pppm bahasa arab tingkatan 3

Upload: zuraidahmumin

Post on 02-Jun-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 PPPM Bahasa Arab Tingkatan 3

    1/6

    BAHASA ARAB TINGKATAN 3

    PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARANMURID

    BAHASA ARAB

    TINGKATAN 3

  • 8/10/2019 PPPM Bahasa Arab Tingkatan 3

    2/6

    BAHASA ARAB TINGKATAN 3 2

    MATLAMAT KURIKULUM BAHASA ARAB

    Objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat menengah untuk membolehkan murid memperolehi empat kemahiranberbahasa iaitu; mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran ini dipraktiskan berdasarkan kepada skop dan situasi tertentu,memperkayakan murid dengan kosa kata, asas tatabahasa, morfologi dan prosa terpilih, serta meningkatkan keupayaan merekamenggunakan bahasa Arab dengan betul dan membentuk keperibadian mereka dengan nilai-nilai murni dan akhlak mulia.

    OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA ARAB

    Objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di peringkat menengah ialah untuk membolehkan murid:

    1) Mendengar, memahami dan membicarakan tentang siaran-siaran dalam bahasa Arab.

    2) Bertutur dengan fasih dan lancar dalam situasi-situasi tertentu.

    3) Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan.

    4) Menulis dalam pelbagai tema dan bentuk penulisan serta memahami kandungannya.

    5) Menguasai kemahiran menulis dalam tiga bentuk kaligrafi Arab ( Khat ); Nasakh, Ruqah dan Thuluth mengikut kaedah yang betul.

    6) Menghafal dan memperdengarkan asas pola morfologi dan mahfuzatterpilih berbentuk puisi, kata-kata hikmah dan perumpamaan.

    7) Menguasai asas tatabahasa Arab serta mampu mengaplikasikannya.

    8) Menguasai sekurang-kurangnya 1500 kosa kata Arab serta mampu menggunakannya dengan tepat.

  • 8/10/2019 PPPM Bahasa Arab Tingkatan 3

    3/6

    BAHASA ARAB TINGKATAN 3 3

    BAND PERNYATAAN STANDARD

    1 Mengetahui perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis.

    2 Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis.

    3 Mengetahui, memahami dan memberi respons terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis.

    4 Mengetahui, memahami dan memberi respons yang betul terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulisdalam situasi tertentu.

    5Mengetahui, memahami dan memberi respons yang betul dan tepat terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca danditulis dalam situasi tertentu.

    6Mengetahui, memahami dan memberi respons yang betul dan tepat dengan berhemah tinggi terhadap perkara yangdidengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam situasi yang tertentu.

  • 8/10/2019 PPPM Bahasa Arab Tingkatan 3

    4/6

    BAHASA ARAB TINGKATAN 3 4

    KEMAHIRAN BAND DESKRIPTOR

    MENDENGAR DANBERTUTUR

    1Mengecam, mengeja, mengajuk, menyebut dan mengesan perkataan dan

    frasa yang didengar dengan betul.

    2Mengeja, menyebut, mengenal pasti dan memahami perkataan, frasa dan ayat

    mudah yang didengar dengan betul dan tepat.

    3

    Menyebut, mengenal pasti dan memahami perkataan, frasa, ayat mudah, ayat

    kompleks, mahfuzat terpilihdan tasrif fiilyang didengar serta mampu

    menggunakannya dalam ayat dan menyebut contoh dengan betul dan tepat.

    4Mengetahui, memahami dan memberi respons yang betul terhadap perkarayang didengar dalam situasi tertentu secara lisan dengan penguasaan

    tatabahasa dan gaya bahasa yang memuaskan.

    5

    Mengetahui, memahami dan memberi respons yang betul terhadap perkara

    yang didengar dalam situasi tertentu dengan fasih dan lancar secara lisan

    dengan penguasaan tatabahasa dan gaya bahasa yang baik.

    6

    Mengetahui, memahami dan memberi respons yang betul terhadap perkara

    yang didengar dalam pelbagai situasi dengan fasih dan lancar, tekal dan

    berterusan secara lisan dengan penguasaan tatabahasa dan gaya bahasa

    yang sempurna.

  • 8/10/2019 PPPM Bahasa Arab Tingkatan 3

    5/6

    BAHASA ARAB TINGKATAN 3 5

    KEMAHIRAN BAND DESKRIPTOR

    MEMBACA

    1 Mengajuk dan menyebut perkataan dan frasa yang dibaca dengan betul.

    2Mengeja, menyebut dan memahami perkataan, frasa dan ayat mudah yang

    dibaca dengan betul dan tepat.

    3

    Menyebut, mengenal pasti dan memahami perkataan, frasa, ayat mudah, ayat

    kompleks, mahfuzatterpilihdan tasrif fiilyang dibaca dengan intonasi dan

    nada yang betul serta mampu menggunakannya dalam ayat dan menyebut

    contoh dengan betul dan tepat.

    4

    Membaca dengan lancar, intonasi dan nada yang betul, memahami secara

    umum bahan yang dibaca, mengeluarkan isi penting daripada bahan yang

    dibaca secara lisan dan tulisan dengan penguasaan tatabahasa dan gaya

    bahasa yang memuaskan.

    5

    Membaca dengan baris yang betul, fasih dan lancar, memahami secara umum

    bahan yang dibaca, mengeluarkan isi penting daripada bahan yang dibaca

    secara lisan dan tulisan dengan penguasaan tatabahasa dan gaya bahasa

    yang baik.

    6

    Membaca dengan baris, intonasi dan nada yang betul, fasih dan lancar,

    memahami bahan yang dibaca, mengeluarkan isi penting daripada bahan

    yang dibaca tekal dan berterusan secara lisan dan tulisan dengan penguasaan

    tatabahasa dan gaya bahasa yang sempurna.

  • 8/10/2019 PPPM Bahasa Arab Tingkatan 3

    6/6

    BAHASA ARAB TINGKATAN 3 6

    KEMAHIRAN BAND DESKRIPTOR

    MENULIS

    1 Menulis, menyalin semula perkataan dan frasa dengan betul.

    2Mengeja, menulis dan memberi makna perkataan, frasa dan ayat mudah

    dengan betul dan tepat.

    3

    Menulis dan memberi makna perkataan, frasa, ayat mudah, ayat kompleks,

    mahfuzat terpilihdan tasrif fiilserta menguasai sebilangan kecil kosa kata dan

    mampu mengaplikasikannya dalam ayat secara tulisan betul dan tepat.

    4

    Menulis dalam pelbagai tema dan bentuk penulisan, menguasai kemahiran

    menulis dalam bentuk kaligrafi arab ( Khat ) mengikut kaedah yang betul,

    menguasai sebahagian kosa kata dan mengaplikasikannya secara tulisan

    dengan penguasaan tatabahasa dan gaya bahasa yang memuaskan.

    5

    Menulis dalam pelbagai tema dan bentuk penulisan, menguasai kosa kata dan

    mengaplikasikannya dengan penguasaan tatabahasa dan gaya bahasa yang

    baik.

    6

    Menulis dalam pelbagai tema dan bentuk penulisan, menguasai kosa kata dan

    mengaplikasikannya dengan betul tekal dan berterusan secara tulisan denganpenguasaan tatabahasa dan gaya bahasa yang sempurna.