praktikal 1 sce3105

13
SCE3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN SEHARIAN LAPORAN PRAKTIKAL 1 TAJUK: MEASUREMENT IN EVERYDAY LIFE 1

Upload: dhilemon-dominic

Post on 08-Aug-2015

142 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fizik dalam konteks kehidupan

TRANSCRIPT

Page 1: praktikal 1 sce3105

SCE3105 FIZIK DALAM KONTEKS KEHIDUPAN

SEHARIAN

LAPORAN PRAKTIKAL 1

TAJUK: MEASUREMENT IN EVERYDAY LIFE

1

Page 2: praktikal 1 sce3105

Pengenalan

Semua ukuran dalam sains merupakan anggaran nilai yang sebenar. Apabila

menggunakan satu alat pengukur untuk mendapatkan suatu anggaran yang

munasabah, beberapa bacaan akan diambil.

Beberapa bacaan akan diambil untuk mengelakkan kesilapan semasa

membaca skala alat pengukur dan juga disebabkan ketidaksempurnaan benda

yang diukur, contohnya ketidaksempurnaan diameter sebatang pensel, iaitu

diameternya pada bahagian berlainan adalah tidak sama.

Dalam mengambil ukuran dan sukatan sesuatu objek terdapat tiga ciri

yang perlu diperhatikan iaitu kepersisan, ketepatan dan kepekaan. Kepersisan

ialah kebolehan suatu alat memberi bacaan yang konsisten pada setiap kali

ukuran dibuat. Ketepatan suatu ukuran pula bermaksud sejauh mana sesuatu

nilai pengukuran sama atau menghampiri nilai sebenar atau nilai piawai.

Kepekaan satu alat pengukur ialah kebolehannya mengesan perubahan yang

kecil dalam kuantiti fizik yang diukur. Satu alat pengukur adalah lebih peka jika

nilai bahagian skala yang terkecilnya adalah lebih kecil.

Antara alat-alat pengukur yang digunakan untuk mengukur panjang ialah

pembaris meter, angkup vernier, tolok skru mikrometer.

Pembaris meter Angkup vernier Tolok skru mikrometer

2

Page 3: praktikal 1 sce3105

Jisim sesuatu objek pula adalah kuantiti jirim dalam objek tersebut. Antara

alat-alat pengukur yang digunakan untuk menyukat jisim ialah neraca tiga

palang/alur, neraca tuas dan neraca elektronik.

Neraca tiga palang / alur Neraca tuas

Neraca elektronik

3

Page 4: praktikal 1 sce3105

PRAKTIKAL 1 : UKURAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Tujuan :

Untuk mengambil dan membandingkan ukuran menggunakan pelbagai jenis alat

pengukur.

Bahan/peralatan :

Pembaris meter

Angkup vernier

Tolok skru Mikrometer

Neraca tiga palang/ alur

Neraca elektronik

Wayar kuprum

Sebatang pensel

Sehelai rambut

Satu sudu teh pasir

4

Page 5: praktikal 1 sce3105

Prosedur:

Aktiviti 1: Mengukur panjang

1. Diameter sebatang pensel, wayar kuprum dan sehelai rambut diukur

dengan menggunakan pembaris panjang, angkup vernier dan tolok skru

mikrometer

2. Ukuran yang telah dibuat diulang.

3. Keputusan yang diperolehi ditulis di dalam jadual.

Aktiviti 2 : Menyukat Jisim

1. Jisim sebatang pensel dan secamca pasir disukat menggunakan neraca

tiga palang/alur dan neraca elektronik.

2. Ukuran yang telah dibuat diulang.

3. Keputusan yang diperolehi ditulis di dalam jadual.

5

Page 6: praktikal 1 sce3105

Keputusan:

Aktiviti 1: Mengukur panjang

i) Pembaris meter

ObjekDiameter/cm

Purata/cm1 2 3

Pensel 0.8 0.8 0.8 0.8

Wayar kuprum

0.1 0.1 0.1 0.1

Rambut 0.1 0.1 0.1 0.1

ii) Angkup vernier

ObjekDiameter/cm

Purata/cm1 2 3

Pensel 0.708 0.708 0.708 0.708

Wayar kuprum

0.027 0.026 0.027 0.027

Rambut 0.006 0.005 0.004 0.005

(Ralat sifar : - 0.008 cm)

iii) Tolok skru mikrometer

ObjekDiameter/cm

Purata/cm1 2 3

Pensel 0.751 0.754 0.752 0.752

Wayar kuprum

0.025 0.026 0.026 0.026

Rambut 0.005 0.003 0.003 0.003

(Ralat sifar : - 0.002 cm)

6

Page 7: praktikal 1 sce3105

Aktiviti 2: Menyukat jisim

i) Neraca tiga palang/alur

Objek Jisim/g Purata/g

1 2 3Pensel 3.7 3.7 3.7 3.7

Objek Jisim/g Purata/g

1 2 3Bikar + pasir 50.1 50.1 50.0 50.1

Pasir 4.1 4.3 4.1 4.1

ii) Neraca elektronik

Objek Jisim/g Purata/g

1 2 3Pensel 3.9147 3.9147 3.9147 3.9147

Objek Jisim/g Purata/g

1 2 3Bikar + pasir 51.575 51.575 51.575 51.575Pasir 3.709 3.709 3.709 3.709

7

Page 8: praktikal 1 sce3105

Perbincangan :

1. Diantara tiga alat pengukur yang digunakan untuk mengukur

panjang ,yang manakah paling persis? Yang manakah yang paling jitu ?

Nilai bacaan yang lebih rapat dapat menentukan kepersisan sesuatu

ukuran. Alat pengukur tolok skru mikrometer mempunyai nilai

bacaan yang lebih rapat berbanding pembaris meter dan angkup

vernier. Maka, tolok skru mikrometer merupakan alat pengukur yang

paling persis. Satu ukuran lebih jitu sekiranya nilai ukuran adalah

lebih dekat dengan nilai sebenar. Alat pengukur tolok skru

mikrometer mempunyai nilai ukuran yang lebih dekat dengan nilai

sebenar. Maka, tolok skru mikrometer adalah alat penyukat yang

paling jitu.

2. Namakan penimbang lain yang boleh digunakan dalam kehidupan

seharian?

Penimbang lain yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian

ialah neraca tuas , neraca jarum berskala dan neraca lengan

gantung.

Menguasai pengetahuan dan cara menjawab soalan:

1. Apakah yang anda pelajari daripada kedua-dua aktiviti yang telah

dijalankan?

Apabila menggunakan satu alat pengukur beberapa bacaan akan

diambil untuk mendapatkan suatu anggaran yang munasabah.

Bacaan perlu diambil beberapa kali untuk mengelakkan kesilapan

semasa membaca skala alat pengukur dan juga disebabkan

ketidaksempurnaan benda yang diukur, contohnya

8

Page 9: praktikal 1 sce3105

ketidaksempurnaan diameter sebatang pensel, iaitu diameternya

pada bahagian berlainan adalah tidak sama.

Dalam mengambil ukuran dan sukatan sesuatu objek terdapat tiga

ciri yang perlu diperhatikan iaitu kepersisan, kejituan dan kepekaan

alat pengukur. Kepersisan ialah kebolehan suatu alat memberi

bacaan yang konsisten pada setiap kali ukuran dibuat. Kejituan

suatu ukuran pula bermaksud sejauh mana sesuatu nilai pengukuran

sama atau menghampiri nilai sebenar atau nilai piawai. Kepekaan

satu alat pengukur ialah kebolehannya mengesan perubahan yang

kecil dalam kuantiti fizik yang diukur. Satu alat pengukur adalah

lebih peka jika nilai bahagian skala yang terkecilnya adalah lebih

kecil. Sebelum mengukur atau menyukat sesuatu objek ralat

paralaks harus dielakkan serta memastikan terdapat atau tidak ralat

sifar bagi alat pengukur tersebut. Tolok skru mikrometer mempunyai

kejituan dan kepersisan yang terbaik dalam mengukur panjang

sesuatu objek. Manakala, neraca elektronik mempunyai kejituan dan

kepersisan dalam menyukat objek.

2. Bahagian manakah di dalam sukatan pelajaran sekolah rendah mengajar

topik di atas?

3. Bincangkan bagaimana anda dapat praktikkan contoh eksperimen di atas

dalam pengajaran pembelajaran?

Pada pendapat saya, saya boleh mempraktikkan contoh eksperimen

diatas dengan membiasakan para pelajar saya untuk mengukur

perkara yang mudah contohnya dengan mengukur panjang buku,

mengukur pensel, mengukur meja dan lain-lain dengan

menggunakan pembaris biasa. Cara ini mungkin permulaan bagi

para pelajar untuk membiasakan kehidupan mereka dengan

9

Page 10: praktikal 1 sce3105

mengukur. Selain itu, saya boleh menerapkan sikap yang sentiasa

belajar mengukur dalam kalangan pelajar. Motivasi ingin belajar

boleh ditingkatkan contohnya dalam sesuatu kelas, pelajar mungkin

bosan dengan teori dan maklumat serta data oleh yang demikian

guru boleh menyediakan aktiviti seperti mengukur sesuatu panjang

dan jisim sesuatu objek.

4. Apakah peranan guru semasa menjalankan praktikal di atas?

Sebagai seorang guru, semasa menjalankan eksperimen diatas

hendaklah bersikap prihatin terhadap pelajarnya. Sikap prihatin

membantu guru untuk mengenal pasti jika pelajar mempunyai

masalah dalam menjalankan eksperimen mereka. Selain itu, peranan

guru juga adalah untuk menjadi fasilitator. Guru hendaklah menjadi

seorang fasilitator yang bijak dan tahu mewujudkan komunikasi dua

hala di dalam kelas yang diajar. Ini akan memudahkan proses

pengajaran dan pembelajaran bahkan memudahkan para pelajar

faham terlebih dahulu apa yang harus dilakukan sebelum

memulakan eksperimen tersebut.

Kesimpulan :

Tolok skru mikrometer mempunyai kejituan dan kepersisan yang terbaik dalam

mengukur panjang sesuatu objek. Manakala, neraca elektronik mempunyai

kejituan dan kepersisan yang baik dalam menyukat objek.

Langkah berjaga-jaga :

1. Mengelakkan ralat paralaks.

2. Mengelakkan ralat sifar.

10

Page 11: praktikal 1 sce3105

3. Mengambil beberapa kali bacaan ulangan untuk mendapatkan bacaan

terbaik.

4. Mematikan kipas kerana tiupan angin boleh mempengaruhi bacaan

neraca.

11