;

Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor

merangkap;Setiausaha

Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor

Tempat Masa

JBPD Selangor, Tingkat 16, Bangunan Darul Ehsan, No. 3,

Jalan Indah, Seksyen 14, 40646, Shah Alam, Selangor.

Waktu Pejabat9.00 a.m - 4.00 p.m

Gelandangan mualaf dibantuSHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya menjejaki gelandangan mualaf selepas berita berkenaannya tu-lar di laman sosial, baru-baru ini.

LZS dalam kenyataannya berkata, Muhammad Hai Abdullah, 51, memeluk Islam sejak 2009 di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kini dibantu me-lalui bantuan kewangan zakat negeri.

"Kami menjejaki tempat yang di-katakan beliau tinggal iaitu di bawah jambatan sejak dua tahun lalu (se perti viral), hasil siasatan, mendapati Muhammad Hai tinggal di sebuah je-jantas pejalan kaki di Pu-chong Jaya beralaskan kotak dan surat khabar lama.

"Kami terus mendaf-tarkan Muhammad Hai sebagai asnaf fakir sema-sa di bawah seliaan Oper-asi daerah Petaling.

"Kami berjaya mencari-kan sebuah bilik untuk menjadi tempat tinggal beliau," kata kenyataan

itu. Difahamkan, Muhammad Hai tidak

mempunyai pekerjaan dan pendapa-tan tetap selepas berhijrah dari Perak ke Selangor dan mula bermastautin di negeri itu, sejak dua tahun lalu.

"Bantuan disalurkan ialah sewa bilik bulanan yang akan dibayar terus ke-pada tuan rumah, bantuan kewangan bulanan dan juga sumbangan Rama-dan serta sambutan perayaan," kata ke-nyataan itu.

23SelangorKini 12 - 19 Mei 2017

Sukan

SUBANG JAYA - Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Mokhtar Da-hari yang membuka tirai pada 2 Mei lalu menyaksikan 32 pasukan bawah 18 tahun seluruh Sela-ngor berentap merebut kejuara-an.

Pengerusi Kejohanan, Dato’ Emran Kadir berkata, acara itu bagi mengenal pasti dan men-cungkil bakat baharu pemain bola sepak remaja untuk dikete-ngahkan sebagai pemain negeri seterusnya mengembalikan ke-gemilangan pasukan Selangor dan Malaysia.

Katanya, kejohanan edisi ke-empat itu juga masih mengekal-kan penglibatan sekolah seluruh negeri yang dipilih menerusi Maj-lis Sukan Sekolah Daerah (MSSD).

“Lebih membanggakan me-lalui kejohanan tahun lalu, 43 pemain diikat beberapa pasukan bawah 19 tahun negeri dan kelab antaranya Selangor, PKNS, Johor Darul Ta zim (JDT), Kuala Lumpur,

Perak, Melaka juga Negeri Sembi-lan”, katanya.

Majlis perasmian disempur-nakan Timbalan Pengarah Pen-didikan Selangor, Shashim Shah Harun dan turut disertai Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor), Mustaffa Kamil Ayub, di padang SMK USJ 23, di sini.

Sementara itu, Perangsang Se-langor dalam kenyataan berkata, perlawanan akhir kejohanan itu akan disaksikan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah di Kompleks Sukan Majlis Perban-daran Subang Jaya (MPSJ), pada 20 Mei ini.

Kenyataan itu turut memak-lumkan Perangsang Selangor sekali lagi muncul sebagai penaja utama sebanyak RM150,000 se-lain jersi untuk lapan pasukan yang layak ke peringkat suku akhir.

“Hadiah menarik menanti em-

KUALA SELANGOR - Sebanyak 50 regu bersaing mengungguli Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Lelaki Piala Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 2017 di Stadium Tertutup, Kom-pleks Sukan Kuala Selangor, ba-ru-baru ini.

Yang Dipertuanya, Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, ke-johanan tahunan itu bagi mem-beri peluang kepada belia tem-patan menguji kemampuan bersaing bersama regu luar dae-rah dan Selangor.

Katanya, ia juga mampu men-jadi landasan menonjolkan bakat baru dalam kalangan anak muda untuk digilap.

“Kegiatan sukan ini sewajarnya menjadi budaya rakyat Malaysia ke arah meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan.

“Pada masa sama, ia diharap dapat meningkatkan minat masyarakat untuk terus ber-main sukan tradisi ini supaya tidak luput ditelan zaman,” ka-tanya.

Mohd Azhar berkata, sepak

takraw juga boleh menjadi akti-viti alternatif kepada orang muda yang kini terdedah dengan ke-giatan bertentangan norma ma-syarakat.

“Penganjuran aktiviti sukan seperti ini sedikit sebanyak dapat menghindarkan golongan muda daripada terjebak dengan gejala sosial,” katanya.

Kejohanan itu menyaksi-kan Regu KJTT ‘A’ muncul juara selepas menewaskan regu Jaguh Kampung ‘A’, dan berjaya mem-bawa pulang RM1,000.

SHAH ALAM - Kerjasama Liabi-liti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) berpuas hati dengan kualiti pencahayaan lampu lim-pah Stadium Shah Alam yang menjadi lokasi tuan rumah pasu-kan PKNS FC selepas membuat penilaian, pada 3 Mei lalu.

Perkara itu dikongsikan FMLLP melalui kenyataan yang dimuat naik di laman sosial selepas melakukakan pemeriksaan ber-sama PKNS FC dan Stadium Shah Alam.

“Secara purata, Stadium Shah Alam mempunyai kecerahan 2800 ‘lux’ dan melepasi tahap minimum 1200 ‘lux’ serta layak digunakan sebelah malam bagi pertandingan Liga Malaysia.

“Syabas pengurusan Stadium

Shah Alam amnya dan Majlis Ban-daraya Shah Alam khususnya ke-rana berusaha memenuhi syarat ditetapkan FMLLP,” katanya.

Sementara itu, Pengurus PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid ketika dihubungi Sela-ngorKini mengesahkan perkara terbabit dan memaklumkan pi-haknya masih menunggu surat rasmi daripada FMLLP bagi mem-bolehkan mereka beraksi, pada waktu malam.

“Pemeriksaan semua berjalan dengan baik. Secara lisan, PKNS FC dijangka boleh mengguna-kan Stadium Shah Alam untuk aksi Liga Super menentang Ke-dah, pada 9 Mei dan Johor Darul Ta zim (JDT) pada 24 Mei ini,” ka-tanya.

Piala Dato’ Mokhtar Dahari

�� pasukanberentap

pat pasukan terbaik kejohanan dengan johan akan menerima wang tunai RM10,000 serta pin-gat, sijil, piala iringan dan piala pusingan.

“Naib johan RM7,000 serta pingat dan sijil, tempat ketiga RM5,000, manakala tempat ke-empat menerima RM3,000 serta pingat dan sijil.

“Selain itu, terdapat juga a-nugerah lain iaitu Pemain Ter-baik, Penjaring Gol Terbanyak, Penjaga Gol Terbaik serta Pasu-kan Penyokong Terbaik,” kata-nya.

Turut dianjurkan, Seminar Pengurusan Diri dan Masa De-pan Pemain Bola Sepak Profe-sional Malaysia bagi memberi

pendedahan awal kepada juru-latih dan remaja berkenaan ker-jaya sukan terbabit.

Sementara itu, juara bertahan SMK Tinggi Kajang berjaya me-newaskan pasukan tuan rumah, SMK Sri Permata dengan kepu-tusan 1-0 ketika perlawanan pembuka tirai bagi merebut Pia-la Sumbangsih.

Kualiti stadium memuaskan

Cari pelapis sepak takraw

kuisan cantik yang gagal diha-lang Zamir.

Selepas ketinggalan 2 -0, skuad bimbingan E Elavarasan meng-gandakan serangan pada babak kedua bagi memberi tekanan ke-pada pasukan tuan rumah serta merapatkan jurang gol.

Pada minit ke-52, detik dinanti diperoleh Pilihan Selangor apabi-la mendapatkan sepakan penalti selepas Safee dijatuhkan dalam kotak penalti tetapi sepakan di-ambilnya tidak tepat ke sasaran dengan melepasi pintu gol Pili-han Singapura.

Selang tujuh minit selepas itu, Pilihan Singapura diberikan

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

23

�� pasukan berentap Piala Dato’ Mokhtar Dahari

Piala Sultan Selangor

Singa mengaum di laman sendiriOLEH HAFIZAN TAIB

SINGAPURA - Pilihan Selangor gagal menyaingi cabaran Pilihan Singapura apabila tewas tipis 3-2 dalam pertandingan Piala Sultan Selangor di Stadium Nasional, di sini, pada 6 Mei lalu.

Perlawanan berlangsung se-ngit dengan kedua pasukan melancarkan serangan dari wisel permulaan, namun pasukan tuan rumah tidak menunggu lama untuk mendahului dengan jaringan Khairul Nizam, pada minit ke-10.

Khairul Nizam menewaskan penjaga gol Pilihan Selangor, Za-

Belum cukup nafi kejayaan Singapura

mir Selamat, hasil gerakan pantas dengan melepaskan tendangan kencang tepat menerjah jaring.

Gol terbabit merancakkan perlawanan dan meniupkan se-mangat anak didik Fandi Ahmad untuk melancarkan serangan, namun tindakan sama dilakukan Pilihan Selangor diwakili PKNS FC dengan jentera serangan dipimpin ketua pasukan, Safee Sali selain memasukkan Mathias Hadwa (m40) menggantikan Sim Woon Sub.

Namun, Plihan Singapura terus mengukuhkan kedudukan dengan gol kedua jaringan Sha-kir Hamzah (m43) melalui satu

penalti selepas Khairul Nizam dikasari pemain pertahanan pa-sukan pelawat dan Faris Ramli menyempurnakannya untuk gol ketiga.

Ketinggalan tiga gol tidak me-lemahkan Pilihan Selangor de ngan terus menggandakan asakan ke depan pintu gol Pilihan Singapura.

Gol dicari menyusul melalui Gonzalo Soto (m76) dengan sepakan melepasi penjaga gol, Hasaan Sunny bagi merapatkan

jurang untuk kedudukan 2-3.Pilihan Selangor berusaha

mendapatkan gol ketiga tetapi pasukan tuan rumah kental ber-tahan bagi mengekalkan kele-bihan dan keputusan itu kekal hingga perlawanan berakhir.

Dalam perlawanan sebelum-nya, Veteran Selangor dan Ve- teran Singapura mencatatkan seri 0-0, manakala pasukan Seko-lah Sukan Singapura Bawah 16 tahun mengalahkan Gabungan Sekolah Selangor, 4-3.

SINGAPURA - Walaupun Pilihan Selangor memberi cabaran hebat kepada Si

ngapura untuk meraih Piala Sul-tan Selangor, namun ia masih belum mencukupi bagi mencipta kejayaan.

Dalam perlawanan di Sta-dium Nasional, di sini, pasu-

kan seberang Tambak Johor itu mengekalkan kejuaraan dengan

mengalahkan Pilihan Sela-ngor, 3-2.

“Apabila kita gagal dengan

penalti (men-j a r i n g k a n gol), ia mem-

beri kelebihan kepada lawan.“Tentunya saya kecewa kerana kita juga

gagal menyudahkan beberapa peluang terhidang bagi menghasilkan gol,” kata ju-rulatih Pilihan Selangor, E Elavarasan dalam sidang media selepas perlawanan itu.

Beliau berkata, sebagai sebuah pasu-kan kelab (PKNS FC), pasukannya berjaya memberi cabaran kepada Pilihan Singapu-ra yang ternyata lebih baik dengan jentera serangan memberi tekanan kepada pasu-kannya.

Katanya, bagaimanapun Pilihan Sela-ngor berjaya mencabar hebat terutama pada separuh masa kedua dengan bebera-pa percubaan tetapi gol dicari tidak diper-oleh.

“Jika keputusan menjadi 3-3 dan perla-wanan perlu ditentukan dengan sepakan penalti, saya kira lebih adil tetapi tidak adil pula untuk Pilihan Singapura kerana mereka bermain lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Jurulatih Pilihan Singapura, Fandi Ahmad berkata, barisan pemainnya berjaya menye-rap tekanan Pilihan Selangor dengan permainan berkesan dan tersusun.

“Kita berjaya dengan gerakan tersusun melalui gandi-ngan mantap pemain disertai sokongan pe-nonton sepanjang perlawanan.