prgerakan

7
TEMA 6 : PENGGUNAAN TUBUH BADAN SEBAGAI ALAT TEMA 6 : PENGGUNAAN TUBUH BADAN SEBAGAI ALAT 1.0 Objektif Fokus tema 6 adalah membantu mengukuhkan kemahiran untuk bergerak dengan penggunaan tubuh badan sebagai alat. Pergerakan dengan penggunaan tubuh badan sebagai alat memberi perasaan kebebasan kepada para pelajar. Ia juga merangkumi pergerakan fizikal yang dilakukan secara setempat atau dengan gerak edar. Selain itu ia juga pergerakan secara spontan. Pelajar juga dapat merasai erti kebebasan apabila mereka melakukan pergerakan penggunaan tubuh badan sebagai alat ini. 1.1 Isi kandungan Lompatan Asas Fokus adalah untuk membolehkan murid melonjak dan menjelajah di udara dengan lompatan secara spontan dan bebas. Terdapat lima jenis lompatan asas diberi tunjuk ajar tetapi pilihan corak kedudukan kaki untuk lompatan tidak ditetapkan.Pengalaman lompatan adalah untuk membolehkan murid menyedari bagaimana lompatan yang berlainan memberi kesan yang berbeza. Lompatan satu kaki mencapai kedudukan di udara yang lebih tinggi daripada lonjakan dari dua belah kaki. Lompatan dalam masa yang singkat memberi pergerakan yang lebih dinamik. Pemerhatian kedudukan tangan dan pembahagian tubuh badan semasa melakukan lompatan adalah penting.

Upload: alif1510

Post on 24-Apr-2015

35 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pergerakan

TRANSCRIPT

Page 1: prgerakan

TEMA 6 : PENGGUNAAN TUBUH BADAN SEBAGAI ALAT

TEMA 6 : PENGGUNAAN TUBUH BADAN SEBAGAI ALAT

1.0 Objektif

Fokus tema 6 adalah membantu mengukuhkan kemahiran untuk bergerak dengan

penggunaan tubuh badan sebagai alat. Pergerakan dengan penggunaan tubuh badan

sebagai alat memberi perasaan kebebasan kepada para pelajar. Ia juga merangkumi

pergerakan fizikal yang dilakukan secara setempat atau dengan gerak edar. Selain itu ia

juga pergerakan secara spontan. Pelajar juga dapat merasai erti kebebasan apabila mereka

melakukan pergerakan penggunaan tubuh badan sebagai alat ini.

1.1 Isi kandungan

Lompatan Asas

Fokus adalah untuk membolehkan murid melonjak dan menjelajah di udara dengan

lompatan secara spontan dan bebas. Terdapat lima jenis lompatan asas diberi tunjuk ajar

tetapi pilihan corak kedudukan kaki untuk lompatan tidak ditetapkan.Pengalaman lompatan

adalah untuk membolehkan murid menyedari bagaimana lompatan yang berlainan memberi

kesan yang berbeza. Lompatan satu kaki mencapai kedudukan di udara yang lebih tinggi

daripada lonjakan dari dua belah kaki. Lompatan dalam masa yang singkat memberi

pergerakan yang lebih dinamik. Pemerhatian kedudukan tangan dan pembahagian tubuh

badan semasa melakukan lompatan adalah penting.

Contoh lompatan asas ialah:

Lompat menggunakan 1 kaki dan mendarat dengan kaki yang sama

Lompat menggunakan 1 kaki dan mendarat dengan kaki yang lain

Lompat menggunakan 1 kaki dan mendarat dengan 2 kaki

Lompat menggunakan 2 kaki dan mendarat 2 kaki

Lompat menggunakan 2 kaki dan mendarat 1 kaki

Page 2: prgerakan

TEMA 6 : PENGGUNAAN TUBUH BADAN SEBAGAI ALAT

Bentuk Tubuh Badan

Penekanan ke arah kesedaran pergerakan mempunyai bentuk dan kesedaran bentuk badan

semasa dalam keadaan seimbang. Tumpuan diberikan kepada keadaan seimbang sebagai

satu pergerakan dan perkaitan antara bahagian tubuh badan serta regangan otot. Empat

bentuk badan asas ialah

a. Lurus (seperti panah)

b. Lebar (seperti tembok)

c. Bulat (seperti bola)

d. Pulas (seperti skru)

Gerak Isyarat

Penekanan lakuan gerak isyarat ialah pembentukan pergerakan di udara dengan bahagian

tubuh badan yang tidak menyokong beban badan. Contoh: Tangan dirapatkan bersama

sementara berat badan di sokong oleh kaki. Gerak isyarat boleh dilakukan oleh beberapa

bahagian tubuh badan tetapi kaki dan tangan adalah yang paling mudah digunakan oleh

murid.

Contoh gerak isyarat ialah:

Isyarat 2 tangan

Isyarat 1 tangan

Isyarat 2 kaki dan 1 tangan

Isyarat dengan 2 kaki

1.2 Proses dan tugasan

Page 3: prgerakan

TEMA 6 : PENGGUNAAN TUBUH BADAN SEBAGAI ALAT

Lompatan Asas

Menjelaskan pelajar tentang definisi lompatan asas

Menyuruh pelajar menggunakan 5 jenis lompatan .

Lompatan pertama ialah lompatan menggunakan satu kaki dan mendarat dengan

kaki yang sama serta semasa layangan membuat aksi bebas .

Lompatan kedua ialah lompatan menggunakan satu kaki dan mendarat dengan kaki

yang lain serta semasa layangan membuat aksi bebas.

Lompatan ketiga ialah lompatan menggunakan satu kaki dan mendarat dengan dua

kaki serta semasa layangan membuat aksi bebas.

Lompatan keempat ialah lompatan menggunakan dua kaki dan mendarat dengan

dua kaki serta semasa layangan membuat aksi bebas

Lompatan kelima ialah lompatan menggunakan dua kaki dan mendarat dengan satu

kaki serta semasa layangan membuat aksi bebas.

Untuk aktiviti lompatan asas ini alatan yang digunakan adalah wisel

Pelajar semua berbaris.

Apabila muzik dimainkan pelajar akan mengambil ruang yang selesa.

Pelajar akan diberi tema lompatan

Pelajar akan berlari dalam tiga langkah dan melakukan lompatan serta

membuat aksi bebas.

Pelakuan diulang dengan menggunakan kelima-lima jenis lompatan tersebut.

Untuk aktiviti ini para pelajar dapat merasakan jenis-jenis lompatan asas.

Bentuk Tubuh Badan

Menjelaskan kepada pelajar tentang definisi bentuk tubuh badan.

Menyuruh pelajar untuk mencari tempat yang sesuai dan selesa untuk melakukan

aktiviti ini.

Menerangkan tentang jenis bentuk tubuh badan iaitu

Lurus

Bulat

Lebar

Pulas

Tak sebanding

Lebar(berkumpulan)

Tugasan ini boleh dilakukan secara individu.

Page 4: prgerakan

TEMA 6 : PENGGUNAAN TUBUH BADAN SEBAGAI ALAT

Apabila muzik dimainkan pelajar dalam keadaan bersedia dan menerima

arahan untuk melakukan gaya lurus iaitu seperti tiang.

Pelajar dikehendaki membuat gaya bulat seperti orang sedang membuat

“forward roll”

Pelajar dikehendaki membuat gaya lebar seperti orang sedang membuat

gaya ahli sumo.

Pelajar dikehendaki membuat gaya pulas seperti orang sedang menari

seperti tarian Ballet.

Gerak Isyarat

Menjelaskan kepada pelajar tentang definisi gerak isyarat.

Menerangkan contoh gerak isyarat seperti

Isyarat dengan 2 tangan

Isyarat dengan 1 tangan

Isyarat dengan 2 kaki dan 1 tangan

Isyarat dengan 2 tangan

Isyarat dengan 2 kaki.

Pelajar dikehendaki mengambil ruang yang sesuai dan selesa

Muzik dimainkan dan pelajar dikehendaki membuat gaya isyarat mengikut arahan

yang diberikan.

Page 5: prgerakan

TEMA 6 : PENGGUNAAN TUBUH BADAN SEBAGAI ALAT

1.3 KESIMPULAN

Daripada tugasan ini secara amnya kami dapat merumuskan bahawa pergerakan kreatif

dapat dilihat kepada empat elemen iaitu dari segi perkembangan sosial. Dari aspek ini kita

dapat melihat pelajar sejauh mana pergaulannya dengan rakan-rakan lain dalam aktiviti

berkumpulan yang dijalankan. Seterusnya melihat kepada perkembangan kognitif iaitu

mencungkil bakat pelajar dalam menjalani sesuatu aktiviti dan penyelesaian dalam sesuatu

tindakan. Yang ketiga adalah perkembangan emosi iaitu penerimaan pelajar dalam

melakukan aktiviti yang dilakukan samada ia memberi kesan yang positif atau negatif dan

yang seterusnya adalah perkembangan fizikal. Aktiviti ini adalah yang melibatkan

penggunaan anggota badan individu.

Pergerakan kreatif juga merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan

daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi

pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria yang

dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan . Pergerakan kreatif ialah bentuk

ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau perasaan. Pergerakan

kreatif menggalakkan perkembangan kebolehan untuk bekerja dengan memuaskan dan

mahir di dalam sesuatu kelompok, berkongsi dan bekerja sama-sama dalam menyelesaikan

sesuatu masalah yang diberikan.

Selain daripada itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberi

pengalaman yang menyeronokkan kepada pelajar bersama rakan mereka. Pergerakan

kreatif merupakan suatu elemen penting dalam menjana perkembangan psikomotor, kognitif

dan efektif pelajar. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan ini perlu diaplikasikan oleh

guru dalam pengajaran untuk mewujudkan suasana yang lebih efisyen dan berkesan serta

dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran yang diajar. Secara

keseluruhannya pergerakan kreatif telah memberikan pengalaman yang sangat bermakna

kepada pelajar kerana sedikit sebanyak telah memberikan input yang sangat berguna

kepada mereka.