pro siding kajian tindakan smart board
DESCRIPTION
smart boardTRANSCRIPT
PENGGUNAAN ‘SMART BOARD’ DAPAT MENINGKATKAN TAHAP
PENGUASAAN DALAM ANYAMAN SIKU KELUANG MURID TAHUN 3
MOHD TAUFIK A/L ALANG
SK CHENDERIANG
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan membantu murid meningkatkan tahap
penguasaan murid dalam bidang mengenal kraf tradisional anyaman kelarai siku
keluang. Kajian ini menggunakan ‘Smart Board’ sebagai bahan bantu belajar yang
memudahkan murid untuk menghasilkan anyaman kelarai siku keluang. Dengan
adanya bahan bantu belajar ‘Smart Board’ dapat meningkatkan tahap penguasaan
dan minat murid dalam bidang anyaman murid tahun 3. Responden kajian ini terdiri
daripada 5 orang murid dari tahap 1 kelas tahun 3. Respondan kajian ini dipilih
berdasarkan keputusan ujian diagnostik, pemerhatian dan juga soal selidik.
Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman pengkaji bidang mengenal kraf tradisional
anyaman kelarai siku keluang, pengkaji mendapati murid tidak dapat menguasai
tahap penguasaan melepasi tahap penguasaan 2 dalam Penilaian Berasaskan
Bekolah(PBS). Permasalahan yang dihadapi pengkaji adalah murid tidak melepasi
tahap penguasaan yang dikehendaki dan pengkaji menggunakan ‘Smart Board’ untuk
membantu murid melepasi tahap penguasaan 2 kepada tahap penguasaan 3, 4, 5 dan
6 dalam membuat anyaman kelarai siku keluang. Pengumpulan data dilaksanakan
menggunakan kaedah pemerhatian, temubual, ujian pra, ujian pos dan soal selidik.
Dapatan kajian menunjukkan intervensi yang digunakan berjaya membantu semua
respondan kajian meningkatkan tahap penguasaan(TP) membuat anyaman kelarai
siku keluang iaitu seorang murid mendapat TP3, dua orang murid mendapat TP4,
dua orang murid TP5. Kajian tindakan ini diharapkan dapat membantu dan memberi
manfaat kepada guru-guru dalam meningkatkan tahap penguasaan dalam pengajaran
dan pembelajaran Dunia Seni Visual.
Kata Kunci: ‘Smart Board’,Siku Keluang
1.0 PENDAHULUAN
Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian dalam pengajaran dan pembelajaran kelas
tahun 3 dalam bidang anyaman, pengkaji mendapati terdapat murid yang hanya
mendapat tahap penguasaan 1 dan 2 dalam penilaian berasaskan sekolah (PBS).
Tahap penguasaan 1 dan 2 menunjukkan murid tidak dapat menghasilkan anyaman.
Murid yang mendapat tahap penguasaan 1 dan 2 mengatakan aktiviti anyaman dalam
bidang kraf tradisional adalah terlalu susah dan sukar untuk disiapkan dalam tempoh
masa pengajaran dan pembelajaran. Ada segelintir murid menganggap aktiviti
anyaman membosankan dan kurang menarik minat.
Semasa mengajar mata pelajaran Dunia Seni Visual kepada murid-murid
tahun 3 disekolah pengkaji iaitu berfokuskan kepada bidang Mengenal Kraf
Tradisional terdapat beberapa orang murid yang sukar untuk membuat dan
menyiapkan anyaman dengan memasukkan kertas warna pada bingkai anyaman.
Kelas yang diajar oleh pengkaji adalah kelas tahun 3 seramai 15 orang murid
iaitu terdiri daripada 8 orang murid Orang Asli, 5 orang murid Melayu dan 2 murid
Pakistan. Manakala bilangan mengikut jantina pula murid tahun 3 terdiri daripada 6
orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan. Jika diperhatikan murid tahun 3
merupakan murid orang asli lebih ramai dari murid berbangsa yang lain. Kebanyakan
murid tahun 3 lemah dalam pembelajaran dan ramai murid pemulihan. Murid yang
lemah dalam pembelajaran sebenarnya bukanlah murid yang tidak minat dalam mata
pelajaran Dunia Seni Visual, sebaliknya mereka adalah murid yang minat mata
pelajaran Dunia Seni Visual. Disebabkan kesukaran untuk menyiapkan tugasan
aktiviti yang diberikan menyebabkan murid yang lemah tidak mampu mencapai
standard pembelajaran yang ditetapkan.
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan tahap penguasaan menganyam
dalam bidang kraf tradisional anyaman dalam kalangan murid-murid tahun 3 di
sekolah pengkaji dengan kaedah menggunakan ‘Smart Board’. Berdasarkan
pengalaman yang lalu murid tahun 3 ramai mencapai tahap penguasaan tahap
penguasaan 2. Bagi tahap penguasaan 3 hingga 6 hanya 1 hingga 2 orang murid
sahaja yang menguasai.
Bidang mengenal kraf tradisional anyaman kelarai siku keluang adalah
aktiviti yang mencabar kerana murid keliru apabila membuat anyaman siku keluang.
Faktor tidak dapat menghasilkan anyaman kelarai siku keluang kemungkinan murid
tidak fokus semasa guru tunjuk cara ataupun disebabkan keliru untuk menyelit
anyaman. Pemerhatian tahap penguasaan dapat dikenal pasti melalui Penilaian
Berasaskan Sekolah yang telah diisi oleh guru matapelajaran sepanjang tahun untuk
fail perkembangan murid. Penilaian tersebut untuk menentu tahap penguasaan dalam
setiap matapelajaran.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Umum
3.1.1 Kajian ini dapat meningkatkan tahap penguasaan murid dengan
pelbagai anyaman.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Meningkatkan tahap penguasaan murid melepasi tahap penguasaan 2
dalam penghasilan anyaman kelarai siku keluang.
3.2.2 Murid dapat menghasilkan anyaman kelarai siku keluang dengan
menggunakan ‘Smart Board’.
3.3 Soalan Kajian
3.3.1 Adakah penggunaan ‘Smart Board’ dapat meningkatkan tahap
penguasaan murid melepasi tahap penguasaan 2 dalam penghasilan
anyaman kelarai siku keluang?
3.3.2 Apakah penggunaan ‘Smart Board’ dapat membantu murid dalam
menghasilkan kraf tradisional anyaman kelarai siku keluang?
3.3.3 Bagaimanakah penggunaan ‘Smart Board’ dapat membantu
meningkatkan tahap penguasaan murid membuat anyaman kelarai siku
keluang.
4.0 PERANCANGAN TINDAKAN
4.0 PELAKSANAAN TINDAKAN
4.1 Spesifikasi Intervensi
‘Smart Board’ yang direka oleh pengkaji adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap
penguasaan dan minat murid dalam bidang anyaman kelarai siku keluang. Pengkaji
menggunakan fail keras untuk membina ‘Smart Board’. Kenapa pengkaji
menggunakan fail keras untuk membuat ‘Smart Board’ adalah kerana fail keras lebih
tahan lama dan ringan. Fail keras tersebut pengkaji ubah suai kedudukan fail keras
tersebut seperti kedudukan ‘A’. Tujuan pengkaji ubah suai kedudukan fail keras
tersebut kerana pengkaji mahu penglihatan murid secara menegak kehadapan semasa
4. REFLEKSIMembuat refleksi dan keputusan menunjukkan peningkatan yang sedikit
1. PERANCANGANi) merancang intervensi 1 menggunakan ‘Smart Board’.ii) membina beberapa instrumen penilai untuk mendapatkan data.
3. PEMERHATIANMelaksanakan pemerhatian daripada
- Hasil dapatan- Analisis dapatan
2. TINDAKANi) melaksanakan intervensi menggunakan ‘Smart Board’.ii) melaksanakan pengumpulan data.
GELUNG LINGKARAN MODEL KURT LEWIN
(1946)
membuat anyaman. Semasa guru menunjuk langkah-langkah membuat anyaman,
pandangan murid selaras dengan pandangan kearah anyaman yang terdapat pada
‘Smart Board’. Oleh itu murid dapat mengikut langkah demi langkah tunjuk cara
membuat anyaman.
Berikut merupakan keterangan penuh tentang penggunaan alat ‘Smart Board’:
Langkah 1:
i) Menggunting jalur kertas berwarna dan bingkai anyaman kertas. Murid perlu
munggunting templat siap garisan jalur-jalur kertas berwarna dan templat bingkai
anyaman kertas bersaiz 1 cm.
langkah 2:
i) Kepilkan bingkai anyaman pada ‘Smart Board’. Apabila semua jalur kertas
berwarna dan bingkai anyaman siap digunting, kepilkan bingkai anyaman tersebut di
atas permukaan‘Smart Board’. Ianya perlu dipasang dengan kemas agar kedudukan
bingkai anyaman betul, tepat dan kemas bagi memudahkan proses anyaman.
Langkah 3:
i) Proses menganyam kertas. Memasukan kertas berwarna pada bingkai anyaman
berpandukan kepada contoh kelarai yang disediakan.
Langkah 4:
i) Melekatkan anyaman. Setiap barisan anyaman yang siap perlu dikemaskan dengan
meletakkan gam pada hujung bingkai anyaman. Pastikan semua barisan anyaman
diletakkan setelah siap menganyam.
Langkah 5:
i) Membuat kemasan. Setelah siap anyaman, buat kemasan dengan menggunting
lebihan jalur anyaman yang terdapat pada bingkai anyaman kertas tadi. Pastikan
bingkai anyaman telah dialihkan dari alat ‘Smart Board’. Anyaman kelarai siap
untuk dipamerkan.
5.0 MENGUMPUL DATA
Intervensi 1
Dalam intervensi 1 pengkaji telah mengenalpasti murid yang tidak melepasi tahap
penguasaan 2 berdasarkan keputusan ujian diagnostik dan pemerhatian sebelum
intervensi. Murid yang terpilih akan dibekalkan dengan ‘Smart Board’. Dalam
intervensi ini pengkaji akan menggunakan ‘Smart Board’ bagi melihat sama ada
murid yang dipilih dapat melepasi tahap penguasaan 3 atau pun tidak. Ujian pra,
senarai semak pemerhatian dan temu bual digunakan dalam intervensi 1.
Ujian pra
Murid yang telah dipilih akan menjalankan ujian pra iaitu dengan menggunakan
‘Smart Board’. Terlebih dahulu pengkaji menerangkan dan tunjuk cara mengguankan
‘Smart Board’. Cara penggunaan ‘Smart Board’ telah diperjelaskan dispesifikasi
intervensi. Semasa ujian pra murid dikehendaki kedudukan menghadap kehadapan
kelas. Pengkaji akan menunjukkan tunjuk cara membuat anyaman kelarai siku
keluang dan murid akan mengikut langkah demi langkah dengan menggunakan
‘Smart Board’.
Respondan Tahap Penguasaan
1 2 3 4 5
Murid 1 x
Murid 2 x
Murid 3 x
Murid 4 x
Murid 5 x
Jadual 1 : Tahap Penguasaan ujian Pra.
Pemerhatian
Senarai semak pemerhatian disediakan berdasarkan instrumen yang disediakan
selepas menjalankan intervensi 1. Tujuan pemerhatian dijalankan adalah untuk
mengenalpasti penggunaan ‘Smart Board’ mencapai objektif meningkatkan tahap
penguasaan.
Temu bual
Temubual dijalankan selepas intervensi 1 bagi mengenalpasti penggunaan ‘Smart
Board’ dapat membantu meningkatkan tahap penguasaan murid. Temua bual
dijalankan secara tidak formal dimana guru akan bertanya dengan soalan berstruktur.
Segala temu bual tersebut akan dicatat untuk dianalisis.
Intervensi 2
Intervensi 2 dijalankan bagi melihat peningkatan tahap penguasaan murid dalam
aktiviti anyaman kelarai siku keluang dengan menggunakan ‘Smart Board’.
Ujian pos
Ujian pos sama dijalankan seperti ujian pra dimana murid menggunakan ‘Smart
Board’. Murid menjalankan aktiviti anyaman kelarai siku keluang mengikut prosedur
seperti ujian pra.
Respondan Tahap Penguasaan
1 2 3 4 5
Murid 1 x
Murid 2 x
Murid 3 x
Murid 4 x
Murid 5 x
Jadual 2 : Tahap Penguasaan ujian Pos.
Pemerhatian
Soal selidik disediakan berdasarkan instrumen yang disediakan selepas menjalankan
intervensi 2. Tujuan Senarai semak pemerhatian dijalankan adalah untuk
mengenalpasti penggunaan ‘Smart Board’ mencapai objektif.
Temu bual
Temubual dijalankan selepas intervensi 2 bagi mengenalpasti penggunaan ‘Smart
Board’ dapat membantu meningkatkan tahap penguasaan murid. Temua bual
dijalankan secara tidak formal dimana guru akan bertanya dengan soalan berstruktur.
Segala temu bual tersebut akan dicatat untuk dianalisis.
Catatan Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan sepanjang intervensi 2 bagi melihat peningkatan atau minat
yang ditunjukkan. Selain itu pemerhatian hasil kerja murid menggunakan ‘Smart
Board’ dicatat dan dinilai.
6.0 ANALISIS DAN INTEPRESTASI DATA
Perbandingan diantara data pencapaian tahap penguasaan ujian pra dan pos.
Jadual 3 : Data Tahap Penguasaan Ujian Pra.
Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 50
1
2
3
4
5
6
Tahap penguasaan muridColumn1
Jadual 4 : Data Tahap Penguasaan Ujian Pos.
Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 50
1
2
3
4
5
6
Ujian PraUjian Pos
Jadual 5 : Perbandingan Tahap Penguasaan Ujian Pra dan Ujian Pos.
Berdasarkan jadual 11, pencapaian murid dalam ujian pra adalah kurang
menggalakkan, iaitu didapati hanya 4 orang murid mencapai tahap penguasaan 3.
Manakala seorang murid hanya mencapai tahap penguasaan 2. Walaubagaimanapun,
pencapaian murid meningkat berbanding sebelum intervensi dijalankan. Seterusnya
dapatan kajian melalui ujian pos pula menunjukkan peningkatan tahap penguasaan
murid meningkat. Daripada analisis perbandingan diantara ujian pra dan ujian pos
murid 1 meningkat dari tahap penguasaan 3 kepada tahap penguasaan 4. Murid 2
pula menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu dari tahap penguasaan 3 kepada
Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 50
1
2
3
4
5
6
Tahap penguasaan murid
tahap penguasaan 5. Bagi murid 3 pula, berlakunya peningkatan dari tahap
penguasaan 2 kepada tahap penguasaan 3, dimana telah melepasi tahap penguasaan
2. Murid 4 juga menunjukkan peningkatan satu tahap penguasaan iaitu dari tahap
penguasaan 3 kepada tahap penguasaan 4.
Seterusnya murid 5 pula menunjukkan peningkatan yang boleh dibanggakan
kerana peningkatan yang ketara iaitu dari tahap penguasaan 3 kepada tahap
penguasaan 5. Dari analisis keseluruhan peserta kajian telah menunjukkan
peningkatan dan telah melepasi tahap penguasaan 2. Dengan menggunakan ‘Smart
Board’, ia dapat membantu murid untuk meningkatkan tahap penguasaan dari tahap
yang rendah ketahap yang tinggi.
7.0 KESIMPULAN DAN REFLEKSI
Berdasarkan dapatan ujian diagnostik yang telah dianalisis, 5 orang murid telah
dikenal pasti untuk kajian pengkaji berdasarkan tahap penguasaan. 5 orang murid
yang dipilih selepas ujian diagnostik merupakan murid yang tidak melepasi tahap
penguasaan 2. Oleh itu pengkaji telah menggunakan kaedah inovasi iaitu
menggunakan ‘Smart Board’ bagi tujuan meningkatkan tahap penguasaan murid.
Persoalan ini terjawab berdasarkan data analisis soal selidik, temu bual, ujian pra dan
ujian pos. Analisis data menunjukkan 100 peratus murid sebagai respondan kajian
telah melepasi tahap penguasaan 2.
Hasil yang diperoleh daripada kajian ini diharapkan dapat dimanfaatkan
sepenuhnya oleh semua pihak yang berkenaan terutama guru-guru yang mengajar
tahun 3 dalam bidang mengenal kraf tradisional anyaman kelarai siku keluang.
Justeru itu, segala dapatan yang diperoleh daripada kajian ini diharapkan dapat
membantu meningkatkan tahap penguasaan murid dalam tajuk anyaman kelarai siku
keluang. Selain itu ia juga dapat membentuk pengajaran dan pembelajaran secara
inovatif dan kreatif.
8.0 KAJIAN SETERUSNYA
Kajian ini telah berjaya membuktikan bahawa penyediaan dan penggunaan ‘Smart
Board’ sebagai alat bantu mengajar dalam aktiviti anyaman siku keluang. Harapan
pengkaji pada masa akan datang dapat memperbaiki dan memurnikan lagi inovasi
‘Smart Board’ supaya menjadi lebih baik lagi. Seterusnya pengkaji berharap kajian
akan datang dapat meningkatkan kualiti dan penambahbaikkan ‘Smart Board’ supaya
lebih tahan lama dan boleh digunakan oleh guru-guru. Selain itu kajian ini dapat
dijalankan dalam tempoh masa yang lebih lama agar proses pelaksanaan kajian
menjadi lebih afektif dan efision.
9.0 SENARAI RUJUKAN
DSKP(2012). Dunia Seni Visual Tahun 3. Bahagian Pembangunan
Kurikulum. Kuala Lumpur.
KPM (2012). Buku Panduan Guru Dunia Seni Visual Tahun 3 KSSR. Kementerian
Pelajaran Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Lembaga Peperiksaan (2014). Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rosinah Edinin (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Kuala
Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd.
Alimuddin Mohd Dom (2012). Kreativiti, inovasi dalam pendidikan. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Fahanni. (2012). Inovasi Dan Perubahan Dalam Pendidikan. Diperolehi
September 15, 2015 dari http://fahannieedu3109.blogspot.my/2012/08/
inovasi-dan-perubahan-dalam-pendidikan.html