profil pertubuhan · visi & misi 4 4. matlamat dan tujuan 4 5. ahli jawatankuasa 5 ... carta...
TRANSCRIPT
PROFIL PERTUBUHAN
Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai
kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan
yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang
siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan
lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini,
Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari
telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)
Muka surat
1. Maklumat Organisasi 2
2. Latar Belakang Penubuhan 3
3. Visi & Misi 4
4. Matlamat dan Tujuan 4
5. Ahli Jawatankuasa 5
6. Carta Organisasi 5
7. Kos Operasi Bulanan 6
8. Sumber Dana 7
9. Perancangan Masa Depan 8
10. Harapan 9
ISI KANDUNGAN
1
“Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat dan
anak-anak yatim serta orang miskin”. (Al Baqarah: 83)
Nama Pertubuhan:
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN SAHABAT MUQARRABIN NEGERI PAHANG
No. Pendaftaran Pertubuhan :
PPM-012-06-16062015
Rumah Gabungan:
1. RUMAH ANAK YATIM DAN ASNAF PERMATA AL KAUTHAR (PEREMPUAN)
No. 2, Lorong 41, Taman Berjaya Permai, Kuantan
No. Akaun Bank Islam : 06019010105367
2. RUMAH KEBAJIKAN ASNAF SAHABAT MUQARRABIN (LELAKI)
Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah
No. Akaun Bank Islam : 06064010019744
3. RUMAH ANAK YATIM & ASNAF DARUL FATIHA (LELAKI)
Lot 160, Kampung Seri Damai, Kuantan,
No. Akaun Maybank : 556011096804
Alamat Perhubungan:
NO. 2, LORONG 41, TAMAN BERJAYA PERMAI 25150 KUANTAN, PAHANG D. MAKMUR
Perhubungan :
Tel : 013 9388044 (Ust. Hamdan Yusi) Tel : 013 9825851 (Ust. Amirul)
Tel : 013 4897703 (Br. Mahadi) Tel : 012 2215896 (Puan Suzana)
Tel : 011 55053469 Ustaz Sazman) Tel : 013 4807703 (Dr. Nor Ilyani)
Emel : [email protected]
Emel : [email protected] / [email protected]
Facebook : www.facebook.com/sahabatmuqarrabin
Instagram : www.instagram.com/sahabatmuqarrabin
Twiter : https://twitter.com/sahabatmuqarra3
Facebook : Sahabat Muqarrabin
Facebook : Rumah Permata Al Kauthar
Facebook : Rumah Kebajikan Asnaf Sahabat Muqarrabin
Laman sesawang : www.almuqarrabin.org
2
MAKLUMAT ORGANISASI
Pertubuhan Kebajikan Dan Pendidikan Sahabat Muqarrabin Negeri Pahang (Sahabat
Muqarrabin) mula ditubuhkan pada Disember 2015. Awal penubuhannya adalah
untuk menguruskan pusat jagaan anak yatim dan anak asnaf perempuan Permata
Al Kauthar yang beralamat di No. 2 Lorong 41, Taman Berjaya Permai. Rumah
kebajikan ini mula beroperasi pada 3 Januari 2016. Rumah ini diasaskan oleh En.
Mahadi bin Hj. Deraman bersama Al Fadzil Ustaz Hamdan Yusi bin Mohd Yusof dan
dibantu oleh tuan rumah yang mewakafkan rumah mereka untuk kegunaan anak-
anak asnaf ini. Sekitar bulan Jun tahun yang sama Rumah Sahabat Muqarrabin lelaki
pula beroperasi di Pinggir Pelangi Muadzam Shah yang menempatkan anak-anak
yatim dan asnaf lelaki. Alhamdulillah berkat kerjasama dan sokongan semua pihak
pada Februari 2019 Rumah Darul Fatiha di Seri Damai mula beroperasi yang
menempatkan anak-anak yatim dan asnaf lelaki. Rumah-rumah ini sebagai tempat
penginapan untuk anak-anak asnaf yang terdiri daripada anak-anak yatim piatu,
anak gelandangan, anak-anak saudara baru dan anak-anak fakir miskin di negeri
Pahang.
Sistem pengajian kami berkonsepkan asrama di mana anak-anak belajar di sekolah
berdekatan manakala di rumah anak-anak akan diajar pelajaran agama
termasuklah hafazan Al Quran.
Pertubuhan ini akan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan pusat penempatan
yang kondusif bagi anak-anak asnaf agar kehidupan mereka lebih terjamin dan
mereka terisi dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membina insan yang bertakwa. Kami
berusaha untuk membimbing mereka agar mempunyai kefahaman agama yang
mantap bagi membentuk generasi anak-anak asnaf yang cemerlang akademik dan
cemerlang penghayatan agamanya. Kami berharap agar dengan usaha murni ini
kehidupan mereka akan lebih terjamin pada masa depan. Semoga anda terus
bersama kami berkongsi nikmat Tuhan dan bersama-sama menjayakannya.
LATAR BELAKANG PENUBUHAN
3
“Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi
(sesiapa yang dikehendaki-Nya)’, dan apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-
baiknya.” (Surah Saba ayat 39).
“Rapat Dengan Tuhan Erat Sesama Insan”
Membela dan mendidik anak-anak asnaf untuk mencipta masa depan
yang cemerlang
Membina jati diri dan potensi anak asnaf ke arah kehidupan yang lebih baik
Menganjurkan aktiviti kebajikan dan pendidikan untuk anak-anak asnaf
1. Membela anak-anak asnaf yang kurang berkemampuan dengan
menyediakan tempat tinggal, bantuan persekolahan dan lain-lain keperluan
2. Membina potensi dan sahsiah anak-anak asnaf ke arah melahirkan
keperibadian mulia dan unggul serta taat kepada perintah Allah
3. Mengumpul dana kebajikan bertujuan menguruskan perbelanjaan serta
bantuan kepada anak-anak asnaf
4. Menggembeling mereka yang bersimpati terhadap anak-anak asnaf supaya
dapat memberikan sumbangan kewangan, tenaga dan idea untuk
membela golongan tersebut
5. Menguruskan bantuan dan sumbangan daripada orang yang berada untuk
disalurkan kepada rumah-rumah kebajikan
VISI
MISI
MATLAMAT DAN TUJUAN
4
MOTTO
Pengerusi : HAJI HAMDAN YUSI BIN YUSOF
Timbalan Pengerusi : HAJI NOR HAMIZI BIN JAMALUDDIN
Setiausaha : SDR. MAHADI BIN DERAMAN
Pen. Setiausaha : SDR. MUHAMMAD HURHIDAYAT BIN NORAZMI
Bendahari : ENCIK AMIRUL AKMAL BIN SAHARDIN
Ahli Jawatankuasa : ENCIK MOHD SAZMAN BIN SARATIM
DR. NOR ILYANI BINTI MOHAMED NAZAR
PUAN SALAWATI BINTI HASSAN
AHLI JAWATANKUASA
CARTA ORGANISASI
PENGURUS
JK PENGURUSAN
JK AKADEMIK & KO
KURIKULUM
PENGERUSI
JK PENGUMPULAN DANA
JK HAL EHWAL PELAJAR JK PEMBANGUNAN
INFRASTRUKTUR
JK DAKWAH & TARBIYAH
WARDEN
5
Bil Jenis Perbelanjaan Jumlah (RM)
1 Emolumen Staf (6 orang) 8,000.00
2 Utiliti (elektrik, air & telefon) 1,500.00
3 Makan Minum (RM10.00 x 40 orang x 30 hari) 12,000.00
4 Wang Saku Sekolah (RM3.00 x 40 orang x 26 hari) 3,120.00
5 Kesihatan dan Kecemasan 500.00
6 Petrol & Penyelenggaraan Kenderaan 1,000.00
JUMLAH 26,120.00
* Tawaran dibuka kepada individu atau syarikat korporat untuk
menaja perbelanjaan tersebut.
Nombor Akaun
06019010105367 (PERMATA AL KAUTHAR & DARUL FATIHA) “PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN SAHABAT
MUQARRABIN”
06064010019744
“RUMAH KEBAJIKAN ASNAF SAHABAT MUQARRABIN MUADZAM
SHAH”
556011096804 (PERMATA AL KAUTHAR & DARUL FATIHA) “PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN SAHABAT
MUQARRABIN”
Nota :
1. Jika sumbangan wang tunai, hendaklah diserahkan secara SERAHAN TANGAN
di Pejabat
2. Jika sumbangan melalui cek / M.O / P.O, boleh di pos ke alamat kami.
3. Pastikan setiap sumbangan wang mendapat resit rasmi Sahabat Muqarrabin
KOS OPERASI BULANAN
6
Setakat ini sumber dana Permata Al Kauthar adalah semata-mata datangnya dari
derma dan infaq orang ramai. Kami telah merangka pelbagai strategi bagi
mendapatkan dana bagi menguruskan rumah ini.
Menjual Sijil Waqaf Pembangunan
a. Memohon sumbangan dari badan-badan korporat dan individu korporat
b. Rayuan Ramadhan
c. Sumbangan derma dari masyarakat umum melalui tabung derma, sedekah
dan infaq.
Kami juga bersedia menerima sumbangan dalam bentuk ;
1. Bahan makanan dan minuman
2. Bahan binaan
3. Perabot dan peralatan elektrik
4. Barangan keperluan harian
5. Alatan persekolahn
6. Wang Riba
SUMBER DANA
7
Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu
membersihkan dan mensucikan mereka, dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan
Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah At Taubah : 103)
Perancangan kami pada masa hadapan adalah mempunyai kompleks rumah asnaf
sendiri yang boleh menempatkan seramai 100 orang anak-anak. Setakat ini tanah
telah ada seluas 3 ekar yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah bertempat di
Kampung Cherok Paloh Kuantan. Setakat ini kerja tanah telah dilakukan dan dalam
peringkat mengumpul dana. Fasa pertama sebanyak RM800,000.00 diperlukan untuk
membina sebuah bangunan asrama dan surau.
Jumlah keseluruhan kos keseluruhan pembangunan adalah lebih kurang RM 1.5 juta
(Ringgit Malaysia: Satu juta Lima Ratus Ribu) yang meliputi pembinaan :
1. Blok asrama perempuan untuk 50 orang pelajar dan kelengkapan
2. Rumah warden (2 buah Semi D)
3. Dewan Serbaguna
4. Kawasan riadah
Cadangan Akan Datang
Pembelian van untuk penghantaran
anak–anak ke sekolah dan
menghadiri program-program
PERANCANGAN MASA DEPAN
8
Kami mengharapkan sokongan dan bantuan dari masyarakat yang prihatin bagi
tujuan membela anak-anak yatim dan anak asnaf ini dengan baik agar kita dapat
mengecapi nikmat Allah secara bersama.
Jadikanlah kami sebagai wadah untuk masyarakat menabur bakti dan amal jariah
yang akan menjadi bekalan pahala kita semasa hidup ini. Mudah-mudahan usaha
murni ini dikira sebagai ibadah di sisi Allah Rabbul Jalil. Inilah sumbangan, ibadah dan
khidmat bakti kita buat bekalan kita di alam barzah dan alam akhirat nanti. Insya
Allah.
HARAPAN
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang
yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti
dengan sebiji / sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai
(bulir), pada tiap-tiap tangkai pula ada seratus biji. Allah
melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki.
Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui”
(Surah Al Baqarah : 261)
9