pppsm

6
Persoalan Kajian Persoalan kajian dalam penyelidikan ini sejauhmana masyarakat bandar dan luar bandar memahami dan mengetahui tentang adanya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Mengikut kajian soal selidik yang dijalankan masyarakat bandar lebih mengetahui tentang adanya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia daripada masyarakat di luar bandar. Permasalahan yang menyebabkan masyarakat tidak mengetahui adanya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini adalah disebabkan kurangnya mengambil tahu di kalangan masyarakat. Antara faktor-faktor lain yang menyebabkan masyarakat tidak mengetahuinya adalah kesibukan bekerja, urusan keluarga dan tidak berminat untuk mengetahui apa itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Ini dapat di lihat melalui lampiran graf dan carta yang telah dilampirkan. Dalam penyelidikan ini, persoalan penggunaan media massa dan media elektronik kami soalkan kerana media ini memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan hasrat murni kerajaan ini supaya sampai kepada masyarakat bandar

Upload: ash

Post on 19-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kepentingan kajianhipotesis awalpersoalan kajian

TRANSCRIPT

Persoalan KajianPersoalan kajian dalam penyelidikan ini sejauhmana masyarakat bandar dan luar bandar memahami dan mengetahui tentang adanya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Mengikut kajian soal selidik yang dijalankan masyarakat bandar lebih mengetahui tentang adanya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia daripada masyarakat di luar bandar. Permasalahan yang menyebabkan masyarakat tidak mengetahui adanya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini adalah disebabkan kurangnya mengambil tahu di kalangan masyarakat. Antara faktor-faktor lain yang menyebabkan masyarakat tidak mengetahuinya adalah kesibukan bekerja, urusan keluarga dan tidak berminat untuk mengetahui apa itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Ini dapat di lihat melalui lampiran graf dan carta yang telah dilampirkan.Dalam penyelidikan ini, persoalan penggunaan media massa dan media elektronik kami soalkan kerana media ini memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan hasrat murni kerajaan ini supaya sampai kepada masyarakat bandar dan luar bandar hingga ke akar umbi. Berdasarkan kajian soal selidik yang telah di jalankan ramai masyarakat bandar dan luar bandar yang menggunakan medium ini untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting seperti ini. Walau bagaimana masyarakat sedar dan tahu mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini tetapi ramai yang tidak mengetahui bilakah ianya dilancarkan. Mengikut statistik penyelidikan yang telah dijalankan hanya 39 % masyarakat bandar dan 33 % masyarakat luar bandar yang tahu bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini telah dilancarkan pada tahun 2013 oleh Perdana Menteri kita iaitu Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.Bagi merealisasikan hasrat murni kerajaan ini dengan jaya seharusnya masyarakat bandar dan luar bandar lebih mengetahui dan memahami Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk kepentingan sejagat. Dalam hasrat mencapai pelan ini difahami dan diketahui oleh masyarakat, medium yang berperanan penting dan paling sesuai mengikut kajian yang dilakukan adalah media elektronik yang di pilih oleh masyarakat bandar iaitu sebanyak 55% manakala masyarakat laur bandar pula sebanyak 57%. Internet juga menjadi medium atau wadah penting di era ini bagi menyampaikan segala maklumat dengan cepat, pantas dan tepat. Peratusan soal selidik yang di terima oleh masyarakat bandar dan luar bandar adalah sama iaitu 23% melalui penggunaan internet bagi menerima atau menyampaikan apa-apa maklumat dan berita. Bagi melengkapkan penyelidikan ini, kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan untuk mengukur sampel pandangan masyarakat bandar dan luar bandar terhadap Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Seramai 120 orang responden dari masyarakat bandar dan masyarakat luar bandar telah diedarkan borang kaji selidik . Melalui borang kaji selidik yang dijalankan ini dapat melengkapkan kajian penyelidikan mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Hipotesis AwalHipotesis awal dalam kajian penyelidikan ini adalah ramai masyarakat bandar dan luar bandar masih tidak mengetahui dan sedar mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Ini adalah kerana kurangnya pendedahan yang diberikan dan juga kerana sikap masyarakat juga yang kurang mengambil tahu mengenai maklumat yang berfaedah untuk jangka masa panjang. Sekiranya masyarakat tahu dan sedar mengenai pelan ini tetapi ramai di kalangan masyarakat tidak mengetahui bila pelan ini dilancarkan, untuk apa dan kepada siapa pelan ini diadakan. Untuk itu, bagi menyedarkan masyarakat bandar dan luar bandar untuk mengetahui pelan ini, kami telah menjalankan kajian penyelidikan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 120 responden bagaimana maklumat ini dapat disampaikan dengan mudah dan berkesan kepada masyarakat supaya dapat mengetahui dan memahami mengenai apa itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang telah dilancarkan. Dengan ini juga agar memastikan hasrat kerajaan melalui pendidikan yang telah dirancang ini dapat di fahami oleh semua golongan lapisan masyarakat samada bandar dan luar bandar.

Kepentingan KajianPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini di laksanakan ini untuk kepentingan dan kemudahan kepada masyarakat seluruhnya di Malaysia ini. Semua lapisan masyarakat akan menikmati kemudahan yang telah di rancang di dalam pelan ini. Melalui pelan ini juga masyarakat dapat menambah pengetahuan mengenai isu dalam pendidikan negara iaitu jurang ilmu yang amat ketara, dapat mengembangkan ilmu yang ada dan menambah maklumat daripada individu tertentu terhadap ilmu. Ianya disusun dengan rapi dan teperinci bagi mencapai tahap-tahap yang telah dirancang bagi memastikan masyarakat kita menjadi seorang yang berdaya saing, kreativ dan berintelektual.Dengan adanya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini, masyarakat luar bandar khususnya bagi pelajar-pelajar akan mendapat lebih manfaat dan akan mampu berdaya saing dengan pelajar-pelajar di bandar. Hasrat kerajaan ini agar masyarakat luar bandar mendapat kesamarataan tentang pendidikan yang telah dirancang ini. Melalui langkah memperkenalkan Dwibahasa akan dapat melahirkan pelajar-pelajar luar bandar yang berkemahiran menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik.Melalui pelan ini juga, akan meningkatkan kemahiran penyelidikan, pengurusan, analisis, penulisan, komunikasi interpersonal, pengucapan awam dan sebagainya bagi peringkat lepasan menengah atau golongan pelajar institusi pengajian tinggi dan golongan yang telah bekerja. Pelan ini adalah untuk kepentingan kolektif baik dari segi bangsa, agama dan negara demi mencapai wawasan 2020.