prinsip asas pengurusan islam
DESCRIPTION
ÂTRANSCRIPT
Pengurusan Dalam Islam
Tajuk :
Prinsip-Prinsip Asas Pengurusan Islam
Disediakan oleh:
Nama Pelajar No. Matriks
1. Nur Aishahtun Aizan binti Mat Ghani 26DAT14F2020
2. Nurjannah Syafiqah binti Zulkifli 26DAT14F2018
3. Nur Syafiqah binti Abdul Ghani 26DAT14F2016
4. Nornabilah Syazwani binti Abd Samad 26DAT14F2024
Nama Pensyarah : Encik Abu Bakar bin Zakaria.
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1. Prinsip-prinsip Asas Pengurusan Islam 1 - 2
2. Al-Ubudiyyah 3 - 6
3. Al-‘Adalah 7 - 11
4. As-Syura 12 - 23
5. Al-Hurriyah 24 - 29
6. Al-Musawah 30 - 33
7. Kesimpulan 34
8. Rujukan 35
Prinsip-prinsip Asas Pengurusan Islam.
Pengurusan Islam bertujuan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat bagi
masyarakat manusia berpandukan al-Quran dan Sunnah serta mencapai matlamat tertinggi
iaitu keredhaan Allah SWT. Justeru, Allah SWT telah membekalkan manusia dengan wahyu
melalui para rasulNya bagi memimpin manusia. Sesungguhnya Islam telah menggariskan
perundangan yang amat lengkap dan terperinci bagi panduan manusia untuk menjadi hamba
dan khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini. Namun, ada segelintir manusia yang
manganggap adanya panduan lain yang lebih baik dari panduan wahyu Allah SWT dalam
mengatur hidup manusia.
Meskipun terdapat beberapa aspek positif yang boleh dipelajari daripada model
pengurusan barat dan sebagainya, hakikatnya ia datang dari Islam. Kelemahan umat Islam
untuk mempraktikkan nilai pengurusan Islam yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW
menyebabkan para orientalis barat yang mengkaji al-Quran dan sirah Nabi Muhammad SAW
yang menemui keelokkan dan keberkesanan system pengurusan Islam dan menjenamakannya
semula kepada sistem pengurusan barat.
Walaupun terdapat beberapa persamaan nilai di antara model pengurusan Islam dan
barat, model pengurusan Islam tetap mempunyai keunikan tersendiri yang tidak terdapat pada
model pengurusan barat.
Antaranya :
i. Ketundukan dan kepatuhan kepada perintah dan larangan Allah SWT dalam
melaksanakan pentadbiran dan pengurusan.
ii. Mengutamakan perpaduan dan kerjasama erbanding persaingan dan
permusuhan.
iii. Sikap dan akhlak yang selari dengan tuntutan Islam.
iv. Wujudnya prinsip syura yang merupakan nadi kepada pentadbiran Islam.
Di antara prinsip-prinsip asas pengurusan Islam ialah :
i. Al-‘Ubudiyyah : Pengabdian diri kepada Allah SWT.
ii. Al- ‘Adalah : Keadilan.
iii. As-Syura : Prinsip utama dalam kepimpinan Islam.
iv. Al- Hurriyah : Kebebasan.
v. Al- Musawah : Persamaan.
Al-‘Ubudiyyah
Ubudiyyah merupakan prinsip organisasi yang berkaitan dengan matlamat dan fungsi
utama manusia sebagai hamba Allah. Ubudiyyah ini merujuk kepada sifat pengabdian diri
seorang insan dengan setelusnya hanya kepada Allah. Oleh itu, seluruh kegiatan seseorang
individu dan juga seluruh kegiatannya di dalam organisasi perlulah diikat dengan pengabdian
diri kepada Allah.
Islam mempunyai konsep dan pengertian yang jelas tentang hubungan manusia
dengan Allah sebagai pencipta alam seluruhnya. Pandangan Islam tentang ketuhanan
berasakan konsep ibadat kepada Allah, yang memusatkan peranannya kepada keimanan yang
mutlak kepada Allah. Ia membawa maksud patuh kepada suruhan Allah dan menjauhi segala
laranganNya. Beriman dengan keesaan Allah merupakan landasan keabdian seseorang Islam
terhadap Tuhannya. (Ahmad Ibrahim : 1991)
“Janganlah kamu sembah dua tuhan. Hanya Dia Tuhan yang Esa, sebab itu
takutlah kamu kepada Aku. Allah memiliki apa-apa yang di langit dan di bumi
dan kepada Nya hendaklah kamu patuh selama-lamanya. Adakah kamu takut
kepada yang lain daripada Allah SWT ”
Setiap manusia merupakan khalifah yang dilantik oleh Allah untuk memakmurkan
muka bumi. Islam telah meletakkan garis panduan tertentu bagi seorang pemimpin, pengurus,
pentadbir yang diamanahkan oleh Allah perlu memahami konsep ubudiyyah.
i. Allah tidak meredhai hambaNya yang bersikap menjauhi kemewahan dunia
dengan mengurung diri di dalam rumah-rumah ibadat dan masjid semata-mata
untuk tujuan beribadat, sedangkan manusia boleh beribadat di mana sahaja
kerana perlakuan ibadat dapat didengar oleh Allah dan semua perlakuan serta
pekerjaan yang dilakukan oleh manusia dengan ikhlas dapat mendekatkan diri
kepada Allah swt.
ii. Hubungan manusia dengan Allah adalah berasaskan satu perjanjian atau
kesanggupan yang azali. Manusia telah mengakui ketuhanan (ubudiyyah)
Allah swt serta menyatakan kesanggupan untuk mengabdikan diri semata-
mata kepadaNya. Perjanjian ini dibuat ketika manusia berada di alam roh lagi.
Firman Allah bermaksud :
“Bukankah Aku Tuhan kamu?“ Maka jawab roh: “Ya, kami bersaksi supaya
Engkau tidak menyatakan pada hari Qiamat: Sesungguhnya kami lupa terhadap hal
ini”
(al-A’raf : 172)
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: sesungguhnya Aku akan
menjadikan seseorang khalifah di atas muka bumi.
Maka jawab mereka: “adakah patut Engkau menjadikan di atas muka bumi orang
yang membuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami bertasbih
memuji dan mensucikan Engkau?’
Allah berfirman : “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”
(al-Baqarah : 30)
Pengakuan dan pengiktirafan ini menyebabkan Allah mengurniakan kepada manusia
muka bumi ini untuk diperintah dan dibangunkan. Manusia dibekalkan dengan kuasa dan
pelbagai kemudahan termasuklah bumi, laut serta isi perutnya sebagai punca rezeki agar
manusia bersyukur dan mengingati Allah. (Ahmad Ibrahim :1991)
Firman Allah bermaksud :
Dalam konteks organisasi, konsep ubudiyyah bukan sahaja dapat mencorakkan
pembentukan individu warganya, tetapi juga membentuk halatuju serta budaya organisasi
tersebut. Di antara perkara pentng yang berkaitan dengan ubudiyyah serta hubungannya
dengan organisasi adalah : (Rasid Muhamad : 2011)
i. Matlamat atau hala tuju organisasi perlu seiring dengan konsep pengabdian
diri kepada Allah. Ini akan menjadikan metlamatnya adalah sesuatu yang
sejajar dengan matlamat yang hendak dicapai oleh Islam.
ii. Cara, kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat
organisasi juga perlu seiring dengan konsep ubudiyyah kepada Allah. Ini
menjadikan cara untuk mencapai matlamat tersebut mengambil kira nilai dan
prinsip Islam. Ini menegaskan penolakan terhadap konsep ‘matlamat
menghalalkan cara’
iii. Budaya yang wujud dan subur di dalam organisasi perlu didokong oleh
semangat pengabdian diri kepada Allah. Oleh itu, akan wujud budaya yang
bernafaskan nilai Islam di dalam organisasi tersebut.
“Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dan bumi serta memakmurkan kamu di
dalamnya”
(Hud : 61)
Konsep ubudiyyah ini, jika difahami dan dihayati dapat memberi kesan yang positif
kepada pembentukan watak warga organisasi serta budaya organisasi yang diwujudkan. Di
antara perkara penting dalam hubungan tersebut termasuklah : (Rasid Muhamad : 2011)
i. Warga organisasi akan mengaitkan segala kegiatan dalam organisasi dengan
agama. Ini menjadikan mereka seorang yang sensitive dengan arahan dan
tegahan agama. Oleh itu, ia dapat menggambarkan bahawa agama menjadi
nilai atau prinsip utama dalam Islam.
ii. Warga organisasi akan berusaha untuk menjadikan setiap kegiatan dalam
organisasi sebagai satu ibadah dengan menjaga adab dan syarat-syaratnya.
Penghayatan konsep ini amat penting dalam memupuk nilai dan budaya yang
positif di dalam organisasi.
iii. Budaya yang wujud dalam organisasi menjadi sesuatu yang positif sejajar
dengan nilai dan prinsip agama. Ini akan menyumbangkan kea rah
pengurusan dan mengurangkan pelbagai bentuk perkara yang negative seperti
rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya.
iv. Agama menjadi unsur utama dalam menentukan tindak-tanduk dan kegiatan
dalam organisasi. Dengan itu, seluruh warga organisasi dapat menjadikan
agama sebagai penentu nilai utama dalam kegiatan perkembangan organisasi.
Konsep ubudiyyah merupakan satu prinsip penting dalam organisasi kerana
melaluinya ia dapat membentuk individu yang baik dan dapat berperanan dengan sewajarnya
dalam memajukan organisasi. Individu yang baik seterusnya akan mewujudkan budaya
organisasi yang positif, yang baik untuk perkembangan dan kemajuan organisasi.
AL-‘ADALAH
Al-‘Adalah dari sudut bahasa bermaksud meletakkan sesuatu yang sesuai pada
tempatnya. Dari segi istilah, meletakkan sesuatu pada tempatnya berdasarkan kepada
ketentuan akidah, syariah dan akhlak serta bersumberkan al-quran dan al-sunnah.Semua
aktiviti yang dilaksanakan mestilah secara tepat, baik, sesuai dan berkonsepkan ihsan.
Al-Quran memerintah supaya berlaku adil dalam semua urusan hidup manusia.
Firman Allah S.W.T:
“Sesungguhnya Allah SWT menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta
memberi bantuan kepada kaum kerabat, dan melarang daripada melakukan perbuatan
yang keji, dan mungkar serta kezaliman, ia mengajar kamu (dengan suruhan dan
larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya”.
(al-Nahl;90)
Mengikut al-Mawardi, keadilan bererti bercakap benar, jelas kejujuran (amanah),
menjauhi yang haram, memelihara diri dari terjerumus ke dalam dosa, menjauhi syubahat,
tenang dalam menghadapi kesukaan dan kemarahan, dan menjaga maruah dalam urusan
keagamaan dan keduniaan”.
Keadilan bukan sahaja menjauhkan diri dari yang haram dan syubahat, malah budi
pekerti haruslah mulia (Harun Taib).
KEADILAN BOLEH DILAKSANAKAN DI DALAM
PERKARA SEPERTI BERIKUT:
1. Keadilan dalam membuat keputusan.
Sebelum membuat keputusan berkaitan dengan sesuatu perkara, kita seharusnya
melihat dari pelbagai sudut sebelum membuat keputusan tersebut,Ini bagi mengelakkan
sesuatu keputusan yang akan menyebabkan kita menyesalinya.
“Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia,(Allah menyuruh) kamu
menghukum dengan adil”. (al-Nisa’:58)
2. Keadilan dalam pengucapan
Keadilan dalam pengucapan bermaksud kita menyampaikan sesuatu perkara kepada
golongan-golongan tertentu mengikut kemampuan penerimaan mereka.
“Dan apabila kamu mengakatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan)
maka hendaklah kamu berlaku adil sekalipun orang itu ada hubungan kerabat
denganmu”. (al-Ancam:152)
3. Keadilan terhadap Allah
Tidak syirik dan menyamakan Allah SWt dengan sesuatu. Orang-orang kafir telah
melakukan kesyirikan, ini berdasarkan firman Allah SWT, bermaksud :
“Dalam pada itu, orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.”
(al-Ancam:1)
Oleh itu Allah SWT berfirman, bermaksud:
“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu
bersungguh-sungguh (hendak melakukannya)”. (al-Nisa’:129)
4. Keadilan berdasarkan kesempurnaan timbangan dan ukuran
Secara umumnya kesempurnaan ini bermaksud (sesuatu benda tertentu iti) sama
(dengan yang lain) dari segi timbangan dan saiz. Kesempurnaan demikian adalah baik
kesannya bagi manusia di dunia dan di akhirat. Al-Quran menggambarkan:
“Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat,dan timbanglah dengan
timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunai) dan
sebaik-baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).
(al-Isra’:35)
PRINSIP UTAMA DALAM KEADILAN SOSIAL
Setiap orang berhak memiliki harta secara sendiri atau berkongsi
Orang miskin berhak menuntut bahagian mereka daripada orang kaya
Dilarang mengeksploitasi manusia dalam apa jua bentuk atau keadaan
BENTUK-BENTUK KEADILAN
Keadilan dalam bentuk bersamaan
Sesebuah organisasi hendaklah melaksanakan keadilan dalam bentuk bersamaan
seperti mendapat bonus tahunan, hak bercuti dan sebagainya. Contohnya, semua
kakitangan dibayar gaji pada hari yang sama.
Keadilan dalam bentuk berbeza
Setiap semua berhak untuk diberi gaji oleh majikan mereka, tetapi terdapat perbezaan
dalam jumlah gaji yang diberikan oleh majikan berdasarkan kelulusan yang diperolehi
dan tanggungjawab yang diberi. Contoohnya, jumlah imbuhan atau gaji diberi berbeza
mengikut kepakaran atau profesion masing-masing.
Keadilan dalam hak istimewa
Hak istimewa yang diberikan oleh individu yang tertentu berdasarkan sumbangannya
kepada organisasi. Contohnya, ketua boleh menetapkan peraturan dalam pejabat demi
kebaikan jabatannya.
BIDANG DAN SKOP KEADILAN
Keadilan urusan persendirian
Sebagai contoh menjaga kesihatan diri dan menutup aurat.
Keadilan meguruskan harta
Mewajibkan manusia berkerja dan berusaha sebagai jalan terbaik untuk memiliki
harta dan kekayaan tetapi hendaklah selari dengan garis panduan yang ditetapkan.
Keadilan dalam pertuturan
Bercakap benar dengan tidak menyembunyikan, mengurangkan atau menokok tambah
sesuatu perkara atau sengaja mencipta fitnah untuk memburuk-burukkan seseorang.
Keadilan dalam perbicaraan dan penghukuman
Pengadilan dijalankan dengan teliti agar semua pihak yang bertelingkah akan
mendapat hak-hak mereka yang sebenar dan ia merangkumi perbicaraan dan
penghukuman,
Keadilan dalam mereka tidak sependapat
Sikap menghormati dang menghargai pendapat orang lain amatlah dituntut oleh Islam
As-syura
Di antara nilai-nilai kemanusiaan dan sosial yang dibawa oleh Islam adalah syura
(musyawarah). Makna syura ialah seseorang tidak menyendiri pendapatnya dan dalam
persoalan-persoalan yang memerlukan kebersamaan fikiran dengan orang lain. Kerana
pendapat dua orang atau lebih dalam jammah itu dianggap lebih mendekati kebenaran
daripada pendapat seorang saja. Sebagaimana musyawarah dalam suatu urusan itu dapat
membuka pintu kesulitan dan memberi kesempatan untuk melihat urusan itu dari berbagai
sudut, sesuai dengan perbezaan perhatian tiap individu dan perbezaan tingkat pemikiran serta
tingkat pengetahuan mereka. Dengan demikian, maka keputusan yang diperolehi adalah
berdasarkan persepsi (tashawwur) yang sempurna dan berdasarkan keputusan yang
menyeluruh.
DEFINISI AS-SYURA
Syura adalah satu konsep dalam menentukan sesuatu keputusan dalam pemerintahan
Islam. Sistem ini sangat penting sebagai faktor utama kejayaan politik Islam, dan atas asas
ianya sebagai penentuan atau penjamin tidak akan cacatnya pelaksanaan dalam mana-mana
zaman. Sesungguhnya pemerintah akan bersama-sama rakyat dalam mencari penyelesaian
dalam mencapai keputusan-keputusan politik dan merupan prinsip dasar negara dan
masyarakat muslim.
Perkataan syura adalah berasal daripada bangsa Arab yang membawa maksud
mensyuarat. Manakala dari sudut istilah pula ialah permesyuaratan yang diadakan oleh
sekumpulan ulama dan umat Islam dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan dan
kebajikan mereka berdasarkan kepada keimanan dan ketaqwaan.
DALIL SYURA
Terdapat beberapa dalil dari al-Quran dan juga al-Sunnah yang menunjukkan keatas
kewajipan bersyura, antanya ialah:
Al-Quran :
Maksudnya:
‘kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan
bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah
membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai
orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya’ ( Ali Imran: 159)
Al-Sunnah :
Maksudnya:
‘sesiapa yang membaiah seseorang lelaki tanpa melalui permesyuaratan di kalangan
orang-orang Islam, janganlah kamu mengikuti iaitu orang yang dibaiah dan orang yang
memberi baiah. Ditakuti kedua-duanya akan dibunuh’ (Sharh Fath Al-Bari, Juz 2:144)
HUKUM SYURA
Melihat kepada kedudukan syura di dalam al-Quran dan al-Sunnah, di samping
peranannya yang amat besar dalam mewujudkan sistem pemerintahan, memadukan
masyarakat dan memudahkan urusan rakyat dengan tepat, maka para ulama menegaskan
bahawa syura adalah wajib keatas para pemimpin islam di setiap zaman dan juga tempat.
Al-Qurthubi mengambil perkataan Ibnu ‘Athiyah, “Syura termasuk salah satu kaedah
syariatbdan juga dasar hukum. Barang siapa tidak bermusyawarah kepada para ilmuan dan
ahli agama, maka ia wajib dipecat. Hal ini tidak ada perselisihan terhadapnya.”
Al-Qurthubi juga mengambil kata-kata Ibnu Khuwaiz Mindad, “Para pemimpin wajib
bermusyawarah dengan para ulama mengenai masalah yang tidak mereka ketahui, persoalan
agama yang masih belum mereka fahami secara jelas dan juga hal-hal yang berkaitan dengan
perang dan kemaslahatan umum, serta urusan para menteri dan pegawai yang berkaitan
dengan urusan negara serta pembangunan.
Penulis tafsir al-Manar, ketika mentafsir ayat “Dan bermusyawarahlah dengan mereka
dalam urusan itu. “Beliau berkata ini adalah perintah kepada pemimpin agar melakukan
musyawarah, dan bermusyawarah hukumnya adalah wajib baginya.
Ketika mentafsir ayat tersebut, Sayyid Quthb berkata, “Ini adalah adalah nas yang
tegas dan tidak boleh diragui lagi oleh umat Islam, Syura adalah dasar asasi bagi tertegaknya
sistem pemerintahan Islam. Islam tidak boleh membangun kecuali di atas prinsip ini.
PERANAN MAJLIS SYURA
Terdapat beberapa peranan yang penting wujudnya majlis syura di dalam sistem
kepimpinan islam. Antaranya adalah untuk:
a. Melakukan pemilihan ketua negara syura memainkan peranan yang penting dalam
menentukan ketua bagi sesebuah negara Islam. Menurut Ahl Al-Sunnah wa al-Jamaah, tidak
ada nas yang jelas menghuraikan tentang cara pelantikkannya. Tetapi terdapat beberapa
peristiwa sejarah Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w yang boleh dijadikan panduan
bagi perlantikan seorang ketua. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Sesiapa yang membaiah seseorang lelaki tanpa melalui permesyuaratan di kalangan orang-
orang Islam, janganlah kamu mengikutinya, iaitu orang yang memberi baiah. Ditakuti kedua-
duanya akan dibunuh.
b. Mendekatkan rakyat dengan pemerintah. Syura bukan sahaja dihadiri oleh golongan
pemerintah, tetapi turut diikuti oleh golongan-golongan lain seperti ahli akademik,
perniagaan dan sebagainya. Sesuatu keputusan musyawarah, tidak tertakluk kepada
keputusan pemerintah tetapi turut mengambil kira pendapat dan pandangan dari orang-orang
bawahan termasuklah rakyat jelata. Kekuatan syura terletak pada kenyataan bahawa
musyawarah membawa masyarakat lebih dekat antara satu sama lain dan memberi
kesempatan bagi mereka untuk menyuarakan pandangan tentang permasalahan yang
menyangkut masyarakat umum, hal ini juga akan menyebabkan wujudnya keharmonian
dalam soal negara.
c. Menegakkan dan menyebarkan agama Islam. Syura juga berperanan dalam menegakkan
agama Islam ke setiap pelusuk tanah air yang mengamalkan sistem tersebut. Oleh kerana
itulah Islam memberi konsep syura, khususnya dalam mengendalikan urusan duniawi yang
mesti ditegakkan dengan agama. Selain itu, syura juga memberi hak kepada manusia untuk
berfikir dan menggunakan kebijaksanaan mereka dengan menyuarakan pendapat-pendapat
mereka terhadap sesuatu masalah. Syura juga boleh menyelamatkan para pemimpin dari
lembah dosa, terutamanya dalam melaksannak sesuatu hukum. Ini adalah kerana, jika
pemimpin menggunakan keputusan sendiri, ianya ditakuti akan dipengaruhi oleh faktor-
faktor luar.
d. Sebagai penasihat dalam kepimpinan Islam. Dalam kepimpinan Islam, penasihat
merupakan elemen penting yang mesti wujud, dalam masa yang sama ia berperanan sebagai
juru pandu sesuatu kepimpinan. Oleh yang demikian, salah satu penasihat yang
menyumbangkan kepada kecemerlangan sesebuah kepimpinan itu adalah syura. Oleh itu,
syura dilihat sebagai penasihat bagi setiap keputusan yang dibuat oleh seseorang pemimpin
dalam kepimpinannya. Lebih jauh daripada itu, syura bukan sahaja dapat menyelesaikam
masalah-masalah dalam pentadbiran, malahan ia sebagai medan perbincangan strategi dan
pengkhususan kerja dalam sesebuah kepimpinan Islam.
e. Membentuk akhlak mulia dalam kepimpinan. Sebagaimana yang diketahui, syura
merupakan satu konsep permesyuaratan yang melibatkan penyertaan ramai ahli, yang mana
masing-masing berhak menyuarakan atau mengemukakan pendapat tanpa sebarang sekatan.
Proses syura berlangsung dalam keadaan aman, masing-masing saling menghormati
pandangan antara satu sama lain. Oleh yang demikian, secara tidak langsung syura berjaya
membentuk akhlak mulia di kalangan ahli majlis syura di dalam sesuatu kepimpinan.
Rentetannya dari hal tersebut akan lahir kalangan mereka yang berfikiran terbuka,
menghormati pendapat orang lain, pandangan positif terhadap kritikan, tidak menyakiti hati
orang lain sama ada melalui perkataan dan perbuatan dan sebagainya. Dengan lahirnya nilai-
nilai murni ini, maka sebuah kepimpinan dapat dibentuk dengan cemerlang.
KELAYAKKAN MENGGANGGOTAI MAJLIS SYURA.
Syarat-syarat untuk menjadi anggota majlis syura sangat dititikberatkan. Tidak
semudah syura-syura yang terjadi kini, di mana siapa saja boleh terlibat. Sifat-sifat anggota
majlis sangat menentukan bentuk keputusan sesuatu syura. Baik anggotanya, maka baiklah
keputusannya. Tidak baik anggotanya, maka tidak baiklah keputusannya.
Atas dasar itu, Islam menetapkan beberapa ciri atau sifat orang yang layak bersyura.
Mereka adalah:
a) Beragama Islam. Dengan orang bukan islam tidak ada syura (yakni dalam urusan
khusus umat Islam saja). Hal itu berdasarkan Hadis Rasulullah: Mereka yang hendak
selesaikan sesuatu urusan maka mereka bermusyawarah yang anggotanya orang-orang Islam.
Allah bersama mereka dalam menyelesaikan urusan itu. (Riwayat Ath Thabrani) Orang
bukan Islam itu, mereka tidak tahu mana yang hal dan mana yang batil menurut pandangan
Islam. Selain itu, orang kafir yang memusuhi Islam, kalau terbawa ke majlis syura, ia akan
memberi pandangan-pandangan yang jahat dan beracun serta membahayakan umat islam.
Bagaimanapun dalam Negara Islam, hak-hak orang bukan Islam tidak di abaikan sama sekali.
Urusan mereka dibincangkan bersama mereka. Ertinya segala kepentingan bersama dan
keperluan mereka disyuraka dengan mereka.
b) Bertaqwa. Tidak semua orang Islam layak diajak berbincang. Sebab tidak semua orang
Islam mampu memberi fikiran yang adil dan ikhlas dalam perbincangan dan dalam membuat
keputusan. Syarat tawqa itu amat penting melindungi dan mendorong manusia supaya
membuat keputusan yang tepat, bersih dan diberkati.
c) Cerdik. Yakni orang yang memiliki buah fikiran yang bernas, logik, tajam dan tepat.
Pandangan dari orang-orang seperti itu saja yang diperlukan. Selain dari mereka itu, tidak
perlu dijemput untuk dibawa berbincang. Sebab mereka akan memberi pandangan yang tidak
tepat. Hal itu membuat majis tersebut membuang masa sahaja. Selain itu, kalau pandangan
mereka ditolak, nanti akan timbul kecil hati. Sebab itu lebih baik tidak dijemput ke majlis
syura.
d) Seorang yang sesuai dengan bidang yang akan dibincangkan. Syarat itu penting
diperhatikan supaya orang-orang yang akan membuat keputusan dalam hal yang disyurakan
itu, betul-betul orang yang tahu seluk beluk perkara tersebut. Kalau orang pertanian, ditanya
fikirannya tentang hal-hal ketenteraan tentu dia akan memberi jawaban yang tidak tepat. Dan
kalau oandangannya diterima sebagai keputusan syura, akan merugikan negara masyarakat
itu sendiri.
Kesalahan ini nampaknya sudah jadi tradisi dalam masyarakat sekular sekarang.
Bahkan dalam soal-soal agama pun, penyelesaian dicari menggunakan kaedah yang salah.
Umpamanya, dalam menyelesaikan masalah agama maka dibuat saty seminar dengan tajuk
yang berkaitan. Lalu diundanglah di dalamnya segala macam manusia.yang bukan ahlinya
pun ada, yang tidak solat pun ada, yang tidak cerdik, kaum perempuan, yang buka aurat pun
ada dan macm-macam lagi. Bila tiba saatnya memberi pendapat, maka digabunglah pendapat
kesemuanya itu, lalu dijadikan sebagai keputusan seminar atau keputusan itu sungguh
meragukan. Dalam Islam Rasulullah bersabda: Tiada agama bagi mereka yang tidak berakal.
Ertinya, di kalangan orang-orang beragama, yang paling cerdik itulah yang paling kuat dan
tepat agamanya. Sebab itu perbincangan tentang masalah agama itu hanya layak dibuat oleh
orang-orang tersebut. Orang-orang selain mereka tidak dapat diharapkan ilmu dan fikirannya.
Tetapi apa yang terjadi sekarang ini, urusan agama bukan ditimbang pada syarat-syarat
tersebut. Sebaliknya dibuat mengikut selera sekular. Pelantikan mufti misalnya, disyaratkan
pada faktor ilmu, ketaqwaan, kecerdikan dan pengalamannya. Hasilnya, macam-macam
kesalahan dalam berfatwa telah dibuat, yang mengakibatkan banyak timbul masalah dalam
masyarakat. Apa yang difatwakan meragukan ( Ibid, 53)
JUMLAH ANGGOTA SYURA
Dalam Islam, jumlah anggota majlis musyawarah bukan mesti sampai satu dewan.
Syura dapat dibuat oleh paling kurang antara dua orang anggotanya sahaja. Keputusan
perbincangannya dianggap sebagai keputusan majlis syura. Tempat perbincangannya juga
tidak mesti di tempat yang dikhususkan, istimewa atau secara rasmi. Perkara-perkara apa
yang boleh dan tidak boleh disyurakan. Kerana dalam Islam bukan semua perkara mesti
disyurakan. Ada perkara-perkara yang keputusannya hanya dibuat oleh ketua saja, pengikut
atau rakyatnya wajib taat dan menerima dengan sepakat. Hal seperti itu banyak terjadi di
antara Rasulullah dan para Sahabat. Di mana keputusan dibuat tanpa soal jawab dan
perbincangan dengan siapa pun. Sahabat-sahabat hanya menerima dengan patuh. Kadang-
kadang keputusan, undang-undang atau hukum-hukum yang diarahkan itu memeranjatkan
dan tidak difahami. Tetapi kerana mereka yakin pemimpin mereka itu mendapat pimpinan
langsung dari Allah, maka mereka pundapat taat.
Syura dalam Islam dibenarkan dan digalakkan terhadap perkara-perkara berikut:
a) Perkara-perkara yang belum ditetapkan hukumnya oleh Allah SWT.hukum-hukum
yang sudah jelas atau sahih dan qad’ie kedudukannya dalam Islam, tidak boleh disyurakan.
Seperti tentang wajibnya sembahyang, puasa menutup aurat, berjihad, bersilaturrahim dan
lain-lain lagi. Demikian juga sebaliknya seperti haramnya arak, judi, zina, buka auat, bergaul
bebas dan sebagainya. Perkara-perkara itu tidak boleh dimusyawarahkan lagi. Sebab Allah
sudah membuat keputusan yang tidak boleh dibatalkan dalam musyawarah.
b) Hukum-hukum yang belum lagi dibincangkan oleh ulama mujtahidin yang menjadi
pegangan Ahli Sunnah Wal Jammah.
c) Perkara-perkara yang belum diperintahkan oleh ketua jemaah atau ketua negara. Untuk
keputusan-keputusan yang sudah dibuat oleh ketua, dan sudah diperintahkan untuk
dilaksanakan, di mana perintah itu tidak bertentangan dengan syariat, tidak boleh disyurakan
lagi.sekalipun arahan itu kita tidak setuju dan tidak faham.
d) Perkara yang bukan keputusan dari satu syura yang telah dibuat baik dalam keluarga,
jemaah atau negara. Keputusan apapun yang telah diambil oleh syura mana-mana pun, tidak
boleh disyurakan sekali lagi. Tidak boleh ada satu syura lain untuk menolak satu keputusan
syura yang telah diambil, bila keputusan itu dibenarkan oleh syariat. Hal itu berdasarkan
firman Allah yang bermaksud: ‘Bermusyawarah dengan mereka dalam sesuatu perkara,
setelah kamu bulat menerimanya, maka bertawakallah kepada Allah. (Ali Imran: 159)
Bila satu keputusan telah dibuat, jangan ada lagi yang berdalih, ragu-ragu, tidak
puas hati dan ingin merombak kembali. Laksanakalah dengan bertawakkal kepada
Allah. Kerana perkara-perkara yang belum ditetapkan hukum dan caranya oleh Allah,
perkara yang belum diarahkan oleh ketua dan perkara yang belum diputuskan oleh
syura sebelumnya, ertinya perkara-perkara itu ialah:
a) Soal-soal teknik dan cara wajib dan sunat untuk dapat melaksanakan hukum-hukum
Allah. Contohnya, dalam melaksanakan solat boleh dibincangkan tentang tempat wudhuknya,
tempat solatnya,car-cara untuk mengajak orang banyak untuk bersolat dan lain-lain lagi.
Usaha-usaha untuk mengharamkan arak boleh disyurakan, umpamanya berbincang
bagaimana untuk membatasi penghasilan arak, penjualannya dan alternatif pengganti arak.
Kiaskanlah dengan hal-hal lain seperti cara-cara untuk membangun rumah sakit Islam,
tempatnya dan lain-lain lagi.
b) Soal-soal ke arah pelaksanaan perintah ketua jemaah atau negara. Contohnya, ketua
mengarahkan pindah. Maka syurakan bagaimana cara-cara perpindahan itu dibuat. Atau ketua
arahkan buat program Maulid Nabi, maka syurakanlah cara-cara menjayakannya.
c) Syura mengenai perkara-perkara yanf mubah hukumnya. Contohnya, pembinaan
tempat-tempat rehat, program musafir, membangun tempat-tempat hiburan yang halal dan
sebagainya.
KEPENTINGAN AS-SYURA
Antara kepentingan as-syura dalam hubungannya dengan pengurusan ialah:
a) Amalan syura menjadikan keputusan yang dibuat menjadi lebih baik berdasarkan
logik akal, keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai lebih baik daripada
pandangan seorang.
b) Syura akan memantapkan keputusan yang dibuat hasil daripada perbincangan yang
lebih matang dan mendalam.
c) Syura juga akan dapat mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman kerana ia
dibincangkan dengan teliti dan melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai.
d) Melalui syura, kesalahan yang besar dapat dielakkan kerana keputusan yang dibuat
telah diputuskan secara ramai.
e) Syura akan meningkatkan komitmen pekerja kerana keputusan tersebut dibuat secara
bersama. Dengan ini, mereka akan merasakan keputusan yang dibuat itu adalah
keputusan bersama dan bukan keputusan individu sahaja.
f) Syura juga merupakan wadah untuk memanfaatkan mereka yang berilmu,
berpengalaman dan berkemahiran. Dengan itu, setiap mereka berpotensi akan
merasakan diri mereka dihormati dan dihargai terutama apabila mereka diajak
berbincang dan membuat keputusan bersama.
FUNGSI SYURA
Menurut Dr. Abdullah Alwi Hj Hassan (1990), fungsi syura dalam konteks organisasi
melibatkan perkara-perkara berikut:
a) Menggubal peraturan-peraturan organisasi.
b) Menjalankan setiap aktiviti organisasi yang difikirkan berfaedah mengikut syariah.
c) Meluluskan program-program kewangan.
d) Mengulangkaji dasar-dasar organisasi dan memikirkan bagaimanakah cara untuk
melicinkan lagi pentadbiran organisasi.
e) Berkuasa mengistiharkan rancangan darurat organisasi yang difikirkan perlu.
f) Meluluskan kontrak, perkongsian dan perjanjian dengan organisasi luar.
g) Memberi kebebasan kepada setiap ahli syura untuk menyatakan pendapat demi
kemaslahatan organisasi.
h) Menggunakan harta dan belanjawan organisasi sebagaimana yang diputuskan oleh
syarat.
KESIMPULAN SYURA
Syura merupakan dasar utama dan sifatnya yang terpahat di dalam tubuh umat Islam.
Tanpa syura, umat Islam akan kehilangan ke maslahatan dan kekuatan, seperti contoh jika
umat Islam meninggalkan zakat atau puasa. Kerana ketika Allah menetapkan prinsip ini
sebagai sifat.
Selain itu, syura merupakan satu tuntutan agama dan pelaksanaannya bererti
menyempurakan lagi suruhan agama dan meninggalkan bererti menjauhkan diri dari
tasawwur Islam. Ini adalah kerana, memang tidak dapat dinafikan lagi kebaikan dan
kelebihan yang diperolehi sebagaimana yang terjadi di zaman Rasulullah s.a.w dan para
sahabat. Oleh kerana ini, Allah SWT menuntut umat Islam agar mengimplimentasikannya.
Namun begitu, pelaksanaannya perlu dianggotai dikalangan mereka yang layak dan mereka
inilah yang bertanggungjawab untuk merealisasikan peranan sebenar majlis tersebut.
AL-HURRIYAH
PENGERTIAN DAN KONSEP
Al-hurriyah bermaksud kebebasan yang menjadi salah satu prinsip pengurusan
Islam. Islam menentang sebarang bentuk penghambaan tanpa pengalasan kecuali
penghambaan terhadap Allah s.w.t. Kebebasan dalam al-Quran sangat dijunjung tinggi
termasuk dalam menentukan pilihan agama yang bagus sekaligus. Namun demikian,
kebebasan yang dituntut oleh Islam adalah kebebasab yang bertanggungjawab. Kebebasan
disini juga kebebasan yang dibatasi oleh kebebasan orang lain. Dalam konteks kehidupan
politik, setiap individu dan bangsa mempunyai hak yang tak terpisah daripada kebebasan
dalam segala bentuk fisik, budaya, ekonomi, dan politik serta berjuangdengan segala cara
asal untuk melawan atas semua pelanggaran.
Prinsip kebebasan dapat dilihat daripada dua pendekatan iaitu pendekatan secara
teologis dan pendekatan ushul fikh. Pengertian kebebasan dalam perspektif teologis bererti
bahawa manusia bebas menentukan pilihan mereka antara pilihan yang baik ataupun yang
buruk. Hal inin dimungkinkan dengan kurniaan akal daripada Allah s.w.t kepada manusia.
Manakala, dalam pendekatan ushul fiqh, setiap kebebasan yang diberikan harus
dipertanggung jawabkan. Termasuk juga kebebasan manusia mengelola alam sebagai
khalifatul fil ardh. Pertanggung jawaban ini tidak hanya di dunia, namun yang sesungguhnya
adalah di hari akhir, yang disebut dengan hisab.
Sebagaimana firman Allah dalam surat Al Baqarah ayat 256 :
Ertinya : "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas
jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada
Thaghut dan beriman kepada Allah, Maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali
yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
(Q.S. Al Baqarah: 256)
Dalam surat Yunus ayat 99 y ang berbunyi:
Ertinya: "Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka
bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi or
ang-orang yang beriman semuanya?" (Q.S. Yunus : 99)
HAKIKAT HURRIYAH
Islam sangat menghormati dan memuliakan manusia dengan memberikan kebebasan
sepenuhnya untuk memilih, dalam semua aspek kehidupan tanpa terkecuali. Islam
mengharamkan pemaksaan seseorang untuk mengikuti ajarannya, meskipun yang
disampaikannya adalah kebenaran yang tidak diragukan. Karena pemaksaan merupakan
pelanggaran atas kemerdekaan manusia dan kehormatannya, disamping tidak ada gunanya
orang mengikuti dengan paksaan.
Ada banyak firman Allah s.w.t. tentang kemerdekaan atau kebebasan seorang manusia dalam
menjalani kehidupan ini. Mereka diberikan pilihan sepenuhnya untuk memilih, jalan
manakah yang akan mereka tempuh; baik atau buruk, benar atau salah. Di antaranya adalah
firman Allah s.w.t. yang artinya:
“Bebuatlah kamu, maka Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang beriman akan melihat
perbuatanmu.” (QS. At Taubah [9]: 105).
“Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (untuk memilihnya). Tetapi Dia
tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar.” (QS. Al-Balad [90]: 10-11).
“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan
yang benar daripada jalan yang sesat.” (QS. Al Baqarah [2]: 256).
Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; Maka Barangsiapa yang ingin (beriman)
hendaklah ia beriman, dan Barangsiapa yang ingin (kafir) Biarlah ia kafir.”
(QS. Al Kahfi [18]: 29).
Hakikat kemerdekaan dalam Islam adalah terbebasnya manusia dari segala bentuk
ketergantungan dan belenggu kepada selain Allah s.w.t. Nilai-nilai seperti ini dalam Islam
dikenal dengan istilah kemurnian tauhid. Ketika hakikat kemerdekaan adalah tauhid, maka
untuk menilai sejauh mana seseorang, masyarakat atau suatu negara telah merdeka, harus
dilihat dari sejauh mana mereka masih diperbudak oleh aturan, norma, adat istiadat yang
bukan dari Allah, tetapi dari bangsa asing, pemimpin diktator, atau oleh hawa nafsu mereka
sendiri. Sesungguhnya Islam lahir membawa misi kemerdekaan dan kebebasan, serta ingin
mengantarkan segenap manusia kembali kepada fitrah mereka yang suci.
ISLAM MENJAMIN KEBEBASAN MANUSIA
Islam menjamin kebebasan manusia daripada aspek hak asasi kemanusiaan melibatkan
perkara-perkara berikut:
1. Kebebasan beragama, atau mengamalkan agama dan fahaman yang dianuti.
Al-Qur'an menegaskan bahwa tidak boleh ada pemaksaan dalam beragama. Nabi SAW.
Memperlakukan golongan dzimmi dengan menghormati keyakinannya.
2. Kebebasan berumah tangga.
Islam memberikan hak penuh kepada semua orang untuk kehidupan rumah tangganya.
Jangan sampai kebebasan itu diganggu orang lain. Al-Qur'an memerintahkan, setiap orang
yang mahu masuk rumah orang lain, harus meminta izin terlebih dahulu.
Sebagaimana sabda Nabi: "Siapa yang melihat-lihat ke dalam rumah orang lain tanpa
minta izin, kemudian yang mempunyai rumah marah dan melukai matanya, maka dia
tidak dikenakan diyat (hukuman ganti rugi).
3. Kebebasan melindungi diri.
Islam meenetapkan, bahwa setiap orang mempuny ai hak dan kebebasan melindungi
diri dari ancaman, termasuk juga melindungi keluarga dan hartanya. Sebagaimana Nabi
bersabda: "Barang siapa terbunuh karena mempertahankan harta miliknya, dia mati
syahid".
4. Kebebasan berfikir dan berbicara.
Mu'adz bin Jabal diberi hak menggunakan pikirannya dalam mengatur tugasnya, asal
tidak bertentangan dengan nash al-Qur'an dan Sunnah. Nabi memberikan kesempatan
kepada seseorang yang menagih hutangnya kepada Nabi, dengan kata-kata yang agak
keras, meskipun sahabat-sahabatnya menegurnya, sebagimana beliau bersabda : "Biarkan itu
adalah haknya".
5. Kebebasan memiliki dan mencari harta serta menyimpan harta.
Firman Allah dalam al-Qur'an yang artinya: "Aktiflah dalam kegiatan dimana saja di
atas bumi, dan carilah rizki Tuhan (fadlollah)". Yang mana pada intinya manusia
mempunyai kebebasan untuk memenuhi kebutuhan hidupnya dari apa-apa yang ada di
bumi. Hal tersebut juga pernah dilakukan oleh Nabi dengan pernah mencarikan kapak dan tali
untuk seorang yang inigin bekerja mencari kayu bakar.
6. Kebebasan berpolitik
Prinsip Islam menetapkan bahwa Kepala Negara adalah dipilih melalui baiat para ahlul
halli wal aqdi. Dan rakyat memperoleh hak mengemukakan pendapat yang dirasa benar.
Sebagaimana sebuah hadits yang artinya: "Katakan yang benar, meskipun dihadapan
penguasa yang zalim" dan "Urusan mereka dimusyawarahkan antara mereka".
BATASAN KEBEBASAN DALAM ISLAM
Meskipun Islam mengakui kebebasan, namun bukan berarti manusia dapat bebas tanpa batas.
Kebebasan dalam islam ditekankan dalam bentuk tanggung jawab social (al maslahah al
mursalah). Dasar umum prinsip ini bahwa manusia tetap dalam kemerdekaan individunya
selama tidak melanggar hukum agama. Antara berikut:
1. Tidak ada batasan dalam menyebarkan informasi, asalkan tidak membahayakan
keamanan masyarakat dan negara.
2. Tidak seorang pun berhak menghina atau melecehkan kepercayaan agama lain
atau memprovokasi permusuhan, menghormati kepercayaan agama lain adalah
kewajiban bagi Muslim.
3. Hak dan kewajiban Muslim adalah melakukan protes dan berjuang melawan
penindasan, meskipun dalam hal ini harus melawan penguasa Negara.
4. Mencari ilmu dan mencari kebenaran bukan hanya hak tapi kewajiban bagi
Muslim.
5. Ia tidak menganggu kepentingan orang lain atau kepetingan awam disebabkan
kepentingan awam harus didahulukan berbanding kepntingan peribadi.
6. Tidak menganggu kepentingan organisasi. Ini membawa maksud kepentingan
organisasi hendaklah diutamakan berbanding dengan kepentingan dan kebebasan
diri.
7. Kebebasan tersebut janganlah bercanggah dengan nilai dan prinsip agama. Jikalau
bercanggah, maka dengan sendirinya ia terbatal.
Kebebasan dalam Islam terutama dalam konteks organisasi, kebebasan melambangkan
penghargaan Islam terhadap hak yang dimiliki individu, selama mana ianya tidak melanggar
batasan yang ditentukan oleh Islam. Kebebasan dalam hal ini juga membuka nilai kreativiti
yang menyumbang ke arah kebaikan dan kecemerlangan organisasi.
AL MUSAWAH
PENGERTIAN
Al-Musawah membawa maksud persamaan. Persamaan yang dimaksudkan dalam
konteks ini ialah mengenai persamaan taraf dan kedudukan setiap pentadbir, pengurus
ataupun setiap individu di sisi undang-undang atau peraturan dalam memperolehi hak-hak
asasi dan pada taraf atau status kemanusiaan. Semua manusia berasal daripada satu keturunan
yang sama dan hanya berbeza dari sudut amalan, tanggungjawab dan ketaqwaan sahaja.
Firman Allah S.W.T.
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,
dan Kami telah jadikan kamu berbilang bangsa dan bersuku-suku supaya kamu berkenal-
kenalan. Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang-orang yang
paling bertaqwa.” (Surah Al-Hujurat ayat 13)
Ayat ini membawa maksud manusia adalah sama dan terikat di sisi peraturan atau
undang-undang yang syarie, tanpa sebarang pengecualian atau keistimewaan. Tiada sesiapa
yang boleh menjatuhkan taraf dan kehormatan orang lain melainkan jika ianya dibenarkan
oleh undang-undang. Islam menentang keras kewujudan sistem kasta iaitu membezakan
manusia berdasarkan warna kulit, bahasa, bangsa, budaya, pangkat, asal keturunan dan
sebagainya. Sistem kasta mengundang pelbagai masalah terhadap masyarakat serta
mencetuskan perbalahan dan persengketaan yang mungkin berpanjangan. Maka, manusia
seharusnya diberi persamaan dari segi tanggungjawab terhadap undang-undang, hukuman
serta agihan dan penerimaan kemudahan-kemudahan.
Persamaan hak di muka adalah salah satu prinsip utama syariat Islam, baik yang
berkaitan dengan ibadah atau muamalah. Persamaan hak tersebut tidak hanya berlaku bagi
umat Islam, tatpi juga bagi seluruh agama. Mereka diberi hak untuk memutuskan hukum
sesuai dengan ajaran masing-masing, kecuali kalau mereka dengan sukarela meminta
keputusan hukum sesuai hukum Islam. Persamaan hak di atas berimplikasi pada keadilan
yang seringakli didengungkan al-Quran dalam menetapkan hukum.
… Dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia, supaya kamu menetapkan
dengan adil.... (QS. Al-Nisa: 58)
CONTOH PERSAMAAN DAN TANGGUNGJAWAB ANTARA MANUSIA
1. Tanggungjawab terhadap hukuman
Setiap manusia mesti dipertanggungjawabkan dengan hukuman yang telah dijatuhkan tanpa
mengira kedudukan, taraf, warna kulit, bangsa ataupun keturunan seseorang. Semua manusia
juga terikat dengan undang-undang, peraturan dan hukuman yang sama. Hukuman tidak
boleh dijatuhkan berbeza dengan mengikut taraf dan darjat seseorang.
2. Agihan dan Penerimaan Kemudahan-Kemudahan
Harta yang telah diiktiraf sebagai harta awam seperti sekolah, hospital, jalanrayaserta taman
permainan dan sebagainya haruslah dikongsi bersama. Penafian terhadap hak ini akan
menimbulkan konflik sosial yang mengakibatkan kesan negatif seperti rusuhan kaum dan
tunjuk perasaan
3. Tanggungjawab terhadap undang-undang
semua manusia terikat dengan peruntukan undang-undang yang sama tanpa dibezakan
bangsa, keturunan, pangkat, warna kulit dan lain-lain. Undang-undang tidak boleh digubal
hanya untuk dikuatkuasakan kepada golongan atau bangsa tertentu sahaja
4. Persamaan dalam hukum;
dalam Islam semua orang diperlakukan sama dalam hukum. Sebagai contoh, Nabi SAW
dengan tegas menyatakan, “seandainya Fatimah anakku mencuri, pasti akan kupotong
tangannya.”
5. Persamaan dalam proses peradilan;
Ali bin Abi Thalib pernah menegur Khalifah Umar, kerana Khalifah waktu mengadili
sengketa antara Ali dengan seorang Yahudi membezakan cara memanggilnya (kepada Ali
dengan nama, gelarnya, yaitu; Abu Hasan, sedangkan kepada Yahudi dengan nama
peribadinya).
6. Persamaan dalam pemberian status sosial;
Nabi pernah menolak permohonan Abbas dan Abu Dzar dalam suatu jabatan, dan
memberikannya kepada orang lain yang bukan dari golongan bangsawan.
7. Persamaan dalam ketentuan pembayaran hak harta;
Islam mempersamakan cara dan jumlah ketentuan zakat, diat, denda bagi semua orang yang
kena wajib bayar, tanpa membezakan status sosialnya dan warna kulitnya.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pengurusan dan pentadbiran adalah dua perkara yang sama tapi
membawa maksud yang berbeza dan aspek yang berbeza. Pentadbiran merupakan sebahagian
daripada pengurusan. Manakala, pengurusan lebih umum daripada pentadbiran. Pengurusan
ialah kemahiran dalam melaksanakan semua fungsi pengurusan untuk mencapai objektif
tertentu yang telah di tetapkan. Kewujudan organisasi sebagai pengerak dan penyelaras utama
sama ada yang berkaitan dengan urusan dalaman atau luaran. Prihal pengurus yang
semestinya adil dan saksama. Selain itu, adalah juga penting untuk kita menitikberatkan
sumber sumber yang digunakan dalam aspek pengurusan. Sumber utama yang digunakan
dalam pengurusan atau juga disebut sebagai sumber primer ialah Al-Quran dan Sunnah. Al
Quran dan Sunnah merupakan sumber utama dalam menyelesaikan kemashlahatan yang
berlaku dalam bidang pengurusan. Seterusnya, ialah sumber sekunder. Sumber sekunder ialah
sumber yang kedua yang digunakan sebagai rujukan. Antara sumber sekunder, ialah para
sahabat Rasulullah saw (khulafa Ar-Rasyidin), ilmuan pengurusan Islam, pemikiran atau
tulisan para ilmuan kontemporari Islam dan pemikiran daripada ilmuan dari barat atau timur.
Kemudian objektif dalam pengurusan ialah melaksanakan undang undang Islam dalam semua
bidang kehidupan manusia, kemakmuran bumi Allah, disamping melaksanakan tugas sebagai
khalifah Allah dengan adil dan saksama.
RUJUKAN
islamagama7.blogspot.com/2014/08/prinsip-pengurusan-islam.html?m=1
lib.kedah.uitm.edu.my/psblibrary/notes/languagestudies/logout/notes
insanmukmin.blogspot.com/2014/03/prinsip-pengurusan-islam.html?m=1
zaadut-taqwa.blogspot.com/2006/04/prinsip-pengurusan-islam.html?m=1
www.academia.edu/3788948/pengurusan_dalam_Islam
https://prezi.com/yfyprkodwgz2/prinsip-pinsip-pengurusan-islam
sunnahonline.com/library/purification-of-the-soul/152-al-ubuddiyah
diarimujahidah88.blogspot.com/2010/02/hari-as-syura-dan-kelebihannya.html?m=1