kerja kursus pendek tamadun islam

32
1.0 ABSTRAK Berbicara mengenai Tamadun Islam pada hakikatnya sangat luas cakupannya jika dilihat dari perspektif ajaran tauhid yang disyiarkan oleh para nabi dan rasul Allah s.w.t. sebelum datangnya nabi Muhammad s.a.w. Kerja kursus ini akan membahaskan secara specific kesan Tamadun Islam terhadap Tamadun Barat sebermula daripada lahirnya ajaran Islam yang dibawa oleh nabi di Tanah Arab sampai kepada zaman pemerintahan Dinasti Abbasiyah. Beberapa kesan yang ditimbulkan oleh Tamadun Islam sama ada secara teologi, polotik dan ilmu pengetahuan telah menjadikan Kristian Barat (Eropah) membuka mata, mengenali dan mempelajari Islam. Suasana dan sikap keterbukaan ajaran Islam telah menjadi satu motivasi terwujudnya sikap ilmiah dalam menemukan dan mengembangkan ilmu pengetahuan Yunani kasik sehingga menjadi terbentuknya pola transmisi ilmu-ilmu Islam terhadap Eropah Barat dan telah memberi kesan yang sangat mendalam terhadap munculnya pembaharuan dan menjadi apa yang sekarang kita kenali dengan Tamadun Barat. 2.0 DEFINISI TAMADUN Sesungguhnya perbicaraan pengertian sesuatu perkataan atau istilah biasanya menimbulkan kekeliruan. Hal ini bertitik tolak tentang wujudnya berbagai-bagai pendapat yang dikemukakan oleh sarjana 1

Upload: aaronnicholsbeji

Post on 22-Dec-2015

356 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam

1.0 ABSTRAK

Berbicara mengenai Tamadun Islam pada hakikatnya sangat luas cakupannya jika

dilihat dari perspektif ajaran tauhid yang disyiarkan oleh para nabi dan rasul Allah s.w.t.

sebelum datangnya nabi Muhammad s.a.w. Kerja kursus ini akan membahaskan secara

specific kesan Tamadun Islam terhadap Tamadun Barat sebermula daripada lahirnya ajaran

Islam yang dibawa oleh nabi di Tanah Arab sampai kepada zaman pemerintahan Dinasti

Abbasiyah. Beberapa kesan yang ditimbulkan oleh Tamadun Islam sama ada secara teologi,

polotik dan ilmu pengetahuan telah menjadikan Kristian Barat (Eropah) membuka mata,

mengenali dan mempelajari Islam. Suasana dan sikap keterbukaan ajaran Islam telah menjadi

satu motivasi terwujudnya sikap ilmiah dalam menemukan dan mengembangkan ilmu

pengetahuan Yunani kasik sehingga menjadi terbentuknya pola transmisi ilmu-ilmu Islam

terhadap Eropah Barat dan telah memberi kesan yang sangat mendalam terhadap munculnya

pembaharuan dan menjadi apa yang sekarang kita kenali dengan Tamadun Barat.

2.0 DEFINISI TAMADUN

Sesungguhnya perbicaraan pengertian sesuatu perkataan atau istilah biasanya

menimbulkan kekeliruan. Hal ini bertitik tolak tentang wujudnya berbagai-bagai pendapat yang

dikemukakan oleh sarjana dalam bidang yang berkaitan. Kelainan ini merupakan fitrah

semulajadi manusia yang sentiasa berbeza dalam cara berfikir di antara satu sama lain yang

timbul akibat daripada perbezaan latar belakang pendidikan, alam persekitaran, minat, sikap

dan sebagainya. Demikianlah juga halnya dalam memberikan pengertian tentang tamadun.

1

Page 2: Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam

2.1 Pengertian Tamadun Mengikut Pandangan Sarjana Islam

Teuku Iskandar di dalam Kamus Dewan mencatatkan pengertian tamadun sebagai

kebudayaan,peradaban, kemajuan,sopan-santun dan sebagainya. Abu Bakar Hamzah dalam

bukunya Sejarah Kebudayaan Islam menjelaskan bahawa perkataan Tamadun adalah berasal

dari Bahasa Arab yang telah diterima sebagai sebahagian daripada perbendaharaan perkataan

Bahasa Malaysia. Tamadun itu lahir serentak,seiring dan sejalan dengan perkembangan

kehidupan manusia dari masa ke semasa dalam bentuk pemikiran dan kebendaan.

Sarjana Islam seperti Muhammad Uthmal El-Muhammady (Buku Peradaban

Islam),Profesor Madya Dr.Ismail Hamid (Buku Peradaban Melayu Dan Islam), berpendapat

bahawa peradaban itu ialah pencapaian manusia dalam kedua-dua bidang iaitu kerohanian dan

kebendaan.

Mahmood Mohd. Taib Al-Najmi (Sejarah Tamadun Islam) mendefinisikan Tamadun

Islam sebagai peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia menambahkan hasil

pengeluarannya sama ada dari segi pemikiran atau kebendaan. Menurut Syed Muhammad

Naquib Al-attas yakni salah seorang Sarjana Islam kontemporari telah memberikan takrif

Tamadun Islam sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf

kehalusan tatasusila kebudayaan yang luhur sebagai seluruh masyarakatnya. Bagaimanapun

Ibnu Khaldun pula menghuraikan Tamadun Islam atau peradaban sebagai pencapaian manusia

yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan. Sehingga dapat membuka jalan ke arah

pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai yang seni

(ibnu Khaldun)

Daripada huraian tersebut, jelaslah di sini bahawa ketiga-tiga istilah pernah digunakan

untuk menghuraikan tamadun iaitu perkataan kebudayaan, peradaban dan tamadun. Walaupun

perkataan-perkataan ini berbeza dari segi sebutannya, tetapi membawa satu maksud iaitu

pencapaian manusia dalam segala aspek kehidupan manusia sama ada dari aspek pemikiran,

2

Page 3: Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam

kerohanian, abstrak atau kebendaan. Secara lebih sempurna tamadun boleh ditakrifkan

sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan

kemajuan yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang

memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji seterusnya membentuk sebuah

masyarakat atau Negara bangsa.

2.2 Pengertian Tamadun Mengikut Pandangan Tokoh Barat

A.S.Homby dan F.C.Parnwell di dalam The Progressive English Dictionary, menjelaskan

civilization membawa maksud meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada kemunduran

kepada kemajuan dalam bidang ilmu, sains,teknologi, politik,moral dan sebagainya.

Kamus Dwibahasa mendefinisikan perkataan civilization sebagai kemajuan dalam

tingkat penghidupan manusia yang meliputi aspek pemikiran dan kebendaan. Contohnya ialah

tamadun di Lembah Indus,India dan sebagainya. S.Khuda Bukhsh di dalam bukunya

Contribution To The History Of Islamic Civilization menjelaskan bahawa perkataan civilization

berasal daripada kata civic yang membawa erti kehidupan kota. Justeru itu, perkataan

civilization membawa erti pencapaian manusia dalam pelbagai bidang kehidupan yang hidup di

kota.

JR Strayer dalam bukunya The Maintstream Of Civilization dan Darcy Riberio dalam

bukunya The Civilization Process bersependapat bahawa Civilization mempunyai kaitan yang

rapat sekali dengan perbandaran. Malah, antara perbandaran dan civilization merupakan dua

hal yang tidak dapat dipisahkan.

Clive Bell di dalam bukunya yang berjudul civilization and Old Finds menjelaskan

bahawa tamadun merupakan satu kretiria masyarakat. Hal ini bererti bahawa tamadun

merupakan kayu ukur yang dapat menyukat atau menentukan tahap sesuatu tamadun. Redfield

dalam bukunya Introduction To The Civilization of India,Changing Dimensions Of Indian Society

3

Page 4: Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam

And Culture menjelaskan bahawa tamadun ialah satu cara hidup yang dapat diberikan

kriterianya. Beliau juga menambah bahawa tamadun merupakan beberapa puncak pencapaian

sama seperti puncak-puncak gunung di permukaan bumi.

Darcy Riberio dalam bukunya The Civilization Proses berpendapat bahawa civilization

mempunyai kaitan yang rapat sekali dalam perbandaran. Malah antara perbandaran dan

civilization merupakan dua hal yang tidak dapat dipisahkan. Clive Bell di dalam bukunya yang

berjudul Civillization And Old Finds pula menjelaskan bahawa tamadun merupakan satu kriteria

masyarakat. Hal ini bererti bahawa tamadun merupakan kayu ukur yang dapat menyukat atau

menentukan tahap sesuatu tamadun.

Karl Wittfogel dalam bukunya Approaches To Asian Civilization mendefinisikan tamadun

sebagai cirri-ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu Negara berdasarkan

pemikiran dan kepercayaan. Arnold Toynbee di dalam bukunya A Study Of History menjelaskan

bahawa tamadun sebagai sejenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota. Beliau

menambah lagi tamadun ialah satu kumpulan pemikiran dari berbagai-bagai menifestasi,

orientasi yang berterusan, satu gaya kebudayaan yang bertangunggjawab membentuk institusi

politik, kesusasteraan, agama dan moral.

Will Deorand di dalam bukunya History Of Civilization mendefinisikan tamadun sebagai

sistem sosial yang menolong manusia bagi mempertinggikan kedudukan kebudayaan. Beliau

menambah lagi tamadun ialah sesuatu kemajuan atau ciptaan baru yang dilahirkan oleh

sesuatu umat untuk menjadikan hidup mereka lebih tenteram dan lebih senang.

Adam Metz di dalam bukunyaa The Renaissance Of islam, perkataan ini lebih tepat

diterjemahkan sebagai kebangkitan. Sebab itulah ia digantikan oleh kata civilization yang lebih

tepat dan sesuai. V.V.Borfold dalam bukunya Mussulman Culture menyatakan perkataan ini

lebih tepat dan sesuai jika digunakan untuk kebudayaan.

4

Page 5: Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam

Sebagai kesimpulannya di dalam Bahasa Inggeris beberapa perkataan telah digunakan

untuk menerangkan tamadun seperti perkataan renaissance, culture dan civilization. Namun

perkataan civilization lebih tepat dan sempurna daripada dua perkataan yang lain. Ia tetap

membawa maksud pencapaian manusia di dalam bidang pemikiran dan kebendaan yang

berpusat di kota.

3.0 Interaksi Tamadun Islam Dan Relevensinya Dengan Tamadun Eropah

Tamadun Islam merupakan Tamadun yang didirikan oleh masyarakat muslim bermula

abad ke 7M hingga kini. Ia juga merupakan tamadun yang sepadu. Ini adalah kerana ia

menitikberatkan penekanan kemajuan dari aspek kerohanian dan juga kemajuan dari aspek

kebendaan. Dalam tempoh tersebut pelbagai bangsa seperti Arab, Parsi, Turki, India dan lain-

lain telah sama-sama bergabung di bawah naungan Islam kea rah membina sebuah tamadun

yang agung hingga munculnya Bandar-bandar dan kota-kota terkemuka suatu ketika dahulu

seperti Madinah, Baghdad, Cardova, Iskandariah dan lain-lain. Dimana Bandar-bandar ini telah

menjadi pusat tumpuan dunia dalam hal-hal keilmuan, pendidikan, perubatan, kesusteraan dan

sebagainya.

Bukan itu sahaja, malah tamadun Islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai

dari segi kemanusiaan terutamanya Tamadun Islam yang telah Berjaya meletakkan manusia

sesuai dengan martabatnya. Dalam usaha untuk mencapai matlamat Tamadun Islam terdapat

beberapa cirri tamadun yang dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat antaranya ialah;

Pengajaran Dalam Al-Quran. Al-Quran merupakan pelembagaan bagi seluruh ummah

dan Islam sebagai ad-din yang memainkan peranan besar dalam kecemerlangan Tamadun

Islam. Ianya jelas dibentuk oleh ajaran Al-Quran itu sendiri melalui akidah, syariah dan akhlak.

Semua ajaran di dalamnya sebagai panduan yang lengkap dan sempurna tidak dapat dibantah

walaupun satu ayat.

5

Page 6: Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam

Mempertingkatkan Ilmu Pengetahuan Dan Penggunaan Tulisan. Islam amat

menggalakkan umatnya menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin sepanjang hayatnya

sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “ Dari Rasulullah S.a.w.

bersabda:tuntutlah ilmu sejak dari dalam buaian sehingga ke liang lahad.” Tujuan menuntut ilmu

pengetahuan ialah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan beriman kepada Allah S.w.t

dengan sebenar-benarnya, disamping memaklumkan alam dalam semua aspek sebagai contoh

kebangkitan kecemerlangan Tamadun Islam Negara Sepanyol pada abad yang ke-8 kerana

pemimpin Islam pada ketika itu cinta kepada ilmu pengetahuan.

Kemunculan Bandar-Bandar Baru. Pada peringkat permulaan Islam, hanya Bandar

Mekah Dan Madinah sahaja yang ditadbir dan dibangunkan. Berkat keredhaan Allah S.W.T.

yang dikurniakanNya kepada pentadbir-pentadbir pada ketika itu, Islam telah mengembangkan

sayapnya secara meluas ke negara-negara lain seperti Afrika Utara, Afrika Tengah, di barat

iaitu Sepanyol dan Pulau Sicily. Sebahagian besar penduduk-penduduk di Negara tersebut

telah memeluk Islam dan saling bekerjasama dalam pembangunan Tamadun Islam.

Kesepaduan Ummah. Walaupun masyarakat dalam pelbagai Negara yang berada di

bawah naungan Islam merupakan masyarakat majmuk yang berlainan bangsa dan budaya,

tetapi mereka saling membantu bekerjasama untuk menaikkan taraf kehidupan bertamadun

diperingkat yang lebih dinamik dalam semua aspek kesepaduan ini akhirnya membawa kepada

kecemerlangan Tamadun Islam keseluruhannya.

Mempunyai Senibina Tersendiri.Senibina dalam Tamadun Islam mempunyai kaitan

rapat dengan perkembangan Bandar-bandar. Menurut Profesor Dr.J.A.Toyndee mengatakan

bahawa Tamadun Islam adalah Tamadun Bandar. Ianya sebagai senibina yang terbaik dan

sempurna, kerana lahirnya di bandar-bandar. Seni bina Islam tidak mengabaikan Ketuhanan.

Dalam kategori ini termasuk juga kesenian halus seperti seni khat dan seni awan larat. Kedua-

6

Page 7: Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam

dua jenis ini digunakan untuk menghiasi kulit kitab, bangunan-bangunan, dewan-dewan dan

seumpamanya, di mana ianya menjadi keagungan generasi berikutnya.

Kewujudan Negara Islam. Islam adalah satu cirri tamadun Islam yang tidak boleh

dipertikaikan kerana sebarang aktiviti orang Islam hanya boleh dilakukan dengan bebas di

dalam Negara Islam. Sepanyol adalah sebahagian dari Eropah.Daerah pertama kali dipanggil

Liberia, kemudian namanya dikenal pula dengan Asbania. Sesudah itu sewaktu bangsa Vandal

menduduki bahagian selatan daerah itu, ia dinamakan Vandalisia dan apabila kaum muslim

menduduki daerah itu mereka menyebutnya dengan Andalus.

Sepanyol pernah berada di bawah pemerintahan umat Islam selama kira-kira hamper 8

abad iaitu dari penaklukan yang dimulai pada tahun 92 Hijrah bersamaan dengan tahun 711

Masihi hingga jatuhnya Kota Granada pada tahun 897 Hijrah (1492 Masihi). Pada masa

pemerintahan Umat Islam di daerah itu banyaklah pembaharuan-pembaharuan dan

pembangunan yang dilakukan oleh mereka dalam segala aspek kehidupan. Hasil dari

pembangunan tersebut Sepanyol telah menjadi sebuah daerah yang terkenal dan harum

namanya diseluruh dunia.Dari ibu kota Cardova dan kemudiannya Granada terpancarlah sinar

kebudayaan dan peradaban ke Eropah, dan kemudiannya memberikan kemajuan kepada

bangsa-bangsa Eropah.

4.0 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tamadun Islam Ke atas Masyarakat Eropah

Faktor Islam Itu Sendiri. Kegemilangan Tamadun Islam adalah berpunca daripada

ajaran Islam itu sendiri, di mana Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber rujukan utama.

Dengan kemunculan awal Islam di Mekah dan tertubuhnya Negara Islam yang pertama di

Madinah, maka secara keseluruhannya dapat mengubah cara hidup masyarakat yang sesat,

jahil dan tidak beradap. Kedatangan Islam mampu mengubah keadaan masyarakat demikian

7

Page 8: Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam

kepada kesepaduan ummah tanpa mengira suku, kaum,bangsa dan keturunan. Mereka semua

bersaudara iaitu saudara seagama Islam.

Faktor Galakan Pemimpin dan Sikap Ummah.Islam tidak pernah mengalami

ketandusan pemimpin walau zaman kemunduran sekalipun.Mereka sentiasa dihormati oleh

masyarakat sekeliling disebabkan peranan mereka menyelamatkan rohani dan meningkatkan

keimanan ummah sebagaimana yang dikehendaki Allah S.W.T. sehingga datangnya zaman

kebangkitan Islam. Dengan itu jelaslah apa yang telah di didik dan diasuh oleh Rasulullah

S.a.w. terhadap ummah telah membuahkan hasil terhadap pemikiran pemimpin pelapis yang

mempunyai akidah yang teguh, memiliki akhlak yang mulia, memperlihatkan kepimpinan yang

unggul.

Kestabilan Sosio-Ekonomi Dan Sosio-Politik Andalus. Pengajaran Al-Quran dan Al-

Hadis tentang pentingnya ilmu pengetahuan serta galakan dan usaha gigih para pemimpin,

bukan sahaja umat Islam mampu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan, bahkan telah

memberi kesan dengan peningkatan kestabilan sosio-ekonomi dan sosio-politik sejagat.

Kestabilan politik, ekonomi dan sosial di Andalus turut menjadi penyumbang kepada

perkembangan ilmu pengetahuan.

Faktor Pengaliran Ilmu Islam Ke Eropah. Para sejarahwan telah sepakat bahawa

terdapat beberapa faktor yang mendorong pengaliran ilmu-ilmu pengetahuan Islam ke Eropah

iaitu hubungan diplomatik, aktiviti penterjemahan, pembukaan Pulau sicily, pembukaan Pulau

Andalus(Sepanyol) dan Perang Salib. Antara faktor-faktor tersebut ialah hubungan diplomatik

dan aktiviti penterjemahan dan perang Salib adalah faktor yang paling utama pengaliran ilmu

Islam ke Eropah.

8

Page 9: Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam

5.0 Sumbangan Islam Ke Atas Tamadun Eropah

Pendidikan. Dalam lapangan pendidikan, Khalifah Al-Hakam memperbaiki dan

memperluaskan gedung Universiti Cardova yang diasaskan oleh Abdul rahman III, bertempat

di Istana Al-Zahraa’. Pada masa yang sama, Al-Hakam Universiti ini merupakan pusat

pengajian yang terbesar di dunia. Ia dikunjungi oleh orang-orang Eropah, Afrika dan Asia.

Selain itu penduduk Sepanyol sendiri. Beliau mengundang para sarjana dari sebelah Timur dan

menggaji mereka untuk berkhidmat sebagai tenaga pengajar di Universiti Cardova. Kota

Cardova juga mempunyai perpustakaan yang lengkap. Buku diPerpstakaan ini berjumlah 400

000 jilid kesemuanya.

Pembangunan. Pemerintahan Abdul Rahman III dan dua orang Khalifah yang

sesudahnya adalah merupakan satu zaman keagungan kerajaan Islam Sepanyol. Kota Cardova

adalah merupakan sebuah kota yang terkenal di Eropah kira-kira pada abad yang ke-10.

Cardova merupakan salah sebuah dari tiga pusat kebudayaan, selain dari Baghdad dan

Konstantinople. Abdul Rahman Al_Dakhil mendirikan sebuah masjid pada tahun 788M, dua

tahaun sebelum beliau meninggal dunia. Masjid itu didirikan di Cardova dan kemudiannya

masjid itu diperbesarkan oleh pengikut-pengikutnya atau penggantinya.

Tanah Dan Perindustrian. Orang Arab memasukkan ke Sepanyol Sistem Pertanian

yang sistematik. Mereka mengali terusan-terusan penanaman anggur, padi, buah delima. Limau

manis,tebu, kapas dan kunyit. Di daerah lembah sebelah tenggara Gunung Pyraness terdapat

tanam-tanaman gandum yang hidup subur kerana hawa sesuai di daerah itu dan tanah yang

subur. Di sini juga terdapat kebun-kebun Zaitun dan buah-buahan lain yang ditanam oleh

penduduk. Kemajuan pertanian ini adalah merupakan jasa-jasa orang arab dan Islam Sepanyol

terhadap negeri Sepanyol. Sampai sekarang tanaman-tanaman di Sepanyol masih bercorak

Habsyi (Moor)

9

Page 10: Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam

Hasil pertanian dan perindustrian diperdagangkan sampai keAsia Barat, terus ke India.

Perdagangan di Sepanyol waktu itu sama sibuknya dengan Baghdad, Mesir dan Mekah. Hasil

dari perindustrian dan pertanian Sepanyol pada waktu itu melebihi keperluan dalam negeri.

Sevilla mengeksport kapas, buah zaitun dan minyak serta mengimport hamba sahaya dari

Mesir dan biduan yang cantik dari Eropah. Malaga dan Jaen mengeksport kunyit, batu marmar

dan gula.

Ekonomi. Menurut P.K.Hitti dalam bidang kewangan dan kemakmuran, belum pernah

Sepanyol dapat mengecap seperti itu sebelumnya. Menurut beliau pendapatan Negara pada

waktu itu berjumlah 6245 000 dinar. Semua itu adalah hasil dari kemajuan perdagangan dan

pertanian dalam negara itu.

Matematik. Pengaruh falsafah Yunani dan Mesir sangat nyata dalam Rasa’il secara

terang, Ikhwan menguji Pithagoras dan mazhabnya dalam mentafsir hubungan alam dan

nombor. Keistimewaan nombor 4 dikaitkan dengan 4 unsur penting ciptaan Tuhan iaitu udara,

api, air dan tanah. Teori yang mengatakan alam ini terbentuk daripada 4 unsur dipelopori oleh

Empedokles (430-490 SM).Pithagoras dan pengikutnya sangat memuliakan ilmu matematik dan

ilmu itu menjadi syarat untuk mendalami ilmu falsafah. Ikhwan mengulangi perkara ini dalam

Rasa’il dan falsafah yang sama dipegang oleh ahli-ahli falsafah Yunani seperti Plato, Aristotle

dan Markus Sisero (mati 43SM)

Penterjemahan. Pertemuan antara para sarjana muslim dan sarjana Eropah di Cardova

telah membawa kepada penterjemahan karya-karya dalam berbagai-bagai ilmu daripada

bahasa Arab dan bahasa Latin. Contohnya ialah mukadimah, karya Ibnu Khaldun. Muqaddimah

merupakan sebuah Ensiklopedia Sintesis mengenai metadologi Sains

Kebudayaan.Penterjemahan karya-karya Sains, Matematik dan Astronomi telah banyak

menyumbang kepada kebudayaan Eropah. Terbukti dengan munculnya pusat Pengajian Ilmu

Islam di beberapa tempat Eropah Barat, Marseille,Toulouse,Narbonne dan Montpellier adalah

10

Page 11: Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam

diketahui bahawa buat pertama kali dalam sejarah dunia, Al-Quran diterjemahkan dalam

bahasa Latin. Maka melalui penterjemahan kebudayaan Islam tersebar luas diseluruh Eropah.

5.0 Persamaan Dan Perbezaan Antara Tamadun Islam Dan Tamadun Eropah

5.1 Kesenian Islam Dan Barat

Kesenian berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud “kemahiran, cara

atau kaedah”. Namun secara lahiriah. Manusia dikatakan mempunyai kebolehan tersendiri

dalam menghasilkan segala bentuk hasil tangan mereka. Dilihat dari segi perbezaan, Islam

mengkehendaki setiap seni yang dicipta itu mempunyai nilai-nilai mulia dan akhlak yang boleh

membentuk keperibadian positif manusia. Karya seni Islam dikehendaki memiliki nilai-nilai

murni yang melambangkan akhlak atau bentuk neutral iaitu bebas daripada nilai-nilai negatif. Ini

bermakna agama membentuk akhlak dan akhlak membentuk seni.

Manakala barat pula mementingkan aspek keindahan tanpa menekankan aspek moral

dan akhlak. Menurut perspektif Islam, konsep kesenian adalah untuk membimbing manusia ke

arah konsep tauhid dan pengabadian diri kepada Allah s.w.t. Seni dibentuk untuk melahirkan

manusia yang benar-benar baik dan beradap.Seni juga merupakan satu proses pendidikan

yang bersifat positif dan tidak lari dari batas-batas syariat. Manakala konsep kesenian menurut

Tamadun Barat hanya menekankan nilai-nilai estetika yang tinggi yang mampu memberi

kepuasan, kegembiraan dan keselesaan kepada naluri manusia sahaja.

Namun kedua-dua tamadun tetap mempunyai persamaannya. Kedua-dua tamadun

melihat kesenian sebagai sesuatu yang indah, cantik,elok dan mempunyai nilai-nilai estetika

yang tinggi. Kedua-duanya mementingkan cirri kesenian yang boleh dirasai melalui

penghayatan dan timbul hasil daripada fitrah manusia yang sukakan keindahan. Walau

bagaimanapun kesenian Islam dicipta untuk tujuan pengabdian diri kepada Allah s.w.t. dan

mencari keredhaanNya, manakala kesenian barat adalah untuk tujuan keindahan dan kepuasan

11

Page 12: Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam

diri semata-mata. Ini bermakna, melalui kesenian Islam dapat membentuk individu yang

bermoral dan seimbang dari segi jasmani dan rohani.

5.2 Pendidikan Islam Dan Barat

Pendidikan adalah merupakan bidang penting yang berkembang pada zaman kerajaan

Bani Umaiyyah di Sepanyol. Walaupun tidak ada system pendidikan percuma seperti yang

terdapat pada hari ini, namun kegiatan pendidikan dan pembelajaran amatlah digalakkan oleh

Kerajaan Bani Umaiyyah di Sepanyol. Salah satu galakan yang diberikan oleh mereka yang

diberikan oleh mereka ialah mendirikan masjid-masjid sebagai tempat ibadah dan juga tempat

membina ilmu pengetahuan. Kedua member galakan kepada para ilmuan, sama ada dari dalam

atau luar Sepanyol, Arab atau bukan arab datang mengajar di masjid-masjid tersebut.

Penyebaran ilmu pengetahuan banyak berlaku selepas zaman Abdul Rahman I al-Dakhil.

Sistem pendidikan pada zaman Bani Umaiyyah dari Sepanyol terbahagi kepada tiga

tahap iaitu rendah, menengah dan tinggi. Pada peringkat rendah, pelajar-pelajar diajar

membaca Al-Quran dan tatabahasa Arab. Ia biasanya ditempatkan di masjid-masjid, guru-guru

yang mengajar tidak diberi gaji tetap, tetapi hanya sekadar menerima elaun dari Yunani yang

dibayar oleh murid-murid secara sukarela. Murid-murid ini diajar juga menulis dengan

menggunakan pena dan dakwat dan mereka menulis di atas kayu licin yang boleh dipadam

dengan kain kesat.Pendidikan peringkat rendah ini dilakukan secara terbuka.

Peringkat menengah pula dijalankan secara persendirian dan tidak mempunyai sukatan

pelajaran tetap. Dengan sebab itu, sukatan pelajarannya berbeza-beza antara satu sekolah

dengan sekolah yang lain, ada yang rendah ada yang tinggi. Bagi yang tinggi hanya terhad

kepada pelajar yang bijak dan berminat sahaja. Mata pelajaran yang diajar ialah tatabahasa,

sastera,sejarah,hadis, fikah, ilmu kesihatan praktikal,matematik,astronomi,akhlak,metafizik dan

12

Page 13: Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam

khat. Pelajar yang lulus dikurniakan diploma atau ijazah dan ditauliahkan mengajar mata

pelajaran yang dipelajarinya.

Peringkat tinggi atau Universiti mula diwujudkan pasazaman Hakam II (961 – 976M).

Institut pengajian tinggi ini diwujudkan secara informal yang dikendalikan oleh sekumpulan

professor ini hanya mengendalikan kursus-kursus diperingkat lepasan ijazah dan berpusat di

Cardova dan Tokdo. Kedua-dua tempat ini merupakan pusat pendidikan utama bagi siswazah-

siswazah di barat Eropah pada ketika itu.

Kemudahan-kemudahan pendidikan seperti buku, alat-alat tulis dan lain-lain telah

disediakan dan mudah diperolehi di Cardova. Di Cardova terdapat kilang-kilang kertas

disamping itu ada juga kertas-kertas yang diimport dari Negara China. Dengan adanya

kemudahan-kemudahan ini, disamping wujudnya persaingan dengan kerajaan Abbasyyiah di

timur dan kerajaan-kerajaan Kristian di Barat menyebabkan sector pendidikan cepat

berkembang di Sepanyol.

Pada keseluruhannya, sistem pendidikan Eropah banyak dipengaruhi oleh sistem

pendidikan yang diasaskan oleh Tamadun Islam

5.3 Budaya Hidup Islam Dan Barat

Kebudayaan Barat adalah cara hidup barat yang tidak tunduk kepada peraturan-

peraturan tertentu yang berbentuk kitab yang diturunkan daripada langit dalam bentuk yang asli

dan murni. Walaupun orang barat menganut agama Kristian, tetapi Kitab Injil dalam bentuknya

yang asli dan murni sudah tidak kedapatan lagi pada hari ini. Pada mereka pelaksanaan agama

Kristian dalam masyarakat sudah jauh menyeleweng daripada kehendak-kehendak agama

Kristian yang sebenarnya.

Oleh itu, hingga dalam hal-hal agama yang berbentuk dasarpun terdapat perubahan

yang telah disesuaikan dengan apa yang terdapat dalam kebudayaan mereka seperti yang

13

Page 14: Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam

pernah digariskan oleh Edward Burnett Taylor ahli antropologi Inggeris tentang kebudayaan.

Menurut beliau, keseluruhan yang kompleks di dalam terkandung ilmu pengetahuan,

kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang dan adat-istiadat.

Disini ternyata Edward Burnett Taylor telah memasukkan ‘kepercayaan’ sebagai teras

agama adalah satu daripada cirri-ciri kebudayaan yang menerima perubahan.Berbeza dengan

kebudayaan Islam yang dibentuk oleh kepercayaan yang bererti bahawa lahirnya kebudayaan

merupakan hasil daripada agama itu sendiri.

Al-Quran telah menyifatkan beberapa tamadun sebagai melampau dan membawa

kerosakan kerana ia berdiri di atas asas dan lambing kebendaan semata-mata serta bermegah

dengan kilang dan bangunan pencakar langit, sedangkan sifat kemanusiaan dan ruh gama

diketepikan. Budaya hidup barat suka berfoya-foya serta melakukan kerosakan di bumi tanpa

melakukan pembaikan. Terlalu bangga dengan pengetahuan kebendaan sehingga berpaling

daripada wahyu Allah s.w.t. Tidak kurang juga yang sanggup melakukan perbuatan keji dan

mengikut hawa nafsu.

Tamadun Islam menolak budaya heodonisme dan budaya hiburan yang melampau

batasan keagamaan. Islam secara jelas menekankan konsep bahawasanya dunia ini tempat

menggumpul bekalan untuk akhirat kelak, bukan tempat kelalaian dan kepuasan mutlak.

Disamping seruan kearah kesempurnaan akhlak, Islam juga menegah sebarang usaha melebihi

hawa nafsu berbanding pedoman dan ajaran yang telah disampaikan oleh Allah s.w.t..Oleh

yang demikian, sebarang pembangunan tamadun berteraskan hedonism (kepuasan nafsu

sebagai tujuan utama kehidupan) dari sudut budaya hidup adalah ditolak sama sekali kerana ini

akan membawa kepada kesesatan dalam kepincangan dalam sesebuah masyarakat. Hal ini

dijelaskan oleh Allah s.w.t. yang bermaksud; “Terangkanlah kepadaKu tentang orang yang

menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya……?”(Surah Al-Furqan:43)

14

Page 15: Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam

Bagi membina sesebuah tamadun yang cemerlang, ia memerlukan kepada kejujuran

setiap individu dalam masyarakat tersebut, khususnya dalam hubungan kemasyarakatan itu

sendiri. Ini kerana, Tamadun Islam yang sempurna dibina di atas konsep kejujuran, berbeza

dengan Tamadun Barat yang menjadikan hipokrasi (kemunafikan) sebagai nadi hubungan

sosial. Tamadun Barat sibuk menjaga etika zahir ketika di majlis rasmi namun tidak

mementingkan kesempurnaan dari sudut kerohanian. Seseorang itu perlu kelihatan sopan di

majlis rasmi, namun ketika bersendirian terzahir sifat kejahatan dari dalam dirinya yang

mengajak kepada kemaksiatan dan keburukan. Tiada akhlak bagi mereka melainkan zahir

semata-mata, sedangkan dihati penuh kekotoran.

Tradisi membangun akhlak luaran semata-mata ini bukanlah tradisi Islam.Islam

membangunkan akhlak manusia secara zahir dan batin. Ini kerana Islam sangat menekankan

konsep kejujuran terhadap dirinya sendiri dan Allah s.w.t. bukan kerana ingin keredhaan

sesame manusia. Oleh itu, Al-Quran mengingatkan kita konsep menginsafi kelemahan diri

terlebih dahulu berbanding mencari keaiban sesame manusia. Begitulah firman Allah s.w.t.

yang bermaksud; “wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu berkata sesuatu yang

kamu sendiri tidak melakukannya?Amat besarlah kebencian disisi Allah bahawa kamu

mengatakan apa yang kamu sendiri kerjakannya.”(Surah As-Shaff:2-3)

Dari konsep persaudaraan pula Islam amat mementingkan ikatan aqidah Islam.Ikatan ini

menjangkau sempadan tempat dan perbezaan bangsa. Ini kerana Islam mengutamakan

persamaan aqidah sebagi asas persaudaraan itu sendiri. Seterusnya menjadi tali ikatan kukuh

dalam sesuatu hubungan kemasyarakatan. Sesuai dengan matlamat Tamadun Islam yang

mementingkan hubungan antara manusia dengan manusia (habluminannas), Allah berfirman

tentang kepentingan persaudaraan Islam walaupun bangsa berbeza; “Wahai manusia

sesungguhnya Kami menciptakan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu

saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah

15

Page 16: Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam

orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi maha

mengenal.(Surah Al-Hujurat:13)

Sementara budaya hidup masyarakat barat lebih mementingkan individualistik dan tidak

mementingkan budaya hidup bermasyarakat.

5.4 Kesusasteraan Islam Dan Barat

Dalam bidang kesusasteraan pula, zaman Bani Umaiyyah telah melahirkan ramai ahli

sasterawan dan penyair. Mereka ini telah Berjaya melahirkan berbagai-bagai bentuk syair dan

sajak yang telah diilhamkan oleh penyair dan penyajak dari kawasan timur empayar Islam

seperti Abu Nuwas (M.803M), Abu Al-Atahiyah (M.826M), Al-Mutanabbi (M.965M) dan lain-lain

lagi. Idea-idea mereka ini telah dibawa ke Sepanyol dan telah diubahsuai mengikut keadaan

dan suasana di Sepanyol dan telah diubanhsuai mengikut keadaan dan suasana di

Sepanyol.Antara penyair Islam Sepanyol yang terbilang ialah Ibn Abdul Rabbih(860-940M)

dengan karyanya yang berjudul Al-Iqd Al-Farid (Rantai yang tidak ada taranya). Nama penuh

penyair ini ialah Abu Umar Ahmad Bin Muhammad dilahirkan di Cardova dari keturunan bukan

Arab (Mawla),Al-Iqd Al-Farid adalah merupakan sebuah karya sastera yang ditulis berdasarkan

karya-karya Al-Jahiz(M.868M), Ibn Qutaibah (abad ke-9M) dan lain-lain. Ia mengandungi 25

bab tentang berbagai-bagai tajuk sastera dan di dalamnya juga mengandungi maklumat-

maklumat sejarah. Penyair Islam Sepanyol yang kedua terpenting ialah Ibn Hani al-

Andalusi,Muhamad Bin Hani, beliau berasal dari suku Azd (Yaman) dan dilahirkan di Seville

pada zaman Abdul Rahman III al-Nasir Li Dinillah Al-Umawi antara tahun 934-938M dan

meninggal dunia dalam tahun 973M.Beliau telah menganut Mazhab Syiah. Justeru itu beliau

dihalau dari Sepanyol ketika berusia 27 tahun. Dari sana beliau perlu berlindung di bawah

kerajaan Fatimiyyah pada zaman khalifah al-Mu’izz. Puisi Ibn Han’ banyak bercorak politik

beliau telah menghasilkan sebuat antologi syair (diwan). Beliau pernah digelar Mutanabbi di

16

Page 17: Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam

Barat kerana ketokohannya dalam bidang seni syair telah berkembang dengan pesatnya. Pada

ketika itu mereka telah mencipta syair bentuk zazal dan muwasysyah. Syair bentuk baru ini

telah dicipta oleh Muzaddam bin Mu’afa atau Muhammad bin Mahmud yang berasal dari Cabra,

dekat Bandar Cardova pada permulaan abad ke-10M.

Pada hakikatnya seni sastera di Sepanyol sudah tumbuh dan berkembang sejak zaman

Abdul Rahman Al-Dakhil lagi iaitu pada abad ke-8M. Beliau sendiri seorang yang terpelajar dan

sangat berminat dalam seni syair. Malahan beliau sendiri telah menghasilkan beberapa bait

syair. Antaranya menyentuh tentang kerinduan beliau terhadap negeri asalnya (Syria) Abdul

Rahman Al-dakhil adalah orang yang bertanggungjawab terhadap perkembangan kesusteraan

di Sepanyol. Beliau telah member sokongan kuat dan pertolongan yang banyak terhadap

perkembangan kesusasteraan di Sepanyol. Beliau telah member sokongan kuat dan

pertolongan yang banyak kepada ahli-ahli sastera yang kebanyakannya datang dari bahagian

timur empayar Islam sebagai orang pelarian. Mereka terdiri daripada orang-orang Arab.Penyair

yang paling terkenal di Sepanyol pada zaman Abdul Rahman Al-Dakhil ialah Abu Al-Makhsyi.

Beliau adalah penyair istana. Akhirnya beliau menjadi buta, beiau tetap meneruskan aktivitinya

dalam bidang seni syair. Beliau pernah diberi ganjaran sebanyak 2000 dinar oleh Abdul

Rahman Al-Dakhil kerana mencipta sebuah syair tentang orang buta.

Pada zaman ini juga lahir tukang cerita (story tellers) di pasar-pasar perniagaan yang

menceritakan hal-hal seperti yang diceritakan dalam kisah seribu satu malam dan Kalilah Wa

al-Dimnah. Kisah-kisah ini adalah dogengan yang menggunakan binatang sebagai watak bagi

tujuan untuk memberi pengajaran moral atau teladan. Dari kisah-kisah inilah akhirnya

mempengaruhi Negara-negara Eropah yang kemudiannya melahirkan kisah Reynard dan

Bocaccacio dan Chaucer.

Dari sini jelaslah bahawa tamadun Islam telah banyak mempengaruhi kebangkitan

kesusasteraan barat. Jelaslah persamaan dari penciptaan seni syair di kalangan penyair Arab

17

Page 18: Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam

dan Sepanyol berkembang seiring dan bersama-sama dan membentuk zaman kegemilangan

masing-masing.

5.5 Bahasa Islam Dan Barat

Bahasa adalah wahana tamadun. Dalam konteks tamadun Islam, wahana terawal yang

mengungkapkan segala aspek ketamadunannya ialah bahasa Arab atas sifatnya sebagai

bahasa al-Quran.Pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa agama yang saintifik, rasional, dan

bersifat ilmu pengetahuan. Pemilihan Bahasa Arab perlu juga dianggap sebagai simbol

kelahiran serta kemantapan bahasa-bahasa lain yang turut menyumbangkan peranan yang

besar dan penting kea rah pembinaan dan perkembangan tamadun Islam diseluruh pelosok

dunia termasuk bahasa Melayu di Nusantara.

Ibnu Khaldun (1331-1406M) menerusi karya agungnya Muqaddimah Ibni Khaldun

meletakkan syarat bahawa kekuatan tamadun Islam hanya akan dapat disaksikan apabila

penggunaan bahasa dijadikan sebagai ‘syiar agama’ dan dalam konteks ini, bahasa yang

dimaksudkan beliau ialah bahasa Arab. Kekuatan bahasa itu sekaligus menjadi kekuatan

kepada aspek-aspek lain yang akhirnya menghasilkan pula kekuatan kepada tamadun tersebut

itu sendiri. Itulah yang berlaku kepada tamadun Islam.

Bahasa didefinasikan sebagai satu system komunikasi manusia yang terdiri daripada

bunyi-bunyi berstruktur (atau yang bertulis) kepada unit yang lebih besar seperti morfem,

perkataan,ayat yang dihasilkan oleh organ pertuturan untuk membolehkan manusia berinteraksi

antara satu sama lain.Inilah juga definisi yang dikemukakan oleh Al-Quran .

Hamka dalam tafsiran ayat ini berpendapat bahawa al-Quran menganjurkan supaya

manusia menggunakan keupayaan berbahasa yang dianugerahi Allah berdasarkan ketentuan

aqidah,syarak,dan akhlak yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Bahasa seharusnya

digunakan untuk meningkatkan keimanan,ketaqwaan dan amal saleh. Bahasa yang dapat

18

Page 19: Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam

mencapai matlamat tadi diibaratkan sebagai tanah yang subur dan benih yang baik, apabila

ditanam menumbuhkan pohon yang rendang dan buah yang ranum,memberi manfaat dan

kebaikan kepada manusia dan haiwan. Sebagai tempat berteduh dan berlindung ketika panas

dan menghilangkan lapar dan dahaga dengan buah yang ranum dan manis (Hamka 1983:138-

42)

Dalam erti kata lain,bahasa yang baik lagi bernilai terhasil daripada budi dan sopan

santun serta bertitik tolak daripada keimanan,ketakqwaan dan amal saleh yang akhirnya

membawa keamanan dan menghasilkan kesejahteraan kepada kehidupan manusia di dunia

dan di akhirat. Inilah konsep bahasa yang diperjuangkan oleh Islam.

Sementara dari perspektif barat, definisi dan konsep ini menyingkap hubungan antara

bahasa dengan ilmu pengetahuan manusia,proses berfikir,pandangan semesta, dan realiti

kewujudan serta kehidupan manusia. Pada peringkat ini, bahasa dapat disifatkan sebagai

wahana utama bagi menjana segala kegiatan manusia baik

perhubungan,pengucapan,perakaman mahupun perwarisan.

Dari segi persamaan bahasa antara tamadun Islam dan Barat. Al-Quran mempunyai

pengaruh dan kesan yang amat mendalam serta meluas dalam semua bahasa termasuk

bahasa Inggeris. Kuatnya pengaruh tersebut dapat dilihat dari segi jumlah perkataan pinjaman

bahasa Arab yang terdapat dalam sesuatu bahasa tempatan.

M.A.J.Beg (1979:xiv) membahagikan sumbangan al-Quran kepada dua kategori, iaitu

sumbangan umum dan sumbangan khusus. Sumbangan umum bermaksud sumbangan

perbendaharaan kata yang berasaskan a-Quran yang dipinjam dan diterima pakai sebagai

sebahagian daripada bahasa semua bangsa yang memeluk Islam dari Indonesia sehinggalah

Sahara Barat.Terdapat banyak kelompok bahasa dalam bahasa Asia, Afrika dan Eropah yang

meminjam perkataan Arab dan kelompok ini diringkaskan seperti berikut; Bahasa Asia ialah

19

Page 20: Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam

Parsi,Turki,Kurdis,Urdu,Hindi,Origa,Melayu,Tamil,Tibet dan lain-lain, Bahasa Afrika ialah

Swahili,Somali,Amhara,Berber,Hausa dan lain-lain.

Dari segi sumbangan Khusus, al-Quran atau bahasa Arab telah mempengaruhi

sekurang-kurangnya empat bahasa lingua franca dunia, iaitu bahasa Melayu,Urdu,Swahili, dan

Hausa. Bahasa Melayu dituturkan diseluruh Alam Melayu khususnya di Malaysia dan di

Indonesia, bahasa Urdu di Pakistan, di India dan di Bangladesh, bahasa Swahili dituturkan di

Nigeria, di Kenya, di Uganda, di Tanzania dan sebagainya. Terdapat dua cara bagaimana

pengaruh ini boleh berlaku, iaitu melalui proses Islamisasi dan perhubungan secara langsung

dengan bahasa Arab. Yang lebih menarik ialah semua bahasa tersebut menggunakan abjad

Arab dalam tulisan. Ada juga bahasa yang menerapkan sistem nahu dan struktur sintaksis yang

sama dengan Bahasa Arab.

Berikut adalah beberapa contoh perkataan Inggeris yang dipinjam dari perkataan Arab

yang telah digunapakai oleh Bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan maksud dan diguna hingga

sekarang ini;

INGGERIS ARAB MAKNA INGGERIS ARAB MAKNA

Alcohol Al-kuhl Alcohol Algebra Ai-jabr Algebra

Apricot Afrikot Sejenis buah Atlas Atlas Atlas,peta

Baboon Maymun Kera besar Balcony Balkon Beranda

Banana Banana Pisang Blouse Bluzah Blaus/baju luar

Cable Habl Tali Camel Jamal Unta

Candy Qandi Gula tebu Carat Qirat Karat

Cheque Sakk Cek Chiffon Shiff Kain lembut

Coffee Qahwah Kopi Cotton Qutun Kapas

Divan Diwan Jabatan Durra Durrah Jagung

Fellah Fallah Petani Gaze Gazz Sutera

20

Page 21: Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam

Ghazal Ghazal Syair Cinta Ginger Zanjabil Halia

Guitar Gitar Gitar Jar Jarrah Kendi

Jasmine Yasmin Bunga Melur Lemon Limun Limau masam

Mummy Mumiya Mayat manusia

Musk Musk Kasturi

Race Ra’s Kepala Rice Ruzz,aruzz Nasi

Safari Safara Mengembara Sapphire Safir Permata nilam

Sofa Suffah Kerusi panjang

Sugar Sukkar Gula

Tamarind Tamrhindi Asam jawa Zero Sifr Kosong

5.6 Penutup

Sesungguhnya pengertian tamadun daripada kaca mata sarjana barat dan Islam

menampakkan perbezaan yang nyata. Sarjana Islam mengutamakan wahyu sebagai sumber

pembinaannya. Tamadun Islam juga mempunyai prinsipnya yang tersendiri iaitu untuk

memelihara keselamatan agama, nyawa,akal,keturunan, harta benda dan kebebasan.

Pencapaian Tamadun Islam adalah disebabkan oleh kawajipan menuntut ilmu yang disarankan

oleh al-Quran dan as-sunnah. Penguasaan ilmu yang seimbang antara fardu ain dan fardu

kifayah terutama sains dan teknologi amat diutamakan oleh Islam. Tamadun Islam mencapaian

kecemerlangan dalam bidang sains tulen,perubatan,biologi,farmasi,kimia

geologi,kejuruteraan,seni bina,matematik dan sebagainya. Sumbangan dan pengaruh tamadun

Islam terhadap pertumbuhan dan perkembangan sains moden barat adalah besar melaui

Andalusia, Sicily,Penubuhan Universiti,hubungan diplomatik dan Perang Salib. Jelaslah

bahawa interaksi antara tamadun Islam dan barat telah membawa kemajuan kepada negara-

negara Eropah yang lain.

21

Page 22: Kerja Kursus Pendek Tamadun Islam

Bibliografi

Asmah haji Omar 1991.Aspek Bahasa dan Kajiannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Mustafa Hj.Daud 1996. Bahasa Dalam tamadun Islam, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan

Pustaka

Mustafa Hj.Daud 1999. Tamadun Islam Edisi Maktab Perguruan,Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Abdul Latif Samian & khairul Anwar Mastor,2000.Perkembangan Sains Dan Peradaban

Manusia :Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hj.Mohamad Faisal Hj.Ahmad, 1997. Tamadun Islam: Universiti Pertanian

Malaysia,Serdang

Sumber Internet.

22