praktikal 3-paradoks zeno khairi ashraf aminullah faizal

Upload: haniz-radzi

Post on 03-Jun-2018

238 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Praktikal 3-Paradoks Zeno Khairi Ashraf Aminullah Faizal

    1/11

    PARADOKS ZENO

    Di dunia falsafah Yunani Kuno, terdapat satu set idea yang disebut Paradoks

    Zeno. Paradoks ini pertama kali ditimbulkan oleh ahli falsafah Zeno dari Elea; sekitar

    abad kelima sebelum Masehi.

    Zeno dari Elea (490-430 SM)(courtesy of wikipedia)

    Sebelum kita berbicara dengan lebih lanjut tentang karyanya, mari kita

    berkenalan dengan ahli falsafah ini terlebih dahulu. Zeno dari Elea merupakan

    seorang ahli falsafah dari mazhab pemikiran Eleatik. Beliau mengikuti jejak gurunya

    yang bernama Parmenides, mempercayai bahawa semua pergerakan dan

    perubahan di dunia bersifat nyata. Baik Zeno mahupun Parmenides berpendapat

    bahawa alam semesta pada tunggal, statik, dan seragam. Hanya luarannya

    sahaja yang menunjukkankan perbezaan atau perubahan.

    Meskipun begitu, pada masa kini, hampir tidak ada karya asli Zeno dan

    Parmenides yang masih tinggal. Hanya beberapa kutipan dari ahli falsafah sealiran

    mereka yang memberi petunjuk. Mengenai Zeno sendiri keadaannya agak

    menyedihkan. Dikatakan pada awalnya beliau mempunyai buku berisi 40 buah

    paradoks, akan tetapi buku itu kemudian tidak dijumpai.

  • 8/12/2019 Praktikal 3-Paradoks Zeno Khairi Ashraf Aminullah Faizal

    2/11

    Walaubagaimanapun, biarpun buku aslinya hilang, ahli falsafah Aristoteles

    sempat mencatat sebahagian daripadanya. Salah satu yang terkandung dalam

    salinan tersebut adalah Empat Paradoks Zeno.

    Apakah Itu Paradoks?

    Terdapat empat buah paradoks Zeno sebagaimana yang telah dicatatkan

    oleh Aristotel. Empat paradoks itu adalah:

    1. Paradoks Dikotomi

    Sebuah objek yang bergerak tidak akan tiba di destinasi yang ditujui. Pada

    awalnya objek tersebut harus menempuh perjalanan setengah jarak. Lalu setelah itu

    dia mesti menempuh

    ,

    ,

    ,

    perjalanan. Perkara berlaku berterusan sehingga

    jumlah perjalanannya menjadi tak terhingga.

    Oleh sebab itu, mustahil seseorang itu ataupun sesebuah objek melakukan

    perjalanan ataupun pergerakan sebanyak tak terhingga, maka perkara ini tidak akan

    dapat sampai pada destinasi yang disasarkan.

    2. Paradoks Achilles dan Kura-kura

    Achilles dan Kura-kura berlumba lari, meskipun begitu, kura-kura bermula

    dengan lebih awal.Achilles menetapkan sasaran pada kedudukan kura-kura supaya

    dapat menyamai kura-kura pada masa itu.Akan tetapi,setiap kali Achilles bergerak

    menghampiri kura-kura, kura-kura juga bergerak maju ke hadapan. Ketika Achilles

    sampai ke tempat kura-kura, kura-kura sudah berjalan sedikit ke depan.

  • 8/12/2019 Praktikal 3-Paradoks Zeno Khairi Ashraf Aminullah Faizal

    3/11

    Lalu Achilles mengejar kedudukan kura-kura yang terbaru. Akan tetapi

    setibanya di sana, kura-kura juga sudah maju sedikit lagi. Demikian

    seterusnya sehingga menjadi infinitum. Jadi kesimpulannya: mustahil bagi Achilles

    untuk menyaingi kura-kura dalam perlumbaan.

    3. Paradoks Anak Panah

    Misalnya kita membahagi masa sebagai siri masa-kini. Kemudian kita

    lepaskan anak panah. Pada setiap masa-kini anak panah menduduki kedudukan

    tertentu di udara. Oleh sebab itu anak panah dapat dikatakan statik sepanjang

    masa.

    4. Paradoks Stadion

    Terdapat tiga baris setA, B, dan C di lapangan tengah stadion.Set A terletak

    pegun di tengah lapangan. Sementara set B dan set C masing-masing terletak di

    hujung kiri dan kanan set A.Kemudian set B dan set C bergerak saling mendekati

    dengan kecepatan yang sama (pergerakan selari dengan set A).

    Antara Sebelum dan Sesudah, titik set C paling kiri melalui dua item B,

    tetapi cuma satu item A. Hal ini bermaksud masa set C untuk melalui set B

    menyamai setengah masa untuk melalui set A. Adakah setengah masa menyamai

    satu masa?

  • 8/12/2019 Praktikal 3-Paradoks Zeno Khairi Ashraf Aminullah Faizal

    4/11

    Analisis Paradoks Zeno

    Ada dua perkara yang dominan dalam Paradoks Zeno, iaitu pergerakan dan

    ketakhinggaan. Sebagaimana sudah diceritakan sebelum ini, Zeno menganggap

    bahawa perubahan di dunia bersifat nyata. Pendapat itu kemudian dibuktikan

    melalui empat buah paradoks di atas.

    Analisis Paradoks Dikotomi

    Dalam paradoks pertama (dikotomi), Zeno menyampaikan bahawa

    pergerakan objek antara dua titik bersifat mustahil atau minimum, mengandung

    aspek falsafah yang misteri. Mari kita semak sekali lagi berkenaan dengan paradok

    dikotomi seperti di bawah.

    ,

    ,

    ,

    Dalam rajah di atas digambarkan bahawa terdapat banyak segmen

    perjalanan antara dua titik (0-100). Perkara yang mengganggu Zeno di sini bukan

    pergerakannya, tetapi ketakterhinggaannya. Dalam contoh di atas Zeno

    memfokuskan bahawa oleh kerana jumlah segmen yang harus dilalui sebanyak

    tak terhingga maka pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain adalah

    mustahil.

  • 8/12/2019 Praktikal 3-Paradoks Zeno Khairi Ashraf Aminullah Faizal

    5/11

    Hal ini boleh diperumpamakan seperti berikut. Apabila seorang pelari berlari

    menuju ke garisan penamat, maka lintasan laluannya dapat dibahagikan menjadi

    bahagian-bahagian kecil. Kemudian bahagian-bahagian kecil itu harus dilalui satu

    per satu. Perkara berlaku sedemikian sehingga pelari tersebut sampai ke garisan

    penamat.

    Akan tetapi, masalah yang timbul ialah, jumlah bahagian-bahagian kecil itu

    terlalu banyak. Malah menurut Zeno, jumlahnya mencapai tak terhingga ataupun

    infiniti. Jadi sekarang sudut pandangnya berubah. Kita sedia maklum bahawa

    seseorang itu melalui jarak kecil, tetapi, bolehkah seseorang melalui jarak-jarak kecil

    itu sehingga tak berhingga kali?

    Di sini, logik mengatakan bahawa perkara tersebut mustahil. Zeno akhirnya

    menilai bahawa pergerakan antara dua titik itu adalah nyata. Biarpun di dunia nyata

    seseorang dapat melakukannya dengan mudah, namun hakikatnya itu sebenarnya

    hanya ilusi.

    Analisis Paradoks Achilles

    Hal yang sama juga berlaku pada paradoks kedua iaitu Achilles dan Kura-

    kura. Melalui paradoks ini Zeno menyatakan bahawa mustahil bagi orang yang

    lewat memulakan larian dapat menyamai lawannya.

    Hal ini demikian kerana terdapat sejumlah pergerakan kecil yang tak mungkin

    dapat dikejar. Setiapkali Achilles sampai ke kedudukan awal kura-kura, kura-kura

    sudah menuju sedikit lagike hadapan. Akhirnya Achilles digambarkan oleh Zeno

    sebagai tak akan mampu melintasikura-kura.

  • 8/12/2019 Praktikal 3-Paradoks Zeno Khairi Ashraf Aminullah Faizal

    6/11

    (keterangan: t0 melambangkan situasi pada saat pertama; t1 melambangkan situasi padasaat kedua; dan seterusnya)

    Hakikatnya di dunia hal tersebut ternyata tidak berlaku. Oleh itu perkara ini

    disebut sebagai sebuah paradoks. Perkara yang berbeza berlaku, misalnya pada

    situasi lumba lari. Pelari yang berada pada kedudukan di belakang akan sentiasa

    mampu untuk mengejar dan memotong pelari lain yang berada pada kedudukan

    hadapan. Walaupun rata-ratanya agak sukar untuk melakukannya, tidak bermakna

    ianya mustahil.

    Sebagaimana halnya dengan paradoks pertama, apa yang hendak

    disampaikan oleh Zeno ialah bagaimana konsep pergerakan menjadi nyata

    sekiranya dianalisis secara tak terhingga.

  • 8/12/2019 Praktikal 3-Paradoks Zeno Khairi Ashraf Aminullah Faizal

    7/11

    Analisis Paradoks Anak Panah

    Sementara itu, paradoks ketiga tentang anak panah. Berbeza dengan

    sebelumnya paradoks ini cuba menunjukkan bahawa pergerakan dan pegun tak

    dapat dipisahkan.

    Zeno melihat masa sebagai rangkaian masa-kini yang berkesinambungan.

    Oleh sebab itu sebuah anak panah yang dilepaskan memiliki pelbagai versi masa-

    kini di perjalanannya. Ada masa-kini sesaat sesudah lepas dari busur; masa-kini

    setelah beberapa detik di angkasa, dan seterusnya.

    Pada setiap masa-kini itu anak panah berada pada kedudukan yang tetap.

    Keadaannya berlaku seperti rakaman kamera video. Pada setiap framekelihatan

    pelbagai keadaan anak panah. Semuanya kelihatan pegun. Akan tetapi sekiranya

    video dimainkan, jelasa bahawa anak panah itu sebenarnya bergerak.

    Disini dijelaskan bahawa anak panah itu diam dan bergerak pada masa

    yang sama. Persoalannya sekarang adalah, apakah pergerakan itu?

  • 8/12/2019 Praktikal 3-Paradoks Zeno Khairi Ashraf Aminullah Faizal

    8/11

    Kesimpulannya, Zeno menyatakan bahawa paradoks anak panah

    menunjukkan kebenaran falsafahnya iaitu pergerakan itu pada awalnya nyata

    objek bergerak merupakan persepsi manusia sahaja.

    Analisis Paradoks Stadion

    Paradoks terakhir (Paradoks Stadion) adalah yang paling

    sederhana dibandingkan dengan yang lain. Namun, adalah lebih baik sekiranya

    dianalisis paradoks ini.

    Dalam Paradoks Stadion, Zeno menjelaskanan bahawa dua benda yang

    saling mendekati memerlukan masa yang lebih singkat untuk menjadi selari.

    Sebenarnya ini adalah penerapan dari teori relativiti Galileo. Sekiranya dua

    objek bergerak, salah satu objek tersebut dianggap pegun, sementara yang satu lagi

    halajunya bertambah. Demikian juga halnya dengan Paradoks Stadion di atas.

    Ketika set B dan set C sama-sama bergerak, maka jumlah masa sebelum kedua-

    dua set ini saling bertemu juga akan berkurang oleh sebab halajunya saling

    bertambah. Set A yang tidak bergerak tidak mengalami apa-apa perubahan.

  • 8/12/2019 Praktikal 3-Paradoks Zeno Khairi Ashraf Aminullah Faizal

    9/11

    Penutup: Inf ini ty In Finity (Ketakterhinggaan Dalam Keterhinggaan)

    Sebagaimana sudah disebut beberapa kali di atas, Zeno adalah ahli falsafah

    yang tidak percaya pada pergerakan dan perubahan. Melalui empat paradoks di

    atas beliau ingin memastikan logikal tersebut berlaku. Sebagai seorang yang

    memiliki pemikiran Eleatik, Zeno berpendapat bahwa semua pergerakan objek

    adalah nyata. Oleh sebab itu, untuk membuktikan keyakinannya, beliau kemudian

    merancang rangkaian paradoks.

    Tentunya kemudian timbul pertanyaan, apakah pendapat Zeno itu benar atau

    salah? Meskipun begitu soal itu tidak akan kita bincangkan di sini. Misteri Paradoks

    #1 dan #2, misalnya, dapat dijelaskan melalui siri penumpuan. Melalui pengetahuan

    kalkulus ahli matematik belajar bagaimana menjumlahkan item-item kecil yang

    jumlahnya mendekati tak-hingga. Menariknya: biarpun itemnya tak terhingga, kalau

    dikamirkan, ternyata jumlahnya dapat diperoleh. Hal ini membantu menjelaskan hal-

    hal paradoks dalam paparan Zeno.

    Bagaimana perkara seharian yang terbatas (finite)dapat dianalisis

    menggunakan kaedah tak terhingga (infinite). Seiring dengan kemajuan

    pengetahuan matematik, konsep ketakterhinggaan dalam keterhinggaan (infinity in

    finity) lebih mudah difahami. Akan tetapi ini tidak bermaksud semua persoalan Zeno

    sudah selesai. Masih ada pertanyaan-pertanyaan ahli falsafah yang perlu dijawab.[3]

    Masalahnya sendiri bukan pada bagaimana matematik boleh menyelesaikan

    paradoks Zeno. Tetapi, bagaimana memahami falsafahdi sebalik pemikiran Zeno.

    Apa itu pergerakan? Apa sebenarnya hakikat perubahan? Pertanyaan-pertanyaan di

    atas adalah isu ahli falsafahyang bersifat di luar skop matematik.

    http://zenosphere.wordpress.com/2011/01/28/empat-paradoks-zeno/#cite-3http://zenosphere.wordpress.com/2011/01/28/empat-paradoks-zeno/#cite-3http://zenosphere.wordpress.com/2011/01/28/empat-paradoks-zeno/#cite-3http://zenosphere.wordpress.com/2011/01/28/empat-paradoks-zeno/#cite-3
  • 8/12/2019 Praktikal 3-Paradoks Zeno Khairi Ashraf Aminullah Faizal

    10/11

    Sebagaimana ahli falsafah terkenal Bertrand Russell mengulas secara

    khusus tentang Zeno,

    Zenos arguments, in some form, have afforded grounds for almost all theories of

    space and time and infinity which have been constructed from his time to our own..

  • 8/12/2019 Praktikal 3-Paradoks Zeno Khairi Ashraf Aminullah Faizal

    11/11

    BIBLIOGRAFI

    Aristoteles, Physics. (terjemahan Inggeris oleh W.D. Ross)

    Dowden, Bradley: Zenos Paradoxes(Internet Encyclopedia of Philosophy)

    http://www.filsafatilmu.com/artikel/tokoh/paradoks-zeno

    http://www.iep.utm.edu/zeno-par/

    http://zenosphere.wordpress.com/2011/01/28/empat-paradoks-zeno/

    Papa-Grimaldi, Alba. Why Mathematical Solutions of Zenos Paradoxes Miss

    the Point: Zenos One and Many Relation and Parmenides

    Prohibition. (The Review of Metaphysics)(format PDF)